The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Daisyana Jenny Anak Nanta, 2024-06-13 05:03:56

PARENT HANDBOOK TASKA KIDDOS

PARENT HANDBOOK TASKA KIDDOS

1TASKA KIDDOS PARENT HANDBOOK2024/2025


2TASKA KIDDOS PARENT HANDBOOK2024/2025ISI KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN 42.0 TAKRIF 53.0 PENGENALAN TASKA KIDDOS 64.0 VISI & MISI TASKA KIDDOS 74.1 VISI 74.2 MISI 75.0 FALSAFAH PENDIDIKAN TASKA KIDDOS 75.1 KONSEP PENDIDIKAN DI TASKA KIDDOS 86.0 LOGO TASKA KIDDOS 97.0 WAKTU PAKEJ PERKHIDMATAN 107.1 TASKA 108.0 KEHADIRAN 109.0 MENGHANTAR DAN MENGAMBIL ANAK 1110.0 KESELAMATAN 1210.1 RAKAMAN GAMBAR 13-1410.2 INSURAN 1411.0 KESIHATAN 1511.1 REKOD KESIHATAN 1511.2 KEMALANGAN 16-1711.3 RAWATAN DOKTOR WAKTU KECEMASAN 1811.4 POLISI PEMBERIAN UBAT 1812.0 KEBERSIHAN (KUTU KEPALA DAN KUKU) 1913.0 PEMAKANAN ANAK 1913.1 MAKANAN RINGAN (JUNK FODD) 1913.2 PENYUSUAN IBU/FORMULA 1913.3 ALAHAN MAKANAN 1913.4 BEKAL ANAK 2014.0 SAMBUTAN KERAIAN 2015.0 PENGLIBATAN IBU BAPA 21-2216.0 BAYARAN YURAN DAN LAIN-LAIN 2316.1 YURAN PENDAFTARAN 2316.2 YURAN TAHUNAN 24


3TASKA KIDDOS PARENT HANDBOOK2024/202516.3 YURAN BULANAN 24-2516.4 YURAN KHIDMAT HARI 2516.5 BAYARAN LEBIH MASA 25-2616.6 YURAN AKTIVITI TAMBAHAN LAWATAN DANKOKURIKULUM 2716.7 TUNGGAKAN YURAN 2717.0 WAKTU URUSAN PEJABAT 2718.0 CUTI 2819.0 NOTIS BERHENTI 2920.0 NOTIS TAMAT PERKHIDMATAN 2921.0 PERTUKARAN ALAMAT & NOMBOR TELEFON 2922.0 CCTV 30-3123.0 PAKAIAN SERAGAM ANAK-ANAK TASKA 3223.1 TASKA 3224.0 PERALATAN DAN KELENGKAPAN 3324.1 TASKA 33-3425.0 BORANG KEBENARAN MENERIMA RAWATAN 3526.0 BORANG PERAKUAN IBU BAPA 3627.0 TARIKH CUTI UMUM TASKA KIDDOS 3729.0 LAMPIRAN 38-40


4TASKA KIDDOS PARENT HANDBOOK2024/20251.0 PENDAHULUAN Buku ini diterbitkan sebagai panduan ibu bapa/ penjaga untuk memahami peraturan-peraturan sepanjang anak-anak berada dalam didikan dan jagaan pihakTASKA KIDDOS. Ibu bapa/ penjaga dikehendaki memahami dan mematuhi peraturan-peraturan TASKA yang digariskan sepanjang anak berada di TASKAKIDDOS. TASKA KIDDOS perlu mematuhi segala peraturan dan arahan yang dikeluarkanoleh pihak Kerajaan khususnya Majlis Keselamatan Negara (MKN), KementerianKesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian PembangunanWanita Keluarga Dan Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan agensi yang berkait dengan pengoperasian TASKA KIDDOS dari masa ke semasa. Pihak TASKA KIDDOS berhak untuk meminda mana-mana peraturan dari masake semasa. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada ibu bapa/ penjaga melalui memo atau surat pekeliling. Semua anak-anak yang berdaftar dengan TASKAKIDDOS tertakluk kepada segala peraturan dan panduan yang dikeluarkan dari masake semasa oleh TASKA KIDDOS atau pihak berwajib dan agensi yang berkait. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang memberi kepercayaan kepadakami untuk mendidik dan mengasuh anak tuan / puan.


5TASKA KIDDOS PARENT HANDBOOK2024/20252.0 TAKRIF PERKARA TAKRIF TASKA KIDDOS 1. Syarikat KIDDOS 2. Pihak Pengurusan TASKA KIDDOS Anak-anak Anak-anak /pelajar yang mendaftar dengan TASKAKIDDOS. Bayi Anak berusia 2 bulan hingga 1 tahun 2 bulan Kids 1 - 4 tahun Transit i. Perempuan - 12 tahun dan kebawah ii. Lelaki - 10 tahun dan kebawah Pihak KIDDOS Pengurusan TASKA PY Penyelia TASKA Premis TASKA KIDDOS


6TASKA KIDDOS PARENT HANDBOOK2024/20253.0 PENGENALAN TASKA KIDDOS TASKA KIDDOS adalah sebuah syarikat milik penuh Bumiputera yangmemberikan perkhidmatan TASKA di Bintangor yang berdaftar dengan agensi seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kesihatan dan Jabatan Bomba & Penyelamat dan Pihak Berkuasa Tempatan(PBT). TASKA KIDDOS merupakan bidang pendidikan awal kanak-kanak denganmengaplikasikan pendekatan pembelajaran berdasarkan KurikulumPERMATAdanMontessori. Kefahaman tentang perkembangan kanak-kanak dan kepentingan pendidikanawal telah meningkat dari semasa ke semasa. Institusi seperti TASKA KIDDOSbolehditubuhkan untuk memastikan kanak-kanak mendapat pengalaman pembelajaran yangmencukupi sejak kecil. Hal ini kerana TASKA KIDDOS menerapkan sikap bermainsambil belajar bagi memenuhi motto ‘Smart & Fun Learning’. TASKAdiurus olehpejabat urusan TASKA KIDDOS di alamat: TASKA KIDDOS, No.21, Star Garden Road, 96500 Bintangor, Sarawak.


