The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SAIFULNAZIF BIN SAIFULNIZAM_5 RUBY_BUKU SKRAP DIGITAL 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MARDIATUL VIZA BINTI OMAR KPM-Guru, 2023-09-17 11:51:14

SAIFULNAZIF BIN SAIFULNIZAM_5 RUBY_BUKU SKRAP DIGITAL 2023

SAIFULNAZIF BIN SAIFULNIZAM_5 RUBY_BUKU SKRAP DIGITAL 2023

Keywords: BUKU SKRAP DIGITAL

BUKU SKRAP DIGITAL MERDEKA 2023 TOKOH KEMERDEKAAN TUN ABDUL RAZAK BIN DATUK HUSSEIN MAKLUMAT MURID: SAIFUL NAZIF BIN SAIFULNIZAM 5 RUBY


2 ISI KANDUNGAN KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 BIODATA TOKOH KEMERDEKAAN 3-4 1.1 PENDIDIKAN AWAL 1.2 PENGAJIAN TINGGI 2.0 JASA DAN SUMBANGAN TOKOH KEMERDEKAAN 4- 6 2.1 PENDIDIKAN 2.2 EKONOMI 2.3 PEMBANGUNAN LUAR BANDAR 2.4 PERHUBUNGAN ANTARABANGSA 3.0 PENUTUP 6 4.0 LAMPIRAN 7


3 1.0 BIODATA TOKOH KEMERDEKAAN Tun Abdul Razak Bin Datuk Hussein yang juga dikenali sebagai ‘Bapa Pembangunan’ telah dilahirkan pada 11 Mac 1922 di Pulau Keladi, Pekan, Pahang. Nama Abdul Razak itu bermakna, ‘Hamba Allah’, maka benarlah beliau sentiasa memikir dan bekerja menurut suruhan Allah di mana sentiasa memikir dan berusaha membaiki kehidupan rakyat jelata. Bapa beliau digelar Orang Kaya Indera Shahbandar Datuk Hussein Bin Mohd Taib iaitu daripada keturunan pahlawan Sulawesi, Indonesia yang datang ke Tanah Melayu untuk berdagang dan kemudian menetap di Pahang. Ibu Tun Abdul Razak bernama Hajah Teh Binti Daud dan merupakan orang biasa. Tun Abdul Razak adalah daripada keluarga yang bertaraf bangsawan dan hidup dalam serba kemewahan. Oleh itu, keluarga beliau amat disegani di kalangan penduduk Pekan, Pahang. Tun Abdul Razak menjalani kehidupan yang tidak berbeza daripada orang lain. Beliau dibesarkan secara sederhana kerana bapanya tidak mahu beliau hidup dalam kemewahan. Di peringkat awal zaman kanak-kanak, beliau tinggal di Pulau Keladi, Pekan, Pahang iaitu rumah datuknya. Apabila bapa beliau telah dinaikkan pangkat dan dipindahkan ke Temerloh, Pahang, Tun Abdul Razak telah dihantar untuk tinggal bersama datuk sebelah bapanya di Kampung Jambu, Langgar, Pekan dalam suasana kampung yang penuh disiplin. 1.1 PENDIDIKAN AWAL Di Sekolah Melayu Kampung Jambu Langgar inilah Abdul Razak mendapat pendidikan awal. Beliau terpaksa berulang alik sejauh empat batu dengan berjalan kaki dan berkaki ayam dari rumah ke sekolah. Sekolah Jambu Langgar tersebut berdindingkan papan, beratapkan nipah dan berlantaikan tanah. Sejak sekolah rendah lagi Tun Abdul Razak telah menunjukkan kemampuan yang cemerlang dalam bidang pelajaran. Sewajarnya beliau dihantar ke Maktab Melayu Kuala Kangsar iaitu sebuah sekolah untuk golongan bangsawan dan berada sahaja pada masa itu. Pada tahun 1939, Tun Abdul Razak dilantik menjadi pegawai dalam percubaan bagi Perkhidmatan Pentadbiran Melayu. Seterusnya pada 31 Mei 1940, beliau menamatkan pengajian di Maktab Kuala Kangsar. Beliau telah menerima biasiswa yang membolehkan beliau mengambil kursus selama tiga tahun dalam bidang ekonomi, undangundang dan sejarah di Raffles College.


