The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdPc) selari dengan intipati PPPM 2013-2025 iaitu kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran Bermakna pula adalah antara elemen penting dalam transformasi sekolah.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by puteraadam, 2022-02-04 18:52:41

Nota ringkas program Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB).

Amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdPc) selari dengan intipati PPPM 2013-2025 iaitu kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran Bermakna pula adalah antara elemen penting dalam transformasi sekolah.

Keywords: KPPB,NOTA RINGKAS

KPPB 2021

i

KPPB 2021

PENAUNG
DR AHAMAD B. RAHIM
PENGARAH IPG KAMPUS SULTAN MIZAN

PENASIHAT
TS DR PAJUZI B. AWANG
TIMBALAN PENGARAH IPG KAMPUS SULTAN MIZAN

PENYELARAS
HJ MAT ZIN B. MAT NAWI

KETUA EDITOR
DR HJH HASLINA BT HJ HANAPI

EDITOR
DR NORHASLIZA BT. ABDULLAH

HJ MAT ZIN B. MAT NAWI
EN RUZIMAN B. OMAR

EN. WAN MOHD KHAIRI B. WAN AWANG
PN SUZANA BT. AHMAD

JURU GRAFIK
PN ASMIDA BT MAT ARIFIN

JURU TEKNOLOGI
TS. HJ MOHAMAD YUSOFF B. AHMAD

ii

KPPB 2021

KATA ALUAN PENGARAH IPG KSM

Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam
Sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana saya
diberi peluang untuk menitip sepatah dua kata dalam nota ringkas program Kapasiti
Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB). Kapasiti Pegagogi Pembelajaran
Bermakna (KPPB) merupakan suatu inovasi pedagogi yang berupaya untuk
memperkukuh dan memantapkan penyampaian kurikulum melalui kekuatan pedagogi
yang berkesan. KPPB ini memberi tumpuan kepada mereka bentuk dan mengenal pasti
kapasiti pedagogi yang mampu mendorong pelajar mengembangkan kompetensi
pembelajaran bermakna iaitu 6C (sahsiah, kewarganegaraan, kolaboratif, komunikasi,
kreativiti dan pemikiran kritis). Ini sesuai dengan hasrat Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia.

Dalam usaha untuk mencapai hasrat ini, pembelajaran abad ke-21 di Institut Pendidikan
Guru harus memberi fokus kepada usaha untuk melahirkan guru yang dinamik,
berwibawa, kompeten dan berjiwa pendidik dalam melaksanakan tugas bagi memenuhi
hasrat Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

IPG Kampus Sultan Mizan (IPGKSM) tidak terkecuali terlibat dalam menggerakkan
amalan KPPB ini di peringkat kampus sebagaimana kehendak IPGM. Walaupun baru
bermula, IPGKSM telah mengorak langkah dengan berkongsi pengalaman untuk
meningkatkan lagi pemahaman tentang KPPB ini. IPGKSM telah terlibat dengan
Showcase KPPB yang telah dianjurkan oleh IPGM. Ini menunjukkan bahawa IPGKSM
telah berupaya dan berjaya seiring dengan IPGK yang telah lama terlibat dengan KPPB
ini. Pelaksanaan KPPB ini berupaya untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
pensyarah dan pelajar dalam mereka bentuk dan mengenal pasti kapasiti pedagogi ke
arah mengembangkan kompetensi pembelajaran bermakna 6C.

Buku program KPPB, IPGKSM ini diharapkan dapat dijadikan panduan yang berguna
kepada seluruh warga IPGKSM dalam meningkatkan pedagogi pembelajaran
bermakna kepada semua.

Sekian, terima kasih.

(DR. HJ. AHAMAD BIN RAHIM)
Pengarah,
IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu

iii

KPPB 2021

KATA ALUAN PENGERUSI KPPB IPG KSM

Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam
Sejahtera.

Awal bicara, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke
hadrat Ilahi, kerana dengan izin-Nya kami dapat
menghasilkan sebuah nota ringkas program Kapasiti
Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) di Institut
Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu. KPPB ini memberikan
tumpuan kepada Pembelajaran Bermakna seperti mana yang terkandung di
dalam Program Transformasi Sekolah (TS25). Program ini mengaplikasikan amalan
terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdPc) selari dengan intipati PPPM 2013-2025 iaitu
kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran
Bermakna pula adalah antara elemen penting dalam transformasi sekolah.

Kekuatan utama KPPB adalah merealiasikan hasrat kemenjadian murid dan sekolah
berkualiti yang memerlukan penelitian dan perincian Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) dalam kalangan guru-guru di sekolah. Pendedahan awal kepada
siswa guru di IPGKSM membolehkan mereka menguasai KPPB ini dengan lebih tepat
dan bermakna selaras dengan kapasiti pedagogi. Kapasiti pedagogi guru pula
merangkumi rakan pembelajaran, persekitaran pembelajaran, pemanfaatan digital dan
amalan pedagogi.

Pensyarah dan siswa guru dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka
dalam mengenal pasti kapasiti pedagogi ini ke arah mengembangkan kompetensi
pembelajaran bermakna 6C (sahsiah, kewarganegaraan, kolaboratif, komunikasi,
kreativiti dan pemikiran kritis).

Kami benar-benar mengharapkan agar nota ringkas program KPPB, IPGKSM 2021 ini
dapat membantu meningkatkan kefahaman dalam kalangan siswa guru, pensyarah,
seterusnya mampu melaksanakan amalan yang terbaik kepada seluruh warga IPGKSM
dalam usaha meningkatkan pedagogi pembelajaran bermakna kepada semua.

#KPPB untuk SEMUA@ KPPB for ALL

Sekian, terima kasih.

