INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
JALAN BAKAM
98000 MIRI
SARAWAK
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN [PPISMP]
AMBILAN JUN 2021
BAHASA MELAYU [SK]
KERJA KURSUS
BMMB1104 : KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
TUGASAN 1
PENGHASILAN PRODUK
NAMA PELAJAR GRESSYENA ANAK JONEM
ANGKA GILIRAN 2021022310038
NO. KAD PENGENALAN 030728130228
KUMPULAN / UNIT PPRBMM2-2
NAMA PENSYARAH PUAN SELINA BINTI AHMAD
TARIKH HANTAR 21 MAC 2022
I
TUGASAN 1: PENGHASILAN PRODUK
SOALAN TUGASAN: Tugasan 1 melibatkan penulisan yang berkaitan penghuraian konsep
dan fungsi kesusasteraan Melayu dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional dan
seterusnya bincangkan manifestasi akal budi pantun-pantun Melayu. Penulisan haruslah
dilakukan dalam lingkungan 1000 patah perkataan.
KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
SOALAN TUGASAN I
1.0 PENGENALAN 1
2.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU
3.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU 1-2
3.1 HIBURAN 2
3.2 PENDIDIKAN 2-3
3.3 DAKWAH 3
3.4 KRITIKAN SOSIAL 4
4.0 MANIFESTASI AKAL BUDI 4-5
5.0 KESIMPULAN 5
6.0 SUMBER RUJUKAN 6
1
1.0 PENGENALAN
Perkataan ‘sastera’ berasal daripada bahasa sanskrit castra yang dimaksudkan sebagai
kitab suci. Mohammad Saleeh Rahamad (2011) berpendapat bahawa sastera memiliki
peranan yang tersendiri, iaitu sentiasa meneliti kaedah untuk mengungkapkan
kebahagiaan dan keharmonian. Sastera telah dijadikan sebagai wadah penyebaran yang
menghuraikan abstrak Melayu yang melibatkan kandungannya meliputi karya-karya
agama, adat istiadat, hukum, sejarah, salasilah, perubatan dan seumpama dengannya.
Karya sastera telah menjadi pelantar dalam hal-hal berkaitan penerapan nilai-nilai dasar
dan kehalusan manusia ketika menjalankan interaksi terhadap hasil seni.
2.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU
Secara umum, kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya atau ciptaan seni dalam
kalangan masyarakat Melayu. Perkataan “sastera” berasal daripada bahasa sanskrit yang
membawa maksud indah, baik atau lebih berfaedah. Manakala kesusasteraan pula
ditakrifkan sebagai manifestasi daripada gerak jiwa manusia yang wujud dalam
pernyataan bahasa. Secara tidak langsung, hal ini menggambarkan bahawa
kesusasteraan merangkumi penggunaan kata-kata yang kreatif dalam menghasilkan
sesuatu termasuk karya seni. Menurut Ali A.H. (2011), dalam tradisi sastera Melayu,
makna kesusasteraan itu sendiri mencerminkan sifat indah yang ada pada karyanya.
Kesusasteraan Melayu juga boleh ditakrifkan sebagai karya seni sama ada dalam
bentuk lisan atau bukan lisan yang mempunyai keistimewaan tertentu. Konsep
kesusasteraan yang membawa maksud keindahan ini dapat dijadikan sebagai panduan
atau pengajaran berdasarkan cara penyampaiannya terhadap kehidupan masyarakat
zaman tradisional. Hal ini demikian kerana sastera Melayu diaplikasikan dalam kehidupan
mengandungi ungkapan perasaan kemanusiaan yang disampaikan secara ikhlas serta
penggunaan bahasa yang indah. Terdapat empat unsur dalam sastera iaitu:
2
Rajah 1 Empat unsur dalam sastera Melayu
3.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU
3.1 HIBURAN
Fungsi sastera Melayu dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional adalah
sebagai hiburan. Masyarakat pada zaman dahulu tidak mempunyai teknologi moden
seperti zaman sekarang. Oleh itu, sastera Melayu seperti prosa dan puisi tidak kira
dalam bentuk lisan atau bukan lisan dijadikan sebagai medium hiburan yang membawa
keseronokan dari segi bahasa yang indah, rentak dan irama tersusun. Hal ini demikian
kerana karya sastera juga mempunyai unsur kelucuan seperti cerita penglipur lara
sebagai karya yang diterima oleh masyarakat juga digilai oleh mereka. Sastera dapat
dikatakan sebagai unsur hiburan melalui ciri-cirinya seperti tidak memaksa pembaca
mahupun pendengar untuk berfikir secara mendalam, tema dan isu yang ringan dan
tidak membebankan fikran pembaca serta kesudahan cerita yang diakhiri dengan
kegembiraan dan keceriaan.
