NOVEL
JENDELA MENGHADAP
JALAN
(Tingkatan 4)
CIKGU NORALIZA BT MOHD LAJIN
SINOPSIS
Lili ialah seorang remaja berusia 17 tahun yang tinggal bersama-sama ibu dan bapanya di Kuala Lumpur. Ketika cuti
sekolah, ibu ingin menghantar Lili bercuti bersama-sama nenek di kampung. Walaupun Lili agak keberatan untuk pulang
ke kampung, tetapi disebabkan perasaan hormatnya kepada ibu, Lili pulang juga untuk bercuti bersama-sama datuk dan
neneknya.
Ketika berada di kampung, Lili menyaksikan beberapa peristiwa yang menjadikan dirinya lebih tertarik untuk tinggal
lebih lama di situ. Datuk Lili merupakan antara orang pertama yang membuka kampung itu. Datuk merupakan seorang
pengamal perubatan tradisional. Sejak belakangan ini, pesakit datuk semakin berkurangan kerana mereka beralih kepada
cara perubatan moden disebabkan oleh pengaruh yang dibawa oleh anak-anak mereka yang masih muda.
Lili juga menyaksikan pertentangan pendapat antara golongan muda dengan golongan tua berkaitan dengan isu kubah
masjid, sama ada perlu diletakkan di atas surau sedia ada ataupun membina masjid baharu. Geetha dan Danel yang
ditemuinya ketika dalam perjalanan ke kampung menjadi sahabat baiknya. Mereka mempunyai cara pemikiran yang
sama, tetapi bertentangan pendapat dengan masyarakat yang lebih tua di situ.
SINOPSIS-SAMBUNGAN
Terdapat sebuah keluarga yang porak-peranda di kampung itu, iaitu keluarga Che Jah. Anak Che Jah,
iaitu Rafiq dan Haziq sering dibelasah oleh orang kampung kerana suka mencuri dan terlibat dalam
pengambilan dadah. Pada suatu ketika, sewaktu Lili pulang dari bandar, dia telah ditangkap oleh Rafiq
dan Haziq. Lili dibawa ke suatu kawasan yang tidak diketahui dan telah ditawan oleh mereka.
Akhirnya, Lili berjaya diselamatkan oleh Danel.
Walaupun Lili pernah ditawan oleh Rafiq dan Haziq, namun dia mempunyai pendapat yang berbeza
dengan orang kampung. Dia tidak memandang rendah kepada Che Jah dan anak-anaknya kerana
baginya semua yang terjadi disebabkan oleh suami Che Jah yang tidak bertanggungjawab. Dengan
pertolongan Hamimah yang kebetulan datang untuk berubat dengan datuk, akhirnya suami Che Jah
ditangkap dan anak-anaknya akan dibantu sehingga pulih. Setelah pulang ke Kuala Lumpur, datuk dan
nenek telah menceritakan sejarah kedatangan mereka ke situ dan rahsia jendela yang menghadap jalan.
PERWATAKAN WATAK UTAMA
Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Watak utama
dalam novel ini ialah Lili. Terdapat banyak perwatakan watak utama dalam novel ini. Perwatakan pertama
watak utama ialah Lili seorang yang cekal. Contohnya, Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah
yang berlaku di Kampung Sentosa.
Selain itu, perwatakan kedua watak utama ialah Lili seorang yang bertanggungjawab. Contohnya,
Lili menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.
Akhir sekali, perwatakan ketiga watak utama ialah Lili seorang yang berani. Contohnya, Lili berani
mendaki puncak bukit bersama-sama dengan Geetha pada lewat petang untuk melihat kejadian matahari
terbenam.
PERSOALAN
Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Terdapat
banyak persoalan dalam novel ini. Persoalan yang pertama ialah persoalan kecekalan menghadapi
cabaran. Contohnya, Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung
Sentosa.
Selain itu, persoalan yang kedua ialah persoalan bertanggungjawab menyelesaikan
masalah. Contohnya, Lili menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga
Che Jah.
