Disempurnakan oleh : Puan Zuraidah binti Mohamad Zubit Guru Besar SK Kelana Jaya (2) 10JUN2023 | SABTU | 8.30PAGI DEWANMINI S K K E L A N A J A Y A ( 2 ) K A L I K E - 3 4
G U R U B E S A R Puan Zuraidah binti Mohamad Zubit 1 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan limpah kurnia rahmatNya, kita dapat bersama-sama berkumpul dan berbincang untuk kejayaan anak-anak dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-34. Kehadiran ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi serta besar ertinya sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG yang banyak memberi sumbangan dari segi tenaga dan kewangan membantu pihak sekolah. Sesungguhnya dengan adanya kerjasama yang erat antara PIBG dan sekolah, saya yakin kita mampu melonjakkan sekolah ini ke tahap yang cemerlang dan gemilang. SK Kelana Jaya (2) sentiasa berusaha merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti pada setiap tahun demi memastikan pembangunan sekolah ini meningkat dan membawa kebaikan kepada warga sekolah. Kejayaan demi kejayaan telah diterokai oleh warga sekolah baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Semua kejayaan in adalah hasil kesepaduan muafakat bersama. Suntikan semangat kejayaan ini dan kecemerlangan anak-anak terletak pada kita semua. Sesungguhnya gabungan usaha, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amat penting untuk memastikan anak-anak menempuh gelombang perubahan yang sentiasa diduga dengan pelbagai kerenah dan cabaran. Oleh itu, sumbangan PIBG dari segi material dan sokongan moral merupakan nadi penggerak dalam semua aktiviti pendidikan dan pembangunan prasarana telah banyak memberi peranan dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah ini dalam pelbagai bidang. Akhir sekali, pada kesempatan yang ada saya ingin merakamkan terima kasih kepada Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 dan tidak ketinggalan kepada Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-34 ini kerana telah memberi sumbangan bakti yang amat bermakna kepada sekolah. Sekian, terima kasih.
2 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan limpah kurnia rahmatNya, kita dapat bersama-sama berkumpul dan berbincang untuk kejayaan anak-anak dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-34. Kehadiran ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi serta besar ertinya sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG yang banyak memberi sumbangan dari segi tenaga dan kewangan membantu pihak sekolah. Sesungguhnya dengan adanya kerjasama yang erat antara PIBG dan sekolah, saya yakin kita mampu melonjakkan sekolah ini ke tahap yang cemerlang dan gemilang. SK Kelana Jaya (2) sentiasa berusaha merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti pada setiap tahun demi memastikan pembangunan sekolah ini meningkat dan membawa kebaikan kepada warga sekolah. Kejayaan demi kejayaan telah diterokai oleh warga sekolah baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Semua kejayaan in adalah hasil kesepaduan muafakat bersama. Suntikan