SMK Kota Marudu, Sabah
Laporan Reflesi PdPR Januari 2021 - 12 April 2021 (PKP 2.0)
Disediakan Oleh:
Kutily @ Sylvia Binti Gilong
Penyelaras PK04
SMK Kota Marudu, Sabah
REFLEKSI PENGGUNAAN MODUL PdPR PADA JANUARI HINGGA 12 APRIL 2021
(Laporan PK04 )
kandungan Muka Surat
1. Refleksi Guru Dari Sudut KEKURANGAN / KELEMAHAN 4
penggunaan Modul Mata Pelajaran OFFLINE
7
2. Refleksi Guru Dari Sudut KEKUATAN / KEBAIKAN
penggunaan Modul Mata Pelajaran OFFLINE 9
3. Refleksi Guru Dari Sudut KEKURANGAN / KELEMAHAN 11
penggunaan Modul Mata Pelajaran ONLINE 13
15
4. Refleksi Guru Dari Sudut KEKUATAN / KEBAIKAN 17
penggunaan Modul Mata Pelajaran OFFLINE
5. Refleksi Secara Keseluruhan
6. Cadangan Intervensi
7. Gambar – Rujukan Alamat Laman web
Refleksi Guru Dari Sudut KEKURANGAN / KELEMAHAN penggunaan Modul Mata
Pelajaran OFFLINE
1. Berberapa pelajar sukar untuk mengambil bahan, kos menyediakan bahan,
masa menyediakan bahan
2. Pelajar Tidak menyiapkan modul yang diberi Dan pelajar Tidak dapat
dibimbing ketika menjawab soalan
3. Pelajar tidak menjawab semua soalan dalam modul.Pelajar sukar bertanya
untuk soalan / tajuk yang tidak difahami.
4. Masih terdapat pelajar yang tidak menghantar modul
5. Murid sukar memahami mata pelajaran elektif yang baru di ambil oleh
pelajar tingkatan 4. Murid tidak menjawab modul kerana menganggap pdpr
adalah cuti.
6. Modul kurang penerangan bagi sesuatu topik yang baru dipelajari. Pelajar
tidak terbantu oleh modul jika tanpa penjelasan daripada guru terlebih
dahulu.
7. Modul tidak mengikut tahap kognitif pelajar.
8. Kurang bimbingan khusus daripada guru dari segi penerangan jika pelajar
tidak faham konsep atau cara untuk menyiapkan modul tersebut khususnya
bagi kelas-kelas yang lemah yang memerlukan cara penerangan yang
berbeza.
9. Pelajar kurang berminat dan kekurangan budaya membuat tugasan yang
diberi.
10.Terdapat modul yang tercicir, tidak dapat
11.Tiada komunikasi Amara pelajar-guru. Guru tdk dapat membantu pelajar utk
memahami topik yg dipelajari Dan guru tidak dapat pastikan pelajar Ada
membuat pembelajaran secara offline
12.Murid tidak menjawab semua tugasan yang terdapat dalam modul.
13.Capaian internet kurang baik, kekurangan motivasi
14.Pelajar tidak tahu buat
15.Pelajar tidak dapat dibimbing lebih mendalam kerana tiada data yang
mencukupi.
16.Murid tidak memahami kehendak soalan.
17.Murid tidak menyiapkan semua latihan yang diberikan dalam modul.
18.Murid sukar untuk bertanya dengan guru kerana ketiadaan capaian internet.
19.Murid kurang motivasi untuk menjawab modul.
20.Murid agak lambat menghantar modul.
21.Pelajar tidak terbantu oleh modul jika tanpa penjelasan oleh guru -Murid
tidak mwnjawab soalan modul kerana menggangap masih cuti -capaian
intenet kurang baik, murid jadi kurang motivasi murid tidak menjawab
soalan pada modul murid tidak tahu buat
22.Capaian internet kurang baik menyebabkan pelajar kurang memahai tajuk
yang dipelajari agak sukar untuk bertanya kepada guru
23.Pelajar menganggap modul yang diberikan boleh disiapkan bila pelajar
mempunyai mood yang baik untuk menjawab
24.Pelajar kurang bermotivasi untuk belajar kerana sukar untuk mengajukan
soalan apabila tidak memahai tajuk
25.Pelajar lebih suka belajar bersemuka
26.Modul offline perlu diteruskan dan diberikan kepada SEMUA pelajar. Ini
kerana ramai pelajar yang memberikan alasan tidak mempunyai rangkaian
telefon yang stabil apabila diberikan modul secara online.
27.Perlu masa yg panjang utk merancang, mencetak, mengelip modul tersebut.
28.Modul tersebut hanya menyediakan soalan untuk dijawab oleh pelajar. tidak
ada tarikh yang patut pelajar laksanakan ini menyebabkan pelajar sengaja
lambat buat modul dan ada yang tidak membuat modul itu langsung.
29.Ada modul yang soalannya terlalu banyak sehingga pelajar tidak sanggup
untuk menyiapkan kerana hendak menyiapkan modul yang lain juga.
30.Modul hanya menyediakan soalan tidak ada tunjuk cara untuk membuat
soalan tersebut kerana tidak ada bimbingan guru kerana tiada sesi pdp
bersemuka semasa itu.
