The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PANITIA BAHASA MELAYU
SMK SERI MAHAWANGSA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by LIZA LAJIN, 2020-07-04 10:13:08

PLC PBD

PANITIA BAHASA MELAYU
SMK SERI MAHAWANGSA

PLC

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

Apakah PBD?

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang
berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi
mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan,
kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara
formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk
pembelajaran dan tentang pembelajaran.

PBD pula ialah pentaksiran yang berlaku secara berterusan
sepanjang PdP, bagi semua mata pelajaran. PBD bukanlah
untuk membandingkan tahap penguasaan antara seorang
murid dengan murid yang lain, tetapi ia bertujuan untuk
melihat perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran
di samping membantu guru menambah baik pengajaran
mereka.

Mengapa PBD penting?

● PBD dapat membantu guru dalam:
i. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
ii. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran
iii. Mengetahui keberkesanan pengajaran
iv. Merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran
v. Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta

Bagaimana PBD dilaksanakan?

● PBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang proses PdP sepanjang tahun. PBD dilaksanakan
melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti:

i. Pemerhatian
ii. Penulisan
iii. Lisan
● Melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan-lain- lain aktiviti pembelajaran, berdasarkan Standard

Prestasi dan pertimbangan profesional guru.
● Pertimbangan profesional merupakan satu bentuk keputusan berkaitan pembelajaran murid yang

dibuat oleh guru secara beretika menggunakan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
berdasarkan Standard Prestasi dan data perkembangan penguasaan murid dalam
pembelajarannya.

Berapa kerap PBD perlu dilaporkan?

● Sekurang-kurangnya 2 kali setahun

Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

1. Merancang PdPc dan Kaedah Pentaksiran
- memahami kandungan tajuk dalam DSKP
- menentukan objektif pembelajaran yang perlu dicapai murid dan yang hendak ditaksir guru
- Mengenal pasti kaedah pentaksiran yang sesuai
2. Melaksanakan PdPc dan Pentaksiran
- Pentaksiran secara Lisan
- Pentaksiran secara bertulis
- Pentaksiran secara pemerhatian

3. Merekod dan Menganalisis Penguasaan Murid
- rekod dalam bentuk pernyataan, simbol, markah dan gred
- boleh dilakukan dalam rekod mengajar, buku catatan guru, senarai semak dan templat pelaporan
4. Tindakan Susulan

5. Melapor
- merangkumi tahap penguasaan, penyataan tentang minat, sikap dan perlakuan serta cadangan tindakan
susulan

Tahap Penguasaan dan Tafsiran Umum Bahasa Melayu
Sekolah Menengah

1 Sangat Terhad

Murid mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang sangat lemah, sangat
terhad dan memerlukan banyak bimbingan, panduan dan latihan dalam kemahiran bahasa.

2 Terhad

Murid mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang lemah, terhad dan
memerlukan sedikit bimbingan, panduan dan latihan dalam kemahiran bahasa.

3 Memuaskan

Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang sederhana dan
berupaya mengungkapkan idea serta menguasai kemahiran berfikir yang asas tanpa bimbingan dalam
kemahiran bahasa.

4 Baik

Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang baik, dapat
mengaplikasikan pengetahuan bahasa dengan berkesan, berupaya mengungkapkan idea, menguasai
kemahiran berfikir yang kritis, dan mengamalkan pembelajaran kendiri secara minimum dalam kemahiran
bahasa.

5 Sangat Baik

Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang tinggi,
berupaya mengungkapkan idea dengan jelas dan terperinci, berkomunikasi secara efektif,
mengaplikasikan pengetahuan bahasa yang lebih kompleks, menguasai kemahiran berfikir yang kritis dan
kreatif, serta mengamalkan pembelajaran secara kendiri dalam kemahiran bahasa.

6 Cemerlang

Murid berupaya mempamerkan tahap pengetahuan bahasa dan kecekapan berbahasa yang cemerlang
dan konsisten, berupaya mengungkapkan idea dengan jelas, terperinci dan tersusun, menguasai
kemahiran berfikir yang kritis, kreatif dan inovatif, berkomunikasi secara efektif dan penuh keyakinan,
mengamalkan pembelajaran secara kendiri serta menjadi model teladan kepada murid yang lain dalam
kemahiran bahasa.


Click to View FlipBook Version
Previous Book
วันอาสาฬหบูชา
Next Book
Hechicera Digital 04/07/2020