7TASKA KIDDOS PARENT HANDBOOK2024/20254.0 VISI DAN MISI TASKA KIDDOS 4.1 VISI Mencapai matlamat pendidikan menuju kecemerlangan anak didik dari aspek“JERIS” iaitu Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan Sosial. 4.2 MISI Melahirkan anak didik yang mempunyai daya pemikiran yang beraras tinggi selaras dengan perkembangan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. 5.0 FALSAFAH PENDIDIKAN TASKA KIDDOS Falsafah pendidikan TASKA KIDDOS diilhamkan oleh kepercayaan bahawasetiap kanak-kanak adalah unik dan berpotensi untuk berkembang secara menyeluruhdalam suasana yang menyokong, selamat, dan memberi kebebasan untukbereksplorasi. Pendidikan kanak-kanak awal adalah titik permulaan yang pentinguntuk membentuk asas perkembangan holistik kanak-kanak. TASKA KIDDOS menggariskan komitmen kami untuk menyediakan pendidikanawal yang bermutu, menghormati, dan menyokong perkembangan holistik setiapkanak-kanak. Melalui pendekatan ini, kanak-kanak dapat membentuk asas kukuhuntuk kejayaan akademik, sosial, dan emosi mereka di masa depan.


8TASKA KIDDOS PARENT HANDBOOK2024/20255.1 KONSEP PENDIDIKAN DI TASKA KIDDOS 5.1.1 Konsep pendidikan TASKA KIDDOS dalam perkembangan holistikkanak-kanak sangat menekankan pentingnya memahami dan merangsangperkembangan komprehensif setiap kanak-kanak. Holistik merujukkepada pembangunan yang menyeluruh dan seimbang dari segi kognitif, fizikal, emosi, sosial, dan moral. 5.1.2 Montessori ini diasaskan oleh Maria Montessori (1870 – 1952). Montessori menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain. Menurut beliau, pendidikan adalah untukmenolong kanak-kanak membentuk serta membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani. Menurut falsafah beliau, Ibu bapa patut diberi latihan dalamperkembangankanak-kanak dan cara menggunakan pengetahuan ini dalammembimbinganak mereka. Selain itu, terdapat tempoh sensitif yang merupakan masapaling sesuai bagi kanak-kanak menerima maklumat dan konsep tertentu. Tempoh sensitif ini berbeza mengikut kadar perkembangan seseorangkanak-kanak. Di samping itu, anak-kanak mampu melatih diri sendiri, dengan bimbingan yang minimum daripada orang dewasa. Seterusnya, kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran akan terus belajar secara demikian apabila dewasa kelak.


9TASKA KIDDOS PARENT HANDBOOK2024/20256.0 LOGO TASKA KIDDOS OTAKBERWARNA-WARNIMenunjukkanfokuspadaperkembanganmentaldankreativiti kanak-kanakTEKSWARNA-WARNI“TASKAKIDDOS”Warna-warnaceriamelambangkansuasana yangpositifdan menyenangkandiTASKAGAMBAR IBU BAPA & KANAK-KANAK BERGEMBIRA Melambangkan persekitaran yang gembira dan sihat untuk kanak-kanak TOPI GRADUASI Melambangkan pendidikan dan aspirasi tinggi untuk kanak-kanak


10TASKA KIDDOS PARENT HANDBOOK2024/20257.0 WAKTU PAKEJ PERKHIDMATAN 7.1 TASKA Pakej yang ditawarkan: 8.0 KEHADIRAN 8.1 Sila pastikan kedatangan yang konsisten (berterusan dan elakkankanak-kanak daripada sering tidak hadir ke TASKA KIDDOS). 8.2 Sekiranya anak-anak dihantar awal 15 minit sebelum waktu operasi danpulang lewat selepas 15 minit mengikut pakej, caj OT akan dikenakan. Isnin - Jumaat : 7.00 pagi - 5.30 petang Tiada penjagaan pada hari CUTI AM yang digazetkan olehKerajaan Persekutuan Dan Negeri Sarawak. 8.3 Menghantar anak terlalu lewat (selepas jam 8.00 pagi) akan menjejaskanjadual aktiviti dan anak yang sering lewat sampai akan ketinggalansebahagian dari program yang telah dijalankan. 8.4 Pendidik akan melakukan pemeriksaan fizikal anak sebagai rutin hariansewaktu ibu bapa menghantar dan mengambil anak bagi memastikankesihatan anak. 8.5 Anak yang mempunyai suhu badan melebihi 37.5℃tidak dibenarkan hadir ke TASKA KIDDOS. 8.6 Ibu bapa/penjaga perlu memaklumkan kepada pihak TASKAKIDDOSsekiranya anak tidak dapat hadir di atas sebarang sebab. 1) Kelas Sesi Pagi : 7.00 pagi - 11.30 pagi 2) Kelas Sesi Petang : 11.45 pagi - 3.45 petang 3) Separa pagi (kelas + kukuh kendiri) : 7.00 pagi - 2.00 petang 4) Separa petang (kelas + kukuh kendiri) : 11.30 pagi - 5.30 petang 5) Penuh (kelas + kukuh kendiri) : 7.00 pagi - 5.30 petang


11TASKA KIDDOS PARENT HANDBOOK2024/20259.0 MENGHANTAR DAN MENGAMBIL ANAK 9.1 Pendidik yang bertugas menyambut anak hanya akan bertugas menunggukedatangan anak di pagar sehingga jam 8.00 pagi sahaja. 9.2 Ibu bapa/ penjaga perlu memastikan anak hadir ke premis dalamkeadaanbersih dan memakai uniform atau pakaian yang sesuai. 9.3 Sekiranya ibu bapa/penjaga tidak dapat megambil anak-anak, sila maklumkankepada Pendidik/Penyelia dan memberikan maklumat berikut: 9.4 Ibu bapa/ penjaga perlu pastikan:- 9.4.1 Anak tidak mengalami sebarang kecederaan ketika di premis. Sekiranya terdapat tanda-tanda anak cedera, ibu bapa/ penjaga bolehterus bertanyakan kepada Pengusaha/Penyelia. 9.4.2 Keperluan untuk dibawa balik seperti botol susu, bekas bekalan, ubatan, pakaian kotor, laundry bag dan lain-lain adalah milikanak-anak. 9.4.3 Menggunakan container susu yang kecil dan mencukupi pada hari tersebut. 9.4.4 Memakai kasut atau selipar yang dibawa. 9.4.5 Jika ibu bapa/penjaga yang BERPISAH, hak pengambilan anakbergantung kepada hak penjagaan kanak-kanak tersebut. a) Nama b) Hubungan c) Jenis kenderaan d) No.Pendaftaran Kenderaan


12TASKA KIDDOS PARENT HANDBOOK2024/202510.0 KESELAMATAN Demi menjamin keselamatan anak-anak, pintu pagar akan dikunci selepas jam8.00 pagi. Ibu bapa/penjaga digalakkan menghantar anak-anak sebelumwaktutersebut. Ibu bapa/penjaga tidak boleh membawa keluar anak lain sama ada dari premis TASKA KIDDOS semasa di bawah waktu jagaan TASKA KIDDOS danibubapa/penjaga anak itu sendiri. Keselamatan anak di luar kawasan premis (seperti keselamatan di dalamkenderaan, perjalanan pergi dan balik) adalah sepenuhnya di bawahtanggungjawab ibu bapa/penjaga. Anak hanya akan dibenarkan pulang dengan ibu bapa/penjaga masing-masingatau menggunakan pengangkutan yang telah ditetapkan. Ibu bapa/penjaga PERLU memaklumkan kepada pihak TASKAKIDDOSterlebih dahulu sekiranya anak diambil oleh pihak lain. Ibu bapa/penjaga perlu memaklumkan kepada pihak TASKA, sekiranya adaanak yang membawa barangan elektronik untuk bahan bantu pembelajarandi sekolah. Anak dilarang sama sekali membawa peralatan tajam dan berbahaya seperti gunting, pisau, garpu dan seumpamanya. Anak dilarang memakai barangan kemas dan barang-barang peribadi yangberharga. Pihak TASKA KIDDOS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarangkehilangan dan kerosakan pada barangan/alatan peribadi anak.


13TASKA KIDDOS PARENT HANDBOOK2024/202510.1 RAKAMAN GAMBAR 1. Kebenaran Ibu Bapa/Penjaga: Rakaman bergambar hanya dibenarkan selepas mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga kanak-kanak. 2. Penggunaan Untuk Tujuan Pendidikan: Gambar yang diambil hanya digunakan untuk tujuan pendidikan dan dokumentasi aktiviti TASKA sahaja. 3. Privasi Kanak-Kanak: Tidak dibenarkan mengambil gambar yang memaparkan wajah kanak-kanakdengan jelas tanpa persetujuan khas. 4. Penyimpanan Selamat: Semua gambar dan video mesti disimpan dengan selamat dan tidak bolehdikongsi dengan pihak ketiga tanpa kebenaran ibu bapa. 5. Penggunaan Media Sosial: Gambar atau video kanak-kanak tidak boleh dipaparkan di media sosial ataumana-mana platform awam tanpa kebenaran bertulis daripada ibu bapa. 6. Kawasan Terhad: Rakaman hanya dibenarkan di kawasan yang telah ditetapkan dan tidakdi kawasan peribadi seperti bilik mandi atau bilik tidur.


14TASKA KIDDOS PARENT HANDBOOK2024/20257. Pengawasan Rakaman: Semua rakaman mesti dijalankan di bawah pengawasan kakitangan TASKA. 8. Maklum Balas Ibu Bapa: Ibu bapa berhak untuk meminta agar gambar atau video tertentu dipadamkanjikamereka tidak selesa dengan rakaman tersebut. 9. Penggunaan Peranti Peribadi: Kakitangan TASKA tidak dibenarkan menggunakan peranti peribadi untukmengambil gambar atau video kanak-kanak. 10. Pemantauan Berkala: Penggunaan rakaman bergambar akan dipantau secara berkala untuk memastikanperaturan ini dipatuhi dan tiada penyalahgunaan berlaku. 10.2 INSURAN 10.2.1 Setiap kanak-kanak wajib menyertai skim insuran berkelompok yangtelah disediakan oleh pihak TASKA KIDDOS. Ibu bapa/penjagahendaklah menyerahkan salinan fotostat surat beranak anak-anakkepada pihak Pengusaha/Penyelia untuk/bagi urusan pendaftaran. 10.2.2 Skim insuran berkelompok yang di sediakan merangkumi anak-anakberusia 2 tahun hingga transit di TASKA KIDDOS.


15TASKA KIDDOS PARENT HANDBOOK2024/202511.0 KESIHATAN 11.1 REKOD KESIHATAN 11.1.1 Ibu bapa/penjaga PERLU menyerahkan salinan surat beranak dan rekodimunisasi sebelum sesi persekolahan bermula kepada pihak TASKAKIDDOS. 11.1.2 Ibu bapa/penjaga PERLU memastikan anak yang dihantar dalamkeadaan sihat dan tidak bergejala. 11.1.3 Ibu bapa/penjaga tidak dibenarkan menghantar anak yang dijangkiti penyakit berjangkit seperti Covid-19, batuk selsema, campak, beguk, sakit mata, cengkering, cirit-birit, HFMD (Hand, Foot and MouthDisease) dan seumpamanya. 11.1.4 Ibu bapa/penjaga hendaklah memaklumkan kepada pihak TASKAsekiranya anak tidak dapat hadir kerana sakit, tiada sesi persekolahan(bagi anak transit) atau sebab-sebab lain. 11.1.5 Sekiranya berlaku sebarang masalah dalam kalangan anak-anakdi bawah jagaan pihak TASKA KIDDOS. Pengusaha/Penyelia akanberurusan terus dengan ibu bapa/penjaga. 11.1.6 Sekiranya berlaku kecemasan dan perkara-perkara yang di luar jangkaterhadap anak, pihak TASKA akan mengambil tindakan segera danakan menghubungi ibu bapa/penjaga untuk tindakan selanjutnya.