(MAT ZIN BIN MAT NAWI)
Penyelaras KPPB,
IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu

iv

KPPB 2021

Penerbit
IPG Kampus Sultan Mizan
22200 Besut
Terengganu
_________________________________________
Terbitan November 2021
Hak Cipta Terpelihara © IPG Kampus Sultan Mizan
SEMUA HAK CIPTA TERPELIHARA

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan
dengan cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran
bertulis daripada penerbit buku ini.

v

KPPB 2021

Perpustakaan Negara Malaysian
Data-Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB)
Bimbingan Instruksional Pentaksiran Bilik Barjah (PBD):

Kefahaman Melalui Reka Bentuk (KmR)
Disediakan oleh: Dr Hjh Haslina bt. Hj. Hanapi, Dr Norhasliza bt.
Abdullah, Hj. Mat Zin b. Mat Nawi, En Ruziman b. Omar, En. Wan
Mohd Khairi b. Wan Awang, dan Pn Suzana bt Ahmad, Mohamad
Yusoff Ahmad

ISBN
1. Pembelajaran Bermakna
2. Model Pembelajaran Murid
3. Model Rekabentuk Pembelajaran
4. Government Publications - Malaysia
5. 371.26

vi

KPPB 2021

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK M/S
1. Pendahuluan 1
2. Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna 2
3. Konsep Pedagogi Pembelajaran Bermakna 4
4. Pelan Pembelajaran Bermakna 6
3.1 EPO1 – The Collaborative Inquiry Cycle 7
(Kitaran Inkuiri Kolaboratif)
3.2 EPO2 – Student Learning Model 8
(Model Pembelajaan Murid)
3.3 EPO3 – The Elements of Learning Model 10
(Model Rekabentuk Pembelajaran)
3.4 EPO4 – Leveling Digital Tools 15
3.5 EPO5 – 6C’s Global Competencies 20
(Kompetensi Global)
5. Contoh Pelaksanaan 28
4.1 Hasrat Pembelajaran 29
4.2 Merungkai Kurikulum 29
4.3 Kefahaman Melalui Rekabentuk 32
6. Jawatankuasa Kapasiti Pedagogi Pembelajaran 36
Bermakna (KPPB) Jawatankuasa KPPB IPGKSM
7 Laporan Pelaksanaan Kapasiti Pedagogi 37
Pembelajaran Bermakna (KPPB)
8. Senarai Rujukan 62

vii

KPPB 2021

SENARAI RAJAH

BIL TAJUK M/S
Rajah 1 2
Rajah 2 Pembelajaran Bermakna 3
Rajah 3 Pedagogi Pembelajaran Bermakna 6
Rajah 4 The NPDL Road Map: The 5 EP 7
EPO1 – The Collaborative Inquiry Cycle
Rajah 5 (Kitaran Inkuiri Kolaboratif) 8
EPO2 – Student Learning Model (Model
Rajah 6 Pembelajaan Murid) 9
Rajah 7 Model Pembelajaran Murid 10
EPO3 – The Elements of Learning Model
Rajah 8 (Model Rekabentuk Pembelajaran) 13
Rajah 9 Model Rekabentuk Pembelajaran (MRP) 15
Rajah 10 EPO4 – Leveling Digital Tools 16
3E Pemanfaatan Kemudahan Digital
Rajah 11 (Leveraging Digital Tools) Levelling Digital Tools 17
mengaitkan antara Taksonomi Kognitif dan dan
Rajah 12 Model Aplikasi. 18
Rajah 13 Leveraging Digital Tools mengaitkan antara 19
Taksonomi Kognitif dan dan Model Aplikasi.
Rajah 14 Kerangka 3R dalam Penggunaan Teknologi 19
Rajah 15 Contoh DTR yang boleh Dimanfaat Dalam PdP 20
Pemanfaantan Digital
Rajah 16 Pembelajaran Bermakna (6C) 22
Rajah 17 EPO5 – 6C’s Global Competencies 24
Rajah 18 (Kompetensi Global) Peranan Guru dan Murid 25
Kerangka 3R dalam Model Aplikasi
Rajah 19 Proses Keseluruhan Pelaksanaan KPPB 27
Rajah 20 Bagaimana 6C, 4 Elemen Pedagogi dan 28
Kolaboratif terlibat dalam Pembelajaran
bermakna
Kitaran Pelaksanaan KPPB
Proses Pelaksanaan KPPB

viii

KPPB 2021

Rajah 21 Hasrat Pembelajaran 29
Rajah 22 Kejelasan Guru 29
Rajah 23 Proses merungkai Kurikulum untuk Kejelasan 30
Guru
Rajah 24 Templet Merungkai Dokumen Standard 30
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Rajah 25 Proses Merungkai Kurikulum untuk Kejelasan 31
Guru
Rajah 26 Contoh Merungkai Kurikulum 1 31
Rajah 27 Contoh merungkai Kurikulum 2 32
Rajah 28 Kefahaman Melalui Rekabentuk (KmR) 32
Rajah 29 Backward Design 33
Rajah 30 Templet backward Design 33
Rajah 31 Pelan pembelajaran 34
Rajah 32 Templet Perancangan Pembelajaran Peringkat 34
1
Rajah 33 Templet Perancangan Pembelajaran Peringkat 35
2
Rajah 34 Templet Perancangan Pembelajaran 6C 35
Rajah 35 Jawatankuasa Kapasiti Pedagogi Pembelajaran 36
Bermakna
(KPPB)

ix

KPPB 2021

PENDAHULUAN

New Pedagogies for Deep Learning (NPDL) adalah projek
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM). Ia adalah projek di bawah Inisiatif
Peluasan Penggunaan Teknologi Digital dalam Pengajaran
dan Pembelajaran. Konsep NPDL merupakan salah satu
pertimbangan penting apabila IPGM diberikan amanah untuk
memantapkan pembudayaan pembelajaran bermakna. IPG
berperanan sebagai peneraju pembelajaran bermakna (deep
learning) yang merupakan salah satu teras untuk memacu inti
pati Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 – 2025)
iaitu sekolah yang berkualiti dan kemenjadian murid.