Akhir sekali, persoalan yang ketiga ialah persoalan keberanian seorang gadis. Contohnya,
Lili berani mendaki puncak bukit bersama-sama dengan Geetha pada lewat petang untuk melihat
kejadian matahari terbenam.
LATAR MASYARAKAT
Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin.
Terdapat banyak latar masyarakat dalam novel ini. Latar masyarakat yang pertama ialah masyarakat
yang cekal menghadapi cabaran. Contohnya, Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah
yang berlaku di Kampung Sentosa.
Selain itu, latar masyarakat yang kedua ialah masyarakat yang bertanggungjawab.
Contohnya, Lili menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.
Akhir sekali, latar masyarakat yang ketiga ialah masyarakat yang berani. Contohnya,
Lili berani mendaki puncak bukit bersama-sama dengan Geetha pada lewat petang untuk melihat
kejadian matahari terbenam.
LATAR TEMPAT
Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin.
Terdapat banyak latar tempat dalam novel ini. Latar tempat yang pertama ialah ialah di Kampung
Sentosa. Di sinilah Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku.
Selain itu, latar tempat yang kedua ialah di rumah Che Jah. Di sinilah Lili menyatakan
kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.
Akhir sekali, latar tempat yang ketiga ialah di puncak bukit. Di sinilah Lili
bersama-sama dengan Geetha melihat kejadian matahari terbenam pada suatu lewat petang.
NILAI KEMANUSIAAN
Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin.
Terdapat banyak nilai kemanusiaan dalam novel ini. Nilai kemanusiaan yang pertama ialah nilai
kecekalan. Contohnya, Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung
Sentosa.
Selain itu, nilai kemanusiaan yang kedua ialah nilai bertanggungjawab. Contohnya,
Lili menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.
Akhir sekali, nilai kemanusiaan yang ketiga ialah nilai keberanian. Contohnya, Lili
berani mendaki puncak bukit bersama-sama dengan Geetha pada lewat petang untuk melihat
kejadian matahari terbenam.
PENGAJARAN
Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin.
Terdapat banyak nilai kemanusiaan dalam novel ini. Pengajaran yang pertama ialah kita hendaklah
cekal menghadapi cabaran. Contohnya, Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah yang
berlaku di Kampung Sentosa.
Selain itu, pengajaran yang kedua ialah kita hendaklah bertanggungjawab.
Contohnya, Lili menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che Jah.
Akhir sekali, pengajaran yang ketiga ialah kita hendaklah berani. Contohnya, Lili
berani mendaki puncak bukit bersama-sama dengan Geetha pada lewat petang untuk melihat
kejadian matahari terbenam.
PERISTIWA YANG MEMBERIKAN TELADAN
Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Peristiwa
yang memberikan teladan dalam novel ini ialah kita hendaklah mengamalkan kasih sayang dalam
kehidupan. Contohnya, Lili amat mengasihi ibu dan bapanya. Dia tidak membantah cadangan
ibunya yang memintanya pulang bercuti di kampung datuknya di Dungun, Terengganu, walaupun
hatinya begitu berat untuk berbuat demikian.
Selain itu, peristiwa kedua yang memberikan teladan ialah kita perlulah sanggup
memberikan bantuan kepada orang yang memerlukan pertolongan. Contohnya, Lili bersimpati
dengan Che Jah dan menyatakan kesediaannya menjadi saksi kes keganasan rumah tangga Che
Jah.
Akhir sekali, peristiwa ketiga yang memberikan teladan ialah kita hendaklah cekal
menghadapi cabaran. Contohnya, Lili cekal menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di
Kampung Sentosa.
NILAI KASIH SAYANG
Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Nilai
kasih sayang yang terdapat dalam novel ini ialah kasih sayang seorang anak terhadap kedua ibu
bapanya. Contohnya, Lili amat mengasihi ibu dan bapanya. Dia tidak membantah cadangan ibunya
yang memintanya pulang bercuti di kampung datuknya di Dungun, Terengganu, walaupun hatinya
begitu berat untuk berbuat demikian.