16TASKA KIDDOS PARENT HANDBOOK2024/202511.2 KEMALANGAN Sekiranya berlaku sebarang kemalangan, tindakan akan dilakukan mengikut carta alir berikut: CARTA ALIR PROSEDUR KEMALANGAN KECILTenangkan anak Mengenal pasti jenis dan bahagian kecederaan Berlaku pendarahan Tiada pendarahanHentikan pendarahan dengan meletakkan kain bersih pada luka dan tekan dengan jari atau tangan, meletakkan antiseptik apabila pendarahan sudah berjaya diberhentikan dan seterusnya membalut dengan kain bersih Beri rawatan awal seperti menuamdenganais batu yang dibalut dengankainbersihdikawasan yang bengkak, untukmeminimakankecederaan. Maklumkan kepada ibubapa/penjaga berkenaan dengan kecederaan, punca kemalangan berlaku, rawatan awal yang diberikan dan keadaan semasa anak. Memantau anak yang cedera dan perhatikan perkembangannya Sekiranya anak dalam keadaan tidak aktif, kami akan segera hubungi ibubapa/penjaga untuk tindakan seterusnya


17TASKA KIDDOS PARENT HANDBOOK2024/2025CARTA ALIR PROSEDUR KEMALANGAN BESARTenangkan anak Mengenal pasti jenis dan bahagiankecederaan Mengikuti perkembangan anak yang cederasertamematuhi nasihat-nasihat yang diberikanpihakklinik/hospital Membawa anak yang cedera ke klinik atauhospital berdekatan Kos rawatan sepenuhnya perlu ditanggungolehibubapa (sekiranya anak mempunyai panel kesihatan, boleh maklumkan kepada kami) Hubungi ibu bapa dan memaklumkan berkenaan kecederaan anak serta punca kemalangan berlaku Pihak Pengurusan Taska akan menyemak rekod CCTV bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian dan akan memaklumkan pada ibu bapa selepas itu


18TASKA KIDDOS PARENT HANDBOOK2024/202511.3 RAWATAN DOKTOR WAKTU KECEMASAN Sekiranya berlaku kecemasan dan anak perlu dapatkan rawatan doktor dengansegera, pihak pengurusan KIDDOS akan menghubungi ibu bapa/penjaga dahulu, tetapi jika tidak dapat dihubungi (selepas beberapa kali) pihak KIDDOSakanmengambil langkah keselamatan seperti:- 11.3.1 Hantar anak ke klinik terdekat. 11.3.2 Pihak pengurusan TASKA KIDDOS akan terus meghubungi ibubapa/penjaga. Segala pembayaran adalah tanggungjawab ibubapa/penjaga. * Peringatan: Adalah penting bagi setiap ibu bapa/penjagamemberitahu nombor telefon jika berlaku kecemasan. Ini adalahuntuk kebaikan kedua-dua belah pihak bagi memastikan pihakpengurusan dapat memberitahu perkembangan terkini anak. 11.4 POLISI PEMBERIAN UBAT Pemberian ubat-ubatan adalah bersyarat seperti berikut: 11.4.1 Sebagai langkah keselamatan ibu bapa/penjaga diminta mengisi maklumat pemberian ubat di dalam buku yang disediakan di premis untuk panduan Pengusaha/Penyelia dan bukti pemberian ubat. 11.4.2 Setiap ubat mestilah dilabel dengan nama penuh anak, mempunyai tarikhluput dan arahannya sekali. Pengusaha/Penyelia tidak akanbekerjasama memberi ubat yang bukan hak milik anak. 11.4.3 Ubat mestilah diberi terus ke tangan Pengusaha/Penyelia atau pendidkyang bertugas. Pihak TASKA KIDDOS tidak bertanggungjawabjikaubat disimpan di dalam beg tanpa pengetahuan Pengusaha/Penyelia. 11.4.4 Ibu bapa perlu meletakkan ubat di dalam bekas yang sesuai bagi mengelakkan dari tertumpah. 11.4.5 Semasa mengambil anak, sila pastikan sama ada ubat yang diambil adalah kepunyaan anak.


19TASKA KIDDOS PARENT HANDBOOK2024/202512.0 KEBERSIHAN (KUTU KEPALA DAN KUKU) 12.1 Sekiranya anak-anak dijangkiti kutu kepala, ibu bapa/penjagadikehendaki menandatangani borang perakuan yang menyatakananak-anak mereka terkena jangkitan kutu dan bersetuju untukmembasminya di rumah. Dalam waktu yang sama pihak Taska/Pusat Jagaan Kanak-kanak akan memakaikan serkup kepala sepanjangmereka berada di premis. 12.2 Ibu bapa/penjaga PERLU merawat dengan segera anak yang dijangkiti kutu. 12.3 Ibu bapa/penjaga harus memastian kuku dan rambut anak-anak pendekdan bersih. 12.1 MAKANAN RINGAN (JUNK FOOD) Makanan ringan (junk food) seperti gula-gula, jeli, chewing gum, lolipopdansebagainya tidak dibenarkan di bawa ke TASKA KIDDOS. Pihak TASKAKIDDOS tidak bertanggungjawab terhadap kebersihan makanan yang dibawadari luar. 12.2 PENYUSUAN SUSU IBU/ FORMULA 12.2.1 Ibu bapa/penjaga perlu menyediakan bekalan susu ibu (harian) ataususu formula yang mencukup untuk keperluan harian/mingguan bagi anak yang menyusu. 12.3 ALAHAN MAKANAN Ibu bapa/penjaga hendaklah memaklumkan kepada Pengusaha/Penyeliamakanan alahan anak-anak. Ibu bapa/penjaga boleh membawa bekalanmakanan dari rumah sekiranya menu yang disediakan alah dengan anak-anak.


