The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by LIZA LAJIN, 2020-06-16 10:47:06

KARANGAN PENDIDIKAN MAYA

KARANGAN PENDIDIKAN MAYA

Bahagian A
(30 markah)
Lihat gambar di bawah dengan teliti, huraikan pendapat anda tentang kelebihan pendidikan maya.
Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

PENDIDIKAN MAYA

KELEBIHAN-KELEBIHAN

• penyampaian ilmu cepat dan mudah
• memanfaatkan penggunaan e-buku
• dapat menjimatkan kos

Apakah itu pendidikan maya? Pendidikan maya bermaksud pendidikan yang dijalankan dalam talian
yang memerlukan murid melihat skrin, mendengar serta memberikan respons. Baru-baru ini, kerajaan
telah memperkenalkan pendidikan maya di negara kita dalam usaha untuk meneruskan pembelajaran
semasa pandemik Covid-19 yang amat meruncing. Namun begitu, ramai murid tidak mengetahui
kebaikan pendidikan maya serta tidak menunjukkan minat terhadap pendidikan maya. Hal ini dikatakan
demikian kerana tak kenal maka tak cinta. Oleh itu, marilah kita mengetahui kelebihan pendidikan maya.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kelebihan pendidikan maya paling utama ialah
penyampaian ilmu cepat dan mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana maklumat berada di hujung jari.
Misalnya, murid dapat melayari Internet untuk mencari maklumat dengan menggunakan enjin pencari
seperti Google dan Yahoo. Natijahnya, murid tidak akan menjadi seperti katak di bawah tempurung.
Tegasnya, ilmu dapat disampaikan dengan cepat dan mudah.

Seterusnya, murid boleh memanfaatkan penggunaan e-buku. E-buku ini bukan sekadar mudah
digunakan tetapi juga menjimatkan kos. Tamsilnya, murid boleh menggunakannya melalui peranti
seperti telefon pintar, gajet dan komputer riba. Tambahan pula, kebanyakan e-buku juga percuma dan
lebih murah berbanding buku fizikal kerana tiada pencetakan kertas yang dilakukan. Tuntasnya,
penggunaan e-buku dapat dimanfaatkan.

Di samping itu, pendidikan maya dapat menjimatkan kos. Hal ini dikatakan demikian kerana
segala urusan pembelajaran dapat dilakukan daripada keselesaan rumah sendiri. Sebagaimana yang kita
sedia maklum, murid dapat menyertai kelas dalam talian menggunakan aplikasi seperti Meet dan Zoom.
Justifikasinya, tiada keperluan untuk kita keluar dari rumah, maka tiada kos pengangkutan. Secara
tuntasnya, pelbagai kos dapat dijimatkan.

Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa banyak kelebihan yang dapat kita peroleh
daripada pendidikan maya. Murid-murid mestilah memanfaatkan pendidikan maya agar dapat menjadi
golongan yang berilmu pengetahuan dan berminda kelas pertama serta dapat bersaing dengan murid di
negara maju. Hal ini membolehkan masyarakat kita berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dan sudah
tentunya dapat memajukan bidang pendidikan negara


Click to View FlipBook Version