ISI KANDUNGAN ANUGERAH INSPIRASI ANUGERAH TOKOH KO-KURIKULUM ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN ANUGERAH TOKOH AKADEMIK ANUGERAH TOKOH PELAJAR ATUR CARA MAJLIS SEUNTAI KATA SEMANIS BICARA PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN MENENGAH SEUNTAI KATA SEULAS BICARA PERASMI MAJLIS GRADUASI MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS SETITIS TINTA SEUNTAI MADAH PENGETUA MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS SEUNGKAP RASA SEJAMBAK BICARA YDP MUAFAKAT MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS AHLI JAWATANKUASA MAJLIS GRADUASI 2022 SENARAI GRADUAN TINGKATAN 5 SESI 2022/2023 GRADUAN KELAS PERTAMA GRADUAN KELAS KEDUA (ATAS) GRADUAN KELAS KEDUA (BAWAH) ANUGERAH SUBJEK TERBAIK (SPMRSM) KATEGORI ANUGERAH GRADUAN PENGHARGAAN SILA IMBAS QR CODE DI BAWAH DENGAN MENGGUNAKAN QR CODE SCANNER YANG BOLEH DIMUAT TURUN DI GOOGLE PLAY STORE ATAU APPLE APP STORE UNTUK MELIHAT BUKU PROGRAM VERSI DIGITAL 1 2 3 4 5 6 - 9 10 11 - 12 13 - 14 15 16-17 18
ATUR CARA MAJLIS GRADUASI KALI KE-9 MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS : Ketibaan Para Jemputan : Perarakan Masuk Graduan : Perarakan Masuk Tetamu Kehormat dan Ahli Senat Maktab : Nyanyian Lagu Negaraku : Nyanyian Lagu Sabah Tanah Airku : Nyanyian Lagu MARA : Bacaan Doa : Setitis Tinta Seuntai Madah Pengetua MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens : Seuntai Kata Seulas Bicara Perasmi Majlis Graduasi MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens : Pengisytiharan Graduasi Tingkatan 5 Sesi 2022 / 2023 : Penganugerahan Sijil Graduasi Tingkatan 5 Sesi 2022 / 2023 : Persembahan 1 : Penganugerahan Sijil Graduasi Tingkatan 5 Sesi 2022 / 2023 : Persembahan 2 : Penyampaian Anugerah Graduan : Penyampaian Cenderamata Kepada Perasmi : Sesi Bergambar Tetamu Kehormat Bersama Ahli Senat Maktab : Perarakan Keluar Tetamu Kehormat dan Ahli Senat Maktab : Majlis Bersurai 8.00 am 8.30 am 8.45 am 10.30 am 1
2 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kita berpeluang untuk berkongsi kejayaan para graduan dan kegembiraan para ibu bapa serta penjaga dan usaha murni guru-guru dalam majlis graduasi yang penuh gemilang ini. Majlis Graduasi MRSM merupakan satu pengiktirafan atas usaha, komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan oleh para graduan sepanjang pengajian di MRSM. Pada tahun ini, MRSM telah mengadakan sambutan ulang tahun ke-50 penubuhan MRSM di arus perdana pendidikan negara. Sebanyak 55 buah MRSM yang sedang beroperasi sejak penubuhan pertama MRSM dalam tahun 1972 telah membuktikan bahawa sistem pendidikan MRSM telah diterima dan terus relevan dan menjadi pilihan utama dalam kalangan masyarakat. Tumbuhnya MRSM di setiap negeri sudah tentu dirasai oleh setiap lapisan masyarakat yang dahagakan ilmu pengetahuan sebagai peneraju kemajuan negara pada masa akan datang. Sistem pendidikan MRSM telah melahirkan seramai 204,957 orang graduan sama ada sedang meneruskan pengajian dalam berbagai-bagai disiplin ilmu mahupun yang sedang dan telah memberi khidmat bakti dalam pelbagai bidang kerjaya di negara ini. MARA fokus melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran dan penguasaan bidang STEM yang berupaya mengenal pasti, mengaplikasi serta mengintegrasi konsep STEM dalam penyelesaian masalah secara kreatif dan inovatif. Justeru, sistem pendidikan MRSM diharapkan dapat melahirkan modal insan yang mampu menjadi pencipta teknologi, bukan pengguna teknologi semata-mata. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para graduan Maktab Rendah Sains MARA 2022. Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan SPM 2022 kepada semua calon SPM tahun ini. Semoga usaha anda semua selama berada di MRSM membuahkan keputusan cemerlang yang akan membanggakan keluarga, bangsa, agama dan negara SEUNTAI KATA SEMANIS BICARA PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN MENENGAH ABD MANAB BIN ABDUL MAJID
3 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Alhamdulillah terlebih dahulu, saya ingin merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya, dapat kita meraikan Majlis Graduasi Kali ke-9, MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens bagi sesi 2022/2023. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua graduan kerana telah pun berjaya menamatkan pengajian di MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens. Sudah pasti jerih dan perih yang telah kalian tempuhi selama ini akhirnya menemui noktah. Saya yakin, setiap pelajar pastinya mempunyai cerita masing-masing dalam perjuangan menuntut ilmu ini. Dunia pendidikan pada alaf ini semakin kompleks dan bersifat global. Generasi muda negara kita pada hari ini amat perlu berilmu, berfikiran kreatif, berinovatif dan perlu memiliki daya saing yang tinggi untuk merebut peluang di persada antarabangsa yang penuh dengan cabaran. Jangan dilupakan, ilmu menjadi syarat utama kepada pemikir yang hebat dan mampu menghasilkan kejayaan yang dinamik.Saya percaya, di MRSM pastinya para pelajar yang bergelar graduan pada hari ini telah dilengkapkan dengan kesediaan modal insan yang mantap melalui ilmu yang dihayati dan diamalkan serta pengalaman yang dicerna sepanjang berada di MRSM. Hamka pernah menukilkan dalam karyanya, “Jangan takut kerana yang tidak pernah jatuh ialah orang yang tidak pernah memanjat. Jangan takut gagal kerana yang tidak pernah gagal ialah orang yang tidak pernah melangkah.” Justeru, saya berharap agar para pelajar MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens tidak patah semangat dan terus berjuang terutamanya dalam persediaan menghadapi Peperiksaan SPM yang tinggal beberapa hari sahaja lagi. Akhir kata, saya merakamkan peghargaan kepada semua pihak yang telah samasama berganding bahu dalam menjayakan Majlis Graduasi ini. Semoga MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens akan terus maju dan melahirkan generasi muda yang berkualiti pewaris masa hadapan negara. Seuntai Kata Seulas Bicara DEKAN FAKULTI PERTANIAN LESTARI UMS SANDAKAN PROF. MADYA DR. AZWAN BIN AWANG