4 1.2 PENGAJIAN TINGGI Raffles College ialah sebuah pusat pengajian tinggi yang telah ditubuhkan di Singapura untuk kursus diploma. Bersama-sama beliau di Kolej itu ialah Lee Kuan Yew (bekas Ketua Menteri Singapura) dan Ungku Aziz (kini profesor dan bekas Naib Canselor Universiti Malaya). Pengajian di Raffles College tergendala apabila Perang Dunia Kedua meletus dan setelah Jepun menakluk Singapura, kolej itu ditutup. Tun Abdul Razak tiada pilihan lain, lalu pulang ke Pahang. Tun Abdul Razak bersama-sama Ghazalie Shafie, sahabat lamanya mengusulkan satu cara gerila untuk menentang Jepun. Beliau juga menghubungi Angkatan 136, kumpulan gerila ynag menentang Jepun. Beliau menjadi Kapten bagi pasukan gerila itu yang mendapat bantuan pihak British. Disebabkan peranan beliau yang aktif menentang Jepun, Tun Abdul Razak diberikan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang di United Kingdom pada tahun 1947. Oleh sebab tidak pasti sama ada akan diterima belajar di Universiti London atau tidak, beliau telah menandatangani suatu perjanjian untuk memasuki Lincoln’s Inn of Court bagi mempelajari undang-undang. Kecekapannya terbukti lagi apabila beliau berjaya menamatkan pengajian undang-undang di Lincoln’s Inn, London hanya dalam tempoh lapan belas bulan. 2.0 JASA DAN SUMBANGAN TOKOH KEMERDEKAAN 2.1 PENDIDIKAN Pada tahun 1955, Tun Razak dilantik sebagai Menteri Pelajaran Malaya yang pertama. Sebagai Menteri Pelajaran, Tun Abdul Razak membentuk Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956. Penyata ini yang diumumkan pada 16 Mei 1956 telah digubal dengan tujuan mengubah-corak pembelajaran pelajar-pelajar. Perkara-perkara terkandung di dalamnya termasuk menyelaraskan sukatan pelajaran semua aliran sekolah di negara ini serta pengiktirafan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di pusat-pusat pendidikan, termasuk penyemarakan keharmonian kaum sejak dari peringkat tadika. Sebagai Menteri Pelajaran, Tun Razak membina 3,000 buah sekolah dan membolehkan tiga juta orang dewasa buta huruf membaca dan menulis melalui kelas-kelas dewasa yang dijalankan di kampung-kampung.


