The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

AKNC FSR 2018 - FULL REPORT

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurul Ain Muhammad Rafiai, 2019-07-26 02:53:58

AKNC FSR 2018

AKNC FSR 2018 - FULL REPORT

Keywords: AKNC FSR

5.4 Tindakan Memastikan Persekitaran dan Sistem Kerja Kondusif
Persekitaran yang selesa dan kondusif serta
hubungan sesama staf dalam menjalankan
tugas juga dititik beratkan oleh pihak FSR.

Rajah SM. 5: Ruang kerja yang kondusif

Kemudahan yang sesuai dengan keperluan semasa
disediakan bagi memastikan staf bekerja dalam
suasana yang selesa. Faktor persekitaran tempat
kerja yang selamat dan kondusif amatlah dititik berat
kerana ianya menjadi motivasi kepada staf. Justeru
itu, Jawatankuasa OSHA diwujudkan bagi
memastikan keperluan kesihatan, keselamatan dan
kesejahteraan warga FSR dijaga disamping
mendidik sikap siap siaga. Bagi memastikan
persekitaran kerja yang hormani, hubungan erat dan kerjasama di kalangan staf Akademik
dan Pentadbiran haruslah ditingkatkan. Dengan mengadakan program Team Building Fakulti
dapat mengeratkan lagi sillaturahim sesama staf. Program tersebut telah dijalankan pada 9-
11 Februari 2018 di Singapura yang memberikan impak dalam meningkatkan hubungan,
kerjasama dan saling menghormati di kalangan staf akademik mahupun staf pentadbiran.
Lawatan ke Kompleks Sukan Pasir Ris, Singapura dengan bertemu Pegawai Aktiviti Sukan
juga merupakan sebahagian dari Jaringan Industri dan Keusahawanan apabila pelbagai
aktiviti diadakan antaranya explorace race dan perbincangan dua hala untuk membentuk
kerjasama dalam meningkatkan visibility FSR.

Rajah SM. 6: Team Building FSR
49

5.5 Inovasi

Rajah SM. 7: Sport@Entrepreneural Carnival 2018

Aspirasi Dekan FSR ’satu pensyarah satu perniagaan’ telah menggalakkan pensyarah untuk
menjadi seorang usahawan. Program Sport@Entrepreneural Carnival 2018 (Lampiran 1a)
yang diadakan pada 21-22 November 2018, telah membuka ruang pada para pensyarah dan
juga pelajar untuk menjana pendapatan antaranya menerusi aktiviti abseiling, e-sport, sukan
tradisional dan penjualan pakaian, makanan serta minuman. Program ini berjaya mendapat
sambutan yang sangat menggalakkan.

5.6 Penghargaan dan Pengiktirafan Sumber Manusia

FSR sentiasa memastikan setiap staf diberi peluang untuk meningkatkan kompetensi dan
menggalakkan penglibatan bersama masyarakat di peringkat tertinggi. Penilaian Peningkatan
kompetensi staf haruslah berteraskan kepada organisasi dengan memastikan setiap staf
digalakkan untuk menyumbang kepada kecemerlangan dari kemahiran dan pengetahuan
samada dari segi pencapaian akademik (peningkatan jumlah Anugerah Dekan pelajar) atau
bukan akademik (penglibatan bersama Jaringan Industri dan Keusahawanan). Fakulti juga
menghargai dan berbangga dengan pencapaian staf akademik dan pentadbiran dengan
mengurniakan ”Anugerah Perkhidmatan Cemerlang” kepada mereka yang menunjukkan
sumbangan yang tinggi dan prestasi yang baik terhadap Fakulti. Seramai lima penerima
Anugerah telah dipilih iaitu empat dari staf akademik dan dua dari staf pentadbiran.

Bil Nama Jabatan
1. Azlina Zid (Dr.) Pengurusan Sukan
2. En. Hisyam Che Mat Pengurusan Sukan
3. Pn. Jamiaton Kusrin Sains Sukan
4. Cik Sharifah Suriyani Syed Redzwan Pentadbiran
5. Pn. Yusmawany Ab. Halim Pentadbiran

Rajah SM.8: Penerima Anugerah Khidmat Cemerlang FSR

Di samping itu, sumber kewangan dan ganjaran juga diberikan kepada staf yang menjalankan
tugas demi kepentingan FSR seperti pembayaran elaun yang selayaknya kepada staf yang
berkhidmat di luar kawasan, surat penghargaan juga diberikan kepada staf yang menjalankan
tugas rasmi dan juga tugas kemasyarakatan yang memerlukan kepakaran staf FSR seperti di
bidang Jaringan Industri dan Keusahawanan. Beberapa pensyarah yang terlibat secara
langsung dalam bidang Jaringan Industri dan Keusahawanan telah diberi pengiktirafan dan
penghargaan di dalam serta di luar negara.

