The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGURUSAN PENTADBIRAN 2020 flipbook 2.0

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anisfekry, 2019-12-30 08:44:04

PENGURUSAN PENTADBIRAN 2020 flipbook 2.0

PENGURUSAN PENTADBIRAN 2020 flipbook 2.0

MANUAL
PENGURUSAN

SEKOLAH
2020

SK (FELDA) JENGKA 3
26430 BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA

PAHANG DARUL MAKMUR
[email protected]

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

MANUAL
PENGURUSAN SEKOLAH

2020
(CBA9105)
SK LKTP JENGKA 3
PPD MARAN

1

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

KANDUNGAN Halaman

Bil Perkara 4
5
1 Amanah Guru Besar 6
2 Carta Organisasi Pengurusan 7
3 Falsafah Pendidkan Kebangsaan 8
4 12 Inisiatif KPM 8
5 Tonggak 12 9
6 Prinsip Pengurusan Berkualiti 10
7 Budaya Sekolah 11
8 Visi dan Misi 12
9 Moto, Pagam Pelanggan, Objektif sekolah 13
10 KPI NKRA dan Kurikulum 14
11 KPI HEM 15
12 Sejarah Sekolah 16
13 Lencana dan Maksud 17
14 Maklumat Asas Sekolah 18
15 Senarai Guru dan AKP 19
16 Pelan Sekolah 20
17 Lagu Sekolah 21
18 Hari Kelepasan Am 22
19 Takwim Persekolahan 23
20 Analisa Cuti Perayaan 24
21 Carta Organisasi SK LKTP Jengka 3 25
22 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 26
23 Etika Kepimpinan 27
24 Rukun Negara 28
25 Pengurusan dan Pentadbiran 34
26 Arahan Am Sekolah 35
27 Carta Organisasi Kurikulum 42
28 Dasar Pengurusan Kurikulum 46
29 Jawatankuasa Induk Kurikulum 2020 50
30 Senarai Tugas Unit Kurikulum 52
31 Jawatankuasa Panitia Mata Pelajaran
32 Guru Kelas dan Bilik Khas

2

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020 53
68
33 Dasar Pengurusan HEM 69
34 Carta Organisasi HEM 2020 73
35 Jawatankuasa HEM 2020 74
36 Jadual Tugasan Mingguan Penggal 1 75
37 Jadual Tugasan Mingguan Penggal 2 76
38 Carta Organisasi Kokurikulum 2020 82
39 Jawatakuasa Kokurikulum 2020
40 Takwim Sekolah 2020

3

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

AMANAT GURU BESAR

DARI MEJA PENGURUS SEKOLAH 2020

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Selamat Sejahtera,
Salam 1Malaysia,

Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, saya diberikan
kesempatan untuk merakamkan ‘Kata Alu-Aluan’ dalam buku pengurusan sekolah ini bagi
tahun 2019. Syabas dan tahniah kepada warga sekolah ini.

Bidang pendidikan di negara kita akan terus berkembang maju dan mengalami
proses transformasi. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025
merupakan suatu manifestasi kepada proses transformasi yang direncana bagi
meledakkan pembangunan pendidikan di negara ini. Proses ini bagi menterjemah
kepemimpinan, pengurusan, pembelajaran dan pengembangan potensi ilmu, kemahiran
serta kepakaran abad ke-21 perlu dijanakan seawal di peringkat sekolah lagi. Menerusi
proses pembangunan potensi yang dirancang secara berterusan dan dilestarikan
penambahbaikan, modal insan kelas pertama dan bertaraf ‘global player’ akan dapat
dihasilkan.

Saya amat yakin bahawa buku pengurusan ini merupakan manifestasi kolaboratif,
komitmen serta panduan bagi semua pihak iaitu guru dan barisan kepimpinan
sekolah.Inilah sistem jalinan dan jaringan secara menyeluruh yang perlu dikekalkan. Akhir
kata, marilah kita bersama-sama memberi komitmen sepenuhnya untuk mengukir
kecemerlangan sekolah sederap dengan slogan sekolah ‘Sentiasa ke hadapan, guru
cemerlang, murid gemilang, masyarakat terbilang’

Sekian, terima kasih

( ZARIFAH BT ABD KARIM )
Guru Besar
SK LKTP Jengka 3

4

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

ORGANISASI PENGURUSAN

CARTA ORGANISASI PENGURUSAN
SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP JENGKA 3

GURU BESAR
PN ZARIFAH BT ABD KARIM

GPK HEM GPK PENTADBIRAN GPK KOKURIKULUM
TN HJ ZAMZURI BIN EN SHAIPUDIN BIN MAT ALI
TN HJ CHE HASHIM B CHE OMAR
ZAINOL

PEMBANTU TADBIR N22 PEMBANTU OPERASI N11
PN RAHMAH BT OTHMAN EN KHALID BIN ABD JABAR

5

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk Malaysia yang digubal pada
1988 dan disemak semula pada 1996, termaktub dalam visi
kementerian dan kerajaan yang berhasrat melahirkan generasi holistik
dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani.

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi

dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.”

6

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

12 INISIATIF KPM

7

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

TONGGAK 12

PRINSIP PENGURUSAN BERKUALITI

8

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

BUDAYA SEKOLAH

9

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

VISI & MISI SEKOLAH

VISI

Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestari Sistem Pendidikan
Yang Berkualiti

Untuk Membangunkan Potensi Individu
Bagi Memenuhi
Aspirasi Negara

10

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

MOTO SEKOLAH

‘BERUSAHA DAN BERBAKTI’

Berusaha – Ikrar pendidik dan warga SK LKTP Jengka 3 untuk berkhidmat dengan
bersungguh-sungguh. Begitu juga dengan ikrar pelajar untuk belajar bersungguh-
sungguh demi kecemerlangan sekolah.

Berbakti – Janji seluruh warga SK LKTP Jengka 3 untuk berbakti terhadap agama,
bangsa dan negara tercinta.

PIAGAM PELANGGAN

 Berusaha memberi pendidikan berkualiti kepad murid dengan adil dan
saksama.

 Menyediakan kemajuan fizikal, peralatan, bahan sokongan pengajaran dan
pembelajaran yang mengcukupi.

 Bertanggungjawab menjaga keselamatan, kesihatan dan kebersihan
sekolah.

 Memberi khidmat nasihat dan kaunseling kepada murid yang bermasalah.
 Mengadakan program pemulihan kepada murid yang lemah dalam

pembelajaran.
 Mengadakan aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan, unit beruniform,

kelab dan persatuan.
 Mengadakan kelas tambahan dan intensif bagi murid-murid yang akan

menghadapi peperiksaan.
 Melahirkan murid yang menguasai 3M berilmu, beriman dan berakhlak

mulia.
 Mewujudkan hubungan baik dengan ibu bapa, murid-murid dan Persatuan

Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
 Meningkatkan pemuafakatan dan penglibatan.

OBJEKTIF SEKOLAH

 Melahirkan murid yang cemerlang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani.

 Mewujudkan suasana kerja yang harmonis, bekerjasama dan bekerja dalam
satu pasukan.

 Mewujudkan suasana sekolah yang dapat merangsangkan pengajaran dan
pembelajaran.

 Menjadikan sekolah sebuah institusi masyarakat.

11

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

HALA TUJU SEKOLAH
KPI NKRA DAN KURIKULUM

UNJURAN UPSR

PERATUS MENGUASAI TAHAP MINIMUM (MTM) SEKOLAH

UPSR 2019 TOV ETR (2020)

36 ORANG – 80% 8 ORANG – 19.51% 34 ORANG – 82.92%

UPSR 2019 PERATUS CEMERLANG ( 6A ) ETR (2020)
1 TOV 2 ORANG – 4.87%
0

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

TAHAP PENGUASAAN 3 ( SEIAP MATAPELAJARAN )

TAHAP SATU ETR (2020)

TAHUN 1 90%

TAHUN 2 95%

TAHUN 3 100%

PENGUASAAN TAHAP MINIMUM

TAHUN 4 MTM TAHAP DUA ETR (2020)
TOV 70%

-

TAHUN 5 27.45% 75%

TAHUN 6 19.51% 82.92%

12

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

HALA TUJU SEKOLAH
KPI HEM

1. Pembinaan Sahsiah, Kepimpinan dan Disiplin Murid

i. Memantapkan sahsiah a. Penurunan kes ponteng tidak melebihi 1% setahun.
murid ke tahap
maksimun (sifar kes b. Penurunan kes datang lambat ke sekolah tidak melebihi
berat)Me 1% setahun.

ii. Meningkatkan bilangan/ c. Sifar kes kecurian dalam kalangan murid.
peratus perkara berikut:
a. Peningkatan kehadiran setiap kelas melebihi 95% pada
setiap bulan.

b. 100% murid RMT mengambil hidangan setiap hari

c. 95% pelajar memakai pakaian sukan semasa subjek PJ.

d. 100% murid memakai uniform lengkap setiap hari.

e. Mengadakan sekurang-kurangnya tiga program
pembinaan sahsiah.

f. Mengadakan sekurang-kurangnya satu program
kepimpinan pelajar.

g. Mengadakan sekurang-kurangnya satu program bersama
agensi luar.

h. Semua unit HEM melaksanakan OPPM Pelan Tindakan
dan OPPM Pelan Operasinya pada tarikh yang ditetapkan

2. Pengurusan Kelas dan Kebajikan Murid

i. Memastikan perkara a. Mengemaskini data dalam APDM sebelum 31 Januari
yang berikut 2020.
dilaksanakan oleh
semua guru kelas b. Melengkapkan Buku Jadual Kedatangan Murid tepat pada
terhadap muridnya hari akhir persekolahan pada setiap bulan.

c. Memastikan semua pelajar mendapat buku teks SPBT
sebelum hari pertama sesi persekolahan tahun 2020.

d. 100% buku teks telah dibalut.

e. Memastikan program keceriaan kelas disempurnakan
sebelum 1 Februari 2020.

f. Markah Keceriaan Kelas melebihi 80% pada setiap
minggu.

g. Mengemaskini data pelajar anak yatim/ miskin sebelum 1
Februari 2020.

h. Surat Amaran Tidak Hadir Sekolah dikeluarkan mengikut
ketetapan pekeliling.