20TASKA KIDDOS PARENT HANDBOOK2024/202512.4 BEKAL ANAK 12.4.1 Anak yang berumur 6 bulan hingga 1 tahun: i. Pihak TASKA hanya menyediakan bubur nasi. ii. Ibu bapa/penjaga perlu menyediakan bekalan makanan tambahansendiri sekiranya perlu. 12.4.2 Ibu bapa/penjaga perlu menyediakan susu formula (bagi anak yangminum susu) secukupnya untuk keperluan harian/seminggu. 12.4.3 Ibu bapa/penjaga boleh membawa bekalan makanan sendiri sekiranyamenu yang disediakan alah dengan anak-anak. 13.0 SAMBUTAN KERAIAN 13.1 Ibu bapa/penjaga hendaklah memaklumkan kepada pihak TASKAsekurang-kurangnya dua hari sebelum tarikh hari sambutan (contohsambutan hari lahir) 13.2 Ibu bapa/penjaga dikehendaki menyumbang makanan dan minumanyang berkhasiat sahaja. 13.3 Segala jenis makanan dan minuman ringan tidak dibenarkan dibawa keTASKA KIDDOS.


21TASKA KIDDOS PARENT HANDBOOK2024/202515.0 PENGLIBATAN IBU BAPA 15.1 Ibu bapa/penjaga diwajibkan menghadiri program-programyangdianjurkan oleh pihak KIDDOS seperti Hari Taklimat, Hari RamahMesra dan lain-lain. Ini adalah untuk memastikan kesinambunganpengajaran dan pembelajaran anak berlaku di antara pihak KIDDOSdandi rumah. 15.2 Pihak KIDDOS juga menganjurkan pelbagai programseperti seminar keibubapaan dan kemahiran tambahan berkaitan pendidikan diri dananak-anak. Ibu bapa/penjaga digalakkan untuk melibatkandiri dalam aktiviti yang dirancang oleh TASKA KIDDOS. 15.3 Anak adalah wajib menyertai program-program tahunan yang dirancangoleh pihak TASKA KIDDOS seperti lawatan, hari sukan dan programTaska. 15.4 Aktiviti penglibatan yang dicadangkan adalah: 15.4.1 Mengikuti, membantu dan bekerjasama dalam programyang telahdisusun sepanjang tahun seperti sukan, penyediaan projek PdPdan lain-lain. 15.4.2 Memberikan cadangan-cadangan yang membina dari masa kesemasa. 15.4.3 Bekerjasama membekalkan bahan peralatan yang mudah dibawadari rumah untuk aktiviti anak-anak. 15.4.4 Menjadi pakar rujuk, penasihat dalam bidang kemahiranmasing-masing. 15.4.5 Membantu membuat alat permainan mudah dengan kos yangberpatutan dan alat bantu mengajar bersama. 15.4.6 Menyertai aktiviti melestarikan alam sekitar.


22TASKA KIDDOS PARENT HANDBOOK2024/202515.5 Rekod Prestasi dan Rekod Perkembangan anak-anak akan diserahkankepada ibu bapa/penjaga mengikut jadual yang ditetapkan. 15.7 Ibu bapa/penjaga perlu memaklumkan kepada pihak pengurusan terlebihdahulu sekiranya ingin melawat anak-anak ketika mereka berada di premis. 15.8 Ibu bapa/penjaga Tidak Dibenarkan memasuki premis TASKAtanpakebenaran. Ini adalah untuk menjamin keselamatan anak-anak jagaanTASKA dan tidak memganggu tugas pendidik/pengasuh dan aktiviti harian TASKA KIDDOS.


23TASKA KIDDOS PARENT HANDBOOK2024/202516.0 BAYARAN YURAN DAN LAIN-LAIN Bayaran yuran mestilah mengikut struktur yang dipersetujui. Bayaranhendaklah dibayar melalui akaun yang telah ditetapkan. 16.1 YURAN PENDAFTARAN 16.1.1 Anak baru - Ibu bapa/penjaga perlu mendaftar secara on-line di link http://my03.awfatech.com.my/elc/ 16.1.2 Anak sedia ada yang mahu menyambung sesi persekolahan padatahun hadapan, TIDAK perlu mendaftar secara on-line lagi. Silakemaskini maklumat jika terdapat sebarang perubahan di linktersebut. 16.1.3 Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM100 untuk: i. Yuran pendaftaran kemasukan setiap sesi baru. ii. Yuran pendaftaran semula. 16.1.4 Bayaran yuran pendaftaran perlu dibuat melalui “on-linetransfer” SAHAJA. 16.1.5 Slip bank perlu diserahkan kepada Pengusaha/Penyelia sebagai bukti pendaftaran. 16.1.6 Sekiranya terbukti terdapat pemalsuan kepada sebarang slippembayaran, tindakan undang-undang akan diambil oleh pihakTASKA KIDDOS. 16.1.7 Yuran Pendaftaran TIDAK akan dikembalikan sekiranya ibubapa/penjaga menarik diri atau memberhantikan anak di TASKAKIDDOS.