5 2.2 EKONOMI Pentadbirannya yang tidak sampai enam tahun telah menyaksikan pembangunan yang begitu pesat di seluruh negara. Dasar Ekonomi Baru telah diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak pada pertengahan 1971 untuk membasmi kemiskinan di kalangan semua kaum dan menyusun semula aktiviti ekonomi ke arah pembahagian kekayaan negara yang lebih saksama. Beliau dan “generasi kedua” ahli politik Melayu melihat begitu perlunya penyelesaian perbezaan jurang ekonomi dan sosial di antara kaum, terutama sekali setelah rusuhan kaum 13 Mei 1969. Kepimpinan Tun Razak juga melihat peningkatan dalam penglibatan Bumiputra di dalam sektor ekonomi khususnya dengan penubuhan agensiagensi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan PERNAS hasil dari cadangan-cadangan Kongres-Kongres Ekonomi Bumiputra. 2.3 PEMBANGUNAN LUAR BANDAR Tun Razak amat menitikberatkan kemajuan luar bandar. Beliau menganggap apa yang penting dalam sistem demokrasi ialah keseimbangan sosial dan ekonomi di mana semua rakyat dapat memainkan peranan dalam, dan meraih hasil dari kemajuan negara. Sejajar itu, beliau digelar Bapa Pembangunan Malaysia. Antara inovasinya ialah Rancangan Buku Hijau peringkat kebangsaan yang telah dilancarkan pada 20 Disember 1974. Rancangan Buku Hijau ini menumpukan perhatian kepada penggunaan tanah yang sepenuhnya, tanaman jangkapendek (selingan dan bukan selingan), perkebunan cara berkelompok, rancangan ternakan, rancangan pelihara ikan air tawar, pemasaran yang baik dan projek-projek kecil. Matlamat rancangan ini ialah menambahkan pengeluaran bahan-bahan makanan supaya cukup untuk keperluan negara, menambahkan pendapatan rakyat luar bandar sebagai usaha mengurangkan tekanan inflasi dan menggalakkan kerjasama rakyat, wakil rakyat dan pegawai kerajaan supaya lebih cergas melibatkan diri dalam usaha-usaha pembangunan. Pada tahun 1960, Tun Abdul Razak juga memperkenalkan Buku Merah yang mengandungi pelbagai projek pembangunan untuk setiap daerah. Buku Merah ini terdapat di Bilik Gerakan Negeri dan Daerah di seluruh negara dan menjadi panduan kepada pegawaipegawai kerajaan dalam menggerakkan pembangunan luar bandar seperti pembinaan jalan, parit, surau, klinik, kelas dewasa, perkhidmatan telefon, dan sebagainya. Melalui usaha ini


6 juga, maka terbentuk pelbagai agensi kerajaan untuk mencapai matlamat pembangunan, termasuk Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). 2.4 PERHUBUNGAN ANTARABANGSA Dasar luar Malaysia adalah kesinambungan kepada dasar dalam negeri yang bertujuan untuk menjaga dan mengekalkan keselamatan, keharmonian, kesejahteraan ekonomi dan lain-lain kepentingan negara. Di bawah Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak, Malaysia mula memberi penekanan kepada dasar berkecuali (non-aligned) dan telah menjadi ahli Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) pada tahun 1970. Tun Razak mengubah dasar luar negara Malaysia yang sebelum ini pro-Barat kepada dasar yang neutral; Malaysia berbaik dengan semua negara tanpa mengira kefahaman dan ideologi mereka. Hubungan diplomatik dijalinkan dengan China dan negara-negara Indochina dan kerjasama di rantau ASEAN dipertingkatkan. Pada masa yang sama, Malaysia memberi penekanan kepada konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) dan South East Asia Nuclear Weapon Free Zone (SEANWFZ). Selain itu, semasa kepimpinan Tun Abdul Razak juga, Malaysia telah menganggotai Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan mula dikenali sebagai sebuah “negara Islam”. 3.0 PENUTUP Tun Abdul Razak semasa hayat beliau telah banyak mencurahkan tenaga dan usahanya kepada perjuangan menegakkan kedaulatan negara, kesejahteraan rakyat dan keamanan dunia. Jasanya yang tidak ternilai ini diharapkan dapat dicontohi serta diteladani oleh semua pemimpin - pemimpin dan juga seluruh rakyat Malaysia. Tun Abdul Razak meninggal dunia pada 14 Januari 1976 di London kerana penyakit leukemia. Jenazah AllahyarhamTun Abdul Razak telah disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara.Ketokohan Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein selaku pemimpin yang terkenal dengan jolokan Bapa Pembangunan berjaya melonjakkan Malaysia ke mercu kegemilangan pada era kepemimpinannya. Perdana Menteri kedua itu menyerlahkan kepemimpinannya sebagai pemimpin yang berjiwa besar, mendengar permasalahan rakyat, berani mengambil risiko dan tidak takut untuk membuat keputusan selain memiliki idea luar biasa dalam membangunkan negara.


7 4.0 LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version