13

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

SEJARAH SEKOLAH

MAKLUMAT SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 3 atau nama ringkasnya SKJ3, merupakan sebuah
sekolah Kebangsaan yang terletak di Kampung Dahlia Jengka 3. Sekolah ini ditubuhkan
pada tahun 1971 dan pada 3 Januari 1972 sesi persekolahan di Tanah Rancangan ini
bermuladengan menggunakan 3 buah rumah sebagai persekolahan sementara proses
pembinaan sekolah yang sebenar siap di kawasan seluas 8.1 ekar pada awal 1972. Pada
peringkat awal, seramai 119 orang murid dari tahun 1 hingga tahun 6 memulakan
pembelajaran dengan tenaga pengajar seramai 5 orang termasuk Guru Besar iaitu En. Abd
Hamim bin Hj Sidek yang merupakan guru besar pertama bertugas di sekolah ini.

Pada 9 Julai 1972,murid-murid telah berpindah ke bangunan sebenar yang mengandungi 6
bilik darjah dan bebrapa kemudahan-kemudahan asas yang lain. Pada awal 1981,
bangunan tambahan 2 tingkat yang mengandungi 4 bilik darjah dan 2 bilik serbaguna siap
untuk digunakan. Pada Mei 1981, sekolah ini menerima paling ramai warganya iaitu
seramai 741 orang murid dengan 25 orang tenaga pengajardan dibantu 5 orang kakitangan
sokongan. Pada awal tahun 2002, sekolah ini menerima tambahan bangunan baru yang
terdiri daripada 2 bangunan 2 tingkat, 1 bangunan gotong-royong dan 1 bangunan
tambahan 3 bilik darjah. Bermula pada tahun 2001, sekolah ini juga memulakan pengajian
satu sesi. Kini, Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka3 mempunyai 29 orang tenaga
pengajar, 4 kakitangan lain dan memiliki hampir 198 murid lelaki dan 175 murid perempuan
yang menjadikan jumlah keseluruhan murid 373 orang bermula dari kelas Prasekolah
hingga tahun 6.

Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 3 pernah ditadbir oleh 10 orang Guru Besar bermula
daripada penubuhannya hingga hari ini. Berikut adalah senarai Guru Besaryang pernah
dan sedang berkhidmat di SK LKTP Jengka 3:

1. En. Abd Hamim bin Hj Sidek ( 03.01.1972 – 31.12.1973 )
2. En Shafie bin Abd Rahman ( 07.01.1974 – 31.12.1974 )
3. En Abdul Rahman bin Yaakob ( 01.01.1975 – 30.09.1987 )
4. En Umar bin HJ Tan Taib ( 01.10.1987 – 15.03.1989 )
5. En Wan Muhammad bin Wan Abdullah ( 16.03.1989 – 30.05.1994 )
6. Pn Hjh Arifah binti Hj Salleh ( 01.02.1996 – 14.04.1997 )
7. En Muhammad bin Abdullah ( 16.04.1997 – 15.01.2005 )
8. Pn Zanariah binti Ibrahim ( 16.01.2005 – 16.10.2011 )
9. Pn Hjh Norizan binti Hussin ( 17.10.2011 – 12.05.2017 )
10. Pn Zarifah binti Abd Karim ( 02.08.2017 – kini )

14

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

LENCANA DAN MAKSUD

Pengertian Lencana Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 3 dibahagikan kepada 2
pecahan mempunyai maknanya yang tersendiri.
BENTUK
Roda:

Kepesatan kemajuan pelajaran ini mengikut kepantasan roda.
Buku :

Ilmu pengetahuan wajib ada dalam dada setiap murid di sekolah ini.
Obor

Ilmu pengetahuan akan menjadi penyuluh hidup setiap murid sekolah.
Segitiga :

Sekolah ini terletak ditengah-tengah tiga bandar iaitu Temerloh, Jerantut serta
Maran dan tidak tidak ketinggalan dalam era pembangunan
WARNA
Merah :

Semangat berkobar-kobar mahu menuntut ilmu, sanggup menempuh kesukaran
dan kesusahan.
Kuning :

Sinaran cahaya cemerlang pada masa akan datang.
Putih :

Kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.

15

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

MAKLUMAT ASAS SEKOLAH

JUMLAH KELAS DAN MURID

TAHUN BILANGAN KELAS BILANGAN MURID
PRASEKOLAH 2 50
TAHUN1 2 55
TAHUN 2 2 54
TAHUN 3 2 42
TAHUN 4 2 43
TAHUN 5 2 49
TAHUN 6 2 42
14 335
JUMLAH

STATITIK GURU

JAWATAN LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
GURU BESAR - 1 1
GPK PENTADBIRAN 1 - 1
GPK HEM - 1 1
GPK KOKURIKULUM 1 1
GURU PENOLONG 9 15 24
11 17 28
JUMLAH

STATITIK ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA

JAWATAN LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
PEMBANTU TADBIR - 1 1
PPM PRASEKOLAH - 2 2
PEMBANTU OPERASI 1 - 1
JUMLAH 1 3 4

16

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

SENARAI GURU DAN AKP

BIL NAMA JAWATAN OPSYEN

1 ZARIFAH BINTI ABD KARIM GURU BESAR DG44 MATEMATIK – GURU BESAR
2 CHE MOHD HASHIM B. CHE OMAR GPK PENTADBIRAN DG44 PEND. ISLAM - GPK PENTADBIRAN

3 ZAMZURI BIN ZAINOL GPK HEM DG44 PEND. ISLAM – GPK HEM

4 SHAIPUDIN BIN MAT ALI GPK KOKURIKULUM DG38 PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
5 HASNITA BT ABDUL HADI PPP DG44 (KUP) MATEMATIK

6 HASNAH BINTI ABDULLAH PPP DG44 (KUP) MATEMATIK

7 MOHD RUSLI BIN MAMAT PPP DG44 (KUP) PENDIDIKAN ISLAM
8 ANISA BINTI AWANG PPP DG44 (KUP) BAHASA ARAB (BKN ANTARABGSA)

9 NORMAZIDA BINTI MANAP PPP DG44 (KUP) PENDIDIKAN ISLAM
10 BARKORIE BIN ABDULLAH PPP DG44 (KUP) AM / PENDIDIKAN MORAL
11 ZULKIFLI BIN HUSSIN PPP DG44 (KUP) BAHASA MELAYU

12 NASRUDDIN BIN MAT NAWI PPP DG44 (KUP) PRASEKOLAH
13 SALMIAH BINTI SAID PPP DG41 PEMULIHAN
14 MOHD FAIQ BIN MOHD ALADIN PPP DG41 MATEMATIK

15 MOHD NAJIHUDDIN BIN JUSOH PPP DG41 BAHASA MELAYU
16 NORAINIZAN BT ISMAIL PPP DG41 BAHASA ARAB

17 NUR AZIMAH BINTI ABU BAKAR PPP DG41 BAHASA INGGERIS

18 HAZANAH BINTI ABDULLAH PPP DG41 SAINS
19 NORAZLINDA BINTI OSMAN PPP DG42 (KUP) MATEMATIK

20 LATIFAH BINTI MAT NOR PPP DG42 (KUP) BAHASA INGGERIS

21 ROBITAH BINTI YUSOF PPP DG42 (KUP) BAHASA INGGERIS
22 NOR ASIMA BT ISMAIL PPP DG42 (KUP) SAINS

23 FIRDOUSI BIN BASIR PPP DG42 (KUP) SAINS
24 ZAHIDA BINTI ZAKARIA PPP DG42 (KUP) PENDIDIKAN ISLAM
25 AMINUDDIN BAKRI BIN AMIRUDIN PPP DG42(KUP) BAHASA MELAYU

26 MOHD ZAHARI BIN SAMSUDIN PPP DG42(KUP) DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI
27 ROSLINA BINTI OMAR PPP DG34(KUP) GURU PRASEKOLAH
28 WAN SAKINAH BINTI WAN ABDULLAH PPP DG34(KUP) PENDIDIKAN ISLAM

29

1 KHALID BIN ABD JABAR PO N11
2 MARIANI BINTI MOHD NOR PPM N17
3 RAHMAH BINTI OTHMAN PT N22 (KUP)
4 SALMI BINTI ABDUL HAMID PPM N17

17

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

PELAN SEKOLAH

PELAN LALUAN KESELAMATAN
SEKOLAH KEBANGSAAN LKTP JENGKA 3
26430 BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA

PRA 1

PRA 2 PADANG

TAPAK
BERKUMPUL

G

K

GARAJ KERETA GURU A

PINTU PAGAR HADAPAN TG A2 5A A1 PEJABAT
PJ SS 5B

BG 6B 6A BK P KANTIN
T T TAPAK PERHIMPUNAN

KEDAI SEKOLAH 4B 4A
A3 KH
SMART SP BG
TANDAS PONDOK
PETAH BICARA
A6 A5 A4

2A 1A 1B PM BJ
3A 3B
MAKMAL PSEUTRUANUJUK

KOMPUTER A2 MAKMAL SAINS 2B

A1 BILIK GERAKAN A4 PUSAT SPUMBER
A3 BILIK BBM A6 BILIK KGBAOUPBURSNSUSELING
A5 BILIK SIARAN BG BILIK
TG TANDAS GURU BK BILIK
SS STOR SUKAN KH BILIK KH
SP STOR PEKERJA PM BILIK PEMULIHAN
BJ BILIK JQAF
PJ PONDOK JAGA GK GARAJ KERETA
T TANGGA PPB PINTU PAGAR BELAKANG
P PONDOK HIP A ASTAKA

18

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

LAGU SEKOLAH

LAGU SEKOLAH

Berusaha dan berbakti
Itulah cogan katanya
Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 3

Gurunya berinovasi
Mendidik membimbing kami
Menjadi insan yang berguna

Pada nusa bangsa

C/O
Bidang sukan kami turut serta

Harumkan negara tercinta
Budaya bangsa beraneka

Kan kami pelihara

Pada ibu dan bapa
Kami tetap berjanji
Belajar dan berbakti
Banggaan pertiwi

19

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

HARI KELEPASAN AM 2020

HARI KELEPASAN AM TARIKH HARI HIJRAH

Tahun Baru 2020* 1 Januari Rabu 5 Jamadilawal 1441
Tahun Baru Cina 25 Januari Sabtu 29 Jamadilawal 1441
Hari Pekerja 26 Januari Ahad 1 Jamadilakhir 1441
Hari Hol* Jumaat
Hari Wesak 1 Mei Khamis 8 Ramadan 1441
Hari Nuzul Al-Quran* 7 Mei Khamis 14 Ramadan 1441
Hari Raya Puasa / Aidil Fitri 7 Mei 14 Ramadan 1441
Hari Raya Qurban / Aidil Adha Ahad 17 Ramadan 1441
10 Mei Ahad
24 Mei Isnin 1 & 2 Syawal 1441
25 Mei Sabtu
1 Ogos 11 Zulhijjah 1441

Hari Kebangsaan 31 Ogos Isnin 12 Muharam 1442
Awal Muharam (Maal Hijrah) 20 Ogos Ahad 1 Muharam 1442

Hari Keputeraan Seri Paduka Yang 9 September Isnin 9 Muharam 1441
DiPertuan Agong

Hari Malaysia 16 September Rabu 28 Muharam 1442
6 Jun Sabtu 14 Syawal 1441
Hari Keputeraan DYMM Sultan Sabtu
Pahang* 14 November 28 Rabiulawal1442

Hari Deepavali

Hari KeputeraanNabi Muhammad 29 Oktober Khamis 12 Rabiulawal 1442
S.A.W (MaulidurRasul)

Hari Krismas 25 Disember Rabu 10 Jamadilawal1442
* Hari Kelepasan Am Negeri

PERINGATAN

1. Apabila hari kelepasan itu jatuh pada hari kelepasan mingguan (Ahad) atau hari
kelepasan lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari esoknya dan jika yang
kemudiannya itu pula sedia menjadi hari kelepasan, maka hari berikutnya dijadikan hari
kelepasan.