31.Pelajar langsung tidak dapat menyiapkan modul kerana masalah tiada buku
teks terutama subjek geografi tingkatan
32.Masa Pdpr hari itu pelajar belum lagi memperoleh buku teks geografi
tingkatan
33.Maka pelajar tidak mempunyai panduan atau rujukan untuk menjawab
soalan yang diberi.
34.Ramai pelajar saya tidak membuat modul tersebut atas alasan masih mod
cuti. dan enggan menyiapkan modul walaupun telah diberitahu dalam group
bahawa modul akan diminta semasa pdpr bersemuka. tetapi pelajar tidak
ambil kisah.
35. Pelajar tidak menjawab soalan dengan baik (setakat ada jawapan/asal
siap)
36.Pelajar tidak dapat dibimbing sewaktu menjawab soalan yang kurang
difahami
37. Pelajar tidak membuat modul yang diberikan
38.Pemberian modul tidak semua pelajar menyebabkan tajuk pengajaran yang
diajar tidak sama kepada semua pelajar
39.Sukar memberikan penerangan kepada pelajar yang menggunakan modul
kerana masalah internet
40.Masih terdapat beberapa orang pelajar tidak menghantar modul, pelajar
leka dan kurang minat menyiapkan modul yang diberikan dan berlaku
keciciran modul menyebabkan terdapat beberapa pelajar tidak menjawab
sebahagian tugasan yang terdapat dalam modul.
41.Bagi murid menengah atas walaupun murid tidak melaksanakan,
menyiapkan dan menghantar modul/ buku latihan tepat pada masa tetapi
masih semua murid menghantar akhirnya kecuali murid menengah rendah
tidak semua menghantar dengan memberi alasan belum siap dan lupa
bawa.
42.Terdapat beberapa orang murid lambat menghantar modul/ buku
latihan/lembaran kerja tetapi masih amat memberangsangkan dari segi
peratus iaitu 90% ke atas penghantaran kecuali yang tidak hadir ke sekolah
tempoh hari.
43.Pelajar memberi alas an tidak dapat menyiapkan tugasan kerana modul
hilang
44.Pelajar yang tidak dapat online tidak dapat meminta tujuk ajar daripada
guru mata pelajaran berkaitan dengan permasasalahan dalam
pembelajaran
45.Pelajar menghantar modul namun perlu dibetulkan oleh guru
46.Pelajar meninggalkan soalan tanpa menjawab terutama bhgian kbat
47.Pelajar agak sukar membuat latihan yang perlu penerangan yang jelas
daripada guru, bahan diambil daripada buku teks dan agak rumit untuk
dihabiskan dan dibuat oleh pelajar.
48.Pelajar kurang mengambil perhatian pelaksanaan Modul.
Refleksi Guru Dari Sudut KEKUATAN/KEBAIKAN penggunaan Modul Mata
Pelajaran OFFLINE
1. capaian pelajar, tidak perlu internet
2. Pelajar dapat Mengulangkaji tajuk-tajuk yang diajar sepanjang pdpr.
3. Pelajar tidak ketinggalan dalam tajuk yang dipelajari.Pelajar berdikari untuk
mencari jawapan soalan dalam modul.Memupuk nilai berdikari dalam diri
pelajar.
4. Pelajar mempunyai simpanan hasil tugasan dan latihan yang diberi oleh
guru
5. Murid yang tidak mempunyai jaringan internet boleh belajar sendiri dengan
rujukan buku teks.
6. Sesuai digunakan bagi pengukuhan sesuatu topik yang telah dipelajari
sebelumnya.
7. Modul boleh digunakan sebagai pengukuhan kepada sesuatu topik
pembelajaran.
8. Membolehkan pelajar mengaplikasikan pembelajaran kendiri dan
memahami topik yang disusun secara terancang dengan membuat soalan
yang diberi
9. Pelajar boleh membuat latih tubi yang membantu dalam menjawab soalan
peperiksaan.
10.Pelajar dapat tahu apa yang hendak dibuat
11.Bagi pelajar yg proaktif Dan mempunyai data usaha kendiri, modul ini dapat
membantu pelajar memahami topik yg dipelajari sekurang2 nya hingga TP3
jika dinilai berdasarkan PBD.
12.memberi peluang kepada murid yang tidak mempunyai akses internet atau
alat peranti untuk belajar dengan menjawab soalan modul.
13.Pelajar lebih berdisiplin melaksanakan tugasan mengikut Jadual yg diberi.
14.Memudahkan pdpr
15.Pelajar dapat menjalankan tugasan berdasarkan panduan yang diberi tanpa
menggunakan data internet.
16. Cepat dan dimiliki oleh murid.
17. Murid boleh menggunakan dan merujuk modul pada bila-bila wakyu yang
sesuai.
18. Guru dapat memastikan pencapaian penguasaan murid melalui hasil kerja
dalam modul.
19.pantas dan mudah -pelajar tidak tercicir dalam pelajaran boleh digunakan
dengan segera
20.Pelajar boleh menjana idea dengan merujuk maklumat yang terdapat dalam
internet tanpa had
21.Modul disediakan adalah mengikut DSKP
22.Pelajar tidak mempunyai pilihan untuk tidak menyiapkan modul yang
diberikan. Dan bagi yang tidak mempunyai telefon, pelajar tersebut
bergantung sepenuhnya terhadap modul offline.
