The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by LIZA LAJIN, 2020-06-16 09:47:26

PERIBAHASA

PERIBAHASA

AMRO PKP FASA 3/4 LATIHAN TATABAHASA PERIBAHASA
28 APRIL 2020

BACA PERIBAHASA DAN MAKSUD PERIBAHASA KEMUDIAN
APLIKASIKAN DALAM JAWAPAN SOALAN

1. SENARAI PERIBAHASA YANG TERDAPAT DI DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 4

BIL PERIBAHASA MAKSUD
1 Bulat air kerana pembetung, bulat Kata sepakat yang dicapai dalam
manusia kerana muafakat mesyuarat.
2 Darah daging Anak dan saudara-mara daripada keturunan
sendiri.
3 Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Mengalami susah senang bersama-sama.

4 Meninggi diri Sombong

5 Bermuka dua Tidak jujur.

6 Baik hati Bersikap baik dan penyayang (suka

menolong).

7 Tulang belakang Punca kekuatan / orang harapan

8 Bara yang digenggam biar sampai jadi Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah

arang sabar, sehingga mencapai kejayaan.

9 Bagai kaca terhempas ke batu Sangat sedih atau kecewa.

10 Melentur buluh biarlah dari rebungnya Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil

lagi.

11 Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi Dua orang atau dua pihak yang sama darjat

dalam adat.

12 Seperti lembu dicucuk hidung Orang yang selalu menurut kemahuan

orang.

13 Yang berat sama dipikul, yang ringan Bersama-sama menghadapi atau

sama dijinjing mengerjakan sesuatu.

14 Dayung sudah di tangan, perahu sudah Segala-gala yang dikehendaki sudah

di air diperoleh.

15 Terang hati Lekas pandai.

16 Rendah hati Tidak sombong

17 Murah hati Pemurah

18 Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek Adat yang tidak berubah; sesuatu yang

panas tetap utuh.

19 Tangan kosong Hampa.

20 Mencari jalan Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

2. SENARAI PERIBAHASA YANG TERDAPAT DI DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 5

BIL PERIBAHASA MAKSUD
1 Lintah darat Peniaga yang mengambil keuntungan yang
terlalu tinggi.
2 Bagai aur dengan tebing Hubungan yang rapat antara satu sama lain
dan saling membantu.

3 Anak dagang Orang luar yang datang menetap di sesuatu

tempat

4 Hujan emas di negeri orang, hujan Walau bagaimanapun kelebihan di negara

batu di negeri sendiri, lebih baik di orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

negeri sendiri

5 Kalau takut dilambung ombak, Kalau takut berhadapan dengan penderitaan,
jangan berumah di tepi pantai lebih baik jangan melakukan sesuatu yang

susah

6 Indah khabar daripada rupa Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang

dilebih-lebihkan.

7 Hati gajah sama dilapah, hati kuman Pengagihan yang sama banyak.

sama dicecah

8 Bukit sama didaki, lurah sama Perhubungan yang sangat akrab, senang

dituruni susah bersama.

9 Kacang lupakan kulit Orang yang melupakan asalnya atau orang

yang pernah menolongnya setelah mendapat

kesenangan.

10 Di mana bumi dipijak, di situ langit Menurut adat atau peraturan di tempat yang

dijunjung kita diami atau tinggal.

11 Masuk kandang kambing Menyesuaikan diri dengan tempat dan

mengembek, masuk kandang kerbau keadaan

menguak

12 Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang

pecah semua menyebabkan orang lain yang menerima

akibatnya.

13 Memerah otak Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

14 Kalau tidak dipecahkan ruyung, Tidak akan tercapai maksudnya kalau tidak

manakan dapat sagunya mahu berusaha dan bersusah payah.

15 Berakit-rakit ke hulu, berenang- Bersusah payah terlebih dahulu untuk

renang ke tepian, bersakit-sakit mendapatkan kesenangan pada kemudian

dahulu, bersenang-senang kemudian hari.

16 Yang bulat tidak datang menggolek, Sesuatu benda tidak akan datang tanpa

yang pipih tidak datang melayang usaha

17 Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama

berhasil juga.

18 Bak cendawan tumbuh selepas hujan Terlalu banyak pada sesuatu masa.

19 Yang kita kejar tak dapat, yang kita Bernasib malang kerana mengejar

kendong pula berciciran sesuatu, yang sudah di tangan hilang pula.

20 Biar mati anak, jangan mati adat Orang yang kuat perpegang pada adat.

21 Sediakan payung sebelum hujan Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat

sesuatu bencana

22 Berbesar hati Gembira.

23 Anak buah a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan

kita

24 Tuan rumah Tempat berlangsungnya sesuatu acara

25 Yang lama dikelek, yang baharu Adat yang lama tetap diamalkan di samping

didukung budaya hidup yang baharu.

