SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 18(1) 영니다 SELAMAT DATANG
Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea telah terjalin sejak berdekad lamanya. Pada awalnya Malaysia lebih mengenali Korea melalui sukan bola sepak dan badminton. Tetapi pada hari ini, hubungan Malaysia dan Korea bukan sahaja terhad kepada sukan malah telah berkembang kepada hubungan politik, ekonomi, pendidikan tinggi dan banyak lagi. Hubungan ini menjadi semakin teguh dengan adanya Polisi Pandang ke Timur antara Malaysia – Korea – Jepun yang menekankan kepada industri dan vokasional, latihan jangka pendek pegawai kerajaan Malaysia, pendidikan pengajian tinggi dan institut penyelidikan antara dua negara sejak 40 tahun yang lalu. Justeru, selaras dengan Aspirasi Murid di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk menekankan Kemahiran Dwibahasa dan Bahasa Tambahan bagi setiap murid, beberapa Bahasa antarabangsa seperti Bahasa Perancis, Bahasa Jepun, Bahasa Jerman dan Bahasa Korea telah di tawarkan di kebanyakan sekolah berasrama penuh. Ini adalah bertujuan menyediakan murid yang mampu bersaing untuk berjaya dan berkembang maju dalam dunia global yang semakin mencabar dalam pendidikan mahupun pekerjaan. Bagi menyahut hasrat PPPM (2013-2025) dalam membentuk kemenjadian murid, pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 18(1) turut menawarkan mata pelajaran baru iaitu Bahasa Korea bermula sesi akademik 2023/2024 ini untuk murid Tingkatan 1. PENDAHULUAN
Bahasa Korea di Dunia ▪ 79.3 juta penutur Bahasa Korea di seluruh dunia.( China, Jepun, Australia, Kanada, Brazil, Filipina) ▪ 40 negara (2000 buah sekolah) ▪ 82 negara (234 Institut Bahasa King Sejong) Sumber: Data.org
Bahasa Korea di Malaysia ● Sehingga 2023, terdapat 12 buah sekolah yang menawarkan Bahasa Korea dan dijangka bertambah kepada 40 buah sekolah pada tahun 2024. ● Bahasa Korea mula diperkenalkan di 2 buah Sekolah Menengah Berasrama Penuh pada tahun 2015. ● Sehingga 2021, Bahasa Korea dikembangkan ke 7 buah Sekolah Menengah Berasrama Penuh dan 2 buah Sekolah Menengah Kebangsaan. ● Pada tahun ini pula, SMK Putrajaya P18(1) akan mula menawarkan mata pelajaran Bahasa Korea kepada murid Tingkatan 1.
Senarai Sekolah • SM Sains Seri Puteri • Sekolah Seri Puteri • SMK Taman Bunga Raya 1 • SM Sains Selangor • SM Sains Alam Shah • SM Sains Johor • Sekolah Sultan Alam Shah • SMK Bukit Sentosa 2 • SM Sains Kuala Selangor • SM Sains Tuanku Munawir • SM Sains Tuanku Aishah Rohani • SMK Putrajaya P18(1)
• Untuk Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 • Sesi pdp 2 jam seminggu, 64 jam setahun • Ujian Penilaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) untuk Tingkatan 5
KELEBIHAN MEMPELAJARI & MENGUASAI BAHASA KOREA
Membuka peluang untuk melanjutkan pelajaran • Dasar Pandang ke Timur (1980) telah diperkenalkan • Persediaan bahasa/ pre foundation: ➢ UiTM (INTEC)- pelajar tajaan JPA ➢ UniKL – tajaan MARA/ persendirian • Perlu kuasai bahasa supaya tidak kekok hidup di negara luar dan fahami bahan ilmiah • Peluang mendapat tajaan biasiswa kerajaan Korea 01
Peluang pekerjaan yang lebih banyak • Mudah urusan untuk berunding • Aset penting negara untuk menarik pelabur • Peluang pekerjaan luar dan dalam negara: Jurutera, IT help desk, juru bahasa, pemandu pelancong dan lain-lain • Contoh gaji sehari bagi pemandu pelancong berbahasa Korea ialah RM500/hari (8jam) 02
Untuk berhubung atau berkomunikasi • Hampir 80 juta penutur Bahasa Korea di dunia • Mudah berinteraksi semasa melancong di Korea • Mudah untuk memahami budaya kerana bahasa sering berkait rapat dengan budaya • Memerlukan penterjemah bahasa di sidang yang melibatkan pelbagai negara 03
감사니다 TERIMA KASIH