Selain itu, nilai kasih sayang yang kedua ialah kasih sayang datuk dan nenek
terhadap cucunya. Contohnya, nenek melarang Lili ke pekan atau merayau ke sana-sini. Selepas
Lili diculik oleh anak Che Jah , nenek dan datuk melayan Lili dengan baik walaupun dahulu ibu Lili
tidak mendengar nasihat datuk dan neneknya.
Akhir sekali, nilai kasih sayang yang ketiga ialah kasih sayang seorang ibu
terhadap anaknya. Contohnya, ibu Lili amat menyayangi anaknya dan sentiasa mengambil berat
tentang kebajikan dan kesihatan anaknya.
WATAK HITAM/ ANTAGONIS
Satu watak yang dianggap sebagai watak hitam, Tiga alasan memilih watak tersebut sebagai
watak hitam.
Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Watak
hitam yang terdapat dalam novel ini ialah Rafiq. Antara alasannya memilih Rafiq sebagai watak hitam
adalah kerana Rafiq merupakan seorang yang bersikap kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Contohnya, Rafiq telah menahan dan mengacukan pisau ke leher Lili serta mengurung dan mengikat
Lili di sebuah pondok buruk.
Selain itu, Rafiq merupakan seorang yang ketagihan dadah jenis syabu. Contohnya,
Rafiq mengugut ibunya, iaitu Che Jah supaya memberikannya duit bagi mendapatkan bekalan
dadah.
Akhir sekali, Rafiq merupakan seorang yang tidak mementingkan pendidikan. Contohnya
Rafiq sering ponteng sekolah hingga menyebabkan dibuang sekolah
Tiga sebab novel tersebut hebat dan menarik
Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin.
Sebab-sebab novel ini hebat dan menarik adalah kerana novel ini menunjukkan kecekalan seorang
gadis dalam mengharungi kehidupan walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran.
Contohnya, Lili cekap menempuh semua dugaan dan masalah yang berlaku di Kampung Sentosa.
Selain itu, sebab yang kedua ialah novel ini menunjukkan ketinggian ilmu yang
dimiliki oleh seseorang. Contohnya, Tuan Haji Abdul Rahman, iaitu datuk Lili memiliki ketinggian
ilmu dalam bidang agama dan perubatan tradisional.
Akhir sekali, sebab yang ketiga ialah novel ini menunjukkan kerukunan dalam
kehidupan masyarakat yang berbilang kaum. Contohnya, Lili, Geetha dan Danel bersahabat baik
walaupun mereka berlainan agama, bangsa dan adat resam.
Unsur konflik merupakan elemen penting- Kemukakan
bukti yang tepat
Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Dalam
novel ini, terdapat konflik antara Rafiq dengan penduduk kampung. Contohnya, Rafiq selalu
mencuri harta benda orang kampung dan harta benda milik keluarganya untuk dijual bagi
mendapatkan wang untuk membeli syabu.
Selain itu, penduduk kampung juga cuba menghukum Rafiq dan Haziq yang telah
dituduh mencuri kubah surau baharu yang telah hilang. Rafiq dan Haziq berjaya diselamatkan
oleh Tuan Haji Abdul Rahman dan penduduk kampung yang prihatin akan nasib mereka.
Akhir sekali, dengan bantuan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan penduduk
kampung, Rafiq telah dihantar ke Pusat Pemulihan Akidah yang menyebabkan dia mula insaf dan
belajar untuk berubah sedikit demi sedikit
Kepentingan teknik dialog dalam mengembangkan peristiwa
Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin.
Kepentingan teknik dialog dalam mengembangkan sesuatu peristiwa yang terdapat dalam novel ini
ialah dialog menyebabkan pembaca merasakan bahawa watak-watak dalam novel ini
benar-benar hidup.
