The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 1 (PERSEMBAHAN) -RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ANIS ZULAIKHA BINTI ROZAIMIE IPG-Pelajar, 2024-03-03 21:45:59

BMMB3243 PENGAJARAN SENI BAHASA DAN TATABAHASA DALAM BAHASA MELAYU

TUGASAN 1 (PERSEMBAHAN) -RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (AMBILAN JUN 2022 SEMESTER 2 TAHUN 2) PENGAJARAN SENI BAHASA DAN TATABAHASA DALAM BAHASA MELAYU (BMMB3243) DISEDIAKAN OLEH: NAMA ANIS ZULAIKHA BINTI ROZAIMIE CELINE OOI YI HUI CHOON YUE QI ANGKA GILIRAN 2021192340228 2021192340229 2021192340231 NO. KAD PENGENALAN 030407-11-0496 030309-02-0702 030614-04-0144 KELAS / KUMPULAN A2 KOD DAN KURSUS BMMB3243 – PENGAJARAN SENI BAHASA DAN TATABAHASA DALAM BAHASA MELAYU TAJUK TUGASAN TUGASAN 1 – PERSEMBAHAN NAMA PENSYARAH DR CELINEA LASAN TARIKH HANTAR 5 MAC 2024 TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS DARIPADA PENSYARAH


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1. Mata Pelajaran: Bahasa Melayu 2. Tahun: 4 Merah 3. Bilangan Murid: 25 orang 4. Tarikh: 3 Mac 2024 5. Hari: Isnin 6. Masa: 8:00 pagi -9:00 pagi 7. Tema: Kelestarian Alam 8. Tajuk: Hargai Alam Menjamin Kesejahteraan Hidup 9. Kemahiran Fokus: Aspek Tatabahasa 10. Standard Kandungan: 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks. 11. Standard Pembelajaran: 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama mengikut konteks tidak formal 12. Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat: i. Menyenaraikan 6 kata nama am dan 6 kata nama khas yang terdapat dalam petikan. ii. Mengenali dan menyesuaikan jenis kata nama mengikut bahan bantu mengajar yang disediakan. iii. Mengenali kata nama am dan kata nama khas yang telah dipelajari dalam aktiviti permainan “Fikir dan Nyatakan” dan dapat membina ayat menggunakan perkataanperkataan tersebut. 13. Sistem Bahasa • Tatabahasa: morfologi- golongan kata nama • Sebutan dan intonasi yang sesuai


• Kosa kata: baca, kemas • 14. Pengisian Kurikulum (Elemen Merentas Kurikulum) • Ilmu: Kelestarian Global, Pendidikan Moral • Patriotisme: Tanggungjawab masyarakat dalam melahirkan generasi yang mencintai alam sekitar • Nilai murni: Bertanggungjawab, bekerjasama, keberanian • Kemahiran kerja berpasukan: Menyelesaikan tugasan kata kerja menggunakan aplikasi dalam talian • Kemahiran berkomunikasi: Perbincangan secara dua hala antara guru dan murid serta murid dan murid • Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Pembelajaran berasaskan Bahan Bantu Mengajar (BBM) iaitu TMK (Youtube – tayangan video lagu animasi, Slaid Canva, Aktiviti Berkumpulan) • Elemen kemahiran Insaniah - Kemahiran komunikasi - Kemahiran Kerja Berpasukan - Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah 15. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (Pelbagai Kaedah, Teknik, Strategi dan PBD) • Strategi Pengajaran: Berpusatkan Murid • Pendekatan Tematik: Kelestarian Alam • Kemahiran Berfikir : Mengenal pasti dan mengelaskan kata kerja mengikut konteks kata nama iaitu kata nama am dan kata nama khas


16. Bahan Bantu Mengajar BIL. PERKARA JUMLAH 1. Komputer riba 1 2. Projektor LCD 1 3. Pembesar suara 1 4. Video lagu animasi Didi and Friend “Jom Kitar Semula” 1 5. Bahan Bantu Mengajar “Pick-and-Stick” 1 6. Radio 1 7. Bahan Bantu Mengajar “Isi Tempat Kosong” 1 8. Slaid Canva 1 9. Teks Petikan 1 10. Lembaran Peta Minda 1 17. Pengetahuan Sedia Ada Murid telah biasa mendengar dan menggunakan kata nama am dan kata nama khas dalam kehidupan seharian mereka. Langkah / Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Pengurusan Bilik Darjah (3 minit) - Kebersihan kelas - Persediaan murid untuk belajar - Guru memastikan kelas dalam keadaan bersih dan teratur supaya sesi PdP dapat dijalankan secara baik dan kondusif - Penggunaan alatan yang sesuai seperti penyapu


- Murid dalam keadaan bersedia untuk belajar Set Induksi (10 minit) Video lagu animasi “Jom Kitar Semula“ Soalan guru : 1. Senaraikan kata nama yang terdapat dalam lirik lagu tersebut. Jangkaan jawapan : 1. Kata nama yang terdapat dalam lirik lagu tersebut : • Didi • Jojo • Nana • Itik • Lili • Kawan-kawan • Bumi • Sampah • Sungai • Kapten Bersih - Guru menayangkan video animasi Didi and Friends “Jom Kitar Semula”. - Murid menonton dan memahami isi yang terkandung di dalam video animasi tersebut. - Guru memilih beberapa orang murid untuk menanyakan soalan. - Murid memberi respon berdasarkan soalan yang diajukan oleh guru - Guru menjadi pembimbing dalam menerangkan hubungkait topik dengan pembelajaran hari ini. BBM : YouTube KP: Verbal-linguistik KB: Menganalisis Menghubungkait Menjana idea Teknik: Soal jawab Kontekstual: Menghubung kaitkan dengan pengalaman dalam kehidupan Nilai: Berani


• Tatak • Kertas • Tin • Kaca Langkah 1 (14 minit) Slaid Kata Nama -Guru menayangkan slaid tentang kata nama dan menerangkan konsep kata nama dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai. -Guru memberikan penjelasan ringkas dan memastikan murid memahami perbezaan antara kata nama am dan kata nama khas. BBM: -Slaid Canva -Teks Petikan -Lembaran peta minda Strategi PdP -Berpusatkan bahan Kecerdasan Pelbagai -Verbal linguistik Nilai Murni -Bekerjasama Langkah 2 (18 minit) Bahan Bantu Belajar Aktiviti 1 “Pick-and-Stick” - Guru membuat cabut undi dan pemilihan murid secara rawak. BBM: Papan Koperatif: Menyelesaikan Tugasan secara berkumpulan


“Pick-and-Stick” Guru melaksanakan aktiviti cabut undi dan pemilihan murid secara rawak dan berkumpulan untuk menyesuaikan jenis kata nama mengikut bahan bantu mengajar yang disediakan Teks Petikan Lembaran Peta Minda - Murid dibahagikan secara berkumpulan. - Setiap kumpulan mestilah menyelesaikan tugasan yang diberikan iaitu dengan menyesuaikan jenis kata nama mengikut masa yang telah ditetapkan. - Sekiranya terdapat kumpulan yang gagal menyesuaikan tugasan, kumpulan tersebut akan didenda. - Guru akan melakukan denda dengan menyuruh ahli kumpulan tersebut untuk bernyanyi. Aktiviti 2 -Guru mengedarkan petikan cerita kepada murid. KP: - Verbal-linguistik - Interpersonal SP: Pembelajaran berpusatkan murid PAK21 Pick-and-Stick PBD: Kaedah : Kinestatik (Menyesuaikan jenis kata nama) Instrumen : Pembentangan Pembelajaran Kontekstual -Memerlukan kemahiran minda Nilai Murni -Keberanian - Bertanggungjawab


Jangkaan Jawapan Kata Nama Am • tiga • petang • kereta • pekarangan • gadis • bunga telur • tetamu • pentas • ucapan • alu-aluan • orang ramai • bumi • pokok • tempat tinggal • penduduk • kebersihan bandar Kata Nama Khas • Proton S70 • Menteri Besar Johor • Hotel Perdana • Hakim • Zahid • Muar Bahan Bantu Mengajar: “Isi Tempat Kosong” -Murid diberikan sehelai lembaran peta minda. -Guru membimbing murid menjawab dan menyenaraikan kata nama am dan kata nama khas. -Murid diminta menyenaraikan 6 kata am dan 6 kata nama khas yang terdapat dalam petikan di atas lembaran peta minda. Aktiviti 3 - Guru menyediakan beberapa kata nama yang dipelajari oleh murid-murid pada awal kelas. - Kata nama yang dipaparkan di hadapan papan adalah tidak lengkap dan memerlukan usaha murid untuk melengkapkan katakata tersebut.


- Aktiviti ini melibatkan setiap murid dalam kelas. - Selepas selesai melengkapkan katakata yang dipaparkan di atas papan, murid diminta untuk mengasingkan katakata tersebut mengikut kategori sama ada di petak kata nama am ataupun petak kata nama khas. Langkah 3 (10 minit) “Mari Bina Ayat” Soalan yang ditanya: Berikut merupakan beberapa contoh kata nama, anda diminta bina ayat menggunakan contoh kata nama berikut: i) ibu: ii) sungai: iii) itik: iv) Hotel Perdana: v) Jojo: vi) Proton S70: - Guru mengagihkan latihan bina ayat dengan menggunakan jenis kata nama am dan kata nama khas. - Latihan bina ayat diselesaikan secara individu oleh setiap murid. - Guru memainkan muzik yang berirama lembut sambil menunggu murid BBM: Lembaran kerja latihan bina ayat Didik Hibur: Muzik Nilai: - Keberanian - Bertanggungjawab KP: - Verbal-linguistik


menyelesaikan latihan bina ayat. - Selepas selesai menjawab latihan, guru akan berbincang jawapan dengan murid-murid. - Murid-murid digalakkan bertanya soalan sekiranya menghadapi sebarang persoalan. - Interpersonal SP: Pembelajaran berpusatkan murid KB: Menjana idea Penutup (5 minit) Kognitif - Rumusan isi pelajaran Sosial - Pujian atas usaha dan kerjasama yang diberi. - Murid menyebut semula kata-kata nama yang telah dipelajari dalam kelas beserta pengkelasan jenisnya. - Guru membimbing murid untuk membuat rumusan isi pelajaran berdasarkan aktiviti PdP yang telah dijalankan. - Guru memberikan pujian kepada muridmurid atas kerjasama yang diberi sepanjang kelas dan usaha yang KP: - Verbal-linguistik - Interpersonal Pembelajaran Konstruktivisme: Membuat refleksi Nilai: - Kerjasama - Kesyukuran - Kerajinan KB: Merumus


dilakukan bagi menyelesaikan tugasan yang diamanahkan. - Murid yang berjaya menyelesaikan tugasan dengan jawapan yang tepat diberikan mata ganjaran.


Click to View FlipBook Version