The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Halim Junus, 2020-12-25 11:29:40

E-BOOK SIAPAKAH GURU EFEKTIF

E-BOOK SIAPAKAH GURU EFEKTIF

PGA101

SIAPAKAH
GURU

EFEKTIF?

SEMUA ORANG BOLEH MENJADI GURU NAMUN
ADAKAH BERKESAN TEKNIK PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN
YANG DI GUNAKAN?

INSAN BERGELAR GURU WAJIB
BACA

ABDUL HALIM BIN JUNUS
NURUL SYAHIRAH BT HAMDAN
FARAZATUL FATIHAH BT NAZIB

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN 1-3 ISU SEMASA
PENGENALAN 4

DEFINISI SIAPA ITU 5 Pembelajaran 19
GURU EFEKTIF? secara atas 20
talian
CIRI-CIRI Waktu
pengajaran
Mempunyai visi dan misi yang jelas yang singkat
Menjiwai amalan nilai keguruan
Bersemangat dan bersikap proaktif 6 KESAN 21
Kemahiran dalam berkomunikasi 7 22
Menguasai pelbagai kemahiran 8 Proses pembelajaran 23
pembelajaran dan pembelajaran 9 lancar 24
Berpengetahuan luas 10 Meningkatkan 25
Fokuskan perkembangan potensi prestasi pelajar 26
murid 11 Pembelajaran 27
Berfikiran kreatif dan kritif 12 kondusif 28
Penghayatan dan pengamalan Nilai Pelajar selesa dan 29
Murni 13 tidak kekok
Persekitaran ceria
Menjadi suri teladan 14 dan harmoni
Tidak bersikap prejudis 15 Murid berasa dihargai
Tahap akademik
CARA maksimum
MEMBENTUK Kembangkan
pemikiran pelajar
Penstrukturan 16 Tidak mudah bosan
semula dan mengantuk
kurikulum 17
Forum 18
Pengkreatifan
kaedah
mengajar guru
itu sendiri

RUMUSAN 30
31
Kesimpulan
Sumber rujukan

PENGHARGAAN 1

Bismillahirahmanirahim..
Alhamdullilah,bersyukur ke atas
ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang

dianugerahkan
kepada saya dapat juga saya dan ahli kumpulan saya iaitu Nurul

Syahirah Binti
Hamdan dan Farazatul Fatihah Binti Nazib menyiapkan e-book yang

bertajuk “
Siapakah Guru Efektif? “ ini dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin
mendedikasikan ucapa penghargaan ini kepada pensyarah tercinta

saya, Dr Siti
Mastura Baharudin kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan

daripadanya membuka
ruang untuk kumpulan saya menyiapkan tugasan ini dengan

suksesnya.
Saya juga ingin mengucapkan terima
kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya

pemudahcara
untuk menyiapkan kerja kursus ini.Mereka
telah memberikan saya segala kemudahan
dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya

menghabiskan
tugasan ini dengan ahli kumpulan saya yang lain

Ucapan penghargaan ini juga saya
tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan

terhadap setiap apa
yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab

setiap pertanyaan
yang saya utarakan kepada mereka.

Akhir madah, saya berharap agar apa
yang disampai dalam e-book ini dapat dimanfaat oleh kita semua

dalam dunia
pendidikan ini pada masa akan datang dalam membentuk permata

negara yang
berkarisma dan berakhlak mulia pada masa akan datang.

HalimJunus

ABDUL HALIM BIN JUNUS
Pelajar Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

Universiti Sains Malaysia

Alhamdulilah,
pertama sekali syukur ke hadrat Allah kerana dengan izin-Nya saya

bersama rakan
sekumpulan yang lain berjaya menyiapkan dan menghasilkan E-book

“Siapakah Guru
Efektif?” ini. Untuk pengetahuan pembaca E-book ini adalah

berdasarkan tajuk
kajian kami dalam tutorial PGA102. E-book ini menceritakan serba

sedikit
berkaitan dengan profesion keguruan yang perlu diketahui oleh semua

guru dan
bakal guru. Saya berharap E-book ini dapat membantu para guru

sekalian dalam
melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekoloh.

