1
PERLEMBAGAAN ABIM
(Versi Pindaan dan Pengesahan ROY: 20 Disember 2021)
Untuk rujukan dalam
MUKTAMAR SANAWI KE-50
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM)
Pada
19hb Februari 2022 /17 Rejab 1443H
Bertempat di
Seluruh Negara:
Muktamar dilangsungkan secara hybrid
Rujuk Salinan Perlembagaan ABIM yang disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan Belia
https://www.dropbox.com/s/hc9wt8xry7o85vo/PERLEMBAGAAN%20ABIM%20Pindaan
%20Dis%202021%20Diluluskan.pdf?dl=0
2
BAB 1: PERTUBUHAN
1.1 Nama
Nama pertubuhan ini ialah Angkatan Belia Islam Malaysia dan nama ringkasnya
ialah ABIM.
1.2 Alamat
Pejabat yang berdaftar ialah di No. 6 Jalan TC2A/2, Taman Cemerlang, 53100
Gombak, Kuala Lumpur atau di mana-mana alamat yang ditentukan oleh
Jawatankuasa Kerja Pusat dari semasa ke semasa dengan mendapat kebenaran
dari Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
1.3 Lambang
Lambang ABIM berbentuk bulan sabit berwarna hijau dengan perkataan ALLAH
dalam tulisan jawi di tengah-tengahnya dan perkataan ANGKATAN BELIA ISLAM
MALAYSIA dalam tulisan Jawi di bawah bulan sabit itu. (Contoh dikembarkan
bersama.)
1.4 Bahasa Rasmi
Bahasa Rasmi ABIM ialah Bahasa Melayu.
BAB 2: TUJUAN
2.1 Menegak, mengembangkan dan memperjuangkan cita-cita Islamiah sesuai
dengan asasi Al-Quran’anul Karim dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
2.2 Menjalankan dakwah Islamiah dengan cara yang progresif kepada seluruh lapisan
masyarakat dengan syarat mendapat kebenaran daripada Jabatan Agama Islam
Negeri yang berkenaan.
2.3 Menggembeling tenaga belia Islam seluruhnya untuk sama-sama bekerjasama
memberi bantuan dan sokongan untuk meningkatkan taraf kehidupan di dalam
semua lapangan termasuk sosial, ekonomi, pelajaran, kebudayaan, falsafah dan
teknologi.
3
2.4 Bekerjasama dan mempereratkan perhubungan dengan mana-mana badan yang
mempunyai tujuan yang sejajar dengan ABIM tanpa mengira kaum bagi
mewujudkan rasa persahabatan dan keharmonian di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa.
2.5 Mewakili belia-belia Islam di persidangan-persidangan di dalam dan luar negara.
2.6 Menjalankan kegiatan-kegiatan lain yang tidak bercanggah dengan ajaran asasi
Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
BAB 3: KAEDAH PERLAKSANAAN
ABIM akan menjalankan pergerakannya berpandukan kepada apa yang tercatat di
dalam Perlembagaan ini. Pergerakan ini boleh dilaksanakan bagi pihak Jawatankuasa
Kerja Pusat oleh Jawatankuasa Negeri/ Wilayah Persekutuan, Jawatankuasa Daerah,
Jawatankuasa Unit, dan Jawatankuasa-jawatankuasa lainnya.
3.1 Menggalakkan pengertian mengenai Islam dengan menanam dan memupuk
pengertian mengenai Islam dalam semua segi.
3.2 Menjalankan dakwah Islam.
3.3 Menjalankan rancangan-rancangan yang bertujuan meningkatkan taraf umat Islam
di segenap lapangan hidup.
3.4 Mengadakan lawatan muhibbah di dalam dan di luar negera dan pertukaran
belia-belia.
3.5 Menjalankan kerja-kerja kebajikan untuk belia-belia Islam.
3.6 Menerbitkan akhbar, majalah dan risalah-risalah.
3.7 Menerima dan menghantar berita-berita di dalam dan di luar negera yang
berkaitan dengan perkara dan masalah belia-belia Islam.
3.8 Membantu badan-badan dan persatuan-persatuan yang benar-benar
memerlukan bantuan, dan memungut derma khas untuk tujuan tersebut, jika
mustahak.
3.9 Menjadi wakil dengan sepenuhnya untuk membincangkan masalah-masalah belia
Islam dan dengan pihak-pihak yang bertanggungjawab.
3.10 Mewujudkan dan memelihara tali persaudaraan dengan pertubuhan belia-belia
Islam dan dengan pihak-pihak yang bertanggungjawab.
3.11 Menjalankan pergerakan-pergerakan lain yang dianggap mustahak untuk
memperluaskan segala tujuan pertubuhan ini dari semasa ke semasa.
4
3.12 Dalam pergerakannya, ABIM tidak akan melibatkan diri dalam mana-mana
kegiatan parti politik secara langsung.
3.13.1 Menjalankan aktiviti-aktiviti institusi pendidikan yang meliputi TADIKA TASKI,
Sekolah Rendah Islam (SERI), Sekolah Menengah Islam (SEMI), Sekolah Agama
Rakyat (SARA/SAR), Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), Pusat Perkembangan
Minda, Pusat Tuisyen, Madrasah, Pusat Tahfiz, Maahad Pengajian Islam, Kolej,
Kolej Universiti, Universiti dan apa-apa institusi pendidikan yang difikirkan perlu
dan sesuai.
3.13.2 Menjalankan aktiviti-aktiviti kebajikan merangkumi Taman Asuhan Kana-kanak
(TASKA), Pusat Penjagaan Kanak-kanak, Pusat Penjagaan Anak Yatim dan Miskin,
Pusat Penjagaan Orang-orang Tua dan Warga Emas, Pusat Perlindungan Wanita,
Pusat Perlindungan Pelarian dan Orang Tanpa Dokumen, Sekolah untuk Pelarian
dan Orang Tanpa Dokumen dan lain-lain yang dirasakan perlu dan sesuai.
3.13.3 ABIM boleh melantik mana-mana pihak yang menepati kriteria tertentu untuk
menguruskan silibus, kurikulum, pentadbiran dan sebarang urusan berkaitan
pendidikan ABIM.
