TOKOH-TOKOH SEJARAH
MALAYSIA
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN JAYA
KUMPULAN ANAK MUDA HARIMAU
KELAS 4 SRI LANANG 2022
ISI KANDUNGAN.
1. BIODATA AHLI KUMPULAN
2. PENDAHULUAN
3. TOKOH PEJUANG TANAH MELAYU
4. TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN
5. PENUTUP
BIODATA AHLI KUMPULAN:
1.NAMA : ADI HARITH
TARIKH LAHIR : 4 November 2012
JAWATAN KUMPULAN : KETUA KUMPULAN ( REKABENTUK,TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN DATA )
2.NAMA : AHMAD NUR ALIFF
TARIKH LAHIR : 14 Mac 2012
JAWATAN KUMPULAN : PENOLONG KETUA KUMPULAN ( MAKLUMAT DAN DATA )
3.NAMA : AMEER EIHAAB
TARIKH LAHIR : 11 Oktober 2012
JAWATAN KUMPULAN : SETIAUSAHA KUMPULAN ( MENGEMASKINI MAKLUMAT )
4.NAMA : AHMAD RIZQI QAYYUM
TARIKH LAHIR : 27 OGOS 2012
JAWATAN KUMPULAN : MAKLUMAT DAN DATA
5.NAMA : MOHAMAD DARY MUHADZDZIB
TARIKH LAHIR : 9 APRIL 2012
JAWATAN KUMPULAN : MAKLUMAT DAN DATA
PENDAHULUAN.
Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kumpulan kami berjaya menyiapkan buku skrap
tokoh-tokoh sejarah Malaysia. Kami juga berterima kasih kepada ibubapa dan guru yang banyak
membantu serta memberikan kerjasama dan dorongan untuk menyiapkan buku skrap ini.
Tujuan buku skrap ini dihasilkan adalah untuk kita lebih mengenali tokoh-tokoh sejarah Malaysia dan
menjadikan kita semua lebih mempunyai sifat jati diri dan cintakan negara. Dengan terhasilnya buku
skrap ini, diharap agar generasi akan datang lebih mengenali tokoh pejuang Tanah Melayu yang
memperjuangkan kebebasan Tanah Melayu bebas dari penjajah dan tokoh pejuang kemerdekaan
yang memperjuangkan Malaya untuk kemerdekaan dan menjadikan Malaya sebagai sebuah negara
iaitu Malaysia.
Semoga kita semua sentiasa memperingati perjuangan dan jasa tokoh-tokoh sejarah Malaysia.
TOKOH-TOKOH PEJUANG TANAH MELAYU
MAT KILAU
Muhammad Kilau bin Imam Rasu adalah nama asal bagi
pahlawan Pahang ini. Dilahirkan pada 1866 di Kg Masjid Pulau
Tawar Jerantut Pahang.
Mula menentang Inggeris berikutan sistem percukaian pihak
Inggeris yang mengaut hasil penduduk setempat dan tekanan
yang diberikan kepada rakyat oleh pihak Inggeris membuatkan
Mat Kilau mula membela nasib penduduk kampung. Beliau telah
diserang oleh pihak Inggeris dan telah cedera parah dan
melarikan diri ke Terengganu dan Kelantan.
Kematian Mat Kilau telah disebarkan oleh akhbar-akhbar utama
Singapura telah membuatkan pihak Inggeris berasa lega. Akhirnya
pengakuan seorang lelaki yang dipanggil Mat Siam pada
Disember 1969 yang mengaku adalah Mat Kilau telah menarik
tumpuan serata tanahair dan satu Jawatankuasa Penyiasat
Munculnya Mat Kilau telah diwujudkan dan mengesahkan bahawa
pengakuan lelaki tersebut adalah benar dan mengesahkan
bahawa Mat Siam adalah Mat Kilau yang didakwa telah
meninggal dunia pada tahun 1895. Akhirnya pada Ogos 1970 Mat
Siam diistiharkan adalah Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang. Mat
Kilau menghembuskan nafas terakhirnya selepas 10 hari
pengistiharan tersebut iaitu pada 16 Ogos 1970 di rumahnya di
Paya Besar Kuantan.