Terima
kasih dan syabas ingin saya ucapkan kepada semua ahli kumpulan saya

iaitu Abdul
Halim Bin Junus dan Farazatul Fatihah Binti Nazib kerana telah

bekerjasama dan
membantu kumpulan ini untuk menyiapkan semua tugasan yang

diberikan dalam masa
yang telah ditetapkan. Ucapan ribuan terima kasih juga tidak lupa

kepada
pensyarah tutorial kami iaitu Dr Siti Mastura Baharudin kerana memberi

peluang
kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini dengan baik. Seterusnya,

terima kasih kepada semua yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam proses pembikinan E-

book ini.
Dengan rendah diri kami memohon Maaf sekiranya
terdapat banyak kekurangan maklumat dalam E-book ini. Akhir kata,

Semoga E-book
ini dapat menjadi panduan dan pengetahuan kepada semua para guru

dan bakal guru
supaya objektif pengajaran tercapai selaras dengan matlamat sistem

pendidikan
di Malaysia.

Syahirah 2

NURUL SYAHIRAH BINTI HAMDAN
Pelajar Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

Universiti Sains Malaysia

Alhamdulillah, pertama
sekali saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T

kerana atas
nikmat dan kurniaannya saya dan ahli
kumpulan saya dapat menyiapkan e-book yang kami hasilkan

yang bertajuk
“Siapakah Guru Efektif” dengan jayanya.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Dr. Siti Mastura

Binti Baharudin
selaku pensyarah bagi subjek ini kerana telah memberi tunjuk

ajar dan bimbingan
kepada saya dan ahli kumpulan saya untuk menyiapkan

tugasan ini dengan sempurna.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
kedua ibu bapa saya kerana telah memberikan segala

kemudahan dan sokongan
kepada saya sehingga saya berjaya menyiapkan tugasan ini

dengan jayanya.
Tidak juga dilupakan kepada ahli kumpulan saya iaitu
saudara Abdul Halim Bin Junus dan saudari Nurul Syahirah Binti

Hamdan kerana
telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya dan memberi

tunjuk ajar kepada saya
dalam tugasan yang diberikan.
Akhir kalam, saya berharap agar semua perkara yang
disampaikan didalam e-book ini dapat dijadikan manfaat dan

rujukan kepada kita
semua khususnya kepada para bakal guru dimasa akan datang.

Hal ini amat penting
untuk membantu merealisasikan hasrat negara iaitu melahirkan

modal insan yang
terbilang dan gemilang.

Farazatulnazib 3

FARAZATUl FATIHAH BINTI
NAZIB

Pelajar Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
Universiti Sains Malaysia

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang
membangun seiring dengan arus peredaran zaman teknologi
maklumat. Oleh itu,
negara Malaysia sememangnya mementingkan sektor sosial dan
ekonomi dalam
menjamin kemenjadian pembangunan negara bagi mencapai tahap
negara maju seperti
Jepun dan Singapura.
Dalam menjayakan hal ini, negara Malaysia amat
menitikberatkan sektor pendidikan sebagai asas dalam
pembangunan negara. Hal
ini demikian kerana kemenjadian penduduk dari awal akan menjadi
penanda aras
majunya sesebuah negara pada masa akan datang.
Oleh itu, pelbagai pihak dalam negara bekerjasama
dalam memajukan tahap pendidikan dalam negara sejak sebelum
merdeka sehingga
sekarang.
Dalam perkara ini juga, kemenjadian permata negara
secara umumnya ditentukan oleh keberkesanan pendidik dalam
negara melatih dan
mengasah bakat dan kemahiran dari segi sahsiah ataupun fizikal
permata negara.
Bersesuaian dengan tajuk tersebut, lampiran dalam
e-book ini akan membahaskan apakah ciri-ciri guru efektif, cara
membentuk guru
efektif dan kesan jika guru efektif ini dapat dilahirkan kepada
permata negara
yang tercinta ini.

