The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Haziatul Rasin, 2024-05-09 20:16:07

stki perubatan islam

stki perubatan islam

MPU23052 SAINS TEKNOLOGI KEJURUTERAAN DALAM ISLAM Bidang Perubatan: Sulaman Kecantikan dari Perspektif Syariah NAMA NO. MATRIKS HAZIATUL RAIHAZWIN BINTI RASIN 07DKA23F1005 NURUL AIN FARHANA BINTI JAMSARI 07DKA23F1015 NOR LAILATUL SYUHADAH BINTI ROSLAN 07DKA23F1084 ROSMAINEE DIBA KHAN BINTI MOHD RAOF 07DKA23F1096 SITI SHAHIRAH BINTI NATSIR 07DKA23F1099 USTAZAH FAREEHA NABILA BINTI PUTRA


PENDAHULUAN Sulam bedak ialah proses memasukkan bedak ke dalam pigmen kulit menggunakan Micro Needle Theraphy System Derma Rolling. Sulam bedak bertujuan mengurangkan pigmentasi, bintik hitam, bekas jerawat, tona kulit tidak sekata, menutupi pori dan kulit kusam menjadi cerah serta merta dengan rawatan ini. Serum bedak asas berpigmen akan ditusuk ke permukaan kulit (lapisan atas) dan kekal dalam beberapa minggu. Ini menampakkan wajah seolah telah memakai bedak. Derma Pen dengan microneedles menggunakan teknologi nano jarum digunakan untuk menerapkan serum ke kedalaman kulit. Jarum mikro ke lapisan atas kulit dengan kelajuan dan kedalaman jarum dapat disesuaikan mengikut kawasan kulit yang sedang dirawat. Kedalamannya antara 0.25 hingga 1.5 milimeter. Aplikasi dilakukan dengan menggunakan pergerakan bulat selama 7 hingga 10 minit untuk setiap kawasan muka. [2] Terdapat dua jenis rawatan sulam bedak iaitu sulam bedak separa kekal (semi-permanent foundation) dan sulam bedak kekal. Menurut pengusaha kecantikan dalam akhbar Metro menyatakan kaedah rawatan sulaman bedak separa kekal menggunakan jarum nano dermapen dan serum krim BB. Ia tidak rasa sakit kerana serum itu diletakkan sedikit demi sedikit pada wajah sebelum digelek ke seluruh wajah menggunakan jarum. Ia dapat membantu kulit wajah menjadi bersih dan berseri. Sementara itu, kaedah sulam bedak kekal (tatu) menggunakan teknik sulaman menggunakan jarum mikro dan warna yang dimasukkan dalam lapisan kulit bersifat kekal selama sekurang-kurangnya setahun.


ISI 1 Menghasilkan penemuan sains, teknologi dan kejuruteraan yang memberi manfaat kepada keselesaan manusia. - Sulam bedak yang dibuat bertujuan merawat wajah untuk menghilangkan kusam, bintik-bintik hitam, panau, jeragat dan jerawat adalah dibolehkan sekiranya ingin menutup aib dan cela pada wajah di samping mendapatkan nasihat pakar kulit. Selain itu, sulam bedak juga dapat melembabkan kulit, mengurangi garis-garis halus dan kerutan, mengurangi komedo dan pori-pori tersumbat serta mengurangi munculnya lingkaran hitam. Seterusnya, ia bermanfaat untuk pengidap rosacea untuk menutupi kemerahan dan kapiler yang pecah. Di samping itu, sulam bedak juga tidak akan menyumbat pori-pori dan tidak menyebabkan jerawat kerana pigmen ada di dalam kulit. Berbeza dengan produk yang diaplikasikan di atas pori-pori. Melakukan eksperimen dengan bijaksana tanpa niat jahat. - Terdapat dua jenis rawatan sulam bedak iaitu sulam bedak separa kekal (semipermanent foundation) dan sulam bedak kekal. Menurut pengusaha kecantikan dalam akhbar Metro menyatakan kaedah rawatan sulaman bedak separa kekal menggunakan jarum nano dermapen dan serum krim BB. Ia tidak rasa sakit kerana serum itu diletakkan sedikit demi sedikit pada wajah sebelum digelek ke seluruh wajah menggunakan jarum. Ia dapat membantu kulit wajah menjadi bersih dan berseri. Sementara itu, kaedah sulam bedak kekal (tatu) menggunakan teknik sulaman menggunakan jarum mikro dan warna yang dimasukkan dalam lapisan kulit bersifat kekal selama sekurang-kurangnya setahun. ISI 2 1. Setiap perkara dinilai berdasarkan niat (Al Umur Bi-Maqasidiha) - Keyakinan tidak hilang semata dengan syak. - Niat yang sering dilakukan oleh umat islam ialah ingin menjadi cantik dan diminati oleh orang ramai dengan membuat sulam bedak tetapi niat tersebut adalah salah. Kerana serum ataupun dikenali sebagai foundation itu ditanam di dalam kulit kita . Sulam bedak juga salah satu cara mengubah ciptaan Allah SWT. 2. Kesusahan membawa kemudahan (Al-Mashaqqah Tajilibu at-Taisir) - Rawatan BB Glow dikatakan 100 peratus selamat walaupun dalam aplikasi jangka panjang sekiranya bahan berkualiti tinggi dan alat steril digunakan dan rawatan tersebut diberikan oleh profesional terlatih. Teknologi jarum mikro menghalang jarum masuk ke dalam kulit. Oleh itu, tidak ada kerosakan pada kulit. Secara umum, prosedurnya selesa namun kesannya ialah, kebas, tegang pada kulit dapat dirasakan. Tambahan pula, serum BB bebas daripada alkohol, alergen, benzofenon, pewangi, formaldehid, paraben, minyak mineral, atau pewarna sintetik. Kemungkinan kesan sampingan sangat jarang dan kecil, namun ini mungkin termasuk rasa sakit, kemerahan, atau jangkitan.


Walau bagaimanapun, sebilangan besar risiko BB Glow berkaitan dengan bahan yang disuntik. Ini mungkin termasuk kepada reaksi alahan, dermatitis kontak (ruam gatal), jangkitan, PIH (Pigmentasi pasca-inflamasi), granuloma (parut), toksik organ, kerosakan sel, dan barah (kesan akan datang). Justeru, sekiranya rawatan sulam bedak tersebut terdedah risiko yang tidak diketahui tanpa sebarang jaminan, maka sebaiknya memilih rawatan kosmetik bagi menutup aib dan cela pada wajah dengan kaedah yang terjamin keselamatannya. Kosmetik yang boleh mendatangkan kemudaratan pada kulit wajah perlu dielakkan. Sebelum menggunakan sebarang solekan kosmetik perlu merujuk kepada pakar terlebih dahulu. Sekiranya penggunaan sulam bedak memberi risiko bahaya dan diakui oleh pembuktian kajian saintifik yang menyatakan sulam bedak mendatangkan risiko (mafsadah) yang lebih besar berbanding manfaatnya maka ia dilarang atas kemudaratan yang berlaku, Ini berdasarkan kaedah fiqh: دَ ْر ء المفَا ِسِد ولى أ ِم ْن ِب َ َجل الم َصاِلح ْ Maksudnya: “Menghindari kerosakan lebih utama daripada memperolehi kebaikan.” (Rujuk al-Asybah wan Nazhoir, al-Subki (1/105) 3. Kemudaratan hendaklah dihapuskan (Ad-Darar Yuzal) - Kemudaratan hendaklah dihapuskan kerana salah satu dari prinsip-prinsip dalam kaedah fiqh sulam bedak. Ini bermaksud bahawa jika penggunaan sulam bedak membawa kemudaratan atau bahaya kepada individu, masyarakat, atau agama, maka penggunaannya perlu dihapuskan atau dihindari. Dalam konteks ini, kemudaratan merujuk kepada apa-apa yang boleh membawa mudarat atau merugikan.


PENUTUP Setelah meneliti dalil yang dikemukakan, kami menyatakan bahawa rawatan sulam bedak yang bertujuan untuk menutup cela pada wajah seperti bintik-bintik hitam, tona kulit yang sekata, memudarkan parut jerawat adalah harus selagi ia tidak mengubah ciptaan Allah, tiada unsur penipuan terhadap kecantikan wajah yang asli mahupun terdedah pada mudarat selain memastikan bahan yang digunakan halal dan tidak menghalang air sampai ke kulit. Tambahan pula, tujuan penggunaan produk kosmetik hanya sekadar menutupi pucat pada wajah selain melengkapkan penampilan zahir yang merupakan perkara tahsiniyyah selagi tiada unsur solekan yang mengubah bentuk asal. Harus merawat wajah untuk menghilangkan bintik-bintik hitam, panau, jeragat dan jerawat sekiranya lebih cantik jika dihilangkan. Tambahan pula, kaum wanita diharuskan untuk bersolek agar tampil cantik di hadapan suaminya. Rawatan kosmetik yang boleh mengubah ciptaanNya hanya boleh diterima pada situasi keperluan mendesak dan bukan semata-mata untuk kecantikan (tahsiniyyah). Adapun, rawatan kosmetik sulam bedak bersifat kekal seperti kaedah tatu mahupun mendatangkan risiko adalah dilarang. Akhir kalam, marilah kita mensyukuri nikmat kurniaan-Nya serta redha dengan rupa dan bentuk fizikal yang telah Allah SWT ciptakan untuk hamba-hamba-Nya


MAKSUD (KEISTIMEWAAN) • Sutera labah-labah adalah lima kali lebih kuat berbanding besi keluli . Benang sutera digunakan bagi memanjat , membentuk alas dinding licin bagi sarang dalam tanah , membina kantung telur , membalut mangsa , menyimpan sementara sperma dan banyak lagi kegunaan yang lain . • Benang ini juga lebih nipis daripada rambut manusia , lebih ringan daripada kapas tetapi lebih kuat daripada besi waja diakui sebgai material yang terkuat didunia . • Benang labah-labah lima kali lebih kuat dari serat waja dengan ketebaln yang sama . Ia memiliki gaya tegang 150 ribu kilometer persegi . Jika seutas tali bergaris Tengah 30cm terbuat daripada benang labah-labah . Ia mampu menahan berat 150 buah kereta. • Labah-labah dapat mengeluarkan telur antara 200 hingga 300 biji dalam setiap musim . Daripada jumlah tersebut , 90 peratus akan menetas manakala selebihnya akan menjadi makanan untuk anak yang baru menetas .


Click to View FlipBook Version