Selain itu, teknik dialog dapat menjelaskan sesuatu isu, perkara atau kejadian.
Seterusnya, teknik dialog dapat mempelbagaikan mood pembaca bagi mengelakkan perasaan bosan
ketika membaca novel ini. Akhir sekali, teknik dialog dapat menggambarkan perwatakan watak
dengan lebih jelas.
Peristiwa suka atau duka
Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin.
Peristiwa duka yang terdapat dalam novel ini ialah peristiwa Lili yang menjadi orang tahanan
Rafiq secara tiba-tiba. Perbuatan tersebut dianggap sebagai suatu kejutan besar dan kejadian yang
meninggalkan kesan trauma kepada Lili.
Selain itu, peristiwa duka yang kedua ialah peristiwa Che Jah yang menjadi
mangsa pukul suaminya dan mangsa peras ugut anak-anaknya. Perbuatan tersebut merupakan
suatu kes keganasan rumah tangga yang meninggalkan kesan trauma dari segi emosi kepada Che
Jah.
Tema dan contoh peristiwa yang menggambarkan tema tersebut
Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin.
Tema yang terdapat dalam novel ini ialah kecekalan seorang gadis dalam menempuh semua
dugaan dan cabaran.
Contoh peristiwa yang pertama ialah peristiwa Lili ditahan, dikurung dan diikat oleh
Rafiq di sebuah pondok buruk. Perbuatan tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk
bersegera pulang ke Kuala Lumpur, sebaliknya menguatkan lagi keinginannya untuk mengikuti
perkembangan diri Rafiq sekali gus cuba membantunya.
Selain itu, peristiwa yang kedua ialah peristiwa Lili yang menaiki bas ekspres secara
bersendirian dari Kuala Lumpur ke Dungun membuktikan sifat cekal dan berdikari yang mula
dipupuk oleh Lili.
Peristiwa dalam bahagian peleraian cerita, Bersetuju atau tidak
Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin. Peristiwa
peleraian cerita dalam novel ini ialah Lili berasa lega apabila berjaya menghabiskan cuti
sekolahnya selama dua minggu di Kampung Sentosa tanpa sebarang rungutan. Selain itu,
nasib Che Jah dan dua anaknya, iaitu Haziq dan Rafiq telah mendapat perhatian daripada
Jabatan Kebajikan Masyarakat. Seterusnya, suami Che Jah telah dihadapkan ke muka
pengadilan.
Jadi, saya bersetuju dengan peristiwa peleraian cerita novel ini. Saya bersetuju kerana
orang yang bersikap kejam dan tidak berperikemanusiaan, iaitu suami Che Jah dihadapkan ke muka
pengadilan bagi menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dibuat.
Akhir sekali, isu pertikaian pemasangan kubah di bumbung surau yang usang selesai
kerana kubah itu telah dicuri dan dijual oleh suami Che Jah.
Anda kurang bersetuju dengan kesudahan cerita novel – Jelaskan pengakhiran cerita
sekiranya anda menjadi pengarang
Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin.
Saya kurang bersetuju dengan kesudahan novel ini. Hal ini demikian kerana pengarang
menamatkan watak antagonis. Seman dengan cara yang begitu mudah. Sepatutnya, bagi
meninggalkan kesan kepada pembaca, watak Seman perlu dikembangkan sehingga perbuatan
kejamnya terhadap isterinya, Che Jah dan anak-anaknya, Rafiq dan Haziq selama ini betul-betul
diberikan pengajaran yang setimpal.
Selain itu, pengarang telah menjadikan tajuk novel “ Jendela Menghadap Jalan ” seribu
satu persoalan atau tanda tanya dalam kalangan pembaca. Hal ini demikian kerana Lili sebagai
watak utama dan pembaca masih mencari-cari jawapan yang sebenar tentang kerasionalan reka
bentuk jendela yang dibina menghadap jalan secara lebih mendalam. Sepatutnya, pengarang
menjelaskan hubung kait cerita yang dipaparkan dengan sejarah jendela yang dibina menghadap
jalan itu bagi merungkaikan segala persoalan pembaca.