4 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, dengan izin-Nya dapat juga kita mengadakan Majlis Graduasi kali ke-9 MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens bagi sesi sesi 2022/2023. Istimewanya, majlis kali ini diadakan dalam susasana yang meriah selepas cabaran Covid-19 sebelum ini. Sempena majlis Graduasi pada kali ini, MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens meraikan semua graduan yang berjaya bergraduasi dalam sistem pendidikan Mara. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada graduan yang diraikan. Kejayaan graduan memanifestasikan jerih perih semua pihak, selain usaha dan kegigihan graduan itu sendiri dalam menempuhi perjalanan akademik masing-masing sepanjang berada di MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens. Ghalibnya, pasti terkandung jutaan kisah pengorbanan insan di sebalik tabir yang hadir sebagai pemangkin. Pengorbanan ibu bapa yang berjiwa besar, saudara mara, guru-guru dan insan teristimewa yang bukan sedikit pengorbanannya demi melihat anak-anak pelajar MRSM ini berjaya bergraduasi. Marilah sama-sama kita iringkan pengorbanan mulia mereka dengan doa agar mereka sentiasa dilimpahi rahmat daripada Tuhan. Akhir kata, selamat maju jaya saya ucapkan kepada semua graduan yang akan bergraduasi pada hari ini. Semoga majlis ini akan menjadi sebuah kenangan dan memori yang indah untuk anak-anak pelajar lalui di alam persekolahan. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada semua hadirin yang sudi hadir dalam majlis pada hari ini Setitis Tinta Seuntai Madah PENGETUA MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS ROSLAN BIN HJ MOHAMED SALLEH
5 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Pujian dan kesyukuran kepada Allah SWT di atas kesempatan yang diberikan kepada kita semua untuk meraikan para graduan dalam Majlis Graduasi MRSM Tunn Mohammad Fuad Stephens kali ke-9. Majlis Graduasi di peringkat menengah merupakan satu penjelmaan kesepadan yang akrab terjalin antara guru, murid, kakitangan dan ibu bapa demi merealisasikan aspirasi dan impian para pelajar mencipta kecemerlangan. Justeru, majlis ini pastinya menjadi simbolik kepada semua insan yang terlibat dalam usaha membentuk kemenjadian anak-anak sebagai waris bangsa. Dalam menghadapi suasana pandemik sebelum ini yang penuh mencabar, musyawarah antara warga maktab dan ibu bapa adalah seiring dan bergerak simbiosis untuk melahirkan graduan MRSM yang mampu melangkah ke dunia di luar sekolah dengan penuh keyakinan dan bertanggungjawab. Permuafakatan yang terjalin menjadi satu wadah dalam usaha mencatur kejayaan anak-anak MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens yang berjaya bergraduasi seterusnya melakar kejayaan yang cemerlang dalam majlis ini. Saya percaya bahawa kejayaan yang akan dilakarkan dalam SPM kelak sebagai manifestasi terhadap penghargaan pelajar kepada ibu bapa dan guru di samping menjadi hadiah terindah kepada mereka. Semoga dengan bekal ilmu di dada, para pelajar dapat terbentuk insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Akhir kata, tahniah diucapkan kepada semua graduan Majlis Graduasi kali ke-9 MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens. Seungkap Rasa Sejambak Bicara YDP MUAFAKAT MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS WAN HURANI BINTI OSMAN