TOK JANGGUT
Haji Mat Hassan bin Munas atau Tok Janggut
dilahirkan pada tahun 1853 di Kampung Jeram,
Pasir Puteh, Kelantan. Gelaran Tok Janggut beliau
adalah kerana janggutnya yang dipelihara sampai
ke paras dada.
Bermula penentangan terhadap Inggeris setelah
tidak berpuashati dengan sistem penasihat British.
Sistem pencukaian yang baru sangat
membebankan rakyat negeri Kelantan. Pelbagai
peraturan dan syarat baru untuk rakyat lebih
memberi tekanan sehingga Tok Janggut
menentang Inggeris.
Pada 1915 Tok Janggut berjaya menyerang dan
menguasai Pasir Puteh namun British menyerang
balas Tok Janggut yang berkubu di Kampung
Dalam Pupuh dan beliau telah terkorban dalam
pertempuran itu.
HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG
Nama sebenar Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul
Hamid dan dilahirkan pada tahun 1868 di
Terengganu
Penentangan bermula apabila Bristish mula
memperkenalkan undang-undang peraturan
pencukaian tanah untuk petani menjalankan
kegiatan pertanian yang membebankan dan
mengancam untuk mengenakan tindakan undang-
undang sekiranya penduduk tempatan enggan
membayar cukai.
Pada 1928 para petani dan pengikut beliau telah
menawan balai polis Kuala Berang. Pihak British
melancarkan serangan balas dan menangkap
beliau atas tuduhan menghasut dan dihukum
buang negeri ke Mekah. Beliau meninggal dunia di
Mekah.
LELA PANDAK LAM
Lebih dikenali sebagai Dato Maharaja Lela atau nama sebenarnya Dato
Maharaja Lela Pandak Lam. Beliau adalah Orang Besar berlapan Perak yang
mentadbir kawasan Pasir Salak, Perak.
Bermula penentangan terhadap Inggeris bermula apabila Residen British
J.W.W. Birch campur tangan dalam pentadbiran negeri dan adat resam
orang Melayu yang cuba mengambil alih kuasa sultan dan pembesar
tempatan.
Residen dan pihak British yang bersikap angkuh dan sombong turut
memperkenalkan cukai baharu yang membebankan rakyat negeri Perak turut
membuatkan Dato Maharaja Lela berang dan menentang Inggeris.
Februari 1875 - Sultan Abdullah, Dato’ Maharaja Lela dan pembesar Melayu
Perak membuat bantahan terhadap campur tangan British.
September 1875 – Dato’ Maharaja Lela setuju untuk ambil tanggunggjawab
untuk membunuh Residen British (J.W.W. Birch)
November 1875 – J.W.W. Birch dibunuh oleh Seputum atas arahan Dato’
Maharaja Lela di Sg. Perak, Pasir Salak.
1877 – Beliau dan Seputum ditangkap dan dijatuhi hukuman gantung.
DOL SAID
Abdul Said bin Omar atau dikenali sebagai Penghulu
Naning Seri Merah Raja Dol Said. Beliau dilahirkan pada
tahun 1773 dan berasal daripada suku Semelenggang.
Penentangan Dol Said bermula terhadap apabila
British mendakwa Naning ialah kawasan jajahannya.
Beliau yang enggan membayar cukai hasil tahunan
kepada British mula berkeras untuk mempertahankan
kedaulatan Naning.
Peristiwa penentangan terhadap British bermula pada
1831. British mula menyerang Naning tetapi tewas. Dol
Said menang kerana menerima bantuan ketenteraan
dari Ulu Muar, Sg. Ujong, Seri Menanti & Rembau. Pada
1832, British menyerang semula Naning dan berjaya
mengalahkan Dol Said disebabkan sekutu Dol Said
telah belot membantu British. Akhirnya beliau
menyerah diri, diberi pencen, sebidang tanah dan
dibawa ke Melaka.