50

Fakulti juga menjalinkan MOU kerjasama dengan
beberapa universiti luar negara yang membolehkan
para pensyarah berkongsi ilmu dengan para pelajar
dari Universiti tersebut. Pada 13-17 November 2018,
Prof Madya Zulkifli Abd Kadir dan En. Khairulzaman
Hamin telah dijemput memberi syarahan di Faculty of
Physical Education and Physiotherapy, Opole University of Technology Poland. Selain itu,
majlis menandatangani memorandum perjanjian (MOA) turut diadakan antara FSR dan
Univeritas PGRI Adibuana Surabaya pada 30 Disember 2018 dan MAHB pada 7 Mei 2018
bagi program ”Fat to Fit”.

Rajah SM. 9: MOA Di Peringkat Nasional dan Antarabangsa
51

Selain itu, Fakulti juga telah menggalakkan semua staf membentang kertas kerja di konferensi
dalam dan luar negara serta mengambil peluang mewujudkan hubungan industri bagi
bertujuan memperkenalkan program FSR. Bertindak sebagai pembentang kertas kerja di
pelbagai konferen dengan penghasilan inovasi dan kreativiti yang mantap ataupun sebagai
penceramah dalam berkongsi ilmu sains sukan dan rekreasi telah memberi kesedaran dan
makluman kepada setiap lapisan masyarakat dunia. Pada tahun 2018, beberapa pensyarah
telah membentang kertas kerja di dalam dan luar negara antaranya seperti berikut:

Bil Nama Nama Konferen Tempat Tarikh

1. Vincent 2nd Asean Sports Medicine Hotel Istana 24-25 Mac

Parnabas (Dr.) Conference 2018 K.Lumpur 2018

2. Azlina Zid (Dr.) International Symposium on Osaka International 1-3 April 2018

Education and Psychology House Foundation

Osaka Japan

3. Mahenderan 1st International Golden Boutique 4 Ogos 2018

Appukutty (PM Symposium on Physical Hotel Jakarta

Dr.) Fitness and Sport Nutrition

4. Tan Chee Conference MOHE 2018 Hotel Tenera, 25-26 Sept

Hian(PM Dr.) Bangi Selangor 2018

5. Nagoor Meera 5th International Conference Le Meridian Kota 5-6 Disember

Abdullah on Science and Social Kinabalu 2018

Research

6. Mohamad 7th World Scientific Uni of Rzeszow 17-19 Oktober

Nizam Congress of Combat Sports Poland 2018

Mohamed and Martial Arts

Shapie (Dr.)

7. Raihana Asian Society of Sport Jeju Korea 18-20 Oktober

Shahrir (Dr.) Biomechanics Conference 2018

2018

Selain itu, beberapa pensyarah telah membentuk Jaringan Industri apabila diberi peluang
memegang jawatan sebagai salah seorang lembaga pengarah seperti di Asian Society of
Sport Biomechanics, Dr. Raihana Sharir (Lampiran 33) and Regional Director of Pan-Asian
Societ of Sports & Physical Education, Prof Madya Dr. Tan Chee Hian (Lampiran 43).

Rajah SM. 10: Perkongsian Ilmu Di Peringkat Antarabangsa
52

Rajah SM. 11: Perkongsian Ilmu Di Peringkat Nasional
5.7 Tindakan Pengurusan kepada Maklumbalas Sumber Manusia
Perjumpaan dengan semua warga FSR bersama pengurusan (Dekan) setiap semester.
Manakala mesyuarat pengurusan melibatkan program di bawah ICAEN bagi mendengar
segala permasalahan, cadangan, kritikan membina di kalangan staf juga merupakan satu
mekanisme untuk meningkatkan lagi kualiti dan nilai FSR di peringkat global. Pihak FSR
berusaha mencari dan menggunakan input daripada staf akademik dan pentadbiran menerusi
langkah–langkah yang melibatkan keperluan pendidikan, latihan, kursus serta pembangunan
staf yang membawa ke arah peningkatan perhubungan Jaringan Industri dan
Keusahawanan. Fakulti telah menggalakkan semua staf melibatkan diri dalam perhubungan
Jaringan Industri dan Keusahawanan di dalam dan di luar negara bagi bertujuan
memperkenalkan FSR. Ianya secara tidak langsung dapat meletak nama UiTM di mata dunia
selaras dengan saranan Yang Berbahagia Dato’ VC.

