BMMB1144 KESANTUNAN BERBAHASA Nur Farahiyah binti Abdul Razak
Isi Kandungan Task Name Task Name 01 02 03 04 Pendahuluan Isu dan bahan bukti Justifikasi Cadangan Cara Mengatasi
Pendahuluan Menurut Ayuni Mohamad Bakri & Rohaidah Kamaruddin (2019), kesantunan berbahasa diterjemahkan sebagai perlakuan, tutur kata yang tidak menyinggung hati kedua-dua pihak iaitu penutur dan pendengar ketika berkomunikasi. Asmah (2007) mendefinisikan kesantunan berbahasa sebagai penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan, dan rasa tersinggung daripada pendengar apabila berkomunikasi. (Fazel Mohamed & Kamarull Fahhmi, 2022). Perlakuan santun seseorang menunjukkan kejernihan fikiran, ketinggian nilai akhlak, budi bahasa dan kemurnian akal budi. Ketinggian peribadi seseorang individu diukur melalui penggunaan bahasanya secara sopan dan halus tutur kata. (Asfalaila Ajis, 2016). Kesantunan berbahasa dapat dilihat melalui bagaimana seseorang itu berbicara dan menunjukkan tingkah lakunya semasa berkomunikasi.
Isu Bahasa Penggunaan bahasa merupakan aspek yang sangat penting dalam kesantunan berbahasa. Hal ini kerana, kita perlulah menggunakan bahasa yang baik dalam kehidupan seharian baik dalam bentuk lisan ataupun bukan lisan. Namun, terdapat isu bahasa yang masih berlaku dalam penggunaan bahasa Melayu yang digunakan dalam pertuturan seharian seperti bahasa rojak, penggunaan katakata kesat dan lain-lain.
Penggunaan bahasa rojak atau bahasa campuran merupakan perlakuan mencampurkan sesuatu bahasa dengan bahasa yang lain. Bahasa rojak sering digunakan dalam perbualan, coretan di media sosial dan sebagainya. Kewujudan bahasa rojak ini menjejaskan struktur sebenar dan dan bercanggah dengan kesantunan bahasa Melayu. Jika bahasa rojak ini semakin kerap digunakan kewibawaan dan struktur sebenar bahasa Melayu akan terjejas. Bahasa Rojak
Bukti
Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, bahasa kasar atau kesat merujuk kepada penggunaan bahasa yang tidak sopan atau tidak manis untuk dituturkan atau ditulis kerana akan menimbulkan perasaan sakit hati terhadap orang yang membaca atau mendengarnya. Penggunaan kata-kata yang kesat dan kasar mendatangkan pelbagai implikasi negatif dan juga mampu menjejaskan hubungan antara masyarakat. Namun begitu, penggunaan kata-kata kesat kini seolah-olah menjadi suatu norma dalam kehidupan kita apabila kita melihat terlalu banyak penggunaan kata-kata kesat di media sosial. Penggunaan Kata Kata Kesat
Bukti
Isitilah singkatan di media sosial semakin kerap digunakan oleh generasi muda. Perbuatan meringkaskan perkataan yang hampir tidak dapat difahami seperti 'se7' (setuju), '2r2' (tu ar tu) dianggap untuk menjimatkan masa. Isu penggunaan singkatan ini wajar dibendung dan diberi perhatian serius agar generasi muda terus menggunakan bahasa dengan tepat dan mempunyai nilai kesantunan dalam berkomunikasi. Penggunaan Singkatan Ciptaan Sendiri
Bukti
Justifikasi Task Name Task Name 01 02 03 04 Pengaruh media sosial. Pengaruh rakan sebaya. Sikap Individualistik. Faktor Persekitaran.
Justifikasi Media sosial membawa pelbagai kebaikan kepada kita khususnya dalam aspek komunikasi. Namun begitu, media sosial juga dapat memberi implikasi yang negatif terhadap generasi muda dalam kesantunan berbahasa. Sebagai contoh, penggunaan bahasa singkatan, kata-kata kesat dan bahasa rojak yang menjadi suatu kewajiban dan kemestian dalam penggunaan media sosial membawa pengaruh kepada generasi kini dan menyebabkan mereka terikut-ikut dengan sikap negatif ini. Rakan sebaya merupakan orangorang yang paling dekat selepas keluarga. Oleh itu, sikap rakan sebaya yang sering berkata-kata kesat boleh memberi pengaruh kepada individu untuk turut bersikap sedemikian. Pengaruh rakan sebaya sangat memberi impak ke atas cara percakapan, cara berpakaian, batas pergaulan dan sebagainya. Oleh itu, ibu bapa perlu sentiasa memantau dengan siapa anak-anak mereka sentiasa bergaul. Pengaruh Media Sosial. Pengaruh Rakan Sebaya.
