The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by harlindappdr, 2020-02-19 00:01:26

KERTAS KERJAbmsm

KERTAS KERJAbmsm

KERTAS KERJA
KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL(PLC)
AUDIT TATABAHASA BAHASA MELAYU BAKU TINGGI
PEMIMPIN PERTENGAHAN (MLT) MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU

DAERAH ROMPIN PAHANG
TAHUN 2020

PENDAHULUAN

Bahasa Melayu yang dapat dijadikan alat pemikiran mestilah Bahasa Melayu yang
gramatis atau baku, iaitu bahasa yang teratur mengikut tatabahasa yang didasarkan pada sistem
bahasa Melayu itu sendiri. Pemikiran secara teratur tidak mungkin dapat dinyatakan dalam
ucapan dan tulisan dengan bahasa yang tidak mematuhi tatabahasa. Oleh itu, hukum tatabahasa
Melayu perlu dipatuhi oleh guru-guru secara berdisiplin, sehingga mereka sekali gus dapat
belajar berdisiplin dengan satu cara hidup berbudaya tinggi. Disiplin dalam penggunaan bahasa
dapat menjadi asas untuk berfikir dan bertindak menurut disiplin dalam kehidupan seharian.
Dengan adanya bengkel tatabahasa ini, para guru dapat memberi pendedahan mantap dan utuh
kepada para murid dan berkongsi ilmu dengan rakan komuniti sekolah.

Persediaan sama ada daripada aspek ilmu dan teknik menjawab soalan amatlah penting
dalam menjamin kualiti jawaban murid ketika menjawab soalan peperiksaan. Justeru,
bengkel ini amat berguna dalam memberi info dan input kepada murid tentang kekuatan dan
kelemahan mereka semasa menjawab soalan. Penekanan juga akan diberikan terhadap kaedah
penyampaian efektif dengan bahan yang padat, berinformatif serta mengikut ketetapan
Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

MATLAMAT

1. Melahirkan guru Bahasa Melayu yang aktif, berilmu dan mahir menggunakan sistem
tatabahasa bahasa Melayu Baku.

2. Membantu guru menguasai ilmu tatabahasa yang betul dan menepati kehendak
peperiksaan.

3. Meningkatkan kualiti dan kuantiti guru bahasa Melayu agar dapat menjawab
kemusykilan tatabahasa yang dikemukakan oleh murid mereka.

1|Halaman

OBJEKTIF

1. Guru dapat menguasai sistem tatabahasa yang betul.
2. Guru mengetahui tatacara penggunaan tatabahasa yang betul dalam proses penulisan.
3. Meningkatkan pencapaian kualiti dan kuantiti dalam peperiksaan PT3 dan SPM.

RASIONAL

Ceramah ini diadakan untuk membantu guru Bahasa Melayu menguasai aspek tatabahasa yang
betul bagi meningkatkan pencapaian murid daripada segi kualiti dan kuantiti selain membantu
meningkatkan pencapaian sekolah dalam peperiksaan PT3 dan SPM.

Ceramah ini juga diharapkan dapat membantu meningkatkan dan mengekalkan kebitaraan
peratus lulus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu di daerah Rompin.

PENGANJUR

Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM) dan
Sektor Pembelajaran Bidang Bahasa
Pejabat Pendidikan Daerah Rompin

TAJUK PROGRAM

Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)
Audit Tatabahasa Bahasa Melayu Baku Tinggi
Pemimpin Pertengahan (MLT) Mata Pelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Menengah Daerah Rompin

TARIKH 2 Mac 2020 (Isnin)
MASA 9:00 PAGI - 04:00 PETANG

2|Halaman

TEMPAT

Bilik Bahasa
SMK Muadzam Jaya

JAWATANKUASA PELAKSANA

i) Penganjur : Pengerusi MPSM
ii) Bendahari : Bendahari MGB
iii) Penyelaras : SISC+ Bahasa PPDR

PESERTA

1. 18 orang Ketua Bidang Mata Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah
2. 18 orang Ketua Panitia Mata Pelajaran Bahasa Melayu
3. 18 orang guru Bahasa Melayu

Jumlah : 54 orang

STRATEGI
Program akan dijalankan menggunakan kaedah penerangan persembahan slaid
dan sesi perbengkelan.

BAHAN/ SUMBER
Penggunaan LCD, Sistem PA dan Modul Edaran Aktiviti Amali.