Rajah SM. 12: Amanat Tahun Baharu Naib Canselor UiTM 201

53

6.0 TUMPUAN KEPADA OPERASI

Rekabentuk proses kerja memerlukan proses sokongan yang mantap bagi melancarkan lagi
kecekapan dan keberkesanan sesebuah organisasi dan sistem pengurusan di fakulti. Di
Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) setiap bahagian memainkan peranan dalam
menyokong pelaksanaan dan keberhasilan objektif dan inisiatif strategik bidang tumpuan
pilihan. Sejajar dengan elemen ini, FSR sentiasa komited dan proaktif dalam menghasilkan
input yang berkualiti bagi memenuhi kehendak UiTM khususnya, dan juga pemegang taruh.

6.1 Pelaksanaan Proses-proses Utama Dalam Perlaksanaan Objektif dan Inisiatif
Strategik

Secara keseluruhan, setiap aktiviti/Program Jaringan Industri dan Keusahawanan yang
dilaksanakan adalah yang menjurus kepada kursus pembelajaran. Perlaksaan ini diperlukan
bagi menjamin kecekapan dan keberkesanan, serta digunakan untuk mengawal dan
mengamalkan peningkatan yang berterusan terhadap proses dan juga produk tumpuan.
Justeru itu, bagi memastikan hasil dan keberkesanan program; Model Plan, Do, Check and
Action (PDCA) yang diaplikasikan sebagai proses utama dalam melaksanakan setiap
prosedur. Aplikasi carta aliran ini telah berjaya menghasilkan program-program jaringan
industri dan keusahawanan yang bersifat berterusan. Inisiatif Dekan FSR dan Timbalan
Dekan ICEAN FSR untuk menjadikan FSR sebagai fakulti yang memperluaskan jaringan-
jaringan industri dan keusahawanan telah meningkatkan usaha warga fakulti untuk melibatkan
diri dalam program-program jaringan industri seperti Program Pertukaran Pelajar ke Universiti
Suwon Korea Selatan, MOA FSR dengan PPS Prodi Olahraga Unipa Surabaya; dan program-
program keusahawanan seperti Sport Entrepreneurship Carnival 5.0 dan Program
Sport@Entrepreneural Carnival 2018.

• Mengenalpasti objektif Plan • Langkah-langkah
dan potensi masalah yang di ambil untuk
yang boleh mencapai objektif
menghalang
pencapaian objektif. Do yang ditetapkan

• Melakukan Action Check • Mengukur
penambahbaikkan keberkesanan melalui
proses perbandingan hasil
dengan objektif

Rajah TO.1: Plan, Do, Check, Action Model

Model PDCA adalah kaedah pengurusan yang digunakan untuk mengawal dan memastikan
perlaksanaan terhadap proses berjalan lancar dan jayanya. ‘Plan’ melibatkan proses
pengenalpastian aktiviti-aktiviti atau program yang diperlukan bagi mencapai objektif yang
diinginkan. Mensyuarat atau perjumpaan bersama pihak-pihak yang terlibat juga akan
dilakukan bagi melancarkan lagi proses pengenalpastian objektif. Dalam fasa ‘Plan’ ini juga,
potensi-potensi risiko atau masalah yang dapat menghalang pencapaian objektif akan dikenal
pasti bersama. Selepas mengenalpasti potensi-potensi risiko sesuatu aktiviti atau program,
kelulusan program dan belanjawan perlulah dilalui.

54

Proses pengikatan MoA FSR dengan PPS
Prodi Olahraga Unipa Surabaya dimana
objektif utama adalah untuk membina jaringan
industri serta akademik yang berterusan
diantara kedua-dua universiti dan di antara
Malaysia dan Indonesia telah melalui proses
kerja dan prosedur-prosedur yang ditetapkan
bagi melancarkan hubungan kerjasama yang
berterusan. Disamping itu, perbentangan
Kertas Kerja Saintifik juga telah dilaksanakan
bersama Pascasarjana Universitas PGRI Adi
Buana Surabaya dan FSR. Proses kerja ini
telah berpandukan proses kerja yang telah
ditetapkan oleh pihak UiTM.

Rajah TO.2: Carta Alir Permohonan MoU dan MoA

Fasa ‘Do’ melibatkan perlaksanaan
langkah-langkah yang di ambil untuk
mencapai objektif yang telah
dirancang. Di fasa inilah pemantauan
dilakukan bagi mengawal risiko-risiko
yang boleh menghalang pencapaian
objektif. Tindakan-tindakan bagi
mengawal atau mengurus risiko-risiko
ini akan dikenalpasti sebelum ia terjadi.
Sebagai contoh; bagi Program
Sport@Entrepreneural Carnival 2018
yang dijalankan pada bulan November
iaitu ketika musim monsoon, bagi
mengelakkan daripada aktiviti-aktiviti
yang telah dirancang tergendala
disebabkan hujan, program ini
memastikan khemah dan kaedah
alternatif lain bagi aktiviti-aktiviti
‘outdoor’ adalah mencukupi dan
teratur.

