The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kajian Tindakan Pembelajaran Latih Tubi Soalan Objektif oleh Kutily Sylvia Gilong

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Kutily Sylvia Gilong, 2023-03-07 09:45:42

Kajian Tindakan Pembelajaran Latih Tubi Soalan Objektif oleh Kutily Sylvia Gilong

Kajian Tindakan Pembelajaran Latih Tubi Soalan Objektif oleh Kutily Sylvia Gilong

Keywords: KAJIAN TINDAKAN

Kajian Tindakan : Kemahiran Menjawab Soalan Objektif Prinsip Perakaunan dengan baik 2017 1 | H a k M i l i k : K u t i l y S y l v i a G i l o n g ( S M K K o t a M a r u d u , S a b a h ) Tajuk Kajian Tindakan: Pembelajaran Latih Tubi Berulang dapat meningkatkan Kemahiran Menjawab Soalan Objektif Nama Guru Penulis : Kutily @ Sylvia Binti Gilong No. Kad Pengenalan : 740317-12-5076 Jantina : Perempuan Alamat Sekolah : SMK Kota Marudu, Peti Surat 57, 89107 Kota Marudu No. Telefon : 088- 661346 No. Faks : 088-663907 E-mel : [email protected] Jawatan Di Sekolah : Ketua Panitia Prinsip Perakaunan Kelulusan Akademik : Ijazah Perakaunan (1999/UPM) Kelulusan Ikhtisas : KPLI – (2000/Maktab Gaya Kota Kinabalu) Tajuk/Tema Projek : Kemahiran menjawab Soalan Objektif Prinsip Perakaunan dan Perdagangan dengan baik Mata Pelajaran : Prinsip Perakaunan dan Perdagangan


Kajian Tindakan : Kemahiran Menjawab Soalan Objektif Prinsip Perakaunan dengan baik 2017 2 | H a k M i l i k : K u t i l y S y l v i a G i l o n g ( S M K K o t a M a r u d u , S a b a h ) PENGHARGAAN Terima kasih yang tak terhingga khas buat i. Semua pentadbir SMKKM yang sentiasa memberi dorongan kepada saya untuk membuat kajian tindakan ii. Semua warga SMK Kota Marudu, Sabah, pelajar yang mengambil mata pelajaran prinsip akaun khasnya iii. Richard Samie Kiou suami saya yang sentiasa menyokong dan memberi teguran yang membina. iv. Anakku Annelise Lovely dan Andrew John yang sentiasa memahami kesibukan ibunya. v. Ayah Ibu yang sentiasa memberi semangat dan doa khas untuk saya setiap hari dalam menghadapi tugas sebagai seorang pendidik vi. Blog Cikgu Lan dan Koleksi Soalan Objektif soalan SPM 2004 – 2014 vii. Koleksi Soalan Negeri 9, Terengganu, Melaka, Kedah, SBP dan MRSM viii. Buku konsep pengurusan kendiri


