The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurcahaya6864, 2021-10-26 01:56:06

Buku Program MAT PIBG 40

Buku Program MAT PIBG 40

SEKOLAH KEBANGSAAN BUDU
27310 BENTA, PAHANG

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG
KALI KE-40

TARIKH : 27 OKTOBER 2021
MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN INDERA GAJAH KAMPUNG BUDU

DIRASMIKAN OLEH :

YB DATO’ SRI HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI MOHAMAD

TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR 1
MERANGKAP AHLI PARLIMEN LIPIS

ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Muka Surat

1. Isi Kandungan 2

2. Aturcara dan Agenda Mesyuarat Agung 3
Tahunan PIBG SK Budu Kali Ke-40 Tahun 4-5
2021 6
7
3. Ahli Jawatankuasa Pengelola
Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan
SK Budu Kali Ke-40 Tahun 2021

4. Senarai Nama Guru dan Kakitangan SK
Budu 2021

5. Carta Organisasi PIBG SK Budu 2021

6. Minit Mesyuarat Agung PIBG SK Budu Kali 8-19

Ke-39

7. Laporan Aktiviti PIBG SK Budu 2021 20

8. Penyata Kewangan PIBG SK Budu 21

9. Usul-usul Mesyuarat Agung 22-23

10. Penghargaan 24

2

ATURCARA DAN AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PIBG SK BUDU KALI KE-40 TAHUN 2021

2.00 PETANG : PENDAFTARAN
2.15 PETANG
2.30 PETANG : IBU BAPA / PENJAGA MENGAMBIL TEMPAT

: - MAJLIS PERASMIAN

- NYANYIAN LAGU NEGARAKU

- BACAAN DOA
(Ustaz Abdul Halim bin Haron)

- UCAPAN PENASIHAT PIBG (GURU BESAR)
(Pn. Azlina binti Baharuddin)

- UCAPAN YDP PIBG
(En. Azahari bin Sabudin)

- UCAPAN PERASMIAN (RAKAMAN)
YB Dato’ Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar 1
Merangkap Ahli Parlimen Lipis

- TAYANGAN VIDEO MONTAJ

- MESYUARAT AGUNG PIBG

AGENDA :
1. Ucapan Aluan Yang Dipertua PIBG
2. Membentang dan menerima Minit Mesyuarat yang lalu
3. Membentang dan mengesahkan penyata kira-kira

kewangan tahunan PIBG
4. Membentang Usul / Cadangan
5. Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG tahun 2021/2022
6. Pelantikan Pemeriksa kira-kira
7. Ucapan penangguhan

4.40 PETANG : PEMBERIAN HADIAH DAN CENDERAMATA
5.00 PETANG : BERSURAI

3

AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA MAJLIS PERASMIAN
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK BUDU KALI
KE-40 TAHUN 2021

PENASIHAT : PN. AZLINA BINTI BAHARUDDIN
SETIAUSAHA : EN. AHMAD ALIFF SYAFIQ BIN AZMAN

JAWATANKUASA PEGAWAI TERLIBAT TUGASAN
Pengacara Majlis Pn. Nor Hazwani binti Razali - Juruacara majlis
Bacaan Doa En. Mohamad Hafiz bin Mohamad
Persiapan Tempat & Ariffin keseluruhan
Backdrop En. Abdul Halim bin Haron
En. Mohd Ali bin Mohamed - Sediakan teks
Alatan Siaraya doa yang
En. Mohamad Hafiz bin Mohamad bersesuaian
Dokumentasi Ariffin
En. Mohd Ali bin Mohamed - Sediakan tempat
Pendaftaran & Sambutan En. Abd Samad bin Dahalan untuk majlis dan
En. Syamzulkifli bin Md Ali backdrop yang
En. Norazil bin Abdul bersesuaian
En. Firdaus menggunakan
Pn. Roziah binti Mohamad power
En. Muhammad Azim bin point/banner
Sahabuddin
En. Abdul Halim bin Haron - Sediakan PA
Pn. Nurkhasanah binti Shamsudin System, LCD,
En. Muhammad Azim bin Laptop.
Sahabuddin
En. Abd Samad bin Dahalan - Mengambil
gambar
Pn. Puteri Nur Syafiqah binti Hamidi sepanjang
Pn. Nor Hazwani binti Razali program
Pn. Nor Aznie binti Aziz
- Menyediakan
meja
pendaftaran di
tempat yang
sesuai