23.Pelajar boleh menjawab bila2 masa mengikut masa pelajar.
24.Dapat mengisi masa lapang pelajar.
25.Pelajar yang benar-benar membuat modul tersebut tidak akan ketinggalan
dalam pelajaran apabila pdp bersemuka.
26.Pelajar dapat belajar sendiri tanpa bimbingan guru
27.Memudahkan pelajar menjawab soalan - tidak perlu rangkaian internet
28. Memudahkan guru untuk menanda/memeriksa
29.pelajar boleh membuat ulangkaji/latihan tanpa menunggu jadual Sejarah
30.Pelajar boleh menjawab dengan kadar segera dan kerja mudah bagi pelajar.
31.Penggunaan modul / buku latihan amat berfaedah jika dibandingkan online
kerana tiada gangguan capaian internet dan ketiadaan komputer atau
handset.
32.Amat baik kerana guru dapat menilai keberkesanan tahap pencapaian
murid serta kerajinan dan ketekunan murid yang sama rata serta dapat
mengatasi masalah akibat daripada di kalangan murid yang tidak
mempunyai kemudahan capaian internet.
33.Pelajar yang tidak dapat online akan mendapat bahan tugasan
34.Tidak membebankan pelajar yang mempunyai masalah tiada gajet dan
tiada capaian internet
35.Pelajar ada usaha sendiri utk belajar
36.Memudahkan laporan PBD guru kerana mengikut SK dan SP Bahasa Melayu
37.Dapat mengesan dan memperbaiki kelemahan pelajar serta merta.
Refleksi Guru Dari Sudut KEKURANGAN / KELEMAHAN penggunaan Modul Mata
Pelajaran ONLINE
1. Talian internet, kemudahan gadget
2. Rangkaian internet yang Tidak kuat
3. Ada pelajar yang mempunyai akses internet yang baik tetapi tidak
menggunakan sebaiknya peluang yang ada. Ada yang tidak menghantar
latihan yang diberikan.
4. Ramai pelajar yang tidak hadir kelas semasa mengikut jadual yang
ditetapkan
5. Pelajar mengalami masalah internet. Pelajar mempunya jadual yang padat
sehingga tidak mengikuti beberapa kelas pada hari yang sama.
6. Kurang penerangan dan lebih banyak latihan.
7. Kekangan dari segi modul online kerana sesetengah pelajar tidak
mempunyai mesin pencetak ataupun printer dan agak sukar dan mengambil
masa bagi guru untuk menanda hasil kerja pelajar.
8. Pelajar kurang self-discipline untuk menyelesaikan/ mengikut kelas online
walaupun 'reward system' digunakan.
9. Pelajar tidak dapat akses internet, pedalaman
10.Kekangan utama adalah peranti Dan kemudahan internet. PDPR dengan
menggunakan delima, GM, Dan apa2 aplikasi bersemuka secara Maya
adalah terbatas Dan seeing terganggu dengan kekangan ini.
11.sekiranya jadual awal pagi, murid berkemungkinan tidak akan mengikuti
kelas online kerana lewat bangun.
12.Masalah line
13.Murid tidak mempunyai data yang mencukupi untuk mengikuti
pembelajaran online. 2. Guru perlu banyak persediaan yang rapi untuk
menyampaikan penerangan modul online supaya lebih menarik perhatian
murid. 3. Murid kurang motivasi untuk mengikuti pdpr online menyebabkan
penerangan tidak sampai kepada murid.
14.pelajar tidak dapat akses internet -murid tidak menghantar tugasan diberi
pada masa ditetapkan/menangguh
15.Capaian internet yang kurang memuaskan
16.Pelajar lewat bangun menyebabkan mereka seringkali lambat mengikuti
kelas pdpr online
17.Tiada kelemahan namun terdapat ramai pelajar yang tidak mempunyai
telefon dan tidak memiliki buku teks tidak dapat menjawab modul yang
diberikan.
18. Pelajar tidak menghantar ikut masa dlm jadual kelas. Ada kalanya
menghantar beberapa hari kemudian. 2. Ada pelajar maklumkan dia x dpt
hantar tugasan modul memandangkan dia bekerja d laut pd waktu itu. Akan
menghantar apabila dia berada di rumah
19. modul tersebut hanya menyediakan soalan untuk dijawab oleh pelajar.
tidak ada tarikh yang patut pelajar laksanakan ini menyebabkan pelajar
sengaja lambat buat modul dan ada yang tidak membuat modul itu
langsung.
20.Ada modul yang soalannya terlalu banyak sehingga pelajar tidak sanggup
untuk menyiapkan kerana hendak menyiapkan modul yang lain juga.
21.Modul hanya menyediakan soalan tidak ada tunjuk cara untuk membuat
soalan tersebut kerana tidak ada bimbingan guru kerana tiada sesi pdp
bersemuka semasa itu.
22.Pelajar langsung tidak dapat menyiapkan modul kerana masalah tiada buku
teks terutama subjek geografi tingkatan
23.Masa Pdpr hari itu pelajar belum lagi memperoleh buku teks geografi
tingkatan
24.Pelajar tidak mempunyai panduan atau rujukan untuk menjawab soalan
yang diberi.