Pelajar dan pensyarah masa kini berhadapan dengan
perubahan amalan PdP yang lebih mencabar. Namun,
kemudahan-kemudahan sedia ada yang mudah dicapai seperti
teknologi digital dan dengan sokongan rakan pembelajaran
bakal menjadikan PdP mereka lebih berkesan (Davis, 1993).
Bukan setakat pelajar, malah pensyarah juga harus bersedia
menghadapi transformasi dunia pendidikan. Amalan pedagogi
dan persekitaran pembelajaran baru serta terkini harus
dijadikan kebiasaan kepada golongan pensyarah dalam usaha
peningkatan kemenjadian pelajar.

Pembelajaran bermakna bukanlah satu pendekatan
pembelajaran yang baru. Namun beberapa elemen baru telah
dimasukkan ke dalam pendekatan ini bagi menjenamakannya
semula sebagai pedagogi baru. Kapasiti Pedagogi
Pembelajaran Bermakna (KPPB) atau dalam istilah
inggerisnya, New Pedagogies for Deep Learning (NPDL) yang
diimplementasi pada masa kini di IPG mempunyai pengaruh
elemen rekabentuk Fullan, Quinn dan Mc Eachen (2018).
Elemen ini mengandungi empat bahagian yang saling
menyokong dan melengkapi antara satu sama lain bagi
menghasilkan sebuah konsep NPDL yang mantap dalam

10

KPPB 2021

Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di sesebuah institusi
pendidikan. Empat bahagian tersebut ialah amalan pedagogi,
pemanfaatan digital, rakan pembelajaran dan persekitaran
pembelajaran.

KAPASITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN BERMAKNA

Merealiasikan hasrat kemenjadian murid memerlukan
penelitian dan perincian Dokumen Standard Kurikulun dan
Pentaksiran (DSKP) dalam kalangan guru. Justeru,
melaksanakan keperluan di dalam Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) menuntut guru mempunyai
kapasiti pedagogi. Kapasiti pedagogi guru merangkumi rakan
pembelajaran, persekitaran pembelajaran, pemanfaatan digital
dan amalan pedagogi.

Rajah 1: Pembelajaran Bermakna

11

KPPB 2021

Pembelajaran bermakna ialah apabila pelajar menggunakan
pengetahuan dan kemahiran isi kandungan untuk meneroka
dan mencipta pengetahuan dan kemahiran yang baharu.
Dengan pengetahuan dan kemahiran baharu yang diperolehi
tersebut, pelajar menggunakannya untuk menyelesaikan
masalah di dalam kehidupan.

Rajah 2: Pedagogi Pembelajaran Bermakna

Ubiquitous Computing (Ubicomp) atau yang lebih sering
disebut Pervasive Computing merupakan suatu bentuk
interaksi manusia-komputer yang menitikberatkan pada
kemampuan komputer dan komunikasi. Keduanya berintegrasi
dengan pengguna pada saat yang bersamaan sehingga
menjadi sebuah teknologi yang menghilang dalam keadaan
yang tidak disedari oleh penggunanya karena keberadaanya
yang tidak terpisahkan dan sudah menyatu dengan kehidupan

12

KPPB 2021

sehari-hari atau dikenali sebagai “technology that disappears”
(Galloway, 2004).

KONSEP PEDAGOGI PEMBELAJARAN BERMAKNA

Melalui KPPB, beberapa aspek, model dan elemen baharu
telah diadaptasi mengikut kesesuaian acuan sistem dan
landskap pendidikan guru. Kapasiti Pedagogi Pembelajaran
Bermakna (KPPB) membina komitmen ke arah mewujudkan
hubungan pembelajaran yang benar-benar baharu antara
pelajar, pensyarah dan komuniti. Dalam konteks ini, Rakan
Pembelajaran (learning partnership) akan ditonjolkan
sepanjang pelaksanaan KPPB disamping merangkumi tiga
elemen utama iaitu kompetensi, reka bentuk dan iklim
pembelajaran.

Dalam masa yang sama IPG dengan kerjasama yang erat
daripada JPN, PPD dan sekolah memberikan sokongan
profesional secara berterusan kepada guru-guru dalam
perkhidmatan untuk menyokong program transformasi
sekolah. Inilah bukti kesungguhan dan komitmen tinggi yang
konsisten daripada IPG bagi memastikan KPPB ini dapat
memberi tumpuan membina kapasiti pedagogi dengan
menggarab keperluan semasa dan masa depan seperti
pemanfaatan digital dalam PdP ke arah pembelajaran
bermakna yang perlu ditingkatkan bagi melahirkan murid atau
pelajar selari dengan visi dan misi KPM.