Rajah TO.3: Carta Alir Proses Selepas Mendapat Kelulusan JKMoU/MoA

55

Pengukuran keberkesanan setiap aktiviti atau program jaringan industri dan keusahawanan
akan dibandingkan melalui hasil dan objektif (Fasa ‘Check’). Laporan program, aduan

maklumbalas pelanggan dan mesyuarat post-mortem akan menjadi sumber utama rujukan

bagi proses penambahbaikan aktiviti dan program. Fakulti akan mendapat maklum balas dari

Jaringan Industri dan Keusahawanan yang telah dijalankan. Maklumbalas tersebut akan

dianalisa bagi mendapatkan input dan output dan keputusan yang diperolehi akan diambil
tindakan berikut; i. Maklumbalas negatif – penambahbaikan untuk program yang sama di
masa akan datang, dan ii. Maklumbalas positif – mengekal dan mempertingkatkan lagi kualiti
dalam pelaksanaan program tersebut. Di fasa ‘Action’, maklumat-maklumat yang telah

didapati dari awal perancangan program sehingga tamat program akan digunakan bagi

proses penambahbaikan proses aktiviti Jaringan Industri dan Keusahawanan yang akan

datang. Penambahbaikan ini amatlah penting bagi proses penghasilan perancangan yang

akan datang. Hasil MoA FSR dan PPS Prodi Olahraga Unipa Surabaya telah membuka ruang

bagi pelajar-pelajar Pascasarjana Unipa Surabaya untuk menjalankan latihan praktikal di

FSR.

6.2 Hasil Jangkaan Terhadap Perlaksanaan Operasi

OBJEKTIF HASIL INISIATIF
STRATEGIK STRATEGIK

Menyumbang.. Pihak fakulti dapat dan Pengarah Program di
kepakaran kepada. mewujudkan rangkaian Kesatuan Ragbi
komuniti setempat, strategik industri. Malaysia (KRM),
industri dan juga .. . Perkongsian ilmu serta Setiausaha Kehormat
Negara . perkongsian ilmu dan Persatuan Tenis
kepakaran. Malaysia (LTAM), Pakar
Meningkatkan kerjasama .. Rujuk Komponen Aktiviti
strategik dengan jaringan Program keusahawanan Fizikal dan Senaman
industri dan terancang dapat
keusahawanan FSR. dijalankan dan juga Sport Entrepreneurship
perkongsian ilmu dengan Carnival 5.0
Pemetaan Pensyarah dan komuniti serta penjanaan Program
Pelajar FSR Shah Alam pendapatan. Sport@Entrepreneural
diperingkat Global di Carnival 2018
bidang Sains Sukan dan Pengiktirafan organisasi
Pengurusan Sukan terhadap penglibatan Memorandum
pensyarah dan pelajar Persefahaman (MoU /
Meningkatkan penglibatan dalam aktiviti MoA) dengan
FSR dalam aktiviti kesukarelawan peringkat syarikat/agensi luar
Keusahawanan da kebangsaan dan
Jaringan Industri antarabangsa
Peringkat Nasional dan
Antarabangsa Pendedahan kepada
pensyarah dan pelajar
berkaitan penganjuran
kebangsaan dan
antarabangsa

Rajah TO.4: Jangkaan Keberhasilan FSR

56

7.0 HASIL DAN PENCAPAIAN

Sepanjang tahun 2018, FSR telah melaksanakan beberapa inisiatif perancangan
strategik yang meyokong hala tuju universiti seperti yang telah dijelaskan di dalam
bab-bab terdahulu. Antara fokus hasil yang telah dicapai adalah berdasarkan objektif
strategik FSR iaitu meningkat bilangan Jaringan Industri dan keusahawanan. Salah
satu teras utama yang dilaksanakan secara agresif bagi meningkatkan aktiviti
‘outreach’ dan ‘community engagement’ diperingkat global. Melalui portfolio Timbalan
Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri bertindak sebagai penggerak yang
bertanggungjawab terhadap penglibatan staf dan pelajar FSR.

7.1 Hasil Pelaksanaan Dan Inisiatif Stategik

7.1 (a) Pencapaian Objektif dan Initiatif Strategik
7.1.1 Jaringan Industri

Bagi tahun 2018, FSR telah menetapkan sasaran kerjasama di semua peringkat dan
tumpuan utama adalah diperingkat negara dan antarabangsa seperti yang tertera di
Rajah H.1 dan H.2.

