The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

28th Souvenir e-Book KDCA KV Kaamatan 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Norhisham Musa, 2024-03-27 04:51:25

28th Souvenir e-Book KDCA KV Kaamatan 2023

28th Souvenir e-Book KDCA KV Kaamatan 2023

SAMBUTAN PESTA KAAMATAN K L A N G V A L L E Y 2 0 2 3 K L A N G V A L L E Y 2 0 2 3 "Kaamatan Mongubasanan Pisompuruan" 12 - 13 MAY 2023 | DORSETT GRAND SUBANG Organized by: KadazanDusun Cultural Association Klang Valley (KDCAKV) "Kaamatan Membudayakan Perpaduan" "Kaamatan Enculturates Unity"


Keynotes Page 03-16 About Kaamatan Page 17-18 Programme Tentatives Page 19-25 Organizing Team Page 26-30 Unduk Ngadau Finalist KDCA KV 2023 Page 31-34 Sugandoi Finalist KDCA KV 2023 Page 35-37 Event Highlights Page 38-46 Pason Kaamatan 2023 Page 47-51 Appreciations Page 52-58 Sponsors Page 59-63 Lamai Kaamatan Ebook | Page 2 CONTENTS TABLE OF


YBHG. DATUK TOISIN GANTOR Setiausaha Bahagian Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak Jabatan Perdana Menteri KEYNOTE Lamai Kaamatan Ebook | Page 3 Salam Sejahtera, Kopisanangan, kopirangayan do kinorikatan dokoyu ngaie, Salam Perpaduan, Salam Malaysia MADANI saya ucapkan kepada semua hadirin di majlis "Perasmian Program Anak Muda Tonggak Malaysia Madani" sempena sambutan Pesta Kaamatan KDCA Klang Valley kali ke-28. Tuan-tuan, puan-puan dan para hadirin semua, Terlebih dahulu, Saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa Penganjur Sambutan Pesta Kaamatan KDCA Klang Valley atas kolaborasi dengan pelbagai pihak terutamanya Kementerian Perpaduan Negara untuk menjayakan "Program Anak Muda Tonggak Malaysia Madani" sempena sambutan Pesta Kaamatan KDCA Klang Valley Tahun 2023. Ini menjadikan sambutan Pesta Kaamatan peringkat Klang Valley pada kali ini adalah suatu yang istimewa dan inklusif dengan penyertaan pelbagai agensi Kerajaan dan juga swasta di peringkat kebangsaan. Seperti yang kita semua sedia maklum, perayaan ini disambut sebagai tanda kesyukuran selepas berakhirnya musim menuai padi dan dengan penuh pengharapan musim menanam padi yang baru akan bermula dengan baik. Sambutan ini sememangnya sangat meriah di Sabah dengan pelaksanaan pelbagai aktiviti berbentuk kebudayaan seperti acara kesenian, pertandingan Unduk Ngadau, pertandingan nyanyian Sugandoi, permainan sukan tradisional, pameran busana tradisional dan banyak lagi.


Pesta Kaamatan ini adalah manifestasi sebenar kepada kepelbagaian suku kaum yang ada di negeri Sabah. Perayaan ini disambut bukan sahaja oleh kaum Kadazan, Dusun, Murut, Rungus tetapi oleh semua suku kaum Bumiputera di Sabah. Kita bersyukur, melalui inisiatif KDCA Klang Valley, masyarakat KDMR yang berada di perantauan tidak juga ketinggalan untuk merayakan Pesta Kaamatan. Saya difahamkan bahawa pada tahun ini, sambutan Pesta Kaamatan yang dianjurkan oleh KDCA Klang Valley telah membuat pembaharuan yang bukan sahaja mempamerkan elemen keseniaan, dan kebudayaan, tetapi memberikan highlight terhadap komponen Unity (Perpaduan), Youth Empowerment (Pemerkasaan Anak Muda/Belia), Keusahawanan, Kerja-Kerja Sukarelawan dan Kelestarian. Ini merupakan satu kelainan dan pembaharuan yang diperkenalkan oleh KDCA Klang Valley. Tahniah kepada KDCA Klang Valley! Pengisian dalam pogram ini adalah amat bersesuaian dan boleh menjadi platform untuk menyebarluaskan pengetahuan, kefahaman dan menghayati usaha-usaha Kerajaan dalam membangunkan Malaysia MADANI. Anak muda merupakan tonggak masa depan negara, justeru itu komponen Youth Empowerment, adalah elemen penting bagi memperkasa dan mempersiap anak muda negara dalam menghadapi cabaran dunia pekerjaan; mewujudkan kesedaran dan pemahaman mengenai Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals - SDG); kelestarian dan kelangsungan budaya; keusahawanan dan juga pembudayaan perpaduan dalam konteks masyarakat berbilang kaum. Semoga program yang berkonsepkan pemerkasaan anak muda dan perpaduan sempena sambutan perayaan Pesta Kaamatan ini akan memberikan nilai tambah yang positif kepada golongan belia khasnya dan memberikan semangat motivasi untuk maju serta bersedia untuk menerokai cabaran dan peluang di peringkat global. Program pada hari ini, bukan sahaja telah berjaya mengumpulkan usahawan dan korporat, pemikir dan ahli akademik dalam mengupas isu-isu penting dalam mempersiap jati diri dan modal insan anak muda. Tetapi menjadi wadah kepada semua peserta yang terlibat untuk berinteraksi, berkongsi idea serta menjalin dan meluaskan networking atau jaringan sosial. Pesta Kaamatan perlu memainkan peranan yang lebih signifikan dalam arus pembangunan budaya negara, Kaamatan tidak seharusnya dilihat semata-mata pertandingan Unduk Ngadau, Sugandoi atau aramaitie tetapi perlu menjadi wadah perpaduan untuk memperkukuhkan lagi semangat perpaduan yang sedia terjalin di negara ini. Lamai Kaamatan Ebook | Page 4


Manalah tahu, suatu masa nanti, di masa hadapan, Pesta Kaamatan akan diterima sebagai cuti umum nasional. Saya sekali lagin ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada KDCA Klang Valley dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program pada kali ini. Semoga jalinan ukhuwah dan kolaborasi yang dijalinkan akan terus berkekalan. Saya berharap momentum kolaborasi di antara semua pihak yang telibat dapat diteruskan lagi dengan pelbagai aktiviti di masa akan datang. Jalinkanlah semangat kekitaan dan kebersamaan sebagai satu negara Malaysia yang kita cintai. Kita mestilah sentiasa ingat dan menjiwai bahawa perpaduan dalam kepelbagaian adalah asas kepada keharmonian dan kesejahteraan negara kita. Oleh itu, sambutlah pesta Kaamatan ini dengan meriah tetapi berpada-pada dengan kawalan kendiri. Akhir kata, saya dengan sukacita dan berbesar hati merasmikan program pada hari ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Kotobian Om Kounsikaan Tadau Tagayo Do Kaamatan Toun 2023 Kumaa Toinsanan di nokorikot do hiti baino. Pounsikou. Aramaitie! Sekian dan terima kasih. Lamai Kaamatan Ebook | Page 5 Toisin Gantor YBHG. DATUK TOISIN GANTOR Setiausaha Bahagian Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak Jabatan Perdana Menteri


Salam Sejahtera, Ko-pi-rang-ga-yan, Ko-pi-vosian do ki-noi-ka-tan, Salam Perpaduan, Salam Malaysia MADANI saya ucapkan kepada semua hadirin di majlis Sambutan Pesta Kaamatan KDCA Klang Valley Kali Ke-28. Semoga semuanya sentiasa kekal berada dalam keadaan yang ceria, sihat secara holistik, produktif, dimudahkan semua urusan dan diberikan rezeki yang datang dalam pelbagai cara. Saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa Penganjur Sambutan Pesta Kaamatan KDCA Klang Valley atas kolaborasi bersama pelbagai pihak untuk menjayakan sambutan Pesta Kaamatan peringkat Lembah Klang pada tahun ini. YBHG. DATUK SUMAN YASAMBUN Secretary General KDCA KEYNOTE Lamai Kaamatan Ebook | Page 6 Seperti yang kita semua sedia maklum, Perayaan Pesta Kaamatan menjadi platform bagi mempromosikan kesepaduan sosial dan membantu membina jambatan persefahaman antara masyarakat etnik yang berbeza. Pesta Kaamatan juga adalah peluang bagi masyarakat Kadazan, Dusun Murut dan Rungus untuk mempamerkan tradisi dan adat tradisi mereka, sama ada melalui tarian, muzik, serta pakaian tradisional. Kepelbagaian budaya dan warisan dengan keharmonian 35 etnik dan 217 subetnik di Sabah telah menjadikan ‘Negeri Di Bawah Bayu’ sebagai bumi yang unik bagi setiap rakyat serta tetamu yang bertandang ke negeri Sabah. Justeru, ini amat signifikan dengan usaha pihak Kerajaan untuk memartabatkan warisan kebudayaan dan kesenian rakyat tempatan. Budaya merupakan aspek penting dalam kehidupan kita yang menjadi identiti sesuatu etnik dan harus dipelihara serta dimartabatkan untuk kepentingan semua.


Seperti yang kita semua sedia maklum juga, perayaan ini disambut sebagai tanda kesyukuran selepas berakhirnya musim menuai dan bermulanya musim menuai menanam padi yang baru. Sambutan ini sememangnya meriah di negeri Sabah dengan pelaksanaan pelbagai aktiviti berbentuk kebudayaan seperti acara kebudayaan, pertandingan Unduk Ngadau, pertandingan nyanyian Sugandoi, permainan sukan tradisional, pameran busana tradisional dan banyak lagi. Untuk pengetahuan hadirin dan hadirat, semenjak ditubuhkan, Kadazandusun Cultural Association (KDCA) telah terlibat dalam pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan dokumentasi penyelidikan, pemuliharaan, pembangunan dan mempromosi budaya Kadazandusun; bahasa dan karya sastera; mantera, ubat tradisional, makanan dan minuman tradisional; muzik, lagu, tarian dan drama; seni tradisi, kraf dan reka bentuk, sukan tradisi, pakaian dan kostum tradisi. Seiring dengan peredaran zaman, pada akhir – akhir ini, dengan kerjasama antarabangsa penduduk asli, pengetahuan pribumi, harta intelektual dan pemuliharaan hak sumber tradisional, penambahbaikan dan perlindungan menjadi hal yang berkaitan dan tanggungjawab KDCA. KDCA terus memainkan peranan pentingnya dalam MEMUPUK PERPADUAN, persahabatan dan kerjasama di kalangan penduduk berbilang kaum di Malaysia secara keseluruhan, dan di negeri Sabah khasnya melalui program pembelajaran budaya bertemakan perpaduan dan perayaan tahunan “Pesta Kaamatan". Kemeriahan sambutan Pesta Kaamatan yang kita raikan pada hari ini merupakan simbolik kepada semangat UNITI yang bertujuan untuk memupuk semangat kebersamaan dan kekitaan dalam menerima kepelbagaian budaya yang menjadi tunjang kepada kelestarian, keharmonian dan kemakmuran yang kita miliki pada hari ini. Penganjuran sambutan Pesta Kaamatan ini sememangnya MENYOKONG program flagship yang diperkenalkan iaitu Kembara Perpaduan Malaysia MADANI yang memayungi tiga (3) kluster utama iaitu “Semarak Kenegaraan”, “Semarak Perpaduan” dan “Komuniti Rahmah”. Program ini juga boleh menjadi salah satu platform untuk menyebarluaskan pengetahuan, kefahaman dan menghayati usahausaha Kerajaan dalam membangun Malaysia MADANI sepertimana yang telah dilancarkan oleh Kementerian Perpaduan Negara pada 1 Mac 2023 yang lepas. Selain itu, program ini juga dapat: Merealisasikan penghayatan konsep Perpaduan Dalam Kepelbagaian dan mengamalkan nilai toleransi dalam membina masyarakat MADANI yang bersatu padu dan berdaya saing; Lamai Kaamatan Ebook | Page 7


Menjadi agen menyemarak perpaduan melalui aktiviti seni budaya untuk memastikan ekosistem perpaduan dalam kesenian dan kebudayaan di negara ini terus mekar dan subur; Meningkatkan produktiviti para penggiat industri dari pelbagai sektor dan latar belakang dalam penganjuran program yang mempunyai nilai sosio-ekonomi berimpak tinggi; Memperkukuh jaringan kerjasama kebudayaan dan tradisi di kalangan masyarakat Malaysia sekaligus mewujudkan kolaborasi berterusan di antara Agensi Kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan pelbagai kaum di Malaysia, dan Menyokong usaha Kerajaan dalam penganjuran program yang selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals – SDG). Pada tahun ini, berbanding dengan sambutan Pesta Kaamatan yang diadakan di negeri Sabah dan lain-lain tempat di Malaysia, saya difahamkan bahawa selain mempamerkan elemen keseniaan, dan kebudayaan, peringkat KDCA Lembah Klang memberikan highlight terhadap komponen Unity (Perpaduan), Youth Empowerment (Pemerkasaan Anak Muda/Belia), Keusahawanan, Kerja-Kerja Sukarelawan dan Kelestarian. Saya dimaklumkan bahawa pelbagai sesi interaktif telah dilaksanakan pada tarikh 12 Mei 2023 (Jumaat) iaitu semalam, yang telah melibatkan penyertaan golongan belia dari pelbagai bidang. Syabas dan tahniah diucapkan! Memandangkan anak muda adalah merupakan tonggak Malaysia Madani, justeru komponen Youth Empowerment amat perlu diketengahkan bagi memperkasa dan mempersiap anak muda negara dalam menghadapi cabaran pekerjaan; mewujudkan kesedaran dan pemahaman mengenai Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals - SDG); kelestarian dan kelangsungan budaya; keusahawanan dan pembudayaan perpaduan dalam konteks masyarakat berbilang kaum. Semua maklum bahawa setiap kita pernah menjadi belia. Golongan belia yang ada masa ini sedang melalui proses yang sama dan satu hari kelak mereka ini juga akan mengambil alih apa yang kita lakukan sekarang. Sebab itu, kita perlu membentuk belia ini dari awal supaya mereka berupaya untuk mengambil alih dalam pembangunan negeri mahupun negara di masa hadapan. Saya melihat bahawa program ini juga telah berjaya mengumpulkan usahawan dan korporat, pemikir dan ahli akademik dalam mengupas isu-isu penting dalam mempersiap jati diri dan modal insan anak muda. Saya berharap program dan aktiviti seumpama ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa, bukan sematamata ketika sambutan Pesta Kaamatan sahaja. Lamai Kaamatan Ebook | Page 8


Selaku Badan Penyelaras yang paling sulung dan established di Semenanjung Malaysia, saya menyeru agar KDCA Klang Valley akan mempergiat segala usaha dan inisiatif dengan menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam penganjuran apa sahaja program dan aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan belia pada masa hadapan. Libatkan golongan belia seramai yang boleh dalam committee KDCA Klang Valley kerana mereka adalah generasi muda yang akan meneruskan legasi kecemerlangan KDCA. Apa yang lebih penting lagi, penglibatan golongan belia haruslah berada di tahap yang cemerlang. Pergiatkan usaha untuk berkolaborasi dengan pelbagai pihak agar KDCA Klang Valley mampu menjadi pusat rujukan oleh pelbagai pihak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Kekalkan momentum yang baik dan tingkatkan produktiviti. Semoga KDCA Klang Valley akan menjadi “Duta Perpaduan” yang menjadi platform untuk menyebarluas misi “Perpaduan Dalam Kepelbagaian” di Semenanjung Malaysia. Semoga program yang berkonsepkan pemerkasaan anak muda dan perpaduan sempena sambutan perayaan Pesta Kaamatan pada kali ini akan memberikan nilai tambah yang positif kepada golongan belia khasnya dan membawa kemakmuran, kesejahteraan dan kedamaian kepada semua yang menyambutnya. Marilah kita menyemarakkan dan merakyatkan semangat perpaduan dalam kalangan seluruh masyarakat Malaysia bagi mengukuhkan semangat setiakawan dan solidariti sesama kita. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Kementerian Perpaduan Negara; WWF Malaysia; Persatuan Anak Borneo Semenanjung (ABS); Persatuan Promosi Matlamat Pembangunan Lestari; Bahagian Hal Ehwal Sabah Sarawak di Jabatan Perdana Menteri; rakan-rakan kolaborasi serta semua pihak yang telah memberikan bantuan secara langsung atau tidak langsung demi menjayakan program ini. Semoga jalinan ukhuwah dan kolaborasi yang dijalinkan di antara kita akan terus mekar dan kekal sampai bilabila. Saya berharap dan menyokong agar momentum kolaborasi di antara semua pihak yang telibat dan KDCA serta KDCA Klang Valley dapat diteruskan dengan pelbagai lagi aktiviti seperti ini pada masa akan datang. Jalinkanlah semangat kekitaan dan kebersamaan sebagai satu Keluarga Malaysia yang saling menghormati antara satu sama lain. Kita mestilah sentiasa ingat bahawa perpaduan dalam kepelbagaian mewujudkan keharmonian dan menghormati serta menerima antara satu sama lain. Semangat perpaduan dan kesatuan yang tinggi dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, bangsa serta agama di negeri ini perlu diteruskan dan dimantapkan. Sambutlah pesta ini dengan meriah tetapi sentiasalah menjaga kawalan kendiri. Lamai Kaamatan Ebook | Page 9


Akhir kata, saya dengan sukacita dan berbesar hati merasmikan program kita pada hari ini dan saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Ko-to-bi-an Om Koun-si-kaan Tadau Ta-ga-yo Do Kaa-ma-tan Toun 2023 Ku-maa Toin-sa-nan. Poun-si-kou. Sekian, terima kasih. Lamai Kaamatan Ebook | Page 10 Suman Yasambun YBHG. DATUK SUMAN YASAMBUN SECRETARY GENERAL KDCA SABAH


Salam sejahtera, salam perpaduan, salam Malaysia Madani dan Salam Kaamatan kepada semua hadirin dan hadirat. Setinggi-tinggi rasa kesyukuran kepada yang Maha Berkuasa kerana dengan izinnya, kita semua diberikan peluang untuk bernafas, berfikir secara matang, berjuang meneruskan kelangsungan hidup dan mampu untuk bersama-sama pada hari ini untuk menunjukkan rasa kecintaan kita terhadap kesenian dan kebudayaan negeri Sabah. Seperti yang telah dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Pesta Kaamatan KDCA Klang Valley sebentar tadi, memang betul bahawa penganjuran program dan pengurusan acara adalah merupakan bidang yang sangat menuntut iltizam dan komitmen padu untuk mencapai hasil yang diinginkan. Sesebuah program tidak akan mampu menghasilkan keputusan yang diidam-idamkan sekiranya tiada kerjasama yang solid di antara semua pihak yang terlibat. ZANDI JULIE JIDWIN Chairman, KDCAKV KEYNOTE Selaku antara ahli yang telah lama bersama-sama terlibat dengan pelbagai aktiviti di peringkat KDCA Klang Valley, saya telah menyaksikan revolusi yang sangat ketara. Kalau dahulu, perayaan Pesta Kaamatan mengetengahkan pengisian yang sangat konvensional. Tetapi, pada edisi kali ini, pengisian di KDCA Klang Valley telah menunjukkan kepelbagaian dan keunikan yang jarang-jarang dilihat di mana-mana sambutan, sama ada di peringkat negeri Sabah atau pun di Semenanjung Malaysia. Syabas dan tahniah saya zahirkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Pesta Kaamatan Klang Valley Tahun 2023 serta semua yang terlibat terutamanya kepada golongan belia yang telah berjaya membawa pembaharuan dengan menyuntik elemen “Perpaduan” dan “Pemerkasaan Golongan Belia” untuk memastikan KDCA Klang Valley kekal relevan dan berdaya saing dengan penglibatan golongan belia daripada pelbagai latar belakang. Lamai Kaamatan Ebook | Page 11


Ucapan penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Kementerian Perpaduan Negara kerana telah bersetuju untk berkolaborasi dengan kami dalam melaksanakan pameran, demonstrasi dan macam-macam aktiviti interaktif sepanjang program ini berlangsung. Saya mewakili KDCA Klang Valley secara keseluruhannya juga ingin memaklumkan bahawa program pada tahun ini sangat menyokong flagship yang diperkenalkan oleh Kerajaan iaitu Kembara Perpaduan Malaysia MADANI yang memayungi tiga (3) kluster utama iaitu “Semarak Kenegaraan”, “Semarak Perpaduan” dan “Komuniti Rahmah”. Pada tarikh 12 Mei 2023, saya telah berpeluang untuk bersama-sama mendengar ucapan persamian oleh Yang Berbahagia Datuk Toisin Gantor, Setiausaha Bahagian, Bahagian Hal-Ehwal Sabah Sarawak di Jabatan Perdana Menteri kerana telah merasmikan “Program Anak Muda Tonggak Malaysia Madani” pada tarikh semalam iaitu 12 Mei 2023. Dalam ucapan perasmiannya, YBhg. Datuk telah menyatakan bahawa program tersebut telah berjaya mengumpulkan usahawan dan korporat, pemikir dan ahli akademik dalam mengupas isu-isu penting dalam mempersiap jati diri dan modal insan anak muda. Platform tersebut juga adalah merupakan wadah kepada semua peserta yang terlibat untuk berinteraksi, berkongsi idea serta menjalin dan meluaskan networking atau jaringan mahasiswa. YBhg. Datuk juga turut menyatakan bahawa Pesta Kaamatan perlu memainkan peranan yang lebih signifikan dalam arus pembangunan budaya negara. Kaamatan tidak seharusnya dilihat semata-mata untuk melaksanakan pertandingan Unduk Ngadau, Sugandoi atau aramaitie tetapi perlu menjadi wadah perpaduan untuk memperkukuhkan lagi semangat perpaduan yang sedia terjalin di negara ini. Pesta Kaamatan bukan sahaja diraikan bagi melahirkan rasa syukur terhadap hasil tuaian padi yang banyak, tetapi lebih penting ia adalah perayaan yang berupaya mengukuhkan lagi ikatan persahabatan dan kekeluargaan rakyat pelbagai kaum, etnik dan budaya di negeri ini. Perayaan Pesta Kaamatan dirayakan dan diraikan bersama seluruh lapisan masyarakat diSabah tanpa mengira bangsa, suku kaum dan etnik. Saya percaya melalui perayaan Pesta Kaamatan, kita berupaya memperkukuhkan dan memantapkan lagi semangat perpaduan, persaudaraan dan kekitaan dalam kalangan rakyat pelbagai suku kaum dan budaya di negeri bawah bayu yang kita cintai ini. Pesta Kaamatan adalah manifestasi keharmonian dan semangat muhibah masyarakat di negara ini untuk hidup aman damai dan bersatu padu walaupun terdiri daripada berbilang kaum, bangsa, agama dan kepercayaan. “Kaamatan Membudayakan Perpaduan” adalah tepat pada masanya kerana ia mencetus satu transformasi ke arah masyarakat berbilang kaum yang penyayang dan saling hormat menghormati, Pesta Kaamatan kini sudah diiktiraf sebagai perayaan nasional kerana sambutannya turut diraikan melangkaui batasan etnik dan agama sekali-gus mencerminkan konsep ‘Malaysia Madani’ yang telah diilhamkan oleh Y.A.B. Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Kepada semua rakan-rakan, sahabat-sahabat dan tetamu yang baru pertama kali datang majlis sambutan seumpama ini, selamat datang kami ucapkan. Lamai Kaamatan Ebook | Page 12


Semoga majlis ini akan memberikan pengalaman yang menarik untuk diingati. Semoga majlis ini akan menjadi ikatan ukhuwah antara kita. KDCA Klang Valley juga sentiada terbuka untuk berkolaborasi dalam apa juga bentuk untuk manfaat bersama. Saya dengan rasa rendah diri dan penuh pengharapan agar program sambutan sempena pesta kaamatan pada tahun ini dapat diteruskan bukan setakat Bulan Kaamatan sahaja, malah lebih lagi. Kepada semua rakan-rakan dan sahabat-sahabat di KDCA Klang Valley, bukalah minda kita semua, berfikirlah secara strategik, bercita-cita mulia dan luaskanlah jalinan kolaborasi dengan pelbagai pihak. Jangan bekerja in-silo atau secara sendiri, tetapi sentiasa cetuskan semangat kerjasama dan kekitaan. Pengalaman kita yang lalu mungkin sudah menjadi kurang relevan pada masa kini. Oleh itu, jangan malu untuk belajar dan menimba pengalaman serta ilmu yang baru. Pesanan ikhlas daripada saya ialah Kaamatan bukan eksklusif untuk kaum Kadazandusun Murut Rungus sahaja. Tetapi, ia adalah milik negara Malaysia. Kita semua berhak untuk meraikannya. Saya akhiri dengan ucapan Kotobian Om Kounsikaan Tadau Tagayo Do Kaamatan Toun 2023 Kumaa Toinsanan di nokorikot do hiti baino. Pounsikou. Sekian dan terima kasih. Julie Jidwin ZANDI JULIE JIDWIN CHAIRMAN KDCA KV Lamai Kaamatan Ebook | Page 13


Salam sejahtera, salam perpaduan, salam Malaysia Madani dan Salam Kaamatan kepada semua hadirin dan hadirat. Syukur kepada yang Maha Esa kerana dengan izinnya, kita senua diberikan peluang untuk menikmati kehidupan, meneruskan kelangsungan hidup dan mampu untuk berkumpul dalam suasana yang begitu indah pada hari ini. Seperti yang kita semua sedia maklum, penganjuran program dan pengurusan acara adalah merupakan bidang yang sangat menuntut iltizam dan komitmen padu untuk mencapai hasil yang diinginkan. Sesebuah program tidak akan mampu menghasilkan keputusan yang diidam-idamkan sekiranya tiada kerjasama yang solid di antara semua pihak yang terlibat. Berbekalkan misi dan perancangan strategik jangka masa panjang, justeru pihak jawatankuasa. Penganjur telah bersatu hati untuk menampilkan elemen yang berlainan dan unik berbanding sambutan Pesta Kaamatan yang pernah dianjurkan sebelum ini terutamanya di peringkat KDCA Lembah Klang. ZANDI ANITA SANIE Pelbagai sesi libaturus dan perbincangan yang telah dilaksanakan tidak mengira masa dan tempat. Pelbagai cabaran serta onak dan duri yang ditempuhi dengan penuh tabah dan kesabaran. Pelbagai pahit getir yang dirasai sehingga telah menjadi sebati dalam diri. Semuanya semata-mata ingin menjadikan KDCA Klang Valley sebagai satu platform kesenian, kebudayaan dan warisan yang tiada galang gantinya. Pada tahun ini, KDCA Klang Valley telah menyuntik elemen Perpaduan dan Belia untuk memastikan KDCA Klang Valley kekal relevan dan berdaya saing dengan penglibatan golongan belia daripada pelbagai latar belakang.Terima kasih tidak terhingga kepada Kementerian Perpaduan Negara kerana telah bersetuju untk berkolaborasi dengan kami dalam melaksanakan pameran, demonstrasi dan macam-macam aktiviti interaktif sepanjang program ini berlangsung. Program kami ini sangat menyokong flagship yang diperkenalkan oleh Kerajaan iaitu Kembara Perpaduan Malaysia MADANI yang memayungi tiga (3) kluster utama iaitu “Semarak Kenegaraan”, “Semarak Perpaduan” dan “Komuniti Rahmah”. Lamai Kaamatan Ebook | Page 14 Organizer Chairman KEYNOTE


