KOR KADET POLIS
Pasukan Kadet Polis Diraja Malaysia
Pasukan Kadet Polis Diraja Malaysia adalah pasukan beruniform yang wujud di seluruh sekolah-sekolah
menengah di Malaysia yang berupaya mendisiplinkan pelajar-pelajar sekolah dan berupaya mengelakkan
diri mereka daripada segala kegiatan negatif yang mampu merugikan diri sendiri.
SEJARAH PENUBUHAN
Idea penubuhan kadet polis ini telah dicetuskan oleh Ketua Polis Negara yang kedua, Allahyarham Tun
Mohamed Salleh bin Ismail ketika merasmikan Pelancaran Pasukan Kadet Polis pada 2 Mac 1970. Allahyarham
dalam ucapannya yang berbunyi.
"The overall objective is to make the cadet a responsible citizen of the future. He must yield a strong and
healthy influence among his colleagues, friends and family so that in the years ahead, there will he a new
breed, of enlightened good citizens contributing to nation building."
Bermaksud: Objektif keseluruhan adalah untuk menjadikan kadet polis ini seorang warganegara yang
bertanggungjawab dimasa hadapan. Hasil yang wajib satu pengaruh yang kukuh dan sihat di kalangan rakan-
rakan sekerjanya, kawan-kawan dan keluarga supaya pada tahun-tahun yang mendatang, akan adanya satu
baka barunya, warganegara yang baik menyedarkan menyumbang untuk pembangunan bangsa.
Ahli-ahli Kadet dan Pegawai Rendah Kadet akan dipilih dari murid-murid sekolah menengah yang telah
dipilih untuk ditubuhkan PKP. Pegawai-pegawai Kanan Kadet pula adalah guru-guru sekolah tersebut dan
Pegawai-pegawai Pelajaran Negeri. Peraturan ini adalah bagi kemudahan pentadbiran.
ORGANISASI
Rangka Pertubuhan Pasukan Kadet Polis adalah disusun sama seperti susunan Polis biasa. Pasukan Kadet Polis
dibahagikan kepada Kompeni dan Platun. Setiap pelatun itu mengandungi anggota-anggota yang datang dari
sebuah sekolah sahaja yang anggotanya semua lelaki atau semua perempuan. Satu Kompeni adalah
mengandungi 4 Pelatun dan diketuai oleh seorang Komander Kompeni berpangkat Assistan Superintendant
Polis. Jawatan ini dipegang oleh seorang Pegawai Pendidikan atau Guru Kanan Sekolah. Komander Kompeni
adalah dibantu oleh seorang Ajutan berpangkat Inspektor, seorang Sub-Inspektor dan dua Sarjan Mejar.
Ibu Pejabat Kompeni Kadet ini terletak di Ibu Pejabat Polis Daerah di mana Pasukan ini berada. Satu pelatun
adalah terdiri daripada 35 ahli termasuk seorang pegawai kanan kadet, seorang sarjan dan tiga orang koperal.
Pegawai Kanan Kadet berpangkat Inspektor adalah guru sekolah dan yang lain penuntut sekolah.
TUJUAN PENUBUHAN
Peranan Belia Di Dalam "Nation Building"
Generasi muda diperhitungkan sebagai harapan bangsa dan negara. Merekalah yang akan membentuk tulang
belakang dalam pembangunan negara dalam semua aspek baik ekonomi, politik, mahupun perbaharuan. Dasar
Belia Negara bertujuan melahirkan masyarakat belia yang berdisiplin, berpelajaran dan bertanggungjawab.
Sebagai Kegiatan Kokurikulum di Sekolah-sekolah
Membangunkan murid-murid sekolah dari segi sosial, emosi, moral, mental dan fizikal;
Mengetahui tanggungjawab, kualiti kepimpinan serta kebijaksanaan murid-murid sekolah; dan
Memperkayakan masa lapang pelajar sekolah
LATIHAN/KEAHLIAN
Keahlian pertubuhan ini hanya dikhaskan kepada murid-murid sekolah menengah, yang berumur antara 14
tahun hingga 21 tahun. Hanya mereka yang berbadan sihat dan cergas sahaja akan dipilih untuk menjadi ahli
pertubuhan ini. Mereka yang terpilih akan dibekalkan dengan pakaian seragam yang dikhaskan untuk PKP
mengikut ukuran mereka. Selain daripada itu mereka juga diberi latihan yang intensif selama tiga tahun.
Antara latihan yang diberi kepada anggota kadet polis ini adalah:-
1. Kawad -- semua jenis latihan termasuk pengendalian senjata dan kawad kaki.
2. Kuliah -- undang-undang, tugas dan tanggungjawab Polis
3. Pertolongan Cemas
4. Syarahan-syarahan berkenaan ancaman anasir-anasir jahat kepada negara dan cara mengelakan diri dari
dipengaruhinya
5. Khemah tahunan di mana ahli-ahli akan menjalankan latihan-latihan amali
6. Menjalankan gerakan jiwa murni dan projek kemasyarakatan.
PANGKAT
Polis Diraja Malaysia mempunyai 17 peringkat pangkat yang dibahagikan kepada 2 kategori, iaitu kumpulan
Pegawai Kanan Polis bermula dari pangkat Inspektor sehingga Inspektor General Polis, dan Kumpulan Pegawai
Rendah Polis Dan Konstabel.
Berikut adalah senarai istilah pangkat-pangkat yang terdapat dalam PDRM :-
Pegawai-Pegawai Kanan Polis
Inspektor Jeneral Polis (IG)
Deputi Inspektor Jeneral Polis (DIG)
Komisioner Polis (CP)
Deputi Komisioner Polis (DCP)
Senior Asisten Komisioner Polis (SAC)
Asisten Komisioner Polis (ACP)
Superintenden Polis (SUPT.)