Peringkat Sasaran Pencapaian
Antarabangsa 5 9
Negara 10 20
Negeri 2 2
Agensi luar 10 14
UiTM 10 2
JUMLAH 37 47

Rajah H.1: Sasaran dan Pencapaian Penglibatan Jaringan Industri
mengikut peringkat

Bilangan Sasaran Pencapaian
MoU / MoA 5 6
5 6
JUMLAH

Rajah H.2: Sasaran dan dan Pencapaian Bilangan MoU / MOA
yang dimaterai

Hasil dari inisiatif ini adalah sangat berimpak tinggi kepada FSR umumnya dan
khusus kepada pensyarah dan pelajar melalui program pemindahan pengetahuan di
antara kedua belah pihak yang terlibat. Antara program jaringan industri yang
memberikan signifikan impak kepada UiTM ialah adalah melalui:

57

Rajah H.3: Inisiatif, Keberkesanan dan hasil Jaringan Industri

Inisiatif Jaringan Keberkesanan / Kepentingan Hasil
Industri
Pensyarah – Berkongsi kepakaran dengan melaksnakan
Geran Erasmus syarahan bidang kepakaran bersama pelajar
Mobility Staf antarabangsa. Dua orang pensyarah kanan FSR terlibat
Akademik FSR dalam program mobiligy staf ke Poland.
dengan Faculty of
Physial Education and Staf akademik dikedua-dia belah pihak telah mula
Physiotherapy, Opole bekerjasama dalam menghasilkan penyelidiakn bersama
University of dan menjadi penilai program akademik.
Technology Poland.

Pelajar - Memberi peluang menimba ilmu dan pengalaman
berkaitan dengan bidang sains sukan.

MoU FSR, UiTM FSR telah dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan
dengan Malaysia modul latihan untuk staf Airport Fire Rescue Service
Airport Sdn Bhd - Fat (AFRS) dan perudningan utnuk program kecergasaan
to fit Program. Penurunan Berat Badan (Fat to Fit).

MoU FSR, UiTM 6 orang pelajar Sarjana Muda mengikuti program mobiliti
dengan Suwon pelajar dan latihan industri. Pelajar mendapat
University, Korea pendedahan di peringkat global bukan sahaja dari segi
Selatan bidang pengajian mereka tetapi juga dari segi bahasa dan
budaya di negara di mana mereka ditempatkan. Pelajar
juga menghasilkan penyelidikan bersama sebagai salah
satu projek penyelidikan sebagai salah satu projek tahun
akhir.

MoU dengan FSR, • Seorang pensyarah FSR En. Sariman telah mendapat
UiTM dengan tajaan pengajian peringkat PhD dari Universiti
Universiti Fukuoka, Fukuoka, Jepun.
Jepun.
• Kolaborasi penyelidikan dalam bidang Biomekanik
Universitas PGRI Adi sukan dan sains sukan.
Buana Surabaya,
Indonesia dan FSR, • FSR akan menerima kunjungan Profesor Pelawat dari
UiTM. Universiti Fukuoka tanpa sebarang geran.
Universitas Esa
Unggul • Simposium Antarabangsa Pendidikan Sukan 2018
UiTM bersama Institut Pendidikan Guru Kampus
Bahasa Antarabangsa (IPGKBA)

• Pensyarah mendapat peluang dengan menghasilkan
penyelidikan dan penyelia bersama projek
penyelidikan diperingkat Sarjana dan PhD.

Kerjasama antara • 3 orang pensyarah kanan FSR telah dilantik sebagai
UiTM dan perunding program ‘Fit and Eat Right (1 Fiter).
Kementerian
Kesihatan Malaysia • Menghasilkan sebuah buka panduan Penurunan Berat

Badan terbitan KKM.

58

Rajah H.4 Penglibatan Warga FSR dengan Industri

7.1.2 Keusahawanan

Bagi inisiatif program keusahawanan, FSR menetapkan sasaran bilangan program
keusahawan dan pencapaian adalah seperti di Rajah H.3 dan H.5.

Peringkat Sasaran Pencapaian
Program 2 2
keusahawanan
JUMLAH 2 2

Rajah H.5: Sasaran dan Pencapaian Program Keusahawan

Dua inisiatif keusahawan yang dijalankan oleh FSR dan memberikan hasil sangat
berimpak tinggi seperti di Jadual H.6 yang menetapkan inisiatif keusahawan dan
keberkesana serta kepentingan hasil kepada pelajar, pensyarah dan penyelidik di FSR.

Rajah H.6: Inisiatif Keusahawanan, keberkesan dan kepentingan hasil

Inisiatif Keusahawanan Keberkesanan / Kepentingan Hasil
Pelajar - memupuk minda keusahawanan dan menggalakan job
Sport Entrepreneurship creator.
Carnival 5.0 dan Program
Sport@Entrepreneural Pensyarah – menggalakan penjanaan pendapatan melalui aktiviti
Carnival 2018 perundingan dan khidmat kepakaran mengikut bidang.