3|Halaman

PELAKSANAAN/TENTATIF

Masa Perkara Tindakan

0800-0900pagi Pendaftaran dan Sarapan

0900-1030pagi Ejaan Kontroversi BM Baku

1030-1100pagi Minum pagi

1100-01.00tghari Rumus Tatabahasa BM Baku Tinggi

01.00 - 02.30 ptg Rehat

0230-0430 petang Tatacara Penggunaan Kamus Dewan

ANGGARAN PERBELANJAAN
Bayaran Individu : RM30 seorang ( Anggaran : RM30 x 54 peserta : RM1650)
Makan penceramah dan pegawai ; RM45
Tempat : Percuma
Makan & Minum : (Minum pagi + Makan tengahari ) RM12 seorang
( Anggaran : RM12 x 54 peserta : RM648)
Sagu hati penceramah X 6 jam : RM 900.00
JUMLAH : RM1593

SUMBER KEWANGAN
Bayaran Individu : RM30 seorang ( Anggaran : RM30 x 54 peserta : RM1650)

4|Halaman

BUTIRAN PENCERAMAH

NOR AZIZI BIN MOHD. ISA
41, LORONG 10A
TAMAN SAUJANA JAYA
34000 TAIPING
PERAK
Tel: 0194231111

LATAR BELAKANG PENGALAMAN:

1. MUNSYI DEWAN
Dewan Bahasa dan Pustaka

2. EDITOR MANUSKRIP BUKU TEKS BAHASA MELAYU DBP
Kementerian Pendidikan Malaysia

3. EDITOR TEKS ANTOLOGI KOMSAS TINGKATAN LIMA (SEJADAH RINDU)
Kementerian Pendidikan Malaysia

4. EDITOR BUKU SOKONGAN BAHASA MELAYU (DBP)
Kementerian Pendidikan Malaysia

5. PANEL PENILAI MANUSKRIP BUKU TEKS BM (DBP)
Kementerian Pendidikan Malaysia

5|Halaman

6. PANEL PENILAI MANUSKRIP BUKU TEKS BM (Bahagian Buku Teks)
Kementerian Pendidikan Malaysia

7. PANEL KAWAL MUTU BUKU TEKS BM (DBP)
Kementerian Pendidikan Malaysia

8. PANEL PEMBACA LUAR BUKU TEKS BM (DBP)
Kementerian Pendidikan Malaysia

9. PANEL PEMURNIAN BUKU TEKS PKJR
Kementerian Pendidikan Malaysia

10. PANEL PEMURNIAN RPT KELAS KHAS
KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENGHAFAZ AL-QURAN (KKQ)
Jabatan Pendidikan Agama Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia

11. PANEL PENGGUBAL MODUL DAN SOALAN BAHASA MELAYU
Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia

12. PENSYARAH TAMU
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia

13. PANEL PEMURNIAN DSKP BAHASA MELAYU
Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia

6|Halaman

14. JURULATIH UTAMA BM
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

15. PEMBACA LUAR BUKU TEKS BAHASA MELAYU, KPM
Dewan Bahasa dan Pustaka

16. PENULIS KERTAS MODEL (BM)
Sasbadi Sendirian Berhad

17. PENYEDIA TEKS BIODATA PEMENANG ANUGERAH DOKTOR KEHORMAT
(PhD)

Universiti Tempatan (IPTA & IPTS)

18. HAKIM PROGRAM NILAM NEGERI PERAK
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, JPN Perak

19. PENCERAMAH TEKNIK JAWAB BAHASA MELAYU UPSR / PT3 / SPM

20. PENCERAMAH DAN PEMUDAH CARA KURSUS PENULISAN DOKUMEN RASMI
DBP

21. PENCERAMAH KURSUS BAHASA MELAYU
(kakitangan awam, kakitangan swasta, pelajar IPT, calon UPSR, calon PT3 dan calon SPM)

7|Halaman

PENUTUP
Program ini akan terlaksana dengan jayanya jika sekiranya semua pihak yang terlibat dapat
menjalin kerjasama kerja, buah fikiran dan tenaga secara berkualiti. Lantaran itu, semua guru
Bahasa Melayu amnya dan guru Bahasa Melayu PT3 dan SPM khasnya dapat meningkatkan
ilmu pengetahuan dalam Tatabahasa Melayu dan seterusnya dapat berkongsi ilmu ini dengan
semua guru Bahasa Melayu di sekolah masing-masing.Dengan ini semoga hasrat PPD Rompin
agar warga guru Rompin memartabatkan bahasa Melayu pada landasan yang bermakna.

Disediakan oleh:

…………………………………………..…
()
SISC+ BAHASA
PPD ROMPIN

8|Halaman


Click to View FlipBook Version