25.Ramai pelajar saya tidak membuat modul tersebut atas alasan masih mod
cuti. dan enggan menyiapkan modul walaupun telah diberitahu dalam group
bahawa modul akan diminta semasa pdpr bersemuka. tetapi pelajar tidak
ambil kisah.
26.Walaupun pelajar dapat online, tetapi pelajar hanya menulis kehadiran tetpi
tidak mneyiapkan tugasan yg diberi
27.Pelajar tidak memberi respon terhadap setiap pertanyaan/kuiz/soalan yg
diberikan oleh guru
28.Capaian beberapa internet di beberapa tempat pelajar tidak baik.
29.Terdapat pelajar yang mempunyai masalah dalam capaian internet
30.Ada Pelajar tidak mempunyai gajet
31.Ramai pelajar yang tidak dapat mengikuti kerana kekangan data internet
32.Hanya ada 1 peranti di rumah dan berkongsi dgn adik beradik yang lain
33.Capaian internet yang agak lambat
34.Kurang respon daripada pelajar menyebabkan perkembangan pembelajaran
pelajar agak sukar dipantau.
Refleksi Guru Dari Sudut KEKUATAN/KEBAIKAN penggunaan Modul Mata
Pelajaran ONLINE
1. Pantas, mudah, menarik
2. Boleh bersemuka dengan pelajar ketika pdpr
3. Pelajar mempunyai ruang bertanya kepada guru subjek secara langsung.
Pelajar ada pengetahuan tambahan berbanding dengan yang menjalani
modul offline.
4. Pelajar boleh bertanya terus kepada guru topik yang tidak difahami
5. Guru dapat memantau dan membimbing murid untuk setiap latihan. Murid
dapat bertanya soalan secara langsung jika ada yang kurang di fahami
semasa pdpr.
6. Boleh digunakan dengan segera dan mudah akses
7. Pelajar dapat mengukuhkan pemahaman terhadap sesuatu topik dengan
menggunakan pelbagai platform pembelajaran online contohnya kahoot,
quizizz,youtube,Delima jika mereka tidak faham sesuatu soalan yang dibuat
dalam modul online.
8. Pelajar yang mengikut kelas dan menyelesaikan tugasan amat
memotivasikan guru untuk teruskan pengajaran online.
9. Cepat
10.Aplikasi WhatsApp Dan telegram digunakan utk mengatasi kekangan
kemudahan peranti Dan internet. Walaupun tanpa bersemuka, komunikasi
dua Hala Masih berjalan secara langsung Dan tidak langsung.
11.Murid mendapat maklumat/ perkongsian/ pembelajaran/ perbincangan
secara bersemuka/ voice message
12.Kerja mudah
13.Cepat dan berkesan untuk menyampaikan maklumat kepada murid. 2.
Bimbingan boleh dilakukan pada setiap waktu.
14.memudahkan proses pengarajaran guru dan pembelajaran pelajar murid
dapat bertanya guru
15.Pelajar boleh bertanyakan kepada guru dalam group whatapp
16.Pelajar menggunakan voice note sekiranya ingin mengajukan soalan
17.Pelajar dapat mempelbagaikan kaedah menjawab soalan yang diberikan
seperti menggunakan tik tok dan sebagainya
18.Penilaian dapat dilakukan dengan cepat.
19.Kurang penggunaan kertas 2. Tugasan dpt disimpan tanpa rosak.
20.Dapat mengisi masa lapang pelajar.
21.Pelajar yang benar-benar membuat modul tersebut tidak akan ketinggalan
dalam pelajaran apabila pdp bersemuka.
22.Pelajar dapat belajar sendiri tanpa bimbingan guru
23.Guru boleh nilai kepahaman pelajar pada hari itu dan merancang pdpr yg
akan dtg
24.Modul dapat disiapkan tepat masa bagi pelajar yang mempunyai capaian
interent yang baik.
25.Pelajar dan guru dapat berbincang secara langsung berkaitan dengan
masalah dalam pembelajaran
26.Maklumat dapat disampaikan dengan cepat dan tepat
27.elajar dapat mengikuti pdpr dan dapat bertanya terus sekiranya ada soalan
28.Membantu guru menilai PBD pelajar kerana latihan mengikut SK dan SP dari
buku teks
29.Kelemahan dapat dikesan dengan cepat dan pembetulan dapat dibuat.
Refleksi Guru Secara Keseluruhan
1. Baik namun pemahaman pelajar terhad
2. Semua modul perlu dibincangkan didalam kelas agar pelajar dapat
Mengimbas kembali Apa yang dipelajari sepanjang pdpr Berjalan.
3. Baik dan cemerlang
4. Kejayaan penggunaan modul online ialah 15% dan modul offline 10%.
Pelajar lebih faham jika ada interaksi secara secara langsung dengan guru
berbanding dengan belajar secara sendiri.Pelajar dapat memupuk nilai
berdikari melalui penggunaan modul.Penggunaan modul harus diteruskan.
5. Guru telah meminta semua pelajar yang mengambil subjek MPV APAK
untuk menghantar modul jika ingin mengambil subjek MPV APAK dan
pelajar telah berjanji untuk menghantar modul tersebut. Guru terpaksa
mengugut pelajar untuk menghantar modul jika ingin mengambil subjek
MPV APAK sebagai MP elektif mereka.
