The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by LIZA LAJIN, 2020-04-08 01:33:51

NOVEL JALAN KE PUNCAK TINGKATAN 2

NOVEL JALAN KE PUNCAK TINGKATAN 2

NOVEL
JALAN KE PUNCAK

TINGKATAN 2

CIKGU NORALIZA BT MOHD LAJIN


TAJUK 1 : SINOPSIS

SOALAN : Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan sinopsis. ( 10 markah)

Novel yang saya kaji ialah Novel Jalan ke Puncak, karya Juri Durabi. Sinopsis novel ini mengisahkan
seorang pemuda bernama Laiman yang berkelulusan ijazah sarjana muda kejuruteraan tetapi enggan bekerja makan
gaji. Laiman lebih suka bekerja sendiri dengan mengusahakan ladang tembikai.

Pada mulanya hasrat bekerja sendiri ditentang oleh ayahnya kerana keluarga mereka telah banyak berkorban
demi kejayaan Laiman dalam pengajiannya. Setelah usaha berkebun menampakkan hasil, ayah Laiman mulai
menyokong usahanya. Laiman turut mengusahakan kolam ternakan ikan air tawar, udang harimau di samping
berniaga kedai makan dan memborong hasil pertanian. Laiman dibantu oleh sepupunya Milan. Usaha gigih Laiman
bukan sekadar untuk dirinya malah dia turut membantu anak-anak muda lain dengan membuka peluang pekerjaan
dan mengubah mentaliti mereka. Laiman mahu bangsanya tidak hanya bergantung kepada kerajaan atau bekerja
makan gaji, sebaliknya mereka perlu gigih berusaha dan berdikari jika mereka ingin hidup mewah.

Laiman akhirnya menjadi usahawan tani berjaya dan contoh kepada penduduk kampung. Usahanya turut
mendapat pengiktirafan daripada kerajaan.


TAJUK 2 : TEMA

SOALAN : Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tema. ( 10 markah)

Novel yang saya kaji ialah Novel Jalan ke Puncak, karya Juri Durabi. Tema novel ini ialah
kegigihan seorang pemuda dalam membina kecemerlangan kerjaya masa depannya dengan cara
berdikari.

Buktinya, Laiman yang berkelulusan ijazah kejuruteraan enggan bekerja makan gaji, sebaliknya dia
memilih untuk bekerja sendiri dengan mengusahakan ladang tembikai di kampungnya. Laiman turut
mengusahakan kolam ikan air tawar, udang harimau, berniaga kedai makan dan menjadi peraih hasil
pertanian di kampungnya. Berkat usaha gigih Laiman, akhirnya dia berjaya dalam bidang yang diceburinya
dan mendapat pengiktirafan daripada pihak kerajaan.

Kesimpulannya, tema dalam novel ini sangat menarik.


TAJUK 3 : PERSOALAN

SOALAN : Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan 3 persoalan. ( 10 markah)
Novel yang saya kaji ialah Novel Jalan ke Puncak, karya Juri Durabi Terdapat beberapa persoalan

dalam novel ini.
Persoalan yang terdapat dalam novel ini ialah persoalan ketabahan menghadapi dugaan hidup.

Contohnya ,Laiman tabah menghadapi segala rintangan terutama daripada keluarganya yang tidak
bersetuju dengan keputusan untuk bekerja sendiri.

Selain itu, persoalan pengorbanan demi kejayaan ahli keluarga .Contohnya, abang dan nenek
Laiman telah mengorbankan wang ringgit demi membiayai pengajian Laiman di universiti.

Di samping itu, persoalan sikap dengki lahir kerana perasaan cemburu. Contohnya ,Laiman yang
begitu akrab dengan Soniah telah menimbul perasaan cemburu di hati Muluk. Hal ini demikian kerana Muluk
menaruh hati terhadap Soniah, namun Soniah tidak melayannya. Kes kebakaran loji minyak di Miri pada
anggapan Laiman ialah hasil perbuatan Muluk.

