The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KEJADIAN PERISTIWA 13 MEI 1969 YANG MERUPAKAN TITIK HITAM DALAM SEJARAH NEGARA MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ezmeerdaniel, 2022-10-20 13:32:41

PERISTIWA 13 MEI 1969

KEJADIAN PERISTIWA 13 MEI 1969 YANG MERUPAKAN TITIK HITAM DALAM SEJARAH NEGARA MALAYSIA

PERISTIWA 13 MEI 1969
PENGHALANG

KESEPADUAN NASIONAL

PRA KATA

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

Alhamdulillah dengan keizinan-NYA,majalah
‘Tragedi 13 Mei Penghalang Kesepaduan Nasional’
dapat kami hasilkan . Dikesempatan ini ,kami ingin

mengucapkan ribuan terimas kasih terutama
kepada pensyarah kami Puan Siti Noor Binti Husain
keranabanyak memberi tunjuk ajar kepada kami

untuk menghasilkan majalah ini.

Antara maklumat dan input yang kampi peroleh
semasa proses pembuatan majalah ini adalah
betapa pentingnya untuk kita memupuk perpaduan
diantara kaum yang terdapat di Malaysia ,supaya
peristiwa 13 Mei ini tidak akan berulang kembali .

Akhir kata, kami memohon sepuluh jari sekiranya
terdapat kekurangan didalam majalah kami dan
kami dan kami berharap agar semua pembaca
mendapat mesej utama yang kami ingin sampaikan

menerusi majalah kami.

Sekian terima kasih.

1

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA
SURAT
OBJEKTIF
3-4
PENGENALAN 5-6
7-16
LATAR BELAKANG DAN FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA 17-20
PERISTIWA 13 MEI INI BERLAKU. 21-25
26-29
USAHA-USAHA YANG DILAKUKAN BAGI MENGAWAL KEADAAN 30-31
PERISTIWA DAN MEMBENTUK SEMULA PERPADUAN. 32-33

DASAR YANG DILAKUKAN AGAR LEBIH OLEH KERAJAAN DALAM
MEMBENTUK PERPADUAN SELEPAS PERISTIWA 13 MEI INI
BERLAKU
LANGKAH LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL OLEH SEMUA PIHAK
UNTUK MENGEKALKAN PERPADUAN DAN MEMASTIKAN
PERISTIWA 13 MEI INI TIDAK BERLAKU LAGI.
PENGAJARAN

KESIMPULAN

2

OBJEKTIF

3

OBJEKTIF

• Untuk mengkaji dan mengetahuhi
kronologi serta faktor faktor yang
membawa peristiwa ini berlaku.

• Untuk mengetahui usaha usaha
yang dilakukan bagi mengawal
keadaan peristiwa dan membentuk
semula perpaduan.

• Untuk mengenalpasti dasar yang
dilakukan oleh kerajaan dalam
membentuk perpaduan.

• Untuk mengetahui langkah Langkah
yang diambil oleh semua pihak
untuk mengekalkan perpaduan di
Malaysia .

4

PENGENALAN

5

PENGENALAN

Peristiwa 13 Mei merupakan peristiwa rusuhan
kaum yang berlaku pada tahun 1969 adalah
kemuncak masalah perpaduan di Malaysia.Ia
lebih dikenali sebagai PERISTIWA 13 MEI
1969.Peristiwa ni telah mengakibatkan
kehilangan nyawa dan harta benda dan
mempunyai kaitan yang rapat dengan Pilihan
Raya 1969. Tragedi yang berlaku pada 13 Mei
1969 ini merupakan satu titik hitam dalam
sejarah negara Malaysia.

6

LATAR BELAKANG

7

LATAR BELAKANG

ISU PERKAUMAN DALAM
PILIHAN RAYA 1969

Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi
dan sentimen menjadi tema utama

sepanjang kempen pilihanraya yang telah
menaikkan semangat kaum-kaum di

Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya
1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli

politik terutamanya daripada parti
pembangkang, telah membangkitkan soal-

soal sensitif berkaitan dengan Bahasa
Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan
istimewa orang Melayu (Bumiputera) dan
hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini
telah menimbulkan perasaan perkauman

dan syak wasangka.

