The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kudanz2007, 2021-09-13 13:56:03

• Menerangkan konsep dan takrifan sistem pengangkutan awam.
• Menghuraikan latar belakang kawasan Permatang Pauh, Pinang
• Menjelaskan kepentingan perkembangan sistem pengangkutan

awam di Permatang Pauh,Pinang.
• Menerangkan kesan perkembangan sistem pengangkutan awam

terhadap rumah hijau dan manusia di Permatang Pauh,Pinang
• Mencadangkan langkah langkah dalam mengurangkan kesan

perkembangan sistem pengankutan di Permatang Pauh, Pinang

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
pihak yang telah banyak membantu saya dalam
menyiapkan tugasan ini.

Ucapan ini ditujukan kepada ibu bapa dan rakan-rakan
yang banyak memberikan kerjasama seperti memberi
maklumat dan sebagainya.Seterusnya, saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada guru saya iaitu Puan
Ruzianah binti Abdul Hamid kerana banyak memberi info-
info berguna dan penerangan yang jelas tentang tugasan
yang diberikan.

Saya Ku Danial Isyarf bin Ku Hishamuddin dari kelas 2 Ikhlas telah
menjalankan kajian mengenai sistem pengankutan awam di
kawasan Permatang Pauh, Pinang.

Saya telah memilih untuk menjalankan kajian di kawasan ini
kerana Permatang Pauh merupakan tempat tinggal saya. Terdapat
pelbagai pengangkutan awam seperti bas dan lain-lain.

Saya menjalankan kajian ini hampir selama sebulan di akhir bulan
Julai dan Ogos.Saya menghabiskan waktu dengan melayari laman
sesawang yang berkaitan dengan tugasan ini.



Peta lakar kawasan Permatang Pauh, Pinang.Terdapat
beberapa simbol yang dapat dikenalpasti seperti
petempatan, jalan raya dan lain-lain. Contoh bagi ciri fizikal
ialah hutan manakala contoh bagi ciri budaya ialah
perumahan.Jalan raya di peta lakar juga merupakan lakuan
bagi pengankutan awam seperti bas dan teksi.

Saya telah mendapatkan hasil dari kajian mengenai sistem
pengangkutan awam di Permatang Pauh, Pinang.
Antara hasil yang didapatkan ialah:
1.Jenis pengangkutan
2.Faktor
3.Kepentingan(2)
4.Kesan negatif(2)
5.Cadangan(2)
6.Rumusan

Berdasarkan pemerhatian saya terhadap Permatang Pauh,
Pinang, saya mendapati bahawa kawasan ini mengutamakan
pengangkutan darat seperti bas dan sebagainya.Hal ini
kerana perbentukan laluan bas yang sesuai.

Saya membuat perhatian di laman sesawang dan mendapati
bahawa bentuk muka bumi juga merupakan faktor kepada
tarikan penggunaan pengangkutan awam.

Kawasan Permatang Pauh ini merupakan kawasan tanah
pamah yang rata.Oleh kerana itu, perjalanan yang mudah
bagi mereka yang menggunakan pengangkutan awam sepeti
bas dan teksi serta lain-lain.

Terdapat pelbagai kepentingan yang boleh disimpulkan .
Kepentingan yang pertama ialah dapat menarik perhatian
pelancong.

Pelancong boleh menggunakan pengangkutan awam
seperti bas sambil menikmati perjalanan dan tidak perlu
menghabiskan waktu dengan memandu kereta sendiri untuk
sampai ke destinasi.

Kepentingan yang kedua pula ialah dapat memudahkan
pergerakan bagi pekerja-pekerja yang masih belum
mendapatkan lesen memandu ke tempat kerja.Dengan ini
mereka dapat ke tempat kerja pada waktu yang tepat
apabila menggunakan pengangkutan awam.

Terdapat beberapa kesan negatif seperti pemandu bas yang
kurang cermat dalam membersihkan bas.Hal ini membuatkan
para penumpang berasa tidak selesa dengan bas yang
digunakan dan dapat memalukan syarikat bas nya sendiri.

Selain itu, kos tambang yang mahal juga dapat memberi
tekanan kepada mereka yang kurang berpendapatan seperti
nelayan atau sebagainya.Hal demikian boleh dijadikan
tekanan kepada mereka yang menganggap menaiki
pengangkutan awam sebagai rutin harian mereka.

Terdapat beberapa cadangan bagi mengatasi kesan-kesan
negatif.Contohnya, Pemandu bas perlu sentiasa dipantau dan
lebih didisplinkan lagi supaya tidak kehilangan penumpang
serta melakukan pemantauan keadaan bas yang akan
digunakan supaya tidak berlaku kemalangan.

Cadangan kedua ialah pihak kerajaan perlulah berfikir sekali
lagi bagi mereka yang serba kekurangan dengan
mengurangkan kos menumpangi pengangkutan awam
supaya mereka tidak terbebani.

Pengangkutan awam merupakan sistem kemudahan masyarakat
untuk bergerak ke suatu destinasi sesuai waktu.Jenis pengangkutan
awam yang terdapat di Permatang Pauh, Pinang seperti bas.

Sistem ini penting di kawasan ini kerana ia dapat mengurangkan
kesan terhadap rumah hijau apabila terlalu banyak asap yang
dikeluarkan dari kenderaan.

Sistem ini masih lagi mempunyai kekurangan dari permehatian
yang dilakukan.Namun,saya telah memberi beberapa cadangan
untuk mengelakkan masalah yang dialami masyarakat.


Click to View FlipBook Version