2. Hari Sabtu adalah hari rehat mingguan bagi kakitangan Perkhidmatan Awam. Jika
kelepasan am itu jatuh pada hari sabtu, maka hari Sabtu itu juga adalah merupakan hari
kelepasan am dan tidak diganti pada hari-hari yang lain.

20

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

TAKWIM PERSEKOLAHAN

PENGGAL PERSEKOLAHANTAHUN 2020

KUMPULAN B : Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri
Sembilan, Melaka, Pahang. Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan &
Putrajaya.

TAHUN 2020

PENGGAL MULA AKHIR JUMLAH JUMLAH
1 PERSEKOLAHAN PERSEKOLAHAN HARI MINGGU

2 02.01.2020 31.01.2020 19 11
01.02.2020 29.02.2020 20 1
01.03.2020 13.03.2020 10
49 9
JUMLAH HARI 2
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1 9 7
1
14.03.2020 22.03.2020
16
23.03.2020 31.03.2020 7
01.04.2020 30.04.2020 22 6
01.05.2020 22.05.2020 11
40
JUMLAH HARI
CUTI PERTENGAHAN TAHUN 16
17
23.05.2020 07.06.2020 18
35
08.06.2020 30.06.2020
01.07.2020 24.07.2020 9
19
JUMLAH HARI 21
21
CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2 13
74
27.07.2020 02.08.2020
41
03.08.2020 31.08.2020
01.09.2020 30.09.2020
01.10.2020 31.10.2020
01.11.2020 20.11.2020

JUMLAH HARI
CUTI AKHIR TAHUN

21.11.2020 31.12.2020

21

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

ANALISIS CUTI PERAYAAN

CUTI PERAYAAN 2020

CUTI PERAYAAN CUTI PERAYAAN YANG
DIPERUNTUKKAN OLEH KPM

KUMPULAN A KUMPULAN B

TAHUN BARU CINA 23.01.2020 (Khamis) 23.01.2020 (Khamis) Semua Negeri
25.01.2020 (Sabtu) dan 27.01.2020 (Isnin) 24.01.2020 (Jumaat) Kumpulan B

26.01.2020 (Ahad)

HARI RAYA AIDIL FITRI 20.05.2020 (Rabu) 21.05.2020 (Khamis) -
24.05.2020 (Ahad) dan 21.05.2020 (Khamis) 22.05.2020 (Jumaat)

25.05.2020 (Isnin)

HARI DEEPAVALI 15.11.2020 (Ahad) 13.11.2020 (Jumaat) Semua Negeri
14.11.2020 (Sabtu) 16.11.2020 (Isnin) 16.11.2020 (Isnin) Kumpulan B

KUMPULAN A:
Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu

KUMPULAN B:
Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka,
Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya.

CATATAN:
Perayaan Hari Raya Aidilfitri: 24 & 25 Mei 2020 (Dalam Cuti Pertengahan Tahun 2020)
Perayaan Hari Keamatan: 30 & 30 Mei 2020 (Dalam Cuti Pertengahan Tahun 2020)
Perayaan Hari Gawai Dayak: 01 & 02 Jun 2020 (Dalam Cuti Pertengahan Tahun 2020)
Perayaan Hari Raya Qurban: 31 Julai & 1 Ogos 2020

(Dalam Cuti Pertengahan Penggal 2)
Perayaan Hari Krismas: 25 Disember 2020 (Dalam Cuti Akhir Tahun 2020)

22

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

CARTA ORGANISASI SK LKTP JENGKA 3

GURU BESAR PIBG
PN ZARIFAH BT ABD KARIM

GPK HEM GPK KURIKULUM GPK KOKURIKULUM
Tn Hj Zamzuri bin Zainol Tn Hj Che Hashim bin C. Omar En. Shaipudin bin Mat Ali

SETIAUSAHA HEM SETIAUSAHA KURIKULUM SETIAUSAHA KOKURIKULUM
Pn Nor Mazida bt Manap Pn Latifah bt Mat Nor En Mohd Najihudin bin Jusoh

PEJABAT/ APDM PENDAF. MURID JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PENY. KELAB SU SUKAN
En Khalid HEM/PO/PT En Firdousi Pn Nor Azimah En Mohd Rafie En Mohd Faiq

3K SPBT GURU DATA KSSR/PBS PENY. UNIFORM BOLA SEPAK
En Nasruddin En Aminuddin Pn Anisa Pn Hasnah En Bakhorie En Nasruddin

BINA INSAN Bakri KECEMERLANGAN GURU MEDIA BAHASA MELAYU BOLA JARING
Pn Norainizan RMT En Mohd Zahari Cik Hazanah Pn Hjh Roslina Pn Hasnita
Pn Nor Mazida
PENGAWAS NormazidaNormazi ASET TRANSISI B. INGGERIS OLAHRAGA
Pn Latifah dPaE/RPASBarOinTa En Muhd Rusli En Mohd Faiq Pn Nor Azimah En Firdousi
En Mohd Rusli
DKPF GOOGLE CLASSROOM M/ KOMPUTER MATEMATIK SEPAK TAKRAW
En Firdousi KEBAJIKAN Cik Nor Azimah Pn Norazlinda En Bakhorie
Pn Wan Sakinah En Aminuddin
PPDa Bakri PRASEKOLAH PEND. ISLAM HOKI
Pn Zahida B. KAUNSELING En Nasruddin Pn Normazida Pn Hasnah
Pn Norainizan LADAP/SPLG
KANTIN En Mohd Rafie KP BM SAINS/DR MUDA PUTERI ISLAM
Pn Latifah DISIPLIN/C. JENAYAH Cik Hazanah En Firdousi Pn Anisa
En Bakhorie PEMULIHAN
Pn Salmiah KP BI PENGAKAP TUNAS PUTERI
Pn Nor Azimah En Mohd Zahari Cik Nor Asima
KP SAINS
En Firdousi KP MATEMATIK TKRS LAWATAN
Pn Hasnita En Muhd Rusli En Zulkifli
KP PAI / BA
En Mohd Rusli KP SENI/MUZIK Bakri
Pn Norazlinda
KP PJ/PK/PJK
En M. Najuhuddin KP SEJ /RBT
En Mohd Zahari

KAKITANGAN SOKONGAN
Pembantu Tadbir N22 - Pn Rahmah
Pembantu Pengurusan Murid N17 – Pn Salmi / Pn Mariani
Pembantu Am Pejabat N1 – En Khalid
Pekerja Swasta & Pengawal Keselamatan

MURID

23

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berterampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan Islam ialah satu usaha untuk menyampaikan ilmu kemahiran dan
penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah bagi membentuk sikap,
kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup hanba Allah yang menpunyai
tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan Negara ke arah
mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.

ETIKA KERJA ISLAM

1. Bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah.
2. Bekerja dengan Islam dan amanah.
3. Bekerja dengan tekun dan cekap
4. Bekerja dengan semangat gotong-royong dan bersatu fikiran.
5. Bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia sejagat.

TERAS PERKHIDMATAN CEMERLANG.

1. Berazam meninggikan mutu perkhidmatan.
2. Bekerja dengan penuh tanggungjawab.
3. Berusaha mengikis sikap mementingkan diri.
4. Berkhidmat dengan muhibah dan kemesraan.
5. Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara.
6. Bekerjasama dengan membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara.
7. Berpegang teguh dengan ajaran agama.

24

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

ETIKA KEPIMPINAN

1. TANGGUNGJAWAB

1.1 Menjalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah serta dengan penuh
minat, disiplin dan dedikasi.

1.2 Sentiasa memberi keutamaan kepada kepentingan Negara dan tidak
mementingkan diri.

1.3 Sentiasa berusaha meninggikan imej perkhidmatan dan organisasi.
1.4 Sentiasa memelihara maruah negara.
1.5 Membuat pertimbangan yang teliti dan adil sebelum membuat keputusan

dan tegas dalam melaksanakannya.

2. SIKAP
2.1 Sensitif terhadap persekitaran kerja dan alam sekeliling serta berusaha
menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
2.2 Sentiasa bersikap positif dan bertanggungjawab.
2.3 Mempunyai fikiran terbuka dan sentiasa menerima teguran daripada
semua pihak untuk faedah organisasi dan negara.
2.4 Mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh rakan sejawat baik di
pihak atasan mahupun rakan sejawat.

3. PERWATAKAN DAN PERIBADI.
3.1 Mempunyai peribadi mulia, berbudi pekerti dan pewartakan baik.
3.2 Sentiasa bersabar dan bertenang dalam menghadapi ilmu pengetahuan.
3.3 Sentiasa berusaha menambah pengetahuan.
3.4 Menjaga hubungan baik dengan setiap golongan masyarakat.