Justifikasi Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan individualistik sebagai sikap yang tidak dikuasai dan dikongkong oleh orang lain. Sikap ini mendorong penggunaan kata-kata kesat, kerancuan bahasa dan sebagainya kerana individu bersikap tidak mengendahkan hati dan perasaan orang lain dan mampu mengguris hati orang lain semasa berkomunikasi. Selain itu, faktor persekitaran juga mendorong kepada berlakunya isu bahasa yang menjejaskan kesantunan berbahasa. Apabila sesuatu yang negatif dianggap sebagai sesuatu kebiasaan dalam sebuah masyarakat, perkara tersebut akan terus menjadi ikutan kepada generasi muda. Sebagai contoh, sebuah komuniti menganggap perbualan yang mengandungi kata-kata kesat sebagai gaya hidup dan kebiasaan bagi mereka. Kesannya, orang lain yang tidak biasa dengan situasi tersebut akan tersinggung dengan cara percakapan tersebut. Sikap Individualistik. Faktor Persekitaran.
Isu Budaya
Hedonisme (daripada perkataan bahasa Greek: ἡδονισμός hēdonismos: kemeriahan, daripada ἡδονή hēdonē: keseronokan; bahasa Inggeris: Hedonism) adalah fahaman falsafah bahawa keseronokan merupakan matlamat utama dalam hidup. Hedonisme merupakan ajaran atau pandangan bahawa kesenangan atau kenikmatan merupakan tujuan hidup dan tindakan manusia. Budaya hedonisme bukanlah budaya kita kerana bercanggah dengan nilai-nilai moral dan kesantunan dalam perilaku. Budaya Hedonisme
Bukti
Justifikasi Task Name Task Name 01 02 03 04 Pengaruh media sosial. Pengaruh rakan sebaya. Kurang didikan agama. Jauh dari keluarga.
Justifikasi Media sosial menjadikan dunia tanpa sempadan kerana menghubungkan kita dengan manusia serata dunia. Oleh itu, kita dapat melihat budaya masyarakat lain di paparan skrin sahaja. Media sosial kini banyak memaparkan budaya-budaya barat yang boleh memudaratkan pemikiran, tingkah laku dan menyebabkan generasi muda terus hanyut dalam budaya yang mengutamakan keseronokan dan mengabaikan nilai kesantunan dalam kehidupan. Pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan seseorang itu terjerumus dalam kancah budaya hedonisme. Akibat bergaul rakan sebaya yang mepunyai akhlak yang buruk mampu mempengaruhi seseorang itu untuk turut melakukan perbuatan yang sama. Sebagai contoh, seorang remaja mula terjebak dengan najis dadah, pesta arak, berhibur di kelab malam disebabkan bergaul dengan rakan-rakan yang liar. Pengaruh Media Sosial. Pengaruh Rakan Sebaya.
Justifikasi Antara faktor berleluasanya isu budaya hedonisme ialah kurang didikan agama. Didikan agama merupakan asas bagi kehidupan untuk membina nilai-nilai moral dan pembentukan akhlak yang baik. Kekurangan atau ketiadaan didikan agama boleh menjadikan seseorang itu hilang pegangan dan tidak dapat menahan diri daripada terjebak dengan aktiviti yang tidak bermoral. Apabila seseorang remaja meningkat dewasa, mereka akan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, mereka terpaksa tinggal berjauhan dengan keluarga. Dalam situasi ini, ibu bapa tidak mampu memantau segala kegiatan yang dilakukan oleh anak mereka. Anak-anak mereka akan banyak menghabiskan masa bersama dengan rakan sebaya mereka. Kesannya, anak-anak mereka akan merasa bebas untuk melakukan apa sahaja. Kurang didikan agama. Jauh dari keluarga.
Isu Sosial Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama sering diancam dengan masalah sosial yang akan memberi impak kepada budaya masyarakat itu sendiri. Antara masalah sosial yang dapat kita lihat dengan jelas pada hari ini ialah generasi muda terpengaruh dengan budaya barat yang mempraktikkan pergaulan bebas, pemakaian yang tidak menutup aurat dan sebagainya. Jadi, permasalahan ini wajarlah dibendung agar tidak terus menerus berleluasa ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.
Pergaulan bebas dan berpakaian tidak sopan merupakan pengaruh budaya barat yang boleh mendatangkan implikasi negatif terhadap generasi muda. Pergaulan bebas dan budaya yang tidak mempunyai kesantunan dalam berpakaian akan menjadikan anak-anak muda hilang sifat malu untuk berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai. Perbuatan ini juga boleh mendorong kepada permasalahan buruk lain seperti kes zina, buang bayi dan sebagainya. Pergaulan Bebas dan Cara Berpakaian Tidak Sopan
Bukti
Permasalahan buli pula bukanlah sesuatu yang baru dan asing bagi masyarakat kita. Kita sering kali mendengar kes-kes buli yang berlaku di sekolah. Masalah buli ini terjadi kerana pelaku-pelaku ini tidak menerapkan nilai kesantunan dalam percakapan dan perbuatan mereka sehingga sanggup menyinggung perasaan dan menyakitkan orang lain. Masalah Buli
Bukti
Justifikasi Task Name Task Name 01 02 03 Pengaruh media sosial. Pengaruh rakan sebaya. Pengaruh televisyen dan media.
Justifikasi Antara sebab berlakunya isu sosial dalam masyarakat kita adalah disebabkan pengaruh media sosial. Generasi muda kini lebih terdedah dengan aksi-aksi kurang sopan dan pengaruh pemakaian barat yang dipaparkan di media sosial tanpa sebarang sekatan atau tapisan. Oleh itu, generasi muda yang mempunyai sikap ingin tahu akan terikut-ikut dengan apa yang sering mereka lihat di media sosial. Pengaruh rakan sebaya juga memberi dorongan kepada berlakunya masalah sosial di negara kita. Sebagai contoh, seorang remaja terikut-ikut dengan sikap rakannya yang sentiasa membuli pelajar lain dan dia telah terjebak dengan jenayah buli akibat dipengaruhi oleh rakan-rakan yang lain. Pengaruh Media Sosial. Pengaruh Rakan Sebaya.
Justifikasi Penyebab lain yang mendorong kepada pergaulan bebas dalam kalangan anak muda di negara kita ialah pengaruh televisyen dan media .Buktinya, generasi muda cenderung untuk terpengaruh dengan cerita Hollywood memaparkan aksi yang tidak sesuai ditonton oleh remaja bawah umur 18 tahun. Kebanyakkan cerita yang ditayangkan ini mamaparkan aksi-aksi yang kurang sopan antara lelaki dan perempuan ,seperti melakukan hubungan intim tanpa ikatan yang sah atau lebih tepat lagi dengan istilah melakukan maksiat. Keadaan seperti inilah yang mempengaruhi penonton untuk mencuba perbuatan tersebut tanpa memikirkan rasa malu. Pengaruh Televisyen dan Media
Cara Mengatasi Task Name Task Name 01 02 03 04 Peranan Kerajaan. Peranan Ibu Bapa. Peranan Guru dan Pihak Sekolah. Peranan Media Massa.
Cadangan Cara Mengatasi Bagi mengatasi isu-isu yang telah diketengahkan dalam tugasan ini. Kerajaan sebagai pihak berwajib haruslah memainkan peranan dengan mewartakan undang-undang bagi membanteras kegiatan-kegiatan yang mampu meruntuhkan moral generasi muda. Sebagai contoh, memberi hukuman berat kepada jenayah buli, mengehadkaan kegiatan kelab malam dan sebagainya. Ibu bapa juga memainkan peranan yang sangat penting dalam mengawal kegiatan anak-anak masing-masing. Ibu bapa juga haruslah sentiasa memberi sepenuh perhatian dan memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak agar mereka sentiasa mengamalkan nilai kesantunan dalam komunikasi, perilaku dan tidak terjerumus dalam kancah yang tidak baik. Peranan Kerajaan. Peranan Ibu Bapa.
Cadangan Cara Mengatasi Guru dan pihak sekolah pula berperanan mendidik generasi muda di bangku sekolah. Pelbagai inisiatif boleh di ambil bagi mengatasi isu-isu bahasa, budaya dan sosial seperti melancarkan bulan cinta bahasa, menganjurkan kempen banteras buli dan ceramah-ceramah agama untuk memantapkan jati diri dan moral generasi muda di peringkat sekolah. Kamus DBP mendefinisikan media massa sebagai pelbagai jenis alat komunikasi seperti televisyen, radio surat khabar dan sebagainya. Antara langkah yang boleh diambil oleh media massa adalah dengan memaparkan iklan-iklan, penulisan, filem-filem yang menunjukkan nilai moral dan kesantunan yang tinggi agar menjadi ikutan kepada penonton dan pendengar. Media massa juga perlulah mengelakkan dari menyiarkan filem-filem yang mampu menggugat akhlak dan kesopanan para penonton khususnya generasi muda. Peranan Guru dan Pihak Sekolah. Peranan Media Massa.
Rujukan Ayuni Mohamad Bakri., & Rohaidah Kamaruddin. (2019). Prinsip kesopanan dalam kesantunan bahasa drama Zahira. International Journal of the Malay World and Civilisation, 7(1), 2019. Asfalaila Ajis. (2016) Kesantunan Melayu Dalam Majlis Akad Nikah Adat Perpatih Dan Adat Temenggung Di Beberapa. Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Asmah Haji Omar. (2000). Wacana, perbincangan, perbahasan dan perundingan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Fazal Mohamed Mohamed Sultan., & Kamarull Fahhmi Norazhar. (2022). Kesantunan berbahasa di laman sosial dalam kalangan pelajar menengah atas: Analisis prinsip kesopanan. Jurnal Bahasa, 22(1), 129-148. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
SEKIAN, TERIMA KASIH