Peristiwa yang menjadi teguran dan kritikan pengarang terhadap
masyarakat
Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin.
Peristiwa pertama yang menjadi teguran dan kritikan pengarang terhadap masyarakat ialah peristiwa
Rafiq yang menahan Lili sebagai orang tahanan. Peristiwa ini mengkritik sifat individu yang
sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk melepaskan diri-sendiri daripada segala masalah.
Selain itu, peristiwa kedua yang menjadi teguran dan kritikan pengarang terhadap
masyarakat ialah peristiwa Rafiq dan Haziq yang terlibat dalam penagihan dadah. Peristiwa ini
mengkritik sifat individu yang sanggup melakukan perbuatan bodoh yang boleh menjejaskan
kesihatan dan mengancam nyawa.
Peristiwa yang menerapkan nilai tolong-menolong
Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin.
Peristiwa yang menerapkan nilai tolong-menolong dalam novel ini ialah peristiwa datuk Lili yang
berusaha untuk mencari ubat-ubatan herba yang sesuai bagi menyembuhkan penyakit Kak
Mimah.
Selain itu, peristiwa kedua yang menerapkan nilai tolong-menolong ialah peristiwa Kak Mimah
dan Nadia yang berusaha dengan sedaya upaya untuk membebaskan Che Jah daripada
belenggu keganasan suaminya
Peristiwa yang menunjukkan nilai tanggungjawab
Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin.
Peristiwa yang menunjukkan nilai tanggungjawab dalam novel ini ialah peristiwa tanggungjawab
seorang nenek terhadap cucunya. Contohnya, nenek Lili iaitu Hajah Aishah tidak membenarkan Lili
ke rumah Che Jah kerana bimbang akan keselamatan diri cucunya itu.
Selain itu, peristiwa kedua yang menunjukkan nilai tangungjawab ialah peristiwa
tanggungjawab sesama sahabat. Contohnya, Danel berjaya menyelamatkan Lili daripada menjadi
orang tahanan Rafiq dan Haziq kerana dia berasa bertanggungjawab terhadap semua kejadian yang
berlaku itu.
Peristiwa yang memaparkan nilai kerjasama
Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin.
Peristiwa yang memaparkan nilai kerjasama dalam novel ini ialah peristiwa Geetha bekerjasama
dengan Lili mendaki puncak bukit bagi menyaksikan kejadian matahari terbenam.
Selain itu, peristiwa kedua yang memaparkan nilai kerjasama ialah peristiwa Lili
memberikan kerjasama dengan akur sahaja akan arahan ibunya yang ingin menghantarnya
balik bercuti di kampung kelahiran ibunya di Dungun, Terengganu.
Akhir sekali, peristiwa ketiga yang memaparkan nilai kerjasama ialah peristiwa Che
Jah telah memberikan kerjasamanya dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat apabila dia
dipanggil untuk menjadi saksi utama berhubung kes keganasan rumah tangga oleh suaminya
itu.
Peristiwa yang memaparkan persoalan perhubungan kekeluargaan
Novel yang telah saya kaji ialah Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin.
Peristiwa yang memaparkan persoalan perhubungan kekeluargaan dalam novel ini ialah
peristiwa hubungan kekeluargaan antara nenek dengan cucunya. Contohnya, nenek sentiasa
mengawasi dan menjaga keselamatan Lili sepanjang Lili menghabiskan cuti sekolahnya di rumahnya.
Selain itu, peristiwa kedua yang memaparkan persoalan perhubungan kekeluargaan
ialah peristiwa hubungan kekeluarga antara bapa saudara dengan anak saudara. Contohnya,
Rashid mencuba menggembirakan hati Lili dengan menunaikan hajat Lili pergi bertandang ke rumah
Che Jah secara sembunyi kerana nenek Lili telah melarang Lili pergi ke sana.