Kajian Tindakan : Kemahiran Menjawab Soalan Objektif Prinsip Perakaunan dengan baik 2017 3 | H a k M i l i k : K u t i l y S y l v i a G i l o n g ( S M K K o t a M a r u d u , S a b a h ) Abstrak Kertas 1 bagi mata pelajaran prinsip akaun dan perdagangan adalah berbentuk soalan objektif. Kertas 1 ini mengandugi 40 saolan objektif. Bagi mata pelajaran prinsip perakaunan, peratus markah SPM sebenar akan membawa markah sebanyak 20% secara keseluruhan. Ini bermakna satu soalan akan menyumbang sebanyak 0.5 peratus. Mengikut pengalaman saya daripada 40 soalan yang disediakan mengikut aras kesusahan 5:3:2 (Mudah : Sederhana : Susah) biasanya tidak ada seorang pelajar pun yang boleh mendapat markah penuh iaitu 40/40. Purata pelajar biasanya dapat menjawab 18 – 26 soalan dengan betul daripada 40 soalan. Bagi mata pelajaran perdagangan pula, pelajar boleh memperolehi markah minimum sebanyak 1% bagi setiap soalan objektif. Dengan itu guru cuba membantu pelajar agar boleh menjawab soalan objektif dengan mendapat markah minimum iaitu 30/40 soalan dengan betul bagi mata pelajaran prinsip perakaunan dan 24/40 minimum bagi mata pelajaran perdagangan. Guru akan menyedia soalan topical atau mengikut bab. Guru akan menyedia set soalan berdasarkan soalan SPM sebenar dan koleksi soalan di negeri-negeri disemenanjung. Guru akan merekod setiap markah pelajar (mengikut topic/topical) dan membandingkan dengan keputusan sebenar ujian dan peperiksaan dalaman sekolah. Amat mengejutkan dan mengembirakan kerana 80% dari pelajar yang menunjukkan kerja sama dan semangat belajar yang tinggi boleh mencapai atau menjawab soalan dengan markah paling rendah 30/40 bagi mata pelajaran Prinsip perakaunan. Hampir keseluruhan atau peratus pelajar mendapat markah 30/40 dan ke atas, malah beberapa orang pelajar boleh menjawab 98% bagi mata pelajaran prinsip akaun. Bagi pelajar perdagangan pula kelas yang saya ajar terdiri dari pelajar lemah kerana kelas ini adalah ranking kedua terakhir disekolah ini. Harapan guru adalahpelajar boleh memperolehi markah minimum 24/40 betul bila menjawab soalan objektif. Guru berharap agar pelajar di 5 rajin boleh lulus kredit semasa spm sebenar pada hujung tahun ini.


Kajian Tindakan : Kemahiran Menjawab Soalan Objektif Prinsip Perakaunan dengan baik 2017 4 | H a k M i l i k : K u t i l y S y l v i a G i l o n g ( S M K K o t a M a r u d u , S a b a h ) Isi Kandungan 1. Refleksi Masalah 2. Fokus Kajian 3. Model Kajian 4. Objektif Kajian 5. Kumpulan Sasaran 6. Perlaksanaan Tindakan 7. Refleksi Tindakan 8. Cadangan Untuk Kajian Seterusnya / Pengubahsuaian 9. Rumusan 10. Rujukan 11. Lampiran – Hasil Kajian Tindakan 1. REFLEKSI MASALAH / MEREFLEK Saya mengajar di kelas 5 Jujur 2017. Jumlah pelajar yang mengambil mata pelajaran prinsip akaun hanya 7 orang. Salah satu teknik yang dperkenalkan oleh saya sebagai guru mata pelajaran adalah mengadakan ujian objektif sekurang-kurangnya satu kali mengikut bab. Saya sebagai guru mata pelajaran telah merancang mengadakan ujian objektif bagi setiap kelas yang saya ajar. Saya mendapati purata pelajar hanya mendapat markah purata 20/40 daripada soalan objektif. Saya cuba membantu pelajar agar boleh menjawab soalan objektif dengan cara membincangkan setiap jawapan yang tepat. Sedihnya setiap kali ujian objektif dilaksanakan masih ada pelajar dalam kelas saya memperolehi marakah kurang atau purata 20/40. Oleh yang demikian, saya mengambil keputusan untuk menyedia lebih banyak soalan objektif setiap bab dan melaksanakan ujian objektif secara topical. Saya menggunakan soalan dari blog Cikgu Lan dan juga soalan dipasaran (penerbit pelangi) yang berbentuk topical. Saya mendapati kelas ini semua pelajarnya dapat menjawab 30/40 minimum soalan dengan betul Berdasarkan dapatan pemerhatian saya dalam pdpc “teknik pengujian objektif topikal” ini dapat membantu murid untuk mendapat skor yang tinggi dalam menjawab soalan objektif. Mengikut dapatan dan analisis hasil ujian, terdapat 2/7 orang pelajar dikelas 5 Jujur berpotensi mendapat markah penuh. Saya juga mengajar 5 Rajin pada tahun 2017. Kelas ini merupakan kelas kedua terakhir ‘rangking’ di SMK Kota Marudu. Pelajar di kelas ini lemah dari segi pemahaman, penulisan dan