3.13.4 Menjalankan aktiviti kemanusiaan dalam dan luar negara.
BAB 4: KEANGGOTAAN, HAK DAN KEWAJIPAN
4 Keanggotaan
Keanggotaan ABIM terbuka kepada semua belia Islam Malaysia tidak kira apa bangsa
atau kaum sekalipun, dan permohonan menjadi anggota hendaklah diluluskan oleh
Jawatankuasa Kerja Pusat. Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dengan
menggunakan borang rasmi ABIM (contoh borang dilampirkan di belakang) atau
menggunakan saluran pendaftaran ABIM dalam-talian yang rasmi.
4.1.1 Jenis Keanggotaan
1. Anggota Biasa
2. Anggota Seumur Hidup
4.2 Hak-hak Anggota
Tiap-tiap anggota ABIM berhak:
4.2.1 Diwakili di dalam Muktamar Belia Islam (MBI) mengikut BAB 4 ceraian 4.2.
4.2.2 Menggunakan tarafnya sebagai anggota ABIM.
4.2.3 Boleh menghadiri MBI dan boleh bercakap dengan izin pengerusi.
5
4.2.4 Meminta penjelasan melalui Jawatankuasa Peringkat Daerah berkenaan sesuatu
keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Kerja Pusat.
4.2.5 Untuk menarik diri dari menjadi anggota ABIM setelah menjelaskan semua
tuntutan kewangan , jika ada.
4.3 Kewajipan Anggota
4.3.1 Membayar semua yuran dan bayaran mengikut BAB 6 ceraian 6.1.
4.3.2 Patuh kepada perlembagaan ABIM dan keperibadian Islam.
4.3.3 Menjalankan semua arahan dari Jawatankuasa.
4.3.4 Mengadakan daya usaha untuk mengembang dan menguatkan ABIM.
BAB 5: PENTADBIRAN
Pentadbiran ABIM akan dikelolakan oleh:
5.1 Muktamar Belia Islam (MBI)
5.2 Jawatankuasa Kerja Pusat
5.3 Jawatankerja Tetap ABIM Pusat
5.4 Jawatankuasa Khas
5.5 Jawatankuasa Negeri/ Wilayah Persekutuan
5.6 Jawatankuasa Daerah
5.7 Jawatankuasa Unit
5.8 Sekretariat ABIM Luar Negara
5.9 Majlis Perundingan Kebangsaan ABIM (MPKA)
5.1 Muktamar Belia Islam (MBI)
Muktamar Belia Islam (MBI) adalah badan penguasa yang tertinggi bagi ABIM.
5.1.1 Perwakilan ABIM
5.1.1.1 MBI terdiri dari wakil-wakil yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Negeri/ Wilayah
Persekutuan dan wakil-wakil yang ditetapkan oleh Muktamar Tahunan Daerah-
Daerah dan ahli Jawatankuasa Kerja Pusat.
5.1.1.2 Tiap-tiap Jawatankuasa Negeri/ Wilayah Persekutuan akan menghantar seramai
sepuluh (10) orang wakil.
5.1.1.3 Tiap-tiap Daerah akan diwakili oleh dua (2) orang dan tidak lebih dari lima (5)
orang yang ditetapkan oleh Muktamar Tahunan Daerah.
6
5.1.1.4 Sekiranya seseorang wakil ke MBI dilantik ke Jawatankuasa Kerja Pusat, dia
dengan sendirinya lucut dari menjadi wakil MBI dan tempatnya sebagai wakil
akan digantikan dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh lantikan tersebut.
5.1.2 Tugas MBI
5.1.2.1 Menimbang dan mengesahkan Penyata Kira-kira Tahunan yang disiapkan oleh
Jawatankuasa Kerja Pusat.
5.1.2.2 menimbang dan mengesahkan Laporan Tahunan yang disusun oleh
Jawatankuasa kerja Pusat serta Minit Muktmar Belia Islam sesi lepas.
5.1.2.3 Melantik sekali untuk tempoh dua (2) tahun kecuali MBI memutuskan
sebaliknya, seorang Presiden, Timbalan Presiden, lima (5) Naib Presiden,
Setiausaha Agung dan Setiausaha Kewangan.
5.1.2.4 Mengesahkan untuk tempoh dua (2) tahun perlantikan lain-lain Ahli
Jawatankuasa Kerja Pusat yang dipilih oleh Presiden dengan persetujuan Ahli
Jawatankuasa Kerja Pusat yang dilantik mengikut BAB 5 ceraian 5.1.2.3 kecuali
MBI memutuskan sebaliknya.
5.1.2.5 Melantik dua (2) orang Pemeriksa Kira-kira.
5.1.2.6 Melantik tiga (3) orang Pemegang Amanah tiap-tiap dua (2) tahun.
5.1.3 Kuasa MBI
MBI berkuasa untuk:
5.1.3.1 Mengawas pergerakan Jawatankuasa Kerja Pusat.
5.1.3.2 Meminda Perlembagaan ini mengikut syarat-syarat di dalam BAB 9 ceraian 9.2.
5.1.3.3 Meluluskan anggaran belanjawan bagi semua Jawatankuasa ABIM.
5.1.3.4 Melantik ahli-ahli Jawatankuasa Khas dan pegawai-pegawai apabila difikirkan
mustahak dan memberi pekerjaan dan kuasa kepada mereka. Pekerjaan dan
kuasa itu hendaklah tidak bertentangan dengan perlembagaan ABIM.
5.1.3.5 Mengadakan undang-undang tambahan dan peraturan tetap dan tatatertib
ABIM untuk melicinkan lagi pentadbiran serta bertindak sebagai badan rayuan
yang tertinggi.
5.1.3.6 Menyemak, membetulkan atau meminda dan menerima serta mengesahkan
segala keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Pusat.
7
5.1.3.7 Menerima perletakan jawatan dari Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib
Presiden, Setiausaha Agung dan Setiausaha Kewangan dan memenuhkan
jawatan-jawatan tersebut.
5.1.3.8 Mempertimbang, memantau serta memutuskan dari semasa ke semasa apa-
apa perkembangan berhubung harta ABIM sama ada alih atau tidak alih, syer
atau sebarang kepentingan yang dimiliki oleh ABIM.
5.1.4 Pengerusi
5.1.4.1 Pengerusi Muktamar Tahunan dan Muktamar Khas akan dipilih oleh MBI
daripada anggotanya.
5.1.5 Muktamar MBI
5.1.5.1 Muktamar MBI atau Muktamar Tahunan akan diadakan sebelum berakhir bulan
Disember pada tahun semasa.