Kesimpulannya, persoalan dalam novel ini sangat menarik.


TAJUK 4 : WATAK UTAMA

SOALAN : Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan 3 perwatakan watak utama. ( 10 markah)

Novel yang saya kaji ialah Novel Jalan ke Puncak, karya Juri Durabi. Watak utama dalam novel ini ialah
Laiman. Terdapat beberapa perwatakan Laiman yang menarik.

Antara perwatakan Laiman ialah seorang yang berdikari. Contohnya, dia mahu bekerja sendiri tanpa
makan gaji dengan mana-mana pihak kerajaan walaupun dia mempunyai kelulusan yang baik dalam
pelajaran.

Di samping itu, perwatakan yang ditunjukkan oleh Laiman ialah seorang yang tabah. Contohnya, dia
tabah apabila ayahnya sendiri, iaitu Pak Kiassim tindakannya untuk bekerja sendiri.

Akhir sekali, Laiman juga seorang yang bercita-cita tinggi untuk maju dalam pekerjaan tanpa makan
gaji. Contohnya, walaupun Laiman berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan, tetapi dia bercita-cita
untuk menjadi usahawan muda yang berjaya.

Kesimpulannya, watak Laiman sangat menarik.


TAJUK 5 : WATAK SAMPINGAN

SOALAN : Berdasarkan novel yang anda kaji, nyatakan 1 watak sampingan beserta 3 perwatakannya. ( 10
markah)

Novel yang saya kaji ialah Novel Jalan ke Puncak, karya Juri Durabi. Watak sampingan dalam novel ini ialah
Milan. Terdapat beberapa perwatakan Milan.

Antara perwatakan Milan ialah seorang yang tahu menghargai. Contohnya, Dalam diam-diam Milan berterima
kasih kerana bersusah- payah mengajarnyamengenali hidup.

Selain itu, Milan seorang yang tidak mudah berputus asa. Contohnya, Milan sentiasa cuba memberikan
kata-kata perangsang kepada Laiman untuk terus mencari jalan supaya cita-cita Laiman untuk membuka projek
ternakan ikan air tawar tercapai.

Akhir sekali,Milan seorang yang rajin. Contohnya, Milan sentiasa menolong Laiman dalam melaksanakan
beberapa projek.

Kesimpulannya, watak Milan sangat menarik.


TAJUK 6: LATAR TEMPAT

SOALAN : Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan 3 latar tempat. ( 10 markah)

Novel yang saya kaji ialah Novel Jalan ke Puncak, karya Juri Durabi. Terdapat beberapa latar
tempat dalam novel ini.

Antaranya, Tangki minyak nombor 12 milik syarikat Shell. Sebagai contoh, tangki minyak yang
rosak itu dibaiki oleh Laiman dengan sempurna tetapi telah terbakar menyebabkan Laiman berasa hairan.

Seterusnya, Kampung Kusilad. contohnya Kampung Kusilad merupakan tempat tinggal Laiman dan
tempat dia melakukan aktiviti pertanian dan perikanan sehingga berjaya menjadi usahawan tani.

Akhir sekali, Restoran di Miri.Contohnya ,Laiman makan bersama-sama Soniah di sebuah restoran.
Ketika makan, Soniah meluahkan hajatnya ingin melanjutkan pelajarannya ke universiti dalam bidang
kejuruteraan, sama seperti Laiman.


TAJUK 7 : LATAR MASA

SOALAN : Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan 3 masa. ( 10 markah)
Novel yang saya kaji ialah Novel Jalan ke Puncak, karya Juri Durabi .Terdapat beberapa latar

masa dalam novel ini.
Antaranya, latar masa waktu malam. Contohnya, Pak Kiassim, iaitu ayah Laiman telah meleteri

Laiman kerana menolak tawaran bekerja di Jabatan Pertanian.
Selain itu, terdapat juga latar masa dalam tempoh lebih kurang tiga tahun.. Sebagai contoh,

Laiman dan Soniah masih berhubung melalui surat yang dikirimkan oleh Soniah kepadanya.
Akhir sekali, novel ini menunjukkan latar masa dalam tempoh 6 bulan. Contohnya, Laiman

menjalani latihan praktikal di sebuah syarikat minyak di Sarawak selama enam bulan.
Kesimpulannya, latar masa dalam novel ini sangat menarik.


TAJUK 8 : LATAR MASYARAKAT

SOALAN : Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan 3 masyarakat. ( 10 markah)

Novel yang saya kaji ialah Novel Jalan ke Puncak, karya Juri Durabi Terdapat beberapa latar
masyarakat dalam novel ini.

Latar masyarakat yang pertama ialah masyarakat yang tegas pendirian. Contohnya, Laiman
berpegang kepada prinsip untuk tidak tergesa-gesa menerima sesuatu tawaran pekerjaan

Latar masyarakat yang seterusnya ialah masyarakat yang peramah. Sukri cepat mesra walaupun
dia penyelia kepada Laiman, mahasiswa kejuruteraan yang sedang menjalani latihan industri

Latar masyarakat yang terakhir ialah masyarakat yang bersifat cemburu. Contohnya, Muluk
merupakan orang yang telah menyebabkan kebakaran tangki minyak yang berlaku di tempat Laiman
menjalani latihan praktikal.


TAJUK 9 : NILAI

SOALAN : Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan 3 nilai. ( 10 markah)

Novel yang saya kaji ialah Novel Jalan ke Puncak, karya Juri Durabi. Terdapat beberapa nilai
dalam novel ini.

Antara nilai dalam novel ini ialah keberanian. Contohnya Laiman berani menjadi petani moden
kerana berkeyakinan usahanya akan membuahkan kejayaan walaupun pada peringkat awal ditentang oleh
ayahnya kerana menolak tawaran bekerja di Jabatan Pertanian.

Selain itu, terdapat nilai berdikari. Contohnya Laiman sanggup bekerja sendiri sebagai petani
dengan mengusahakan tanaman tembikai, menternak ikan air tawar, dan pelbagai lagi perniagaan walaupun
dia boleh memilih bekerja makan gaji di Jabatan Pertanian.

Seterusnya, terdapat nilai kesyukuran. Contohnya Laiman bersyukur kerana projek ikan air tawar
yang diusahakannya telah membuahkan hasil dan kerajaan menghargai usaha yang dijalankan dengan
menjadikan sebagai projek contoh di daerah mereka


TAJUK 10 :PENGAJARAN

SOALAN : Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan 3 pengajaran. ( 10 markah)

Novel yang saya kaji ialah Novel Jalan ke Puncak, karya Juri Durabi. Terdapat beberapa pengajaran dalam
novel ini.

Antara pengajaran dalam novel ini ialah Kita perlu memiliki sikap berani untuk mengubah nasib.
Contohnya, Laiman berani menjadi petani moden kerana berkeyakinan usahanya akan membuahkan kejayaan
walaupun pada peringkat awal ditentang oleh ayahnya kerana menolak tawaran bekerja di Jabatan Pertanian.

Selain itu, terdapat pengajaran Kita haruslah sanggup berdikari untuk memperoleh pendapatan yang
lebih lumayan. Contohnya Laiman sanggup bekerja sendiri sebagai petani dengan mengusahakan tanaman tembikai,
menternak ikan air tawar, dan pelbagai lagi perniagaan walaupun dia boleh memilih bekerja makan gaji di Jabatan
Pertanian.

Seterusnya, Kita mestilah memiliki perasaan kasih sayang terhadap darah daging sendiri. Contohnya
Pak Kiassim amat menyayangi anaknya menyebabkan dia meleteri sikap Laiman yang menolak pekerjaan sebagai
pegawai di Jabatan Pertanian.


Click to View FlipBook Version