TERIMA KASIH, KAWAN NURUL FILZAH
CERITA NURUL FILZAH
1 Di sebuah taman yang hijau dan indah, Hafaz dan Chong selalu bermain bersama-sama. Walaupun berlainan bangsa, mereka tetap menjalinkan hubungan yang baik seperti adik-beradik.
Suatu hari ketika mereka sedang mengayuh basikal, Chong terdengar suara orang meminta tolong. “Hafaz, dengar tak suara manusia?, ” tanya Chong. “Aku dengar. ” , jawab Hafaz. “Dari mana bunyi suara tangisan itu? Kita perlu cari suara itu. ” , kata Zarul. 2
Mereka mengayuh basikal menghampiri bunyi tangisan tersebut. Semakin lama, semakin kuat bunyi tersebut. 3
Setibanya di kawasan bunyi tersebut, mereka menghentikan basikal mereka di kawasan yang selamat. Chong memimpin rakan-rakannya yang lain. 4
Mereka melihat seorang kanak-kanak berbangsa India sedang menangis di tepi gelongsor. Mereka bertiga berjalan kearah kanak-kanak tersebut. 5
Hafaz bertanya kepada kanak-kanak tersebut, “Kenapa kamu menangis?” . Kanak-kanak tersebut melihat mereka dengan muka yang amat sedih. “Saya sesat. Saya tidak tahu di mana ibu bapa saya. Saya ingin pulang. ” , kata kanak-kanak tersebut. “Kamu penduduk baru di taman ini?” , tanya Chong. “Ya. Saya baru berpindah semalam. ” , jawabnya. 6
Mereka menenangkan kanak-kanak tersebut. “Baiklah, mari kami bantu untuk cari rumah kamu. ” , kata Hafaz kepada kanak-kanak tersebut. “Kamu tidak tahu rumah kamu berwarna apa?” , tanya Hafaz. “Rumah saya berwarna biru dan pagarnya berwarna putih. ” , jawab kanak-kanak tersebut. 7
“Chong, kita mula daripada lorong pertama. ” , kata Hafaz. Mereka berjalan sehinggalah lorong yang keempat kawasan perumahan tersebut. 8
“Bukan itu pagar warna putih?” , tanya Chong. “Ya! Itu rumah saya. ” , jawab kanak-kanak itu dengan gembiranya. “Terima kasih semua kerana membantu saya. Terima kasih banyak-banyak, ya. ” . “Sama-sama. Kami hanya membantu apa yang patut sahaja. Selepas ini, hati-hati semasa 9 bermain di taman. Nanti kita main bersama-sama. ” , kata Hafaz.
Mereka bersyukur kerana dapat membantu kanak-kanak tersebut pulang ke rumah dengan selamat. Ibu bapa kanak-kanak tersebut turut berterima kasih. “Terima kasih kerana baik hati menolong anak pak cik. ” , kata bapa kanakkanak itu. Mereka turut memberi ganjaran kepada mereka bertiga sebagai tanda berterima kasih. Mereka pulang semula ke untuk mengambil basikal milik mereka berdua. 10
Selepas hari itu, mereka mula bersahabat baik dan bermain bersama-sama di taman atau di mana pun mereka berada. 11
Nilai pengajaran dalam buku cerita ini : Kita perlulah saling menolong orang lain yang berada dalam kesusahan agar dapat memupuk semangat kerjasama. 1. Kita mestilah bersatu pada tanpa mengira bangsa supaya dapat hidup dalam keadaan aman damai. 2. 12
Buku cerita ini adalah sesuai untuk kanak-kanak yang berusia 7 - 9 tahun. Buku cerita ini mempunyai nilai pengajaran yang boleh diteladani oleh pembaca. Hafaz dan Chong bersahabat baik. Suatu hari, mereka menolong seorang kanak-kanak yang tersesat di taman. Mereka bersama-sama menolong kanak-kanak itu untuk pulang ke rumah.