25

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

RUKUN NEGARA

Bahawasanya Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan
yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya, memelihara satu cara hidup yang
demokratik, mencapai masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama, menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak, membina satu cara
masyarakat prograsif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI. rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

26

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

GURU BESAR GPK KURIKULUM

Pentadbiran dan personel Perancangan dan Pentadbiran Kurikulum
Perancangan dan penyeliaan Penilaian dan Peperiksaan
Perkhidmatan dan perjawatan Panitia dan Matapelajaran
Kewangan dan akaun sekolah Kewangan dan akaun
Kurikulum , HEM dan Kokurikulum Jadual waktu
Penyelenggaraan Pusat Sumber Sekolah
Perhubungan awam Kursus dan latihan
Perhubungan Ibu Bapa dan Guru Sistem maklumat sekolah

GPK HAL EHWAL MURID GPK KOKURIKULUM

Pentadbiran dan Perhubungan Awam Pentadbiran dan sambutan
Skim Pinjaman Buku Teks Pelancongan dan rekrasi
Disiplin dan Pengawas sekolah Badan Beruniform
Bimbingan dan Kaunseling Kelab dan Persatuan
Rawatan , Kesihatan dan Keselamatan Sukan dan Permainan
Kantin , RMT dan PSS Lawatan sambil belajar
Tabungan Insuran dan Kebajikan
Perabot dan Stok
Keceriaan dan alam sekitar
Bina Insan
Sistem pengurusan rekod

PEMBANTU TADBIR PEMBANTU AM RENDAH

Urusan gaji , Tuntutan LPBT , RMT , Mengemas dan membersih pejabat

Buku Tunai Kerajaan , SUWA dan PWR Merekod surat masuk dan keluar

Dokumen pembelian dan pembayaran Mencetak dan menyelenggarakan mesin

Penyata Peribahan Gaji dan Slip Gaji Akhir Pembayaran bil-bil

Stor peralatan pejabat

Perakuan Pengesahan Jawatan Penyediaan senarai inventori

Penyata suku tahun perjawatan Merekod banci kedatangan murid

Kenyataan cuti Tugas-tugas lain yang sesuai

Pelupusan dan hapus kira

Penyata akun belum diaudit dan pengauditan

Penyata bulanan/Stok perabot dan alatan pejabat

Pertukaran dan kemasukan murid

Kemasukan tahun satu dan sekolah menengah

27

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

ARAHAN-ARAHAN AM SEKOLAH

Selaku pegawai kerajaan guru adalah tertaluk kepada segala arahan yang terdapat
dalam Perintah Am kerajaan. Oleh itu semua guru dikehendaki membaca, memahami
dan mematuhi Perintah Am tersebut. Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion
keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu perkerjaan
semata – mata. Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan
menghayati prinsip – prinsip Perkhidmatan Cemerlang. Semua guru hendaklah
menjalankan tugas sebagai satu pasukan-TEAM (Together Everyone Achieve More)

KEDATANGAN / KEHADIRAN

Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 10 minit sebelum waktu
persekolahan bermula dan merakam kehadiran semasa sampai dan sewaktu balik
sekolah. Guru yang bertugas mingguan dikehendaki berada di kawasan sekolah 30 minit
sebelum waktu persekolahan bermula. Guru yang tidak hadir atau terpaksa datang lewat
ke sekolah hendaklah memberikan kenyataan dan sebab – sebab yang wajar. Guru juga
mestilah memaklumkan kepada pihak sekolah dengan kadar segera supaya jadual
waktu ganti dapat disediakan.

WAKTU PERSEKOLAHAN

Hari Isnin hingga Khamis : 7,30 pagi hingga 4.00 petang Hari Jumaat : 7.30 pagi hingga
12.30 tengah hari Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu
persekolahan kecuali dalam keadaan kecemasan.

Rujukan : Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/81 bertarikh 12 September 1981

KELUAR KAWASAN SEKOLAH DALAM WAKTU PERSEKOLAHAN

Guru dan staf tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu
persekolahan kecuali jika terdapat sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau
arahan dari Jabatan Pelajaran dengan syarat mendapat kebenaran dari Guru Besar /
Penolong Kanan. Guru dan staf dikehendaki mengisi buku keluar kawasan sekolah di
pejabat sekolah dan dapatkan tandatangan Guru Besar / Penolong Kanan sebelum
keluar. Sila isikan waktu balik dari urusan selepas balik. Semua guru hendaklah
meninggalkan kerja bertulis kepada pelajar sebelum meninggalkan sekolah Guru Besar
tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kemalangan yang berlaku terhadap mana-mana
guru yang keluar tanpa kebenarannya atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa.

28

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

CARA BERPAKAIAN
Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan. Guru lelaki
hendaklah bertali leher dan berbaju kemeja dan baju berlengan panjang tidak dibenarkan
dilipat. Berpakaian Kemas diluar waktu persekolahan. Guru perempuan tidak dibenarkan
berbaju tanpa lengan. Kasut sukan hanya dibenarkan untuk tujuan Pendidikan Jasmani
atau aktiviti seumpamanya. Kakitangan Sokongan dikehendaki berpakaian kemas dan
bagi kakitangan sokongan yang beruniform perlu memakai pakaian yang telah
dibekalkan.

Rujukan Surat perkeliling Profesional Kementerian Pelajaran Bil 13/69 bertarikh 26
Disember 1969 (Peraturan pakaian guru di dalam waktu persekolahan dan luar waktu
persekolahan) Surat Perkeliling Ikhtisas Bil 6/1985 bertarikh 9 Mei 1985 (Peraturan
pakaian guru di sekolah) Perkeliling perkhidmatan Bil 2 tahun 1985 Surat Perkeliling
Ikhtisas Bil 7/2001 bertarikh 7 Jun 2001 (Garis panduan pakaian guru ketika bertugas
disekolah)

BILIK- BILIK KHAS

Kebersihan dan keselamatan Bilik guru / bengkel adalah menjadi tanggungjawab semua
guru. Ini termasuklah keselamatan harta benda di dalam Bilik guru/ bengkel. Guru tidak
dibenarkan merokok di dalam kawasan sekolah. Guru hendaklah berada di dalam Bilik
guru/bengkel semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai
‘non- teaching period’ dan bukannya ‘free period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan
masa tersebut di Bilik guru/ bengkel untuk perkara- perkara berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran sahaja. Guru yang terakhir keluar dari Bilik guru/ bengkel
perlulah memastikan lampu, kipas dan alat pengdingin hawa dimatikan. Guru yang
berada di dalam Bilik guru/ bengkel hendaklah sama-sama bertanggungjawab
memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana
pihak.

TUGAS

Guru akan diberikan tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum, pentadbiran dan tugas
khas. Laksanakan tugas yang diberikan dengan cekap , dedikasi dan bertanggungjawab.
Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/arahan seperti menghadiri
mesyuarat atau berkursus guru hendaklah mengambil tindakan sewajarnya. Guru tidak
boleh mengarah guru lain melaksanakan tanpa kebenaran Guru Besar. Jika tugas itu
terpaksa dijalankan oleh pihak atas persetujuan sesama, maka ia mesti sampai
kepengetahuan Guru Besar.

Rujukan : Surat perkeliling Ikhtisas Bil 7/2001 Garis Panduan Guru bertugas di sekolah

29

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

FAIL REKOD PENGAJARAN & PEMUDAHCARAAN (e-BRPP)

Guru bertanggungjawab mengemaskini fail rekod mengajar dalam e-BRPP dalam portal
Frog VLE. Semua butiran hendaklah diisikan dengan kemas, teliti dan lengkap. Buku
rekod ini hendaklah dihantar secara dalam talian ke portal pada hari Jumaat atau hari
akhir minggu berkenaan untuk semakan oleh pengetua. Fail Rekod Mengajar hendaklah
sentiasa dikemaskini dan e-RPH mestilah diselesaikan mengikut RPT yang telah
ditetapkan serta mudah dicapai jika diperlukan untuk proses pencerapan oleh semua
pihak.

PERHIMPUNAN MINGGUAN/HARIAN

Perhimpunan sekolah adalah majlis rasmi sekolah. Semua guru dikehendaki menghadiri
perhimpunan mingguan sekolah pada hari Isnin seperti yang dijadualkan. Guru yang
bertugas mingguan bertugas diwajibkan berada di perhimpunan mingguan 15 minit lebih
awal lebih awal pada perhimpunan pagi setiap hari pada waktu persekolahan. Guru
hendaklah berada di majlis sehingga tamat perhimpunan. Semua guru hendaklah duduk
di bahagian hadapan perhimpunan kecuali guru bertugas mingguan dan perhimpunan.
Pakaian guru semasa perhimpunan: Guru lelaki hendaklah memakai baju kemeja, berkot
dan bertali leher. Digalakkan bersongkok dan guru perempuan hendaklah berpakaian
kemas, bersopan santun dan tidak memakai selipar /sandal

ACARA ATAU MAJLIS RASMI SEKOLAH

Semua guru dikehendaki hadir dalam semua acara atau majlis rasmi sekolah. Guru tidak
dapat hadir kerana sebab – sebab yang tidak dapat dielakkan hendaklah mendapatkan
kebenaran daripada Guru Besar.

MESYUARAT GURU/KAKITANGAN SOKONGAN

Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Besar / Penolong
Kanan / Ketua Panitia tertentu pada bila – bila masa. Guru tidak dapat hadir kerana
sebab – sebab yang tidak dapat dielakkan hendaklah mendapatkan kebenaran daripada
Guru Besar / Penolong Kanan / Ketua Panitia. Kakitangan sokongan diwajibkan
menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Besar / Penolong Kanan tertentu pada
bila – bila masa. Kakitangan sokongan tidak dapat hadir kerana sebab – sebab yang
tidak dapat dielakkan hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Guru Besar /
Penolong Kanan.

30

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

CUTI SAKIT

Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi 2 hari berturut- turut
hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan. Cuti sakit yang dikeluarkan oleh
doktor swasta tidak melebihi 15 hari dalam setahun. Bagi pegawai yang menerima
rawatan pesakit dalam di hospital swasta boleh menerima cuti sakit sehingga 180 hari
tanpa pengesahan daripada pegawai perubatan kerajaan. Guru/Kakitangan sokongan
perlu memaklumkan kepada Guru Besar sekiranya mendapat cuti sakit.

Rujukan : Perintah Am Bab C: Perkeliling Perkhidmatan Bil 2/2006 Pindaan Peraturan
Mengenai Sijil Sakit untuk tujuan Cuti Sakit

PERHUBUNGAN SESAMA GURU

Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan
sihat sesama guru dan sentiasa mengawal tutur kata dan tingkahlaku mereka.
Juga diharapkan akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan. Guru tidak
dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman / pendapat /
kepercayaan kepada guru ataupun pelajar atau staf sokongan yang lain.
Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status
sosial, sosial ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama
sekali wujud di sekolah ini.