4

DEFINISI
DEFINISI
GURU EFEKTIF
Menurut

Kamus Dewan Edisi Keempat, guru bermaksud orang yang mengajar,
pendidik,

pengajar, pengasuh: ~ pelatih; ~ pelawat ; pemimpin agama hindu. Menurut
Kamus

Pelajar Edisi Kedua pula, guru ialah orang yang kerjanya mengajar, pengajar;
pendidik; ~ besar guru yang mengetuai sesebuah sekolah; pengetua sekolah;

~
orang yang mengajar seseorang membaca al-quran; ~ pelatih pelajar di

maktab
perguruan yang bakal menjadi guru; guru yang masih berlatih ; ~ pelawat guru

atau pegawai pelajaran yang tugasnya melawat dan memeriksa sesebuah
sekolah.

Seterusnya,
efektif pula bermaksud ada kesannya (pengaruhnya), berkesan, mujarab

(Kamus
Dewan Edisi Keempat). Bukan itu sahaja, efektif juga dapat didefinisikan
sebagai sesuatu yang memberi kesan (akibat, pengaruh); berkesan; dapat
mendatangkan hasil yang diharap-harapkan (bukan tindakan, usaha, dsb)

dapat
menyembuhkan (bukan ubat), mujarab (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Secara
keseluruhannya, guru efektif ialah guru yang mampu menguruskan suatu bilik
darjah secara berkesan dan membolehkan dirinya membimbing anak muridnya
mencapai objektif pelajaran. Dalam erti kata lain, guru ini amat berkesan dalam

pengajaran.

5

CIRI-CIRI

1. Mempunyai visi dan misi yang jelas

Sebagai seorang guru yang efektif haruslah
mempunyai visi dan misi mereka yang

tersendiri. Hal ini akan dapat membantu guru-guru
untuk melaksanakan tugas dan

matlamat mereka dalam dunia pendidikan.
Dengan ini, guru dapat memberi tunjuk ajar
kepada anak didik mereka dengan jelas dan mudah

difahami. Tugas sebagai seorang
guru yang efektif ini tidak hanya tertumpu kepada

pengajaran semata-semata, hal
ini juga melibatkan tugas mereka sebagai seorang

manusia yang dapat memberikan
bakti kepada agama, bangsa dan negara.

Guru
yang hanya berfikiran sekadar mengajar sahaja

tanpa mempedulikan perkembangan
anak murid dan sekolah menunjukkan mereka tidak

mempunyai visi dan misi yang
jelas.

Sebagai contoh, bagi guru tersebut hanya yang
penting bagi mereka adalah gaji bulanan sentiasa

masuk pada waktunya dan hal
ini mencerminkan sikap guru yang tidak efektif.

6

2. Menjiwai amalan nilai keguruan
Guru

yang efektif perlulah mempunyai pegangan nilai diri guru yang
sedia ada dan

patut dikembangkan supaya guru boleh memberikan
sumbangan yang lebih berkesan

kepada profesion keguruan (Amalan Nilai Profesionalisme
keguruan) bagi mencapai

matlamat sistem pendidikan Negara

Nilai-nilai yang difokuskan dalam amalan ini
ialah kepercayaan kepada Tuhan, amanah, ikhlas, berilmu,

kasih sayang, sabar,
budi bahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan, daya saing dan

tahan lasak,
cergas, aktif dan sihat, kemahiran interpersonal dan

intrapersonal, semangat
sukarela, dan efisien dan nilai ini wajib diterapkan dalam diri

seorang
pendidik.
Selain itu juga guru yang efektif perlulah
mempunyai kecintaan terhadap profesion, berketerampilan,
integriti, teladan,
mengamalkan kerja sepasukan, proaktif, kreatif dan inovatif.
Hal ini kerana
guru efektif mampu berperanan sebagai agen sosialisasi dan
penjana modal insan
dalam masyarakat.

7

3.Bersemangat dan bersikap Proaktif

Guru 8
yang efektif perlulah sentiasa bersemangat dan bersikap
proaktif dalam dunia
pendidikan.
Oleh
itu, seorang guru yang efektif itu perlulah berfikir dahulu
sebelum bertindak
dengan bijak.
Guru
yang efektif juga perlulah bersedia dalam menghadapi pelbagai
soalan yang akan
diajukan oleh pelajar yang mempunyai latar belakang
sosiobudaya, perwatakan dan
tahap kemampuan IQ yang berbeza.
Guru
yang efektif akan menjadikan persoalan tersebut sebagai
cabaran dan peluang
kepada mereka untuk memikirkan cara bagi menyelesaikannya
dengan sebaik yang
mungkin agar persoalan tersebut tidak menjadi kekeliruan
kepada pelajar yang
bertanya.
Pada
masa yang sama guru dan pelajar lain juga dapat membaiki
proses pembelajaran
ini dapat mengembangkan lagi keupayaan serta menambahkan
ilmu mereka.
Walau
bagaimanapun, guru yang tidak efektif akan merasakan bahawa
soalan-soalan yang
diajukan oleh pelajar menjadi beban kepada mereka. Sikap ini
tidak harus
diamalkan oleh semua guru dan perlu dielakkan.