Sokongan dan usaha yang berterusan IPG juga seterusnya
telah berjaya membangunkan Portal KPPB ke arah
mewujudkan persekitaran pembelajaran perhubungan
pelbagai hala dan dimensi antara murid sekolah, pelajar IPG,

13

KPPB 2021

guru-guru dan pensyarah serta komuniti KPM. Portal ini boleh
berperanan sebagai rujukan yang sarat dengan resos berkualiti
kepada para ahli akademik untuk menyokong usaha
membangunkan kapasati pedagogi dalam membudayakan
pembelajaran bermakna. Melalui pembelajaran bermakna
potensi pelajar dibugarkan dengan kompetensi pembelajaran
bermakna (6C: menurut Fullan, Quinn & Mc Eachen, (2018),
pedagogi baharu diperlukan untuk menjana pembelajaran
bermakna murid, Ciri-ciri berkenaan merangkumi perkara
berikut:

1. Mereka (guru dan murid) memberi tumpuan kepada
penciptaan dan penggunaan pengetahuan baru di
dalam kehidupan sebenar dan bukannya hanya
menyebarkan pengetahuan yang sudah ada.

2. Mereka (guru dan murid) sengaja menjalin
perkongsian pembelajaran baharu di antara dan di
kalangan pelajar dan guru, kerana proses
pembelajaran menjadi tumpuan utama bagi
penemuan, penciptaan, dan penggunaan
pengetahuan bersama.

3. Pedagogi baharu memperluaskan persekitaran
pembelajaran dengan bergerak menjangkau bilik
darjah tradisional untuk menggunakan masa, ruang,
dan orang di dalam dan di luar bilik darjah sebagai
pemangkin untuk membina pengetahuan baharu dan
mewujudkan budaya yang kukuh untuk pembelajaran.

4. Pedagogi baharu memanfaatkan kemudahan digital di
mana-mana dan bila-bila masa untuk mempercepat
dan memperdalam pembelajaran.

Memahami KPPB bermakna memahami Hasrat Pembelajaran
dan Kriteria Kejayaan, iaitu

14

KPPB 2021

1. Saya dapat menerangkan definisi operasi
pembelajaran bermakna dalam pelaksanaannya di
bilik darjah.

2. Saya dapat membuat hubung kait kapasiti pedagogi
dengan pelaksanaan pembelajaran bermakna di bilik
darjah.

3. Saya boleh menyatakan atribut murid yang telah
melalui pembelajaran bermakna.

4. Saya boleh menyenaraikan model-model yang
menjadi entry-point untuk pelaksanaan pembelajaran
bermakna di bilik darjah.

5. Saya dapat menghubungkaitkan kapasiti pedagogi
pembelajaran bermakna dengan peranan sebagai
pembimbing instruksional di bilik darjah.
PELAN PEMBELAJARAN BERMAKNA

Rajah 3: The NPDL Road Map: The 5 EP
NPDL telah mengadaptasi dengan mengemukakan beberapa
model sebagai entry points untuk pembelajaran bermakna
dalam kalangan pelajar IPGK terlibat sekaligus membugarkan
kompetensi pembelajaran bermakna 6C (creativity,

15

KPPB 2021

communication, critical thinking, collaborative, character dan
citizenship).
New Pedagogies for Deep Learning (NPDL) memiliki lima
langkah, seperti di bawah;

1. EP01 - The Collaborative Inquiry Cycle / Kitaran Inkuiri
Kolaboratif

2. EP02 - Student Learning Model / Model Pembelajaran
Murid

3. EP03 - The Elements of Learning Model / Model
Rekabentuk
Pembelajaran

4. EP04 - Leveraging the Digital Tools / Pemanfaatan
Peralatan
Digital

5. EP05 - 6C’s Global Competencies / 6 Kompetensi
Global

EPO1 – The Collaborative Inquiry Cycle (Kitaran Inkuiri
Kolaboratif)

16

KPPB 2021

Rajah 4: EPO1 – The Collaborative Inquiry Cycle (Kitaran
Inkuiri Kolaboratif)

Kitaran inkuiri Kolaboratif terdapat pada lingkaran paling luar,
ini bermakna semua elemen yang terdapat di dalam lingkaran
itu perlu dilaksanakan secara inkuiri dan berkolaboratif.
Kitaran Inkuiri Kolaboratif adalah melibatkan:
i. Kerjasama antara pihak pentadbir dengan pensyarah

untuk merangka pembelajaran yang akan diberikan
kepada pelajar, di mana keperluan, kekuaran dan
kemajuan pelajar dapat dikenal pasti.
ii. Hasil perbincangan dikaitkan dengan matlamat
pembelajaran yang mengambil kira gabungan minat
dan pencapaian pelajar.
iii. Kerjasama pihak pentadbir dengan pensyarah untuk
mentaksir, mereka bentuk, melaksana, mengukur,
mereflek dan menambah baik model.
EPO2 – Student Learning Model (Model Pembelajaan
Murid)

17

KPPB 2021

Rajah 5: EPO2 – Student Learning Model (Model Pembelajaan
Murid)
Model ini melibatkan penglibatan pelajar secara bermakna
sebagai rakan pembelajaran (co-designers & co-learners).
• Pada tahap ini pelajar mengaplikasi tiga komponen Model

Pembelajaran Pelajar iaitu perhubungan, belajar cara
belajar dan aspirasi.
• Pandangan pelajar dan pandangan agensi luar turut diambil
kira.
Model Pembelajaran Murid mengambilkira tiga perkara utama
iaitu;
1. Perhubungan - Asas sosial yang penting bagi semua

manusia yang sentiiasa memerlukan tujuan dan
makna dalam hubungan dengan orang lain, yang

merangkumi kesepunyaan dan merangkai
2. Aspirasi - Pencapaian murid dipengaruhi oleh

jangkaan mereka terhadap diri sendiri dan persepsi
orang lain terhadap mereka yang merangkumi
jangkaan, keperluan dan minat.
3. Belajar Cara Belajar – Pelajar bertanggung jawab
terhadap pembelajaran dan memahami proses
pembelajaran yang merangkumi metakognitif,
maklum balas dan agensi.

