ITIK YANG DEGIL ANIS zulaikha ROZAIMIE ANAK KISAH BUKU CERITA KANAK-KANAK
KISAH ANAK ITIK YANG DEGIL
Di hulu sebatang sungai yang jernih dan bersih, tinggal sebuah keluarga itik yang hidup aman dan harmoni. Keluarga tersebut terdiri daripada ibu itik, ayah itik dan lima ekor anak itik yang comel. 1
Setiap pagi, ibu itik selalu membawa anakanaknya untuk bermain di kolam berhampiran rumahnya. Ibu itik selalu memerhatikan anak-anaknya semasa mereka sedang bermain di kolam. 2
Pada suatu hari, ibu itik telah memesan kepada anak-anaknya supaya tidak bermain ke dalam hutan. “Anak-anak, ibu ingin mencari makanan. Kamu boleh bermain di sini sahaja dan jangan masuk ke dalam hutan sana” , pesan ibu itik. 3
Tiba-tiba, Titi, salah seekor anak itik berasa ingin tahu dan diam-diam keluar daripada kawasan kolam tersebut. “Apa yang ada di dalam hutan sana?“ , tanya Titi. 4
Dalam perjalanan, Titi melihat seekor ramarama yang sangat cantik. Titi telah mengekorinya sehingga masuk ke hutan yang gelap. 5
Ketika Titi berjalan, dia terdengar bunyi serangga. Alangkah terkejutnya Titi bila dia memasuki hutan yang gelap itu. “Gelapnya hutan ini. Mana ibu?” , tanya Titi sambil menangis. Tanpa Titi sedar, dia sedang diperhatikan oleh seekor haiwan. 6
“Wahai anak itik, kenapa engkau menangis?” , tanya Belang. Belang menghampiri Titi. Titi terkejut. “Tolong Titi, Titi ingin pulang ke rumah” , rayu Titi. Tidak lama kemudian, Belang mengaum kelaparan. 7
Seketika ibu itik terkejut mendengar ngauman yang sangat kuat itu. “Aku perlu pulang dengan segera” , kata ibu itik sambil membawa sebaldi cacing 8
Ibu itik memeriksa dan mengira jumlah anakanaknya. Tiba-tiba dia berasa hairan. “Anak-anak, mana Titi?” , tanya ibu itik. Salah seekor anak itik tersebut, Yiyi, menjawab persoalan ibunya, “Titi berjalan ke arah hutan itu ibu, ” tunjuk Yiyi ke arah hutan gelap itu. 9
Ibu itik berlari ke kawasan lapang hutan untuk meminta tolong. “Tolong, tolong aku” , jerit ibu itik. Tiba-tiba seekor burung merpati bernama Nana menegur ibu itik tersebut. “Wahai ibu itik, kenapa kamu meminta tolong?” , tanya Nana. 10
“Nana, anakku Titi, hilang di dalam hutan gelap” , kata ibu itik. Setelah mendengar luahan ibu itik, Nana membuat satu cadangan sebelum mencari Titi. “Kita mesti bersepakat dengan Mona Si Monyet” , kata Nana. 11
“Mona, ooo Mona” , panggil Nana. Tidak lama kemudian Mona datang ke arah Nana. “Wahai Nana, apakah hajatmu memanggilku?” , tanya Mona. 12
“Kita mesti menolong ibu itik mencari anaknya yang hilang di dalam hutan gelap bersama Belang sebelum nasi sudah menjadi bubur” , terang Nana. Setelah bersepakat, mereka segera mencari Titi. 13
Nana terbang di udara manakala Mona bergayut di setiap pokok untuk mencari Titi. Mereka pun tiba. Kelihatan Belang sedang tidur dengan lena manakala Titi dikurung di dalam perangkap Belang. 14
Dengan berhati-hati, Mona merangkak ke arah Titi. “Aku Mona, aku datang untuk selamatkan engkau” , bisik Mona. Mona membuka perangkap tersebut dengan penuh cermat namun malang tidak berbau. 15
Belang bangun dari tidurnya dan hampir menerkam mereka namun Mona dan Titi sempat melarikan diri. “Pegang kuat-kuat Titi” , Mona memeluk Titi menggunakan kakinya dan bergayut keluar daripada hutan gelap tersebut. 16
Sebaik mereka keluar, ibu itik sudah menunggu. “Titi, ingatlah pesan ibu. Jangan terhantuk sudah terngadah. Kamu perlu berterima kasih kepada mereka” , marah ibu itik. 18
“Terima kasih Nana dan Mona kerana menyelamatkan Titi” , ucap Titi. “Sama-sama Titi” , balas Mona dan Nana. “Ingat Titi, kamu perlu berhati-hati dan jadikan peristiwa ini sebagai teladan buat kamu” , pesan Nana. 18
“Baik Nana, Titi akan selalu ingat pesanan kamu semua. Saya dan ibu pulang dahulu” , Titi meminta izin untuk pulang ke rumah bersama ibunya. Mereka pun pulang ke rumah dengan tenang. 19
TAMAT 20
Buku ini mengisahkan tentang seekor anak itik bernama Titi yang degil. Kedegilan dan sifat ingin tahu Titi mendorongnya jauh ke dalam hutan gelap sehingga berlaku perkara tidak diingini. Apakah yang berlaku kepada Titi? Ketahuilah kisahnya di dalam buku ini.