4.
Kemahiran dalam berkomunikasi
Komunikasi merupakan “senjata” utama
bagi guru dalam menyebarkan ilmu kepada
pelajar-pelajar untuk menjadi guru yang
efektif sangat penting mempunyai kemahiran
dalam berkomunikasi agar maklumat
dan penerangan yang disampaikan jelas dan
difahami oleh semua pelajar. Berikut
merupakan perkara yang perlu dimiliki dan
dikuasai oleh guru yang efektif
berkaitan dengan komunikasi :
a) Mengunakan nada dan intonasi yang

jelas
b) Kecekapan berinteraksi dan
menyampaikan idea serta mesej secara

berkesan
c) Memula dan mengupas sesuatu usaha

sehingga berjaya atau difahami
d) Memelihara hubungan yang baik dan

mesra antara guru dan pelajar
e) Hormat menghormati antara satu sama

lain.

9

5. Menguasai pelbagai kemahiran
pengajaran dan pembelajaran

Sebagai seorang guru yang efektif perlulah membuat
perancangan, pelaksanaan dan penilaian dalam pengajaran dan

pembelajaran
akademik serta kokurikulum. Kemahiran yang patut ada dalam

diri seorang guru yang efektif ialah
a) Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran
dan pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran dan takwim

dengan mengambil kira
perbezaan kebolehan, pengetahuan sedia ada, serta jangkaan

pencapaian murid.
b) Kemahiran menggunakan pelbagai
pendekatan, kaedah dan teknik serta kemahiran berfikir,

kemahiran belajar,
kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran

pemudah cara dan
c) Kemahiran memantau, mentaksir dan
menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bertujuan

memperbaiki
pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian murid.

d) Kemahiran mengurus bilik darjah;
melibatkan pengurusan hubungan kemanusiaan, masa, ruang,

dan sumber untuk
mencapai pembelajaran yang bermakna dan berkesan.

10

6. Berpengetahuan luas

Guru yang efektif perlulah
meningkatkan dan meluaskan ilmu pengetahuan dari

semasa ke semasa tentang trend
dan perkembangan pendidikan terkini agar dapat

mengajar murid-murid di dalam
kelas dengan baik. Antara bidang pengetahuan yang

perlu dikuasai oleh semua guru ialah:

a) Falsafah, matlamat, dan objektif
pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan

pengajaran dan pembelajaran
b) Falsafah, matlamat, objektif
kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran, dan

keperluan pengajaran dan
pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan.

c) Kandungan mata pelajaran dan Ilmu
Pendidikan yang diajarkan

d) Teknologi Maklumat kokurikulum.dan
Komunikasi (TMK), media dan sumber pendidikan

dalam pelaksanaan kurikulum dan

11

7. Fokuskan perkembangan potensi murid

Tujuan sebenar murid dihantar ke sekolah tidak
lain dan tidak bukan ianya hanyalah untuk

menjadikan seseorang murid itu menjadi pandai
dalam menuntut ilmu agar dapat
merealisasikan cita-cita mereka.

Sebagai guru yang efektif seharusnya
memberikan fokus dan penekanan terhadap

perkembangan potensi murid-murid di
sekolah. Perkembangan potensi murid secara

menyeluruh bersepadu dengan
pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif dan

bermakna perlulah dilaksanakan.
Guru-guru

mesti memainkan peranan yang proaktif bagi
memastikan apa yang perlu dipelajari

oleh murid supaya potensi yang dimiliki relevan
dengan era teknologi kini.

Dengan ini, ilmu yang dipelajari dapat
dimanfaatkan dan dibawa untuk

diterjemahkan dalam perjalanan kehidupannya
yang sebenar nanti (alam

university/alam perkerjaan).

