The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by harlindappdr, 2020-08-05 22:12:32

modul 3 dan 4 finally repaired2

modul 3 dan 4 finally repaired2

Isi Kandungan

1. Guru Sebagai Perancang
2. Pembelajaran Abad ke-21 dan SKPMg2 Standard 4
3. Ekplorasi Alatan Dalam Talian
4. Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan
5. Pelbagai Gaya Pembelajaran
6. Pentaksiran dan KBAT
7. Rancangan Pengajaran Harian
8. Persekitaran Pembelajaran
9. Menganalisis Persekitaran Pembelajaran Profesional
10.Peranan Pemimpin Pertengahan (Bimbingan Instruksional)

3.1 GURU SEBAGAI PERANCANG

Kegagalan “If you fail to plan, you plan to fail” (Benjamin

guru untuk

merancang sesi PdP dengan baik bersamaan dengan merancang untuk gagal kerana tidak dapat

memastikan kelas yang diajar mendapat keseimbangan di antara bahan, kandungan dan jenis

interaksi yang berbeza. Perancangan yang teratur juga akan menentukan pencapaian matlamat yang

dikehendaki.

Berdasarkan rajah di atas, terdapat tiga komponen besar yang perlu diberi perhatian apabila
seseorang guru itu merancang sesi PdPc, iaitu Dokumen Standard, Pedagogi dan Pentaksiran.

KOMPONEN 1
KOMPONEN 2

KOMPONEN 3

3.2 PEMBELAJARAN ABAD KE-21 DAN STANDAND KUALITI
PENDIDIKAN MALAYSIA GELOMBANG 2 (SKPMg2) STANDARD 4

Pembelajaran Abad Ke-21(PAK21) merupakan satu proses pembelajaran yang berpusatkan murid
berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai
murni dan etika.

PAK21 sangat menekankan Pembelajaran Koperatif iaitu aktiviti pembelajaran kumpulan
yang disusun dalam satu bentuk di mana pembelajaran bergantung kepada pertukaran maklumat di
bawah satu struktur sosial antara murid dalam satu kumpulan. Pembelajaran koperatif adalah satu
strategi pengajaran yang berjaya di mana dalam setiap kumpulan kecil, murid dari pelbagai aras
keupayaan menggunakan pelbagai aktiviti pembelajaran untuk membantu kefahaman tentang perkara
yang dipelajari.

Setiap ahli kumpulan bertanggung jawab bukan sahaja kepada mempelajari apa yang diajar
tetapi dapat membantu rakan kumpulan untuk belajar, seterusnya mewujudkan suasana kejayaan.
Murid akan menjalankan tugasan sehingga semua ahli kumpulan berjaya memahami dan
menyelesaikan tugasan tersebut.



Sumber: Kit PAK-21 KPM















3.3 : EKSPLORASI ALATAN DALAM TALIAN
SEPINTAS LALU

KERANGKA PEMBELAJARAN ABAD KE 21



ALATAN DALAM TALIAN

3.4 OBJEKTIF PEMBELAJARAN DAN KRITERIA KEJAYAAN
KENAPA MENULIS KRITERIA KEJAYAAN ?

KENAPA MENULIS KRITERIA KEJAYAAN DAN DIKONGSI
KEPADA MURID ?

 Kurang pertanyaan semasa pelaksanaan tugasan/aktiviti.
 Murid akan lebih berdikari untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.
 Murid akan melihat gambaran keseluruhan „the big picture‟ apa yang akan mereka lakukan

seterusnya dan bagaimana untuk mencapainya
pembelajaran terbeza.
 Memudahkan murid untuk menyemak semula hasil kerja mereka.
 Hasil kerja yang lebih berkualiti kerana perlu memenuhi kriteria.