Rujukan : Surat Perkeliling Ikhtisas Bil 2/2003 Kearah Membudayakan Nilai
Berterima Kasih bertarikh 30 April 2003.

JADUAL WAKTU

Guru kelas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan
dalam kelas sendiri. Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah
ditetapkan tanpa kebenaran Guru Besar. Jadual waktu ganti hendaklah
disediakan oleh S/U Guru Ganti dan ditandatangani oleh Guru Besar / Penolong
Kanan. Semua guru hendaklah tanda tangan borang jadual ganti setelah hadir
kelas waktu penggantian.

31

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

KUNCI

Semua kunci mesti di simpan di pejabat pentadbiran sekolah. Guru dan
kakitangan sekolah yang hendak menyimpan kunci mesti mendapat kebenaran
bertulis dari Pengetua. Sewaktu cuti penggal persekolahan semua kunci
hendaklah diserahkan di pejabat pentadbiran sekolah.

ARAHAN DAN PEKELILING

Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluar dan diedarkan oleh Guru Besar
hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas
membacanya dan disimpan di dalam fail khas. Sekiranya pekeliling itu daripada
Kementerian, guru hendaklah mengembalikan dengan segera ke pejabat sekolah
setelah tindakan diambil.

TANDA NAMA

Semua guru dan kakitangan sekolah hendaklah memakai tanda nama pada hari
persekolahan dan majlis rasmi disekolah atau diluar sekolah.

BUKU STOK / INVENTORI

Guru Kanan atau Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku
stok/inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah
tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. Buku ini akan disemak dari masa ke
masa oleh Guru Besar..

PEMBELIAN BARANG

Guru/Kakitangan sekolah yang hendak membeli barang mesti memohon
kebenaran pengetua dengan menggunakan borang pesanan kawalan dalaman
(Nota Minta) berserta dengan sebut harga asal daripada pembekal. Borang
pesanan kawalan dalaman mesti diisi oleh pemohon dan mendapat sokongan
daripada Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua. Semua pesanan
mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan. Segala invois mesti
ditandatangani oleh guru / Penyelenggara Stor yang menerima dan direkodkan
dalam buku stok dengan kemas. Pengetua tidak akan menanggung segala kos
pembelian tanpa kebenarannya.

32

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

KEGIATAN KOKURIKULUM
Guru yang ditugaskan menjadi penasihat kegiatan Kokurikulum hendaklah
menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan. Guru-guru berkenaan wajib
hadir mengikut jadual yang ditetapkan. Kegiatan kokurikulum adalah tugas rasmi.

PELAWAT

Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Guru Besar / Penolong Kanan
terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau
penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Guru Besar / Penolong Kanan.

KEBERSIHAN
Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan
dan pelajar. Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru kelas.
Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan
ditempat yang selamat. Guru Bilik Khas / Ketua Panitia dan guru lain yang
mempunyai Bilik khas / tempat khas (bengkel,Bilik kaunseling, makmal dan lain-
lain) bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut.

KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH

Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga
keselamatan harta benda sekolah. Murid yang merosakkan harta benda sekolah
samada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan
pihak sekolah. Guru Bilik Khas / Ketua Panitia hendaklah memastikan ada
peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat-alat dan Bilik- Bilik khas seperti
makmal, bengkel dan lain-lain Penggunaan alat-alat, Bilik-Bilik dan bengkel-
bengkel di luar masa sekolah dan masa cuti hendaklah mendapat kebenaran
Guru Besar dan direkodkan. Penggunaan Bilik-Bilik tertentu oleh murid selepas
waktu sekolah, hujung minggu atau waktu cuti hendaklah bersama guru

33

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

CARTA ORGANISASI KURIKULUM 2020

PENGERUSI
PN ZARIFAH BINTI ABD KARIM

GURU BESAR

NAIB PENGERUSI
TN HJ CHE MOHD HASHIM BIN CHE OMAR

GPK KURIKULUM

SETIAUSAHA
PN LATIFAH BINTI MAT NOR

PENY. MAK & ICT PENYELARAS ASET GURU DATA/ PBPPP S/U PEPERIKSAAN
PN NUR AZIMAH EN MOHD RUSLI MAMAT PN ANISA PN NOR AZIMAH

PENELARAS KSSR / PBS PENYELARAS LADAP PEMULIHAN KP B.INGGERIS
PN HASNAH EN MOHD RAFIE PN SALMIAH PN NOR AZIMAH

PENY. JADUAL WAKTU PENY. PRASEKOLAH KP B. MALAYSIA KP MATEMATIK
EN FIRDOUSI EN NASRUDDIN EN ZULKIFLI PN HASNITA

PENY. KECEMERLANGAN PENYELARAS TRANSISI KP PSV/MZ KP SAINS
EN MOHD ZAHARI EN MOHD FAIQ PN NORAZLINDA EN FIRDOUSI

PENY. PSS PENY. SKPMG2 KP RBT / SEJ KP PEN ISLAM / B ARAB
CIK HAZANAH PN NOR AZIMAH EN MOHD ZAHARI EN MOHD RUSLI

PENY. GOOGLECLASSROOM KP PJK
EN AMINUDDIN BAKRI EN MOHD NAJIHUDDIN

34

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM

PENYATAAN DASAR

KURIKULUM

1. Menyediakan program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum
yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur
kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid
dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta menanam
dan mempertingkat nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan
pengetahuan .

2. Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana
sistem dan dasar pendidikan kebangsaan khususnya Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 .

3. Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kementerian
Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang.

4. Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan
kurikulum semasa.

5. Pada setiap masa , program akademik mestilah diutamakan . Hal ini bermakna
sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan mestilah
diberikan kepada program akademik .

JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH

Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum mestilah dilaksanakan sekurang-kurangnya empat
kali setahun bagi membincangkan pengurusan dan pelaksanaan , masalah dan isu
kurikulum di sekolah .

1. Pengurusan mesyuarat mestilah mematuhi prosedur dan pekeliling yang
ditetapkan.

2. Setiausaha Jawatankuasa dilantik daripada kalangan Guru Kanan Mata pelajaran
.

3. Agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat wajib dilaksanakan.
4. Semua perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan di dalam mesyuarat

Jawatankuasa Kurikulum mestilah dimaklumkan dan dibincangkan
pelaksanaannya di dalam mesyuarat panitia dan maklum balas yang sewajarnya
mestilah disampaikan kepada setiausaha Jawatankuasa
5. Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak
terhadap pelaksanaan kurikulum di dalam semua mata pelajaran dan Guru Kanan
Mata pelajaran beserta Ketua-Ketua panitia dipertanggungjawabkan sepenuhnya .

35

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN

1. Pengurusan panitia mata-mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil 4 / 1986 .

2. Pengurusan Panitia mata-mata pelajaran juga mestilah mematuhi Sistem
Pengurusan Kualiti SPK ISO MS 9001/2000 .

3. Kejayaan murid dalam semua mata pelajaran, prestasi peperiksaan awam
, motivasi dan bakat adalah berkait rapat dengan keberkesanan pengajaran
guru di dalam kelas. Oleh itu semua panitia mata pelajaran hendaklah
berfungsi dan digunakan dengan optimum untuk saling bekerjasama, saling
membantu , berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran untuk
memperbaiki kecekapan dan kekesanan pengajaran.

4. Semua perancangan dan tindakan panitia mestilah sentiasa merujuk kepada TOV
dan GROW dalam pengurusan prestasi semua mata pelajaran dalam panitia-
panitia

5. Panitia-Panitia mestilah berusaha mendapatkan dan mengamalkan strategi-
strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan
kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran.

6. Pengurusan panitia secara on line atau web based/1Bestari net VLEFrog mestilah
menjadi keutamaan dan oleh itu laman web panitia mestilah sentiasa dikemas kini
supaya guru dan murid boleh sentiasa merujuk .

7. Semua mesyuarat panitia akan dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas
mesyuarat kurikulum dan mesyuarat penitia ini mestilah dihadiri oleh pentadbir.
Satu salinan minit mesyuarat panitia hendaklah disampaikan kepada pengetua
melalui SU Kurikulum

8. Setiausaha panitia hendaklah menyelenggara fail-fail panitia dan semua minit
atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan dengan
diselia oleh ketua-ketua panitia.

SUKATAN PELAJARAN , HURAIAN SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN
PELAJARAN HARIAN

1. SP , HSP dan RPH adalah dokumen rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa
dirujuk apabila merancang proses pengajaran dan pembelajaran

2. Guru mestilah dapat menghayati , mengenal pasti dan boleh menterjemahkan
objektif mata pelajaran yang tercatat di dalam HSP kepada objektif pentaksiran
dan juga proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas , dengan itu mahir
tentang konstruk-konstruk peperiksaan awam bagi mata pelajaran yang diajar.

3. Salinan ketiga-tiga dokumen ini yang telah disahkan oleh Guru Besar mestilah
dilampirkan bersama di dalam Buku Rekod Mengajar atau diletakkan di dalam fail
khas supaya senang dirujuk .

4. Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) di dalam Buku/ Fail Rekod
Mengajar hendaklah mengikut format yang telah ditetapkan .

36

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

5. Semua guru mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran berdasarkan RPH di
dalam Buku Rekod Mengajar sebelum masuk kelas . Oleh itu Buku/ Fail Rekod
Mengajar mestilah lengkap dan dibawa masuk kelas setiap kali ada kelas .

PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Pengajaran dan Pembelajaran berkesan hendaklah dilaksanakan oleh guru untuk
mengoptimumkan kecemerlangan murid.

2. Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang cukup dan
berkualiti selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (
TMK ) atau (ICT)

3. Menekankan kemahiran mengaplikasi ICT bagi menghasilkan pelajar yang
berkemahiran dalam ICT . Oleh itu penggunaan peralatan ICT menjadi keutamaan
di dalam menyokong pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah .

4. Pembelajaran berasaskan e-learning dengan menggunakan teknologi multimedia
interaktif dan pembelajaran berasaskan laman web seperti Google classroom
digalakkan dan akan diperluaskan

5. Meningkatkan penguasaan dan penekanan kepada kemahiran generik ,kemahiran
berfikir kritis dan kreatif agar murid menguasai kemahiran Berfikir Tinggi ( KEBAT
) semasa proses pengajaran dan pembelajaran

6. Menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan ketrampilan guru dan
seterusnya ketrampilan murid dan pada masa yang sama meningkatkan prestasi
pencapaian peperiksaan awam . Hal ini adalah kerana pengajaran yang berkualiti
akan menghasilkan pembelajaran yang berkualiti .