semangat kejayaan ini dan kecemerlangan anak-anak terletak pada kita semua. Sesungguhnya gabungan usaha, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amat penting untuk memastikan anak-anak menempuh gelombang perubahan yang sentiasa diduga dengan pelbagai kerenah dan cabaran. Oleh itu, sumbangan PIBG dari segi material dan sokongan moral merupakan nadi penggerak dalam semua aktiviti pendidikan dan pembangunan prasarana telah banyak memberi peranan dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah ini dalam pelbagai bidang. Akhir sekali, pada kesempatan yang ada saya ingin merakamkan terima kasih kepada Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 dan tidak ketinggalan kepada Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-34 ini kerana telah memberi sumbangan bakti yang amat bermakna kepada sekolah. Sekian, terima kasih. Y D P P I B G Encik Zulkarnain bin Md Bahrun
Pendaftaran kehadiran ibu bapa / penjaga & guru Ketibaan jemputan / Perasmi Tayangan montaj aktiviti 2023 Bacaan Doa Ucapan Yang Dipertua PIBG SK Kelana Jaya (2) Ucapan Penasihat Mesyuarat Agung PIBG SK Kelana Jaya (2) Kali Ke-34 Tahun 2023 Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah Al-Fadhil Ustaz Mohd Zawawi bin Omar En. Md. Zulkarnain bin Md. Bahrun Pn. Zuraidah binti Mohamad Zubit Majlis dijangka tamat Sesi bergambar / Bersurai 3
Pn. Zuraidah binti Mohamad Zubit : Penasihat En. Md. Zulkarnain bin Md. Bahrun : Yang Dipertua Pn. fazilah bin Kamarudin : Naib Yang Dipertua Pn. Athirah binti Ramli : Setiausaha Kehormat En. Azahar bin Ahmad : Bendahari Kehormat Pn. Nur Adillah binti Mohd Sharif : AJK Ibu Bapa Pn. Salmi Suhana binti Kamarudin : AJK Ibu Bapa Pn. Tuty Nani Asmara binti Mohd Khamis : AJK Ibu Bapa En. Mohd Faisal bin Mohd Fuad : AJK Ibu Bapa En. Muhammad Zaid bin Ghazali : AJK Ibu Bapa En. Badaali bin Samsu : AJK Ibu Bapa Pn. Marfinny binti Mohamad : AJK Ibu Bapa En. Mohd Adha bin Mohd Yasir : AJK Guru Pn. Nur Akma binti Mohd Razli : AJK Guru Pn. Nazirah binti Awang : AJK Guru Pn. Zoriati binti Osman : AJK Guru Pn. Nina binti Jamaluddin : Pemeriksa Kira-kira Pn. Aduni binti Ramali : Pemeriksa Kira-kira J A W A T A N K U A S A P I B G S K K E L A N A J A Y A ( 2 ) TAHUN 2023/202 4
Ucapan Yang Dipertua PIBG Mengesahkan minit Mesyuarat Agung yang lalu. Membentang dan menerima laporan aktiviti tahunan. Membentang dan menerima penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2022. Pembubaran AJK 2022 dan memilih jawatankuasa 2023/2024 Perbahasan dan penerimaan usul-usul Hal-Hal Lain Ucapan Penangguhan 5
6 SEKOLAH KEBANGSAAN KELANA JAYA (2) JALAN SS5/2, 47301 PETALING JAYA MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-33 TAHUN 2022 Tarikh : 26 JUN 2022 (SABTU) Masa : 09.00 PAGI – 11.42 TENGAH HARI Tempat : SECARA DALAM TALIAN (GOOGLE MEET) Kehadiran : 86 Orang (Rujuk Lampiran) 1.PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan ibu bapa kerana dapat sama-sama berkumpul walaupun secara maya untuk berbincang dan mencapai kata sepakat dalam melaksanakan program