6. Kebanyakan Modul yang di hantar tidak lengkap.Pdpr agak kurang berkesan
dalam memberikan ilmu kepada pelajar.
7. Modul sesuai digunakan sebagai bahan untuk mengukuhkan kefahaman
pelajar dan bagi membuat latihan namun sikap pelajar mempengaruhi
penggunaan modul tersebut dan jika pelajar tidak membuat modul yang
diberikan maka fungsi modul tersebut tidak dapat dicapai.
8. Modul masih belum dapat diimplementasikan secara menyeluruh.
9. Secara keseluruhannya, ramai pelajar yang tidak berjaya menyiapkan modul
pdpr online dan offline yang diberikan bagi subjek Bahasa Inggeris
walaupun guru sudah memberikan peringatan berkali-kali dan melanjutkan
tempoh penghantaran modul tersebut. Pelaksanaan modul ini hanya sesuai
untuk kelas-kelas yang pandai sahaja.
10.Pelajar perlu membentuk budaya untuk belajar dan 'supervision' dari ibu
bapa amat diperlukan untuk memastikan pelajar mengikut kelas online dan
juga menyelesaikan tugasan harian yang diberi.
11.Pdpr online lebih menarik
12.Kaedah pembelajaran pdpr secara online Dan offline mempunyai kekangan.
Tetapi secara tidak Langsung dapat mendidik pelajar meneroka ilmu
dengan kaedah baru. Selain itu, guru berpeluang mendalami Dan
mempraktik kemahiran penyampaian pembelajaran Yang baru.
13.Tidak dinafikan, wujud kelemahan kerana kaedah yg belum benar benar
dikuasai guru, namun kemahiran ini dapat diperbaiki Dari masa ke semasa
mengikut keperluan semasa pelajar Dan juga guru.
14.modul sangat penting terutamanya kepada murid-murid yang mempunyai
kekangan dalam mengakses internet ataupun tidak mempunyai alat peranti.
15.Pelaksanaan lebih baik jika pelajar mempunyai hp sendiri dan capaian
internet lebih luas. Ramai pelajar kehilangan motivasi apabila tdk
bersemuka dgn guru.
16.Pdpr tdk berkesan menyebabkan murid tidak dapat menjawab modul.
17.Pelajar sederhana dan lemah tidak melaksanakan tugasan yang diberi
kerana kurang motivasi dan usaha kendiri walaupun boleh merujuk dalam
buku teks.
18.Secara keseluruhannya objektif penggunaan modul dalam pdpr yang lalu
kurang mendapat perhatian daripada semua murid yang terlibat, murid agak
lambat menghantar latihan.
19.Jadual kerja dan panduan menggunakan modul perlu disediakan bersama
dengan modul
20.Modul tidak terlalu tebal dan nipis kerana menganggu psikologi pelajar
untuk subjek tersebut.
21.Tempoh waktu pdpr mengambil masa yang lama dari pagi hingga ke petang
menyebabkan pelajar kepenatan dan memilih kelas tertentu untuk ikuti pdpr
22.Pelajar dapat menyiapkan tugasan offline dengan baik bandingan tugasan
online kerana pelajar mendapat hardcopy banding dalam talian
23. Modul offline tiada masalah kekangan capaian internet
24.Modul offline perlu diberikan kepada SEMUA pelajar.
25.Perlu kerjasama ibubapa guru dan pelajar sendiri utk melaksanakan modul
pdpr. Kerana ads ibubapa mganggap pdpr cuti dan memberi atau meminta
anak mereka bekerja utk mendapatkan gaji.
26.Sikap pelajar sendiri... perlu ada DISIPLIN kendiri utk atur masa kerana
mereka la yg akan mencorakkan masa depan mereka
27.Saya amat kagum kerana ramai pelajar PSV yg sudah berusaha
melaksanakan tugasan mereka semasa pdpr.
28.Penggunaan modul adalah berkesan sekiranya ada penambahbaikan dan
diberi masa yang panjang untuk menyediakan modul tersebut. serta
kerjasama dari semua rakan guru terutama dari subjek yang sama
29.Memudahkan guru dan pelajar
30.PdPR agak sukar berbanding pdp bersemuka
31.Secara keseluruhannya, latihan pengukuhan dalam bentuk soalan
peperiksaan sebenar perlu diberi mengikut aras kognitif pelajar sebagai
pendedahan awal kepada pelajar.
32.Objektif pembelajaran tidak pernah tercapai kerana masalah dalam medium
komunikasi Bersama guru
33.Pelajar jarang memberi respond terhadap tugasanyang diberikan oleh guru
34.Corak pembelajaran terganggu kerena masalah medium komunikasi
35.Penggunaan modul amat baik kerana dapat membantu pelajar belajar di
rumah. Walau bagaimanapun pelajar tidak dapat menjawab sekiranya
terdapat soalan yg sukar tanpa bantuan guru.
36.Pelajar tidak menyiapkan modul dan masih ada yang tidak bertulis nama
modul yang telah diagihkan
37.Kurang respon daripada pelajar samada secara online atau offline. Pelajar
perlu dimotivasi secara berterusan untuk mengikuti kelas PDPR.