3.2 PENDIDIKAN
Sebagai sastera yang dilahirkan untuk mendatangkan faedah kepada masyarakat,
aspek pendidikan juga merupakan salah satu fungsi sastera Melayu dalam masyarakat
Melayu zaman tradisional. Dalam konteks ini, pengalaman para pengarang
diterjemahkan kepada karya yang dihasilkan oleh mereka yang merangkumi pelbagai
bentuk bidang ilmu termasuklah ekonomi, politik, sosiologi dan agama. Berdasarkan
penterjemahan tersebut, kisah mereka dijadikan prosa dan puisi yang diselitkan
3
elemen-elemen panduan hidup atau unsur-unsur pengajaran, moral mahupun ilmu
pengetahuan yang tinggi nilainya. Oleh itu, sastera Melayu boleh dikatakan sebagai
unsur pendidikan kerana jelas sekali mampu menjadi bahan pendidikan yang boleh
diaplikasikan dalam kehidupan setiap individu.
Karya sastera yang sarat dengan unsur pendidikan ini mampu membina serta
membangunkan minda masyarakat berdasarkan pengajaran yang disampaikan
secara halus. Sebagai penerangan lanjut, karya sastera ini memiliki isi tersirat melalui
mesej yang terkandung dalam karya tersebut kerana pada zaman dahulu, masyarakat
tidak menyampaikan teguran secara berterus-terang sebaliknya menggunakan karya
sastera prosa dan puisi seperti sajak dan pantun sebagai medium penyampaian
menggunakan bahasa yang sopan dan halus.
3.3 DAKWAH
Penelitian terhadap sastera Melayu juga dijadikan sebagai unsur dakwah. Nurhayati
E. et.al. (2019) menjelaskan dakwah melalui karya sastera dapat memberikan hasil
yang maksimal bergantung kepada kaedah penyampaian dan kemasan yang
digunakan. Khususnya, dakwah didefinisikan sebagai tindakan mengajak atau
menyeru individu untuk memahami ajaran serta penyembahan Tuhan (Wikipedia,
2021). Manakala kumpulan tertentu dalam Islam seperti Salafi dan Jamaat-e-Islami,
menganggap dakwah sebagai kegiatan politik (Weidl dan Nina, 2020). Dakwah
sewajarnya mengandungi persoalan yang mengandungi sifat-sifat kemuliaan serta
ketinggian Allah yang membolehkan sesorang mengenali sifat diri Tuhan sehingga
mampu untuk menghormati insan yang lebih mulia dan cinta terhadap-Nya.
Dalam menghasilkan karya berbentuk dakwah, hasil karya haruslah
menitikberatkan kewujudan kesedaran serta keinsafan manusia untuk kembali kepada
Tuhan. Hal ini kerana karya dakwah menyajikan pendidikan yang berpotensi
menanam nilai-nilai tauhid, kekudusan dan keagungan Tuhan. Sifat kesucian yang
terdapat dalam karya yang dihasilkan mampu mendorong individu untuk menuju ke
arah kebaikan sekali gus mendapat hidayah daripada karya yang dibaca melalui watak
yang terkandung dalam penceritaan tersebut.
4
3.4 KRITIKAN SOSIAL
Menurut Abd. Rahman et.al. (2016), kritikan sosial merujuk suatu kaedah komunikasi
yang berfungsi untuk mengawal kehidupan bermasyarakat. Masyarakat Melayu pada
zaman dahulu menjadikan karya sastera sebagai fungsi kritikan sosial. Hal ini
bermaksud kritikan dilakukan berdasarkan karya yang dihasilkan oleh penulis.