TOKOH-TOKOH PEJUANG KEMERDEKAAN
TUNKU ABDUL RAHMAN
Nama sebenarnya ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Beliau dilahirkan pada 8 Febuari 1903 di Istana Tia Tangga,
Alor Setar, Kedah. Bapanya ialah Sultan Kedah yang ke-24
iaitu Sultan Hamid Halim Syah.
Pada tahun 1954, Tunku Abdul Rahman mengetuai
sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi
kemerdekaan Malaya tetapi tidak berjaya. Pada tahun
1955, Tunku Abdul Rahman berunding lagi dengan Ratu
England dan kemudian, 31 Ogos 1957 dipilih tarikh
kemerdekaan Malaya. Akhirnya, selepas 31 Ogos 1957,
Tunku Abdul Rahman dipilih menjadi Perdana Menteri
Malaya yang pertama.
Pada tahun 1990, Tunku Abdul Rahman meniggal dunia
pada 6 Disember 1990 di Alor Setar.
ROSLI DHOBI
Rosli Dhobi dilahirkan pada tahun 1932 di Sarawak. Rosli
Dhobi lahir pada zaman Kerajaan British-Sarawak.
Pada 4 Disember 1949, Duncan George Stewart dibunuh
oleh Rosli Dhobi. Rosli Dhobi ditangkap lalu digantung
sampai mati pada tahun 1950. Rosli Dhobi dikebumikan di
penjara itu.
Akhirnya, pada tahun 1996, jenazah Rosli Dhobi
dipindahkan ke Makam Pahlawan Sarawak.
TEMENGGUNG JUGAH
Beliau dilahirkan di Sarawak. Beliau merupakan
salah satu sahabat Tunku Abdul Rahman. Beliau
juga bersama-sama dengan Tunku Abdul Rahman
ke London untuk mendapatkan kemerdekaan.
Beliau memegang 2 parti iaitu Parti Pesaka Sarawak
(1962-1973) dan Parti Pesaka Bumiputera (1973-
1981).
Beliau meninggal dunia pada 8 Julai 1981 ketika
beliau berumur 78 tahun. Beliau meninggal dunia di
Kuching, Sarawak.
KANANG ANAK LANGKAU
Beliau dilahirkan pada 2 Mac 1945 di Sarawak,
Utara Borneo. Beliau berkhidmat dengan tentera
British sebagai Penjejak Iban pada tahun 1962.
Kanang Anak Langkau dan tenteranya menyerbu
komunis dan menjejaki mereka. Kanang Anak
Langkau hampir mati kerana kecederaan yang
teruk.
Akhirnya, pada 6 Januari 2013, Kanang Anak
Langkau menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Kemudian, beliau dikebumikan di Kubur Pahlawan,
Jalan Budaya, Kuching, Sarawak.
LEFTENAN ADNAN
Beliau dilahirkan di Kampung Sungai Ramal, Kajang,
Selangor. Ketika berusia 18 tahun, beliau memasuki
Rejimen Askar Melayu. Pada tahun 1937, beliau
berangkat ke London untuk menyanbut pertabalan
Raja George IV. Beliau pulang ke Kajang pada
tahun yang sama.
Pada Febuari 1942, Leftenan Adnan
mempertahankan Singapura di Bukit Candu.
Petempuran sengit berlaku hingga Tentera Imperial
Jepun menawan Bukit Candu.
Leftenan Adnan terkorban dalam pertempuran itu
lalu mayat beliau digantung secara terbalik di
pokok ceri. Akhirnya, beliau dikebumikan di Kubur
Perang Kranji.
PENUTUP.
Kesimpulan dari penghasilan buku skrap ini atas
kerjasama rakan-rakan, ibubapa dan guru telah
membuat kita menyedari betapa pentingnya
semangat cintakan negara dan perjuangan tokoh-
tokoh sejarah dari dulu hingga kini demi menjadikan
Malaysia sebuah negara aman dan damai.
Marilah kita bersama-sama menjaga keamanan dan
kedamaian di bumi Malaysia yang berdaulat.