7. Penggunaan kumpulan pembelajaran koperatif, ’cooperative learning structures’
dan ‘workshops’ mestilah diperluaskan dalam kalangan guru dan murid dengan itu
kerjasama antara murid dan guru dapat dipertingkat seterusnya tanggungjawab
untuk belajar dapat dipindahkan kepada pelajar.

8. Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dinilai oleh guru
mata pelajaran , pelajar dan barisan pentadbir di akhir sesuatu sesi pengajaran
dan pembelajaran berdasarkan penguasaan pengetahuan, kemahiran ,
penglibatan dan daya tumpuan pelajar di dalam kelas .

9. Guru mata pelajaran , Ketua Panitia mestilah sentiasa memantau prestasi
pencapaian mata pelajaran setiap orang murid seperti yang telah ditetapkan oleh
sekolah dan berusaha membuat tindakan susulan untuk mencapai sasaran
tersebut . Oleh itu pengurusan ’Headcount Mata pelajaran’ estilah menjadi
amalan dan kelaziman bagi setiap orang guru .

10. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas juga mesti memantapkan
budaya membaca, belajar cara belajar, penggunaan pelbagai sumber pendidikan
dan penerapan budaya cintakan ilmu .

11. Guru juga mestilah mendedahkan pelajar-pelajar dengan soalan mencapah
ataupun HOTS – Higher Order Thinking Skills Questions atau KEBAT.

37

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

12. Ketua-Ketua Panitia mestilah menetapkan Dasar Penggunaan Bilik-Bilik Khas
supaya selaras dengan Dasar 3K dan penggunaan untuk proses pengajaran dan
pembelajaran dioptimumkan .

BUKU TEKS, BUKU KERJA , BUKU REKOD AMALI & BUKU LATIHAN

1. Buku teks mestilah sentiasa digunakan oleh guru dan pelajar bagi mendedahkan
konsep-konsep dalam mata pelajaran . Maklumat dan pengetahuan asas di dalam
topik-topik hendaklah ditegaskan kepada pelajar .

2. Buku Kerja dibenarkan penggunaannya dengan syarat TIDAK MENGGANTIKAN
BUKU TEKS danmematuhi SPI Bil 10 /1991 bertarikh 02 oktober 1991.

3. Buku Rekod Amali mestilah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sains
selaras dengan SPI Bil 7/1989 bertarikh 31 Mei 1989 . Buku Rekod Amali ini
mengandungi halaman yang bergaris dan halaman yang kosong yang digunakan
untuk merekod sebarang data, maklumat, pemerhatian, kesimpulan apabila
pelajar menjalankan kajian atau eksperimen . Halaman yang kosong boleh
digunakan untuk melukis gambarajah , graf dan sebagainya . Penggunaan buku
ini dapat memperkembang kemahiran saintifik dan kemahiran komunikasi dalam
bentuk penulisan .

4. Guru mestilah memberikan latihan-latihan bertulis secara topikal di dalam kelas
ataupun sebagai kerja rumah untuk tujuan pengukuhan PdP dalam bilik darjah .
Guru mata pelajaran mestilah memastikan pelajar-pelajar membuat latihan ini
dan disemak oleh guru mata pelajaran mengikut jadual yang telah ditetapkan .

5. Murid yang gagal membuat latihan merupakan satu perkara yang serius dan
panitia mestilah menangani perkara ini secara berhemah dengan mengenal pasti
masalah yang menyebabkan perkara tersebut berlaku. Pelajar yang
melaksanakan tugasan dengan cemerlang mestilah dihargai dengan apa juga
cara yang telah dibincangkan dalam panitia .

LATIHAN MINIMUM

1. Latihan pelajar adalah penting bagi memastikan pengukuhan konsep dan proses
pengkayaan dalam topik-topik yang diajar . Oleh itu latihan minimum yang
disasarkan mestilah dilaksanakan oleh semua pelajar dan disemak oleh semua
guru mata pelajaran.

2. Jumlah latihan minimum mata pelajaran mengikut bidang telah diputuskan dan
diterima dalam Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran.

3. Latihan minimum ini mestilah menepati aras kesukaran rendah, sederhana, tinggi
.

PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

1. Semua urusan peperiksaan yang dijalankan menepati prinsip ekuiti dalam
pendidikan

38

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

2. Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan semua pelajar bagi peperiksaan
yang ditetapkan di bawahAkta Pendidikan 1996

3. Sistem Peperiksaan Kebangsaan hendaklah dilaksanakan berlandaskan
pentaksiran berpusat serta penekanan kepada penilaian formatif

4. Pentaksiran sekolah ataupun peperiksaan dalaman dilaksanakan berdasarkan
prosedur dan mekanisme yang telah ditetapkan di dalam Pekeliling Peperiksaan
peringkat sekolah Bil 02/2008 – pindaan ( rujuk lampiran kurikulum 4 ) yang
memperincikan bilangan peperiksaan dan ujian seragam setahun , dasar
peratusan markah untuk semua tingkatan, format peperiksaan, jadual
pengawasan , rekod markah , syarat lulus , jadual spesifikasi ujian, ’content skill’
dan post mortem peperiksaan .

5. Jawatankuasa ’Headcount Sekolah’ dipertanggungjawabkan untuk menguruskan
semua data yang berkaitan dengan peperiksaan dengan mengkaji ’Take Off
Value’ dan meletakkan ’ETR’ bagi peperiksaan awam dan dalam Peperiksaan
Akhir Tahun.

JADUAL WAKTU MENGAJAR DAN JADUAL WAKTU GANTI

1. Jumlah waktu mengajar setiap mata pelajaran adalah mengikut ketetapan Akta
Pendidikan 1996 .

2. Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah
dengan persetujuan mesyuarat kurikulum

3. Pengagihan mata pelajaran, keutamaan diberi kepada guru opsyen dan
kepakaran guru ( pemeriksa kertas peperiksaan awam )

4. Agihan kelas cemerlang, sederhana dan lemah adalah secara adil
5. Jumlah waktu pengajaran maksimum guru adalah 25 – 26 waktu seminggu
6. Jadual waktu mengajar yang tidak dipenuhi kerana guru bercuti sakit dan bercuti

rehat ataupun menjalankan tugas rasmi di luar kawasan akan diisi dengan Jadual
Waktu Ganti Guru yang bercuti ini mestilah menyediakan Modul Kelas Ganti yang
akan digunakan oleh pelajar semasa Jadual Waktu Ganti tersebut . Tugasan
dalam Modul Kelas Ganti ini akan disemak dan pencapaian dimaklumkan kepada
pelajar untuk tindakan susulan kedua-dua pihak .
7. Jadual waktu mengajar, Jadual waktu ganti dan Jadual Waktu Blok akan diurus
dan disediakan oleh Jawatankuasa Jadual Waktu Sekolah .
8. Jadual Waktu penggunaan Bilik-Bilik khas mestilah disediakan oleh guru
pengawas bilik-bilik khas tersebut apabila Jadual Waktu Induk Guru telah siap dan
satu salinan mestilah disampaikan kepada pentadbir sekolah . Bilik-Bilik khas
yang terlibat untuk proses pengajaran dan pembelajaran adalah Pusat Sumber,
Makmal, Bengkel RBT dan Makmal Komputer.
9. Pusat Sumber Sekolah merupakan nadi yang akan menyokong proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan juga budaya pembelajaran
kendiri pelajar di dalam meningkatkan ketrampilan mereka. Oleh itu matlamat
perancangan strategik pusat sumber mestilah mempunyai hala tuju ke arah itu
dan semua guru, Ketua panitia adalah tertakluk kepada perancangan tersebut dan

39

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

perlu memainkan peranan mereka masing-masing. Guru Perpustakaan dan Media
adalah orang penting yang berperanan menggerakkan peranan dan fungsi PSS.

PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK

1. Semua program utama yang berlangsung dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang dibuat berdasarkan keperluan panitia dan oleh itu Dasar
Kurikulum Sekolah menyokong penuh semua program peningkatan akademik ini
yang berfokus ke arah kecemerlangan dan ketrampilan pelajar .

2. Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik menjadi nadi yang membantu semua
panitia dalam merancang dan melaksanakan program akademik .

3. Skop program kecemerlangan akademik ini mestilah membantu murid mengingat
dan menguasai fakta dan maklumat asas dalam topik-topik di dalam mata
pelajaran , menajamkan kemahiran berfikir pelajar supaya item-item aras kognitif
tinggi boleh dikuasai , meningkatkan kemahiran berkomunikasi terutamanya
melalui penulisan , meningkatkan penguasaan dan pemerolehan ilmu
pengetahuan, meningkatkan motivasi dan minat untuk terus belajar .

4. Program kecemerlangan akademik jangka panjang atau program utama adalah
program yang meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
dan pada masa yang sama meningkatkan ketrampilan murid dan dilaksanakan di
dalam kelas sepanjang tahun dengan bimbingan guru. Manakala program jangka
pendek adalah program-program yang dirancang dalam tempoh masa yang
singkat bagi menyediakan murid untuk peperiksaan awam yang lebih berfokus
kepada latih tubi , pendedahan teknik dan ’practice make perfect ’ juga ’practice
make permanent ’.

5. Penglibatan HEM, guru kaunseling dan PK Kokurikulum adalah wajib bagi
penyelarasan program kecemerlangan akademik .

6. Jawatankuasa atau pengurus program dikehendaki menyediakan kertas
cadangan yang relevan dan membuat pelaporan pelaksanaan dan impak program
kepada Jawatankuasa .

PENYELIAAN DAN PEMANTAUAN

1. Proses pengajaran dan pembelajaran guru dan murid di dalam bilik darjah akan
diselia dan dipantau sebanyak dua kali setiap orang guru dan setiap kelas dalam
setahun .

2. Jawatankuasan Penyeliaan dan Pemantauan dipertanggungjawabkan untuk
menyusun jadual dan mengatur barisan pentadbir, ketua-ketua panitia dan rakan
sejawat untuk menyelia dan memantau bagi memastikan pelaksanaan dan
keberkesanan program-program sekolah .