18

KPPB 2021

Rajah 6: Model Pembelajaran Murid

3 perkara utama dalam Model Pembelajaran Murid adalah
berkaitan dengan;

1. Perhubungan - berkait dengan elemen meraikan
pembelajaran yang melibatkan amanah, hasrat murni,
optimis dan menghargai.

2. Aspirasi – berkait dengan kerangka aspirasi murid
yang melibatkan membangunkan harga diri,
penglibatan dalam pembelajaran, dorongan meraih
matlamat dan suara murid.

3. Belajar Cara Belajar – yang dibahagikan kepada 4
sukuan yang terdiri daripada pemikiran strategik,
berjuang, kelancaran dan stamina.

19

KPPB 2021

EPO3 – The Elements of Learning Model (Model
Rekabentuk Pembelajaran)

Rajah 7: EPO3 – The Elements of Learning Model (Model
Rekabentuk Pembelajaran)
Elemen-elemen Model Rekabentuk Pembelajaran terdiri:
i. Rakan Pembelajaran

Melibatkan pensyarah, komuniti dan rakan sekelas
sebagai penggerak atau pendorong pembelajaran.
Pelaksanaannya:
a. menetapkan perubahan dalam struktur

perhubungan, pensyarah, pelajar dan
komuniti.

20

KPPB 2021

b. mewujudkan matlamat dan hasrat
pembelajaran yang telus dalam perkongsian
dengan pelajar dan guru.

c. menggunakan proses kerjasama yang jelas
dan langkah-langkah untuk mencapai
kejayaan.

ii. Persekitaran Pembelajaran

Pensyarah dan komuniti menyediakan persekitaran
pembelajaran yang interaktif dan berpusatkan murid.
Pelaksanaannya:

a. menggunakan pelbagai alat dan proses yang
sesuai untuk menilai kebolehan, bakat dan
keperluan akademik.

b. membina iklim dan budaya pembelajaran
pada bila-bila masa, di mana sahaja dan
melibatkan mana-mana murid.

c. menggunakan proses kerjasama dan
kemahiran sosial

d. menggunakan suara pelajar untuk reka bentuk
pembelajaran.

iii. Pemanfaatan Kemudahan Digital

Pensyarah dan pelajar boleh menggunakan
kemudahan digital dalam pembelajaran pada bila-bila
masa dengan memanfaatkan digital pada tahap
optimum. Pelaksanaannya:

a. mendorong pelajar mengakses teknologi
digital untuk mendapatkan maklum balas yang
tepat pada masanya.

21

KPPB 2021

b. menggunakan kemudahan digital sebagai
perancah (scaffold) proses pembelajaran.

c. mendorong inovasi pelajar menggunakan
digital untuk pembelajaran bermakna atau
mencipta pengetahuan baharu.

iv. Amalan Pedagogi

Memberi peluang dan ruang kepada pelajar untuk

membuat pilihan bagi melibatkan penglibatan dan

motivasi dalam proses pembelajaran.

Pelaksanaannya oleh pensyarah:

a. mereka bentuk tugasan dan proses
pembelajaran menggunakan model yang
terbukti berkesan.

b. mereka bantuk tugasan pembelajaran yang
mendalam yang melibatkan kemahiran berfikir
dan tahap kerumitan.

c. menggunakan strategi perancah (scaffolding)
dan pembelajaran terarah kendiri (self-
directed)

d. melibatkan pelajar dalam refleksi kendiri dan
menerima maklum balas yang menggalakkan
proses metakognitif

e. menggunakan pelbagai sytategi pentaksiran
dan maklum balas termasuk feed-up feedback
dan feed-forward.

22

KPPB 2021

Model Reka bentuk Pembelajaran berteraskan empat elemen
yang mantap. Elemen-elemen ini perlu digabungkan serentak
untuk memacu pembelajaran bermakna. Model ini perlu
digerakkan bersama-sama dengan model-model dan kerangka
yang lain untuk membudayakan pembelajaran bermakna.

Model Rekabentuk Pembelajaran melibatkan pembelajaran
bermakna 6C.

Rajah 8: Model Rekabentuk Pembelajaran (MRP)

23

KPPB 2021

Sebagai seorang tenaga pengajar dalam era kontemporari,
amalan pedagogi mestilah terkini dan menarik semasa
melaksanakan KPPB. Dalam konteks KPPB, pensyarah IPG
tidak lagi dilabel sebagai fasilitator tetapi diamanahkan
peranan barunya sebagai aktivator. Peranan ini ibarat
pemangkin untuk memastikan proses PdP menjadi berkesan.
Pelajar tidak lagi dibimbing tetapi didorong untuk memastikan
PdP tercapai. Ini bermakna sesi PdP berlaku secara
berpusatkan pelajar. Pencapaian PdP bukan lagi sekadar
memenuhi hasil pembelajaran tetapi dilanjutkan kepada
pencapaian 6C iaitu creativity, communication, critical thinking,
collaboration, character dan citizenship.

Selain amalan pedagogi, KPPB turut mengubah strategi
mengajar/belajar pensyarah dan pelajar IPG. Ini kerana
pendekatan terkini tidak lagi bergantung kepada sumber
maujud semata-mata. Pemanfaatan digital paling banyak
digunakan pada masa sekarang. Banyak aplikasi percuma di
internet boleh digunakan untuk membangunkan sumber PdP
digital, cuma pensyarah dan pelajar perlu meningkatkan
kemahiran teknologi maklumat mereka supaya mampu
menggunakan aplikasi-aplikasi interaktif tersebut.