8

KAUM CINA MERAIKAN
KEMENANGAN

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman
keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan dimana
majoritinya berbangsa Cina telah menang besar
di kawasan Batu , Selangor. Beliau minta
kebenaran polis untuk berarak meraikan
kemenangan parti tersebut di Selangor yang
menyaksikan 50:50 di Selangor Dikatakan kaum
Cina yang menang telah berarak dengan
mengikat penyapu kepada kenderaan mereka
sebagai lambang kemenangan mereka
menyapu bersih kerusi sambil melaungkan
slogan perkauman.

9

PERARAKAN KEMATIAN CINA

Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina
akibat sakit tua diarak sepanjang jalan

dengan kebenaran polis. Namun perarakan
kematian bertukar menjadi perarakan

kemenangan pilihan raya dengan menghina
Melayu

RUMAH MENTERI BESAR SELANGOR

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada
pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya
peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi
yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-

dua pihak.

10

REGIMEN RENJER

Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru
dan askar dari Regimen Renjer ambil alih.

Malangnya pasukan ini terdiri dari Melayu, Iban,
Cina, India dan lain-lain turut menembak orang-
orang Melayu dan menyebabkan orang Melayu

semakin meradang.

ASKAR MELAYU

Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan
digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa
bangunan rumah kedai di sekitar Kampung
Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus
terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar
Melayu. Malangnya beberapa askar Melayu
turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan

mengambil harta benda di sana

11

PANGGUNG ODEON
Pemuda-pemuda Cina yang ganas dan jahat

dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak
mengepung Panggung Odeon, di Jalan
Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Beberapa iklan disiarkan di skrin pawagam
menyuruh penonton dari kalangan bangsa
Cina keluar dari panggung. Iklan tersebut

dalam bahasa Cina.

12

FAKTOR FAKTOR YANG
MEMBAWA KEPADA

PERISTIWA 13 MEI INI
BERLAKU

13

LAYANAN BERAT SEBELAH
TENTERA JEPUN

❖ Masyarakat Tanah Melayu telah dilayan
secara berbeza-beza.

❖ Masyarakat Cina dilayan dengan begitu teruk
oleh tentera jepun berbanding orang melayu .

❖ Hal ini telah menyemai permusuhan antara
orang-orang melayu dan cina.

LATAR BELAKANG
PENDIDIKAN YANG

BERBEZA

❖ Sistem pedidikan sebelum merdeka 14
terbahagi kepada 3 bahagian:

i. Melayu:menulis,membaca dan mengira
sekadar peringkat sekolah menengah.

ii. Cina:kokurikulum,guru-guru dan buku-buku
teks dari negara.

iii. Inggeris:khusus untuk kaum cina dan india
yang tinggal di bandar.Untuk mengukuhkan
keperibadian etnik yang telah sedia wujud.

PERASAAN TIDAK PUAS
HATI TERHADAP HAK

ISTIMEWA ORANG MELAYU

PAP telah menyuarakan secara lantang tentang
isu hak istimewa orang melayu di perlambagaan
kerana mereka mendakwa hak-hak kaum lain
diketepikan dan tersisih dari keadilan.Menurut
Jomo dalam bukunya isu sebenarnya adalah
perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa
orang melyu tetapi pada hakikatnya taraf
ekonmi orang melayu adalah terkebawah
berbanding kaum lain.

BAHASA MELAYU
SEBAGAI BAHASA

RASMI NEGARA

Berikutan pengisytiharran kemerdekaan Tanah
Melayu 1957, sebuah Perlembagaan
Persekutuan telah di bentuk di antaranya ialah
kedudukan Bahasa melayu dan Bahasa
inggeris sebagai Bahasa rasmi negara.Selepas
10 tahun tahun merdeka,kerajaan akan
mengkaji semula tentang kedudukan Bahasa
inggeris bertujuan menggugurkan Bahasa
inggeris sebagai Bahasa rasmi.Pada 31 Ogos
1967 pelbagai usaha yang di lakukan oleh
kerajaan untuk memperluaskan penggunaan
Bahasa melayu