- Menyediakan
borang
kehadiran untuk
didatangi tetamu

- Menyambut dan

4

Sijil, Hadiah & Cenderahati Pn. Ruhana binti Mat Harun mengiringi VIP
Pn. Puteri Nur Syafiqah binti Hamidi - Menyediakan
Pn. Habibah binti Yaacob
Pn. Nor Aznie binti Aziz sijil dan hadiah
En. Ahmad Aliff Syafiq bin Azman serta
menguruskan
Makanan & Minuman Pn. Nurkhasanah binti Shamsudin hadiah semasa
Pencatat Pn. Rosmawati binti Hashim program
Pn. Nora binti Jidin berlangsung
Pn. Habibah binti Yaacob
Pn. Nor Aznie binti Aziz - Menguruskan
tempahan
En. Ahmad Aliff Syafiq bin Azman makanan dan
Pn. Ruhana binti Mat Harun minuman

- Menyediakan
tempat makan

- Mencatat Minit
Mesyuarat PIBG
sepanjang majlis
berlangsung

5

SENARAI NAMA GURU DAN KAKITANGAN
SK BUDU 2021

BIL NAMA GURU JAWATAN GRED
1. Pn. Azlina binti Baharuddin
2. En. Mohamad Hafiz bin Mohamad Ariffin Guru Besar DG34
3. Pn. Nurkhasanah binti Shamsudin
4. En. Mohd Ali bin Mohamed GPK 1 DG44
5. En. Abd Samad bin Dahalan
6. En. Abdul Halim bin Haron GPK HEM DG44
7. Pn. Ruhana binti Mat Harun
8. Pn. Nor Hazwani binti Razali GPK KO-KU DG44
9. Pn. Puteri Nur Syafiqah binti Hamidi
10. En. Muhammad Azim bin Sahabuddin Guru Penolong DG44
11. En. Ahmad Aliff Syafiq bin Azman
12. Pn. Nor Azznie binti Aziz Guru Pend. Islam DG44
13. Pn. Habibah binti Yaacob
Guru Pend. Islam DG44

Guru Penolong DG41

Guru Penolong DG41

Guru Penolong DG41

Guru Penolong DG41

Pembantu Tadbir N19

Pembantu Pengurusan Murid N22

6

CARTA ORGANISASI PIBG SK BUDU 2021

PENASIHAT
PN. AZLINA BINTI BAHARUDDIN (GURU BESAR)

YANG DIPERTUA
EN. AZAHARI BIN SABUDIN

NAIB YANG DIPERTUA
EN. ROSELE BIN MOHD SARI

SETIAUSAHA
EN. AHMAD ALIFF SYAFIQ BIN AZMAN

BENDAHARI
PN. RUHANA BINTI MAT HARUN

WAKIL GURU AJK PEMERIKSA KIRA-KIRA
EN. MOHAMAD HAFIZ BIN EN. SYAMZULKIFLI BIN MD ALI PN. NOR HAZWANI BINTI
MOHAMAD ARIFFIN EN. NORAZIL BIN ABDUL RAZALI
EN. MOHD ALI BIN EN. MOHD FAIZAL BIN (WAKIL GURU)
MOHAMED NADZIR
PN. NURKHASANAH BINTI EN. KAMARZAMAN BIN PN. NORA BINTI JIDIN
SHAMSUDIN IBRAHIM WAKIL IBU BAPA)
PN. ROSMAWATI BINTI
HASHIM
PN. SARIMAH BINTI MANSOR
PN. NORSEHAH BINTI
MUHAMED

7

MINIT
MESYUARAT

AGUNG
PIBG SK BUDU
TAHUN 2021

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBUBAPA DAN
GURU SEKOLAH KEBANGSAAN BUDU KALI KE-39 TAHUN

2019

Tarikh : 20 Februari 2019
Hari : Rabu
Masa : 2.30 petang
Tempat : Kantin Sekolah Kebangsaan Budu