24TASKA KIDDOS PARENT HANDBOOK2024/202516.2 YURAN TAHUNAN 16.2.1 Yuran tahunan, yuran kelengkapan dan yuran bulan Mac 2024, PERLUdijelaskan sebelum sesi persekolahan tahun baru bermula. 16.2.2 Kaedah bayaran yuran tahunan, yuran kelengkapan, yuran bulanandanbayaran lebih masa (OT) adalah secara “on-line payment gateway”(FPX) di link http://my03.awfatech.com.my/elc/ dibahagian “FeePayment”. 16.2.3 Nombor akaun rasmi untuk semua jenis bayaran yuran termasuk yuranpendaftaran, yuran tahunan, yuran kelengkapan, yuran bulanandankhidmat hari adalah seperti berikut: Nama : TASKA KIDDOS Bank : CIMB BANK No.Akaun : 7639211636 16.3 YURAN BULANAN 16.3.1 Yuran persekolahan di TASKA KIDDOS ditetapkan secara BULANANmengikut pakej masing-masing tanpa mengambil kira bilangan yanghadir. 16.3.2 Bayaran yuran bulanan semasa hendaklah dijelaskan sebelum10hari bulan pada setiap bulan. 16.3.3 Penyata yuran akan dihantar sekiranya bayaran tidak diterima selepas 11hari bulan pada bulan tersebut. 16.3.4 TASKA KIDDOS akan mengeluarkan surat peringatan kepada Ibubapa/Penjaga yang mempunyai tunggakan yuran. Ibu bapa/penjagahendaklah menjelaskan tunggakan yuran dengan kadar segera. 16.3.5 Sekiranya ibu bapa/penjaga gagal mejelaskan bayaran tunggakan dalamtempoh yang ditetapkan, anak akan DIBERHENTIKANdari mengikuti pembelajaran dan penjagaan di TASKA KIDDOS. 16.3.6 Ibu bapa/penjaga wajib memberi NOTIS BERHENTI 1 bulan sebelumtarikh berhenti. Jika tidak ada notis, yuran mesti dibayar penuh.


25TASKA KIDDOS PARENT HANDBOOK2024/202516.3.7 Anak-anak yang berhenti dan ingin menyambung semula bagi mendapatkan perkhidmatan TASKA KIDDOS dikehendaki mendaftar semula dengan Yuran Pendaftaran sebanyak RM100. 16.3.8 Ibu bapa/penjaga hendaklah membayar ganti rugi sekiranya anak-anakmerosakkan harta benda di TASKA dengan sengaja. 16.4 YURAN KHIDMAT HARI 16.4.1 Yuran khidmat hari hendaklah dijelaskan selepas tempoh jagaan tamat. 16.5 BAYARAN LEBIH MASA 16.5.1 Bayaran Lebih Masa (OT) akan dikenakan kepada anak dalamsituasi berikut: i. Sekiranya lewat 15 minit selepas pakej kelas (kadar bayaran adalahmerujuk kepada senarai yuran terkini) ii. Sekiranya lewat 5 minit selepas pakej jagaan (kadar bayaran adalahmerujuk kepada senarai yuran terkini) 16.5.2 Waktu pengiraan bayaran lebih masa adalah seperti berikut: 16.5.3 Pembayaran secara tunai, perbankkan internet dan “cash deposit machine” @ CDM TIDAK DIBENARKAN. 16.5.4 Anak yang memohon bercuti panjang selama 60 hari dan ke atas (termasuk Jumaat dan cuti-cuti umum), bayaran penuhakandikenakan pada bulan pertama dan diberi diskaun sebanyak40%Isnin - Jumaat :Sebelum jam 6.45 pagi RM20.00 Sebelum jam 11.25 pagi RM20.00 Selepas 11.15 pagi RM20.00 Selepas 11.45 pagi RM20.00 Selepas 2.35 petang RM20.00 Selepas jam 5.30 petang RM20.00 Selepas jam 6.00 petang RM30.00/jam


26TASKA KIDDOS PARENT HANDBOOK2024/2025pada bulan ke dua dan seterusnya. Permohonan untuk bercuti panjanghendaklah dimaklumkan kepada Pengusaha/Penyelia secara bertulis. Tempoh Cuti Jenis Yuran Tindakan 1 bulan Yuran bulanan 1. Ibu bapa/Penjaga WAJIBmenghantar surat permohonancuti kepadaPengusaha/Penyelia 2. Bayaran yuran adalah penuh2 bulan ke atas Yuran bulanan 1. Ibu bapa/Penjaga WAJIBmenghantar surat permohonancuti kepadaPengusaha/Penyelia. 2. Bayaran yuran adalah penuhuntuk bulan pertama danDISKAUN diberi sebanyak40%pada bulan ke duadanbulan-bulan seterusnya. 3. TIADA pemulangan yuran. 16.5.5 Pengagihan peralatan seperti buku, uniform, beg dan lain-lainkelengkapan hanya akan diberi kepada anak setelah ibu bapa/penjagamenjelaskan semua bayaran. 16.5.6 Sekiranya berlaku apa-apa di luar kawalan seperti bencana alamataupenyakit berjangkit yang menganggu pengoperasian premis, yuranbulanan adalah seperti biasa.


27TASKA KIDDOS PARENT HANDBOOK2024/202516.6 YURAN AKTIVITI TAMBAHAN LAWATAN DAN KOKURIKULUM16.6.1 TASKA KIDDOS menyediakan aktiviti tambahan seperti programcuti sekolah dan program berkala (bulanan). bayaran adalah tidak termasukyuran bulanan yang dinyatakan. 16.7 TUNGGAKAN YURAN 16.7.1 TASKA KIDDOS akan mengeluarkan surat peringatan kepada ibubapa/penjaga yang mempunyai tunggakan yuran. Ibu bapa/penjagahendaklah menjelaskan tunggakan yuran dengan kadar segera. 16.7.2 Sekiranya ibu bapa/penjaga gagal menjelaskan bayaran tunggakan dalamtempoh yang ditetapkan, anak akan DIBERHENTIKANdari mengikuti pembelajaran dan penjagaan di TASKA KIDDOS. 17.0 WAKTU URUSAN PEJABAT Waktu urusan pejabat adalah seperti berikut: Isnin - Jumaat : 8.00 pagi - 5.00 petang : 1.00 petang (REHAT)


