The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zarkhuan, 2021-05-02 20:20:47

SEJARAH, FALSAFAH & KURIKULUM

SEJARAH, FALSAFAH & KURIKULUM

HIE3023
FALSAFAH DAN
KURIKULUM PENDIDIKAN

ISLAM

DR. MOHAMAD ZARKHUAN BIN ZAINOL
FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SEJARAH, FALSAFAH DAN
KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM

MINGGU KE-2
16 MAC 2021 (SELASA)
18 MAC 2021 (KHAMIS)

2PM-5PM



ASAL-USUL PERKATAAN SEJARAH

Perkataan sejarah Sejarah dalam Bahasa Belanda,
berasal daripada Inggeris dan Perancis berasal
Bahasa Arab iaitu daripada Bahasa Yunani iaitu
Syajaratun (‫)شجرة‬ Historia iaitu pengetahuan yang
yang bermaksud diperoleh melalui penelitian
pokok atau pohon secara melihat dan mendengar.
(Teuku Ibrahim, Menurut Aristotle Historia
1972). bererti keterangan yang
sistematis dari gejala-gejala
alam terutama mengenai umat
manusia yang bersifat
kronologis (Teuku Ibrahim,
1972).

APAKAH MAKSUD SEJARAH?

Kamus Sejarah bererti asal Ibnu Sejarah adalah Henri Sejarah ialah
Dewan usul (keturunan), Khaldun catatan umat Pirenne cerita
Edisi ke-4 salasilah. peristiwa manusia atau mengenai
yg benar-benar peradaban dunia perbuatan-
berlaku pada waktu tentang perubahan- perbuatan
yg lampau, kisah, perubahan yang manusia yang
riwayat, tambo: terjadi pada watak hidup
cerita yg disangka masyarakat itu, bermasyarakat
dongeng itu menjadi tentang segala
fakta sejarah perubahan yang
sesudah dijumpai terjadi dalam
bukti-bukti yg masyarakat kerana
mengesahkannya. watak masyarakat itu
sendiri.

SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM

Zuhairini (1992) merumuskan
bahawa sejarah Pendidikan
Islam adalah keterangan
mengenai pertumbuhan dan
perkembangan Pendidikan Islam
dari satu waktu ke waktu yang
lain, sejak zaman lahirnya Islam
sampai sekarang.



ASAL-USUL PERKATAAN
FALSAFAH

Falsafah berasal daripada Bahasa Yunani kuno iaitu
‘philo’ (cinta) dan ‘Sophos’ (kebenaran,
kebijaksanaan). Falsafah bukanlah semata-mata
merujuk kepada kebijaksanaan atau kebenaran itu
sendiri tetapi gabungan dua komponen iaitu
kecintaan dan kebenaran.

Phytagoras (580-500 SM) ialah orang yang pertama
menggunakan perkataan falsafah dan menggelarkan
dirinya sebagai pencinta kebijaksanaan (lover of
wisdom).

Istilah falsafah dipopularkan oleh dua orang ahli
falsafah terkenal iaitu Plato (427-347 SM) dan
Aristotle (384-322 SM).

(Ahmad Sunawari Long, 2006)

APAKAH MAKSUD
FALSAFAH

Falsafah tidak sama seperti pengetahuan.
Falsafah mengandungi kematangan
pandangan, pemikiran yang jauh dan luas
serta penelitian yang menyeluruh. Falsafah
ialah suatu ilmu yang mencari hakikat dan
prinsip-prinsip yang berkaitan dengan tiga
permasalahan asas iaitu kewujudan
(ontology), pengetahuan (epistemology)
dan nilai (aksiology) bagi sesuatu (Sidi
Gazalba, 1974).

APAKAH MAKSUD FALSAFAH?

Falsafah dapat diertikan sebagai
usaha mencari suatu kebenaran
atau keyakinan yang berhubung
dengan suatu perkara dengan
menggunakan kekuatan akal
fikiran. Dengan kata lain, falsafah
adalah mencari atau menganggap
sesuatu dengan menggunakan
kecerdasan akal fikiran dan
kebijaksanaan (Ahmad Mohd.
Salleh, 2004).

FALSAFAH PENDIDIKAN

Falsafah Pendidikan adalah asas
kepada pembentukan sistem
Pendidikan dalam sesuatu
institusi Pendidikan. Falsafah
merupakan panduan kepada
pembentukan hala tuju institusi
Pendidikan. Biasanya falsafah
dibentuk berasaskan latar
belakang sejarah, budaya dan
agama sesuatu bangsa dan
negara (Kamarul Azmi & Abd.
Halim, 2010) .

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Falsafah Pendidikan Islam adalah asas
penting untuk proses melahirkan
manusia yang seimbang dari segi intelek,
jasmani dan emosi yang mampu
bertindak dengan panduan batasan
kerohanian. Keseimbangan ini disebati
dalam diri sehingga menyerlahkan
peribadi mulia dan tinggi disisi Allah SWT
dan manusia serta alam kehidupan
(Kamarul Azmi & Abd. Halim, 2010).



ASAL-USUL PERKATAAN KURIKULUM

Kurikulum berasal daripada perkataan
Latin ‘Curere’ yang bermaksud laluan
atau jejak daripada permulaan hingga ke
garisan penamat. Perkataan ini telah
digunakan oleh orang-orang Romawi
pada abad Sebelum Masihi dengan
maksud balapan yang digunakan untuk
pertandingan lumba kereta kuda (Oxford,
2010).

SEJARAH PERKATAAN KURIKULUM
DALAM PENDIDIKAN

Istilah kurikulum muncul buat kali pertama
dalam Kamus Webster pada tahun 1856.
Kemudian Franklin Bobbit telah menghasilkan
sebuah buku yang bertajuk The Curriculum
pada tahun 1918. Makna kurikulum pada Ketika
ini merujuk kepada bidang olahraga yang ada
kaitan dengan asal-usul perkataan Greek yang
bermaksud balapan. Hanya pada tahun 1955,
istilah kurikulum mula digunapakai dalam
bidang Pendidikan dengan makna sejumlah isi
mata pelajaran daripada suatu perguruan
(Ornstein & Hunkins, 1998).

APAKAH MAKSUD KURIKULUM?

Kamus Dewan Al-Syaibani (1991) Ornstein & Hunkins (1998)
Edisi ke-4
Kurikulum atau 1. Kurikulum adalah satu
Kurikulum ialah manhaj bermaksud perancangan Tindakan atau
skop dan isi jalan yang terang. dokumen bertulis yang
kandungan Iaitu jalan terang mengandungi strategi-
sesuatu mata yang dilalui oleh strategi untuk mencapai
pelajaran di pendidik dengan matlamat yang
sekolah dan lain- orang-orang yang dikehendaki.
lain, senarai dididik bagi
kesemua mata mengembangkan 2. Kurikulum adalah segala
pelajaran (kursus pengetahuan, pengalaman yang diperoleh
pengajian) di keterampilan dan di bawah pengelolaan pihak
sekolah dan lain- sikap mereka. sekolah atau bimbingan
lain. guru yang membawa
kepada pembelajaran.

KURIKULUM
PENDIDIKAN ISLAM

TUJUAN KURIKULUM
PENDIDIKAN ISLAM

SUMBER-SUMBER KURIKULUM
PENDIDIKAN ISLAM

Menurut al-Syabani (1991) dan al-
Nisywan (1992), sumber kurikulum
Pendidikan islam berfokus kepada
dua rujukan utama iaitu al-Quran
dan al-Sunnah, dan diikuti dengan
ijtihad-ijtihad ulama terdahulu,
pandangan pakar-pakar Pendidikan
di samping tidak mengenepikan
keperluan individu, masyarakat dan
subjek pengajian.


Click to View FlipBook Version