Tindakan mengkritik ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tidak kira sasterawan
mahupun orang biasa kerana kritikan sosial merupakan unsur penting berdasarkan
penelitian serta penilaian terhadap keadaan masyarakat. Penyampaian terhadap
kritikan boleh dilakukan dengan membandingkan karya tersebut sama ada dari sisi
positif mahupun negatif bergantung kepada cara kritikan individu. Aspek-aspek yang
dititikberatkan dalam kritikan termasuk:
Rajah 2 Aspek-aspek kritikan sosial
4.0 MANIFESTASI AKAL BUDI
Othman S. et.al. (2015), menyatakan keseimbangan antara akal dan budi akan melahirkan
manusia yang bersifat insan atau berupaya memenuhi tuntutan nilai-nilai kemanusiaan
sejagat. Berdasarkan tiga pantun yang telah dikaji, manifestasi akal budi bagi pantun pertama
ialah seseorang yang memiliki banyak ilmu pengetahuan serta berpangkat tinggi namun tetap
merendahkan diri atau tidak sombong. Penyataan ini menunjukkan bahawa walaupun
seseorang individu memiliki jiwa yang penuh dengan ilmu pengetahuan atau berpendidikan,
akan tetapi sikapnya tidak pernah meninggikan diri atau juga dikenali dengan sifaf menunjuk-
nunjuk bahawa dirinya lebih berpengetahuan daripada orang lain.
Pantun kedua pula menjelaskan bahawa orang yang berbudi pekerti akan sentiasa
dipandang mulia oleh masyarakat sekeliling, manakala bahasa pertuturan seharian
merupakan cerminan kepada martabat bangsa. Ini bermaksud jika baik budi pekerti
5
seseorang maka baiklah akhlaknya mahupun tingkah lakunya. Seseorang yang memliki
kesantunan dalam kehidupannya pasti dihormati dan diperlakukan sebagaimana individu
tersebut memperlakukan orang sekelilingnya.
Pantun ketiga pula menjelaskan bahawa sesuatu ilmu yang sempurna dituntut tetapi
tidak dimanfaatkan dengan betul. Sebagai penerangan, ilmu yang telah dituntut dalam
kehidupan tidak diaplikasikan dengan betul sebaliknya menggunakan ilmu tersebut dengan
cara yang salah. Penuntutan ilmu hanyalah sia-sia jika tidak menelaah ilmu tersebut demi
kebaikan diri.
5.0 KESIMPULAN
Tuntasnya, kesusasteraan Melayu banyak mendatangkan manfaat yang boleh membawa
kepada perubahan sosial hidup masyarakat dengan membentuk sahsiah diri yang
utuh melalui pelbagai bentuk penyampaian dan kreativiti yang digunakan. Dengan ini, jika
karya sastera Melayu kekal diperjuangkan, pasti warisan budaya Melayu dapat dikekalkan
dan karya tersebut dapat dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja tidak kira latar belakang, agama
dan bangsa.
(1004 Patah Perkataan)
6
6.0 SUMBER RUJUKAN
Abd. Rahman, Kamal Azmi. (2016). Idea-Idea Kritikan Sosial Hamka Di Dalam Novel
Teggelamnya Kapal Van Der Wijck.
Ali, A. H. (2011). Konsep keindahan dalam kesusasteraan Melayu tradisional. Pendeta
Journal of Malay Language, Education and Literature, 2, 99-117.
Mohamad Saleeh Rahamad. (2011). Memperkasa Mata pelajaran Bahasa Melayu Melalui
Mata pelajaran Kesusasteraan. Media Warisan Menghadapi Tantangan. KL: Jabatan
Pengajian Media & PERSKOM
Nurhayati, E., Junaedi, D., & Sahliah, S. (2019). Dakwah Islam Melalui Karya Sastra. Hanifiya:
Jurnal Studi Agama-Agama, 2(2), 105-112.
Othman, S., Sabil, A. M., & Lateh, G. (2015). Pemikiran akal budi dan sosiobudaya Melayu
dalam pendidikan Kesusasteraan Melayu. International Journal of Education and Training
(InJET), 1(2), 1-10.
Weidl, Nina (2020). Dawa and the Islamist Revival in the West. Hudson Institute.
Wikipedia Bahasa Melayu. (2021). Dakwah. ensiklopedia bebas.
Dakwah - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas