The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PAMERKAN KEPERLUAN BUDAYA KERJA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rafidah Jemain, 2020-04-19 02:16:55

M04 SUB 1

PAMERKAN KEPERLUAN BUDAYA KERJA

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
ARAS 7 & 8 BLOK D4, KOMPLEKS D
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62530 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN

(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA Z-009-3:2015 KEBOLEHAN TERAS
PROGRAM /
PROGRAM’S CODE AND
NAME

TAHAP / LEVEL TIGA (3)
CA04 ETIKA DI TEMPAT KERJA
NO. DAN TAJUK
KEBOLEHAN TERAS /
CORE ABILITY NO. AND
TITLE

NO. DAN PENYATAAN 04.01 PAMERKAN KEPERLUAN BUDAYA KERJA
KEBOLEHAN / 04.02 TANGANI SITUASI YANG MEMERLUKAN
ABILITY NO. AND
STATEMENT PERHATIAN

NO. KOD /CODE NO. Z-009-3:2015–M04/P(1/2) Muka Surat / Page : 1

Drpd / of :7

TAJUK/TITLE : KEPERLUAN BUDAYA KERJA

TUJUAN/PURPOSE :

Kertas Penerangan ini bertujuan untuk menerangkan mengenai amalan budaya kerja,
sensitiviti budaya dan kepelbagaian budaya di tempat kerja.

1

NO. KOD / CODE NO. Z-009-3:2015-M04/P(1/2) Muka Surat / Page : 2

Drpd / of : 7

PENERANGAN/INFORMATION :

1. Amalan Budaya Kerja
Amalan kerja lazim meliputi landskap pelbagai etika, sesetengahnya melibatkan
implikasi undang-undang, yang perlu disedari oleh semua kakitangan. Dasar dan
misi syarikat, sikap dan tindakan majikan menjadi templat untuk dipatuhi oleh pekerja
dalam urusan seharian mereka. Wujudkan templat budaya kerja yang beretika
dengan menentukan apa yang menjadi amalan beretika. Nilai dan dasar etika
syarikat akan menjadi panduan amalan beretika kepada pekerja.

1.1 Amalan Keadilan
Peraturan Penting ialah panduan ringkas untuk amalan yang adil di tempat kerja.
Pengurus boleh bekerjasama dengan kakitangan dalam mentakrifkan apa yang
dimaksudkan dengan keadilan. Gunakan definisi itu untuk setiap sektor dan
keadaan operasi pengurusan yang kecil. Kriteria untuk keadilan terpakai ke atas
semua orang dan dalam semua keadaan. Menurut Charles D. Kerns dalam
karyanya,Creating and Sustaining an Ethical Workplace Culture, "Pekerja
meletakkan panduan etika keadilan di tempat kerja sebagai amalan untuk melayan
satu sama lain, para pelanggan dan pembeli secara adil dan saksama. Undang-
undang anti-diskriminasi ialah contoh amalan pekerja adil.

1.2 Amalan Integriti
Integriti memerlukan keberanian untuk melakukan apa yang betul walaupun tidak
disukai ramai. Pekerja yang berintegriti akan menyokong kerja-kerja yang betul dari
segi moral dan apa yang mewakili kakitangan dan pelanggannya. Sebagai contoh,
kakitangan jualan sebenarnya mewakili barisan produk keluaran atau perkhidmatan
yang ditawarkan. Mereka menepati janji mereka kepada pelanggan kerana itu
perkara yang betul untuk dilakukan dan kerana apa jua yang diperkatakan adalah
mewakili majikannya. Integriti memerlukan latihan yang berterusan.

1.3 Kerahsiaan dan Amalan Privasi
Undang-undang kerahsiaan dan privasi dan amalan memainkan peranan dalam
setiap urusan. Budaya kerja yang sihat menghormati privasi seseorang pekerja.
Pekerja mengamalkan kerahsiaan dengan menahan diri daripada gosip soal peribadi

2

NO. KOD / CODE NO. Z-009-3:2015-M04/P(1/2) Muka Surat / Page : 3

Drpd / of : 7

seseorang rakan kerja. Contohnya, pekerja penjagaan kesihatan kecil akur kepada
undang-undang privasi sebagai amalan operasi harian.

1.4 Amalan Kawalan Kendiri (Self-Control)
Apabila situasi yang mencabar timbul, pekerja yang boleh mengawal emosi dan
tindakan mempamerkan tingkah laku beretika di tempat kerja. Kawalan kendiri boleh
menghalang situasi yang sukar menjadi lebih buruk dan mengganggu aliran kerja
serta mengancam semangat kakitangan. Pekerja yang mampu mengawal diri dan
berdisiplin akan sentiasa tenang dalam kesibukan mereka. Untuk mengelakkan
timbunan kerja, mereka saling membantu antara satu sama lain untuk mengekalkan
kelancaran kerja dan terus memberi sumbangan kepada keseluruhan produktiviti
syarikat.

2. Budaya kerja, hormat dan percaya
Hormat dan percaya adalah dua perkataan yang berbeza tetapi saling melengkapi.
Hormat ialah sesuatu yang diperoleh dan bukannya boleh diminta. Seseorang yang
dihormati itu lazimnya diberi kepercayaan yang tinggi. Kenyataan ini mungkin tidak
benar sepenuhnya kerana ada juga yang tidak boleh dipercayai. Hal ini menjurus
kepada definisi perkataan percaya, yang bermakna apabila diberi kepercayaan
kepada seseorang itu, dia akan melakukan yang terbaik untuk orang yang
mempercayainya. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah kes, seseorang itu
boleh menghormati ramai orang, tetapi itu tidak bermakna orang yang dihormati itu
akan membuat yang terbaik untuknya.

2.1 Percaya mempunyai maksud yang lebih mendalam apabila digunakan
dalam konteks hubungan. Percaya bermakna meletakkan sepenuh keyakinan
kepada seseorang. Orang yang percaya bahawa pihak yang dipercayainya itu tidak
akan mencederakannya sama sekali akan sentiasa mencarinya. Percaya ialah satu
konsep yang kekal, dan apabila seseorang itu dipercayai ia akan kekal seumur
hidup, sehingga kepercayaan itu dikhianati. Jika salah satu pihak mengkhianati
kepercayaan itu, lama akan dapat dipulihkan kembali.

2.2 Hormat ialah mempunyai pandangan yang tinggi terhadap esuatu entiti atau
seseorang, atau menyanjung pendapatnya. Ringkasnya, menghormati seseorang
ialah menyanjung tinggi orang itu dan yakin orang itu hebat. Hormat memerlukan

3

NO. KOD / CODE NO. Z-009-3:2015-M04/P(1/2) Muka Surat / Page : 4

Drpd / of : 7

seseorang itu mengumpulkan sanjungan terhadap orang yang dihormati. Mereka
menganggap orang tertentu, negara, kumpulan, organisasi, agama, dan lain-lain
pada standard yang tertinggi. Mereka percaya bahawa entiti itu patut diberi
perhatian atau tidak akan berbuat salah. Hormat dianggap sebagai satu konsep yang
mesti diperoleh dan inilah antara yang paling sukar diperoleh. Ia memerlukan
seseorang itu untuk melakukan sesuatu yang besar atau menjadi seseorang yang
hebat. Untuk dihormati, seseorang itu harus menghormati orang lain.

3. Sensitiviti Budaya dan Kepelbagaian
Sensitiviti budaya ditakrifkan sebagai kesedaran dan kepekaan terhadap amalan
dan budaya lain. Kemahiran sensitiviti budaya ini termasuklah menilai budaya yang
berbeza, bagaimana ia harus didekati dan bagaimana untuk berkomunikasi
sewajarnya. Kemahiran ini juga termasuklah menilai bagaimana perbezaan budaya
boleh menjejaskan kerja orang lain, dan bagaimana untuk menghargai perbezaan itu
supaya diskriminasi dan gangguan tidak berlaku, sama ada secara sengaja atau
tidak sengaja.