Product Idea Innovation Show Penyelidik - mentransformasikan hasil dan ciptaan saintifik terkini
Case 2018 anjuran MASMED melalui pembangunan,penyelidikan dan inovasi (R&D&I) kepada
Champion- Best Innovation suatu produk dan perkhidmatan yang bukan hanya mempunyai
Idea for Commercialization nilai komersil yang tinggi tetapi dapat dimanfaatkan bagi
Honey Extracting Machine 2.0 kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat

59

Rajah H.7: Pride Showcase ENT600

5 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan semester 5 yang mengambil kursus
ENT600 telah memenangi pertandingan Pride Showcase dan memenangi Johan
Kategori Idea, Johan Keseluruhan, dan Hadiah Utama bernilai RM50,000.00 Pelajar
berpeluang untuk melawat industri di Korea/ Jepun/ China.

7.1.3 Kesukarelawan

Bagi inisiatif kesukarelawan, FSR menetapkan sasaran bilangan program keusahawan
dan pencapaian adalah seperti di Rajah H.8. Inisiatif ini mensasarkan penglibatan pelajar
dan pensyarah dalam program kemasyarakatan sukarelawan secara kolaborasi bersama
industri adalah bertujuan meningkatkan hubungan fakulti bersama masyarakat di luar.

TAHUN SASARAN PENCAPAIAN

Bilangan Program 4 4
Kesukarelawan

Jadual H.8: Data Program Kesukarelawan FSR

7.1(B) Keberkesanan Pengurusan Risiko

Standard Operating Procedure (SOP)

Sepanjang tahun 2018 sebanyak 45 program telah berjaya dilaksanakan mengikut SOP
yang ditetapkan. Hasil daripada program tersebut tiada kemalangan jiwa atau harta
dilaporkan. Berikut adalah jadual H.9 menunjukkan hasil pengurusan risiko:

BIDANG BIL. HASIL (kadar
PROGRAM kemalangan)

Kesukarelawan 6 0

Jadual H.9: Keberkesanan Pengurusan Risiko FSR

60

7.2 Hasil Tumpuan Pelanggan

Penumpuan dan perhatian penuh terhadap hubungan dua hala atau integrasi yang mantap
dan berterusan antara pihak FSR bersama pelanggannya seperti pelajar, staf, alumni
ibubapa, komuniti setempat serta masyarakat bandar dan luar bandar.

Maklum balas pelanggan yang berterusan adalah suatu aspek penting dalam memberikan
perkhidmatan yang terbaik dan penambahbaikan yang berterusan bagi memastikan kepuasan
pelanggan dapat dicapai. Antara mekanisme disediakan oleh FSR bagi mendapatkan
maklumbalas pelanggan dan melibatkan pelanggan. Analisa yang dibuat dan dibentangkan
untuk perbincangan telah memberikan hasil berimpak tinggi kepada FSR dan UiTM.

7.2.1 Keberkesanan Penglibatan Pelanggan

Bidang Bil. Program Bil Staf
Jaringan Industri 4 12

Keusahawanan 39 117

Kesukarelawan 6 18

Jadual H.10: Hasil Penglibatan pelanggan FSR

ANALISA TAHAP
KEPUASAN HATI PELANGGAN BAGI PROGRAM 2018

2%

7% 8% Tidak Memuaskan
10%

70% Memuaskan
Cemerlang
Baik
Sangat Baik

Rajah H.11: Analisa tahap kepuasan hati pelanggan bagi program FSR

Tahap kepuasan hati pelanggan dianalisa secara keseluruhan bagi tahun 2018. Data
diperolehi daripada borang kepuasan hati pelanggan yang diedarkan selepas tamat program.
Hasil dari analisa menunjukkan bahawa 73% setuju dengan keberkesanan program tersebut.
Peratusan yang tinggi ini dilihat mampu memenuhi permintaan kepada aktiviti yang bercorak
fizikal.

61

7.3 Hasil Tumpuan Sumber Manusia
7.3.1 Keberkesanan Penglibatan Sumber Manusia

Sumber Manusia FSR yang utama adalah dikalangan pensyarah dan staf pentadbiran.
Semua pensyarah dan stat pentadbiran digalakkan melibatkan diri dan menyumbang
semula kepakaran mereka kepada pihak yang berkepentingan iaitu pemegang taruh.
Antara inisiatif yang dilaksanakan ialah seperti di Jadual H.9:

Rajah H.12: Inisiatif dan Keberkesan/Kepentingan Hasil bagi
Penglibatan Sumber Manusia

Inisiatif Keberkesanan / Kepentingan Hasil
Meningkatkan tahap
kepakaran Peningkatan latihan pensijilan pengetahuan dan kemahiran yang
merupakan nilai tambah kepada Attitude, Skills and Knowledge (ASK)
yang diperlukan dalam bidang masing-masing.

Tahun Negara Antarabangsa

2018 52

Peratusan pensyarah yang menghadiri jam latihan melebih 42 jam ke

atas.

