1 TEKS UCAPAN TUAN TARMIDI BIN KADRI PENOLONG PENGARAH KANAN JABATAN PENGUATKUASAAN MBSJ PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN PENGUATKUASAAN BIL.2/2023 TARIKH : 17 JULAI 2023 MASA : 10.00 PAGI
2 ر ِحْيِم م ِن ال َّ ٰ ر ْح بِ ْسِم ِهللا ال َّ ALHAMDULILLAHI ROBBILALAMIN, WABIHI NASTAIN, WA,ALA ALIHI WASOHBIHI AJMAIN. TERIMA KASIH KEPADA PENGACARA MAJLIS. SALUTASI YANG BERBAHAGIA TUAN MUHAMMAD ZAKI BIN YUSOF Pengarah Jabatan Penguatkuasaan YANG DIHORMATI TUAN MAZRUL ZAHAR BIN MOHD Penolong Pengarah (Bahagian Trafik) TUAN MUHAMMAD ISKANDAR Z BIN AZMI Penolong Pengarah(Bahagian Operasi) TUAN MOHAMAD HADZIM BIN ZULKAPLI Penolong Pegawai (Bahagian Tindakan Khas) PARA PEGAWAI PENGUATKUASA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN WARGA KERJA JABATAN PENGUATKUASA MBSJ SEKALIAN.
3 ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH, SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT PAGI. Alhamdulliah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, dapat kita sama-sama hadir di Perhimpunan Bulanan Jabatan Penguatkuasaan. Terima kasih kepada Bahagian Pentadbiran (BP) kerana telah menjadi urusetia yang baik pada perhimpunan bulanan Jabatan Penguatkuasaan pada kali ni. UCAPAN SELAMAT BERSARA KEPADA INSPEKTOR NIK AZMAN YANG AKAN BERSARA PADA 10 OGOS 2023 TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DI HORMATI, UCAPAN AWAM SAYA BERTAJUK BUDAYA KERJA CEMERLANG DAN PERKHIDMATAN TERBILANG.
4 1. TAHNIAH BAHAGIAN OPERASI (BO ) Tahniah Bahagian operasi (BO) kerana telah berjaya menaikkan imej Jabatan Penguatkuasaan melalui operasi-operasi bersepadu yang dijalankan bersama agensi-agensi luar seperti Kastam, PDRM, Imigresen. Pusat hiburan ,Rumah urut, minuman keras , premis ayam tanpa lesen dll.mendapat liputan meluas melalui MEDIUM media TV 3, 999, FB , DLL.. Pihak pengurusan amat berpuashati dan berbangga Jabatan Penguatkuasaan 2. TAHNIAH PADA PASUKAN NETBALL JABATAN Tahniah juga kepada pasukan Nettball wanita kerana telah berjaya menjadi Juara Pertandingan Bola Jaring Antara Jabatan,MBSJ yang telah diadakan pada 20 Jun 2023 sehingga 10 Julai 2023. 3. PERLAWANAN PERSAHABATAN DI ANTARA PENGUATKUASA MPKj Akan diadakan pada 20 Julai 2023 (Khamis) Antara sukan yang diadakan: i. Bola sepak ii. Netball iii. Ping pong iv. Badminton Tunjukkan semangat kesukanan yang hebat dan kecemerlangan jabatan kita.
5 4. DISIPLIN Kejayaan yang cemerlang hanya dapat dimiliki jika memiliki displin dan komitmen dalam kerjaya dan bidang sukan yang kita ceburi. 5. BUDAYA KERJA YANG POSITIF Ini akan membuatkan organisasi mencapai matlamat dan harapan yang ditetapkan. Kesannya kepada organisasi ialah produktiviti dan persaingan antara organisasi menunjukkan peningkatan pencapaian yang cemerlang. Budaya kerja yang cemerlang ini akan menguntungkan organisasi dari segi kualiti dan kepercayaan masyarakat terhadapnya. Masyarakat akan percaya kepada organisasi ini kerana piawaian yang ditetapkan dipatuhi oleh seluruh ahli dalam organisasi. Antara nilai-nilai yang dipegang dalam budaya kerja cemerlang ini ialah tidak suka membuang masa, suka berbincang, taat pada arahan ketua, suka membantu, membuat kerja dengan bersungguh-sungguh, selalu senyum, ikhlas dalam menjalankan kerja, jujur, penyabar dan lain-lain. Inilah antara nilai-nilai budaya kerja yang perlu menjadi pedoman dalam memastikan organisasi menerima implikasi yang positif hasil dari budaya kerja cemerlang yang diamalkan oleh warganya.