8

Kehadiran :
- Pn. Nurkhasanah binti Shamsudin
- Pn. Nur Aznie binti Aziz
- En. Mohd Shukri bin Mohd Noh
- Pn. Puteri Nur Syafiqah binti Hamidi
- En. Abdul Rahman bin Sulaiman
- Pn. Nora binti Jidin
- Pn. Siti Zawani binti Muhd Noor
- En. Rosele binti Mohd Sari
- Pn. Noorhayati binti Mohd Shahran
- En. Abdul Halim bin Haron
- Pn. Nurul Hasnyta binti Hamsani
- En. Raja Zaiyukarinarisar binti Raja Wahab
- Pn. Saniah binti Othman
- Pn. Saimah binti Mansor
- Pn. Ropiyah binti Mak
- En. Nor Azil bin Abdul
- Pn. Ruhana binti Mat Harun
- En. Afizal bin Ahmad Pahmin
- En. Syamzulkifli bin Md Ali
- Pn. Nurul Hayati binti Mahmut
- En. Abd Rais bin Abd Hamid
- En. Kamarzaman bin Ibrahim
- Pn. Noranisah binti Abd Manaf
- En. Mohd Ali bin Mohamed
- Pn. Rosmawati binti Hasim
- En. Mohd Sabari bin Hashim
- Pn. Hanisah binti Mohd Rosli
- En. Azahari bin Sabuddin
- Pn. Saripah binti Abd Rahman

9

- En. Abdul Ghozi bin Ali
- Pn. Mazlinda binti Mukhtar
- En. Faizal bin Mohd Nadzir
- Pn. Zuhayu binti Harun
- En. Zulkefley bin Ishak
- En. Wan Mohamad Wan Din
- Pn. Sharmina
- Pn. Nor Fatihah Mohammad
- En. Nurul Azman bin Md Ali

Agenda Mesyuarat :
1.0 Kata-Kata Aluan Pengacara Majlis

1.1 Majlis dimulakan dengan bacaan ummul kitab Al-Fathihah dan Pengacara Majlis
Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-39 Tahun 2019 mengalu-alukan
kedatangan Yang Berbahagia Dato’ Dr. Suhaimi bin Haji Ibrahim selaku Perasmi
Mesyuarat pada hari ini, YDP, semua Ahli Jawatan Kuasa , guru-guru dan penjaga
murid SK Budu ke majlis dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.

10

1.2 Beliau juga mengucapkan rasa bangga kepada semua ibu bapa dan guru kerana dapat
memberikan kerjasama yang baik untuk hadir ke Mesyuarat Agung PIBG bagi tahun
2019.

Tindakan : Makluman Semua

2.0 Bacaan Doa
2.1 Doa dibacakan oleh Ustaz Abdul Halim bin Haron.

3.0 Ucapan YDP PIBG SK Budu
3.1 Tn. Haji Azhari bin Sabuddin selaku YDP PIBG SK Budu mengucapkan selamat datang
kepada Dato’ Dr. Suhaimi kerana sudi hadir ke Majls dan memaklumkan bahawa Yang
Berbahagia Dato’ merupakan Alumni SK Budu dari darjah 1 hingga darjah 6 dan juga
mantan ADUN Benta.
3.2 Mengucapkan terima kasih kepada pengacara majlis, semua guru, AJK PIBG dan semua
ibu bapa yang hadir dan berharap ager mesyuarat berjalan lancar.
3.3 Berterima kasih kepada pihak pengurusan sekolah dan memaklumkan bahawa beliau
selaku wakil komuniti Kg. Budu dan semua ibu bapa penjaga akan memberikan
komitmen penuh terhadap kecemerlangan sekolah.

Tindakan : Makluman Semua

4.0 Ucapan Penasihat PIBG
4.1 Pn. Rosbiah binti Zakaria selaku Guru Besar SK Budu mengalu-alukan kedatangan
perasmi dan semua hadirin.
4.2 Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya dapat berkumpul untuk
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada
Perasmi, kerana sudi hadir dan tidak lupa juga terima kasih kepada YDP PIBG serta
semua AJK kerana usaha gigih dalam memastikan program berjalan lancar.

11

4.3 Memaklumkan enrolmen murid SK Budu adalah seramai 52 orang murid, Guru seramai
13 orang (6 Perempuan, 7 Lelaki), 2 orang Staff iaitu seorang kerani dan seorang PPM
Prasekolah, 4 orang pekerja keselamatan dan 3 orang pekerja swasta.