Cadangan Intervensi
1. Mengimbas kembali secara terperinci dalam kelas
2. Modul seharusnya Diberikan kepada pelajar sebelum bercuti/ dicutikan agar
pelajar Tidak ketinggalan ketika mengambil modul.
3. Modul tidak terlalu tebal dan terlalu nipis kerana ia akan menganggu
psikologi pelajar untuk subjek tersebut.
4. Jadual kerja dan panduan menggunakan modul perlu disediakan bersama-
sama dengan modul.
5. Guru mengambil inisiatif untuk meminta pelajar menyiapkan BBM (amali)
sebagai projek untuk sesi PdPR seterusnya.
6. Guru memberi bahan yang diperlukan kepada setiap pelajar dan meminta
pelajar menyiapkan project tersebut sebagai menghantar untuk dinilai dan
markah akan diambil sebagai markah amali.
7. Modul yang diberi untuk topik yang suda dipelajari sebagai latihan
pengukuhan turut diberikan atau menyambung semua modul yang tidak
siap.
8. Pelajar perlu menghantar hasil kerja dalam tempoh yang singkat agar pelajar
merasakan desakan untuk menyiapkan modul dengan segera kerana tempoh masa
yang panjang membuatkan pelajar berlengah dan akhirnya tidak membuat kerja
modul yang diberikan
9. Memendekkan tempoh penghantaran modul.
10. .Memberikan contoh jawapan semasa membuat modul ataupun memberikan
'Language Support' yang lebih kepada pelajar yang lemah semasa menyediakan
modul
11. Memberikan insentif kepada pelajar yang berjaya menghantar modul pdpr offline
dan online
12. Komunikasi antara ibu bapa dan guru diperlukan untuk memilih jenis module yang
sesuai untuk anak-anak sendiri.
13. Akses internet di pedalaman dipertingkat
14. Saya lebih memilih pembelajaran bersemuka
15. modul diedarkan kepada murid sewaktu murid masih berada di sekolah agar tiada
murid yang cicir daripada mendapatkan modul sekiranya boleh.
16. Guna Modul topikal dan set berformat peperiksaan sebenar.
17. Belajar di kelas
18. Membimbing pelajar dalam kelas bermula daripada bab 1.
19. Bimbingan berupa konsep-konsep penting dan contoh menyelesaikan soalan
berkaitan.
20. Penggunaan modul diteruskan dengan penambahbaik . Soalan yang diberikan
dalam modul mempunyai penerangan yang jelas agar murid memahami kehendak
soalan. Aras soalan hendaklah yang mudah dan sederhana supaya murid menjawab
soalan dan melaksanakan aktiviti dengan gembira.
21. Aktiviti membuat bahan bantu mengajar melaksanakan ekperimen DIY dirumah
Home Project Based Leaning
22. Menyedia modul bentuk hardcopy
23. Penyediaan nota yang mudah difahami oleh pelajar
24. Latihan yang diberi perlu diserta nota yang mudah difahami oleh pelajar
25. Memberi merit kepada pelajar yang menyiapkan tugasan dengan lengkap kemas,
dan memuaskan
26. Lawatan ke rumah para pelajar untuk melihat keadaan sebenar pelajar tersebut.
27. Pembinaan Modul perlukan masa yg panjang utk MERANCANG apa aktiviti, apa
yg mahu dicapai dan semuanya perlu merujuk kpd DSKP.
28. Meletak tarikh yang patut pelajar buat bagi latihan yang diberi. supaya pelajar tahu
bila dia patut buat latihan itu.
29. Memberi pelajar senarai semak. supaya pelajar tahu bahawa modul ini wajib dibuat
30. Latihan yang diberi tidak terlalu banyak. contoh sehari satu muka surat sahaja
supaya pelajar kelas hujung bersemangat mahu buat.
31. Memendekkan tempoh penghantaran modul supaya pelajar bersemangat untuk
menyiapkan modul
32. Memaklumkan ibu bapa pelajar tentang PENTINGNYA PDPR dan sentiasa
mengingatkan/menegur anak-anak di bawah jagaan masing
33. Kadang2 walaupun guru sdh berusaha mempelbagaikan kaedah pdpr dgn harapan
menarik minat pelajar contohnya kuiz guna link, kuiz soal jwp di Group whatsapp,
Google meet tetapi sesetengah pelajar sentiasa ada alasan utk tidak membuat
tugasan. Terutamanya pelajar tingkatan 3. Jadi mungkin ibu bapa blh memainkn
peranan
34. Memberikan hadiah kepada pelajar yg rajin menghantar tugasan online/offline.
contohnya reload handphone pelajar
35. Sebagai penambahbaikan jika pdpr dilaksanakan, pelajar akan diberikan latihan
pengukuhan dalam bentuk soalan-soalan peperiksaan.
36. Dikekalkan penggunaan modul / buku Latihan
37. Dikekalkan
38. Pemberian modul secara offline amat bersesuain untuk mengelakkan pelajar
memberi alas an tidak mendapat capaian internet
39. Penggunaan gajet amatlah penting sebagai medium komunikasi dua hala anatara
guru dan penting sebagai membantu memudah cara pengajaran
40. Pemberian modul di teruskan kpd pelajar. Diharap pelajar menjawab soalan dan
dipantau oleh ibu bapa di rumah. Selepas menjawab modul perlu dihantar untuk
disemak oleh guru
41. Guru mempelbagaikan teknik penyampaian PDPR namun bergantung kepada
capaian internet.
42. Tingkatkan motivasi pelajar untuk mengikuti kelas PDPR. Tidak terlalu
membebankan pelajar dengan tugasan yang banyak hingga melemahkan semangat
mereka.
Gambar atau Bukti HASIL kerja pelajar
(Rujuk Link dibawah)
IMG_20210503_213041 - MARCILLA NATTA BINTI MADIUS Moe.jpg
IMG_20210503_213053 - MARCILLA NATTA BINTI MADIUS Moe.jpg
IMG-20210503-WA0030 - EDNA DIANITTA BINTI SABIAN Moe.jpg
IMG-20210503-WA0029 - EDNA DIANITTA BINTI SABIAN Moe.jpg
IMG-20210503-WA0029 - EDNA DIANITTA BINTI SABIAN Moe.jpg
IMG-20210503-WA0028 - EDNA DIANITTA BINTI SABIAN Moe.jpg
IMG-20210503-WA0026 - EDNA DIANITTA BINTI SABIAN Moe.jpg
IMG-20201014-WA0031 - HARTEY JUMAIN Moe.jpg
IMG-20201013-WA0019 - HARTEY JUMAIN Moe.jpg
Screenshot_20210504_073555 - MASTURA BINTI UMIN Moe.jpg
67 more files
Gambar atau Bukti HASIL kerja pelajar
https://drive.google.com/open?id=1xVOyl-5vKmZgQ2PZ7JjkE_3uoCgKNq7z,
https://drive.google.com/open?id=1MpIZAHddwbH8d9NgAq6G7bwfR_Z0Yxu4
https://drive.google.com/open?id=1E7lcRQvUMz-HmPtdKIb2lNhxKDWezj-_,
https://drive.google.com/open?id=1qTGKhu7xKpJ-KauxzCowfOLG1q8K8dFR,
https://drive.google.com/open?id=1HurznQtEmrsUifV7kHTG5j9xKP3I6EoB,
https://drive.google.com/open?id=1IpPz6HWO0CF7oiazbxQDK7jAsgqogyha,
https://drive.google.com/open?id=1Qr47uDrs6kbInPe5HpJhtGaSzcUpKbMb
https://drive.google.com/open?id=11bhAWKysZQnF8iOasIcrfgNteL-qCY58,
https://drive.google.com/open?id=1gZZLPT9CrlDHVR1IQuQgZntY2MMfyTJs
https://drive.google.com/open?id=1f8xUY8WNnxWFyHQ0_V9F3tGy9F0htdb9
https://drive.google.com/open?id=1YnEW4rrZ_CYWn-yEy-RVdCnLPo9BrOlQ
https://drive.google.com/open?id=1tXwd3j08L7cbnT2SO6qqUTG1zgTrz-O2
https://drive.google.com/open?id=1_AVUawx68P4EFw1JUmmdh94jCiemH4Hl,
https://drive.google.com/open?id=11Xcy4FlmswaNuONucjAcEszeZhU7uXxB,
https://drive.google.com/open?id=1_eVKbzSZxHPSdgvw54Euy0bCuuYNJdkL
https://drive.google.com/open?id=1T-bD0s6Yf-Y84C5pAtXkNJ4IOjjvj1vV,
https://drive.google.com/open?id=1UngYiSsfc7OOO8mfuAK9ak8Zkzv06v2h
https://drive.google.com/open?id=1-NeFURNgK6JGEW1rgceaeVGCmvp8rtIj,
https://drive.google.com/open?id=10jJ5Y2dtSb9PBkErOJk6vg4pEgcCuQRa
https://drive.google.com/open?id=18VyVcuFkFzaSFPOwOVmdcIyh3JKsc0Os
https://drive.google.com/open?id=1QN7MBXeyzMZPLMbIL5pOpTc6DDSYWAY_,
https://drive.google.com/open?id=1dSpsdXrh3Kmxqvp9aOsspQV_BeRSb_s_,
https://drive.google.com/open?id=1raWq8hIzJn2thaDjMT5f52XW_d1xA5Y2,
https://drive.google.com/open?id=1grUVQcevolDK1ip0Dqs_ZQruoPhBKuuL
https://drive.google.com/open?id=1hD3WeqVktXAnfgpxy8dk1Oh0fvsPM3KM,
https://drive.google.com/open?id=1pN5vFyV-29ojcTvrcThysJkI56QgWpvi,
https://drive.google.com/open?id=1tujI8kqOhKPsmvfvV3tsXyILm4JmCkOS,
https://drive.google.com/open?id=1znWLptQ8rDxYlV5GwZ0_PZ8-_hjFZTNs,
https://drive.google.com/open?id=14uwd841dDz1AgSmmr57kxrKNgkI0JZDV
https://drive.google.com/open?id=1wOzrmIoYgPpf0isI-XJU7HVz8wEGYdcd,
https://drive.google.com/open?id=1oyI3T8-HKZDTE4dx6SIE2BkqXH5ox-X0
https://drive.google.com/open?id=1OecvVCHeH0JaWG7VAJf9Pte6ZUIdu1PL
https://drive.google.com/open?id=1_QQ0uMNDqC5TY4U0_n8MtWODQwYUl4fJ