PERSAMAAN ANTARA OBJEKTIF PEMBELAJARAN (OP)

DAN KRITERIA KEJAYAAN (KK)

OBJEKTIF KRITERIA

PEMBELAJARAN (OP) KEJAYAAN (KK)
❖ Boleh dilihat oleh semua
❖ Boleh dilihat oleh semua pelajar
pelajar di dalam kelas
di dalam kelas

❖ Dalam bahasa yang mudah ❖ Dalam bahasa yang mudah
difahami murid difahami murid

❖ Diterangkan kepada pelajar ❖ Diterangkan kepada pelajar
sebelum guru mengajar sebelum guru mengajar

❖ Sentiasa dirujuki sepanjang ❖ Sentiasa dirujuki sepanjang
waktu pembelajaran waktu pembelajaran

PERBEZAAN ANTARA OBJEKTIF PEMBELAJARAN (OP) \ DAN

KRITERIA KEJAYAAN (KK)

OBJEKTIF PERBEZAAN KRITERIA
PEMBELAJARAN (OP) KEJAYAAN (KK)
ASAL
❖ DSKP (Standard RELEVAN ❖ Objektif Pembelajaran
Pembelajaran)
MENJAWAB  Bahagian Objektif
❖ Bahagian Set Induksi SOALAN Pembelajaran

❖ Bahagian Penutup  Bahagian Aktiviti
❖ Bagaimana murid
❖ Apa yang dipelajari
oleh murid menunjukkan bukti
kejayaan
❖ Pada akhir PENULISAN DI ❖ Pada akhir
DALAM RPH pembelajaran,murid
pembelajaran , murid mencapai objektif
dapat … melalui …
❖ S.M.A.R.T
❖ S.M.A.R.T CIRI SPESIFIK (fleksibel)
(berstruktur)

CONTOH :

PENULISAN OBJEKTIF PEMBELAJARAN (OP) DAN KRITERIA KEJAYAAN (KK)

Di hadapan kelas Di dalam RPH

OP: Murid dapat menyelesaikan OP: Di akhir pembelajaran, murid
masalah harian rutin yang melibatkan (audience) dapat menyelesaikan
peratus; dengan berpandukan contoh yang masalah harian rutin (behaviour) yang
diberi guru; tanpa sebarang kesalahan melibatkan peratus; dengan
KK: Saya dapat: berpandukan contoh yang diberi guru
Menganalisa pengiraan peratus dalam 3 (condition); tanpa sebarang kesalahan
situasi dalam kehidupan harian yang (degree)
diberikan oleh guru. KK: Murid dapat:
Membuat pengiraan peratus terhadap 2 Menganalisa pengiraan peratus dalam 3
situasi masalah harian (di dalam situasi dalam kehidupan harian yang
kumpulan) di atas kertas mahjong diberikan oleh guru.
berdasarkan kad situasi yang diberikan Membuat pengiraan peratus terhadap 2
oleh guru. situasi masalah harian (di dalam
Mempamerkan hasil tugasan dan kumpulan) di atas kertas
menyemak pengiraan kumpulan lain sebak(mahjung) berdasarkan kad situasi
semasa aktiviti jejak galeri yang diberikan oleh guru.
Mempamerkan hasil tugasan dan
menyemak pengiraan kumpulan lain
semasa aktiviti jejak galeri

“Penulisan objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan yang betul adalah
penting untuk membantu murid memahami proses PdP pada hari tersebut.”

3.5 PELBAGAI GAYA PEMBELAJARAN

Terdapat pelbagai gaya pembelajaran yang boleh diaplikasikan dalam TS25 untuk meningkatkan
keupayaan penguasaan murid-murid.

KECERDASAN PELBAGAI

Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner (2000) mendasari dua prinsip asas iaitu manusia
mempunyai kecerdasan yang pelbagai dan semua orang dapat mengembangkan kesemua kecerdasan
ini ke satu tahap yang kompeten. Menurut Howard Gardner, kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-
mata dan kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan,
suasana pembelajaran dan lain-lain. Terdapat 9 kecerdasan pelbagai yang telah dikemukakan oleh
Gardner.

Kinestetik Linguistik
Logik
Visual
Ruang Eksistensial Matematik

Muzikal

GAYA PEMBELAJARAN

Menurut model gaya pembelajaran VAK oleh Fernald, Keller, Orton, Gillingham, Stillman dan
Montessori (1920) yang membahagikan gaya pembelajaran kepada tiga iaitu gaya pembelajaran
visual, gaya pembelajaran auditori dan gaya pembelajaran kinestetik

PEMBELAJARAN TERBEZA

Pembelajaran terbeza bermaksud murid belajar secara optimum mengikut aras atau situasi murid.
Pembelajaran terbeza mengambil kira tahap pembelajaran murid, kecenderungan serta kemampuan
pembelajaran. Dalam sesuatu PdPc adalah perlu untuk pembelajaran terbeza ini berlaku supaya
murid dapat mencapai objektif pembelajaran. Pembelajaran terbeza mengambil kira 4 aspek iaitu
melalui kandungan, proses, hasil (produk) dan persekitaran pembelajaran.

PEMBELAJARAN TERBEZA

Guru boleh membezakan

Kandungan Proses Hasil/ Produk Persekitaran
Pembelajaran
berdasarkan kepada
Profil Pelajar
Kesediaan Minat

untuk meningkatkan

Perkembangan Motivasi Kecekapan

ELEMEN PENGAJARAN TERBEZA

KANDUNGAN PROSES HASIL/PRODUK PERSEKITARAN
PEMBELAJARAN
Meliputi topik dalam Meliputi aktiviti yang Sesuatu yang
sukatan pelajaran dilaksanakan untuk dihasilkan atau Membina iklim bilik
atau DSKP mencapai objektif dipersembahkan oleh darjah
murid

Meliputi ilmu yang Mempertimbangkan Hasil daripada Pdp Integrasi alatan digital
terkandung dalam gaya pembelajaran yang dilalui murid dan teknologi
bahan PdP individu murid

Menyediakan sumber Mengambil kira cara Menunjukkan Pengurusan keadaan
tambahan mengikut murid memahami kefahaman murid dan fizikal bilik darjah
keperluan murid maklumat, idea dan bermakna kepada
kemahiran yang perlu murid
dikuasai

Menyediakan pilihan Mempelbagaikan Penghasilan dari Ruang Belajar di dalam
kepada murid untuk proses pembelajaran
mendalami bergantung kepada kepelbagaian cabaran, kelas, luar kelas atau
pembelajaran cara murid belajar
pilihan dan interpretasi secara maya

murid

3.6 PENTAKSIRAN & KBAT

Pentaksiran perlu bermakna untuk memberi impak positif kepada proses PdP dan mengenal pasti
keperluan KBAT dalam kurikulum, pedagogi dan pentaksiran dalam amalan PdP sebagai strategi
yang membawa kepada kejayaan murid.

Definisi Pentaksiran Berasaskan Sekolah:
● Untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan murid yang dirancang, dilaksana dan
dilaporkan oleh guru berkenaan.
● berlaku secara formal dan tidak formal untuk menentukan tahap penguasaan sebenar murid.

PBS melibatkan TIGA proses :
1. Pengukuran: Proses menentukan pencapaian kuantitatif.Contoh:( 92/100)
2. Penilaian: Proses memberi gred atau nilai kepada pengukuran.Contoh:(Gred 80-100 markah)
3. Pentaksiran: Proses mengumpul data, membuat interpretasi, dan membuat
keputusan.Contoh:(AfL,AoL,AaL)

3.6.1 JENIS-JENIS PENTAKSIRAN

1. Pentaksiran UNTUK pembelajaran (AfL)
Pentaksiran formatif yang terjadi semasa arahan untuk digunakan di dalam perkhidmatan
pembelajaran peringkat seterusnya

2. Pentaksiran SEBAGAI pembelajaran (AaL)
Pentaksiran yang terjadi semasa murid memantau secara individu apa yang mereka pelajari
dan menggunakan maklum balas daripada pemantauan tersebut untuk membuat pertukaran,
penyesuaian dan juga perubahan besar di dalam kefahaman mereka.