Persekitaran pembelajaran yang kondusif diperlukan untuk
merangsang proses pengajaran dan pembelajaran KPPB.
Pedagogi baru ini bertindak mengembangkan persekitaran
pembelajaran dengan bergerak melangkaui kelas tradisional.
Masa, ruang dan individu ini bertindak sebagai pemangkin
untuk membina pengetahuan baru dalam mencorak budaya
pembelajaran terkini secara optimis dan menghargai.

Bukan sekadar pensyarah berperanan sebagai rakan
pembelajaran dalam proses proses pengajaran dan
pembelajaran KPPB, sebaliknya, amalan pedagogi masa

24

KPPB 2021

sekarang memerlukan kerjasama daripada rakan
pembelajaran lain yang mempunyai satu hasrat yang murni
seperti ibu bapa, pakar dan masyarakat untuk menyokong
pelajar mendapatkan ilmu baru, nasihat ataupun pengalaman
bermakna.
Oleh itu elemen meraikan pembelajaran yang melibatkan
amanah, hasrat murni, optimis dan menghargai diterapkan
secara langsung dalam mereka bentuk pembelajaran pelajar.

EPO4 – Leveraging Digital Tools

Rajah 9: EPO4 – Leveling Digital Tools

25

KPPB 2021

Leveraging Digital Tools mengambikira kerangka 3R, iaitu
Rigor, Relevance and Relationship Framework dan Triple E
Framework.

Triple E merupakan model pemanfaatan digital dengan
memberi keutamaan kepada pembelajaran (Learning First,
Technology Second). Alatan dan resos digital berperanan
memacu dan mengupayakan pembelajaran bermakna.
Pemanfaatan Kemudahan Digital melibatkan 3 perkara
(Prensky, (2000), iaitu

i. Engagement (Keterlibatan)

Keterlibatan adalah mengambil kira bagaimana alatan
teknologi membantu pelajar untuk fokus pada
matlamat pembelajaran dan tugasan yang diberikan.
Penting sesuatu keterlibatan untuk menggunakan
alatan teknologi bagi menjalani tugasan atau aktiviti
berdasarkan masa yang ditetapkan, berfokus secara
aktif kepada matlamat pembelajaran dan memberi
peluang kepada pelajar untuk bersosial secara aktif di
dalam kelas.

ii. Enchancement (Peningkatan)

Melalui enhancement (peningkatan), penggunaan
teknologi maklumat membantu pelajar memperolehi
maklumat diluar buku rujukan, memahami dengan
mendalam dan memberi pemahaman yang senang
mengikut cara belajar pelajar itu sendiri, kreatif dan
inovatif.

iii. Extension (Perluasan/Perkembangan)

Elemen extension adalah penggunaan teknologi yang
akan membawa pelajar untuk belajar di luar kelas
dalam kehidupan seharian mereka, di mana mereka
boleh menghubungkan pembelajaran dengan

26

KPPB 2021

pengalaman hidup seharian untuk menjadikan pelajar
sepanjang hayat.

Rajah 10: 3E Pemanfaatan Kemudahan Digital (Leveraging
Digital Tools)
Kerangka 3R adalah kontinum (struktur yang berterusan) yang
berorientasikan tindakan dengan meletakkan pengetahuan
yang hendak digunakan. Model ini membantu para pensyarah
cara untuk mengembangkan pengajaran dan penilaian.
Kerangka ini juga memberikan para pelajar cara pembelajaran
berdasarkan projek sama ada dengan atau tanpa penggunaan
teknologi. Manakala setiap empat kuadran diberi dengan istilah
yang bercirikan pembelajaran atau prestasi pelajar:
Pemerolehan, Aplikasi, Asimilasi dan Penyesuaian.

27

KPPB 2021

Rajah 11: Leveraging Digital Tools mengaitkan antara
Taksonomi Kognitif dan Model Aplikasi.

Empat Kuadran adalah:
i. Kuadran A

Mengingat semula secara ringkas dan pemahaman
asas tentang pengetahuan sendiri.
ii. Kuadran B
Mengetahui tentang bagaimana menggunakan
kemahiran
iii. Kuadran C

28

KPPB 2021

Pemikiran yang lebih kompleks tetapi tetap mengenai
ilmu pengetahuan itu sendiri. Merangkumi tahap
pengetahuan yang lebih tinggi.
iv. Kuadran D
Keupayaan untuk mengakses maklumat melalui
jaringan sistem rangkaian yang meluas dan
keupayaan untuk mengumpulkan pengetahuan dari
pelbagai sumber.
Contoh Penggunaan Teknologi

Rajah 12: Kerangka 3R dalam Penggunaan Teknologi
Pemantapan Teknologi

29

KPPB 2021

Rajah 13: Contoh DTR yang boleh dimanfaat dalam PdP

Pemanfaantan Digital (Weiser, 1991).

Rajah 14: Pembelajaran Bermakna (6C)
EPO5 – 6C’s Global Competencies (Kompetensi Global)

30

KPPB 2021

Rajah 15: EPO5 – 6C’s Global Competencies (Kompetensi
Global)
Tahap ini melibatkan pengaplikasian kompetensi
pembelajaran bermakna (6C). Secara umumnya kesemua
elemen 6C telah terangkum sepanjang proses NPDLini
dilaksanakan
i. Pemikiran Kritis (Critical Thinking)

Pemikiran kritis adalah sebahagian daripada
kemahiran berfikir yang dapat membantu pelajar
menyelesaikan sesuatu masalah dengan berkesan
dan menyesuaikan diri dengan persekitaran.