Selain itu, ia juga akan dapat menyemarakkan perpaduan melalui aktiviti seni budaya untuk memastikan ekosistem perpaduan dalam kesenian dan kebudayaan di negara ini terus mekar dan subur. Terima kasih kerani telah menjadikan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat KDCA Klang Valley menjadi sangat bermakna, unik dan berimpak tinggi. KDCA Klang Valley juga ingin menzahirkan ucapan setinggi penghargaan kepada semua speaker jemputan daripada Persatuan Matlamat Pembangunan Lestari (PPML), WWF Malaysia, dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman atas sesi perkongsian ilmu bersama golongan belia yang sangat bermanfaat. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk Toisin Gantor, Setiausaha Bahagian, Bahagian Hal-Ehwal Sabah Sarawak di Jabatan Perdana Menteri kerana telah merasmikan “Program Anak Muda Tonggak Malaysia Madani” pada tarikh semalam iaitu 12 Mei 2023. Golongan belia sangat dekat di hati kkta semua. Peranan yang boleh diketengahkan terhadap golongan belia demi pembangunan dan kemajuan negara adalah dengan bersifat terbuka. Sifat yang dimaksudkan adalah terbuka menerima teguran dan pandangan orang lain. Seperti yang diamalkan oleh nenek dan moyang kita, sifat keterbukaan dalam menjalankan kehidupan bersama bangsa mahupun agama yang berlainan tidak merugikan malah memberi keuntungan antara satu sama lain. Hasilnya, kita dapat menikmati hidangan asli bangsa yang berlainan tetapi citarasa tempatan dan hidup secara muhibbah. Begitu juga dengan pembinaan negara dan bangsa pada hari ini, retorik perkauman haruslah dirai bukannya dimusuhi dan menjadi bahan politik semata-mata. Kita tidak mahu menjadi masyarakat yang ketinggalan daripada kemajuan yang dicapai oleh negara asing. Ini merupakan antara sebab sekolah kebangsaan dilaksanakan sejak peringkat rendah supaya ahli masyarakat dapat bersatu padu dan bersama-sama tanpa mengira bangsa dan agama mempelajri erti toleransi dan hormat-menghormati. Pepatah ada berkata, rambut sama hitam tetapi hati masing-masing lain. Perumpamaan ini menunjukkan hati kita mungkin berlainan tetapi jika dipupuk dengan sifat kecintaan, pasti kita dapat menjadi manusia yang manusiawi. Golongan belia sebenarnya memainkan peranan yang sangat signifkan terhadap pembangunan negara serta kemajuan negara. Kedaulatan dan martabat nusa bangsa yang telah dicapai sejak kemerdekaan perlu dipelihara dan dipastikan kelangsungannya agar tanah air yang dicintai tidak dijajah dan dilupakan sejarah disebaliknya. Setiap pihak perlu membuang ego dan kepentingan diri apabila agenda negara menjadi aspek yang dibincangkan kerana lain dahulu, lain sekarang. Setiap di antara kita mempunyai keperibadian yang berbeza dan matlamat yang berlainan. Jika ia dibiarkan untuk bermusuhan antara satu sama lain pasti rugi yang akan menimpa. Tetapi, jika setiap perbezaan dirai dan dirasionalkan dengan hujah dan fakta yang sahih pasti persefahaman yang utuh dapat dihasilkan. Lamai Kaamatan Ebook | Page 15


Mulai hari ini, golongan belia perlu berazam untuk melaksakan peranan seperti yang dibincangkan di atas demi kemakmuran negara yang progesif. Bak kata pepatah, “Beri aku 1,000 orang tua, nescaya akan kucabut semeru dari akarnya. Beri aku 10 pemuda nescaya akan kugoncangkan dunia.” Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan TERIMA KASIH kepada semua AHLI JAWATANKUASA SAMBUTAN PESTA KAAMATAN KDCA KV yang telah bertungkus lumus menjayakan Sambutan Pesta Kaamatan KDCA KV tahun 2023. Akhir kata saya ingin mengucapkan Kotobian Om Kounsikahan Tadau Tagayo Do Kaamatan Toun 2023 kumaa toinsanan di nokorikot do totoung baino. Pounsikou. Aramaitie! Sekian dan terima kasih. ZANDI ANITA SANIE ORGANIZER CHAIRMAN Lamai Kaamatan Ebook | Page 16


The Kaamatan cultural meanings and purposes The word Kaamatan is derived from the root word tomot, a Kadazandusun term for “harvest”. In the context of this article, Kaamatan refers to the paddy-harvesting period, which involves a series of traditional rituals culminating finally to the Magavau and commemorative Moginakan Kaamatan (Harvest) Festival, in honor oh Huminodun, the sacrificed Ponompuan — Daughter of Kinoingan (God). Why Kaamatan and not Kokotuan? In the long drawn debate whether to use Kaamatan or Kokotuan to name the Festival, the KDCA resolved to use Kaamatan because Kokotuan is more widely understood and accepted as related to harvesting young vegetables’ shoots using the thumb and the first finger only without help of any other implements such as harvesting knives like sickles (linggaman). So you can use the term mogkotu for plucking vegetables’ shoots such as lombiding, bungor, pakis, tuntuh mundok, tunduk sangop, tunduk kasou, tunduk tawadak etc... For ripe paddy ears however, it is difficult to use bare fingers to harvest so much of them without the use of sickles (linggaman or bonuts), and more people refer to this aided harvesting with implements as mongomot. Hence the term for the paddy related harvest festival has been appropriately termed as the Kaamatan Festival. The Kaamatan Festival is an annual event in the cultural life of the Kadazandusuns of Sabah since time immemorial. In its deepest sense, the Kaamatan Festival manifest the relationships of the Creator Gods and their creations, intra and inter creator beings, and intra and inter creations’ relationships. It is about Kinoingan’s (God’s) love; the beauty of His creations; the emergence of sin and the curse of hell, and the conception of sacrificial love for the realization of salvation. It embodies the principal acts of invocation of divinities, appeasing, purification and restoration, socio-spiritual re-union, sharing of harvests/blessings and thanksgiving to the Source of All. It is part of a complex wholesome Momolian religious system centered on the paddy rites of passage and the life cycle of Bambarayon – the in-dwelling spirit of paddy. Invocation and appeasing is done in respect of Bambarayon, Deities, Divinities and Spirits, who may have been hurt by human wrongful acts. Purification is performed in respect of human and spiritual needs for forgiveness followed by resolutions to make themselves worthy of the gifts of life from God. Restoration in necessary to ensure the health and wellbeing of Bambarayon, Sunduan (human spirit) and other spiritual beings. Re-union is realised in respect of the re-intergration of the seven-in-one spirit of Huminodun in Bambarayon (paddy spirit) as well in respect of human needs to be integrated in body, mind and spirit within the concept of the seven-in-one divinity in humanity, as well as re-union of Bambarayon with human Sunduan. Finally, recitals, songs of praise and thanksgiving (Sugandoi) is observed as befitting for all creations to express their gratitude and appreciation for the gifts of life (through Huminodun) and all life supportive system on earth that their Creator lovingly and generously gave them. Lamai Kaamatan Ebook | Page 17