4.4 SK Budu tidak layak untuk mendapat kuota Pembantu Operasi Sekolah kerana jumlah
murid arus perdana tidak mencapai tahap minimum kelayakan iaitu sepatutnya 60 orang
murid.

4.5 Memaklumkan bahawa SK Budu telah mencapai 100% lulus dalam UPSR dan tahun ini
pihak sekolah TURUT mensasarkan 100% lulus UPSR. Jumlah murid tahun 2019 adalah
lebih ramai berbanding 2018.

4.6 Beliau berharap agar semua ibu bapa dapat memastikan kehadiran anak-anak ke sekolah
mencapai 100 peratus.

4.7 Beliau berjanji bahawa pihak sekolah tidak akan ketinggalan untuk menghantar murid ke
pertandingan Peringkat Zon dan Daerah untuk memastikan kemenjadian murid dapat
digilap.

4.8 Memaklumkan kepada semua penjaga terutamanya penjaga murid Tahun 1 bahawa
peperiksaan awal tahun dan pertengahan tahun telah dimansuhkan dan digantikan dengan
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang akan dilaksanakan sepanjang masa.

4.9 Memaklumkan bahawa, selain ibu bapa dan guru yang membantu kejayaan murid,
Prasarana dan keceriaan sekolah juga dapat menarik minat murid untuk hadir ke sekolah.
Beliau berharap agar semua ibu bapa dan guru dapat menyumbangkan 1 pasu 1 keluarga
untuk Projek Taman Herba.

4.10 Berharap agar SK Budu dapat melahirkan insan berjaya dan terbilang walapun
berada di pedalaman.

4.11 Beliau memaklumkan bahawa, pada 19 Februari 2019 ini genaplah 2 Tahun
perkhidmatan beliau di SK Budu dan berjanji akan terus memastikan keceriaan SK Budu
akan terus dipertingkatkan.

4.12 Memaklumkan bahawa sofa yang ada di sekolah telah disumbangkan oleh Yang
Berbahagia Dato’ Suhaimi pada Tahun 1994 dan beliau berharap agar Yang Berbahagia
Dato’ dapat menyumbangkan lagi dana untuk penambahbaikan kepada sekolah demi
kecemerlangan dan keselesaan murid.

4.13 Pusat Sumber An-Najjah SK Budu telah dicalonkan untuk pertandingan PSS
Terbilang Peringkat Negeri dan memerlukan dana. Pihak sekolah juga sedang berusaha
untuk mengumpul dana
4.14 Mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan memaklumkan bahawa
tujuan utama majlis pada hari ini adalah untuk Mesyuarat Agung PIBG Tahunan.

Tindakan : Makluman Semua

5.0 Ucapan Perasmian

12

5.1 Yang Berbahagia Dato’ Dr. Suhaimi bin Haji Ibrahim selaku Alumni SK Budu
memanjatkan rasa syukur kepada Allah kerana dapat bersama-sama di SK Budu pada hari
ini.

5.2 Ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas jemputan pihak sekolah untuk beliau
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-39. Beliau menyatakan rasa bangga kerana
ini merupakan sekolah pertama tempat beliau mengenal ABC, jika tidak bermula di sini
beliau tidak akan ada di tahap sekarang. Beliau memaklumkan bahawa, banyak kenangan
di SK Budu dan beliau juga telah bersama-sama beberapa orang lagi bekas pelajar SK
Budu telah membentukkan Kestuan Alumni SK Budu sebagai usaha untuk membantu
pihak sekolah dari segi kewangan dan tenaga.

5.3 Beliau yakin dengan pimpinan sekolah dan kerjasama daripada PIBG akan melahirkan
pelajar Cemerlang yang akan menjadi pemimpin masa hadapan. Beliau juga berharap
agar anak-anak yang telah dan sedang belajar di SK Budud akan menjadi orang yang
berjaya seterusnya dapat memberikan sumbangan kepada sekolah kelak.

5.4 SK Budu adalah sebagai tempat penyatuan masyarakat kampung dimana pada suatu masa
dahulu pernah pihak sekolah menganjurkan sukan yang melibatkan penyatuan 4 buah
kampung dan akhirnya semangat ibu bapa dapat memeriahkan suasana dan membuatkan
program berjalan dengan lancar.

5.5 Beliau juga turut mengimbau kenangan semasa berada di SK Budu dan memaklumkan
kepada hadirin bahawa SK Budu pada ketika itu tiada kemudahan tandas. Perubahan
sekarang berlaku begitu pesat dan berharap agar ibu bapa dapat asuh anak-anak mengikut
zaman dan perkembangan semasa. Menyeru agar semua ibu bapa agar dapat bersabar
untuk mendidik anak-anak dan membantu guru.

5.6 Berharap agar SK Budu dapat menjadi agen penyatuan ibu bapa dan warga Kampung
Budu.

5.7 Komitmen ibu bapa menggambarkan semangat dan dapat suntik semangat buat anak-
anak untuk terus termotivasi dan SK Budu juga telah dapat mebuktikan dengan alahirnya
insan-insan berjaya di serata negara.

5.8 Memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan Pengerusi Alumni SK Budu
supaya dapat bantu pihak sekolah dan berharap dengan adanya sokongan daripada semua
pihak SK Budu dapat menjadi model kepada sekolah-seklah di peringkat daerah.
5.9 Beliau juga berjanji akan membawa jentera beliau ke SK Budu untuk bantu
program sekolah serta akan turut memaklumkan bantuan kewangan di pihak Yayasan
supaya dapat diberikan kepada kepada SK Budu sebagai tanda membalas jasa kepada
pihak sekolah.

5.10 Beliau berharap agar semua ibu bapa dapat bekerjasama dengan pihak sekolah
dan bukannya bergantung harap 100 peratus kepada guru-guru . beliau ,enyeru agar
semua ibu bapa agar tidak menyekat perkembangan anak-anak , sebaiknya sama-sama
bantu untuk bentuk perkembangan anak-anak. Anak-anak ibarat kain putih, coraklah

13

sebaik-baiknya. Beliau turut mendoakan agar semua anak-anak murid di SK Budu dapat
menjadi orang yang berjaya.
5.11 Mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada warga sekolah dan PIBG. Dengan
lafaz Basmalah, beliau merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Budu Kali Ke-39 Tahun
2019.

Tindakan : Makluman Semua

6.0 Mesyuarat Agung Bermula
6.1 Ucapan Pengerusi Mesyuarat Agung PIBG
6.1.1 Tn. Haji Azhari bin Sabuddin selaku YDP PIBG SK Budu mempengerusikan
mesyuarat dan mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan ibu bapa
kerana sudi hadir ke mesyuarat.

Tindakan : Makluman Semua

6.2 Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-38

6.2.1 Pn. Nurul Hasnyta binti Hamsani selaku setiausaha PIBG SK Budu

membentangkan minit mesyuarat yang lalu.

Cadangan Pengesahan : En. Kamarzaman bin Ibrahim

Sokongan : En. Mohd Gazi bin Ali

Tindakan : Makluman Semua

6.3 Pembentangan dan Pengesahan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Yang Lalu

6.3.1 Pn. Nurul Hasnyta binti Hamsani selaku setiausaha PIBG SK Budu

membentangkan laporan aktiviti tahunan PIBG bagi tahun 2018/2019.

Cadangan Pengesahan : Pn. Sarimah binti Mansor

Sokongan : Pn. Rosmawati binti Hashim

Tindakan : Makluman Semua

14

6.4 Pembentangan dan Pengesahan Laporan Kewangan PIBG Tahun 2018

6.4.1 Pn. Ruhana binti Mat Harun selaku Bendahari Agung PIBG membentangkan

laporan kewangan PIBG SK Budu yang berakhir pada 31 Disember 2018 dengan

baki sebanyak RM 2 610.66.

Cadangan Pengesahan : En. Mohd Faizal bin Nadzir

Sokongan : En. Kamarzaman bin Ibrahim

Tindakan : Makluman Semua

6.5 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2018/2019
6.5.1 Tn. Haji Azahari bin Sabuddin selaku YDP PIBG Sesi 2018/2019 membubarkan
AJK.

Tindakan : Makluman Semua

6.6 Pelantikan Pengerusi Sementara
6.6.1 En. Rosele bin Sari mencadangkan agar Tn Haji Azahari bin Sabudin sebagai
Pengerusi Sementara.
Sokongan : Sebulat Suara

Tindakan : Makluman Semua

6.7 Pemilihan AJK PIBG Sesi 2019/2020
6.7.1 En. Kamarzaman bin Ibrahim mencadangkan agar AJK PIBG sedia ada
dikekalkan untuk sesi 2019/2020
Sokongan : Sebulat Suara

Tindakan : Makluman Semua

15

6.8 Keputusan Pemilihan Jawatankuasa PIBG Sesi 2018/2019
6.8.1 AJK PIBG bagi sesi 2019/2020 dikekalkan dengan jawatankuasa PIBG sesi
2018/2019 yang lepas.

Tindakan : Makluman Semua

6.9 Membentang dan Membahaskan Usul
6.9.1 AJK PIBG SK Budu s mencadangkan agar mengekalkan bayaran yuran PIBG
sebanyak RM 50.00
6.9.1.1 En. Mohd Gazi bin Ali mencadangkan agar bayaran yuran PIBG
ditambah sedikit menjadi RM60 memandangkan dana PIBG kurang dan menyeru
agar semua pihak memberikan sumbangan ikhlas.
Sokongan : Sebulat Suara

6.9.2 AJK PIBG memaklumkan bahawa En. Kamarulzaman bin Sabuddin telah
menyumbangkan sebanyak RM500.00 kepada PIBG SK Budu.

Tindakan : Makluman Semua

6.10 Hal-Hal Lain
6.10.1 Pn. Sarimah binti Mansor bertanyakan tentang pembinaan bonggol di laluan jalan
utama sekolah.
6.10.1.1 Tn. Haji Azahari menjawab pertanyaan tersebut dengan memaklumkan
bahawa pihak sekolah telah berhubung dengan pihak Jabatan Kerja Raya

16

tetapi masih tiada maklum balas dari pihak mereka dan pihak PIBG akan cuba
usahakan untuk melaksanakan usul tersebut.

Tindakan : Makluman Semua

6.10.2 YDP memaklumkan bahawa pihak PIBG telah memohon sumbangan dengan
beberapa individu dan akan cuba untuk dapatkan dana bagi menambah kewangan
PIBG.

Tindakan : Makluman Semua

6.10.3 En. Mohd Gazi bin Ali mewakili ahli PIBG mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua pihak yang bertungkus lumus mencari dana untuk pihak sekolah
dan sama-sama membantu kearah kecemerlangan sekolah.

Tindakan : Makluman Semua

6.10.4 Pn. Mazlinda binti Mokhtar menyeru kepada semua ibu bapa dan guru agar peka
dengan cabaran dalam bidang teknologi dan ICT sekarang. Berharap agar semua
pihak dapat memantau anak-anak dalam menggunaan media sosial seperti games,
cyber grooming . Memohon agar ibu bapa pantau dan cuba ambil tahu. Pusat
Internet Kg. Budu ada menyediakan kursus untuk memberi kesedaran keoada ibu
bapa tentang cabaran media sosial sekarang.

Tindakan : Makluman Semua
6.11 Ucapan Penangguhan

6.11.1 Tn. Haji Azahari bin Sabuddin selaku YDP PIBG sesi 2019/2020 menangguhkan
mesyuarat PIBG SK Budu pada jam 5.20 petang.

Tindakan : Makluman Semua

17

7.0 Ucapan Guru Besar/ Penasihat PIBG
7.1 Pn. Rosbiah binti Zakaria selaku Guru Besar SK Budu mengucapkan terima kasih
kepada semua yang hadir dan mesyuarat berjalan dengan lancar. Beliau juga
mengucapka terima kasih sekali lagi kepada semua AJK dan ibu bapa kerana
mencadangkan untuk menaikkan bayaran yuran PIBG sebanyak RM60.00.
7.2 Beliau sekali lagi berterima kasih kepada para penyumbang dana PIBG sekolah dan
berharap agar dana PIBG akan terus bertambah dari semasa ke semasa.
7.3 Beliau juga menyeru semua ibu bapa agar dapat memberikan komitmen sepenuhnya
kepada pihak sekolah. Sekiranya ada sebarang cadangan atau aduan boleh terus
maklumkan kepada Guru Besar atau pihak sekolah yang lain. Berharap agar dapat
berjumpa di lain-lain program.
7.4 Memaklumkan bahawa Program terdekat yang akan berlangsung adalah Gotong-
Royong Perdana Taman Herba dan memohon sumbangan untuk membaiki longkang
yang rosak demi keselamatan anak-anak murid dan warga sekolah.

Tindakan : Makluman Semua

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

………………………………….. ……………………………………..
(NURUL HASNYTA BINTI HAMSANI) (AZAHARI BIN SABUDDIN)

18

Setiausaha, Yang Dipertua,
Persatuan Ibubapa dan Guru, Persatuan Ibubapa dan Guru,
Sekolah Kebangsaan Budu, Sekolah Kebangsaan Budu,
Sesi 2019/2020. Sesi 2019/2020.

LAPORAN AKTIVITI PIBG SK BUDU TAHUN 2021

BIL PERKARA/AKTIVITI TARIKH
1 Lawatan Tengku Hasanal Ibrahim Alam SHAH IBNI Al 6 Januari

Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah 2021
sempena Lawatan ke PSS SK Budu

19

2 Gotong Rotong masyarakat setempat membersihkan 12 Januari
PSS 2021

3 Pembukaan semua persekolahan 2.0 1 Mac 2021
4 Sambutan Hari Lahir Januari-Mac sempena Program 26 Mac
2021
Sekolah Penyayang 2021
5 Projek Fertigasi Taman Sains Kolaborasi bersama Mac 2021

Jabatan Pertanian 25 Mac
6 Taklimat NILAM secara online Tahap 2 2021

7 Bantuan PRIHATIN anjuran Kelab Guru SK Budu & 25 Ogos
serahan hadiah PdPR sumbangan guru matapelajaran 2021
10
8 Program Kemerdekaan secara maya dan Perasmian
Penutup Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah secara September
Google Meet 2021

9 Penyampaian hadiah bagi pemenang aktiviti Bulan 4 Oktober
Kemerdekaan 2021

10 Penyampaian hadiah bagi murid aktif PdPR anjuran 4 Oktober
Unit Bimbingan Kaunseling SK Budu 2021

11 Pembukaan sekolah dimulakan dengan Pra Sekolah 11 Oktober
2021
12 Mesyuarat AJK PIBG Bil 1/2021
12 Oktober
13 Pembukaan sekolah bagi Tahap 1 3.0 2021

25 Oktober
2021

Disediakan Oleh,

............................................................
(AHMAD ALIFF SYAFIQ BIN AZMAN)
Setiausaha PIBG,
Sekolah Kebangsaan Budu,
27301 Benta, Pahang.

20

PENYATA
KEWANGAN
PIBG SK BUDU

RUJUK LAMPIRAN 1

21

USUL-USUL
MESYUARAT

AGUNG

USUL / CADANGAN AJK PIBG DAN PENJAGA

Bahawa Mesyuarat Agung PIBG yang Bersidang Pada 27 Oktober 2021
Mohon Mencadangkan Agar :

22

1. Memungut kutipan fotostat sebanyak RM30 daripada setiap keluarga
bagi menampung keperluan kertas untuk menjalankan program
sepanjang tahun.

Pencadang : En. Azahari bin Sabudin

2. Mengadakan gotong-royong untuk meningkatkan keceriaan sekolah
sebanyak 4 kali setahun.

Pencadang : Pn. Azlina binti Baharuddin

3. Pihak pengurusan SK Budu memastikan semua guru yang mengajar
di SK Budu lengkap divaksin dalam masa terdekat. Pihak
pengurusan SK Budu memaklumkan status guru tidak divaksin
kepada ibu bapa supaya adanya ketelusan maklumat di antara ibu
bapa dan sekolah.

Pencadang : Pn. Roslizah binti Talib

4. Pihak pengurusan SK Budu dan ibu bapa membenarkan guru yang
tidak divaksin (kerana kesihatan) boleh mengajar secara bersemuka,
bertentangan dengan garis panduan 3.0. Guru yang divaksin atau
tidak sama sama-sama boleh menjadi penyebar sekiranya positif. Ibu
bapa janganlah terlalu mengambil berat dan menyibuk sangat dalam
pengurusan sekolah seterusnya bercerita menyiarkan permasalahan
atau kelemahan sekolah ke dalam media sosial. Sekiranya ada
permasalahan antara sekolah dan ibu bapa boloeh diselesaikan
tanpa menyalurkan kepada pihak ketiga.