12

8. Berfikiran kreatif dan kritis
Guru yang efektif harus sentiasa mencari dan meneliti pelbagai
usaha untuk memastikan murid merasai keseronokkan dalam

melakukan pelbagai
aktiviti berkaitan dengan pembelajaran yang melibatkan

komuniti luar.
Contohnya, guru-guru
bersepakat untuk mengadakan program Lawatan Sambil Belajar

ke tempat yang
menarik dan banyak perkara yang boleh dipelajari, misalnya ke

Muzium negeri
atau negara, Zoo Negara, tempat-tempat bersejarah,

perkampungan Orang Asli, dan
sebagainya.

Dengan ini, murid-murid dapat
melihat dan menaakul sendiri apa yang mereka lihat secara

langsung berdasarkan
mata kasar mereka. Hal ini juga dapat membantu murid

mempelajari ilmu baru dan
mengenali pelbagai komuniti luar yang terdapat dalam negara

ini. Secara tidak
langsung, murid-murid dapat mengasah bakat mereka untuk

berdepan dengan dunia
luar yang pelbagai cabaran dan halangan yang bakal mereka

hadapi kelak.

13

9. Penghayatan
Dan Pengalaman Nilai Murni
a) Menjadi suri tauladan ( role model)

Sifat-sifat
yang sentiasa positif dan prihatin terhadap

anak didik akan memberi kesan yang
sangat baik.

Oleh Itu, guru yang efektif mesti
mempraktikkan dan memperkembangkan

ilmu untuk
tujuan kebajikan perkhidmatan dan

sumbangan dalam masyarakat.
Dengan Ini, murid-murid akan lebih tertarik
dengan akhlak-akhlak yang diamalkan oleh

guru mereka. hal ini dapat membentuk
sahsiah dan jati diri murid-murid untuk
kecemerlangan pelajar, sekolah dan negara.

14

b) Tidak bersikap prejudis dan pilih kasih dalam
mendidik anak murid
Dalam

menghadapi alam persekolahan, guru-guru akan berdepan
dengan pelbagai perbezaan

sosial dalam persekitaran yang terdiri daripada murid yang
berbilang etnik dan

perbezaan kemampuan IQ pelajar.
kepelbagaian perbezaan ini membawa kepada
pandangan yang berbeza dari pelbagai sudut. Sikap

prejudis dan pilih kasih
perlulah dielakkan kerana kita sebagai rakyat Malaysia

yang tinggal dalam
komuniti dan negara yang sama perlulah sentiasa

membantu antara satu sama lain.

Sebagai
guru yang efektif perlu ingat, guru inilah yang akan

membentuk generasi yang
akan datang, “baiklah didikan seseorang guru itu maka

baiklah anak didiknya dan
sebaliknya”.

15

CARA

MEMBENTUK
Penstrukturan semula kurikulum
pengajaran
Pihak kerajaan
sentiasa mengambil langkah dari masa ke semasa bagi

menyemak semula
kurikulam pengajaran pihak guru bagi memastikan skop

pengajaran mereka sesuai
dengan arus pemodenan ini.
Hal ini demikian kerana pihak kerajaan tidak
mahu para pelajar terus berada dalam kondisi yang statik

kerana bimbang akan
tahap pendidikan mereka pada masa akan datang yang tidak

mampu bersaing dengan
orang luar.

Hal ini juga akan memangkinkan pertumbuhan kaedah
Pengajaran dan Pembelajaran ( PdP) yang digunakan oleh

para guru menjadi lebih teratur, cekap dan efektif di
samping bersesuain dengan tahap umur anak didik mereka.

Hal
ini merupakan salah satu langkah yang terbaik yang diambil

oleh pihak kerajaan
dalam membentuk guru yang efektif dengan

menyemaksemula kurikulum PdP yang
digunakan oleh para guru dalam mendidik anak murid

mereka secara lebih kritis
dan kreatif.