https://drive.google.com/open?id=1gW9NWgrRjJ52SBg-RelPYiDPSYQYf_6V
https://drive.google.com/open?id=16mZjx-_kUlyeIDu7RMykDPph7QAVFudb,
https://drive.google.com/open?id=1771iM-j781GYF0za3fYDVwpiQJOSn_MJ,
https://drive.google.com/open?id=16uteTY_cbQLfflzpu6U5-yJOba_gnF-r,
https://drive.google.com/open?id=126ydqznBmtSzMKLuFOcezMRo8zkaVAgn
https://drive.google.com/open?id=1vvxhnG1yL8OM6myq5ubWRhrJrJn4jOA1,
https://drive.google.com/open?id=16kY_lmsT0dHGbqFKlUwRUmKTUNLk8jmB,
https://drive.google.com/open?id=1eRUy9MO4cqZCEyJoySZ4ZJu1R3Cn9m5H
https://drive.google.com/open?id=11PhXQ1oPosqQCgXkRknCaYFF9Q12n1BD,
https://drive.google.com/open?id=11qw1BF9ooJItNVJXcSRkd-h5mTQNf_-H,
https://drive.google.com/open?id=133ONpp_hAvGKM4qtiPJdWABk5FKOPYNq
https://drive.google.com/open?id=1OAq-d2IZVy-H4TYxCUqiTiIm-oUXt7-d,
https://drive.google.com/open?id=1PrxMH40Wc8CvFVpxndvcdMugIwUZhvkS,
https://drive.google.com/open?id=1xH_d0UZuPfA58hlwp9iAO2f-BnrPXX11,
https://drive.google.com/open?id=1c_eO3KtZqvLxjLsLVanfViP53DfSBfsn,
https://drive.google.com/open?id=1TmBoBEHfV1lW3ICUvpyCnzTXGaOOKEwP
https://drive.google.com/open?id=1OxO4eDsSkb-LMOG_OivadvFiM350SZH4,
https://drive.google.com/open?id=1ZyRrXGgW4txTboKu1kLqXx3ebnLqqA2A
https://drive.google.com/open?id=1_0d-o3In9veP9vyn-BfM6iwNzs2hQExf,
https://drive.google.com/open?id=1XYMgmaGQre3GJhKO6SjvTjOXg___hW5T
https://drive.google.com/open?id=1y_x2Mpw69tcxYjLiyiJki8nDwSHIUmKL,
https://drive.google.com/open?id=1HBfz2OaSpaKHRtspiP-kj9Mp_Dm0RdTH,
https://drive.google.com/open?id=1JnHIKl7tVoKBVkLZHLgr4TiRL0gSfkff,
https://drive.google.com/open?id=1Q4ZhqFUGJ3uCFShvCZy8OVJJkCiqFNjj,
https://drive.google.com/open?id=1VDB3XuBdHEwr59X3Naqpq5kXXBm74SXf
https://drive.google.com/open?id=1xMUPABlgYUZsMkD0dUSn_nFrM9NQAuJo
https://drive.google.com/open?id=1_IpDKjCBy-d5qHNrhkW98qZElWC-OopA,
https://drive.google.com/open?id=18Xd30dhFJdtPcQskLHKIRz2dmXoAy6li,
https://drive.google.com/open?id=1uP73-q9TYugbHJWFlaPG2rLiUL3eqIxN
https://drive.google.com/open?id=1rYSNHK0zwGkVOuykCkmAW0zM_Nq4kRn8
https://drive.google.com/open?id=1tvGRbeGBVaIYU-t583i-bQO8KkHoDQxG,
https://drive.google.com/open?id=14VFQ2Lg25FQq111-mOZdAZPzxc0cOVlj
https://drive.google.com/open?id=1HJtktLnW4q5FuRrFUzkxSMVLuq0jbC7y
https://drive.google.com/open?id=1GNxEgMWqLO_H7HRViacsfbccEWFs66K1,
https://drive.google.com/open?id=1J3LMdi08rmU-x6OYnyi8E30ffngeiTDZ,
https://drive.google.com/open?id=14C_AMx7CXGbm35uFseDn12uC9npvZe7c,
https://drive.google.com/open?id=1lG9p9xGDAM6zrdYW_T2fXNMN91659wil,
https://drive.google.com/open?id=1LC3KxTj4K08PIWzNRZ4UrRXW2X7L0FSn
https://drive.google.com/open?id=15WW89TUUKbcayrSMWoiCdxmum2BkrTYg
https://drive.google.com/open?id=1hdPXXi7pNEZhmJrT-2gzqQ6ck6Kjg6rN,
https://drive.google.com/open?id=17Ungp_6TtSHJRydBKd3C4Drr_Jm4cXTv,
https://drive.google.com/open?id=1NqtgC5iVWadV5sZBbgSotM2jWER5jh-e,
https://drive.google.com/open?id=1uSFh0uZdtM-CfQJsbTaM5BDHumQyltCM
https://drive.google.com/open?id=1VBpnC0GetfajREol3AGCshsceSXwtRh9
Disediakan Oleh:
Kutily @ Sylvia Binti Gilong
Penyelaras PK04
SMK Kota Marudu, Sabah