26 Batu penghalang Halangan yang dihadapi.
27 Untung anak lelaki cari-carikan, Orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

untung anak perempuan nanti- Perantau yang pulang ke tempat asal.
nantikan
28 Bagai ikan pulang ke lubuk

LATIHAN 1 :

Lengkapkan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.

jauh perjalanan, luas pengalaman
kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya
biar putih tulang jangan putih mata

1. Ibu bapa hendaklah mendidik anak sejak kecil bak kata pepatah,

___________________________________________________________________
2. “Bekerjalah di negeri orang dulu, kerana orang tua-tua mengatakan, ____________

___________________,” nasihat ibu kepada abang.
3. Sebagai rakyat Malaysia kita mestilah mempertahankan negara kita daripada dijajah

olehmusuh bak kata pepatah biar _______________________________________

LATIHAN 2 :

Tulis satu peribahasa yang sesuai untuk menerangkan setiap situasi di bawah.
Anda hanya perlu menulis peribahasa yang berkenaan sahaja.

1. Setiap perkara yang hendak kita lakukan itu biarlah sesuai dengan kemampuan diri.
2. Perihal orang yang berada dalam keadaan yang sangat mencemaskan.
3. Usaha menasihati seseorang yang sia-sia sahaja.

1_______________________________________________________________________

2. ______________________________________________________________________

3._______________________________________________________________________

LATIHAN 3 : Baca peribahasa di bawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan
maksudnya.

1. Meninggi diri

2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

3. Seperti lembu dicucuk hidung

1. _____________________________________________________________________
2. _____________________________________________________________________
3. _____________________________________________________________________

LATIHAN 4 :

Tulis satu peribahasa bagi setiap situasi berikut.

1 Jamal menjual barang-barang di kedainya dengan harga yang tinggi demi mengaut
keuntungan yang berlipat ganda.

2 Masyarakat dahulu sering menasihatkan anak-anak mereka supaya merantau ke
negeri orang untuk mencari rezeki dan menuntut ilmu.

3 Kehadiran Encik Rashid sebagai pengetua baru di sekolah itu disenangi kerana sikap
beliau yang dapat menyesuaikan diri dengan budaya sekolah.

1 _____________________________________________________________________
2.

_____________________________________________________________________
3

_____________________________________________________________________

LATIHAN 5 :

Baca dialog di bawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi
mengisi tempat kosong dalam dialog tersebut. Anda hanya perlu menulis peribahasanya
sahaja tanpa perlu menyalin petikan itu semula.

Karim : Tak senang betul aku hendak menjawab soalan peperiksaan tadi.
Lim : Mengapa pula?
Karim : Murid-murid di kelas sebelah tu, bising sangat ________(1)
Lim
____________.
Karim : Betullah, aku pun perasan. Walaupun guru tiada di dalam kelas, mereka
Lim
wajar memanfaatkan masa yang terluang dengan mengulang kaji
pelajaran kerana ________(2)___________.
: Jangankan hendak memanfaatkan masa, nasihat guru pun tidak
didengari oleh mereka umpama __________(3)____________.
: Tak baiklah sikap mereka itu, asyik mementingkan diri sahaja.

Karim : Aku bersetuju dengan pendapat engkau itu.

1 ______________________________________________________________________
2 _____________________________________________________________________
3 ______________________________________________________________________

LATIHAN 6 : Berikan peribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa yang diberi.

1 Seperti hujan jatuh ke pasir
2 Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
3 Menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri

1 ______________________________________________________________________
2

______________________________________________________________________
3

______________________________________________________________________

LATIHAN 7 : Berikan peribahasa lain yang sama maksud dengan peribahasa yang diberi.

1 Bagaimana acuan begitulah kuihnya
2 Bagai aur dengan tebing
3 Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga

1 ______________________________________________________________________

2 ______________________________________________________________________

3 ______________________________________________________________________

LATIHAN 8 :

Dalam setiap ayat di bawah terdapat peribahasa yang tidak lengkap. Salin semula ayat itu
dengan melengkapkan peribahasa tersebut.

1.Sia-sia sahaja pertengkaran itu kerana yang kalah jadi
abu _______________________ __________________________.

2.Tabiat suka menonjol-nonjolkan diri itu tidak ubah seperti hidung tak mancung
_________________________________________________________________
3 Kalau kail panjang sejengkal ______________________________________________
kerana orang yang kurang berilmu tidak akan mampu mencabar kewibawaan orang yang
lebih bijaksana.

JAWAPAN

LATIHAN 1
1.Melentur buluh biarlah dari rebungnya
2.Jauh perjalanan luas pandangan
3.Biar putih tulang jangan putih mata
LATIHAN 2
1.Ukur baju di badan sendiri
2.Bagai telur di hujung tanduk.
3. Bagai mencurah air ke daun keladi
LATIHAN 3
1. Sombong
2.Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh
3.Orang yang selalu menurut kemahuan orang

LATIHAN 4

1. Lintah darat
2. Jauh perjalanan luas pandangan
3. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.

LATIHAN 5
1. Macam kapal karam
2.Masa itu emas
3.mencurah air ke daun keladi

LATIHAN 6
1.Seperti menabur garam ke laut/ umpama mencurah air ke daun keladi
2.Alang-alang mandi biar basah.
3.bagai meludah ke langit

LATIHAN 7
1. Bapak borek anak rintik/ Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
2.Bagai isi dengan kuku
3.Air dicencang tak akan putus.

LATIHAN 8
1. Menang jadi arang
2.Pipi tersorong-sorong
3.Lautan dalam jangan diduga


Click to View FlipBook Version