16

Forum

Di sekolah, para guru
akan didedahkan dengan forum yang akan

disampaikan oleh pihak motivasi yang
terlatih yang direkomendasikan oleh pihak

kementerian pendidikan sendiri.
Apabila para guru

didedahkan dengan kaedah mengajar yang baharu
oleh pihak motivasi maka hal ini

akan memangkinkan minda para guru menjadi lebih
terbuka dan tahu bahawa

terdapat banyak kaedah pengajaran yang dapat
mereka praktikkan kepada anak

murid mereka agar mereka lebih faham apa yang
mereka belajar.
Hal ini sedikit

sebanyak mampu membuatkan para pelajar lebih
cenderung untuk memahami apa yang

mereka belajar di samping dapat belajar dengan cara
yang baharu yang mana cara

terdahulu mungkin membosankan mereka sendiri.

17

Pengkreatifan kaedah mengajar guru itu
sendiri

Peratusan kefahaman
para pelajar adalah lebih besar kepada kaedah guru mereka

sendiri yang mengajar
berbanding mereka belajar sendiri. Guru yang mengajar anak

muridnya dengan
kaedah yang tidak sesuai akan menyebabkan anak muridnya

tidak dapat memahami apa
yang diajarkan dan mereka mungkin akan menjadi bosan dan

mengantuk.
Implikasinya amat besar kepada diri mereka
dalam pembelajaran. Bahkan, hal ini akan sejurus membuatkan

para pelajar
berfikir bahawa subjek yang mereka pelajari sebenarnya amat

susah dan sia-sia
jika mereka belajar. Perkara seperti ini amatlah

membimbangkan kerana jika
berterusan.

Oleh itu, para guru
perlu menjadikan sesi PdP mereka lebih menarik seperti

menambahkan unsur
humoris dalam PdP mereka di samping memberikan pujian

kepada anak murid mereka
dan memberikan kata-kata cabaran kepada para pelajar agar

mereka menjadi
bersemangat untuk belajar dan berfikir bahawa subjek yang

mereka pelajari
adalah subjek yang mudah sebenarnya

18

ISU SEMASA

1. Pembelajaran secara atas talian.
Pada masa ini, iaitu ketika pandemik Covid-19 sedang
melanda negara, sektor pendidikan merupakan salah satu sektor

yang terjejas
teruk. Hal ini dikatakan demikian kerana sesetengah sekolah

terpaksa ditutup
untuk sementara waktu sebagai langkah pencegahan wabak yang

dilakukan oleh
kerajaan.

Hal ini juga membuatkan para pendidik terutama dari
sekolah rendah dan menengah mengalami kesukaran dalam

menghabiskan silibus
mereka. Sungguh pengajaran dan pembelajaran atas talian

merupakan satu cabaran
yang besar terutama kepada para guru yang masih baru dengan

norma baharu ini.
Bagi memastikan silibus Pendidikan secara atas talian
dapat dijalankan secara efektif maka pihak kerajaan telah

mengambil langkah
baharu dengan menyediakan satu garis panduan iaitu Pengajaran

dan Pembelajaran
di rumah bagi memudahkan para guru mengajar para pelajar

mereka.
Dari sini juga, para guru dapat mengetahui cara yang
efektif bagi mengajar para pelajar mereka di samping mereka juga

perlu menjadi
kreatif bagi mengefektifkan pengajaran mereka agar tidak

membosankan dan mudah
difahami oleh para pelajar semasa proses pengajaran dan

pembelajaran dijalankan
secara atas talian.

19

Waktu pengajaran yang singkat di
sesetengah sekolah.

Hal
ini juga menjadi satu cabaran kepada para guru dalam

mengajar anak murid mereka
di samping menghabiskan silibus pengajaran yang telah

ditetapkan semasa
pandemik ini melanda.

Terdapat
juga sesetengah sekolah yang mengehadkan waktu

pengajaran dan pembelajaran (PdP)
mereka agar para murid tidak terlalu lama berada di

sekolah bagi mengekang
pandemik ini.
Sebagai

contoh, sekolah bagi jenis menengah dihadkan waktu
PdP dengan waktu sekolahnya

tamat pada pukul 1.30 petang yang asalnya tamat pada
pukul 3.30 petang. Hal ini

menyebabkan para guru terpaksa menghabiskan silibus
mereka dalam waktu singkat

disamping mereka juga perlu membuatkan para murid
faham apa yang mereka
ajarkan.
Dari

sinilah, para guru perlu mencari jalan bagi memaksima
waktu PdP mereka bagi

mengajari anak murid mereka untuk faham dalam
pembelajaran mereka.