Kajian Tindakan : Kemahiran Menjawab Soalan Objektif Prinsip Perakaunan dengan baik 2017 5 | H a k M i l i k : K u t i l y S y l v i a G i l o n g ( S M K K o t a M a r u d u , S a b a h ) topic menghitung tapi menunjukkan komitement dan minat untuk belajar mata pelajaran perdagangan.. Saya dapati ada 1/5 pelajar di kelas 5 Rajin ini lemah dari segi pengejaan tetapi berusaha dalam mata pelajaran ini Saya menggunakan soalan koleksi modul dan soalan negeri-negeri dari di semenanjung untuk membantu murid dalam kelas ini. Saya sangat bangga dengan kelas ini, walaupun lemah tetapi komitment dalam menjawab latihan soalan objektif sangat tinggi. Berdasarkan pemerhatian saya, potensi pelajar dalam kelas ini boleh minimum lulus dalam spm sebenar jika dibantu guna “teknik pengujian objektif topikal” 2. FOKUS KAJIAN Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menjawab soalan/ menguasai kemahiran i. Menjawab soalan objktif dengan skor yang baik Jika perkara ini tidak ditangani, pelajar sukar mendapat skor A-, A dan A+ dalam peperiksaan SPM sebenar bagi kelas 5 Jujur/2017 dan markah sekurang-kurangnya krecit C dan ke atas bagi kelas 5 Rajin /2017. Bagi kelas 5 rajin, guru boleh membantu pelajar memperolehi markah lulus bagi pelajar galus dan kredit bagi pelajar sederhana. Bagi mengatasi masalah ini, saya cuba menggunakan kaedah membuat ujian objektif minimum kali secara topical bagi 2 kelas dan mata pelajaran yang berbeza tapi teknik pengujian yang sama. Soalan juga berdasarkan soalan objektif SPM sebenar bermula 2004 – 2014 mengikut JSU atau aras kesukaran soalan termasuk soalan KBAT yang diperkenalkan sejak tahun 2012. Bagi kelas 5 rajin, saya menggunakan soalan modul dan koleksi soalan dari negeri-negeri di semenanjung iaitu negeri Sembilan, kedah, Terengganu, Selangor, kedah, mrsm dan SBP berdassar soalan sumatif 2017.


Kajian Tindakan : Kemahiran Menjawab Soalan Objektif Prinsip Perakaunan dengan baik 2017 6 | H a k M i l i k : K u t i l y S y l v i a G i l o n g ( S M K K o t a M a r u d u , S a b a h ) 3. Model Kajian Tindakan Proses penambahbaikan menerusi kaedah Kaizen ini walaupun bermula dengan perkara yang kecil dan mengambil masa yang lama namun hasil yang diperoleh sangat memberangsangkan. Pada tahun 1950, W. Edward Deming telah menjalankan seminar tentang kawalan mutu statistik bagi para pengurus dan jurutera, Syarikat Toyota. Antara garis panduan seminar Deming ini ialah bagaimana menggunakan edaran merancang, membuat, memeriksa dan bertindak untuk meningkatkan mutu. W. Edward Deming memperkatakan tentang penambahbaikan secara berterusan ataupun disebut kaizen dalam istilah bahasa Jepun merupakan method terpenting bagi mencapai tahap kualiti maksimum walaupun hanya melalui proses pembaikan yang sangat kecil. Konsep penambahbaikan yang berterusan merujuk kepada maksud kualiti itu sendiri yang merupakan matlamat yang sentiasa berubah, iaitu apabila sesuatu matlamat itu dicapai maka usaha untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi akan dilakukan secara berterusan . Proses ini jelaskan oleh Imai (1986) melalui konsep “Kaizen” yang bermaksud penambahbaikan kualiti yang dilaksanakan secara sedikit-sedikit dan berterusan. “Kaizen membuktikan bahawa hanya dengan membuat peningkatan terhadap sesuatu barangan secara berulang dan berterusan maka hasil dan mutunya sangat berkualiti sehingga memuaskan hati pelanggan.Cara paling mudah untuk melaksanakan Kaizen adalah penglibatan pekerja, motivasi dan melakukan peningkatan secara berterusan yang melibatkan seluruh pekerja dalam organisasi. Penglibatan pekerja bergantung kepada komitmen yang ditunjukkan oleh pihak pengurusan atasan, strategi yang dilaksanakan adalah jelas dan tahap kesabaran serta ketabahan yang tinggi kerana untuk melaksanakan Kaizen bukan satu jalan pintas tetapi adalah satu proses yang berjalan secara berterusan untuk mencipta sesuatu hasil yang diinginkan”. (Cane, 1998:265)