5.1.5.2 Muktamar Khas akan diadakan atas arahan Jawatankuasa Kerja Pusat dengan
memberikan tempoh sekurang-kurangnya empat belas (14) hari sebelum atau
atas permintaan secara bertulis kepada Setiausaha Agung dari sekurang-
kurangnya satu pertiga (1/3) daripada jumlah daerah.
5.1.5.3 Notis hendaklah dikeluarkan sekurang-kurangnya empat belas (14) hari
sebelum Muktamar.
5.1.5.4 Korum Muktamar Tahunan/ Khas ialah satu pertiga (1/3) daripada pewakilan
atau lapan puluh (80) orang yang mewakili sekurang-kurangnya satu pertiga
(1/3) Daerah, yang mana kurang.
5.2 Jawatankuasa Kerja Pusat
5.2.1 Jawatankuasa Kerja Pusat adalah bertanggungjawab langsung kepada MBI.
5.2.2 Jawantankuasa Kerja Pusat adalah terdiri daripada:
5.2.2.1 Presiden
5.2.2.2 Timbalan Presiden
5.2.2.3 Empat (4) Naib Presiden.
5.2.2.4 Naib Presiden (Ketua Biro Hal Ehwal Wanita)
5.2.2.5 Setiausaha Agung
5.2.2.6 Setiausaha Kewangan
5.2.2.7 Penolong Setiausaha Agung
5.2.2.8 Ketua Biro Da’wah
5.2.2.9 Ketua Biro Penerangan
5.2.2.10 Ketua Biro Pendidikan
5.2.2.11 Ketua Biro Pembangunan Sosial
8
5.2.2.12 Ketua Biro Penyelidikan
5.2.2.13 Ketua Biro Ikhtisas
5.2.2.14 Ketua Biro Penataran
5.2.2.15 Empat (4) Ketua Biro Tugas-Tugas Khas
5.2.3 Pihak Jawatankuasa Kerja Pusat berhak meniadakan mana-mana jawatan Ketua
Biro yang disenaraikan di atas dan menggantikannya dengan Ketua Biro Baru
mengikut budi-bicara Jawatankuasa Kerja Pusat.
5.2.2.1 Presiden
5.2.2.1.1 Presiden akan:
1. Mencalonkan nama-nama Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat untuk disahkan oleh MBI
di Muktamar Tahunan mengikut BAB 5 ceraian 5.1.2.4.
2. Menyimpan Ucapan Dasar bagi Pihak Jawatankuasa Kerja Pusat untuk disahkan
oleh MBI di Muktamar Tahunan.
3. Menjadi Pengerusi semua mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat.
4. Menandatangani cek bersama-sama dengan Setiausaha Agung atau Setiausaha
Kewangan (dua daripada tiga penandatangan) bagi akaun yang dibuka dengan
bank atas nama Jawatankuasa Kerja Pusat ABIM.
5.2.2.1.2 Presiden akan diberi kuasa:
1. Memanggil mesyuarat MBI dan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat.
2. Memberi arahan kepada mana-mana Jawatankuasa Tetap mengadakan
mesyuarat apabila difikirkannya mustahak. Dia berhak menghadiri mesyuarat-
mesyuarat tersebut dan berhak pula bercakap tetapi tidak berhak mengundi
kecuali jika ada tercatat di lain tempat dalam perlembagaan ini.
3. Mengeluarkan kenyataan kepada umum bagi pihak ABIM.
5.2.2.2 Timbalan Presiden
Timbalan Presiden akan:
1. Membantu Presiden dalam menjalankan tugas-tugasnya.
2. Menggantikan Presiden jika sekiranya jawatan Presiden itu kosong dan
mengambil segala tugas dan kuasanya mengikut BAB 5 ceraian 5.2.2.1.1 dan
5.2.2.1.2.
3. Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Tamrin Al-Kader.
5.2.2.3 Empat (4) Naib Presiden.
Naib-naib Presiden akan:
1. Menggantikan Presiden dan/atau Timbalan Presiden apabila Presiden dan/atau
Timbalan Presiden tidak dapat menjalankan tugas.
9
2. Menasihati Jawatankuasa Kerja Pusat dalam menganalisa perkembangan dan
pembangunan para siswazah di negara ini.
3. Menjalankan tugasan mengikut ketetapan portfolio dan penugasan sepertimana
ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja Pusat semasa.
5.2.2.4 Naib Presiden (Ketua Biro Hal Ehwal Wanita)
Naib Presiden (Ketua Biro Hal Ehwal Wanita) akan:
1. Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Biro HELWA.
2. Mengadakan usaha bagi faedah wanita Islam.
3. Berusaha ke arah merapatkan hubungan di antara wanita Islam, supaya dapat
bergerak cergas untuk mencapai tujuan ABIM.
4. Mengadakan khidmat-khidmat yang sesuai bagi wanita Islam kepada masyarakat.
5.2.2.5 Setiausaha Agung
5.2.2.5.1 Setiausaha Agung akan:
1. Mengetuai pentadbiran MBI seperti mana yang diputuskan oleh Jawatankuasa
Kerja Pusat.
2. Menyediakan minit semua mesyuarat MBI dan mengedarnya kepada tiap-tiap
anggota ABIM dan semua Jawatankuasa dalam tempoh empat (4) minggu
setelah diadakan Muktamar Tahunan dan dua (2) minggu selepas Muktamar
Khas.
3. Mencatat dan menyiapkan minit semua mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat
dan mengedarkannya.
4. Menjalankan urusan surat-menyurat ABIM.
5. Menyediakan dan mengemukakan Penyata Tahunan ABIM bagi pihak
Jawatankuasa Kerja Pusat dan mengedarnya kepada semua ahli-ahli MBI dan
Jawatankuasa sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum hari pertama
Muktamar Tahunan.
6. Menghantar notis sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari sebelum
Muktamar Tahunan dan empat belas hari (14) hari sebelum Muktamar Khas.
7. Menghantar notis kepada ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Pusat tiap-tiap
mesyuarat jawatankuasa tersebut.
8. Menjadi ahli dengan sendirinya bagi segala Jawatankuasa Khas melainkan jika
ditetapkan sebaliknya oleh MBI atau Jawatankuasa Kerja Pusat.
9. Bertanggungjawab atas pengedaran semua kerta-kertas kerja dan perkara yang
berkaitan untuk perbincangan oleh MBI selewat-lewatnya dua (2) minggu
sebelum hari pertama Muktamar Tahunan.
10. Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pengurus Persidangan.
11. Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran.