20

KESAN

a) Proses pembelajaran berjalan
lancar
Pelbagai
strategi yang telah digunakan oleh guru
efektif dapat memudah para pelajar
memahami apa yang diajarkan. Setiap
pelajar mempunyai keunikan tingkah
laku
masing-masing.

Oleh

itu, perbezaan tersebut diatasi dengan

menggunakan kaedah PdP yang

berbeza

bersesuaian dengan masalah yang

dihadapi oleh pelajar. pemilihan kaedah

pengajaran yang betul dapat

mempengaruhi pencapaian objektif

sesuatu

pengajaran. 21

b) Meningkatkan prestasi pelajar
Seseorang

guru yang efektif perlu memainkan peranan
yang penting dengan menggunakan

kemahiran pedagogi dalam proses PdP
supaya para pelajar dapat menerima,
membaiki dan menterjemahkan perkara yang

dipelajari dalam ujian penilaian.

Seseorang
pelajar yang mempunyai masalah dan lemah

dalam mata pelajaran yang dipelajari
dibantu oleh guru efektif. Dengan adanya

guru yang efektif pelajar tidak berasa
kekok untuk bertanya atau menjawab soalan

yang diajukan kerana berani untuk
melakukannya.

Oleh
itu, kualiti dan prestasi akademik pelajar akan

cemerlang dengan keberkesanan
teknik Pdp yang digunakan oleh guru mereka

22

C) Membentuk suasana pembelajaran
yang

kondusif
Pengurusan
bilik darjah dengan cekap dapat mewujudkan
iklim bilik darjah yang kondusif
untuk pembelajaran.
Kecekapan
pengurusan ini akan berhasil sekiranya guru
efektif tersebut pandai mengawal
tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid
semasa pembelajaran berlangsung.

Hal

ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dan

melibatkan kerjasama guru dan semua

pelajar dalam aktiviti di dalam bilik darjah. Oleh

itu, keadaan yang kondusif

ini dapat membantu proses PdP dengan lancar

dan berkesan di dalam bilik darjah. 23

d) Pelajar selesa dan tidak
berasa kekok untuk
bertanya
Dalam hal ini, guru yang

efektif pasti mengamalkan sikap
yang peramah dan mudah bergaul

kepada pelajar.
Sebagai tamsilnya, bercakap
secara lemah lembut, sopan dan

berhemah. Hal ini
akan menyebabkan para pelajar
berasa selesa untuk mengajukan

soalan yang
bermain diminda mereka
berkaitan dengan subjek yang
kurang difahami oleh mereka
ataupun hal-hal yang melibatkan
masalah peribadi yang mereka

hadapi. Bukan itu
sahaja, hal ini turut mewujudkan
hubungan yang baik antara pelajar

dan guru
didalam sekolah.

24

e) Mewujudkan persekitaran yang
ceria dan harmoni
Seorang

guru yang efektif akan mempunyai
sifat yang kreatif dan inovatif dalam

bilik
darjah. Sebagai contohnya

memasukkan
undur harmonis dalam pembelajaran,

menggunakan teknologi terkini,
membuat permainan

berunsurkan sunjek yang diajar dan
banyak lagi. Hal ini akan menyebabkan

guru
tersebut mampu mewujudkan satu

sesi pembelajaran yang
menyeronokkan dan

diminati oleh para pelajar sekaligus
dapat menghasilkan satu persekitaran

yang
ceria dan harmoni dalam kelas.

25

f) Murid
berasa dihargai dan bersemangat

tinggi untuk belajar
Guru yang efektif akan mengamalkan
ciri-ciri kualiti guru yang positif pada

setiap
masa. Dimana guru akan merancang

dan memastikan ianya dapat
menghasilkan satu

sesi P&P yang amat berkesan.
Keberkesanan sesi P&P ini akan

menyebabkan
pelajar memahami satu subtopik yang
dijelaskan oleh guru tersebut. Hal ini

akan
membantu dalam menarik minat pelajar
dan menaikkan semangat mereka untuk

terus
belajar. Kesannya, pelajar yang
cemerlang dapat dibentuk dan sekaligus
mewujudkan modal insan yang

cemerlang kepada negara.