Deputi Superintenden Polis (DSP)
Asistan Superintenden Polis (ASP)
Inspektor (INSP)
Inspektor Percubaan (P/I)
Pegawai Rendah Polis
Sub-Inspektor (SI)
Sarjan Mejar (SM)
Sarjan (SJN)
Koperal (KPL)
Lans Koperal (L/KPL)
Konstabel (KONST)
BAJU DAN LENCANA KADET POLIS
SIJIL PENGAKUAN
Ketua Polis Daerah bertanggungjawab memberi satu sijil pengakluan kepada semua pegawai dan anggiota PKP
yang berjaya menjadi anggota kadet polis.
PENGURNIAAN REBEN
Sebagai satu langkah insentif, seseorang anggota kadet boleh dikurniakan reben untuk dipakai pada uniform
setelah menjalani semua ujian aktiviti yang dijalankan dalam KURIKULUM LATIHAN.
LIRIK LAGU PASUKAN POLIS
Polis sedia berkhidmat
Kerna negri dan rakyat
Hidup berbahagia
Aman sentosa
Polis sedia berkhidmat
(Ulang rangkap 1)
Tanda lekat di lengan
Polis dengan periman
Tangan bersalaman
Alamat persahabatan
(Ulang rangkap 1)
Polis sedia berkhidmat
Kerna negri dan rakyat
Hidup berbahagia
Aman sentosa
Polis sedia berkhidmat
LIRIK LAGU KADET POLIS
Menyahut seruan negaraku
Negara yang tercinta
Kami bersatu bergerak maju
Berkhidmat kepada semua
Pasukan Kadet Polis Diraja
Membuktikan jasanya
Taat setia menurut arahan
Walau diri terkorban
Satu wawasan satu tujuan
Aman sentosa untuk semua
Tidak kenal putus asa
Sentiasa berusaha
Sejahtera bangsaku Malaysia
Serumpun bangsa mulia
Tegas menegakkan keadilan
Hingga zaman berzaman
MAKNA LAMBANG
Lambang PDRM yang digunapakai sekarang mempunyai signifikan dan pengertian tersendiri. Bulan
bintang melambangkan Islam sebagai Agama Rasmi Negara. Kalimah Allah melambangkan unsur
keimanan sebagai wadah kedaulatan Agama Islam. Mahkota mencerminkan bahawa Pasukan Polis
Diraja Malaysia sentiasa menjunjung tinggi kesucian Islam dan kebesaran Allah, serta merupakan
satu penghormatan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong di atas pengurniaan
gelaran "Diraja" kepada Pasukan. Keris melambangkan Semenanjung Malaysia. Parang Elang atau
Kelewang melambangkan negeri Sabah dan Sarawak. Harimau melambangkan keberanian dan
ketangkasan dalam menghadapi cabaran musuh. Bunga padi melambangkan makanan asasi serta
kemakmuran negara. Motto "POLIS DIRAJA MALAYSIA" menunjukkan ketinggian semangat serta
keazaman anggota Pasukan.
Bulan dan bintang
Bulan dan Bintang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara ini.
Mahkota
Mahkota melambangkan yang pasukan Polis Diraja Malaysia sentiasa menjunjung tinggi kesucian
Islam dan kebesaran Allah, serta merupakan satu sanjungan kepada Seri Paduka Baginda Yang
Dipertuan Agong diatas pengurniaan gelaran "Diraja" kepada pasukan. PerkataanAllah dan
Muhammad melambangkan Tuhan Yang Maha Esa dan Rasulullah Saws.jpg sebagai pesuruh-Nya,
juga melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara dan keimanan dalam pasukan PDRM yang
sanggup berjuang demi menegakkan maruah negara, bangsa dan agama Islam serta sanggup
berkorban diri.
Keris dan parang
Keris melambangkan Semenanjung Malaysia. Keris merupakan senjata yang digunakan oleh
pahlawan-pahlawan dan pendekar-pendekar Melayu di zaman purbakala. Ia mula dicipta selepas
bermulanya zaman logam dan asalnya direka oleh bangsa Arab sebelum menular ke seluruh
Kepulauan Nusantara (terdiri daripada kepulauan Indonesia, Malaysia, Thailand, Myanmar dan
Filipina) dan ia juga turut digunakan pahlawan dari empayar Hindu Majapahit yang berasal dari
Indonesia (ketika itu agama Islam belum tersebar luas ke seluruh tanah Indonesia dan Malaysia)
serta Siam. Parang Tradisional atau Kelewang melambangkan Negeri Sarawak dan Sabah dan ia
melambang semangat kepahlawanan kedua-dua negeri yang berbilang bangsa iaitu Dayak, Dusun,
Bajau, Kadazan serta Melayu Brunei.
Kepala harimau
Kepala Harimau melambangkan kegagahan, keberanian dan semangat juang pasukan PDRM dalam
menghadapi segala ancaman musuh. Sebelum ini, PDRM menggunakan kepala Singa sebagai
lambang keberanian pada 16 September 1963 iaitu gelaran baru yang diberi selepas pembentukan
Malaysia selepas kemerdekaan sehinggalah pada 15 Mei 1994, ia digantikan dengan kepala harimau
sebagai lambang rasmi kerajaan Malaysia.
Bunga padi
Bunga padi melambangkan makanan asasi rakyat Malaysia serta kemakmuran negara.
Moto
Moto Polis Diraja Malaysia menunjukan ketinggian semangat serta keazaman anggota pasukan.