6 AHLI JAWATANKUASA MAJLIS GRADUASI KALI KE-9 MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS 2022 JK PROTOKOL PENGERUSI PENYELARAS SETIAUSAHA BENDAHARI : : : : CIK HARIZA BINTI ABD HALIM EN. SYAMRI BIN ALMAN CIK SITI HAJAR BINTI ISMAIL EN. SADDAM BIN ABDUL RAHMAN CIK NUR ASILLA BINTI HASNOL PUAD (K) EN. MOHAMMAD RIEZA FAHMI BIN MISRAH PN. NUR HUMAIRA BINTI MOHD NAHARUDDIN PN. NOORHAINEH BINTI AWANG KEH A H L I J A W A T A N K U A S A JK BUKU PROGRAM DAN BUKU PELAWAT CIK HERLINA BINTI MANSUR (K) PN. NURAINI BINTI ABDUL SHUKOR CIK CHE ROSMA HAFIZAH BT CHE OMAR JK PENGACARAAN MAJLIS CIK SHEILA M. A. JAAFAR (K) CIK SITI HAJAR BINTI ISMAIL JK DOKUMENTASI & FOTOGRAFI EN MOHAMED EMIR ALIFF BIN MOHAMED NASRAN (K) EN. MOHD HAMDAN BIN PARE EN. FIKRI BIN MUHARAM CIK NAWAL BINTI NASARUDIN PN. JULIAH BINTI MAHMOD JK BANNER, BACKDROP & SLIDE EN ABDUL HAFIZ BIN ABDUL RASHID (K) EN. AMAN YASSER BIN PRAMLEE EN. HAZIZUL BIN ABDUL HALIM EN. AHMAD ZAIDI BIN JUMADIL HAIR
7 JK HIASAN PENTAS A H L I J A W A T A N K U A S A JK PENGURUSAN JUBAH PN. MARRY BINTI LALIM (K) PN. HARTINI BINTI JUMIDI PN. SITI ROHAYA BINTI MOHAMMAD PN. HAJA NURSADAH BINTI BINSALI EN. DOMINIC JAMES EN. MOHAMMAD SYAFIQ BIN ABDUL RAZAK RAJAN JK SIJIL & HADIAH PN. HANI ULYA BINTI SATARI (K) PN. HAZIAH BINTI SAIRIN PN. NOOR AMIRA FARZANA BINTI WAN MOHD ZAIN PN. NURAIN FARHANA BINTI SAIRIN PN. HAMINA BINTI LASUNU PN. CELESTINE NORBERT PN. NURULAIN BINTI MOHD TAIF JK JEMPUTAN DAN SAMBUTAN PN. CHIN TZE OI (K) PN. NOR WAHIDA BINTI TALIB PN. HAMIZA BINTI JAINI EN. AHMAD SHAFIUDDIN BIN MUKHTARRUDDIN (K) EN. JAZAIMI BIN ABDUL JAMAL EN. MOHD FAHMIEZAN IDHAM BIN SULAIMAN JK SIARAYA PN. NURATIQAH BINTI TAJUDIN (K) PN. NURAMIRA JAMALUDIN PN. DAYANG SUHAINI BINTI SAHIMIN PN. EMMY BINTI PETRUS EN. AZHARI BIN MAT SHUKRI EN. MOHD RIZAL BIN MOHD BAKAR EN. MUHAMAD FAIZ AZIZI BIN MOHD KAMAL EN. TAN AZRI TAN SMILY EN. MUHAMMAD HAZIQ BIN ROSLAN
8 JK PERSIAPAN TEMPAT A H L I J A W A T A N K U A S A JK PERALATAN EN MUHAMMAD HARITH FADHILAH BIN MOHD GHAUS (K) EN. MOHD HISYAM BIN ADZHARI EN. FAISAL BIN SHAMSUSSIN DANI BIN AMAN EN. MOHD ROSZAZLAN SHAH BIN ROSLEE EN. AHMAD ZAIDI BIN JUMADIL HAIR EN. MOHD HASSMAN BIN HASSAN JK PERSEMBAHAN EN MOHD AFIZIE BIN AKMAT (K) EN. SEBASTEO MC DAIMLER BIN STANISLAUS PN. ARIANI BINTI RAINI JK PENGANGKUTAN & PENGINAPAN CIK AMALIN SOFEA BT ROZANI (K) EN. MOHD KHAZZANY ADDRIE BIN BAHAR PN AUDRY AUGISTINE GUDID (K) EN. SABDALL BIN SYAMSUDDIN EN. ROSLINAWATI BINTI ARAFEE EN MUHAMMAD KHUSYAIRI BIN MOHD DAUD (K) EN. MASJURAIQAIS BIN CHE SOH EN. MUHAMMAD NOOR AIDIL LOKMAN EN. MOHD SHAZLAN RIDZWAN BIN BAHARUDDIN EN. MOHD AZIZUL BIN SAHLAM EN. HAZRINSYAH BIN SHAMSUDIN EN. NHAZARUDIEN BIN KASAN JK PEMILIHAN PN SITI ZULAIKHA BINTI ZAKARIA (K) PN. NORAZILA BINTI AZMI EN. MOHAMAD ANWAR BIN ZULKIFLEE PN. RAYANI BINTI AHMAD JK JAMUAN
9 JK KAWALAN PELAJAR A H L I J A W A T A N K U A S A JK JUALAN EN. ABDUL HADI ISLAM BIN ABAS (K) EN. MOHD SHAHRIL ISWADI BIN MANSOR EN. MOHD FADZIL BIN AZIZAN PN. IVY MEME SU EN. MOHAMAD FADZIL B. ROSMAN (K) EN. MOHAMAD KHALID BIN RUSLI EN. RICKELDY MOISY EN. JUANIS BIN MAJILI PN. NURULAIN BINTI NORHAIDIE (K) PN. GWEN MYRA BINTI DARMAWAN EN. ANDI MUHD ARISSYAHBAN BIN ANDI MOHD ARIFFIN EN. AHMAD RITHAUDEEN BIN JANUDIN JK KESELAMATAN & LALU LINTAS