15

DASAR PECAH DAN
PERINTAH PENJAJAH

INGGERIS

Dasar perintah inggeris yang mengamalkan
konsep ini adalah Tindakan yang berkesan
dan menjadi punca wujudnya jurang antara
kaum sama ada dari segi ekonomi dan
polarisasi kaum.Seperti orang cina tinggal di
bandar untuk menjalankan peniagaan dan
perlombongan sebagai pelombong dan
merekalah yang sebenarnya yang
mempunyai aset yang tinggi dalam ekonomi.
Orang melayu pula tinggal di luar bandar
sebagai petani dan nelayan kecil dan orang
india sebagai buruh kasar kerajaan dan
pekerja di ladang.Hakikatnya,kegiatan
ekonomi orang melayu dan india yang
bercorak sara diri.Hal ini menyebabkan
kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera
khususnya melayu menjadi lemah dan
ketinggalan.Corak penglibatan ekonomi yang
berbeza seperti ini yang menyebabkan
kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak
seimbang.

16

USAHA-USAHA YANG
DILAKUKAN BAGI

MENGAWAL KEADAAN
PERISTIWA DAN

MEMBENTUK SEMULA
PERPADUAN.

17

MENGISYTIHAKAN
DARURAT

Kerajaan telah mengisytiharkan darurat pada 16
Mei 1969 di seluruh negara bertujuan:
❖ Untuk menenangkan keadaan yang tidak

terkawal.
❖ Memberi masa kepada pihak yang terlibat

untuk bertenang dan berfikir secara rasional
tentang Tindakan mereka.
❖ Cuba menghentikan kekacauan yang
berlaku dalam masa yang singkat.

MEMBENTUK MAJLIS
GERAKAN

NEGARA(MAGERAN)

MAGERAN diketuai oleh Timbalan Perdana
Menteri Malaysia pada Ketika itu Tun Abdul
Razak.Pemimpin-pemimpin parti
politik,pegawai-pegawai kanan kerajaan dan
pegawai tinggi polis dan tentera turut
menganggotai.Antaranya ialah Tun Dr
Ismail,Tan Siew Sin,Tun G.T Sambatan,Dato
Hamzah bin Abu Samah,Tan Sri Abdul Kadir
Shamsudin,Tan Sri Mohd Salleh Ismail dan
Jeneral Tunku Osman Tunku Mohd Jiwa

18

MENUBUHKAN MAJLIS 19
PERUNDANGAN NEGARA

❖ Ditubuhkan pada Januari 1970.
❖ untuk membentuk perpaduan negara antarra

kaum di Malaysia.
❖ Untuk menilite isu-isu perpaduan negara.
❖ Mencari jalan penyelesaian masalah yang

melibatkan pelbagai kaum.
❖ Bertindak sebagai penasihat kepada

MAGERAN mengenai perkara yang
besangkutan dengan perhubungan dan
integrasi kaum di Malaysia.

PEMBENTUKAN
MAJLIS MUHIBAH

❖ Ditubuhkan atas arahan daripada
MAGERAN.

❖ Diketuai oleh TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA
AL HAJ.

❖ Ada disetiap pusat:
I. Peringkat pusat
II. Daerah negeri
III. Kawasan

❖ Untuk memastikan matlamat penubuhan
majlis ini berjaya di segenap lapisan
masyarakat Malaysia.

❖ Untuk menggalakkan perkembangan
muhibah di kalangan pelbagai kaum dan
berusaha ke arah memulih Kembali
kepercayaan dan keyakinan yang telah
musnah akibat peristiwa hitam 13 Mei 1969.

MEMPERKENALKAN RUKUN
NEGARA

Rukun negara dibentuk untuk membentuk corak
masyarakat Malaysia berdasar prinsip hidup
yang boleh dijadikan pegangan antaranya ialah:
i. Untuk mencapai perpaduan dalam kalangan

selurruh masyarakat.
ii. Memelihara cara hidup demokratik.
iii. Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-

tradisi kebudayaan dan berbagai corak
iv. Membina satu masyarakat progresif yang

akan menggunakan sains dan teknologi
moden.

PENYUSUNAN SEMULA
PARTI POLITIK

Berlaku masalah 13 Mei, kebanyakan parti-
parti politik mula menyedari pentingnya
Bersatu dalam satu barisan yang
menggabungkan pelbagai kaum.Justeru
wujudlah Barisan Nasional yang lahir atas
kesedaran untuk mengatasi masalah ini.