12. Menyelia rancangan untuk mendapatkan anggota-anggota baru.
13. Menjalankan usaha-usaha untuk meningkatkan penyertaan anggota baru di
dalam aktiviti-aktiviti ABIM.
5.2.2.5.2 Setiausaha Agung akan diberi kuasa oleh Jawatankuasa Kerja Pusat:
10
1. Mengeluarkan kenyataan umum bagi pihak ABIM.
2. Menandatangani cek bersama-sama dengan Presiden atau Setiausaha
Kewangan (dua daripada tiga penandatangan) bagi akaun yang dibuka dalam
bank atas nama Jawatankuasa Kerja Pusat ABIM.
3. Mengadakan dan menyimpan buku-buku daftar anggota dan rekod-rekod lain.
5.2.2.6 Setiausaha Kewangan
Setiausaha Kewangan akan:
1. Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kewangan.
2. Bertangungjawab di atas semua kira-kira kewangan ABIM.
3. Menyiap dan membentangkan satu penyata wang masuk dan wang keluar dan
neraca kewangan tidak kurang dari tiga puluh (30) hari sebelum Muktamar
Tahunan.
4. Menandatangani cek bersama-sama dengan Presiden atau Setiausaha Agung
(dua daripada tiga penandatangan) bagi akaun yang dibuka dalam bank atas
nama Jawatankuasa Kerja Pusat ABIM.
5. Menerima semua bayaran untuk ABIM dan menyimpan bayaran-bayaran
tersebut ke dalam akaun atas nama Jawatankuasa Kerja Pusat ABIM.
6. Membentangkan kepada Jawatankuasa Kerja Pusat, anggaran pendapatan dan
perbelanjaan bagi tahun itu yang disiapkan oleh Jawatankuasa Kewangan.
7. Menyimpan wang tunai di dalam tangan tidak melebihi RM 10,000.00/=
8. Merancang dan menjalankan usaha-usaha untuk mengutip wang bagi tabung
ABIM secara halal.
9. Menjalankan projek-projek ekonomi yang tidak bertentangan dengan prinsip-
prinsip yang boleh meninggikan taraf Islam dari segi ekonominya.
10. Membuat penerangan tentang prinsip-prinsip ekonomi dan kewangan yang
sesuai dengan kehendak-kehendak Islam.
11. Menasihati Jawatankuasa Kerja Pusat dalam urusan penyelenggaraan
bangunan serta segala kemudahannya.
12. Membuat pungutan derma dan sumbangan untuk projek-projek
pembangunan.
13. Melaksanakan tugas-tugas lain yang ditentukan oleh Jawatankuasa Kerja Pusat
dari semasa ke semasa.
5.2.2.7 Penolong Setiausaha Agung
Penolong Setiausaha Agung akan:
1. Membantu dan bertindak sebagaimana Setiausaha Agung semasa ketiadaannya.
2. Menyimpan segala catatan dan rekod-rekod ABIM.
3. Menolong Setiausaha Agung mencatat dan menyiapkan minit-minit mesyuarat
Jawatankuasa Kerja Pusat.
4. Mengambil alih segala tanggungjawab dan tugas Setiausaha Agung sekiranya
jawatan itu kosong dan sebelum jawatan itu dipenuhkan.
5. Menolong Setiausaha Agung dalam menjalankan tugas-tugasnya.
11
6. Menyelia rancangan untuk mendapatkan anggota-anggota baru.
7. Menjalankan usaha-usaha untuk meningkatkan penyertaan anggota baru di dalam
aktiviti-aktiviti ABIM.
5.2.2.8 Ketua Biro Da’wah
Ketua Biro Da’wah akan:
1. Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Biro Da’wah.
2. Mengadakan penerangan-penerangan mengenai Islam dari semasa ke semasa
kepada anggota-anggota ABIM dan masyarakat umum.
3. Mengadakan kursus-kursus Da’wah.
4. Mengadakan kelas-kelas bimbingan Islam di kalangan anggota ABIM dan
masyarakat.
5. Menjalankan usaha mengeluarkan buku-buku dan majalah-majalah mengenai
Islam.
6. Memberi pertolongan kepada usaha penerbitan.
7. Menganjur perjumpaan, seminar, simposium, dialog, kongres untuk kegiatan
dakwah Islam.
8. Menjadi Setiausaha kepada Jawatankuasa Tamrin al-Kader.
5.2.2.9 Ketua Biro Penerangan
Ketua Biro Penerangan akan:
1. Memberi penerangan dari semasa ke semasa mengenai ABIM kepada belia-
belia Islam khasnya dan masyarakat amnya di Malaysia menerusi jalan-jalan yang
tertentu mengikut keputusan Jawatankuasa Kerja Pusat.
2. Menyebarkan kegiatan dan usaha ABIM sebagaimana dan bila mana diarahkan
oleh MBI atau Jawatankuasa Kerja Pusat.
3. Menyebarkan penerangan-penerangan yang dikeluarkan oleh MBI,
Jawatankuasa Kerja Pusat, Jawatankuasa Tetap, Jawatankuasa Khas kepada
jawatankuasa-jawatankuasa yang lain dan anggota-anggota ABIM.
4. Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Biro Penerangan.
5. Bertanggungjawab di atas semua penerbitan dan pengedaran penerbitan ABIM.
6. Menjalankan usaha-usaha untuk mencari makalah dan tulisan yang selaras
dengan perjuangan ABIM supaya dapat diterbitkan bagi mengukuhkan
perjuangan ABIM. Bertanggungjawab merancang dan melaksana segala urusan
penerbitan ABIM.
7. Bertanggungjawab untuk menghubungi penerbit-penerbit/pencetak-pencetak
untuk mencetak dan menerbitkan bahan terbitan ABIM.
8. Bertanggungjawab menyusun sistem pengedaran bahan-bahan terbitan ABIM
supaya sampai ke serata tempat.
9. Bertanggungjawab tentang pengutipan wang dari jualan bahan-bahan terbitan
ABIM.
10. Menyelenggarakan hubungan di antara Jawatankuasa Kerja Pusat dengan
Jawatankuasa Negeri/Wilayah Persekutuan, Jawatankuasa Daerah, Jawatankuasa
Unit, Jawatankuasa Tetap dan Jawatankuasa Khas.
12
11. Menolong menjayakan rancangan-rancangan yang diadakan oleh Jawatankuasa-
jawatankuasa lain dalam ABIM.
