Bahan Bantu Belajar - Pantun (Tahun 6) - DIHASILKAN OLEH: GRESSYENA ANAK JONEM
4.2 Menghayati keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera. 4.2.2 Mempersembahkan puisi dengan penuh penghayatan dan keindahan bahasa. PENGENALAN Pantuniverse merupakan bahan bantu belajar yang menekankan kepada penguasaan puisi merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 6. Bahan bantu belajar ini menekankan standard kandungan dan standard pembelajaran seperti berikut: Pantuniverse
Objektif Bahan bantu belajar yang dikenali sebagai “Pantuniverse” ini dihasilkan untuk memberi fokus kepada pembelajaran puisi iaitu pantun terhadap proses pembelajaran murid. Dalam konteks ini, murid dapat menggunakan bahan tersebut untuk diterokai sendiri dan meningkatkan pengetahuan dan kebolehan untuk menguasai pantun iaitu dapat melafazkan pantun dengan betul. Hal ini membolehkan murid untuk menguasasi dan menghayati keindahan bahasa dalam bahan sastera. Penyampaian menggunakan elemen yang pelbagai mendorong murid untuk melakukan pembelajaran yang menyeronokkan secara formal ataupun tidak formal.
Pantuniverse mengandungi tiga bahagian yang berbeza dengan elemen-elemen yang berkaitan.
Kenali Pantun Bahagian pertama memaparkan pengenalan mengenai puisi iaitu pantun. Murid dapat mengenali asas atau definisi berkenaan pantun termasuk struktur dan ciri-ciri asas pantun secara ringkas. Unsur digital seperti kod QR disediakan bagi membolehkan murid menonton video berkaitan contoh melafazkan pantun.
Sampul Misteri Bahagian kedua dikenali sebagai sampul misteri iaitu terdapat kad-kad kecil di dalam sampul surat. Setiap kad-kad tersebut mempunyai gambar sebagai petunjuk. Cara Pelaksanaan: Murid perlu mengambil satu kad daripada sampul misteri secara rawak. 1. Setelah itu, murid akan membuka kad tersebut dan mengenalpasti gambar yang terpapar pada kad tersebut. 2. Berdasarkan gambar yang terdapat pada kad tersebut, murid akan mengambil sehelai kertas pantun yang memiliki gambar yang sama daripada kertas-kertas berwarna kuning yang digantung. 3. Kemudian, murid akan melafazkan pantun yang diperoleh. 4.
Putaran Ajaib Jenis-jenis Pantun Kad bagi maksud setiap pantun Roda putaran
Pu Cara Pelaksanaan taran Ajaib Terdapat empat jenis pantun iaitu pantun nasihat, pantun kasih sayang, pantun budi dan pantun kanak-kanak. Murid boleh merujuk kepada maksud pantun daripada kad yang disediakan pada setiap kotak jenis-jenis pantun setelah selesai melafazkan pantun. Contoh: Murid memutar anak panah dan berhenti pada warna ungu. Setiap kotak bagi jenis pantun mempunyai kod warna. Kod warna ungu ada pada pantun nasihat, maka murid akan mengambil satu daripada gambar kucing yang terdapat dalam kotak pantun nasihat. Kemudian murid akan melafazkan pantun yang ada di belakang gambar kucing tersebut. Murid akan memutar anak panah pada rota putaran tersebut untuk menentukan jenis pantun yang akan dilafazkan.
Sila imbas kod QR Youtube berikut untuk penerangan dan penggunaan setiap bahagian yang terdapat dalam Pantuniverse:
Manfaat Pantuniverse Bahan bantu belajar tersebut boleh disimpan di dalam bilik darjah bagi memberi peluang kepada murid-murid untuk menerokai sendiri jenis-jenis pantun. Ini boleh membantu murid utnuk melakukan pembelajaran kendiri untuk meningkatkan pengetahuan dan melatih murid untuk menguasai puisi dengan melafazkan pantun. Reka bentuk yang ringkas dan ringan memudahkan murid untuk membawa atau menggunakannya di dalam bilik darjah serta sifatnya yang fleksibel membolehkan murid bersama-sama menggunakan bahan bantu belajar tersebut untuk pembelajaran bersama rakan-rakan.
TERIMA KASIH ~ SEMOGA BERMANFAAT ~