Pencadang : En. Abdul Halim bin Haron

PENGHARGAAN KEPADA

PARLIMEN LIPIS

23

JKKK KAMPUNG BUDU
AJK PIBG SESI 2019/2020

GURU-GURU SK BUDU
KAKITANGAN SK BUDU

IBU BAPA / PENJAGA
MEREKA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DAN TIDAK
LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN MESYUARAT AGUNG PIBG

SK BUDU KALI KE-40

24

Lamp

LAPORAN PENYATA KEWANGAN PERSAT

(PENERIMAAN DAN PENGELUARAN SE

TARIKH BUTIR-BUTIR DEBIT
1 JAN 2020
BAKI BERAKHIR PADA 31/12/2019 RM1697.71 5/2
23 JAN 2020
SUMBANGAN DARI J-RESOURCES RM300.00 7/2
24/9/2020 PENJOM RM5000.00
SUMBANGAN DARI YB DATO SRI IR 19/
HAJI MOHD SOFFI BIN ABD RAZAK
14/
9/9

20/

20/

JUMLAH RM 6997.17

DIsediakan oleh, BAKI BERAKHIR PADA D
………………………………… Disahkan oleh,
(Pn Ruhana Bt Mat Harun) …………………………………….
Bendahari PIBG Sk Budu (Tn Hj Azahari b. Hj Sabudin)
Pengerusi PIBG Sk Budu

piran 1

TUAN IBUBAPA DAN GURU(PIBG),SK BUDU

EPANJANG JANUARI 2020-DISEMBER 2020

TARIKH BUTIR-BUTIR KREDIT
RM 160.00
/2020 PENDAFTARAN CATUR DAN MAKAN MURID (2
RM500.00
HARI)
RM 65.00
/2020 HADIAH PERPISAHAN CIKGU NURUL & CIKGU

WAN

/2/2020 JAMUAN MAKAN AJK PIBG-MESYUARAT AJK

/7/2020 PEMBELIAN ALAT SUHU DAN HAND SANITIZER RM 350.00
/2020 HADIAH PERPISAHAN GURU BESAR-GB RM 200.00
ZULKURNAIN BIN ISHAK
/11/2020 PENYERAHAN WANG BAGI KEGUNAAN PUSAT RM 2000.00
SUMBER SEKOLAH
/11/2020 HADIAH PERPISAHAN CIKGU SHUKRI RM 250.00

Jumlah Perbelanjaan RM 3525.54
Jumlah Baki RM 3472.17

JUMLAH RM 6997.17

DISEMBER 2020: RM 3472.17 Disemak oleh,
Disemak oleh, …………………………
………………………….. (Pn Nor Hazwani bt Razali)
(Pn Nora bt Jidin) Juruaudit 2
Juruaudit 1

LAPORAN PENYATA KEWANGAN PERSAT

(PENERIMAAN DAN PENGELUARAN SEP

TARIKH BUTIR-BUTIR DEBIT
1 JAN 2021
4 MEI 2021 BAKI BERAKHIR PADA 31/12/2020 RM3472.17

SUMBANGAN DARI PARLIMEN RM3000.00

JUMLAH RM6472.17

DIsediakan oleh, BAKI BERAKHIR PADA 30 S
………………………………… Disahkan oleh,
(Pn Ruhana Bt Mat Harun)
Bendahari PIBG Sk Budu …………………………………….
(Tn Hj Azahari b. Hj Sabudin)
Pengerusi PIBG Sk Budu

TUAN IBUBAPA DAN GURU(PIBG),SK BUDU

PANJANG JANUARI 2021-SEPTEMBER 2021

TARIKH BUTIR-BUTIR KREDIT
RM 160
9/3/2021 PEMBELIAN 1 UNIT KIPAS ANGIN BERDIRI

Jumlah Perbelanjaan RM 160.00
Jumlah Baki RM 6312.17

JUMLAH RM6472.17

SEPTEMBER 2021 : RM 6312.17 Disemak oleh,
Disemak oleh,
…………………………
………………………….. (Pn Nor Hazwani bt Razali)
(Pn Nora bt Jidin) Juruaudit 2
Juruaudit 1

2


Click to View FlipBook Version