12. Menjadi jurucakap dan pegawai perhubungan bagi pihak Jawatankuasa Negeri/
Wilayah Persekutuan, Jawatankuasa Daerah dan Jawatankuasa Unit di dalam
Jawatankuasa Pusat.
13. Merapatkan hubungan antara anggota ABIM.
14. Menyelaraskan kegiatan usrah di semua peringkat di bawah arahan
Jawatankuasa Kerja Pusat.
5.2.2.10 Ketua Biro Pendidikan
Ketua Biro Pendidikan akan :
1. Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Biro Pendidikan.
2. Menjalankan penyelidikan mengenai pelajaran bagi menambahkan pengetahuan
anggota dalam semua cabang ilmu.
3. Mengkaji segala kesulitan yang dihadapi oleh belia-belia Islam dalam negeri ini
mengenai pelajaran, pendidikan, kebajikan, dan sebagainya serta membuat usul-
usul kepada Jawatankuasa Kerja Pusat untuk menyelesaikan masalah berkenaan.
4. Mengadakan ceramah-ceramah, kelas-kelas bimbingan, kuiz-kuiz agama dan lain-
lain usaha untuk belia-belia Islam.
5. Berusaha dengan apa cara yang sesuai untuk membaiki pengetahuan dan taraf
pelajaran belia-belia Islam.
5.2.2.11 Ketua Biro Pembangungan Sosial
Ketua Biro Pembangunan Sosial akan:
1. Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Biro Pembangunan Sosial.
2. Mengadakan projek untuk berkhidmat kepada masyarakat amnya dan belia-belia
Islam khasnya.
3. Berusaha ke arah membantu belia-belia Islam yang perlukan bantuan.
4. Berusaha mengadakan rancangan-rancangan lain yang sesuai untuk kebajikan.
5.2.2.12 Ketua Biro Penyelidikan
Ketua Biro Penyelidikan akan:
1. Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Biro Penyelidikan.
2. Menjalankan penyelidikan mengenai hal-hal yang berhubung dengan kebajikan
anggota dan umat Islam khasnya dan masyarakat serta negara amnya, menulis
laporan mengenainya dan mengemukakan kepada Jawatankuasa Kerja Pusat.
3. Mengkaji perkembangan-perkembangan semasa dan kesannya ke atas
pergerakan ABIM dan menasihati Jawatankuasa Kerja Pusat sewajarnya mengenai
hal-hal tersebut.
4. Menubuh dan mengendalikan satu pusat dokumentasi bagi menyimpan segala
dokumen yang berkaitan.
13
5. Bertanggungjawab menubuh dan menyelenggarakan perpustakaan untuk
anggota ABIM.
5.2.2.13 Ketua Biro Ikhtisas
Ketua Biro Ikhtisas akan:
1. Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Biro Ikhtisas.
2. Menggalakkan penghayatan prinsip-prinsip Islam di dalam bidang Ikhtisas.
3. Mengumpul dan menyatupadukan golongan ikhtisas Islam.
4. Menggalakkan dan menyelaraskan penubuhan dan perjalanan ikhtisas Islam.
5.2.2.14 Ketua Biro Penataran
Ketua Biro Penataran akan:
1. Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Biro Penataran.
2. Menjalankan usaha-usaha da’wah terhadap masyarakat bukan Islam.
3. Menyediakan kemudahan dan bantuan bagi pemeluk-pemeluk Islam yang baru.
4. Memberi bimbingan dan kefahaman Islam yang sebaik-baiknya kepada pemeluk-
pemeluk Islam yang baru.
5.2.2.15 Ketua Biro Tugas-Tugas Khas
Ketua Biro Tugas-tugas Khas akan:
1. Menjadi Pengerusi Jawatankuasa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja Pusat.
2. Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan Jawatankuasa yang ditetapkan.
3. Menasihati Jawatankuasa Kerja Pusat dalam bidang yang berkaitan.
4. Melaksanakan tugas-tugas lain yang ditentukan oleh Jawatankuasa Kerja Pusat
dari semasa ke semasa.
5.2.3 Peraturan Mengenai Jawatankuasa Kerja Pusat
5.2.3.1 Seorang ahli Jawatankuasa Kerja Pusat tidak boleh memegang lebih dari satu
Jawatankuasa Kerja tersebut.
5.2.3.2 Semua ahli Jawatankuasa Kerja Pusat akan dipilih dari anggota MBI dan bekas
ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Pusat yang dibubarkan pada tahun itu.
5.2.3.3 Presiden akan menamakan nama-nama ahli yang lain bagi Jawatankuasa Kerja
Pusat kepada sidang penuh MBI untuk disahkan.
5.2.3.4 Selepas nama-nama ahli Jawatankuasa Kerja Pusat dikemukakan dan disahkan
oleh sidang penuh, Presiden akan membuat satu ucapan dasar bagi pihak
Jawatankuasa Kerja Pusat yang baru.
14
5.2.3.5 Sekiranya MBI tidak menaruh kepercayaan kepada Presiden atas dasarnya atau
ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Pusat, maka Muktamar khas boleh dipanggil
mengikut BAB 5 ceraian 5.1.5.2 untuk melantik ahli-ahli Jawatankuasa Kerja
Pusat yang baru.
5.2.3.6 Mesyuarat:
1. Jawatankuasa Kerja Pusat akan mengadakan sekurang-kurangnya enam (6)
mesyuarat dalam setahun. Agenda bagi mesyuarat yang pertama akan
diadakan dalam tempoh dua (2) minggu selepas hari penghabisan Muktamar
Tahunan, termasuk perlantikan semua Jawatankuasa Tetap.
2. Semua mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat akan dipanggil oleh Setiausaha
Agung.
3. Korum untuk satu-satu mesyuarat ialah sebelas (11) ahli Jawatankuasa Kerja
Pusat.
4. Seseorang ahli Jawatankuasa Kerja Pusat yang tidak hadir dalam tiga (3)
mesyuarat berturut-turut dengan tidak memberi sebab secara bertulis kepada
Setiausaha Agung dengan sendirinya akan digugur dari menjadi ahli
Jawatankuasa tersebut. Jika sekiranya di mesyuarat yang ketiga penerangan
bertulis diberikan, tindakan akan diambil mengikit keputusan majoriti
Jawatankuasa Kerja Pusat. Apa-apa rayuan hanya boleh dibuat kepada
Presiden
5. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat yang pertama akan memutuskan jawatan
(partfolio) yang akan dipegang oleh ahli Jawatankuasa Kerja Pusat yang dilantik
mengikut BAB 5 ceraian 5.2.