6 6. KOMITMEN DAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP TUGAS Kerja yang hendak dilaksanakan perlu dilakukan dengan sepenuh hati atas kehendak organisasi dengan mengetepikan segala kepentingan lain khususnya kepentingan peribadi. Sesebuah organisasi mewujudkan gaya pemikiran yang berorientasikan kecemerlangan supaya warga kerja lebih komited kepada matlamat utama jabatan. Kelima, sentiasa menggalakkan warga kerja menghayati serta mempraktikkan amalan-amalan pengurusan yang boleh meningkatkan kecemerlangan organisasi. 7. PEKA PERUBAHAN Jabatan Penguatkuasaan juga perlu sentiasa peka kepada perubahan yang berlaku dengan memastikan kebolehupayaannya untuk menangani perubahan agar kekal relevan. Jabatan Penguatkuasaan sentiasa berusaha agar semua elemen seperti strategi, struktur, proses, sumber manusia dan perkongsian nilai ini dirancang dengan sebaik mungkin untuk menjadikan Jabatan Penguatkuasaan sebuah organisasi yang cemerlang. Oleh yang demikian, tema perhimpunan pada pagi ini “Budaya Cemerlang, Perkhidmatan Terbilang”, adalah bertujuan untuk memberi kesedaran di kalangan warga Jabatan Penguatkuasaan tentang cabaran yang bakal dihadapi pada masa depan.
7 Hakikatnya, budaya cemerlang dalam sesebuah organisasi bergantung kepada kecemerlangan individu. Ini adalah kerana pekerja merupakan modal insan atau aset utama bagi kejayaan sesebuah organisasi. Organisasi yang dianggotai oleh individu yang cemerlang akan menjadi organisasi yang terbilang dan dikagumi pelanggan. 8. KERJASAMA KETUA DAN ANGGOTA BAWAHAN Sebuah kapal tidak boleh dikemudi oleh ramai nakhoda. Setiap anak kapal mempunyai tugas dan tanggung jawab yang berbeza untuk memastikan pelayaran yang berjaya. Kayuhan mesti seirama dan senada. Haluan dan buritan mesti sehala. Muatan kapal mesti setimpal keupayaan kapal. Pelayaran yang tiba di destinasi tidak membawa hanya seorang nakhoda, tetapi juga sekumpulan anak kapal yang bangga kerana telah berjaya mengharungi lautan penuh cabaran dan dugaan secara bersama. Begitu jugalah kita di Jabatan Penguatkuasa ini. Kebanggaan saya adalah kerana kekuatan dan sokongan yang saya perolehi dari keseluruhan anggota kerja di Jabatan Penguatkuasaan tanpa mengira tugasan, tanggung jawab atau latar belakang. Kejayaan kita adalah kejayaan sebuah tenaga kerja yang bersepadu. Setitik noda sahaja akan berupaya memberikan persepsi yang berbeza kepada Jabatan Penguatkuasaan.
8 Bukan sahaja kegagalan individu mahupun bahagian yang pincang, tetapi masyarakat atau pihak lain akan melihatnya sebagai kegagalan Jabatan Penguatkuasaan. We must act as one. Masyarakat umum tidak melihat kita sebagai individu mahupun sebuah bahagian sahaja. 9. KEUPAYAAN LUAR BIASA Individu dan organisasi yang berprestasi tinggi mempunyai keupayaan yang luar biasa untuk mengharmonikan objektif kendiri dan organisasi agar matlamat dan visi unggul Jabatan Penguatkuasaan dapat dicapai. Untuk itu, saya ingin menggariskan beberapa faktor utama yang mendorong kecemerlangan dan seterusnya memacu Jabatan Penguatkuasaan agar terbilang. 10. BUDAYA KERJA BERPASUKAN Budaya kerja berpasukan penting dalam memastikan jabatan penguatkuasa terus kekal berjaya dan cemerlang. Kerja berrpasukan merupakan sistem nilai, kepercayaan dan tradisi yang menjadi panduan kepada tingkah laku individu. Ia akan mempengaruhi individu dan organisasi yang dianggotai olehnya.
9 Oleh itu, adalah penting bagi sesebuah organisasi untuk mempunyai budaya yang cemerlang di mana setiap individu berkongsi visi dan misi yang sama terhadap keunggulan organisasi. Individu perlu menghayati dan mengamalkan konsep kerja yang mengutamakan amalan terbaik, bukan sahaja dalam mengendalikan tugas tetapi juga dalam perhubungan dengan pelanggan dan rakan sekerja 11. KERJA BERSUNGGUH-SUNGGUH Kerja yang bersungguh-sungguh menggambarkan kesempurnaan iman dan takwa, ketulusan hati, keluhuran budi serta kemuliaan akhlak yang semua sifat itu akan dikira oleh Allah SWT dalam menentukan amal hamba-Nya diterima atau sebaliknya. Seiring pelaksanaan kerja yang baik, prinsip kesempurnaan juga sangat menitikberatkan elemen ikhlas. Semoga dicampakkan ikhlas ke dalam hati kita ketika melaksanakannya. Antara nilai-nilai yang dipegang dalam budaya kerja cemerlang ini ialah tidak suka membuang masa, suka berbincang, taat pada arahan ketua, suka membantu, membuat kerja dengan bersungguh-sungguh, selalu senyum, ikhlas dalam menjalankan kerja, jujur, penyabar dan lainlain.