31

KPPB 2021

ii. Pemikiran Kreatif (Creative Thinking)
Pemikiran kreatif adalah kecekapan menggunakan
minda untuk menghasilkan idea yang baru, asli, luar
biasa, pelbagai dan bernilai.

iii. Kolaboratif (Colaboration)
Kolaborasi adalah satu proses yang melibatkan
kerjasama oleh beberapa individu dalam satu
kumpulan atau pasukan untuk mencapai hasil yang
diinginkan dan sekaligus melahirkan kepercayaan
antara ahli-ahli yang terlibat.

iv. Komunikasi (Communication)
Kemahiran komunikasi adalah satu proses
penyampaian maklumat, perkongsian pendapat dan
interaksi antara dua pihak yang koheren melalui
pelbagai mod.

v. Sahsiah (Character)
Watak adalah satu corak tingkah laku, fikiran dan
perasaan berdasarkan prinsip-prinsip, kekuatan moral
dan integriti.

iv. Kewarganegaraan (Citizenship)
Merujuk kepada sikap patriotisme dalam diri iaitu cinta
akan negara dan mempunyai identiti nasional.

32

KPPB 2021

Peranan Guru dan Murid

Rajah 16 : Kerangka 3R dalam Model Aplikasi

Pemerolehan Kontunum Tindakan
Pengetahuan Pengaplikasian
Pengetahuan

1. A: Pemerolehan

Pelajar mengumpulkan dan menyimpan sedikit
pengetahuan dan maklumat. Pelajar diharapkan
dapat mengingati atau memahami pengetahuan yang
diperolehi.

33

KPPB 2021

2. B: Aplikasi
Pelajar memperluas dan menyempurnakan
pengetahuan yang mereka perolehi secara
automatiknya akan menganalisis dan menyelesaikan
masalah serta dapat mencipta penyelesaian yang
unik.

3. C: Asimilasi
Pelajar menggunakan pengetahuan yang diperolehi
untuk menyelesaikan masalah, mencipta
penyelesaian dan menyelesaikan tugasan. Tahap
tertinggi dalam proses mengaplikasi adalah dengan
menerapkan pengetahuan yang sesuai untuk situasi
yang baru dan tidak dapat diramalkan.

4. D: Adaptasi
Pelajar mempunyai kecekapan untuk berfikir dengan
cara yang kompleks serta menerapkan pengetahuan
dan kemahiran yang diperolehi. Mampu menggunakan
pengetahuan dan kemahiran yang luas untuk mencipta
penyelesaian dan mengambil tindakan yang akan
dapat mengembangkan lagi pengetahuan dan
kemahiran mereka.

34

KPPB 2021

Rajah 17: Proses Keseluruhan Pelaksanaan KPPB
Proses keseluruhan pelaksanaan KPPB dapat dirumuskan
seperti Rajah di atas, di mana guru perlu mengambilkira dan
mengenal pasti peranan 4 elemen Reka Bentuk Pembelajaran
untuk melaksanakan perancangan PdP yang boleh
mewujudkan pembelajaran bermakna. Guru juga perlu
menghubungkait setiap elemen Reka Bentuk Pembelajaran
semasa merancang pelan pembelajaran bermakna bagi
menentukan dan memilih strategi pengajaran dan
pembelajaran yang relevan.

35

KPPB 2021

Rajah 18: Bagaimana 6C, 4 Elemen Pedagogi dan Kolaboratif
terlibat dalam Pembelajaran bermakna

NPDL adalah inisiatif global yang dilancarkan oleh Michael
Fullan yang merupakan tokoh terkemuka dalam reformasi
pendidikan. Manakala KPPB adalah inisiatif IPGM yang pada
mulanya mengadaptasi pendekatan dan idea daripada NPDL
dan kemudiannya berkembang dengan reka bentuk dan
model-model baharu yang mantap sejajar dengan keperluan
persekitaran pendidikan di negara ini bagi menghasilkan
pembelajaran bermakna dalam kalangan pelajar.
Fokus utama pelaksanaan KPPB adalah terhadap Kompetensi
Pembelajaran Bermakna 6C iaitu:
(a) Character (Sahsiah),
(b) Citizenship (Kewarganegaraan),
(c) Communication (Komunikasi),
(d) Critical thinking (Pemikiran kritikal),
(e) Collaboration (Kolaboratif),
(f) Creativity (Kreativiti)

36

KPPB 2021

Kompetensi Pembelajaran Bermakna 6C didapati lebih
terperinci, lengkap dengan dimensi dan rubrik pencapaian dari
tahap asas hingga ke tahap cemerlang bagi setiap elemen
kompetensi serta kemajuan pelajar dalam setiap elemen
kompetensi adalah lebih mudah untuk ditaksirkan.

Pembelajaran bermakna mengandundi empat elemen yang
saling menyokong dan melengkapi antara satu sama lain bagi
menghasilkan sebuah konsep KPPB yang mantap dalam
Pengajaran dan Pembelajaran di sesebuah institusi
pendidikan. Empat bahagian tersebut yang adalah amalan
pedagogi, pemanfaatan digital, rakan pembelajaran dan
persekitaran pembelajaran.

Model Inkuiri Kolaboratif merentasi peranan murid, guru dan
pemimpin. Terdapat empat fasa dalam Model Inkuiri
Kolaboratif iaitu:

Fasa 1 - Mentaksir (Assess)
Fasa 2: Mereka bentuk (Design)
Fasa 3: Melaksana (Implement)

Fasa 4: Menilai (Measure)

Rumusannya, aplikasi kitaran inkuiri kolaboratif, modul
pembelajaran pelajar, elemen reka bentuk pembelajaran,
pemanfaatan digital dan enam elemen kompetensi global (6”C)
adalah aspek yang perlu dalam perancangan pembelajaran
bermakna dan Kefahaman Melalui Reka Bentuk.