The Kaamatan Festival is thus celebrated to commemorate the “Greatest Love of all”, in that: “the Creator Couple (Kinoingan & Sumundu) so loved the Kadayans and their world that they sacrificed their only Daughter Ponompuan (Huminodun) in order to save them from annihilation due to severe drought and famine due to sinfulness and Godlessness.” This Kaamatan Feast is symbolized by the sharing of the new harvest (made manifest from the sacrificed body of Huminodun) by all divine, human and spiritual members of the mystical divine-human Kadayan family often referred to by Bobolians as “Tangaanak do Bambarayon” which means “Children of Bambarayons”. Today, the Kaamatan festival has become one of the major national festivals of Malaysia. Unfortunately, the essence, true meanings and purposes of the Kaamatan festival in the context of its original celebrants’ (the Kadazandusuns) culture and belief system have continued to elude the thousands of celebrants each year. More than ever before, the Kaamatan festival is in need of re-orientation in its presentation to the global society so that it is properly understood, appreciated, and respected in its historical origin, cultural and spiritual significance, and contextual perspectives. It must be realized that the Kaamatan festival as it is celebrated today is only a portion of the holistic Kadazandusun traditional Momolian religion, and culture, which is by no means lesser than the rest of the world’s cultures. To the younger generation of the Kadazandusuns, who may be experiencing various degrees of cultural dilemma, alienation and values disorientation in the light of rapid social change, may this article help them to regain back their cultural consciousness and realize in time that they have much to value and be proud of in the wealth of their unique natural and cultural heritage. Most importantly, may this book help rectify the wrong notions, negative biases and the tendencies of those who are unfamiliar with Momolianism to regard it as wholly wrong and/or given to evil in all aspects which have led many to have condemned Momolianism as Animism, Paganism or Kafir. It is the author’s view that it is not only wise but necessary for modern religions to cultivate a more respectful openness towards understanding traditional religions, for they too share some of the fundamental universal values and truth that cannot be monopolized by any individual or single religion if world peace and harmony is our shared mission on this temporary fragile planet wherein we happen to co-exist for a while. Why the new religions are readily acceptable to the indigenous peoples of Sabah is perhaps due in part to the already existing shared fundamental concepts and values within both the traditional and the modern religious belief system. Hence syncretism of the new and the old religions have become common phenomenon in the practice of modern religions today and should not be viewed as all-negatives, because; 'Within the realism of our religious pluralism, any religion which fails to open itself to others in the spirit of harmonious interreligious dialogue and cooperation will eventually fall into narrow-minded ghettoism and intolerant fanatism which may eventually destroy other religions, and in itself become as cancerous cell in relation to the whole organism of which it is a parasite'. Lamai Kaamatan Ebook | Page 18


Lamai Kaamatan Ebook | Page 19 PROGRAM ANAK MUDA TONGGAK MALAYSIA MADANI SEMPENA SAMBUTAN PESTA KAAMATAN KDCA KLANG VALLEY KALI KE-28 TAHUN 2023 TARIKH: 12 MEI 2023


Lamai Kaamatan Ebook | Page 20 Dalam ucapan perasmiannya, YBhg. Datuk telah menyatakan bahawa program tersebut telah berjaya mengumpulkan usahawan dan korporat, pemikir dan ahli akademik dalam mengupas isu-isu penting dalam mempersiap jati diri dan modal insan anak muda. Platform tersebut juga adalah merupakan wadah kepada semua peserta yang terlibat untuk berinteraksi, berkongsi idea serta menjalin dan meluaskan networking atau jaringan mahasiswa. YBhg. Datuk juga turut menyatakan bahawa Pesta Kaamatan perlu memainkan peranan yang lebih signifikan dalam arus pembangunan budaya negara. Kaamatan tidak seharusnya dilihat semata-mata untuk melaksanakan pertandingan Unduk Ngadau, Sugandoi atau aramaitie tetapi perlu menjadi wadah perpaduan untuk memperkukuhkan lagi semangat perpaduan yang sedia terjalin di negara ini. KDCA Klang Valley juga ingin menzahirkan ucapan setinggi penghargaan kepada semua speaker jemputan daripada Persatuan Matlamat Pembangunan Lestari (PPML), WWF Malaysia, dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman atas sesi perkongsian ilmu bersama golongan belia yang sangat bermanfaat. Juga tidak dilupakan reruai pameran yang telah disediakan oleh Kementerian Perpaduan Negara, WWF Malaysia Persatuan Anak Borneo Semenanjung -ABS, Borneo Republic Malaysia Creations, Biro Pelajar KDCA Klang Valley, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Bundusan Books. #KDCA #KDCAKlangValley #MalaysiaMADANI #KembaraPerpaduan #Sabah #Perpaduan #KitaBersama #UNITI #Unity #Belia #GolonganBelia #Kaamatan #PestaKaamatan #Kaamatan2023 #KPN #KementerianPerpaduanNegara #BahagianHalEhwalSabahSarawak #BHESS #JabatanPerdanaMenteri #KaamatanMembudayakanPerpaduan#PerpaduanDalamKepelbagaian#PersatuanAnakBorneoSemenanj ung #ABS #BorneoRepublicMalaysiaCreations #UKM #UM #UPM #UPSI #ProminentAcademy #Mahasiswa Program Anak Muda Tonggak Malaysia Madani Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Datuk Toisin Gantor, Setiausaha Bahagian, Bahagian Hal-Ehwal Sabah Sarawak (BHESS), Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana telah menyempurnakan sesi perasmian "Program Anak Mudak Tonggak Malaysia" Madani sempena Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat KDCA Klang Valley pada tarikh 12 Mei 2023 (Jumaat) bertempat di Grand Dorsett, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.