3. Penyeliaan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah bertujuan untuk
meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan mencari
kesalahan . Oleh itu adalah penting guru tidak membuat ’judgement statement ’

40

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

tetapi mestilah membuat ’ statement berdasarkan observation ’ supaya
penambaikan boleh berlaku .
4. Pengurusan panitia dan program-program panitia juga akan dipantau dan diselia
dua kali setahun oleh guru-guru kanan dan penolong – penolong kanan
5. Buku latihan dan penggunaan buku kerja juga dipantau dua kali setahun bagi
memastikan Dasar Latihan Minimum dipatuhi dan penggunaan buku kerja
dioptimumkan .
6. Mekanisme dan proses kerja penyeliaan buku kerja , buku latihan dan hasil kerja
pelajar ditetapkan oleh Jawatankuasa dan satu rekod penyeliaan mestilah diurus
dengan baik
7. Jawatankuasa Penyeliaan dan pemantauan mestilah membuat pelaporan
lengkap pertengahan dan akhir tahun tentang skop kerja yang telah
dipertanggungjawabkan oleh pengetua untuk dimaklumkan di dalam Mesyuarat
Kurikulum Sekolah seterusnya dibincangkan dalam mesyuarat panitia bagi
tujuan penambahbaikan .

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN ( LADAP )

1. Setiap kakitangan sama ada guru ataupun staf sokongan mestilah sentiasa
memajukan dan meningkatkan profesionalisme masing-masing bagi memupuk
budaya kerja cemerlang .

2. Pihak pengurusan sekolah telah menyediakan platform – platform untuk warga
sekolah meningkatkan profesionalisme ini melalui Hari Profesionalisme,
Perbincangan Profesional, dan Lawatan Penanda Aras sebagai nilai tambah.

3. Semua guru yang menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh bahagian-
bahagian KPM perlulah melaporkan secara bertulis melalui minit curai kepada
Pengetua untuk tindakan seterusnya . Jika perlu guru yang pergi berkursus ini
hendaklah mengendalikan kursus dalaman ataupun sekurang-kurang memberikan
taklimat berkaitan kursus yang dihadiri .

4. Skop pengisian perkembangan staf ini mestilah berdasarkan keperluan-keperluan
profesional guru dan juga keperluan sebagai seorang penjawat awam . Oleh
sebab itu keutamaan akan diberikan kepada kursus yang berkaitan pedagogi ,
pengurusan panitia yang efesien dan PdP menggunakan Google classsroom.

5. Guru-guru yang dikehendaki mengajar mata pelajaran yang bukan opsyennya
adalah menjadi tanggungjawab Guru Kanan dan Ketua Panitia untuk melatih guru
tersebut bagi mengajar mata pelajaran yang bukan opsyennya . Satu rekod
latihan dan pemantauan perkembangan kemahiran mengajar mestilah diurus
dengan baik oleh ketua panitia mata pelajaran tersebut .

6. Semua program perkembangan staf yang dilaksanakan sama ada peringkat
panitia atau peringkat sekolah mestilah dilaporkan sebaik sahaja sesi tersebut
selesai dan pelaporan mestilah lengkap dari segi matlamat, objektif, tempat ,
masa, sasaran , tajuk dan pengisian, profil penceramah dan kajian impak kursus
berserta gambar .

41

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

JAWATANKUASA INDUK KURIKULUM 2019

JAWATANKUASA PERANCANG SEKOLAH ( EXCO)

Pengerusi : Pn Zarifah bt Hj Abd Karim - Guru Besar
Setiausaha
AJK : Tn Hj Che Mohd Hashim bin Che Omar - GPK 1

: Tn Hj Zamzuri bin Zainol - GPK HEM

En Shaipudin bin Mat Ali - GPK Kokurikulum

Pn Latifah binti Md Nor - S/u Kurikulum

Pn Anisa binti Awang - Guru Data

Pn Norainzan Ismail - GBSM

En. Mohd Rusli Mamat - KP Pai / BA

JAWATANKUASA KURIKULUM

Pengerusi : Pn Zarifah bt Hj Abd Karim

Naib Pengerusi : Tn Hj Che Mohd Hashim bin Che Omar

Setiausaha : Pn Latifah binti Mat Nor

AJK : Tn Hj Zamzuri bin Zainol - GPK Hem

En Shaipudin bin Mat Ali - GPK Kokurikulum

En Zulkifli Hussin - KP B. Malaysia

Pn Robitah binti Yusof - KP B. Inggeris

Pn Hasnita binti Abdul Hadi - KP Matematik

En Firdousi bin Basir - KP Sains

En Mohd Rusli Mamat - KP Pen. Islam/BA

En Mohd Najhuddin bin Jusoh - KP PJ / PJK

Pn Norazlinda bin Osman - KP PSV/MZ

En Aminuddin Bakri bin Amirudin - KP RBT/ SJ

En Nasruddin bin Mat Nawi - Prasekolah

En. Barkorie bin Abdullah - Penyelaras BCK

Pn Salmiah Saad - Pemulihan

JAWATANKUASA PBS

Pengerusi : Pn Zarifah bin Hj Abd Karim

Naib Pengerusi : Tn Hj Che Mohd Hashim bin Che Omar

Setiausaha : Pn Hasnah binti Abdullah

AJK : Tn Hj Zamzuri bin Zainol - GPK Hem

En Shaipudin bin Mat Ali - GPK Kokurikulum

En. Nasruddin bin Mat Nawi - Prasekolah

Pn Salmiah binti Saad - Pemulihan

Pn Norainizan binti Ismail - GBSM

En Barkorie bin Abdullah - Penyelaras BCK

Semua Ketua Panitia

42

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

JAWATANKUASA PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

Pengerusi : Pn Zarifah bt Hj Abd Karim

Naib Pengerusi : Tn Hj Che Mohd Hashim bin Che Omar

Setiausaha : Pn Nur Azimah binti Abu Bakar -SAPS

AJK : Pn Robitah binti Yusof -UPSR

Pn Hasnah binti Abdullah -PBD

En Mohd Najhuddin bin Jusoh -PAJSK

Pn Salmiah binti Said -PSIKOMETRIK

JAWATANKUASA JADUAL WAKTU

Pengerusi : Pn Zarifah bt Hj Abd Karim
Naib Pengerusi
Setiausaha : Tn Hj Che Mohd Hashim bin Che Omar
AJK
: En Firdousi bin Basir

: Tn Hj Zamzuri bin Zainol

En Shaipudin bin Mat Ali

Pn Salmiah binti Saad -Pemulihan

En Nasruddin bin Mat Nawi -Prasekolah

Semua Ketua Panitia

JAWATANKUASA PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pengerusi : Pn Zarifah bt Hj Abd Karim
Naib Pengerusi
Setiausaha : Tn Hj Che Mohd Hashim bin Che Omar
AJK
: Cik Hazanah binti Abdullah -Perpustakaan & NILAM

: Tn Hj Zamzuri bin Zainol

En. Shaipudin bin Mat Ali

En. Mohd Zahari bin Shamsudin -Siaraya & Tayangan

Semua Ketua Panitia

Semua guru BM dan BI

Pengerusi JAWATANKUASA KECEMERLANGAN
Naib Pengerusi
Setiausaha : Pn Zarifah bt Hj Abd Karim
AJK : Tn Hj Che Mohd Hashim bin Che Omar
: En Mohd Zahari bin Shamsudin
: Tn Hj Zamzuri bin Zainol

En Shaipudin bin Mat Ali
En Zulkifli bin Hussin
En Firdousi bin Basir
En Aminuddin Bakri bin Amirudin
Pn Latifah binti Mat Nor

43

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

Pn Nur Azimah binti Abu Bakar
Pn Hasnita binti Abd Hadi
Pn Norazlinda binti Osman
Pn Norainizan binti Ismail

JAWATANKUASA PEMULIHAN

Pengerusi : Pn Zarifah bt Hj Abd Karim

Naib Pengerusi : Tn Hj Che Mohd Hashim bin Che Omar

Setiausaha : Pn Salmiah binti Said

AJK : En Barkorie bin Abdullah - Penyelaras BCK

En Zulkifli bin Hussin - KP BM

Pn. Hasnita binti Abd Hadi - KP MT

Semua Guru BM dan MT -Tahap 1

Pengerusi JAWATANKUASA MAKMAL KOMPUTER DAN ICT
Naib Pengerusi
Setiausaha : Pn Zarifah binti Hj Abd Karim
AJK : Tn Hj Che Mohd Hashim bin Che Omar
: Pn Nur Azimah binti Abu Bakar
: Tn Hj Zamzuri bin Zainol

En Shaipudin bin Mat Ali
En Zulkifli bin Hussin
Pn Robitah binti Yusof
Pn Hasnita binti Abd Hadi
Pn Norazlinda binti Osman
En Mohd Rusli Mamat
En Nasruddin bin Mat Nawi

JAWATANKUASA PRASEKOLAH

Pengerusi : Pn Zarifah binti Hj Abd Karim

Naib Pengerusi : Tn Hj Che Mohd Hashim bin Che Omar

Setiausaha : En Nasruddin bin Mat Nawi

AJK : Tn Hj Zamzuri bin Zainol

En Shaipudin bin Mat Ali

En Nasruddin bin Mat Naw

Pn Hjh Roslina binti Omar

Pn Mariani binti Mohd Nor

Pn Salmi binti Abd Hamid

Pn Wan Sakinah binti Wan Abdullah

Pn Zahida binti Zakaria

44

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

JAWATANKUASA ASET

Pengerusi : Pn Zarifah bt Hj Abd Karim

Naib Pengerusi : Tn Hj Che Mohd Hashim bin Che Omar

Setiausaha : En Mohd Rusli bin Mamat

AJK : Tn Hj Zamzuri bin Zainol

En Shaipudin bin Mat Ali

Pn Anisa binti Awang

En.Mohd Faiq bin Aladin -Aset Hidup

En Nasruddin bin Mat Nawi

Pn Hjh Roslina binti Omar

Pn Mariani binti Mohd Nor

Pn Salmi binti Abd Hamid

Pn Rahmah binti Othman

En Khalid binti Jabar

JAWATANKUASA SISTEM PERKHIDMATAN DAN LATIHAN GURU (LADAP)

Pengerusi : Pn Zarifah binti Abd Karim

Naib Pengerusi : Tn Hj Che Mohd Hashim bin Che Omar

Setiausaha : En Mohd Rafie bin Ismail

AJK : Tn Hj Zamzuri bin Zainol

En Shaipudin bin Mat Ali

Cik Nor Asima binti Ismail

Pn Rahmah binti Othman

JAWATANKUASA PENILAIAN ASAS PERSEPADU PEGAWAI PENDIDIKAN
PELAJARAN (PBPPP)