3. Pentaksiran TENTANG pembelajaran (AoL)
Pentaksiran sumatif direka untuk mengesahkan pembelajaran dan untuk melaporkan kepada
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ibu bapa dan murid tentang kemajuan mereka di
sekolah.

3.6..2 CIRI-CIRI PENTAKSIRAN SEKOLAH

3.6.3 INSTRUMEN PENTAKSIRAN

● Projek
● Senarai Semak
● Pentaksiran Rakan Sebaya
● Soal Jawab
● Pentaksiran Kendiri
● Kuiz
● Temuduga
● Lembaran Kerja
● Ujian Bertulis

3.7 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ialah rangka kerja yang disediakan lebih awal oleh guru
sebelum menjalankan sesi pembelajaran dan pemudahcaraan PDPC) di dalam bilik darjah dalam satu
jangka waktu yang telah ditetapkan. RPH dibina sebagai panduan para guru untuk mengajar dengan
lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk mencapai apa yang diobjektifkan dalam sesi PDPC.
RPH ini sangat penting untuk dijadikan sebagai bahan bukti bahawa guru telah membuat
perancangan rapi terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas.



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

BAHAGIAN 1 : AKTIVITI PEMULA/ SET INDUKSIKOMPONEN KEMAHIRAN

PEMULA/ SET INDUKSI



BAHAGIAN 2 : AKTIVITI UTAMA

AKTIVITI UTAMA MENGANDUNGI 3 KOMPONEN UTAMA

Komponen Komponen Komponen
1. 2. 3.

Penyampaian Isi Praktis Penyemakan
Kandungan / Pemahaman
Pengajaran

CONTOH-CONTOH IDEA AKTIVITI UTAMA
• Menggunakan kaedah pembelajaran koperatif seperti Think-Pair-Share, Roam and Remain
dan sebagainya.
• Menggunakan Teknik penyoalan mengikut aras.
• Menggunakan peta i-Think.
• Menggunakan lagu.
• Menggunakan gambar.

BAHAGIAN 3 : AKTIVITI PENUTUP Contoh melalui
“exit ticket”,
AKTIVITI PENUTUP kuiz, lisan dll..

Guru BERTANYA Nilai sejauh
murid tentang mana objektif di
pembelajaran
capai
mereka
Ambil perhatian
Mesti respons pelajar
merujuk/dikaitkan
dengan Objektif

Pembelajaran

Memberitahu guru
apa yang perlu
diajar semula
(sekiranya perlu)

Memberi panduan Buat refleksi
untuk pengajaran untuk

akan datang penambahbaika
n

CONTOH-CONTOH IDEA AKTIVITI PENUTUP
• Menggunakan “Exit Ticket”.
• Menggunakan Teknik Penyoalan.
• Menggunakan Teknik “Jigsaw”.
• Menggunakan Rumusan Grafik.

Kegagalan Menyediakan RPH ?

Jika disabitkan dengan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5000 atau boleh dipenjarakan
selama satu tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

Rujukan: Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum
Kebangsaan) 1997: Perkara 11: Penalti

4.1 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

Kemenjadian murid dan sekolah berkualiti merupakan tonggak utama program Transformasi Sekolah
2025 (TS25). Seluruh warga sekolah berkongsi aspirasi yang sama untuk memberi tumpuan
terhadap pembelajaran yang bermakna yang melibatkan semua murid. Sekolah perlu menjadi tapak
yang subur untuk menyediakan ruang dan peluang pembelajaran yang berterusan dalam kalangan
warganya. Persekitaran Pembelajaran Profesional diperlukan oleh sekolah untuk membina
keupayaan dan kelestarian melaksankan agenda Transformasi Program TS25 iaitu perubahan yang
melibatkan seluruh aspek budaya sekolah. Semua pihak perlu terlibat dalam pembelajaran,
terutamanya pembelajaran profesional yang mempunyai kesan secara langsung dengan pembelajaran
murid.