26

g) Mencapai tahap akademik yang
maksimum

Hal ini dikatakan demikian kerana guru
merupakan insan

yang akan mencungkil sejauhmana tahap
akademik yang sesuai bagi sesetengah
pelajar.

Tahap
pencapaian akademik bagi setiap pelajar itu

berlainan iaitu dari segi kemahiran
akademik am atau dari segi kemahiran

akademik teknik.
Melalui

refleksi yang dibuat oleh guru yang bijak
mengetahui kelebihan anak muridnya,
beliau akan menentukan tahap pembelajaran
yang sewajarnya kepada anak muridnya

agar pencapaian mereka dapat
dimaksimumkan.

27

h) Mengembangkan pemikiran
pelajar

Guru
yang efektif akan mempunyai pelbagai pedagogi

pengajaran.
Hal

ini turut akan menjurus kepada kaedah dan alat
bantuan mengajar yang akan

digunakan bagi meningkatkan pemahaman pelajar
tersebut.

Dengan
erti kata lain, kaedah pembelajaran pelajar yang

berlainan sama ada dari sudut
konkrit atau abstrak akan dapat diselaraskan melalui

kaedah pengajaran guru
tersebut
Sebagai

contoh, setelah guru itu meneliti bahawa kebanyakan
pelajar dalam bilik

darjahnya lebih mudah faham dan dapat
menerangkan semula apa yang dipelajari
setelah guru itu menggunakan kaedah peta minda

yang berwarna-warni berbanding
kaedah yang lama maka dari inilah tahap pemikiran

dan pemahaman pelajar akan
terus dikembangkan.

28

i) Pelajar tidak mudah bosan dan tidak
mengantuk ketika sesi pdp berjalan
Bagi

pelajar, belajar subjek yang membosankan seperti subjek
sejarah kerana mereka

hanya perlu mendengar sahaja apa yang disampaikan
oleh guru mereka yang mungkin

hanya ‘ bercerita ‘ tentang sejarah Malaysia contohnya.
Perkara

ini membuatkan mereka menjadi mengantuk kerana
mungkin perbuatan mereka adalah

statik iaitu hanya mendengar apa yang disampaikan oleh
guru mereka.

Namun,

hal ini berlainan bagi guru yang bijak menvariasikan

kaedah penyampaian mereka iaitu

mungkin dengan membahagikan tugasan kepada pelajar

untuk bercerita sedikit

sebanyak tentang apa yang mereka belajar sambil

memperbetulkan apa yang mereka

salah sampaikan.

Hal

ini sedikit sebanyak mengurangkan kebosanan dalam bilik

darjah kerana wujud dua

interaksi pembelajaran antara guru dan anak murid. 29

RUMUSAN

Secara keseluruhannya,
guru efektif ialah guru yang mampu memberi

pengajaran secara berkesan kepada
para pelajar di sekolah. Namun begitu, menjadi

seorang guru yang efektif
bukanlah hal yang mudah kerana terdapat

pelbagai cabaran yang harus dihadapi
dalam merealisasikan impian ini. Oleh yang

demikian, semua pihak haruslah
berusaha bersama-sama dalam mewujudkan guru

yang efektif di negara kita. Hal
ini dikatakan demikian kerana, guru yang efektif

banyak memberikan impak yang
positif bukan sahaja kepada para pelajar, malah

kepada sekolah, masyarakat dan
juga negara. Akhir kata, diharapkan agar segala

apa yang disampaikan dalam
e-book ini dapat dijadikan rujukan kepada semua

masyarakat terutama para
guru.Bukan itu sahaja,diharapkan juga semua

sekolah diseluruh Malaysia dapat
mewujudkan guru yang efektif agar negara kita

mampu untuk melahirkan insan yang
cemerlang dimasa akan datang.

30

SUMBER RUJUKAN
https://www.moe.gov.my
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kamus
Dewan (4th ed). (2007). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus
Pelajar Bahasa Malaysia (2th ed).
(2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Stephen

R. Covey (1989). The 7 Habits of Highly
Effective People. USA. Free Press.

31

TAMAT
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version