10 12. BUDAYA KERJA NEGATIF Bertentangan dengan budaya kerja cemerlang dan senantiasa melawan arus. Budaya kerja yang negatif akan membuatkan organisasi tidak mencapai matlamat dan hala tuju yang telah ditetapkan oleh organisasi. Kesannya kepada organisasi ialah produktiviti dan penghasilan yang dikeluarkan tidak mencapai piawaian yang ditetapkan. Organisasi tidak dapat berkembang maju seiring dengan perkembangan semasa yang berlaku terutamanya dalam bentuk persaingan sesama organisasi. Dengan itu, organisasi akan mengalami kerugian dan kegagalan dalam pengurusan sekali gus memusnahkan organisasi. Budaya kerja yang diamalkan ini akan membebankan organisasi. Antara nilainilai yang dipegang ialah suka membuang masa, melepak, menunggu masa balik, tidak suka menolong, suka membantah, suka mengampu, membuat kerja sambil lewa, tidak jujur, bencikan kepada arahan, dan lain-lain. Ini adalah nilai-nilai yang akan menghancurkan organisasi sekali gus mendatangkan implikasi yang negatif kepada seluruh warga organisasi. Jangan bebankan pada kawan-kawan dengan kerja seorang , ambil kesempatan dengan kawan2 yang rajin buat kerja sehingga kawan2 kita tertekan dan stress. Hidup kita takkan berkat dan akan dapat balasannya satu masa nanti.
11 TUAN -TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DI KASIHI 13. KESIMPULAN Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan katakanlah: Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.” (Surah al-Taubah, ayat 105). Firman Allah SWT melalui perkataan “Bekerjalah” merujuk kepada semua jenis pekerjaan dan ia dalam bentuk kata perintah yang bererti suruhan. Maka Islam menolak semua jenis sikap malas tanpa pekerjaan, sebaliknya menyuruh umatnya bekerja dengan apa jua yang selari dengan perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-Nya. Menurut perbincangan ilmuan Islam, selain itu suruhan bekerja tidak dibiarkan begitu sahaja, ia diikuti dengan pemerhatian, pemantauan dan pengawasan daripada Allah SWT. Dengan kesedaran bahawa sepanjang masa segala amalan kita dipantau dan dihitung, seorang Muslim tidak akan tergamak untuk bekerja secara culas, malas, khianat dan merugikan organisasinya. Dia akan merasa malu, takut dan bertanggungjawab kepada Allah SWT, Rasulullah SAW dan sesama umat Islam. Justeru sekalipun peringatan Allah SWT dalam ayat di atas merupakan ayat suruhan bekerja, daripada perspektif yang lain ia juga merupakan ayat ancaman kepada sesiapa yang bekerja tetapi tidak mengamalkan budaya kerja yang cemerlang.
12 IZINKAN SAYA MENYAMPAIKAN PANTUN MADAH DIUNGKAP SANTUN BITARA, PANTUN DIKANTUN MENGUSIK HATI, SALAH DAN SILAP TUTUR BICARA, POHON DIAMPUN SEIKHLAS HATI, MELARIK HALUS PAPAN DI JAWA, TERSERGAM KUKUH DI GERBANG BATU, ADAT BERJUMPA TERPISAH JUA, MOGA KETEMU DI LAIN WAKTU 14. PENUTUP Akhir sekali, kejayaan warga yang cemerlang dan kecemerlangan organisasi merupakan suatu perjalanan. Hari ini pelbagai pancaroba dan masih banyak perjuangan yang perlu diatasi. Malah, terdapat banyak juga lapangan baru yang perlu diterokai. Yang paling utama adalah memahami apa yang perlu dipelajari, termasuklah belajar untuk belajar, kecenderungan dan kesediaan kita untuk mengulangi proses pembelajaran, menerokai ruang baru, untuk terus belajar dan mencapai kejayaan yang lebih besar.
13 Dengan ketabahan dan keupayaan untuk mengadaptasi - tiada kegagalan kecuali kejayaan. Saya yakin dan percaya bahawa kita semua dan Jabatan Penguatkuasaan sebagai sebuah organisasi can rise up to new heights and higher plateaus of success pada masa hadapan. Sekian saya sudahi dengan Wabillahitaufiq Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakathu