HUBUNGAN KEFAHAMAN, AMALAN DAN PENGHAYATAN SOLAT TERHADAP KUALITI AKHLAK SISWA GURU MUHAMMAD AIYMAN BIN YUSLIZAM PISMP PENDIDIKAN ISLAM (AMBILAN JUN 2021) INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU 2024
i KANDUNGAN MUKA SURAT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i iii iv v vi BAB 1.0: PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1 1.2 Pernyataan masalah 2 1.3 Tujuan kajian 3 1.3.1 Objektif kajian 3 1.3.2 Soalan kajian 3 1.3.3 Hipotesis kajian 4 1.4 Skop dan batasan kajian 4 1.5 Kepentingan kajian 4 1.5.1 Kementerian pelajaran Malaysia 4 1.5.2 Institut pendidikan guru Malaysia 5 1.5.3 Siswa guru 5 1.6 Definisi operasional 5 1.6.1 Kualiti akhlak 5 1.6.2 Solat fardhu 6 1.6.3 Siswa guru 6 1.6.4 Rumusan 6 BAB 2.0 : TINJAUAN LITERATUR 7 2.1 Pengenalan kepada konteks kajian 7 2.2 Teori / model kajian 7 2.2.1 Teori pendidikan akhlak imam al-Ghazali 7 2.2.2 Model penghayatan solat berasaskan kaedah tafakur 8 2.3 Dapatan kajian lalu 11 2.4 Kerangka konseptual 13 2.5 Rumusan 13 BAB 3.0 : METODOLOGI KAJIAN 14 3.1 Pengenalan 14
ii 3.2 Reka bentuk kajian 14 3.3 Persampelan 14 3.4 Instrumen kajian 15 3.4.1 Kesahan 16 3.4.2 Kebolehpercayaan 16 3.5 Kajian rintis 17 3.6 Prosedur pengumpulan data 18 3.7 Prosedur penganalisisan data 19 3.8 Rumusan 19 RUJUKAN 20 LAMPIRAN 22
iii SENARAI JADUAL Jadual Perkara Muka surat Jadual 1 Jadual Sampel Krejcie dan Morgan 15 Jadual 2 Jadual Interpretasi Skor Alpha Crombach Bond & Fox 17 Jadual 3 Hasil analisis kebolehpercayaan 18
iv SENARAI RAJAH Rajah Muka surat Rajah 1 Kaedah pelaksanaan tafakur 10 Rajah 2 Model penghayatan solat 11 Rajah 3 Kerangka Konseptual 13
v SENARAI SINGKATAN Singkatan KPM Kementerian Pendidikan Malaysia IPGM Institut Pendidikan Guru Malaysia SPSS Statistical Packages for the Social Sciences
vi SENARAI LAMPIRAN
1 BAB 1.0 : PENDAHULUAN 1.1PENGENALAN Solat merupakan rukun Islam yang kedua selepas mengucap kali syahadah. Mendirikan solat 5 waktu sehari semalam merupakan kewajipan bagi setiap individu muslim yang berada di dunia ini. Tidak kira kaum, bangsa, tempat dan pangkat, semua individu muslim wajib menunaikan kewajipan ini. Hal ini kerana solat merupakan tiang agama. Tanpa solat agama akan runtuh. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :“Solat itu tiang agama, barang siapa mendirikannya maka dia mendirikan agama, barang siapa meninggalkannya bererti ia meruntuhkan agama” Riwayat Imam al-Baihaqi dalam kitab Syu’abul Iman diriwayatkan dari Ikrimah dari Umar R.A. secara marfu. Solat merupakan aspek yang sangat penting dalam agama, hal ini kerana, ibadah solat merupakan ibadah yang berada pada tingkat teratas berbanding ibadahibadah lain. Solat merupakan ibadah utama yang menghubungkan-Nya dengan hambanya. Tambahan pula, solat merupakan aspek yang sangat penting dalam menjamin kualiti akhlak seseorang individu muslim. ۗ ُمْن َكِر ْ فَ ْح َشا ِء َوال ْ َه ٰى َع ِن ال َّن ال َّصََلةَ تَْن ِ قِِم ال َّصََلةَۖ إ َ ِكتَا ِب َوأ ْ ْي َك ِم َن ال لَ ِ و ِح َي إ ُ ا ُل َما أ ُم َم اتْ َو ََّّللاُ يَ ْعلَ ۗ َ ْكبَ ُر ِذ ْكُر ََّّللاِ أ َولَ تَ ْصنَعُو َن Artinya: "Bacalah Kitab (Al-Qur'an) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingat Allah (solat) itu lebih besar (keutamaannya dari ibadah yang lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan." Surah al-Ankabut ayat 45. Melalui ayat tersebut jelaslah bahawa solat berupaya untuk mencegah diri kita daripada terjebak dalam melakukan kemungkaran dan kemaksiatan. Oleh itu, pelaksanaan solat adalah sangat penting dalam membentuk kemenjadian akhlak seseorang individu.
2 Namun demikian, kita dapat liat masyarakat hari ini semakin memandang remeh kewajipan solat. Pada tahun 2008 iaitu sekitar 16 tahun yang lalu, Malaysia digemburkan dengan pernyataan daripada seorang tokoh motivasi terkenal iaitu Dr Fadzilah Kamsah yang menyatakan bahawa sejumlah 80 umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat 5 waktu sehari semalam. Rata-rata golongan yang kerap meninggalkan solat termasuklah golongan belia dan pelajar sekolah. Menurut Siti & Hanira (2023), hampir 99 peratus pelaku jenayah adalah terdiri daripada golongan remaja yang berusia 13 hingga 18 tahun sedangkan pembentukan sebuah masyarakat itu dicerminkan oleh golongan remaja. Menurut al-Ghazali, (2003) dalam Kamal dan Hafizhah, (2021) menyatakan bahawa ilmu dan amal perlu membentuk satu kesepaduan yang dibaluti dengan nilai keimanan agar kehidupan kita akan sentiasa berpaksikan redha Allah dan sentiasa takut untuk melanggar perintah-Nya. Kelalaian memelihara keimanan iaitu ibadah solat terutamanya akan menjadi sebab kepada seseorang itu memiliki jati diri dan pendirian yang lemah menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan akhlak yang buruk. 1.2PERNYATAAN MASALAH Solat menjadi benteng kepada diri manusia daripada melakukan kemungkaran seperti mana yang telah dijelaskan dalam al-Quran pada surah al-Ankabut ayat 45. Jika kita lihat daripada keadaan semasa, kita sering dapati pengabaian solat sering berlaku dalam kalangan remaja apabila mereka tidak konsisten mengerjakan ibadah solat 5 waktu sehari semalam. Menurut Shukri et al, (2014), penghayatan solat dalam golongan remaja sangat lemah. Mereka sama sekali tidak menganggap bahawa pelaksanaan solat suatu kewajipan yang perlu mereka tunaikan. Menurut Hasna et al, (2015) isu ini berpunca daripada kurangnya kefahaman dan ilmu pengetahuan berkaitan dengan ibadah solat. Kesannya, motivasi dan rasa tanggungjawab mereka untuk menunaikan solat akan pudar. Di samping itu yang kedua utama adalah diri sendiri yang solat ikut mood dalam kalangan pelajar (Suhaila Nadzri et.al, 2018).
3 Rentetan daripada perkara itu secara tidak langsung ia akan merosakkan jati diri mereka menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan perkaraperkara negatif sehingga membentuk perilaku akhlak yang kurang baik. hal ini kerana, solat yang dilaksanakan dengan sempurna dan cukup 5 waktu sehari semalam mampu membentuk jati diri yang unggul dalam diri seseorang manusia. Oleh itu, akhlak baik akan terbentuk dalam diri seseorang individu muslim yang memelihara solatnya sebagai contoh nilai integriti yang tinggi dalam melaksanakan tugas (Nik Hasnah, 2017). Sebagai seorang siswa guru yang akan menjadi pendidik, mereka mesti memiliki kualiti akhlak yang baik dan berkualiti agar dapat membentuk sebuah masyarakat yang berkualiti pada masa akan datang. Hal ini kerana, masa depan negara bergantung kepada anak muda masa ini dan kita bertanggungjawab untuk mendidik mereka suatu hari nanti. 1.3 TUJUAN KAJIAN Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengkaji tahap kefahaman, amalan dan penghayatan siswa guru terhadap solat fardhu. Selain itu kajian ini juga bertujuan untuk melihat hubungan di antara tahap kefahaman, amalan dan penghayatan solat fardhu terhadap kualiti akhlak siswa guru. 1.3.1 OBJEKTIF KAJIAN Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk: i. Mengenal pasti tahap kefahaman siswa guru tentang kewajipan solat fardhu. ii. Mengkaji tahap penghayatan solat dalam kalangan siswa guru. iii. Mengenal pasti tahap amalan solat fardhu dalam kalangan siswa guru iv.Menganalisis hubungan signifikan antara kefahaman, penghayatan, amalan dan implikasinya terhadap akhlak siswa guru. 1.3.2 PERSOALAN KAJIAN i.Apakah tahap kefahaman siswa guru terhadap kewajipan solat fardhu ii. Apakah tahap penghayatan solat dalam kalangan siswa guru iii. Apakah tahap amalan solat fardhu dalam kalangan siswa guru
4 iv. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman, amalan, penghayatan dan implikasinya terhadap akhlak siswa guru. 1.3.3 HIPOTESIS Ho1: Tidak terdapat hubungan signifikan di antara kefahaman solat fardhu dan implikasi terhadap akhlak siswa guru. Ho2: Tidak terdapat hubungan signifikan di antara amalan solat fardhu dan implikasi terhadap akhlak siswa guru. Ho3: Tidak terdapat hubungan signifikan di antara penghayatan solat fardhu dan implikasi terhadap akhlak siswa guru. 1.4 SKOP DAN BATASAN KAJIAN Kajian ini memfokuskan kepada implikasi solat fardhu terhadap kualiti akhlak siswa guru. kajian ini dilakukan ke atas siswa guru IPGM Sahaja dan dikecilkan kepada siswa guru IPG Zon Sabah. Kajian ini tidak melibatkan siswa guru IPG selain IPG Zon Sabah dan tidak melibatkan mana-mana siswa yang mengambil jurusan pendidikan di universiti. 1.5 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini dilaksanakan bagi mengenal pasti sejauh mana implikasi solat fardhu terhadap kualiti akhlak dalam kalangan siswa guru IPG. Melalui hasil kajian ini, pengkaji berharap dapat memberikan impak positif terhadap kemajuan dan kualiti siswa guru IPG pada masa akan datang. Pihak berkeperluan boleh menggunakan hasil analisis sebagai sumber rujukan bagi kegunaan tertentu. 1.5.1 Kementerian Pendidikan Malaysia Institut Pendidikan Guru Malaysia merupakan pusat latihan pra perkhidmatan di bawah penyeliaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bertanggungjawab atas kualiti kemenjadian siswa guru pada masa akan datang. Melalui kajian ini. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia perlu memastikan bahawa rohani dan jasmani siswa guru adalah seimbang dan sentiasa dibaluti dengan nilai keimanan yang mencukupi melalui penglibatan IPGM dalam hal-hal kerohanian bukan akademik semata-
5 mata. Hal ini bertujuan untuk memastikan bahawa pembentukan siswa guru adalah berteraskan kepada nilai-nilai murni dan baik akhlaknya. 1.5.2 Institut Pendidikan Guru Malaysia Melalui kajian ini. Pihak Institut Pendidikan Guru Malaysia boleh mengetengahkan kerohanian dalam aspek-aspek tertentu. Hal ini bertujuan untuk memastikan nilai dan ilmu siswa guru adalah seimbang. Dengan adanya kajian ini program-program kerohanian seharusnya menjadi tunjang dan asas utama dalam kemenjadian siswa guru. Selain itu, kajian ini dapat membantu pihak IPGM untuk menghasilkan siswa guru yang lebih berkualiti. 1.5.3 Siswa guru Kajian ini dapat menimbulkan kesedaran kepada siswa guru untuk memelihara ibadah mereka lebih-lebih lagi solat. Sebagai bakal pendidik, seharusnya ibadah menjadi rutin yang berkualiti dan bukan sesuatu yang dilakukan secara lalai. Solat mesti diutamakan dalam setiap perkara. Dengan mengutamakan ibadah dalam kehidupan seharian, secara tidak langsung ia dapat menjadikan siswa guru seorang yang sentiasa bermotivasi untuk menjalankan tugas. 1.6 DEFENISI OPERASIONAL Kajian ini melibatkan beberapa istilah seperti kualiti akhlak, solat fardhu dan siswa guru. 1.6.1 Kualiti Akhlak Menurut tokoh Islam Imam Al-Ghazali, akhlak ialah suatu sifat yang memang telah tertanam dalam jiwa dan muncul perbuatan-perbuatan yang dilakukan tanpa melakukan pertimbangan dalam fikiran atau dalam kata lain, melalui perkara tersebut, kita akan terdorong untuk melakukan sesuatu perbuatan tanpa disuruh atau dipaksa. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, (2017), akhlak bermaksud kelakuan, tabiat dan budi pekerti. Oleh itu, kualiti akhlak merujuk kepada suatu perlakuan atau tabiat yang baik dan bermutu yang dilakukan oleh seseorang individu tanpa perlu pertimbangan.
6 1.6.2 Solat Fardhu Solat berasal daripada perkataan Arab iaitu “solla” yang bererti mendoakan dan dari segi istilah bermaksud amalan-amalan atau perbuatan dalam solat yang dilakukan bertepatan dengan tuntutan syarat sah dan rukuk serta dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam (Amini, 2014). Solat fardhu pula merujuk kepada solat yang dipertanggungjawabkan kepada setiap individu muslim dan berdosa sekiranya ditinggalkan. Terdapat sebanyak 5 waktu sehari semalam iaitu Solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. 1.6.3 Siswa guru Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat siswa didefinisikan sebagai penuntut atau pelajar di pusat pengajian tinggi. Manakala siswa guru pula merupakan penuntut ilmu atau pelajar yang mengambil jurusan khusus iaitu pendidikan untuk menjadi seorang pendidik. Sebagai contoh pelajar yang terlibat dalam Program Persediaan ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP), Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP), Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah (PDPLI) dan Program Diploma Perguruan Pendidikan Malaysia (PDPM). Namun bagi kajian ini, siswa guru yang terlibat hanyalah terdiri daripada kalangan siswa guru PPISMP dan PISMP yang menuntut di IPGM sahaja. 1.7 RUMUSAN Dalam bab ini telah dijelaskan mengenai hala tuju kajian ini. Pengkaji juga telah menetapkan objektif yang akan dicapai pada akhir kajian ini. Persoalan kajian juga turut disertakan dalam kajian ini yang telah ditentukan berdasarkan objektif kajian. Selain itu, hipotesis juga telah dibentuk berdasarkan objektif dan persoalan kajian. Seterusnya skop dan batasan kajian juga telah dinyatakan bagi had kajian. Kepentingan kajian turut dinyatakan dan pada akhir bab definisi operasional bagi beberapa istilah tertentu turut dihuraikan bagi memastikan kefahaman terhadap perkara yang hendak dikaji.
7 BAB 2.0 : TINJAUAN LITERATUR 2.1 PENGENALAN KEPADA KAJIAN Bab ini akan membincangkan mengenai teori, model, kajian-kajian lalu serta kerangka konseptual yang berkaitan dengan kajian ini. Penggunaan teori, model dan kajian lalu dapat membantu pengkaji untuk lebih mendalami dan menilai permasalahan kajian dengan kritikal. Selain itu, kerangka konseptual berfungsi sebagai panduan kepada pengkaji untuk memastikan kajian berdada pada landasan yang tepat. Kajian ini berkaitan dengan hubungan kefahaman, amalan dan penghayatan solat fardhu terhadap kualiti akhlak siswa guru. Justeru itu, pengkaji akan menerangkan mengenai teori dan model kajian yang berkaitan dengan kajian serta beberapa kajian lalu bagi membantu penyelidikan. Oleh itu, melalui kajian tersebut pengkaji dapat melihat hubungan perkaitan di antara kefahaman, amalan dan penghayatan terhadap kualiti akhlak siswa guru seterusnya dapat memandu pengkaji untuk mencapai matlamat sebenar kajian ini. 2.2 TEORI DAN MODEL KAJIAN 2.2.1 Teori Pendidikan Akhlak Imam Al-Ghazali Salah satu teori yang menjadi sandaran pengkaji untuk mengkaji masalah ini ialah teori Pendidikan Akhlak Imam Al-Ghazali. Menurutt Azmil et al, (2017), kaedah pembentukan akhlak terdiri daripada 5 perkara iaitu kaedah mujahadah, riyadah, pemerhatian, pergaulan dan muhasabah. Kaedah-kaedah akhlak ini bertanggungjawab untuk mendatangkan natijah kepada akhlak bai atau buruk seseorang. Kaedah yang pertama ialah mujahadah (perjuangan). Seterusnya kaedah kedua ialah riyadah (latihan) iaitu penerapan akhlak yang dilakukan secara bersusah payah akan mendatangkan satu pentabiatan atau kebiasaan yang menyeronokkan bagi seseorang. Selain itu, kaedah pemerhatian. Secara
8 umumnya, perilaku manusia akan terbentuk berdasarkan pemerhatian yang dilakukan oleh pancaindera kita sendiri terhadap persekitaran. Oleh itu, persekitaran dengan akhlak yang baik secara tidak langsung dapat membentuk akhlak seseorang. Hal ini kerana, kita boleh menjadikan akhlak-akhlak baik tersebut sebagai suatu contoh tingkah laku yang perlu ditiru dan diaplikasikan. Kaedah keempat ialah, pergaulan. Seseorang perlu memastikan lingkungan pergaulan mereka terdiri daripada mereka yang berakhlak mulia. Hal ini kerana, lingkungan pergaulan seseorang mampu merubah gaya hidup seseorang termasuklah dari segi perwatakan dan peribadi. Oleh itu, bergaul dengan orang yang mulia akhlaknya mampu mendorong seseorang untuk mempunyai akhlak yang baik. Akhir sekali, kaedah kelima ialah muhasabah (membaiki kelemahan diri). Semua manusia melakukan kesilapan dan dari setiap kesilapan kita mengambil iktibar dan ubah diri kita untuk menjadi lebih baik. Antara kaedah yang boleh dilakukan bagi mengenal pasti kelemahan diri ialah dengan berdamping dengan guru yang mampu membuat observasi ke atas diri sendiri, meminta kritikan dan nasihat daripada orang yang dipercayai serta menginsafi kritikan musuh. Sekian 5 kaedah yang diterapkan dalam teori pendidikan akhlak Imam Al-Ghazali 2.2.2 Model Penghayatan Solat Berasaskan Kaedah Tafakur Menurut Hamdi et al, (2013), kesempurnaan sesebuah solat adalah bergantung kepada keseluruhan sifat solat tidak kira dari segi fizikal ataupun spiritual. Imam Al-Ghazali menggambarkan manusia seperti sebuah struktur organisasi yang terdiri daripada tiga elemen kecerdasan yang berhubung secara hierarki. Elemen tertinggi ialah, elemen kecerdasan intelek yang mana ia berfungsi sebagai penasihat untuk menunjukkan hikmah-hikmah tertentu terhadap sesuatu melalui akal berpandukan cahaya syariah. Seterusnya, pada urutan kedua, terdapat elemen kecerdasan regulasi kendiri yang dinamakan daya adil yang berfungsi untuk memimpin diri kita berdasarkan kepada hikmah-hikmah yang diterima. Pada urutan ketiga iaitu kecerdasan emosi. Peringkat ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu daya marah dan daya syahwat. Elemen ini berfungsi untuk membantu menghasilkan motivasi dalam diri yang mana dapat membentuk akhlak dan dizahirkan melalui perbuatan.
9 Struktur hierarki tersebut memegang syariah sebagai elemen asas kerana daya intelek dan motivasi hanya akan sempurna apabila penjanaannya menjurus kepada mentauhidkan Allah sama ada dari segi daya intelek atau amal soleh (Ibn Taymiyah, 1995). Tafakur merujuk kepada proses menemukan dua data untuk menghasilkan data yang ketiga. Ibadah tafakur dengan fungsi jiwa mempunyai hubungan yang mana akhirnya akan membentuk sebuah struktur hierarki yang akan melibatkan 4 dimensi kesedaran (Rajah 1). Pertama memperolehi data bagi membina teori syarak berhubung dengan objek tafakur yang mana melibatkan dua elemen daya intelek dan motivasi supaya dapat menghasilkan data yang berkaitan dengan makrifatullah. Sekiranya ia memenuhi jiwa, kedudukan hati akan berubah dan akan membawa kepada pembentukan kesedaran emosi yang dikenali sebagai spiritual kognitif. Seterusnya pada peringkat kedua, membina persepsi yang berhubung dengan objek tafakur. Ia terhasil daripada interaksi daya intelek dan objek tafakur yang mana akhirnya akan mempengaruhi kesedaran emosi dan penghayatan ke atas objek tersebut. Seterusnya dimensi ketiga, iaitu pelaksanaan tafakur sebenar. Ia dilaksanakan berdasarkan hubung kait antara dua kesedaran emosi yang dibangunkan sebelumnya melalui fungsi daya intelek. Contohnya ilmu terhadap Allah dan ilmu berkaitan dengan objek tafakur.. pada akhirnya ia akan membawa kepada penemuan baru berkaitan dengan sifat dan perbuatan Allah justeru akan membimbing kepada pembentukan emosi baru pada tingkat kesedaran spiritual kognitif yang lebih baik dalam diri seseorang. Seterusnya, tingkat kesedaran yang lebih tinggi ni akan digunakan pada kitaran tafakur yang baru dengan kesedaran kognitif yang lebih tinggi sehingga seseorang itu boleh mencapai dimensi keempat iaitu syuhud. Kesan daripada tingkat-tingkat kesedaran tersebut, ia akan memacu manusia untuk terus memelihara perbuatannya termasuklah percakapan dan perilakunya. Hal ini kerana, melalui 4 dimensi tersebut, terdapat perkaitan antara aktiviti spiritual dan fizikal. Ia akan menterjemahkan emosi yang berlaku kepada aktiviti luaran.
10 Rajah 1, Sumber : Hamdi, (2013) Secara kesimpulan, ibadah tafakur merupakan sebuah aktiviti berfikir yang dilakukan secara tersusun melalui kaedah tertentu, dilaksanakan dengan kehendak fungsi jiwa dan akhirnya membentuk emosi yang dapat membina hubungan manusia dengan Allah
11 Rajah 2 Sumber : Hamdi Rajah berikut menunjukkan model penghayatan solat berasaskan aplikasi kaedah tafakur yang mana pada peringkat pertama (teori), kita memahami sifatsifat Allah melalui bacaan dan perbuatan dalam solat, kemudian pada peringkat kedua (pengamatan) kita menghayati sendiri diri kita merupakan hamba kepada Allah dan Allah merupakan tuhan yang berkuasa ke atas muka bumi ini. Seterusnya pada peringkat 3 (natijah deduktif). Kita sedar bahawa kita sedang melakukan sesuatu yang berhubung dengan Allah dan memacu diri kita untuk khusyuk dan akhir sekali akan menghasilkan perbuatan dan bacaan dalam solat. Peringkat keempat (pencerahan jiwa) penjanaan kitaran tafakur menghasilkan tingkat kesedaran spiritual kognitif yang lebih tinggi menyebabkan aktiviti spiritual dan aktiviti fizikal terikat antara satu sama lain yang akhirnya menghasilkan satu perwatakan yang dipersembahkan berdasarkan rohani iaitu akhlak yang baik. 2.3 DAPATAN KAJIAN LALU Terdapat beberapa kajian lalu yang berkaitan dengan tajuk kajian ini. Contohnya kajian Hasna et al, (2015) yang mengkaji mengenai tahap kefahaman ibadat solat fardhu dalam kalangan pelajar kolej komuniti Bukit Beruang. Dapat kajian
12 tersebut menunjukkan skor min yang sangat tinggi iaitu 4.67 menunjukkan tahap kefahaman mereka terhadap solat fardhu sangat tinggi. Rentetan daripada itu, kajian tersebut juga memperoleh skor min yang tinggi bagi kefahaman pelajar terhadap balasan meninggalkan solat iaitu sebanyak 4.36. dapatan yang menarik pada kajian ini ialah pada item 10 iaitu “Solat fardu dapat mendekatkan seseorang hamba itu kepada Allah S.W.T.” memperolehi nilai min tertinggi sebanyak 4.97. melalui kajian ini. Kita dapat lihat bahawa pelajar memahami ibadah solat merupakan ibadah utama yang akan menghubungkan kita dengan Allah. Seterusnya, kajian yang dijalankan oleh Siti Khursiah et al, (2021) yang mengkaji tahap penghayatan solat fardu dan faktor pelaksanaannya dalam kalangan mahasiswa UiTM. Berdasarkan kajian ini, kajian memetik isu berkaitan “sugarbook” yang tular pada Februari 2021. Statistik menunjukan bahawa seramai 12,705 mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) terlibat dengan aplikasi tersebut. hal ini disebabkan kerana munculnya ideologi sekularisme dan liberalisme yang jelas bertentangan dengan agama Islam mula bertapak dalam kehidupan generasi masa ini. Jati diri yang lemah menyebabkan mereka mudah terlibat dengan perkara sedemikian. Hal ini berpunca daripada pegangan akidah yang lemah dalam diri mereka menyebabkan mereka mudah terpengaruh (Ashaari & Adli, 2019). Akidah, syariat dan akhlak merupakan 3 perkara asas yang berkait rapat. Akidah merupakan tunjang kepada jati diri seorang muslim. Seorang individu yang berusaha memperbaiki akidahnya dengan melakukan segala suruhan agama akan menzahirkan akhlak baik hasil refleksi daripada keimanannya. Selain itu, kajian yang dijalankan oleh Kamal dan Hafizhah, (2021). Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang mengkaji implikasi solat terhadap akhlak dalam kalangan murid sekolah rendah. Kajian dilakukan ekoran daripada lemahnya jati diri dalam kalangan mereka yang tidak konsisten dalam melaksanakan ibadah solat fardhu. Perkara ini pada akhirnya akan membawa kepada masalah akhlak dan masalah sosial. Kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang sederhana tinggi antara penghayatan solat fardhu terhadap implikasi akhlak.
13 2.4 KERANGKA KONSEPTUAL Rajah 3: Kerangka Konseptual 2.5 RUMUSAN Berdasarkan dapat kajian lalu, pengkaji dapat melihat bahawa sememangnya terdapat hubungan antara tahap kefahaman, amalan dan penghayatan solat terhadap akhlak seseorang individu muslim meskipun terdapat kajian yang hanya menunjukkan perkaitan yang lemah, namun ia cukup membuktikan bahawa solat fardhu memberi impak terhadap akhlak seseorang. Tambahan pula, tahap kefahaman, amalan dan penghayatan solat seharusnya bergerak seiring agar kualiti solat fardhu seseorang individu muslim itu terjamin. Hal ini kerana, solat merupakan syariat Islam yang memberi impak kepada tahap akidah seseorang justeru akidah memberikan tidak balas terhadap setiap gaya kelakuan seseorang individu muslim.
14 BAB 3.0: METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan Bab ini berkaitan dengan metodologi kajian yang menerangkan mengenai kaedah dan strategi yang digunakan oleh pengkaji sesuai dengan tajuk kajian iaitu hubungan kefahaman, amalan dan penghayatan solat terhadap kualiti akhlak siswa guru. Di samping itu, pengkaji menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif iaitu kajian tinjauan untuk mendapatkan hasil kajian secara empirikal. Antara isi kandungan pada bab ini ialah reka bentuk kajian, persampelan, instrumen kajian, kesahan, kebolehpercayaan, kajian rintis, prosedur pengumpulan data dan prosedur penganalisis data. Metodologi kajian berfungsi untuk menyokong kajian pengkaji agar mendapatkan bukti yang sahih melalui kaedah-kaedah tertentu. 3.2 Reka Bentuk Kajian Menurut Chua, (2006), hasil kajian ditentukan oleh kaedah dan reka bentuk kajian, reka bentuk kajian pula ditentukan oleh tujuan kajian. Sesuai dengan tujuan kajian ini iaitu untuk mengkaji hubungan kefahaman, amalan, dan penghayatan solat terhadap kualiti akhlak siswa guru, pengkaji memilih reka bentuk penyelidikan kuantitatif iaitu kajian tinjauan. Selain itu, pengkaji menggunakan instrumen soal selidik sebagai instrumen utama untuk mengumpul data responden. Kajian ini memfokuskan kepada siswa guru IPGM Zon Sabah sahaja. Mereka merupakan responden kepada kajian dan instrumen soal selidik ditadbir secara atas talian iaitu melalui ‘google form’. Berdasarkan pemilihan reka bentuk kajian, pengkaji menggunakan statistik deskriptif dan inferensi untuk menganalisis data yang diperolehi. 3.3 Persampelan Subjek kajian bagi kajian ini adalah berfokuskan kepada siswa guru IPGM di Zon Sabah. Persampelan ini bertujuan untuk menentukan sampel dan responden
15 kajian. Secara keseluruhan sampel kajian ditetapkan terdiri daripada 30 orang siswa guru secara rawak daripada 4 buah kampus dalam negeri Sabah. Penentuan sampel adalah merujuk kepada jadual Krejcie Morgan (1970) pada jadual 1. Jadual 1 3.4 Instrumen Kajian Pengkaji menggunakan instrumen soal selidik sebagai instrumen kajian pada penyelidikan ini. Instrumen soal selidik merupakan satu kaedah yang kerap digunakan oleh penyelidik. Penggunaan soal selidik memudahkan pengkaji untuk mengetahui keadaan sebenar tentang isu atau permasalahan yang dikaji (Lee Keok et al., 2018). Dalam borang soal selidik yang pengkaji sediakan, terdapat 5 bahagian utama iaitu bahagian A, B, C, D dan E. Sebahagian item yang digunakan adalah bersumberkan kajian yang telah dilakukan oleh Mohamad Kamal Sulaiman dan Hafizhah Zulkifli pada tahun 2021. Setiap bahagian B hingga E mengandungi 10 item dan menggunakan skala Likert. Berdasarkan format skala Likert ini, responden diberikan pilihan jawapan yang bermula dari skala 1 hingga skala 5. Skala 1 mewakili jawapan “Sangat Tidak Bersetuju”. Seterusnya skala 2 mewakili kenyataan “Tidak Setuju”, Skala 3 mewakili “Kurang Pasti”, Skala 4 mewakili “Setuju” dan akhir sekali skala 5 yang mewakili “Sangat Setuju”.
16 Item pada bahagian A mengenai demografi responden seperti jantina, semester, opsyen dan latar belakang sekolah. Bahagian B item mengenai tahap kefahaman solat fardhu. Item ini berfungsi untuk menguji sejauh mana tahap kefahaman siswa guru mengenai solat fardhu. Seterusnya bahagian C mengenai tahap amalan solat fardhu. Bahagian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana tahap pengamalan solat fardhu dalam kalangan siswa guru. Selain itu, bahagian D mengenai tahap penghayatan solat fardhu. Bahagian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana penghayatan solat fardhu meresap ke dalam diri mereka. Akhir sekali bahagian E iaitu mengenai implikasi solat fardhu terhadap akhlak. Bahagian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana solat fardhu memberikan impak terhadap akhlak dalam kalangan siswa guru. 3.4.1 Kesahan Menurut Fraenkel Jack. R dan Norman. E. Wallen, (1996) seperti yang dinyatakan dalam Kamarul Azmi, (2012) kesahan didefinisikan sebagai ketepatan, kebenaran, bermakna dan kebolehgunaan instrumen agar mampu diinferenkan. Kesahan berfungsi untuk melihat sejauh mana ketepatan indikator atau ukuran itu memenuhi keperluan kajian yang dikaji. Pengkaji telah menjalankan dua jenis kesahan ke atas instrumen soal selidik iaitu kesahan muka dan kesahan kandungan bagi memastikan instrumen dapat mengukur kajian. Kesahan muka ialah sebuah proses yang melibatkan aspek-aspek kefahaman dan teknikal penulisan (Fenny et al., 2023). Kesahan muka kebiasaannya akan dilakukan oleh pakar bahasa bagi memastikan item soal selidik yang disediakan dapat difahami dengan jelas oleh responden. Seterusnya kesahan kandungan digunakan bagi memastikan kandungan item adalah bersesuaian dengan perkara yang perlu diukur. Pengkaji telah menjalankan kedua-dua kesahan bagi memastikan item yang dibina mampu berfungsi dengan baik bagi menjalankan kajian. 3.4.2 Kebolehpercayaan
17 Menurut Uma Sekaran, (2003) seperti yang dinyatakan dalam Zuriani dan Izzat (2021), kebolehpercayaan adalah ketekalan suatu alat ukur dalam setiap item adalah sistematik dan stabil setelah digunakan beberapa kali. Jika instrumen mendapatkan hasil yang berbeza-beza pada satu pemboleh ubah yang sama, maka tahap kebolehpercayaan adalah rendah dan tidak tekal. Pengkaji menggunakan aplikasi Program Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 27.0 untuk mendapatkan kebolehpercayaan instrumen yang telah ditadbir kepada 30 siswa guru. Skor cronbach Alpha diperolehi melalui pengaplikasian SPSS pada data item yang diperolehi. Dapatan analisis kajian rintis mendapati, nilai skor cronbach alpha ialah 0.78 dan menunjukkan bahawa ia berada pada tahap baik dan boleh diterima (Bond & Fox, 2015) Jadual 2 Jadual Interprestasi Skor Alpha Crombach (Bond & Fox, 2015) Skor Alpha Cronbach Tahap Kebolehpercayaan 0.8 hingga 1.0 Sangat baik dan efektif dengan tahap konsisten yang tinggi 0.7 hingga 0.8 Baik dan boleh diterima 0.6 hingga 0.7 Boleh diterima < 0.6 Item perlu dibaiki <0.5 Item perlu digugurkan 3.5 Kajian Rintis Menurut Lee Keok (2018), kajian rintis merupakan kajian yang dijalankan secara kecil-kecilan sebelum pengkaji menjalankan penyelidikan yang sebenar. Kajian
18 rintis berfungsi untuk melihat sejauh mana kebolehlaksanaan sesuatu penyelidikan. Selain itu, kajian rintis berfungsi untuk melihat tahap mengenal pasti sama ada item instrumen yang dihasilkan relevan atau tidak untuk digunakan ke atas kajian ini. Melalui kajian rintis, pengkaji dapat mengumpulkan maklumat untuk dianalisis menggunakan SPSS versi 27.0 untuk mendapatkan nilai Cronbach Alpha. Pengkaji memperoleh nilai Cronbach Alpha 0.738 secara keseluruhan item dan berada pada tahap yang baik menurut (Bond & Fox, 2015) Jadual 3 Hasil analisis Kebolehpercayaan Konstruk Bilangan item Nilai Cronbach Alpha Tahap kefahaman solat fardhu 10 0.836 Tahap amalan solat fardhu 10 0.773 Tahap penghayatan solat fardhu 10 0.703 Implikasi solat fardhu terhadap akhlak 10 0.922 Keseluruhan 40 0.738 3.6 Prosedur Pengumpulan Data Pengkaji menggunakan jadual pelaksanaan kajian (Carta Gant) sebagai alat kawalan agar sentiasa berada pada landasan yang betul. melalui jadual tersebut, pengkaji mengumpulkan maklumat sesuai dengan tempoh yang telah ditetapkan. Oleh itu, pelaksanaan kajian sentiasa sistematik dan terancang.
19 Setelah instrumen soal selidik menjalani kesahan, instrumen diedarkan secara rawak kepada responden secara atas talian menggunakan perisian “google form”. Pautan ‘google form’ akan diedarkan kepada beberapa kampus dalam sabah dan dijawab oleh responden. Seterusnya, apabila jumlah responden telah mencukupi, pengkaji akan mengumpul dan menganalisis keseluruhan data. 3.7 Prosedur Penganalisisan Data Kajian tinjauan merupakan kajian yang berbentuk kuantitatif. Oleh itu, proses penganalisisan yang terlibat adalah terdiri daripada statistik deskriptif. Data yang telah diperoleh akan dikumpul dan dianalisis menggunakan SPSS 27.0. perisian ini mampu menganalisis dan mempersembahkan data yang rumit dan sangat sesuai digunakan oleh pengkaji. Sebagai contoh, dengan menggunakan perisian ini, pengkaji hanya perlu memasukkan data dan ia akan menghitung nilai-nilai tertentu. Contohnya ialah min, mod, median, peratusan cronbach alpha dan lainlain lagi. Selain itu, analisis kolerasi pearson juga digunakan untuk mencari hubungan dan kekuatan di antara dua pemboleh ubah. Analisis korelasi merupakan analisis yang berfungsi untuk menentukan kewujudan hungan antara pemboleh ubah. Dalam kajian yang dijalankan oleh pengkaji, pengkaji mengkaji hubungan di antara kefahaman, amalan dan penghayatan solat fardhu terhadap kualiti akhlak siswa guru. 3.8 Rumusan Dalam bab ini, pengkaji menghuraikan banyak maklumat mengenai kaedah kajian seperti reka bentuk kajian, persampelan, instrumen, pengumpulan dan penganalisisan data yang telah diaplikasikan dalam kajian ini. Pengkaji juga menerangkan mengenai kajian rintis dan berjaya mendapatkan nilai Cronbach Alpha yang diterima. Selain itu, kajian ini menggunakan instrumen soal selidik sebagai bahan pengumpulan data dan menggunakan SPSS 27.0 sebagai perisian utama untuk menganalisis dapatan.
20 RUJUKAN Al-Quran Aisyah Samsudin dan Hanira Hanafi (2023 Oktober 9). Selaras had umur pesalah muda, my Metro. https://www.hmetro.com.my/rencana/2023/10/1017933/selaras-hadumur-pesalah-muda Amini Amir Abdullah. (2014). Islam Yang Dinamik: Signifikan dan Natijah Solat. Penerbit Universiti Putra Malaysia Azmil Hashim, Mas’ani Ahmad & Zahratun Sakinah Jamaluddin. (2017). Amalan Pembelajaran Pendidikan Akhlak Menurut Al-Ghazali: Kajian Terhadap Pelajar di Sekolah Agama di Negeri Perak. Journal of Islamic and Arabic Education, 9(1) Ashaari, Muhamad Faisal & Adli, Mohammad. (2019). Kecenderungan Kebebasan Berfikir Mahasiswa Melayu Muslim Malaysia Dekad 1970-an. International Journal of Islamic Thought, 15. Chua Y. P. (2006). Asas statistik penyelidikan edisi ketiga. McGraw-Hill. Sdn. Bhd. Dewan Bahasa dan Pustaka. (2017). Kualiti. In Dewan Bahasa dan Pustaka. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=kualiti Fenny Farhana Mohd Sajari, Hafizhah Zulkifli dan Shahlan Surat. (2023). Kesahan dan Kebolehpercayaan Instruman Kesediaan GPI Melaksanakan Model Tasmik j-QAF Secara Dalam Talian. Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs, 7. Hasna Bidin, Ahmad Syukran Baharuddin, Mohd Ismail Mustari (2015). Kefahaman Ibadat Solat Fardhu dalam Kalangan Pelajar Muslim: Kajian Tinjauan di Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka. Tesis Sarjana Falsafah Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia. Hamdi Rahman, Mazlah dan Masthurhah. (2013). Model Penghayatan Solat Berasaskan Kaedah Tafakur. Global Journal Al-Thaqafah,5(2). Ibn Taymiyah. (1995). Majmu‘ Al-Fatawa. Mujamma‘ Malik Fahd. Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Kesahan dan Kebolehpercayaan dalam Kajian Kualitatif in Kursus Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012. Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim. Lee Keok Cheong, Zakri Abdullah dan Chua Lay Nee. (2018). Penyelidikan dalam pendidikan. Oxford Fajar. Mohamad Kamal Sulaiman dan Hafizhah Zulkifli. (2021). Implikasi Solat Terhadap Akhlak dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah(The Implications of Prayer Worship on Morals Among Primary School Students). Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs, 5.
21 Nik Hasnah Ismail. (2017 April 27). Solat bentuk pekerja berintegriti. BH Online. https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2017/04/276323/solatbentuk-pekerja-berintegriti#google_vignette Shukri Ahmad, Yahya Don, Wan Abdu Rahman Khudri Wan Abdullah, Madiha Mohammed Ibrahim & Shahril Fazli Mat Hussain (2014). Penghayatan Solat dan Pengimarahan Masjid : Kajian Dalam Kalangan Pelajar Universiti Utara Malaysia. Proceeding of the Social sciences research ICSSR, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia Siti Khurshiah Mohd Mansor, Syuhaida Idha Abd Rahim,Nur Hidayah Zainal. (2021). Kajian Tahap Penghayatan Solat Fardu dan Faktor Pelaksanaannya Dalam Kalangan Mahasiswa UiTM Shah Alam. Journal of Contemporary Islamic Studies Suhaila Nadzri, Suhaily Md Shamsudin, Siti Syuhada Abd Rahman, Ahmad A’toa’ Mokhtar & Azri Rizal Md Razali. (2018). Isu-Isu Pengabaian Solat Dalam Kalangan Remaja Di Negeri Selangor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. E-Book Of Masjid, Zakat AndWaqf Management 2018 (Imaf 2018) Zuriani Hanim Zaini, Muhammad Izzat Mailis. (2021). Kesahan dan kebolehpercayan instrumen soal selidik kepimpinan transformasional guru besar di sekolah. Jurnal Ilmi, 11.
22 LAMPIRAN