Kajian Tindakan : Kemahiran Menjawab Soalan Objektif Prinsip Perakaunan dengan baik 2017 7 | H a k M i l i k : K u t i l y S y l v i a G i l o n g ( S M K K o t a M a r u d u , S a b a h ) Walaupun usaha pengimplementasian Kaizen sukar pada awalnya namun, apabila ia sudah menjadi proses amalan kehidupan seharian ianya akan menjadi mudah kerana Kaizen telah mengeluarkan halangan-halangan dalam proses pengurusan kendiri individu. Oleh kerana Kaizen berkisar dengan kualiti dan penambahbaikan, individu dapat mengenalpasti aspek-aspek yang perlu diperbaiki disamping aktiviti Kaizen boleh dijadikan sebagai kaedah memotivasi individu untuk memiliki konsep pengurusan kendiri yang lebih positif. Ini bermakna konsep kendiri dan sistem Kaizen saling berkaitan kerana untuk melaksanakan Kaizen, konsep kendiri positif sangat diperlukan dalam diri individu dan apabila pengimplementasian Kaizen berlaku, konsep kendiri individu menjadi semakin baik dan positif kerana ianya diasah menerusi proses mengadaptasi Kaizen itu sendiri. Maka, jika sekiranya Individu yang berada dalam suasana perkembangan yang lebih lama lebih berpotensi untuk memiliki asas amalan Kaizen dan sudah tentu konsep kendirinya adalah berada ditahap yang tinggi dan lebih positif. Kadar perkembangan yang berlaku adalah pada kadar yang berbeza mengikut tahap pengajian seperti dalam hasil kajian. Ini kerana perkembangan pengalaman, emosi dan mental mereka lebih luas dan stabil apabila suasana persekitarannya telah menjadi kebiasaan. Tambahan pula, perbezaan sistem fungsi yang terdapat dalam tubuh individu berkembang dalam keadaan yang berbeza dalam tempoh yang berlainan (Roger, 1985) 4. OBJEKTIF KAJIAN Objektif utama kajian ini ialah membantu pelajar mendapat skor yang baik atau minimum 30/40 daripada jumlah soalan bagi mata pelajaran prinsip perakaunan dan 24/40 bagi mata pelajaran perdagangan ( skor adalah lebih rendah keranat tahap kecerdasan pelajar 5 Jujur dan kelas 5 Rajin/2017 adalah berbeza). Secara khususnya :- 1. Pelajar mengetahui dan memahami kehendak soalan 2. Pelajar mengetahui bentuk soalan/penyoalan (sebenarnya berulang tetapi bentuk penyoalan yang berbeza) 3. Pelajar mengingati fakta yang betul dan tepat untuk setiap bab 4. Mengetahui bentuk soalan KBAT