37

KPPB 2021

Rajah 19: Kitaran Pelaksanaan KPPB

Kitaran Pelaksanaan KPPB tidak lengkap

sekiranya Showcase tidak dijalankan.

Showcasing merupakan salah satu indikator yang boleh
memantapkan pelaksanaan KPPB, ia memberi peluang dan
ruang kepada murid, pelajar, guru, pensyarah dan komuniti
berkongsi pengalaman pembelajaran melalui hasil projek di
samping melaporkan apa yang mereka telah pelajari. Oleh
kerana itulah, setiap pelaksanaan KPPB berakhir dengan
showcase di mana semasa showcase murid dan pelajar
berkongsi idea dan ciptaan yang telah mereka hasilkan
sepanjang proses pelakssanan KPPB.

38

KPPB 2021

Justeru itu, 3 persoalan utama harus diajukan kepada murid
dan pelajar semasa perkongsian pembelajaran berlangsung
iaitu:

1. Apakah yang mereka telah dipelajari?
2. Bagaimana mereka belajar?
3. Bagaimana mereka tahu mereka telah belajar / capai?

CONTOH PELAKSANAAN

Rajah 20: Proses Pelaksanaan KPPB

Pelaksanaanya bermula dengan mengenalpasti Standard
Pembelajaran, seterusnya mengenalpasti Perkembangan
Pembelajaran, Hasrat Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan.
Langkah seterusnya ialah Merancang Pengajaran
menggunakan Backward Design, di dalamnya perlu
dikenalpasti The Big Idea dan Essential Questions. Langkah
seterusnya ialah perlu mengambilkira Pelan pembelajaran

39

KPPB 2021

bermakna yang merangkumi Model pembelajaran Murid,
Kompetensi Global, Model Rekabentuk Pembelajaran,
Engagement, Enhamncement dan Extention dan akhir sekali
Rigor, Relevance Framework.
Hasrat Pembelajaran

Rajah 21: Hasrat Pembelajaran

40

KPPB 2021

Merungkai Kurikulum

Rajah 22: Kejelasan Guru

Rajah 23: Proses Merungkai Kurikulum untuk Kejelasan Guru

41

KPPB 2021

Rajah 24: Templet Merungkai Dokumen Standard Kurikulum
dan Pentaksiran (DSKP)

Rajah 25: Proses Merungkai Kurikulum untuk Kejelasan Guru

42

KPPB 2021

Rajah 26: Contoh Merungkai Kurikulum 1

Rajah 27: Contoh Merungkai Kurikulum 2

43

KPPB 2021

Kefahaman Melalui Rekabentuk

Rajah 28: Kefahaman Melalui Rekabentuk (KmR)

Rajah 29: Backward Design

44

KPPB 2021

Rajah 30: Templet Backward Design

Rajah 31: Pelan Pembelajaran

45

KPPB 2021

Rajah 32: Templet Perancangan Pembelajaran Peringkat 1

Rajah 33: Templet Perancangan Pembelajaran Peringkat 2

46

KPPB 2021

Rajah 34: Templet Perancangan Pembelajaran 6C

47

KPPB 2021

JAWATANKUASA
KAPASITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN BERMAKNA

(KPPB) TAHUN 2021

Rajah 35: Senarai Jawatankuasa KPPB IPGKSM
Penasihat adalah Dr Hj. Mohamad Isa bin Azis, Timbalan
Penagarah IPG kampus Sultan Mizan dan pengerusinya ialah
Tn. Hj. Mat Zin b. Mat Nawi. Ahlinya terbahagi kepada 3
berdasarkan aktiviti PdP di sekolah, aktiviti PdP Siswa Guru
dan aktiviti pemantapan pensyarah.

48

KPPB 2021

LAPORAN PELAKSANAAN
KAPASITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN

BERMAKNA (KPPB)
JAWATANKUASA KPPB
IPG KAMPUS SULTAN MIZAN

TAHUN 2021

49

KPPB 2021

LATAR BELAKANG

Kementerian Pendidikan Malaysia sememangnya berhasrat
untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia
bertujuan melahirkan modal insan yang berupaya untuk
bersaing dalam era goblalisasi yang amat mencabar ini. Dalam
usaha untuk mencapai hasrat ini, pembelajaran abad ke-21 di
Institut Pendidikan Guru harus memberi fokus kepada usaha
untuk melahirkan guru yang dinamik, berwibawa, kompeten
dan berjiwa pendidik dalam melaksanakan tugas bagi
memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Sehubungan itu, Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna
(KPPB) atau New Pedagogies for Deep Learning (NPDL)
merupakan suatu inovasi pedagogi yang berupaya untuk
memperkukuh dan memantapkan penyampaian kurikulum
melalui kekuatan pedagogi yang berkesan. KPPB ini memberi
tumpuan kepada mereka bentuk dan mengenal pasti kapasiti
pedagogi yang mampu mendorong pelajar mengembangkan
kompetensi pembelajaran bermakna iaitu 6C (sahsiah,
kewarganegaraan, kolaboratif, komunikasi, kreativiti dan
pemikiran kritis).

Objektif KPPB ini berupaya untuk:
i. meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pensyarah

dan pelajar dalam mereka bentuk dan mengenal pasti
kapasiti pedagogi ke arah mengembangkan kompetensi
pembelajaran bermakna 6C.
ii. meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar
untuk mencipta pengetahuan baru dan
menyambungnya ke dunia sebenar dengan
menggunakan penguasaan teknologi digital.
iii. meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar
untuk melaksanakan KPPB melalui pemanfaatan
teknologi digital.

50


Click to View FlipBook Version