kecemerlangan anak-anak. 1.2 Pengerusi juga mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan kerjasama semua pihak, PIBG telah berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti sepanjang tahun 2021/2022 dan harap agar pihak ibu bapa dapat memberikan komitmen yang tinggi, turut memberi saranan dan sokongan kepada pihak sekolah untuk mencapai kecemerlangan yang lebih baik pada masa akan datang. Makluman : Semua ahli mesyuarat 2.PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 2.1 Minit Mesyuarat PIBG Kali Ke- 32 bertarikh 23 Oktober 2021 (Sabtu) telah disahkan sebulat suara tanpa pindaan. Pencadang : En. Muhammad Effendi bin Ali Penyokong : Pn. Hafizah binti Rauf 3.PERKARA-PERKARA BERBANGKIT. 3.1 Tiada perkara berbangkit. 4. PEMBENTANGAN AKTIVITI TAHUNAN DAN PEMBENTANGAN KEWANGAN TAHUNAN PIBG TAHUN 2022 4.1 Pembentangan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun 2021/2022 oleh Puan Athirah binti Ramli (Setiauasaha Kehormat PIBG). -Laporan tahunan aktiviti PIBG boleh dirujuk pada muka surat 15 dalam buku program yang telah dikongsikan. Makluman : Semua ahli mesyuarat
7 4.2 Pengesahan Laporan Aktiviti 2021/2022 oleh: Pencadang : Pn. Rozieana binti Jamaluddin Penyokong : Pn. Noreyda binti Nordin Tindakan: Setiausaha Kehormat 4.3 Pembentangan kewangan PIBG Berakhir pada 31 Disember 2021 oleh En. Azahar bin Ahmad (Bendahari Kehormat PIBG). 4.3.1 Laporan kewangan Tahunan PIBG sesi 2020/2021 pada muka surat 16 - 18 4.3.2 Laporan Kewangan Tahunan PIBG telah disahkan dan diterima tanpa pindaan. Pencadang: En. Effendi bin Ali Penyokong: Pn. Nurhuda binti Baharudin Tindakan: Bendahari Kehormat 5.0 PERBINCANGAN USUL DAN CADANGAN. 5.1 Cadangan usul oleh ibu bapa/penjaga 5.1.1 Usul 1 – Pn. Nur Afiza binti Abd Rasid, En. Mohamad Effindee bin Ali dan En. Mohd Nizam bin Ngah mencadangkan penambahbaikan tandas murid. 5.1.1.1 Pn Zuraidah binti Mohamad Zubit memaklumkan bahawa pembaikan dan penyelenggaraan tandas kali pertama telah dijalankan pada November 2021 dan pembaikan tandas ini memerlukan kos yang sangat besar.Oleh itu, pihak sekolah telah membuat permohonan daripada pihak PPD, KPM dan Parlimen Seri Setia. Tindakan: Guru Besar 5.1.2 Usul 2 – En. Azharisam bin Jusoh mencadangkan penyediaan kek sambutan Hari Jadi murid bagi setiap bulan. 5.1.2.1 Pn Zuraidah binti Mohamad Zubit memaklumkan bahawa sambutan Hari Jadi adalah salah satu acara Program Guru Penyayang. Justeru, tiada paksaan bagi pembelian kek dan sebagainya. Ibu bapa yang ingin meraikan hari lahir anak boleh berhubung dengan guru kelas untuk mendapatkan kebenaran daripada pentadbiran. Tindakan: Guru Besar Guru Kelas