5.2.3.7 Pemegang-pemegang jawatan pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang
menjalankan tugas-tugas pemerintahan dalam pertubuhan ini hendaklah
Warganegara Malaysia.
5.3 Jawatankuasa Tetap Pusat
ABIM akan mempunyai Jawatankuasa Tetap seperti di bawah ini:
5.3.1 Jawatankuasa Biro Pendidikan
5.3.2 Jawatankuasa Hal Ehwal Luar
5.3.3 Jawatankuasa Kaderisasi
5.3.4 Jawatankuasa Pengurus Persidangan
5.3.5 Jawatankuasa Kewangan
5.3.6 Jawatankuasa Biro Pembangunan Sosial
5.3.7 Jawatankuasa Biro Hal Ehwal Wanita (HELWA)
5.3.8 Jawatankuasa Biro Penerangan
5.3.9 Jawatankuasa Biro Penyelidikan
5.3.10 Jawatankuasa Pentadbiran
5.3.11 Jawatankuasa Biro Penataran
5.3.12 Jawatankuasa Biro Ikhtisas
5.3.13 Jawatankuasa Biro Tugas-tugas Khas
15
Pihak Jawatankuasa Kerja Pusat berhak menambah atau mengurangkan jumlah
Jawatankuasa Kerja Tetap dan juga meniadakan mana-mana Jawatankuasa yang
disenaraikan di atas dan menggantikannya dengan jawatankuasa yang baru mengikut
budi-bicara Jawatankuasa Kerja Pusat.
5.3.1 Jawatankuasa Biro Pendidikan
5.3.1.1 Ahli-ahli:
1. Ketua Biro Pendidikan dengan sendirinya akan menjadi Pengerusi
Jawatankuasa ini
2. Seorang setiausaha yang dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Pusat dengan
persetujuan Pengerusi Jawatankuasa berkenaan.
3. Lima (5) orang ahli Jawatankuasa yang dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Pusat
dengan persetujuan Pengerusi Jawatankuasa berkenaan.
5.3.1.2 Tugas:
1. Mengkaji segala kesulitan yang dihadapi oleh belia-belia Islam dalam negeri ini
mengenai pelajaran, pendidikan, kebajikan dan sebagainya serta membuat
usul-usul kepada Jawatankuasa Kerja Pusat untuk menyelesaikan masalah
berkenaan.
2. Menjalankan usaha-usaha yang difikir patut untuk meninggikan taraf pelajaran
dan pengetahuan belia-belia Islam seluruhnya.
3. Menyebarkan penerangan tentang tugas-tugasnya kepada anggota ABIM
menerusi Ketua Biro Penerangan.
4. Mengusahakan kegiatan-kegiatan yang boleh menolong belia-belia mencapai
ketinggian pelajaran yang sesuai dengan tujuan ABIM.
5.3.2 Jawatankuasa Hal Ehwal Luar
5.3.2.1 Ahli-ahli:
1. Salah seorang Naib Presiden akan menjadi Pengerusi Jawatankuasa ini.
2. Seorang setiausaha yang dilantik oleh Pengerusi dengan persetujuan
Jawatankuasa Kerja Pusat.
3. Lima (5) orang ahli Jawatankuasa yang dilantik oleh Pengerusi dengan
persetujuan Jawatankuasa Kerja Pusat.
5.3.2.2 Tugas:
1. Membuat perhubungan dan mengeratkan tali persahabatan serta bertukar
penerangan dengan persatuan-persatuan belia di dalam dan di luar negara.
2. Menyambut pelawat-pelawat rasmi dan belia-belia dari luar negara .
3. Menyebarkan penerangan tentang tugas-tugasnya kepada anggota-anggota
ABIM menerusi Ketua Biro Penerangan.
4. Menguruskan lawatan muhibbah belia-belia Islam dalam dan luar negera.
16
5.3.3 Jawatankuasa Kaderisasi
5.3.3.1 Ahli-ahli:
1. Salah seorang Naib Presiden akan menjadi Pengerusi Jawatankuasa ini.
2. Seorang setiausaha yang dilantik oleh Pengerusi dengan persetujuan
Jawatankuasa Kerja Pusat.
3. Lima (5) orang ahli Jawatankuasa yang dilantik oleh Pengerusi dengan
persetujuan Jawatankuasa Kerja Pusat.
5.3.3.2 Tugas:
1. Menangani permasalahan kaderisasi secara khusus untuk mengatasi
kekurangan tenaga dari kalangan generasi yang bakal menjadi barisan pelapis
dalam kepimpinan masa depan.
2. Mengkaji, menyelidik, merancang serta melaksanakan modul latihan yang
memenuhi citarasa dan pemikiran pelajar
3. Mewujudkan garis panduan yang tersusun terhadap program-program
kaderisasi yang perlu dilaksanakan.
4. Melahirkan bakal pemimpin yang istiqamah, dinamik, komprehensif secara
serius dan sistematik.
5.3.4 Jawatankuasa Pengurus Persidangan
5.3.4.1 Ahli-ahli:
1. Setiausaha Agung dengan sendirinya akan menjadi Pengerusi Jawatankuasa
ini.
2. Ketua Perhubungan dengan sendirinya menjadi Setiusaha Jawatankuasa ini.
3. Tiga (3) orang ahli Jawatankuasa yang dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Pusat
dengan persetujuan Pengerusi Jawatankuasa ini.
5.3.4.2 Tugas:
1. Membuat segala persediaan Muktamar Tahunan.
5.3.5 Jawatankuasa Kewangan
5.3.5.1 Ahli-ahli:
1. Setiausaha Kewangan dengan sendirinya menjadi Pengerusi Jawatankuasa ini.
2. Seorang setiausaha yang dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Pusat dengan
persetujuan Pengerusi Jawatankuasa berkenaan.
3. Tiga (3) orang ahli Jawatankuasa yang dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Pusat
dengan persetujuan Pengerusi yang berkenaan.
5.3.5.2 Tugas:
17
1. Menyediakan Anggaran Belanjawan Tahunan untuk dikemukakan oleh
Setiausaha Kewangan kepada Jawatankuasa Kerja Pusat.
2. Menyediakan Penyata Tahunan Kewangan Tahunan dan Neraca Kira-kira yang
disediakan oleh Setiausaha Kewangan untuk diluluskan oleh Muktamar
Tahunan.