Kajian Tindakan : Kemahiran Menjawab Soalan Objektif Prinsip Perakaunan dengan baik 2017 8 | H a k M i l i k : K u t i l y S y l v i a G i l o n g ( S M K K o t a M a r u d u , S a b a h ) 5. KUMPULAN SASARAN Pelajar 5 Jujur 7 orang murid dan 5 orang murid dari kelas 5 Rajin. Kajian ini dikhaskan bagi pelajar yang diajar oleh guru sahaja. Kelas 5 Jujur terdiri dari 3 lelaki dan 4 perempuan, manakalah kelas 5 Rajin terdiri dari 1 orang lelaki dan 4 perempuan. Teknik pengujian objektif ini juga diperkenal dan digunakan oleh guru dikelas lain 6. PERLAKSANAAN KAJIAN MERANCANG Saya merancang akan mendapatkan data bagi tinjauan masalah menggunakan kaedah: 1. Mengumpul soalan berdasarkan blog cikgu Lan dan buku kerja keluaran pelangi bagi kelas 5 Jujur 2. Koleksi Soalan Negeri 9, Terengganu, Melaka, Kedah, SBP dan MRSM bagi mata pelajaran prinsip perakaunan 3. Perekodan markah ujian dan peperiksaan dalaman dengan menganalisis dan membuat temu bual dengan pelajar berdasarkan nilai markah yang diperoleh Pelaksanaan tindakan yang akan saya dijalankan ialah : i. Aktiviti 1 : Ujian Objektif setiap kali bab selesai diajar dalam kelas Langkah 1 : Guru mengingatkan pelajar tentang jumlah soalan iaitu 40 soalan objektif – blog cikgu Lan / Koleksi topical keluaran penerbit pelangi Bagi mata pelajaran perdagangan guru menggunakan soalan berdasarkan koleksi modul dan koleksi soalan negeri-negeri di Malaysia. Langkah 2 : Guru menyedia kertas OMR Langkah 3 : Guru akan merekod markah pelajar Langkah 4 : Guru akan memberikan jawapan yang betul serta tunjuk cara bagi soalan yang mengelirukan pelajar. ii. Aktiviti 2 : Ujian Objektif kali yang kedua tajuk yang sama tetapi soalan yang berbeza – blog cikgu Lan / Koleksi topical keluarn penerbit pelangi bagi pelajaran prinsip perakaunan dan koleksi negeri-negeri lain bagi kelas perdagangan.


Kajian Tindakan : Kemahiran Menjawab Soalan Objektif Prinsip Perakaunan dengan baik 2017 9 | H a k M i l i k : K u t i l y S y l v i a G i l o n g ( S M K K o t a M a r u d u , S a b a h ) Langkah 1 : Guru mengingatkan pelajar tentang jumlah soalan iaitu 40 soalan objektif bagi mata pelajaran perdagangan dan soalan topikal bagi kelas prinsip perakaunan. Langkah 2 : Guru menyedia kertas OMR Langkah 3 : Guru akan merekod markah pelajar Langkah 4 : Membincangkan jawapan yang betul serta tunjuk cara bagi soalan yang mengelirukan jawapan pelajar iii. Aktiviti 3 ; mengulangi kembali soalan ujian 1 dan ujian 2 dengan cara memberikan soalan kepada pelajar sebagai simpanan sendiri 7. BERTINDAK Tindakan yang telah saya jalankan ialah seperti berikut : Kelas : 4 Jujur 2016/ 5 Jujur 2017 & Rajin 2017 Bilangan Pelajar : 7 (Lelaki 3, Perempuan 4 – 5 Jujur) & (Lelaki 1, Perempuan 4 – 5 Rajin) i. Aktiviti 1 : Menjawab soalan objektif sebanyak 40 soalan - Ujian dilaksanakan selepas selesai mempelajari setiap bab ii. Aktiviti 2 - Ujian ini untuk membuat pengukuhan agar pelajar boleh a. mendapat markah lebih baik dari ujian aktiviti 1 b. Pelajar yang mendapat markah paling tinggi mendapat hadiah sebanyak RM10 c. Hampir keseluruhan pelajar mendapat markah purata 30 soalan betul (dan keatas), malah ada 2 orang pelajar boleh mendapat keputusan 40/40 (iaitu steve dan hansswell) Bagi mata pelajaran perdagangan marakah paling tinggi adalah 38/40 (Arlina) iii. Aktiviti 3 - Perekodan markah disimpan dalam buku rekod mengajar guru dan fail khas guru mata pelajaran. - Markah ini juga ditampal / dipapar dalam ruangan papan kenyataan mata pelajaran prinsip perakaunan dan perdagangan 8. CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA Berdasarkan keputusan ujian-ujian dan analisis yang telah dilaksanakan, saya mendapati, teknik penggunaan bantuan ujian soalan objektif setiap kali selesai satu bab dalam pdp yang


Kajian Tindakan : Kemahiran Menjawab Soalan Objektif Prinsip Perakaunan dengan baik 2017 10 | H a k M i l i k : K u t i l y S y l v i a G i l o n g ( S M K K o t a M a r u d u , S a b a h ) kepada pelajar merupakan kaedah yang yang sangat baik dan berkesan untuk membantu pelajar terutama untuk mendapat markah yang baik dalam kertas 1iaitu soalan objektif. Walau bagaimanapun, pembudayaan menyedia soalan obiketif ini adalah amat sukar terutama dalam menyediakan saoalan. Selain it saya juga menggunakan teknik ini untuk kelas akaun yang lain. Saya mendapati masalah bagi kelas yang lain adalah ketidak hadiran dan tidak menunjukkan kerjasama terutama dalam menjawab soalan. Bagi kelas bukan 5 Jujur, guru mendapati masalah utama adalah belum ada kesedaran pelajar untuk memmbantu diri sendiri bagi memperolehi markah yang baik . Melalui pemerhatian guru mendapati pelajar tidak menunjukkan usaha, minat dan kesediaan menjawab soalan dengan tekun. Bagi kelas 5 Rajin, ada dalam kelangan pelajar boleh menjawab kurang dari satu jam yang diperuntukkan. Berdasarkan hasil jawapan pelajar tersebut ternyata tidak mencapai markah minimum yang dikehendaki oleh guru. Guru akan memaksa pelajar mengulangkaji jawapannya berdasarkan open ‘book test’ untuk memotivasikan pelajar yang lemah. Hasilannya sungguh menakjubkan kerana pelajar boleh mencapai markah sasaran selain mendapat fakta jawapan secara penemuan kendiri. Terbukti pengujian secara objektif cara ini sangat berkesan tetapi mengambil masa yang banyak dan perlu pemerhatian guru. Mengikut pemerhati kasar, guru akan cuba menegur lisan tetapi tegas kepada pelajar seperti ini bagi mencapai markah minimum 30 jawapan yang betul bagi mata pelajaran prinsip perakaunan dan 24/40 bagi mata pelajaran perdagangan. Atas kesedaran dan keyakinan yang telah saya peroleh, hasil daripada kajian tindakan ini, saya berasa masih perlu melakukan penambah baikan bukan dari segi penggunaan soalan objektif tetapi bagaimana memotivasikan pelajar agar rajin membuat latihan secara berulangulang sehingga menghasilkan pelajar berkesan, yakin dan cemerlang bagi menjawab soalan objektif. Berdasarkan koleksi modul soalan objektif yang telah guru buat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran ini, guru akan menggunakan soalan objektif sebagai alat “penolongku yang baik” semasa dalam bilik darjah untuk menghasilkan keputusan murid sekurang-kurangnya lulus atau kredit dalam peperiksaan sumatif.


Kajian Tindakan : Kemahiran Menjawab Soalan Objektif Prinsip Perakaunan dengan baik 2017 11 | H a k M i l i k : K u t i l y S y l v i a G i l o n g ( S M K K o t a M a r u d u , S a b a h ) 9. RUMUSAN Kajian mendapati bahawa setiap individu mampu untuk mencapai tahap konsep kendiri yang positif dan tinggi apabila nilai berhemah, keyakinan diri, keadaan fizikal, mental dan emosi berada dalam keadaan yang baik atau tinggi. Selain itu hubungan dan dorongan daripada keluarga, rakan dan guru turut menjadi peranan motivasi terbaik untuk seseorang pelajar lebih berdedikasi dan fokus terhadap pelajaran. Apabila konsep kendiri individu berada dalam keadaan yang terbaik, beliau mampu untuk mengadaptasi amalan sistem Kaizen dalam kehidupan. Dengan mengamalkan sistem Kaizen, individu mampu untuk mengenalpasti pula segala kelemahan dan kekurangan untuk diperbaiki dan dilakukan penambahbaikan dengan menggunakan prinsip dan komponen yang terdapat dalam sistem Kaizen secara berterusan walaupun kecil dan berperingkat. 10. Rujukan 1. Blog Cikgu Lan dan keleksi Penerbit pelangi 2. Buku Tek, Prinsip Perakaunan Tingkatan 4 Dan 5, 2010 3. Koleksi soalan negeri Sembilan, kedah, Terengganu, Selangor, kedah, MRSM dan SBP 4. Model Kajian Tindakan Kaizen 5. 1950, W. Edward Demin , Pengurus dan jurutera Syarikat Toyota 6. Imai, Masaaki. (1991) The Key to Japan’s Competitive Success, United States of America: McGraw-Hill. 5- 16, 60-78, 127, 158, 231-246. Imai, Masaaki. (2012). Gemba Kaizen: A Commonsense Approach to a Continuous 7. Cane, S. (1999). Kaizen Strategies for Winning Through People, London, England: Pitman Publishing


Kajian Tindakan : Kemahiran Menjawab Soalan Objektif Prinsip Perakaunan dengan baik 2017 12 | H a k M i l i k : K u t i l y S y l v i a G i l o n g ( S M K K o t a M a r u d u , S a b a h ) 11. Lampiran Keputusan Latihan : Mata Pelajaran : Prinsip Perakaunan Kelas : 5 Jujur Catatan : Rekod Latihan Keputusan Latihan : Mata Pelajaran : Perdagangan Kelas : 5 Rajin Catatan : Rekod Latihan Modul Modul Neg. Neg MRSM SBP Tggu Slgor Kedah Johor Bil Nama 1 2 Keltn Kedah 1 Arlina 27/40 29/40 34/40 38/40 33/40 34/40 38/40 34/40 38/40 34/40 2 Bibiana 22/40 26/40 32/40 34/40 31/40 30/40 34/40 32/40 33/40 34/40 3 Florinita 17/40 21/40 30/40 28/40 28/40 28/40 28/40 28/40 28/40 28/40 4 Jona Jalita 25/40 19/40 27/40 25/40 29/40 22/40 24/40 24/40 22/40 24/40 5 Rano 23/40 20/40 27/40 27/40 31/40 33/40 29/40 29/40 26/40 29/40 Ting.4 Ting 5 1 Nama Bab 1 Bab 2 Bab 3 Bab 4 Bab 5 Bab 6 Bab 7 Bab 8 Bab 9 Bab 10 Bab 11 Bab 12 Bab 13 Bab 14 Bab 15 /20 /34 /24 / 17 / 53 / 47 /42 / 23 / 3 / 38 /33 /25 / 30 / 27 /23 1 Cecelia Jasman 12 28 20 15 45 46 40 23 3 34 30 21 25 23 20 2 Chrisnatalester Chong 18 32 23 17 48 45 40 21 3 35 32 24 28 25 21 3 Hansswells 19 33 24 16 50 46 41 23 3 36 31 24 30 27 23 4 Michele Michael 12 26 18 14 35 42 38 20 3 28 28 20 25 23 20 5 Steve Yong 19 32 24 17 50 40 36 18 3 30 28 22 25 24 21 6 Suzan Lai 19 32 22 16 46 44 40 22 3 34 30 24 27 25 22 7 Wong Pei Xin 19 30 21 16 47 45 40 22 3 33 29 24 26 25 21


Click to View FlipBook Version