The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Khairina Balqis 1060, 2023-06-09 03:23:30

STKI VAPE

tajuk : vape

MPU23052 SAINS TEKNOLOGI KEJURUTERAAN ISLAM TAJUK : VAPE KHAIRINA BALQIS BT KHAIRUL AZIZY (F1060) WAN ELEENA SUFIAH BT MEOR AL-HADI (1053) NAMA PENSYARAH: JAMALIZAMANI JAMALUDDIN NAMA AHLI KUMPULAN: 1. 2.


ISI KANDUNGAN Pengenalan Tujuan Kandungan Utama Vape Kesan Pandangan Syarak Hadith dan Dalil Hukum Penutup Lampiran Rujukan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.


Kemajuan teknologi telah merubah gaya hidup. Walaupun kebanyakan inovasi baru, memudahkan kehidupan, namun tidak boleh disangkal bahawa terdapat impak negatif rentetan perkembangan teknologi ini. Antara kesan yang paling membimbangkan adalah penggunaan Vape. Secara konvensional, rokok dihasilkan daripada bahan seperti tembakau, bahan pengawet, nikotin, tar dan banyak lagi. Sentuhan teknologi telah memberi nafas baru kepada rokok klasik dan kini wujud rokok elektronik. Ada yang mengatakan bahawa rokok elektronik adalah lebih baik daripada rokok biasa. DEFINISI Rokok Elektronik (Elecronic Nicotine Delivery Systems atau e-Cigarette) adalah sebuah inovasi dari bentuk rokok konvensional menjadi rokok moden. Pada masa kini, rokok elektrik juga dikenali sebagai vape atau vapor. Perkataan 'vape' berasal daripada perkataan Inggeris daripada perkataan ‘vaporization’ yang membawa maksud proses pengewapan, dan juga merujuk kepada 'vaporizer' iaitu alat yang digunakan untuk menghisap ganja, tembakau dan campuran rokok lain. PENGENALAN


TUJUAN VAPE Fenomena vape di negara ini terpesong daripada tujuan asal apabila lebih ramai cenderung menghisap rokok akibat ketagihan nikotin dalam cecair vape yang berisiko kepada penggunaan bahan terlarang seperti dadah Kajian bandingan di antara penggunaan rokok elektronik (Vape), menunjukkan tiada perbezaan pemahaman di dalam kejayaan untuk berhenti merokok. Tambahan pula, mereka yang menggunakan rokok elektronik menunjukkan kesukaran mereka untuk menghentikan tabiat merokok akibat kebergantungan kepada nikotin. Laporan oleh Public Health England (PHE) yang menyatakan rokok elektronik adalah 95% lebih selamat berbanding rokok tembakau telah dipersoalkan kerana ia hanya berdasarkan beberapa kajian dan mempunyai pelbagai kelemahan serta penglibatan penajaan oleh syarikat tembakau. Tambahan pula, majoriti pengguna rokok elektronik yang masih merokok (dual users) dikhuatiri tidak akan mengurangkan risiko kematian.


KANDUNGAN UTAMA DALAM VAPE Nikotin Propylene Glycol Vegetable Glycerin Bahan Perasa dan pewarna Logam Berat Nikotin Nikotion >40mg boleh menyebabkan kematian Propylen Glycol (PG). Propylen Glycol apabila dipanaskan menghasilkan bahan yang membebaskan Formaldehyde yang boleh menyebabkan kanser Bahan Perasa dan pewarna Perisa vape memiliki bau atau rasa seperti gula-gula, lolipop serta perisa kordial seperti anggur, blueberry dan juga strawberi. Vegetable Glyserin Gliserin merupakan bahan yang diekstrak daripada minyak sayur-sayuran dan berfungsi untuk memberikan ketebalan pada wap vape. Logam Berat Tindak balas cecair rokok elektronik yang terendam di dalam gelungan dawai di dalam bahagian atomiser.


Nikotin Nikotin merupakan hasil tembakau yang menyebabkan ketagihan, iaitu sejenis gangguan otak kronik. Penggunaan berpanjangan mengalakkan dorongan yang kuat untuk menggunakan tembakau. Ketagihan ini berkait rapat dengan kadar kepantasan nikotin diserap dan sampai ke otak . Pendedahan otak kepada nikotin semasa remaja amat berbahaya kerana zaman remaja adalah peringkat kritikal perkembangan otak lalu menjadi pembuka laluan kepada penyalahgunaan dadah . Selain itu, nikotin boleh menyebabkan pembekuan darah dan boleh menyerap masuk ke plasenta ibu mengandung di mana ia akan mengganggu proses perkembangan bayi di dalam kandungan. Penggunaan nikotin dalam dos yang tinggi juga boleh membawa kematian. Propylen Glycol (PG). Menyebabkan kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang. Menurut kajian yang dijalankan, kesan jangka pendek meliputi iritasi kepada mata, tekak dan saluran pernafasan manakala kesan jangka panjang boleh menyebabkan penyakit asma. Kajan ini menyokong bahawa menyedut PG boleh menyebabkan iritasi kepada sistem pernafasan seseorang. PG apabila dipanaskan akan menghasilkan bahan yang membebaskan formaldehid. Formaldehid ialah sejenis bahan yang boleh menyebabkan kanser. Kajian menunjukkan jumlah penghasilan formaldehid bergantung kepada tahap kepanasan yang digunakan ketika mengewap PG . KESAN PENGGUNAAN VAPE