28TASKA KIDDOS PARENT HANDBOOK2024/202518.0 CUTI Perkhidmatan TASKA KIDDOS dibuka sepanjang tahun kecuali: 18.1 Cuti umum yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan. 18.2 Sekiranya ada cuti-cuti tambahan lain seperti cuti sempena hari raya ataulain- lain, pihak TASKA akan memaklumkan ibu bapa/penjaga melalui surat pekeliling/ hebahan secara atas talian 18.3 Cuti yang telah ditetapkan oleh TASKA KIDDOS (Cuti Raya dan Cuti kerana kursus, mesyuarat, Perancangan Tahunan). 18.4 Cuti yang diarahkan oleh Jabatan Kesihatan jika berlaku sebarang wabakpenyakit di premis. 18.5 Cuti yang diarahkan oleh kerajaan atau sebarang sebab seperti bencanaalam, ketiadaan air, elektrik dan lain-lain hal. 18.6 Ibu bapa/penjaga hendaklah membuat permohonan secara bertulis kepadaTASKA sekiranya anak-anak ingin bercuti panjang (lebih minggu) kerana ibu bersalin, ibu bapa/penjaga pergi menunaikan haji, berkursus dan sebagainya. 18.7 Bayaran yuran adalah penuh tanpa mengambil kira cuti seperti yangdinyatakan.


29TASKA KIDDOS PARENT HANDBOOK2024/202519.0 NOTIS BERHENTI 19.1 Ibu bapa/penjaga yang ingin menarik diri atau memberhentikan anakdaripada perkhidmatan di TASKA KIDDOS hendaklah memberi bulannotis bertulis. Sekiranya tidak ada notis bertulis ia masih dianggapmeneruna perkhidmatan di TASKA KIDDOS dan perlu menjelaskanyuran seperti biasa. 19.2 Yuran Pendaftaran, Yuran Tahunan, Yuran Aktiviti dan lain-lain bayaranyang telah dijelaskan TIDAK AKAN dikembalikan. 20.0 NOTIS TAMAT PERKHIDMATAN 20.1 Pihak TASKA KIDDOS berhak untuk memberhentikan anak-anak atas sebab tertentu demi menjamin keselamatan, kesihatan dan kepentingananak-anak lain Tindakan ini perlu diambil demi kepentingan bersama 20.2 Pihak TASKA KIDDOS berhak untuk memberhentikan anak-anaksekiranya ibu bapa/penjaga GAGAL menjelaskan yuran tertunggakseperti yang telah dinyatakan. 21.0 PERTUKARAN ALAMAT & NOMBOR TELEFON Pihak TASKA KIDDOS perlulah dimaklumkan jika berlaku pertukaran alamat rumah, nombor telefon rumah, telefon bimbit dan telefon pejabat bagi memudahkan untuk dihubungi, sekiranya berlaku kecemasan.


30TASKA KIDDOS PARENT HANDBOOK2024/202522.0 CCTV Berikut adalah peraturan atau prosedur bagi penggunaan CCTV di TASKAKIDDOSuntuk ibu bapa atau penjaga yang ingin memantau aktiviti anak mereka di TASKA: 1. Permohonan Akses: Ibu bapa atau penjaga perlu mengisi borang permohonan akses CCTVyangdisediakan oleh TASKA KIDDOS. Borang tersebut mesti dilengkapkan denganbutiran peribadi dan sebab permohonan. 2. Kebenaran dan Persetujuan: Akses hanya akan diberikan selepas mendapat kebenaran bertulis daripadapengurusan TASKA KIDDOS. Ibu bapa atau penjaga perlu menandatangani perjanjian persetujuan penggunaan CCTV yang mengandungi syarat-syarat tertentu. 3. Jadual Akses: Penggunaan CCTV akan dijadualkan mengikut masa yang sesuai denganpengurusan TASKA. Ibu bapa atau penjaga perlu mematuhi masa yangditetapkan untuk melihat rakaman CCTV. 4. Kawasan yang Diliputi CCTV: Hanya kawasan umum di dalam TASKA yang dilengkapi dengan CCTVbolehdiakses, seperti ruang bermain, ruang makan, dan kawasan pembelajaran. Kawasan privasi seperti bilik tidur atau bilik mandi tidak dipantau oleh CCTVdan tidak boleh diakses. 5. Kerahsiaan dan Privasi: Ibu bapa atau penjaga tidak dibenarkan mengambil gambar atau video daripadarakaman CCTV. Semua maklumat yang diperolehi melalui CCTVmesti dirahsiakan dan tidak boleh dikongsi dengan pihak ketiga.


31TASKA KIDDOS PARENT HANDBOOK2024/20256. Penggunaan Terhad: Akses kepada CCTV hanya dibenarkan untuk memantau aktiviti anak sendiri sahaja. Ibu bapa atau penjaga tidak boleh memantau aktiviti anak-anak lainkecuali dengan kebenaran khas. 7. Pengawasan Penggunaan: Penggunaan CCTV akan diawasi oleh kakitangan TASKA untuk memastikaniadigunakan dengan betul. Sebarang penyalahgunaan akses CCTVakanmengakibatkan penarikan balik hak akses serta-merta. 8. Tempoh Rakaman: Rakaman CCTV disimpan untuk tempoh tertentu, biasanya selama 30 hari, sebelum ia dipadam secara automatik. Permintaan untuk melihat rakaman lamaperlu dibuat dalam tempoh simpanan tersebut. 9. Tujuan Penggunaan: Akses CCTV hanya dibenarkan untuk tujuan keselamatan dan pemantauanaktiviti anak-anak. Ibu bapa atau penjaga mesti mengakui bahawa tujuanpenggunaan bukan untuk mengintip atau menyalahgunakan privasi. 10. Penamatan Akses: TASKA KIDDOS berhak untuk menamatkan akses kepada CCTVpada bila-bilamasa jika didapati ibu bapa atau penjaga melanggar peraturan yang ditetapkan. Peraturan ini bertujuan untuk memastikan penggunaan CCTV di TASKAKIDDOSdilakukan dengan cara yang bertanggungjawab, melindungi privasi semuakanak-kanak, dan mematuhi undang-undang serta garis panduan yang relevan.