3.1 Kepelbagaian budaya adalah kualiti budaya yang pelbagai atau berbeza,
berbanding dengan budaya tunggal, iaitu budaya tunggal global atau keseragaman
budaya, samalah seperti kerosakan budaya. Kepelbagaian budaya juga merujuk
perbezaan budaya dan perasaan saling menghormati perbezaan masing-masing.
Kadang-kadang ia juga dimaksudkan sebagai kepelbagaian masyarakat atau budaya
di sesuatu kawasan tertentu, atau di serata pelosok dunia. Tindakan globalisasi
secara amnya merosakkan budaya yang sering dikaitkan dengan kesan negatif ke
atas kepelbagaian budaya di dunia.

3.2 Kepentingan sensitiviti budaya
Kemahiran sensitiviti budaya adalah penting agar pekerja dapat bekerja secara
bersepadu dalam satu pasukan yang saling menghormati antara satu sama lain
tanpa mengira perbezaan budaya. Kemahiran sensitiviti budaya juga penting bagi
pekerja yang kerap berinteraksi dengan pelanggan luar, yang kebanyakannya
mpunyai pelbagai latar belakang dan warisan.

4

NO. KOD / CODE NO. Z-009-3:2015-M04/P(1/2) Muka Surat / Page : 5

Drpd / of : 7

3.3 Jenis kemahiran sensitiviti budaya
Kemahiran sensitiviti budaya boleh merangkumi pelbagai kebolehan, bergantung
pada kepelbagaian pekerja dan pelanggan, dan bagaimana pekerja itu harus sensitif
pada budaya. Bagaimanapun, kemahiran ini termasuklah kebolehan untuk sekurang-
kurangnya membina hubungan profesional dengan orang lain, berkomunikasi
dengan cara terhormat dan sopan mengikut budaya yang diamalkan, berupaya
menangani sempadan budaya, dan berinteraksi secara berterusan demi kebaikan
syarikat. Contohnya, dalam sesetengah budaya, ia dianggap biasa untuk memberi
salam dengan pelukan. Jika hanya berjabat tangan, pelanggan itu mungkin akan
rasa tersinggung.

3.4 Pelaksanaan sensitiviti budaya dan kepelbagaian
Kita tidak boleh belajar segala-galanya tentang budaya lain. Bagaimanapun,
terdapat beberapa langkah praktikal yang boleh diambil untuk mewujudkan
kesedaran budaya. Antaranya:

i) Wujudkan kesedaran – lihat kemungkinan yang memihak dan prasangka,
sedari norma budaya, sikap dan kepercayaan, dan hargai kepelbagaian;

ii) Jangan jadikan perbezaan budaya sebagai asas bagi kritikan dan penilaian.
Tidak ada baik buruknya perbezaan itu, hanya norma yang menjadi
perbezaan;

iii) Bina satu persahabatan yang saling menghormati dan hasrat untuk
memahami;

iv) Tunjukkan yang kita mengambil berat terhadap semua orang dan memang
mahu membantu mereka;

v) Terangkan dan bertanya apabila perlu. Jadilah pendengar yang prihatin.
vi) Carilah ilmu tentang budaya lain dengan apa cara sekalipun.

3.5 Membina sikap kompeten budaya merupakan satu proses yang berterusan.
Adalah penting untuk melihat semua orang sebagai individu yang unik dan sedar
bahawa pengalaman, kepercayaan, nilai dan bahasa mereka mempengaruhi cara
mereka berinteraksi dengan orang lain dan masyarakat secara amnya. Perlu juga
disedari bahawa perbezaan juga wujud dalam budaya. Tanggapan bahawa budaya
yang sama dikongsi oleh semua bangsa, bahasa atau agama adalah salah sama
sekali.

5


Click to View FlipBook Version