3. Mencari punca-punca kewangan.
5.3.6 Jawatankuasa Biro Pembangunan Sosial
5.3.6.1 Ahli-ahli:
1. Ketua Biro Pembangunan Sosial dengan sendirinya menjadi Pengerusi
Jawatankuasa ini.
2. Seorang Setiausaha yang dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Pusat dengan
persetujuan Pengerusi yang berkenaan.
3. Empat (4) orang ahli Jawatankuasa yang dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Pusat
dengan persetujuan Pengerusi yang berkenaan.
5.3.6.2 Tugas:
1. Menjaga Kebajikan anggota-anggota ABIM.
2. Berusaha berkhidmat untuk kebaikan belia Islam khasnya dan masyarakat
amnya.
3. Mengambil perhatian mengenai kedudukan keluarga anggota-anggota ABIM
4. Berusaha untuk membantu fakir miskin.
5.3.7 Jawatankuasa Biro hal Ehwal Wanita (HELWA)
5.3.7.1 Ahli-ahli:
1. Ketua Biro Hal Ehwal Wanita dengan sendirinya menjadi Pengerusi
Jawatankuasa ini.
2. Seorang Setiausaha yang dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Pusat dengan
persetujuan Pengerusi Jawatankuasa yang berkenaan.
3. Lima (5) orang ahli Jawatankuasa yang dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Pusat
dengan persetujuan Pengerusi yang berkenaan
5.3.7.2 Tugas:
1. Mengadakan usaha bagi faedah wanita Islam.
2. Mengadakan perjumpaan-perjumpaan, ceramah-ceramah, kegiatan-kegiatan
yang lain bagi merapatkan hubungan di antara wanita Islam.
3. Merancang kegiatan yang dapat dilaksanakan oleh wanita Islam bagi faedah
masyarakat.
4. Menggalakkan kaum wanita supaya mengambil peranan yang cerdas bagi
meninggikan taraf hidup masyarakat dalam semua bidang.
5. Berusaha membimbing wanita Islam untuk mendapatkan pendidikan yang
sesuai.
18
6. Mengadakan kegiatan-kegiatan yang sesuai untuk menarik minat terhadap
Islam di kalangan wanita bukan Islam.
5.3.8 Jawatankuasa Biro Penerangan
5.3.8.1 Ahli-ahli:
1. Ketua Biro Penerangan dengan sendirinya menjadi Pengerusi Jawatankuasa
ini.
2. Seorang Setiausaha yang dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Pusat dengan
persetujuan Pengerusi Jawatankuasa yang berkenaan.
3. Lima (5) orang ahli Jawatankuasa yang dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Pusat
dengan persetujuan Pengerusi yang berkenaan
5.3.8.2 Tugas :
1. Memperkenalkan ABIM kepada belia-belia Islam Malaysia khasnya dan
masyarakat amnya.
2. Menyalurkan kepada anggota ABIM akan kegiatan dan usaha ABIM dari semasa
ke semasa.
3. Menyalurkan penerangan-penerangan yang dikeluarkan oleh ABIM,
Jawatankuasa Kerja Pusat dan Jawatankuasa Tetap kepada anggota-anggota.
4. Membuat usaha-usaha dan kegiatan-kegiatan secara penerangan yang akan
memberi faedah kepada belia-belia Islam khasnya dan masyarakat amnya.
5. Berusaha menerbitkan akhbar, majalah bulanan dan risalah-risalah yang sesuai.
5.3.9 Jawatankuasa Biro Penyelidikan
5.3.9.1 Ahli-ahli :
1. Ketua Biro Penyelidikan dengan sendirinya menjadi Pengerusi Jawatankuasa
ini.
2. Seorang Setiausaha dan Lima (5) orang ahli Jawatankuasa yang dilantik oleh
Pengerusi dengan persetujuan Jawatankuasa Kerja Pusat.
5.3.9.2 Tugas:
1. Menjalankan penyelidikan mengenai hal-hal yang berhubung dengan
kebajikan ahli-ahli dan umat Islam khasnya, masyarakat dan Negara amnya.
2. Mengkaji perkembangan-perkembangan semasa dan kesannya ke atas
pergerakan ABIM
3. Menubuh dan mengendalikan satu pusat dokumentasi bagi disimpan segala
dokumen yang berkaitan.
4. Menubuh dan menyelenggarakan perpustakaan untuk ahli-ahli.
5.3.10 Jawatankuasa Pentadbiran
5.3.10.1 Ahli-ahli:
19
1. Setiausaha Agung akan menjadi Pengerusi Jawatankuasa ini.
2. Penolong Setiausaha Agung akan menjadi Setiausaha Jawatankuasa ini.
3. Sepuluh (10) orang ahli Jawatankuasa yang dilantik oleh Pengerusi dengan
persetujuan Jawatankuasa Kerja Pusat.
5.3.10.2 Tugas:
1. Membantu Setiausaha Agung dalam hal-hal perancangan pengurusan
pentadbiran ABIM.
2. Mengendali kursus-kursus pengurusan bagi ahli-ahli Jawatankuasa Biro-biro
dan kakitangan Sekretariat ABIM semua peringkat.
3. Membantu Setiausaha Agung dalam menjalankan sebarang tugas
keorganisasian yang ditentukan dari semasa ke semasa.
5.3.11 Jawatankuasa Biro Penataran
5.3.11.1 Ahli-ahli :
1. Ketua Biro Penataran dengan sendirinya menjadi Pengerusi Jawatankuasa ini.
2. Seorang Setiausaha dan Lima (5) orang ahli Jawatankuasa yang dilantik oleh
Pengerusi dengan persetujuan Jawatankuasa Kerja Pusat.
5.3.11.2 Tugas :
1. Menjalankan usaha-usaha dakwah terhadap masyarakat bukan Islam.
2. Menyediakan kemudahan dan bantuan bagi pemeluk-pemeluk Islam yang
baru.
3. Memberi bimbingan dan kefahaman Islam yang sebaik-baiknya kepada
pemeluk-pemeluk Islam yang baru.
4. Melaksanakan tugas-tugas lain yang ditentukan oleh Jawatankuasa Kerja Pusat
dari semasa ke semasa.
5.3.12 Jawatankuasa Biro Ikhtisas
5.3.12.1 Ahli-ahli :
1. Ketua Biro Ikhtisas dengan sendirinya menjadi Pengerusi Jawatankuasa ini.
2. Seorang Setiausaha dan Lima (5) orang ahli Jawatankuasa yang dilantik oleh
Pengerusi Jawatankuasa ini dengan persetujuan Jawatankuasa Kerja Pusat.