Staf 42 jam ke atas
Pensyarah 100%
Pentadbiran 100%

Meningkatkan bilangan Pensyarah banyak terlibat dalam kolaborasi dengan agensi luar
perkhidmatan dan seperti Persatuan Ragbi Malaysia, Pasukan Tenis Malaysia, Football
projek perundingan Federation Seoul Korea Selatan, Persatuan Kejurulatihan
Kebangsaaan, IJN dan Persatuan Bola Sepak Selangor.

Pakar Pelantikan
En. Norasruddin Penganalisa prestasi bagi program
Sulaiman kecemerlangan ragbi Malaysia.
PM Dr Rahizam Pegawai Teknikal Sukan Sea untuk
bin Abdul Rahim Pasukan Tenis Malaysia.

En. Pekan Ramli Ahli Jawatankuasa Eksekutif Asian
University Football Federation Seoul,
Pn. Siti Soraya Korea Selatan.
Mohd Elias Tenaga Pengajar Kejurulatihan
Kebangsaan

Dr. Hasnul Faizal Pengarah Majlis Sukan Wilayah
Hussin Amri Persekutuan.
YM Raja Muhamad Ketua Perundingan sains sukan untuk
Firhad Raja Azidin Persatuan Bola Sepak Selangor.

62

Bilangan yang direkodkan:

Tahun Bilangan
2018 12

Meningkatkan bilangan Tahun Bilangan
Kolaborasi 2018 5
Penyelidikan

Meningkatkan bilangan Tahun Bilangan
sesi perkongsian dan 2018 30
pemindahan ilmu

Surat Pelantikan disertakan.

Dr. Hasbullah Keynote Speaker Kempen Hari
Ismail Jantung Sedunia – Oktober 2018

7.3.2 Tahap Kegirangan Sumber Manusia (Happiness Index)

Berdasarkan Tahap Kegirangan Sumber Manusia (Happiness Index) dan elemen Model
PERMAI, FSR telah elemen makna dan pencapaian telah menunjukkan peningkatan
sebanyak 82% dan 74%.

Model PERMAI 2018 2017
Makna 82% 76%
Pencapaian 74% 62%

Rajah H.13: Perbandingan Indeks Kegembiraan fakulti Tahun 2018 dan 2017

Sub Domain Pencapaian 2018 2017
Fakulti F17
80% 77%
Kebolehan Kendiri 68% 62%
Pencapaian Peribadi 2018 2017
Sub-Domain Keterlibatan Fakulti 61% 60%

Kepimpinan

Rajah H.14: Perbandingan Indeks Kegembiraan fakulti Tahun 2018 dan 2017

Hasil daripada Laporan Statistik Happiness Index FSR menunjukkan bahawa bagi tahun 2018
Tahap Kegembiraan paling tinggi adalah 82% dibawah faktor makna. Faktor ini menerangkan
bahawa staf lebih cenderung kepada sumber yang berbentuk fizikal (kewangan) berbanding
spiritual (keikhlasan). Ini mungkin dipengaruhi oleh faktor ekonomi semasa.

63

7.4 Hasil Operasi

7.4. (a) Kecekapan Operasi

Carta alir Jaringan Keusahawanan Sukarelawan
Industri x x
Carta alir aktiviti x x
pelajar x x x
Carta alir aktiviti
sukan pelajar x xx
Carta alir kebajikan
pelajar
Carta alir mesyuarat
aktiviti pelajar

Jadual H.15: Mekanisma Kecekapan Operasi FSR

Jadual menunjukkan kecekapan operasi adalah merujuk kepada carta alir yang menjadi garis
panduan pelaksanaan program. Melalui carta alir ini segala bentuk pengurusan operasi
seperti sumber peruntukan, jumlah peserta, jadual aktiviti, pengisian program, pelaporan
aktiviti dapat dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan.

7.4.(b) Keberkesanan Operasi

Inisiatif Operasi Keberkesanan / Kepentingan Hasil
Mengemaskini 2 carta alir proses Pengurusan tadbir urus yang melibatkan
jaringan industri, keusahawan dan jaringan, keusahawan dan kesukarelawan yagn
kesukarelawan lebih baik apabila proses dipermudahkan.

Mendaftarkan risiko penglibatan Menekankan aspek keselamatan dan pada
pelajar dan warga FSR melalui tahun 2018 tiada sebarang kemalangan
Buku Prosedur Rekreasi Luar dilaporkan.
Pelajar

Jadual H.16: Inisiatif Operasi dan Keberkesanan / Kepentingan Hasil

7.5 Hasil dari Prestasi Kewangan

7.5.(a) Keberkesanan Kos

Keberkesanan penyampaian perkhidmatan sesebuah PTJ boleh diukur dengan

kecekapan pengurusan kewangannya yang terhad. FSR komited dalam mempraktikkan

konsep tadbir urus terbaik dalam pengurusan kewangan dengan memastikan
perkhidmatan “value for money” serta pengurangan terhadap pembaziran sumber dan

dana.