32TASKA KIDDOS PARENT HANDBOOK2024/202523.0 PAKAIAN SERAGAM ANAK-ANAK TASKA KIDDOS 23.1 TASKA 1. Anak TASKA KIDDOS PERLU berpakaian seragamseperti yangtelah ditetapkan oleh pihak TASKA KIDDOS. 2. Bayi adalah bebas mengenakan sebarang pakaian dengan mengambil kira perkara berikut: Bersesuaian Kemas Selesa Bersih


33TASKA KIDDOS PARENT HANDBOOK2024/202524.0 PERALATAN DAN KELENGKAPAN 24.1 TASKA Pakej kelas Pra-Tadika: 1. Anak PERLU menggunakan beg buku TASKA KIDDOS. 2. Ibubapa/penjaga hendaklah memastikan buku catatan, buku bacaan'Ceria Membaca' sentiasa berada di dalam beg anak. 3. Kelengkapan tambahan: a. Pembersih tangan (hand sanitizer) b. Topeng muka (face mask) Pakej Separa dan Penuh: 1. Anak PERLU menggunakan beg pakaian TASKA KIDDOS (selainbeg buku) 2. Kelengkapan lain: a. Bagi Kids, ibubapa/penjaga perlu membawa salinan pakaian yangmencukupi untuk sehari (sekurang- sekurangnya 2 pasang). b. Bagi bayi, ibubapa/ penjaga perlu membawa salinan pakaian yangmencukupi untuk sehari (sekurang- sekurangnya 3 pasang). 3. Anak PERLU menggunakan cadar KIDDOS. 4. Kelengkapan tambahan: a. Sikat rambut b. Berus gigi dan ubat gigi c. Botol susu bagi yang berkenaan. d. Tuala mandi e. Beg plastik untuk mengisi pakaian kotor f. Lampin pakai buang / diapers yang mencukupi (yang berkenaan) g. Kelengkapan mandi. 5. Pastikan semua barang/peralatan peribadi dilabelkan dengan namaanak (termasuk pakaian).


34TASKA KIDDOS PARENT HANDBOOK2024/20256. Segala barang peralatan peribadi yang TIDAK dituntut selepas 3bulan akan dilupuskan.


35TASKA KIDDOS PARENT HANDBOOK2024/202525.0 CONTOH BORANG KEBENARAN MEMBERI UBAT BORANG KEBENARAN MENERIMA RAWATANAdalah saya No. Kad Pengenalandengan ini membenarkan anak jagaan saya No. Mykid dari premis diberikan rawatan yang sepatutnya atau dibawa ke kliniksebagaimana yang difikirkan sekiranya saya atau waris tidak dapat dihubungi sekiranya berlaku kecemasan. Saya sedia maklum bahawa pihak TASKA KIDDOS akan mengambil langkah-langkah yang sepatutnya jika berlaku perkara tersebut. Saya berjanji tidak akan mengambil sebarang tuntutan sekiranya berlaku apa juaperkara yang tidak diingini akibat daripada rawatan tersebut. Sekian harap maklum. Terima kasih. Tandatangan ibu bapa/ penjaga : Nama : No. Kad Pengenalan : Tarikh : Nama Saksi : Tandatangan : No. Telefon yang boleh dihubungi 1. Jika berlaku kecemasan 2.


36TASKA KIDDOS PARENT HANDBOOK2024/202526.0 CONTOH BORANG PERAKUAN IBU BAPA PERAKUAN IBU BAPA/PENJAGA Saya Kad PengenalanIbu/Bapa/Penjaga kepada dari *TASKA KIDDOS cawangan telah membaca, memahami dan bertanggungjawab terhadap segala maklumat yang dinyatakan melalui e-book‘TASKA KIDDOS 2024’. Dengan adanya peraturan-peraturan tersebut saya faham dan setuju bahawa ia adalahuntuk membantu kelancaran pengurusan dan kecemerlangan anak-anak Saya percaya pihak TASKA KIDDOS sedaya upaya telah berusaha untukmemastikan keselamatan dan kesihatan anak-anak terjaga sepanjang tempoh berada di TASKA KIDDOS. Oleh itu saya dengan sedarnya menyerahkan anak saya untuk dijaga di TASKAKIDDOS. Saya bersedia berbincang secara baik terlebih dahulu, sekiranya ada sebarangkemusykilan atau berlaku musibah yang tidak diingini di luar jangkaan ke atas anaksaya sepanjang berada di TASKA KIDDOS. Yang benar, Tandatangan Ibu/Bapa/Penjaga (Nama: ) No IC: Tarikh:


37TASKA KIDDOS PARENT HANDBOOK2024/202527.0 TARIKH CUTI UMUM TAKWIM CUTI JADUAL CUTI UMUM2024 Perkara Hari Tarikh Thaipusam Khamis 25 Januari 2024 Tahun Baru Cina Sabtu - Isnin 10 - 12 Februari 2024Good Friday Jumaat 29 Mac 2024 Hari Raya Puasa Selasa - Khamis 9 - 11 April 2024 Labour Day Rabu 1 Mei 2024 Wesak Day Rabu 22 Mei 2024 Gawai Dayak Ahad - Isnin 1-3 Mei 2024 Hari Raya Haji Isnin - Selasa 17 - 18 Jun 2024 Sarawak Independent’s Day Isnin 22 Julai 2024 Hari Kebangsaan Sabtu 31 Ogos 2024 Hari Malaysia Isnin - Selasa 16 - 17 September 2024Hari Deepavali Khamis 31 Oktober 2024 Hari Krismas Rabu 25 Disember 2024


38TASKA KIDDOS PARENT HANDBOOK2024/2025LAMPIRAN


39TASKA KIDDOS PARENT HANDBOOK2024/2025UNIFORM TASKA KIDDOS Set pakaian lengan panjang lelaki Set pakaian lengan panjangperempuan Set pakaian lengan pendekperempuan Set pakaian lengan pendek lelaki


40TASKA KIDDOS PARENT HANDBOOK2024/2025BEG PAKAIAN TASKA KIDDOS BEG BUKU TASKA KIDDOS


41TASKA KIDDOS PARENT HANDBOOK2024/2025


Click to View FlipBook Version