Kerangka ini menjelaskan terhasilnya Modul 4 (Persekitaran Pembelajaran Profesional) melalui
merangkai Modul 1 (Kepimpinan), Modul 2 (Pemimpin Pertengahan) dan Modul 3 (Pedagogi).



INKUIRI PEMBELAJARAN PROFESIONAL

Adaptasi daripada H. Timperley, A.Wilson, H.Barrat & I.Fung (2007)

4.2 MENGANALISIS PERSEKITARAN PEMBELAJARAN PROFESIONAL

KONSEP SEKOLAH BERKUALITI

KONSEP KEMENJADIAN MURID

PERSEKITARAN PEMBELAJARAN PROFESIONAL
MULTI LAYER MODEL

CONTOH



4.3 PERANAN PEMIMPIN PERTENGAHAN (BIMBINGAN INSTRUKSIONAL)

The Impact Cycle

Menurut Model Jim Knight terdapat 3 proses yang akan berlaku serentak iaitu :
1. Kenal Pasti ;

a. Realiti semasa
b. Matlamat
c. Strategi pengajaran
2. Belajar ;
d. Pemodelan
e. Senarai semak

3. Meningkat ;

f. Hala tuju
g. Kemajuan
h. Peningkatan
i. Tindakan

Model Bimbingan Instruksional (IC) berasaskan tujuh prinsip 'perkongsian' (partnership) seperti
disarankan oleh Jim Knight (2007, 2013, 2017).

Kesaksamaan Pembimbing instruksional (IC) dan guru adalah rakan kongsi yang
(Equality) sama.
Pilihan (Choice)
Guru harus membuat pilihan mengenai apa dan bagaimana mereka
Suara (Voice) belajar.

Dialog Pembelajaran profesional perlu memberi peluang dan
Refleksi menghormati suara guru.

Praktikal Pembelajaran profesional harus mengupayakan dialog autentik.
Timbal balik
(Reciprocity) Refleksi adalah sebahagian daripada pembelajaran profesional.

Guru harus menerapkan pembelajaran mereka terhadap amalan
kehidupan sebenar mereka ketika mereka belajar.

Pembimbing instruksional harus mendapat kembali sebanyak yang
mereka berikan.

PEMBIMBING INSTRUKSIONAL

Pembimbing instruksional (IC) merupakan rakan kongsi / rakan pembelajaran guru untuk
membantu mereka meningkatkan pengajaran dan pembelajaran supaya murid menjadi lebih
berjaya. Untuk melakukan ini, IC bekerjasama dengan guru untuk mendapatkan gambaran yang
jelas tentang realiti semasa, mengenal pasti matlamat, memilih strategi mengajar untuk memenuhi
matlamat, memantau kemajuan, dan menyelesaikan masalah sehingga matlamat dipenuhi.

PERANAN PEMBIMBING INSTRUKSIONAL

Pembimbing instruksional ialah rakan kongsi guru untuk:

● Menganalisis realiti semasa.
● Menetapkan matlamat.
● Mengenal pasti dan menerangkan strategi mengajar untuk mencapai matlamat.

● Memberi sokongan sehingga matlamat dipenuhi.

PENDEKATAN BIMBINGAN INSTRUKSIONAL

TOP DOWN RAKAN KONGSI (PARTNERSHIP)
Pematuhan (Compliance) Komitmen

Orang luar bilik darjah mengetahui keperluan Orang dalam bilik darjah mengetahui

murid keperluan murid

Satu saiz untuk semua Satu saiz untuk seorang
Maklum balas membina Dialog

Pembimbing memikirkan penyelesaian Guru memikirkan penyelesaian
Menghukum (Judgemental) Tidak menghukum

Status pembimbing lebih tinggi Status pembimbing dan guru adalah sama
Akauntabiliti terhadap pemimpin Akauntabiliti terhadap murid


Click to View FlipBook Version