Pengerusi : Pn Zarifah binti Abd Karim

Naib Pengerusi : Tn Hj Che Mohd Hashim bin Che Omar

Setiausaha : Pn Anisa binti Awang

AJK : Tn Hj Zamzuri bin Zainol

En Shaipudin bin Mat Ali

Pn Rahmah binti Othman

JAWATANKUASA SKPMG2

Pengerusi : Pn Zarifah binti Abd Karim

Naib Pengerusi : Tn Hj Che Mohd Hashim bin Che Omar

Setiausaha : Pn Nur Azimah binti Abu Bakar

AJK : Tn Hj Zamzuri bin Zainol

En Shaipudin bin Mat Ali

Semua KP Mata pelajaran

45

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

SENARAI TUGAS UNIT KURIKULUM

Jawatankuasa Kurikulum

1. Memastikan objektif dan matlamat kurikulum sekolah tercapai.
2. Menetapkan garis panduan penyediaan Rancangan Kerja Tahunan.
3. Membentangkan peruntukan tahunan kepada semua panatia matapelajaran

sebagai garis panduan perancangan.
4. Menentukan target pencapaian kurikulum berasaskan MTM dan headcount.
5. Merancang ,melaksana dan menyelia program-program kurikulum berdasarkan

prinsip PKKP Sederap.
6. Memastikan wujudnya kesinambungan dan hubungkait proses pengajaran dan

pembelajaran dengan aktiviti kokurikulum.
7. Menentukan proses ujian ,penilaian dan peperiksaan berjalan lancar.
8. Menyelia pengajaran dan pembelajaran di sekolah semasa di dalam dan di luar

bilik darjah.
9. Menentukan sukatan pelajaran dipatuhi oleh setiap guru.
10. Menentukan Rancangan Pelajaran Tahunan / Mingguan disusun dan

dilaksanakan mengikut perancangan.

Jawatankuasa Jadual Waktu
1. Menentukan bilangan kelas dan kelayakan guru seperti peruntukan JPNP untuk

disesuaikan dengan jadual waktu
2. Memastikan masa yang diperuntukan mengikut Pekeliling Waktu Kelas dan

Jadual Waktu
3. Menentukan kesesuaian masa untuk mata pelajaran tertentu
4. Menentukan corak jadual waktu yang digunakan sesuai dengan kehendak

sekolah ,iaitu anjal atau blok
5. Menyimpan semua jadual waktu induk dan peribadi untuk rujukan
6. Bertanggungjawab melakukan pengubahsuaian Jadual Waktu dari masa ke

semasa berdasarkan kesesuaian dan arahan pentadbiran.
7. Mendapatkan Cadangan guru mata pelajaran pada Tahun berikutnya dari guru

kanan bidang melalui borang yang telah disediakan.
8. Memastikan jadual waktu induk ,kelas dan peribadi dapat disediakan dengan

sebaik-baiknya.
9. Mengadakan perbincangan dari satu masa ke semasa untuk membincangkan

masalah-masalah yang berkaitan dengan kurikulum.
10. Memantau dan membuat laporan PdPc serta debriefing kurikulum.
11. Menyediakan dokumen kurikulum dalam RCA dan program intervensi dalam

powerpoint.
12. Menyediakan jadual waktu peringkat sekolah.

46

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

Jawatankuasa Peperiksaan dan Penilaian

1. Menyediakan jadual penggubal soalan.
2. Menguruskan percetakan,pembahagian dan tempat menyimpan kertas soalan.
3. Memastikan keselamatan dan kesahihan soalan.
4. Memastikan kertas-kertas soalan diedarkan kepada pengawas peperiksaan

sebelum peperiksaan dijalankan.
5. Memastikan skima jawapan disediakan oleh ahli panel penggubalan soalan.
6. Memastikan jadual waktu pemeriksaan kertas jawapan mengikut jangkamasa

yang ditetapkan.
7. Memastikan kertas soalan disimpan untuk rujukan (bank soalan ).
8. Membuat analisa pencapaian setiap kali ujian dan peperiksaan.
9. Memastikan data peperiksaan disimpan di dalam komputer peperiksaan dengan

lengkap.
10. Memastikan data peperiksaan dicetak untuk simpanan unit peperiksaan ,GPK dan

Guru Besar.
11. Memastikan analisis ujian atau peperiksaan disampaikan awal sehari kepada

Guru Besar sebelum diadakan mesyuarat post morten.
12. Merancang, melaksana, menilai dan menambah baik pelaksanaan PBS.
13. Menyediakan Fail Pentadbiran dan Fail Individu Pelajar.
14. Memastikan perlaksanaan PBS berjalan seperti yang diarah oleh Kementerian

Pelajaran.
15. Melaksanakan pementoran PBS mengikut Spesifikas yang ditetapkan.
16. Mengisikan Band setiap individu pelajar ke dalam Sistem Pentaksiran Berasaskan

Sekolah (SPPBS) pada tarikh-tarikh ditentukan.
17. Menyimpan Fail Pentadbiran dan Fail Individu pelajar ditempat yang sesuai.

Jawatankuasa Pentadbiran Guru Perpustakaan dan Media (GPM)
1. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk diserahkan kepada Guru

Besar.
2. Mentediakan perancangan PSS jangka panjang dan tahunan
3. Mengurus ,menjaga kebersihan ,menjaga keselamatan bilik-bilik PSS
4. Merancang ,mengadakan ,menyelia dan menilai aktiviti penyebaran maklumat

mengenai PSS kepada guru ,kakitangan dan pelajar
5. Menyediakan peraturan penggunaan bilik dan peralatan PSS dan memastikan

peraturan tersebut dipatuhi
6. Memperbanyakkan koleksi PSS ( bahan buku dan bahan lain-lain )
7. Mempertingkatkan kemudahan ,keselesaan dan penggunaan PSS
8. Memastikan pengurusan PSS berjalan lancar
9. Memastikan buku stok sentiasa kemaskini
10. Menghantar buku stok 6 bulan sekali untuk disemak dan ditandatangani oleh Guru

Besar.
11. Menilai PSS dan membuat tindakan susulan
12. Berhubung rapat dengan PSPN,JPNP dan agensi-agensi lain yang berkaitan

47

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa.

Jawatankuasa Perpustakaan dan Galeri:
1. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan
2. Menyediakan peraturan penggunaan perpustakaan dan memastikan peraturan

dipatuhi
3. Memilih,melantik ,melatih pengawas perpustakaan dan menyelia tugas mereka
4. Menyediakan senarai tugas Pengawas Perpustakaan
5. Menyediakan senarai buku yang hendak dibeli dan membuat pesanan
6. Menyemak buku yang dibekalkan oleh pembekal untuk menentukan buku diterima

cukup dan dalam keadaan baik
7. Memasukkan maklukat pembelian buku ke dalam buku stok
8. Menyediakan kad judul dan menurunkan cop pada buku
9. Mengadakan aktiviti galakan penggunaan perpustakaan
10. Merawat buku dan majalah dan membuat hapuskira
11. Membuat kajian penggunaan perpustakaan

Guru BBM dan Pusat Akses:
1. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan memastikan peraturan

tersebut dipatuhi
2. Menyediakan katalog peralatan.
3. Menyediakan buku rekod penggunaan dan membuat kajian penggunaan

peralatan.
4. Membuat senarai peralatan baru yang hendak dibeli,mencari sebut harga

membuat pembelian ,menyemak penerimaan.
5. Memasukkan peralatan ke dalam stok dan memastikan buku stok sentiasa

kemaskini.
6. Mengawasi keselamatan peralatan.
7. Memastikan peralatan yang dipinjam ,dipulangkan dalam keadaan baik dan

cukup.
8. Mengawasi ,mencadangkan penyelenggaraan dan merawat pralatan.

Jawatankuasa Aset
1. Menguruskan semua aset alih kerajaan di bawah kawalan masing-masing yang

meliputi:
 Penerimaan.
 Pendaftaran.
 Penempatan.
 Penggunaan,penyimpanan dan pemeriksaan.
 Penyelenggaraan dan
 Kehilangan dan hapuskira.

2. Membuat pemeriksaan ke atas aset.
3. Menguruskan pelupusan aset alih kerajaan.

48

MANUAL PENGURUSAN SEKOLAH 2020

4. Menguruskan kehilangan dan hapuskira aset alih kerajaan.
5. Menyedia dan menyelaraskan laporan aset alih kerajaan meliputi:

 Harta modal dan inventori menggunakan KEW.PA 2 , KEW PA 3,
KEW.PA4 dll kad laporan yang terkini,

 Pemeriksaan harta modal dan inventori.
 Pelupusan aset alih kerajaan.
6. Memastikan semua pembeli mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh
Kementerian, jabatan Pendidikan Negeri, PPD Maran dan Guru Besar.
7. Memastikan semua harta kerajaan yang dipertanggungjawab dikawal selia
dengan baik untuk mengelakkan ia musnah/rosak atau disalahguna

Jawatankuasa Bilik-Bilik Khas
1. Memastikan Bilik Gerakan Sekolah dan Papan Kenyataan Sekolah dilengkapi

dengan maklumat dan sentiasa kemaskini
2. Memastikan Bilik Gerakan sentiasa bersih.
3. Memastikan peralatan di dalam Bilik Gerakan dalam keadaan lengkap dan baik
4. Memastikan bilik gerakan sentiasa bersih dan kemas, tiada barang-barang yang

tidak berkenaan ditinggalkan dalam bilik tersebut
5. Menyediakan kemudahan setiap kali bilik gerakan hendak digunakan
6. Menyusun-atur papan kenyataan mengikut keutamaan
7. Menyelenggara Bilik Gerakan dan papan kenyataan sekolah supaya dalam

keadaan sempurna

Jawatankuasa Ladap
1. Merancang dan menyediakan kertas kerja kursus-kursus yang difikirkan perlu

untuk perkembangan staff.
2. Menguruskan perlaksanaan kursus/seminar dll untuk perkembangan staff.
3. Mengelolakan kursus dalaman
4. Menyelaraskan program orientasi kepada guru dan kakitangan baru
5. Memastikan guru-guru yang menghadiri kursus, menyampaikankepada guru-guru

lain pada waktu-waktu yang difikirkan sesuai
6. Menjalankan tugas yang diarahkan guru besar dari masa ke semasa

49


Click to View FlipBook Version