Tujuan:
I. Mengurangkan perpecahan politik dan

sesuai dengan pindaan perlembagaan
1971.
II. Rombakan politik ini telah Berjaya
menampakkan hasil yang cukup
memberangsangkan kerana semua pihak
mula faham pentingnya perpaduan kaum.

20

DASAR YANG DILAKUKAN
OLEH KERAJAAN DALAM
MEMBENTUK PERPADUAN
SELEPAS PERISTIWA 13

MEI BERLAKU

21

1)MEMPERKENALKAN
DASAR EKONOMI BARU

(DEB)

❖ Dasar ini diperkenalkan pada tahun 1970 oleh
kerajaan dan mempunyai 2 matlamat iaitu:

-Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum.
-Penyusunan semula masyaakat.

-Pembasmian 22
kemiskinan tanpa

mengira kaum.

❖ Pembasmian kemiskinan tanpa mengira
kaum ini ditumpukan di kawasan lua bandarr
dan Kawasan bandar.

❖ Bagi memastikan matlamat untuk
menghapuskan kemiskinan tercapai,
kerajaan telah melakukan beberapa strategi
iaitu:

• Memberikan keutamaan kepada golongan
miskin untuk mendapatkan
bantuan(baja,biasiswa dan buku teks).

• Memberikan kemudahan awam melalui
kemudahan Pendidikan, kesihatan, bekalan
air dan elektrik.

-PENYUSUNAN SEMULA
MASYARAKAT.

❖ Penyusunan semula masyarakat ini telah
dilakukan untuk menyatupadukan semula
masyarakat yang telah berpecah belah akibat
ketidakseimbangan dalam perolehan dan
pengagihan kekayaan negara.

❖ Pada tahun 1990, kerajaan telah menetapkan
sasaran untuk pemilikan ekuiti dalam
perusahaan dan perniagaan iaitu:

• 70% ekuiti bagi rakyat.
• 30% ekuiti bagi kaum bumiputera.

LANGKAH-LANGKAH
UNTUK MENJAYAKAN DEB.

❖ Meningkatkan pendapatan dan taraf hidup
golongan kurang upaya.

❖ Menyusun semula corak guna tenaga dalam
sektor ekonomi tertentu.

❖ Menyusun semula pemilikan ekuiti.
❖ Melatih dan membentuk para usahawan dan

pedagang baru di kalangan masyarakat
bumiputera.
❖ Menambah kouta Pendidikan di pusat-pusat
pengajian tinggi di dalam dan lua negeri khas
untuk pelaja bumiputera.

23

2)DASAR PENDIDIKAN
KEBANGSAAN

❖ Dasar Pendidikan kebangsaan adalah hasil
daripada Akta Pelajaran 1961.

❖ Dasar ini berdasarkan daripada laporan Razak
1956 dan laporan Rahman Talib 1960.

❖ Telah dimaktubkan dalam Ordinan Pendidikan
1957.

❖ Dasa ini bertujuan untuk menyatupadukan
rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan
keturunan melalui system pelajaran yang
menitikberatkan penggunaan Bahasa melayu
sebagai system pengantara utama.

3)DASAR KEBUDAYAAN
KEBANGSAAN.

❖ Dasar ini menitikberatkan unsur-unsur
kebudayaan bagi membentuk warganegara
yang lebih baik dan membina negara yang
mencerminkan keperibadian Malaysia.

❖ Prinsip-prinsip kebudayaan kebangsaan:
• Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal

Rantau ini.
• Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai

dan Wajar Diterima
• Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam

Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan

24

4)DASAR PEMBANGUNAN
NASIONAL (DPN).

❖ Dasar ini telah diumumkan oleh Datuk
SeriDr.Mathahir Mohamad pada 17 Jun 1991
di parlimen.

❖ DPN dilaksanakan bagi menggantikan Dasar
Ekonomi Baru(DEB) dan ia terkandung dalam
Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua
(RRJP2) bagi tempoh tahun 1991-2000.

❖ Dasar ini masih mengekalkan tujuan asas DEB
dan mematlamatkan untuk mencapai
pembangunan yang seimbang bagi
mewujudakan masyarakat yang Bersatu
padu dan adil.

❖ Matlamat akhir dasar ini ialah untuk
membentuk perpaduan kaum.

25

LANGKAH-LANGKAH
YANG PERLU DIAMBIL
OLEH SEMUA PIHAK

26

HARI KELUARGA DAN
SUKAN RAKYAT

❖ Mengadakan program yang dapat melibatkan
semua masyarakat seperti program hari keluarga
dan sukan rakyat.

❖ Hal ini dapat mengurangkan tekanan kerja dan
dapat membina keteguhan dalam perpaduan
masyarakat

ACARA KEBUDAYAAN
DAN KESENIAN

❖ Mengadakan acara yang berbentuk kebudayaan dan
kesenian bagi setiap kaum di Malaysia seperti
permainan tradisi

❖ Oleh yang demikian, masyarakat kita yang berbilang
kaum akan lebih memahami dan mengenal peraturan
permainan mengikut cara setiap kaum

27

MAJLIS SAMBUTAN HARI
RAYA,UCAPAN TAHUN

BARU CINA DAN DEEPAVALI

❖ Pihak pertubuhan atau organisasi perlu
mengatur program bagi setiap hari perayaan
kaum yang ada di Malaysia

❖ Menikmati pelbagai aneka makanan yang
disediakan bersama dapat mengeratkan
hubungan persaudaraan antara kaum

❖ Melakukan kutipan sumbangan juga serba
sedikit dapat membantu mereka yang
memerlukan

❖ Mengucapkan ucapan selamat bagi setiap
perayaan dapat mengukuhkan perpaduan
rakyat.

28

BAGI PERINGKAT SEKOLAH :

PELAKSANAAN RANCANGAN INTEGRASI
MURID UNTUK PERRPADUAN (RIMUP)

❖ Mengadakan program RIMUP secara berkelompok
melibatkan pelajar-pelajar yang berbilang kaum dan
dari sekolah-sekolah lain.

❖ Kesannya,adalah baik untuk pelajar kerana mereka
dapat berinteraksi dan dapat mengukuhkan perpaduan
rakyat.

PENYERTAAN DALAM KOKURIKULUM

❖ Pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam
persatuan,permainan dan unit beuniform.

❖ Peraturan dan disiplin yang pelu dipatuhi semasa
mengikuti program dapat membentuk dan membina
masa depan pelajar yang berdisiplin

29

PENGAJARAN

30

KEHILANGAN NYAWA DAN HARTA BENDA

❖ Peristiwa 13 Mei 1969 belaku perbalahan antara
kaum melayu dan kaum cina.

❖ Mengakibatkan kerosakan harta benda dan
banyak nyawa yang terkorrban

❖ Hal ini meninggalkan kesan yang pahit kepada
kaum keluarga yang terlibat

PERINTAH BERKURUNG

❖ Selepas peristiwa 13 Mei 1969, berlaku perintah
berkurung disebabkan pecahbelah antara kaum

❖ Ini bertujuan bagi mengawal keselamatan rakyat
dan mengembalikan kestabilan negara

❖ Ia membawa kesan buruk terhadap suasana
persekitaran dan pergaulan

❖ Hal ini menyekat aktiviti bebas untuk mencari
punca pendapatan dan susah berinteraksi

31

KESIMPULAN

32

Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat
sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang
menggariskan sempadan-sempadan yang harus
diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia
turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan
negarabangsa yang mencakupi bidang-bidang
politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya
integrasi nasional. Andai kata petanda-petanda
yang diperolehi itu gagal dimanfaatkan sudah tentu
cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah
negara maju dan makmur hanya menjadi
bayangan sahaja.

33

TERIMA KASIH !!!

1. https://anyflip.com/rbmmf/aqnx/basic
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei
3. https://harakahdaily.net/index.php/2022/05/13/peristiwa-13-mei-

1969-monumen-berdarah-sebagai-cermin-zaman/
4. http://pelajarpolitekniknilai.blogspot.com/2014/09/peristiwa-13-

mei.html
5. https://ms.wikipedia.org/wiki/Pilihan_raya_umum_Malaysia_1969


Click to View FlipBook Version