Vegetable Glycerin Gliserin merupakan satu bahan yang selamat di mana ia digunakan di dalam sabun, krim muka dan banyak lagi. Namun begitu menyedut gliserin ke dalam saluran pernafasan boleh memberikan kesan jangka panjang kepada kesihatan. Kebanyakan gliserin yang digunakan adalah produk dari sayur-sayuran (Vegetable Glicerin). Vegetable Glycerin (VG) boleh menyebabkan kesan yang sedikit jika terkena lapisan kulit dan mata. Penggunaan VG yang lama (berulang dan berpanjangan) boleh mengakibatkan kerosakan kepada organ dalaman. Bahan Perasa dan pewarna Berjenis-jenis bahan perisa digunakan di pasaran. Kebanyakan pengguna beranggapan perisa yang digunakan adalah tidak memudaratkan. kajian in-vitro yang dijalankan oleh Bahl et al, 2012 mendapati cecair rokok elektronik ini mampu membunuh sel iaitu sel paru-paru, otak dan lapisan kulit. Kajan ini mengira paras yang mampu membunuh sel-sel ini yang di kenali sebagai sitotoksisiti (cytotoxicity). Cecair rokok elektronik yang mengandungi pelbagai bahan perisa telah menunjukkan paras sitotoksisiti yang tinggi. Kehadiran Logam Berat Kajian juga mendapati kehadiran logam berat ketika menggunakan rokok elektronik. Ini merupakan tindakbalas cecair rokok elektronik yang terendam di dalam gelungan dawai di dalam bahagian atomiser.


• Berdasarkan dapatan kajian-kajian dari sudut perubatan dan saintifik yang dibentangkan tersebut, rokok elektronik dan vape masih tidak terbukti sebagai alternatif rawatan ketagihan berhenti merokok atau nikotin oleh perokok-perokok, malahan ia menyebabkan lebih ramai akan terjebak dalam permasalahan ini, termasuk remaja dan kanakkanak. • Dari perspektif syarak, hukum pengharaman memakan atau meminum atau mengambil bahan-bahan yang memudaratkan disebutkan oleh ulama daripada keempat-empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafi'i dan Hambali dalam kitab-kitab mereka. Mereka menyatakan bahawa bahanbahan yang memudaratkan tubuh badan haram dimakan, diminum atau diambil sekalipun ia suci seperti racun, tanah, kaca dan seumpamanya. • Salah satu dalil umum dalam pengharaman penggunaan rokok elektronik dan vape ini ialah perbuatan tersebut memudaratkan tubuh. Syariat Islam melarang perbuatan dan tindakan yang membawa kepada kebinasaan dan memudaratkan diri, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al- Baqarah, ayat 195. PANDANGAN SYARA'


DALIL Salah satu dalil umum dalam pengharaman penggunaan rokok elektronik dan vape ialah kerana perbuatan tersebut memudaratkan tubuh badan. Ini bersesuaian dengan syariat Islam yang melarang perbuatan memudaratkan diri. Terdapat beberapa nas al-Quran dan hadis Nabi صلى الله عليه وسلم yang melarang manusia memudaratkan diri sendiri. Keumuman dalil-dalil tersebut terpakai kepada kes penggunaan rokok elektronik dan vape. Antara dalil syara’ yang melarang tindakan-tindakan memudaratkan diri sendiri ialah: i. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 195 Ertinya: “... dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan...” Walaupun ayat ini diturunkan berkenaan dengan perbelanjaan (infaq) fi sabilillah, tetapi keumuman ayat ini merangkumi segala perbuatan yang membawa kepada kebinasaan sebagaimana berdasarkan kepada kaedah: “ “أن االعتبار بعموم اللفظ ال بخصوص السبب Ertinya: Bahawa sesungguhnya pengajaran itu diambil melalui keumuman lafaz, bukan melalui sebab penurunan ayat secara khusus.


Memudaratkan agama nyawa, akal, harta dan keturunan; Mengandungi bahan-bahan beracun seperti nikotin cecair tulen, propylene glycol, vegetable glycerin dan alkohol; Membawa kepada ketagihan dan mengkhayalkan; Membawa kepada pelbagai penyakit seperti kanser, kecacatan janin, dan lain-lain; Memudaratkan kesihatan orang sekeliling dan mencemarkan alam sekitar. Kenyataan pakar menunjukkan ia mudarat bahkan boleh jadi lebih mudarat daripada merokok itu sendiri. Ini merupakan asas pertimbangan yang amat kuat kerana mafsadahnya tidak boleh disangkal lagi serta mudaratnya telah diperakui oleh pakar dan badan-badan berautoriti. Berdasarkan daripada kenyataan di atas dan juga nas yang dinyatakan maka kami berpendapat bahawa penggunaan rokok elektronik juga hukumnya adalah HARAM. Ini kerana seperti yang kami‘illahkan atau nyatakan sebab terhadap hukum merokok terpakai untuk isu rokok elektronik ini bahkan kami nyatakan sekali lagi beberapa alasan antaranya: Qiyas kepada rokok sebenar. [11] Antaranya: 1. 2. 3. 4. 5. HUKUM


Pembaziran yang berlaku sama ada pada alat vape itu sendiri mahupun bahan cecair yang menjadi hisapannya. Dikatakan bahawa harga alat tersebut berharga sekitar ratusan ringgit dan bagi sesetengah jenis, ianya mampu mencecah hingga ribuan ringgit. Meniru budaya yang bukan Islam. Dilihat tidak bermaruah. Sad al-Zari’ah (menutup jalan menuju kerosakan). Pihak polis kini sedang menggiatkan tinjauan dan siasatan terhadap lokasi-lokasi yang dikesan cuba mengadun sendiri perisa ganja dan ketum bagi memenuhi permintaan segelintir pengguna rokok elektronik.[12] Laporan dari pihak berkuasa juga menunjukkan bahawa penggunaan dadah sintetik di kalangan remaja sedang meningkat dan ini akan lebih memburukkan keadaan jika penggunaan rokok elektronik juga terdapat unsur-unsur dadah di dalamnya.[13] Langkah-langkah pencegahan perlulah dilakukan agar masalah ini tidak membarah di kalangan masyarakat Malaysia terutamanya buat para remaja. HUKUM


Kita tidak digalakkan meghisap vape kerana ia adalah HARAM. Ia merupakan satu amalan yang bertentangan dengan HUKUM SYARA' . Selain daripada menghisap vape, larangan uni juga meliputi apa-apa jua kegiatan yang melibatkan peranti vape dan barang-barang yang berkaitan dengannya. Ianya seperti orang- orang yang suka menghabiskan duit semata-mata untuk membeli barangan yang tidak berfaedah malah mendatangkan mudarat kepada mereka. KESIMPULAN


PENUTUP Dalam isi ini, ramai juga menganggap bahawa ia adalah salah satu cara untuk perokok berhenti menghisap rokok. Tambahan pula, mereka menggunakan rokok elektronik (Vape) sebagai alternatif kepada cara berhenti merokok. Sebenarnya anggapan ini adalah salah dan menyimpang daripada asas kerana dikatakan ada juga bahan nikotin yang asalnya daripada bahan yang boleh menyebabkan ketagihan dan mudarat kepada kesihatan manusia. Seperti mana islam menyeru kepada khalayak umat Islam untuk meninggalkan penggunaan rokok elektronik atau vape berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan di atas. Alangkah baiknya duit yang kita gunakan untuk membeli rokok atau vape, kita masukkan ke tabung masjid, menyantuni anak-anak yatim, memberi makan kepada fakir miskin serta membantu keperluan mereka. Semoga Allah kurniakan kepada kita hidayah dan berikan kepada kita keshatan yang baik. Secara ikhtisarnya, tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Ironinya, penggunaan vape pada masa ini sememangnya lebih banyak mendatangkan impak negatif dari aspek kesihatan,keselamatan,pembaziran wang dan soal jati diri berbanding impak positif berdasarkan fakta yangtelah dikemukan dalam hujah di atas. Memang tidak dinafikan bahawa vape merupakan teknologi baru yang dicipta untuk menggantikan penggunaan rokok. Namun perlu diingat bahawa selagi terdapat bahan-bahan berbahaya sepertinikotin,gliserin dan sebagainya dalam gadjet ini, teknologi ini belum mampu dapat diterima oleh manusia.


LAMPIRAN


RUJUKAN https://www.infosihat.gov.my/isu-semasa/53-rokokelektronik-vape.html https://www.doctoroncall.com.my/healthcentre/berhenti-merokok/rokok-elektronik http://e-smaf.islam.gov.my/esmaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/15951 https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyadfatwa-umum/1905-irsyad-fatwa-ke-63-hukumpenggunaan-rokok-elektronik-vapor https://jknperlis.moh.gov.my/v3/index.php/infokesihatan/42-vape-rokok-elektronik-bukan-sekadarwap-air https://www.sinarharian.com.my/article/56198/berit a/nasional/tujuan-asal-vape-terpesong-bahayakankesihatan-pakar-perubatan


Click to View FlipBook Version