10 senarai graduan tingkatan 5 2022/2023 graduan kelas pertama
11 senarai graduan tingkatan 5 2022/2023 graduan kelas KEDUA ATAS
12
13 senarai graduan tingkatan 5 2022/2023 graduan kelas KEDUA bawah
14
15 ANUGERAH SUBJEK TERBAIK SPMRSM
16 ANUGERAH TOKOH MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS Banyak memberi sumbangan dalam sukan/ olahraga/ persatuan dan badan beruniform Prestasi akademik yang konsisten dalam setiap semester Mendapat pencapaian tertinggi dalam pertandingan yang diwakili sekaligus dapat mengharumkan nama maktab Pencapaian tertinggi dalam kokurikulum (Antarabangsa/Kebangsaan/Negeri) Cemerlang dalam akademik sekurang-kurangnya TPNG 3.0 dan ke atas ANUGERAH TOKOH KO-KURIKULUM ANUG E RA H TOKO H KEPIMPINAN Ciri kepimpinan yang baik Hubungan baik dengan guru-guru, kakitangan, dan rakan-rakan Mempunyai kualiti peribadi yang baik Sentiasa mewakili suara rakan-rakan di dalam batch Mempunyai kualiti kepimpinan yang baik di mana mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan. Bersifat ke hadapan dalam membawakan usul/cadangan/laporan kepada guru/pihak pengurusan Tidak takut untuk menegur dan memberi ingatan kepada rakan-rakan Mempunyai pemikiran yang rasional, terbuka, berpandangan jauh, berketrampilan dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi Khidmat dan sumbangan kepada batch, pelajar-pelajar lain, guru-guru, staf dan warga MRSM TMFS Cemerlang dalam akademik sekurang-kurangnya TPNG 3.0 dan ke atas ANUG E RA H INSPI RASI
17 ANUGERAH TOKOH MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS Pencapaian TPNG tertinggi bagi keseluruhan semester Prestasi akademik yang konsisten dalam setiap semester Mencapai bilangan A terbanyak dalam peperiksaan SPMRSM ANUG E RA H TOKO H AKADEMIK ANUG E RA H TOKO H PELAJAR Mempunyai kualiti peribadi yang cemerlang Hubungan baik dengan semua rakan-rakan, guru-guru dan warga maktab Cemerlang dalam akademik sekurang-kurangnya TPNG 3.0 dan ke atas Aktif dalam pelbagai aktiviti seperti ko-kurikulum, ko-akademik dan kepimpinan Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi yang mana mampu untuk memujuk, mengarah dan menggerakkan pelajar-pelajar MRSM TMFS Mempunyai pemikiran yang rasional, terbuka, berpandangan jauh, berketrampilan dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi Mempunyai khidmat dan sumbangan di dalam dan luar MRSM TMFS Mempunyai nilai sahsiah yang tinggi dan tiada kes disiplin Mampu menjadi suri teladan (role model) kepada pelajar-pelajar lain Memiliki ciri-ciri kemenjadian pelajar yang bersifat menyeluruh (holistic)
18 PENGHARGAAN Pengerusi dan semua Ahli Jawatankuasa Majlis Graduasi kali ke-9 MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens merakamkan setinggitinggi penghargaan kepada Perasmi, Tetamu Kehormat, YDP MUAFAKAT serta semua pihak yang telah bekerjasama dalam menjayakan Majlis Graduasi ini sama ada yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung. Semoga segala urusan kita mendapat keberkatan dari-Nya. Semoga Berjumpa Lagi !