8 5.1.3 Usul 3 – Pn. Nur Afiza binti Abd Rasid mencadangkan pembelian buku tulis secara online. 5.1.3.1 Pn. Zuraidah binti Mohamad Zubit memaklumkan bahawa kedai buku sekolah diuruskan oleh syarikat luar yang berjaya dalam tender.Oleh itu, pembelian buku secara online agak sukar dilaksanakan kerana pihak kedai buku tidak mempunyai kakitangan yang ramai untuk menjalankan urusniaga atas talian seperti urusan bank, pembungkusan dan pengeposan buku yang dibeli. Makluman: Pembawa usul Semua ahli mesyuarat 5.1.4 Usul 4 – En. Azharisam bin Jusoh mencadangkan untuk mengadakan Kelas Tambahan Tahun 6. 5.1.4.1 Pn. Zuraidah binti Mohamad Zubit memaklumkan kelas tambahan tidak dijalankan pada tahun ini kerana tiada lagi peperiksaan dijalankan. Murid-murid akan ditaksir dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang akan dijalankan sepanjang tahun oleh guru-guru. Makluman: Pembawa usul Semua ahli mesyuarat 5.1.5 Usul 5 – En. Azharisam bin Jusoh mencadangkan penyediaan stok baju sukan. 6.1.5.1 Pn. Zuraidah binti Mohamad Zubit memaklumkan bahawa pihak sekolah tidak mempunyai bajet yang besar untuk membuat tempahan baju sukan yang banyak. Namun, pihak sekolah akan membuat pesanan kedua dan ketiga berdasarkan permintaan ibu bapa dari semasa ke semasa. Makluman: Pembawa usul Semua ahli mesyuarat 5.1.6 Usul 6 – Pn. Fathin Norain binti Saidin mencadangkan jualan makanan berkhasiat di kantin. 5.1.6.1 Pn. Zuraidah binti Mohamad Zubit memaklumkan bahawa pihak sekolah telah berbincang dengan pihak pengusaha kantin dan pihak pengusaha kantin akan mengambil tindakan berkenaan hal tersebut. Tindakan: Guru Besar Pengusaha Kantin
9 5.1.7 Usul 7 – En. Mohd Nizam bin Ngah mencadangkan supaya pihak sekolah menganjurkan aktiviti gotong-royong. 5.1.7.1 Pn. Zuraidah binti Mohamad Zubit memaklumkan pihak sekolah mempunyai perancangan untuk mengadakan gotong-royong perdana dalam masa terdekat tertakluk kepada arahan KPM tentang aktiviti ini. Buat masa ini, gotong-royong berskala kecil telah dijalankan oleh guru kelas tetapi kurang mendapat sambutan daripada pihak ibu bapa. Tindakan: Guru Besar Guru Kelas Semua ahli mesyuarat 5.1.8 Usul 8 – Pn. Suhana binti Sairin mencadangkan parkir dan laluan untuk mengambil anak di perkarangan sekolah. 5.1.8.1 Pn. Zuraidah binti Mohamad Zubit memaklumkan pihak sekolah tidak boleh membuat parkir dan laluan khas untuk murid-murid di perkarangan sekolah kerana jalan di hadapan sekolah adalah di bawah pentadbiran MBPJ. Namun pihak sekolah telah membuat laluan tetap pada waktu datang dan balik murid menggunakan kon untuk sementara waktu bagi melancarkan pergerakan ibu bapa. Puan Zuraidah binti Mohamad Zubit juga memohon kepada semua ibu bapa untuk bertolak ansur dan mematuhi arah laluan serta arahan menurun dan mengambil anak kurang 3 minit bagi mengurangkan kesesakan. Tindakan: Guru Besar Semua ibu bapa/penjaga 6.0 HAL-HAL LAIN 6.1 Berhenti di Laluan Turunkan Anak. 6.1.1 En. Mohd Nazri bin Awang menyuarakan isu masih terdapat ibu bapa yang berhenti di laluan tersebut malah turun bersama anak untuk menghantar anak ke pintu pagar sekolah. 6.1.2 Guru Besar memohon kerjasama daripada semua ibu bapa/penjaga dan pemandu bas/van untuk mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Tindakan: Guru Besar Semua ibu bapa/penjaga 6.2 Encik Syibri bin mengharapkan pihak sekolah dapat menyediakan seorang pengawal untuk menjaga trafik laluan di hadapan sekolah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. 6.2.1 Guru Besar memaklumkan seorang pengawal keselamatan sekolah sentiasa ada di hujung kon bagi mengawal trafik dan perjalanan keluar masuk kereta di hadapan sekolah. Tindakan: Guru Besar Semua ibu bapa/penjaga
10 6.3 Penambahbaikan Tandas. 6.3.1 Puan Rozieana binti Jamaluddin bertanyakan tempoh masa untuk mendapat maklum balas dari pihak Pejabat Pendidikan Daerah mengenai isu penambahbaikan tandas. 6.3.2 Guru Besar memaklumkan tempoh masa bergantung kepada pihak Pejabat Pendidikan Daerah untuk meluluskan permohonan yang telah dibuat oleh pihak sekolah. Namun, Guru Besar memaklumkan bahawa kini tandas sekolah berada dalam keadaan sangat baik dan bersih berbanding dahulu. Makluman: Semua ahli mesyuarat 6.4 Sesi Fotografi Tahunan. 6.4.1 Puan Dalila binti Adham mengutarakan soalan berkenaan penghasilan buku majalah sekolah tahunan dan sesi fotografi tahunan bagi setiap kelas, guru-guru dan kakitangan sekolah sebagai kenangan pada masa hadapan. 6.4.2 Guru Besar memaklumkan sesi fotografi tahunan akan diadakan pada hujung sesi persekolahan. Ibu bapa boleh mengakses gambar aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah melalui Facebook Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya (2). Tiada penghasilan majalah sekolah dibuat setakat ini kerana memerlukan kos dan tenaga kerja yang lebih ramai dari sekarang. Makluman: Semua ahli mesyuarat 6.5 Pentaksiran Bilik Darjah. 6.5.1 Puan Rozieana bin Jamaluddin dan Puan Marfinny bin Mohamad bertanyakan mengenai pemakluman Pentaksiran Bilik Darjah kepada ibu bapa. 6.5.1.1 Guru Besar memaklumkan Pentaksiran Bilik Darjah telah pun dijalankan bermula pada awal sesi persekolahan dan seperti yang ibu bapa sedia maklum bahawa Pentaksiran Bilik Darjah sememangnya dijalankan sepanjang tahun oleh setiap guru mata pelajaran dan tiada tempoh dan had masa yang diperuntukkan. 6.5.1.2 Guru Besar turut memaklumkan semua ibu bapa akan diberikan satu salinan slip Tahap Penguasaan bagi setiap mata pelajaran sebanyak dua kali setahun, pada pertengahan tahun (September) dan hujung persekolahan (Mac). 6.5.1.3 Bagi murid yang memerlukan bimbingan khas, Guru Besar , Penolong Kanan dan guru terlibat akan berjumpa secara individu dengan ibu bapa terlibat bagi sesi perbincangan bagi membantu perkembangan semasa anak-anak mereka. Tindakan : Guru Besar Penolong Kanan Semua guru
6.6 Aktiviti Sukan. 6.6.1 Puan Nur Atiqah binti Nordin bertanyakan sama ada aktiviti sukan akan dilaksanakan atau tidak. 6.6.1.1 Guru Besar memaklumkan bahawa aktiviti sukan sekolah akan dilaksanakan pada bulan September namun masih tertakluk kepada tarikh pilihan raya. Sekiranya, pilihan raya berjalan semasa perancangan aktiviti sukan pada bulan September maka aktiviti sukan sekolah akan ditangguhkan ke bulan Oktober. Makluman: Semua ahli mesyuarat 6.7 Aktiviti Gotong-Royong. 6.7.1 Encik Syibri bin Samsuddin menyuarakan soalan berkenaan penglibatan ibu bapa dalam aktiviti gotong-royong sekolah. 6.7.1.1 Guru Besar memaklumkan kebiasaannya aktiviti gotong- royong perdana akan melibatkan semua ibu bapa. Namun, buat masa ini , pihak sekolah hanya akan mengadakan aktiviti gotong-royong berskala kecil yang melibatkan guru kelas bagi menceriakan bilik darjah tersebut. Makluman: Semua ahli mesyuarat 6.8 Pra Sekolah dan Tahun 1 sesi 2023. 6.8.1 Guru Besar memaklumkan pihak sekolah menerima ramai permohonan masuk ke Tahun 1.Namun begitu, pihak sekolah tidak dapat menerima kemasukan yang ramai oleh kerana pada tahun 2023 pihak sekolah kekurangan kemudahan fizikal iaitu kelas bagi menampung jumlah murid memohon masuk. Makluman: Semua ahli mesyuarat 6.8.2 Permohonan kemasukan prasekolah dan tahun 1 secara dalam talian telah pun ditutup namun ibu bapa boleh membuat permohonan secara manual bagi mengelakkan keciciran penempatan. Tindakan: Ibu bapa/penjaga terlibat 6.8.3 Pihak sekolah hanya boleh menerima dua puluh lima orang murid sahaja murid prasekolah dan surat akan diberikan kepada murid yang berjaya diterima masuk pada bulan Oktober (tertakhluk kepada sistem). Makluman: Semua ahli mesyuarat 6.8.4 Ibu Bapa murid Pra Sekolah dan Tahun 1 juga diingatkan untuk mewujudkan aplikasi Telegram dalam alat peranti masing-masing bagi memudahkan pihak sekolah dan ibu bapa berkomunikasi serta menerima maklumat penting daripada pihak sekolah. Makluman: Semua ahli mesyuarat 7.0 PENUTUP 7.1 Encik Md Zulkarnain bin Md Bahrun, YDP PIBG telah mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua ibu bapa/penjaga yang hadir meluangkan masa mengikuti Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-33 ini. 7.2 Guru Besar mengucapkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG sesi 2021/2022 . Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua ahli Jawatankuasa Pelaksana di atas kejayaan melaksanakan Mesyuarat Agung Kali ke-33 tahun ini. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.42 pagi. 11
BIL N A M A P R O G R A M TARI KH 1 Mesyuarat Agung PIBG kali ke-33 25 Jun 2022 2 Mesyuarat AJK PIBG 22 Mei 2023 3 Sambutan Hari Kanak-kanak 24 November 2022 4 Sumbangan Jersey Kejohanan Hoki Champion School 07 Februari 2023 5 Majlis Apresiasi Akademik dan Sahsiah 2022/2023 14 Februari 2023 6 Pembaikan Tandas Murid Perempuan 03 Mac 2023 7 Pembaikan perpaipan di tangga lama 27 Mac 2023 8 Pembaikan pintu tandas PRA 06 Jun 2023 12
13 P E N Y A T A P E N D A P A T A N D A N P E R B E L A N J A A N A K A U N P I B G S E K K E B K E L A N A J A Y A ( 2 ) 1 J A N U A R I 2 0 2 2 H I N G G A 2 9 D I S E M B E R 2 0 2 2 P E N D A P A T A N R M PERBELANJAAN RM BAKI 2021 2697.19 HARI ANUGERAH CMERLANG HARI KANAK-KANAK PENYELENGGARAAN SEKOLAH 2910.00 SUMBANGAN PIBG 11,620.00 AWNING SUSUR KELAS 3Z MAGNET WHITEBOARD 2 UNIT 2800.00 CAJ BANK 12.50 JUALAN HARI SUKAN SEKOLAH 150.00 SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 3055.00 CAJ BANK 2.50 CASH CHQ DR -NO 000146 390.00 CAJ BANK 2.50 CASH CHQ DR -NO 000148 3639.00 CAJ BANK 2.00 CLRG CHQ DR (Yuran PSKPP) 110.00 JUMLAH 14,467.19 JUMLAH 12,924.00 BAKI SEMASA (RM) : (14467.19-12812.50) = RM 1,543.19
14 P E N Y A T A P E N D A P A T A N D A N P E R B E L A N J A A N A K A U N P I B G S E K K E B K E L A N A J A Y A ( 2 ) 1 J A N U A R I 2 0 2 3 H I N G G A 3 0 A P R I L 2 0 2 3 P E N D A P A T A N R M PERBELANJAAN RM BAKI 2022 1543.19 HOKI ( BAJU/MAKAN MINUM) LIGA JUARA-JUARA SELANGOR 740.00 CAJ BANK 0.50 SUMBANGAN PIBG 7,860.00 2,940.00 JUMLAH 12,043.19 JUMLAH 740.50 BAKI SEMASA (RM): (12043.19 - 740.50) = RM 11,302.69
NAMA PENCADANG MUHAMMAD ROZLIN BIN ISMAIL CADANGAN Penggunaan kipas kantin waktu rehat murid, harap kipas dapat dibuka dengan cuaca panas sekarang ini. KEPUTUSAN Kipas di kantin tidak dapat digunakan kerana masalah pendawaian elektrik. Pihak JKR elektrik telah datang membuat pemeriksaan dan laporan ke KPM telah dibuat pada bulan Februari 2023. NAMA PENCADANG SYIBRI BIN SAMSUDDIN & SHAZANA BT SHUKAIMI CADANGAN Penambahan menu berkhasiat di kantin KEPUTUSAN Telah dimaklumkan kepada pengusaha kantin dan pihak pengusaha akan adakan dalam masa terdekat. NAMA PENCADANG YUSNI BINTI GHALAM CADANGAN Perbaharui suis kipas di dalam kelas agar kipas berdiri dapat dipasang dalam kelas oleh kerana cuaca panas KEPUTUSAN Telah dibuat pelaporan kepada KPM. Pemeriksaan dari JKR Elektrik juga telah dilakukan. 15
NAMA PENCADANG HANIAH BINTI ISMAIL CADANGAN Pemakluman awal dan peringatan berkala mengenai program/majlis sekolah di dalam group kelas masing-masing KEPUTUSAN Telah dilaksanakan . Mohon ibu bapa/ penjaga sentiasa alert dengan pemakluman yang dibuat. NAMA PENCADANG NUR ATIQAH BT NORDIN CADANGAN Rombongan/lawatan sambil belajar KEPUTUSAN Telah dilaksanakan. lawatan sambil belajar ke Zoo Negara pada tahun 2022. Seramai 120 orang murid telah turut serta. NAMA PENCADANG FARAWAHIDA GHAZALI CADANGAN Penggunaan aplikasi Parents QR Points untuk kemaskini aktiviti sekolah dan murid. KEPUTUSAN Akan dibuat penambahbaikan 16
NAMA PENCADANG MOHD FAZRUL ZUHAILI BIN ZAINUDDIN CADANGAN Mohon jasa guru-guru tidak meninggalkan sistem lama contohnya kerap ‘keep in touch’ dan tegas kepada anak-anak murid. KEPUTUSAN Mohon penjelasan dari pembawa usul semasa Mesyuarat Agong Kali Ke-34 NAMA PENCADANG MATHERN AGAN MATHERN CADANGAN Perlu ada pengawal menjaga pintu utama pada waktu anak-anak masuk dalam ke kawasan sekolah. KEPUTUSAN Pengawal Keselamatan berada di pintu pagar setiap pagi. Guru bertugas juga berada di pintu utama sehingga 7.40 pagi. Ibu bapa perlu hantar anak awal untuk elakkan tiada guru di pintu pagar kerana guru berada dalam kelas bermula 7.40 pagi. NAMA PENCADANG NURHUMAYRA SAFFIYA ABDUL RASHID CADANGAN Baju sukan yang dipesan, sudah hampir 4 bulan masih tidak diterima. Sila percepatkan proses. KEPUTUSAN Tempahan baju dibuka kepada ibu/bapa 27 Mac 2023 sehingga tarikh tutup tempahan pada 14 April. Jangkaan siap 2 bulan tidak mencecah 4 bulan. 17
NAMA PENCADANG SALINA ANN YAHYA CADANGAN Dewan SKKJ2 yg telah lama terbengkalai. Cadangan: baik pulih KEPUTUSAN Permohonan telah dibuat. Memerlukan kos yang banyak. Dewan bukan milik SKKJ2, Dewan milik SKKJ1 NAMA PENCADANG ROZIEANA JAMALUDDIN CADANGAN Kongsikan tarikh-tarikh penting sekolah seperti tarikh pentaksiran bilik darjah, hari sukan, acara perayaan, kem solat, dan yang sewaktu dengannya pada awal tahun permulaan sekolah agar ibu bapa dapat merancang lebih awal. Harap pihak sekolah boleh merancang semua acara dan aktiviti lazim dengan lebih berkesan. KEPUTUSAN Akan dibuat penambahbaikan dan akan dikongsikan kepada ibu bapa. Mohon ibu bapa ‘alert’ apabila telah dikongsikan. NAMA PENCADANG FARAWAHIDA GHAZALI CADANGAN Alatan pembelajaran yang diperlukan seperti bahan seni dapat dimaklumkan seminggu sebelum untuk memastikan masa yang mencukupi untuk penyediaan bahan KEPUTUSAN Akan dibuat penambahbaikan 18
19 P ENASIHAT P ENGE RUSI NAI B P ENGE RUSI SE T IAUSAHA B ENDAHAR I P ROTOKOL : P n . Z u raidah bi n ti Mo ha m ad Z ubit : E n . Md. Z u l kar nai n bi n Md. Bah r u n : P n . Siti No r bi n ti Razak : P n . No o r As l i za bi n ti Ma m at : P n . Zai nab bi n ti I s m ai l : P n . At h irah bi n ti Ra m l i : E n . Azahar bi n Ah m ad : P n . Z u raidah bi n ti Mo ha m ad Z ubit : E n . Md Z u l kar nai n bi n Md. Bah r u n : P n . Faz i lah bi n ti Ka m ar udi n : P n . Siti No r bi n ti Razak : P n . No o r As l i za bi n ti Ma m at : P n Zai nab bi n ti I s m ai l P ENGA C ARA MAJ L IS P n . Na z ir a h b i n ti A w a n g T EKNIKAL /SIARAYA E n . Mo h d Ad h a b i n Mo h d Ya s ir E n . Az a h a r b i n Ahma d BA C AAN DOA E n . Mo h d Z a w a w i b i n Oma r BUKU P ROGRAM/DOKUMENTASI P n . At h ir a h b i n ti R aml i P ENDAF TARAN/KEHADI RAN P n . Ad u n i b i n ti R ama l i P n . S h a ri z a w a w i b i n ti K a s im JURU GAMBAR E n . Z a riff u d d i n b i n Z u l k ifl i P EN C ATAT MINI T P n . Z o ri a ti b i n ti Osma n C i k Nu r u l Afif a h b i n ti No r d i n E n . Z u l H a ffi z b i n Z u l k h ifl i MUL T IMEDIA/MONTAJ E n . Z a riff u d d i n b i n Z u l k ifl i BANNE R P n . At h ir a h b i n ti R aml i E n . Mo h d Z a w a w i b i n Oma r
20 P E RSIAPAN T EMPAT E n . Az a h a r b i n Ahma d E n Z u l H a ffi z b i n Z u l k h ifl i E n Mo h d As y r a f R a s y i d i b i n Z u l k e fl i Mu h amma d Z a i d b i n Gh a z a l i B a d a a l i b i n S ams u JAMUAN VI P & I BU BAPA P n . Nu r Akma b i n ti Mo h d R a z a l i P n . R a s h i d a h b i n ti Ab d Wa h i d P n . F a z i l a h b i n ti K ama r u d i n P n S a lmi S u h a n a b i n ti K ama r u d d i n HIASAN DEWAN C i k S h u h a i l a h b i n ti Z a i n a l Ab i d i n P n . T u t y Asma r a b t. Mo h d K h ami s C i k Nu r u l Afif a h b i n ti No r d i n E n . Z a w a w i b i n Oma r E n Z a riff u d d i n b i n Z u l k ifl i HADIAH C ABUTAN B E R TUAH P n . H a l ima h b i n ti Ahma d P n . T . L a t h a A/ P T h a rma l i n g am P n . F a z i l a h b i n ti K ama r u d i n P n . Nu r Ad i l l a h b i n ti Mo h d S h a rif KESE LAMATAN & LALU L INTAS P n . Na j w a b i n ti Me r z u k i C i k H a n i z a b i n ti No o r Ab d u l Az i z JURUKI RA & P EN C ATAT UNDI E n . Mo h d As y r a f R a s y i d i b i n Z u l k e fl i P n . At h ir a h b i n ti R aml i
SK Kelana Jaya (2) SK Kelana Jaya (2) proud2bekj2