Lamai Kaamatan Ebook | Page 21 MASA 9.00 pagi – 5.00 petang ATURCARA PROGRAM GERAI PAMERAN Pameran Rumah KAMI dan Momen Uniti Di Malaysia oleh Kementerian Perpaduan Negara Reruai pameran WWF-Malaysia Reruai pameran Persatuan Anak Borneo Semenanjung (ABS) Reruai pameran Borneo Republic Malaysia Creations Reruai pameran mengenai pembuatan aksesori tradisional kaum KadazanDusun “Sigar” Reruai pameran oleh Bahagian Siasatan Jenayah Siber & Multimedia, PDRM mengenai “Jenayah Dalam Talian” GERAI JUALAN: ✓ D’ Alawa SBG ✓ Pisompuru Borneo ✓ DJS Tagaroh Tailor ✓ Bundusan Books ✓ Nurfadz Borneo ✓ Wilhelm Avila Empire ✓ Julinah Bte Dalinting ✓ RR Empire ✓ Heart Doh Borneo/Biro Pelajar KDCA KV AUDIENCE Dibuka untuk lawatan dan kunjungan orang awam Sesi interaktif bersama pempamer di reruai pameran Ahli-ahli Pertubuhan KDCA Klang Valley Ahli-ahli Persatuan Anak Borneo Semenanjung Pelajar IPTA/IPTS Komuniti KadazanDusun Murut (KDM) yang bermastautin di Lembah Klang Penjawat awam daripada Agensi Kerajaan TEMPAT Dome dan Foyer Area, Grand Dorsett Subang, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan NOTA: Semua pameran dan jualan juga akan dibuat pada tarikh 13 Mei 2023 (Sabtu), bermula seawal jam 5.00 petang sehingga jam 11.00 malam. ATURCARA PROGRAM PROGRAM ANAK MUDA TONGGAK MALAYSIA MADANI SEMPENA SAMBUTAN PESTA KAAMATAN KDCA KLANG VALLEY KALI KE-28 TAHUN 2023 TARIKH: 12 MEI 2023


MASA 2.00 petang – 5.00 petang ATURCARA PROGRAM Program “Anak Muda, Tonggak Malaysia Madani” Sesi perkongsian ilmu mengenai Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals - SDG) bersama Persatuan Promosi Matlamat Pembangunan Lestari (PPMPL) Sesi perkongsian ilmu bersama WWF - Malaysia Sesi perkongsian ilmu bersama Bahagian Siasatan Jenayah Siber & Multimedia, PDRM mengenai “Jenayah Dalam Talian” Sesi perkongsian ilmu mengenai “seni pembuatan aksesori sigar” bersama Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) AUDIENCE Dibuka untuk lawatan dan kunjungan orang awam Sesi interaktif bersama pempamer di reruai pameran Ahli-ahli Pertubuhan KDCA Klang Valley Ahli-ahli Persatuan Anak Borneo Semenanjung Pelajar IPTA/IPTS Komuniti KadazanDusun Murut (KDM) yang bermastautin di Lembah Klang Penjawat awam daripada Agensi Kerajaan TEMPAT Grand Selangor Ballroom, Grand Dorsett Subang, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan ATURCARA PROGRAM PROGRAM ANAK MUDA TONGGAK MALAYSIA MADANI SEMPENA SAMBUTAN PESTA KAAMATAN KDCA KLANG VALLEY KALI KE-28 TAHUN 2023 TARIKH: 12 MEI 2023 Lamai Kaamatan Ebook | Page 22


ATURCARA PROGRAM SAMBUTAN PESTA KAAMATAN KDCA KLANG VALLEY KALI KE-28 TARIKH: 13 MEI 2023 Lamai Kaamatan Ebook | Page 23


MASA PERKARA 6.00pm Ketibaan para tetamu Tayangan video korporat penaja Tayangan video – Program Anak Muda Tonggak Malaysia Madani 6.30pm Ketibaan VVIP 7.00pm Pengacara majlis mengumumkan ketibaan VVIP (Grand Entrance) Paluan gong mengiringi VVIP masuk ke dalam dewan sehingga VVIP duduk di tempat masingmasing. 7.10pm Nyanyian lagu “NEGARAKU” Nyanyian lagu “SABAH TANAH AIRKU” 7.20pm Ucapan alu-aluan oleh Zandi Anita Sanie, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Ucapan amanat oleh Zandi Julie Jidwin, Pengerusi KDCA KV Ucapan perasmian oleh YBhg. Datuk Suman Yasambun, Secretary General, KadazanDusun Cultural Association (KDCA) 7.35pm 7.40pm 7.45pm 7.50pm Pengacara majlis menjemput YBhg. Datuk Suman Yasambun, Secretary General, KadazanDusun Cultural Association (KDCA) untuk naik ke atas pentas bagi tujuan menyempurnakan gimik perasmian. VVIP akan bersama-sama: (a) Yang Berbahagia Dato Sri Dr. How Kok Choong, Group CEO And Global President, Agape Superior Living Sdn. Bhd.; (b) Yang Berbahagia Datuk Bancho Jansie, Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu; (c) Yang Berusaha Gundohing Stanus Buandi, Ahli Majlis Tertinggi, Kadazandusun Cultural Association (KDCA) (d) Zandi Julie Jidwin, Pengerusi KDCA Klang Valley; (e) Zandi Anita Sanie, Pengerusi Sambutan Pesta Kaamatan KDCA Klang Valley; (f) Dr. Dolly Wong, Penerima “Best Practices” Rukun Tetangga Negeri Sabah Tahun 2018, dan (g) YBrs. Dr. Kang Tong Hum, Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU), Kementerian Perpaduan Negara. Aktiviti gimik perasmian pelancaran Paluan gong sebanyak 7 kali oleh Perasmi Majlis Penyampaian memento penghargaan oleh Pengerusi KDCA Klang Valley kepada Perasmi Majlis berupa bakul hasil tanaman Penyampaian memento penghargaan oleh Pengerusi Sambutan Pesta Kaamatan Klang Valley kepada: (a) YBhg. Datuk Suman Yasambun, Secretary General, KDCA; (b) Yang Berbahagia Dato Sri Dr. How Kok Choong, Group CEO And Global President, Agape Superior Living Sdn. Bhd. ATURCARA PROGRAM SAMBUTAN PESTA KAAMATAN KDCA KLANG VALLEY KALI KE-28 TAHUN 2023 TARIKH: 13 MEI 2023 Lamai Kaamatan Ebook | Page 24


(c) Yang Berbahagia Datuk Bancho Jansie, Pengarah Urusan Kumpulan Sawit Kinabalu; (d) YBrs. Dr. Kang Tong Hum, Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU), Kementerian Perpaduan Negara; (e) YBrs. Dr. Dolly Wong, Penerima “Best Practices” Rukun Tetangga Negeri Sabah Tahun 2018; (f) YBrs. Puan Sugitha Kanniaseelan, Program Leader For Education for Sustainable Development, WWF Malaysia; (g) YBrs. Puan Gangging Anak Sanggau, Persatuan Anak Borneo Semenanjung (ABS), dan (h) YBrs. Encik Gilbert Katang Anak Bayang, Borneo Republic Malaysia Creations. 8.00pm Pengacara majlis menjemput tetamu untuk makan. 8.05pm Tarian sambut tamu oleh D&R Entertainment 8.10pm Tayangan Video Biro Pelajar/Dazanak Persembahan Managon oleh Lexie Vea Hendry Tayangan video – Program Anak Muda Tonggak Malaysia Madani 8.25pm Persembahan nyanyian I oleh Tommy Reysonds Thomas, juara pertandingan Sugandoi KDCA KV Tahun 2022 Pelancaran single 8.35pm 9.30pm - Pusingan I Unduk Ngadau (Pengenalan) - Pengenalan panel juri oleh pengacara majlis - 14 Finalists Catwalk accompanied by Zandi Venitha Lojuti 9.40pm Persembahan “Magalang Magunatip” oleh D&R Entertainment 9.50pm - Pertandingan Sugandoi - Pengenalan panel juri oleh pengacara majlis - Pengenalan finalis - CLUB SCENE 10.30pm Pusingan II Unduk Ngadau (Sesi Q&A) Pengacara majlis mengumumkan 7 finalis (Top 7) 11.10pm - Sesi tarian Sumazau secara terbuka bersama-sama finalis Unduk Ngadau - Nyanyian Aramaitii oleh Gregory Solibun, Champion of DIGIKupistar 2021 - Fr Valentine Gompok 11.15pm - Penyampaian hadiah kepada pemenang sukan permainan tradisi (gusti lengan) - Penyampaian memento penghargaan kepada juri Sugandoi dan Unduk Ngadau 11.25pm - Pengumuman pemenang Sugandoi - Nyanyian oleh pemenang Sugandoi 11.35pm Penampilan khas Tati Grace Angel George, Unduk Ngadau Kaamatan KV 2022 11.45pm Pengumuman pemenang Unduk Ngadau KV 2023 11.55pm Sesi fotografi ATURCARA PROGRAM SAMBUTAN PESTA KAAMATAN KDCA KLANG VALLEY KALI KE-28 TAHUN 2023 TARIKH: 13 MEI 2023 Lamai Kaamatan Ebook | Page 25


Organizing Team Lamai Kaamatan Ebook | Page 26


Organizing Team Lamai Kaamatan Ebook | Page 27


Organizing Team Lamai Kaamatan Ebook | Page 28


Organizing Team Lamai Kaamatan Ebook | Page 29 (


Organizing Team Lamai Kaamatan Ebook | Page 30


Unduk Ngadau Finalist 2023 Semangat padi lambang kaamatan Dituai di sawah penuh kerajinan Pesta kaamatan bersama diaspirasikan Agar budaya tetap berkekalan Lamai Kaamatan Ebook | Page 31


Unduk Ngadau Finalist 2023 Unduk ngadau nama diberi Tanda dijulang hasil perjuangan Pesta kaamatan penuh berseri Pusaka temurun dipertahankan Lamai Kaamatan Ebook | Page 32


Unduk ngadau nama diberi Tanda dijulang hasil perjuangan Pesta kaamatan penuh berseri Pusaka temurun dipertahankan Unduk Ngadau Finalist 2023 Lamai Kaamatan Ebook | Page 33


Unduk Ngadau 2023 Lamai Kaamatan Ebook | Page 34


Sugandoi Finalist 2023 Lamai Kaamatan Ebook | Page 35


Lamai Kaamatan Ebook | Page 36 Sugandoi Finalist 2023


Lamai Kaamatan Ebook | Page 37 Sugandoi Finalist 2023


Event Highlights Lamai Kaamatan Ebook | Page 38


Event Highlights Lamai Kaamatan Ebook | Page 39


Event Highlights Lamai Kaamatan Ebook | Page 40


Event Highlights Lamai Kaamatan Ebook | Page 41


Lamai Kaamatan Ebook | Page 42 Event Highlights


Lamai Kaamatan Ebook | Page 43 Exhibition Booths


Biro Pelajar KDCA KV Lamai Kaamatan Ebook | Page 44 Biro Pelajar KDCA Klang Valley telah melibatkan diri dengan aktif dalam pelbagai aktiviti dan program yang memberikan pelbagai impak positif seperti aktiviti pameran dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara (KPN); Persatuan Anak Borneo Semenanjung (ABS); program pemerkasaan belia; keusahawanan; kelestarian; kesenian:; kebudayaan; warisan dan banyak lagi. Contohnya: (a) “Kembara Perpaduan” @ Youth Empowerment Fair at KLCC on 18 – 19 March 2023; (b) “Program Semarak Perpaduan” at Pusat Transformasi Bandar (UTC) Selangor, Anggerik Mall, Shah Alam pada 13 March 2023; (c) “Majlis Pelancaran Kembara Perpaduan Malaysia MADANI” at Dataran Muzium Negara, Kuala Lumpur on 1 March 2023; (d) Booth exhibition/demonstrations (handicraft, traditional food, games, cultural performance, traditional attires & commercial products) in conjunction with Malaysia Agriculture, Horticulture & Agro Tourism Expo at Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) on 4 – 14 August 2022; (e) Booth exhibition/demonstrations (handicraft, traditional food, games, cultural performance, traditional attires & commercial products), picnic activities and explorace game in conjunction with “Karnival Semarak UNITI Merdeka Keluarga Malaysia at Taman Tasik Titiwangsa on 21 August 2022, dan; (f) “Majlis Ramah-Tamah UNITI Gawai-Kaamatan” at Top Grand Ballroom, Mines 2, Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan on 25 June 2023.


Biro Pelajar KDCA Klang Valley telah melibatkan diri dengan aktif dalam pelbagai aktiviti positif iaitu program kolaborasi bersama Persatuan Mahasiswa Sabah - PERMASA UM dan IKSAS UPSI yang bertemakan Sayang Sabah. Lawatan ini telah berjaya mengadakan forum mengenai pembelajaran Bahasa Kadasan Dusun yang mana kelas BKD akan diadakan di Klang Valley secara unik iaitu mempelajari Bahasa Kadazan Dusun yang lebih efektif adalah melalui komuniti, aktiviti riadah, santai dan perkhemahan. a) Kolaborasi Biro Pelajar KDCA KV Bersama PERMASA UM dan IKSAS UPSI telah diadakan pada 14 Januari 2023. Lamai Kaamatan Ebook | Page 45 Biro Pelajar KDCA KV


Lamai Kaamatan Ebook | Page 46 Salah satu aktiviti Biro Pelajar KDCA Klang Valley yang unik adalah mempelajari Bahasa Kadazan Dusun yang lebih efektif iaitu melalui komuniti, aktiviti riadah, santai dan perkhemahan. Biro Pelajar KDCA KV


Pason Kaamatan 2023 Lamai Kaamatan Ebook | Page 47


Pason Kaamatan 2023 Lamai Kaamatan Ebook | Page 48 KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN 2023 KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN 2023


Kotobian Tadau Tagayo Do Kaamatan 2023 kumaa tobpinai om tambalut ngawi id somok toi ko id sodu. Agustus & Chandra Kotobian Tadau Tagayo Do Kaamatan 2023 kumaa tobpinai om tambalut ngawi id somok toi ko id sodu. Agustus & Chandra Pason Kaamatan 2023 Lamai Kaamatan Ebook | Page 49


Pason Kaamatan 2023 Lamai Kaamatan Ebook | Page 50 Kotobian Tadau Tagayo do Kaamatan 2023 Mr & Mrs Agustine Kinsik Kotobian Tadau Tagayo do Kaamatan 2023 mantad dahai: Peggy, Sarah,Anita, Ally & Sandra


Click to View FlipBook Version