PERKARA 2019 2018

Kelulusan Peruntukkan

Program Jarignan Industri, RM 18,949.00 RM 28,181.00

keusahawan dan

sukarelawan

Jadual H.17: Perbandingan Kelulusan Peruntukan Kewangan FSR

64

7.5.(b) Pulangan Pelaburan (ROI)

Hasil dari peruntukan universiti yang diberikan untuk projek-projek pembangunan pelajar,
impak yang tinggi dapat dilihat dalam pencapaian pelajar dari segi akademik,
kemasyarakatan, peningkatan nilai-nilai murni, meningkatkan aktiviti jaringan industri,
keusahawanan dan kesukarelawan di kalangan pelajar dan pensyarah. Peranan FSR
dalam usaha untuk meningkatkan kerjasama bersama jaringan industri, keusahawan dan
sukarelawan telah banyak memberi impak positif terhadap fakulti.

Pulangan Pelaburan (ROI) diklasifikan kepada Lima (5) elemen yang berimpak tinggi
kepada UiTM, FSR, warga akademik dan pentadbiran FSR, pelajar dan lain-lain
pemegang taruh iaitu kesarjanaan academia, hubungan dan jaringan, nilai komersial dan
nilai tambah modal insan dan penjanaan pendapatan.

Elemen RoI Keberkesanan/Hasil

KERSARJANAAN Peningkatan pengiktirafan pihak industri dan komuniti terhadap
AKADEMIA keupayaan dan kepakaran yang ada pada staf FSR.
Dibuktikan melalui lebih 60 surat pelantikan kepada staf dan
warga dalam mengikut kepakaran masing-masing.
Peningkatan ini juga dapat memberi pengiktirafan QS Ranking.

HUBUNGAN DAN Melalui pelbagai inisiatif yang dijalankan dapat mengukuhkan
JARINGAN hubungan dan kerjasama rapat diantara warga FSR dan pihak
industri yang memerlukan kepakaran dan khidmat mereka.
Selain itu, situasi menang-menang diantara dua pihak dapat
memberi peluang yang besar dalam pengantarabangsaan,
penyelidikan, inovasi dan khidmat perundingan dan
pemindahan ilmu serta teknologi. Hubungan dengan industry
dan jaringan juga mampu untuk memberi ruang staf akademik
dan pelajar FSR untuk menjalani latihan dan jaringan industri.

NILAI Peningkatan bilangan warga FSR yang terlibat dalam industri
KOMERSIAL
memberi nilai tambah dan nilai komersial serta menampakkan
‘visibility’ warga FSR dari aspek kepakaran masing-masing.

Menghasilkan graduan yang berkemahiran tinggi serta
berkualiti dan dapat memenuhi keperluan pasaran. Secara
langsung dapat meningkatkan bilangan kebolehpasaran pelajar
FSR.

NILAI TAMBAH Pendedahan dan pengalaman yang diperolehi oleh warga FSR
MODAL INSAN dan pelajar memberi nilai tambah dari aspek Attitude, Skills and
Knowledge (ASK) serta nilai-nilai murni yang didapati daripada
pihak luar yang mereka berkolaborasi. Meningkatkan nilai
tanggungjawab sosial kepada warga FSR dan pelajar untuk
menyumbang semula kepakaran dan bakti kepada pihak luar
dan untuk kepentingan UiTM dan Malaysia khasnya.

PENJANAAN Melalui aktiviti kolaborasi ini menghasilkan pendapatan kepada
PENDAPATAN FSR. Hasil penjanaan pendapatan ini diperincikan pada 7.5 (c).

Rajah H.18: ROI FSR
65

7.5(c) Penjanaan pendapatan

Dalam meningkatkan penjanaan pendapatan, tumpuan diberikan melalui perkhidmatan
Pusat Latihan Gim dan Klinik Kecederaan Sukan. Jumlah sebenar pendapatan 2017
adalah melebihi dari tahun 2016. Terdapat beberapa bayaran yang masih belum
diselesaikan oleh pihak tertentu. Namun keutamaan bukanlah mencari keuntungan
kerana bidang tumpuan Jaringan Industri dan Keusahawanan adalah tanggungjawab
sosial yang harus dilaksanakan.

Hasil Sumber Pendapatan Jumlah Pendapatan
Tabung Amanah Pelajar RM95,800.00
Pusat Latihan Gim RM10,889.43
Klinik Kecederaan Sukan RM 4,403.40
Projek Perundingan RM 1,775.86
JUMLAH RM112,868.69

Rajah H.19: Penjanaan Sumber Pendapatan

66


Click to View FlipBook Version