5.3.12.2 Tugas :
1. Berusaha ke arah menggalakkan penghayatan prinsip-prinsip Islam di dalam
bidang Ikhtisas.
2. Mengumpul dan menyatupadukan golongan Ikhtisas Islam untuk kepentingan
masyarakat Islam.
20
3. Menggalak dan menyelaraskan penubuhan dan perjalanan badan-badan
ikhtisas Islam.
5.3.13 Jawatankuasa Biro Tugas-tugas Khas
5.3.13.1 Ahli :
1. Setiap Ketua Biro Tugas-tugas Khas dengan sendirinya menjadi Pengerusi
Jawatankuasa ini.
2. Seorang Setiausaha dan Empat (4) orang ahli Jawatankuasa yang dilantik oleh
Pengerusi Jawatankuasa ini dengan persetujuan Jawatankuasa Kerja Pusat.
5.3.13.2 Tugas :
1. Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa
Kerja Pusat setelah dipersetujui oleh MBI.
2. Melaksanakan tugas-tugas lain yang ditentukan oleh Jawatankuasa Kerja Pusat
dari semasa ke semasa.
3. Membantu Setiausaha Agung dalam menjalankan sebarang tugas keagensian
yang ditentukan.
5.4 Jawatankuasa Khas
Jawatankuasa Kerja Pusat boleh menubuhkan Jawatankuasa Khas yang difikirkan perlu
untuk membantu perjalanan ABIM keseluruhannya.
5.5 Jawatankuasa Negeri/ Wilayah Persekutuan
5.5.1 Ahli-ahli:
Ahli-ahli Jawatankuasa Negeri/Wilayah Persekutuan terdiri daripada:
1. Yang Dipertua
2. Timbalan Yang Dipertua
3. Naib Yang Dipertua
4. Naib Yang Dipertua (Ketua Biro Hal Ehwal Wanita)
5. Setiausaha
6. Setiausaha Kewangan
7. Penolong Setiausaha
8. Ketua Biro Perhubungan
9. Ketua Biro Penerangan
10. Ketua Biro Pembangunan Sosial
11. Ketua Biro Da’wah
12. Ketua Biro Pendidikan
13. Ketua Biro Ekonomi
14. Ketua Biro Penyelidikan
15. Ketua Biro Siswazah
16. Tiga (3) Ketua Biro Tugas-Tugas Khas
21
Tujuh (7) orang ahli Jawatankuasa Negeri/ Wilayah Persekutuan terdiri daripada Yang
DiPertua, Timbalan Yang DiPertua, Naib Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua (HELWA),
Setiausaha, Setiausaha Kewangan, Penolong Setiausaha akan dilantik sekali setiap satu
(1) tahun oleh Jawatankuasa Kerja Pusat berdasarkan cadangan Jawatankuasa Peringkat
Daerah dan penilaian Jawatankuasa Pusat. Ahli Jawatankuasa lainnya akan dipilih oleh
Muktamar Tahunan Negeri/Wilayah Persekutuan sekali setiap satu (1) tahun.
a) Pihak Jawatankuasa Negeri/Wilayah Persekutuan berhak mengurangkan jumlah
ahli-ahli Jawatankuasa Negeri/Wilayah Persekutuan dan juga meniadakan
mana-mana jawatan Ketua Biro yang disenaraikan di atas dan menggantikannya
dengan Ketua Biro baru mengikut budi-bicara Jawatankuasa Negeri/Wilayah
Persekutuan dengan persetujuan bertulis Jawatankuasa Kerja Pusat.
b) Tugas-tugas ahli Jawatankuasa ABIM Negeri/Wilayah Persekutuan adalah
diselaraskan seperti mana tugas-tugas ahli Jawatankuasa Kerja Pusat yang
berkaitan iaitu dengan menerima pakai sewajarnya mengikut keperluan ABIM
Negeri/Wilayah Persekutuan.
5.5.2 Tugas
5.5.2.1 Mengendalikan segala urusan di antara Jawatankuasa Kerja Pusat dengan
Jawatankuasa Peringkat Daerah.
5.5.2.2 Melicin dan menyelaraskan kerja-kerja yang dijalankan oleh Jawatankuasa
Peringkat Daerah.
5.5.2.3 Menjalankan kegiatan-kegiatan ABIM di peringkat Negeri/Wilayah
Persekutuan.
5.5.2.4 Menerima arahan daripada Jawatankuasa Kerja Pusat dari semasa ke
semasa.
5.5.2.5 Mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa.
5.5.2.6 Memilih wakil-wakil untuk menyertai Muktamar Tahunan atau Muktamar
Khas atau perjumpaan-perjumpaan lain di Peringkat Pusat atau di negeri-
negeri lain.
5.5.2.7 Pengerusi dan Setiausaha atau Setiausaha Kewangan akan
menandatangani semua cek bagi akaun dalam bank atas nama
Jawatankuasa Negeri/Wilayah Persekutuan.
5.5.2.8 Mengemukakan anggaran belanjawan untuk disahkan oleh Jawatankuasa
Kerja Pusat.
5.5.2.9 Mengadakan Muktamar Tahunan Peringkat Negeri/Wilayah Persekutuan.
22
5.5.2.10 Mengadakan kursus-kursus dakwah tamrin al-Kader atau perhimpunan
yang seumpamanya.
5.5.2.11 Penolong Setiausaha akan membantu Setiausaha dalam menjalankan
tugas-tugasnya dan mengambil tugas Setiausaha semasa ketiadaanya.
5.5.2.12 Ketua Biro Pendidikan akan menjalankan tugas-tugasnya berhubung
dengan pelajaran dan pendidikan kepada anggota dan kaum muslimin
seluruhnya.
5.5.2.13 Ketua Biro Penyelidikan akan menjalankan tugas-tugasnya berhubung
dengan penyelidikan dan pengendalian dokumentasi.
5.5.2.14 Ketua Biro Ekonomi akan menjalankan usaha-usaha untuk mendapatkan
atau menambah punca kewangan bagi ABIM.
5.5.2.15 Ketua Biro Siswazah Muda akan menjalankan program seperti yang diminta
oleh Biro Siswazah Muda Pusat serta bertanggungjawab untuk merancang
dan melaksanakan aktiviti keIslaman yang bersesuaian dengan siswazah di
pelbagai sektor masyarakat di Negeri/Wilayah Persekutuan.
5.5.2.16 Kewangan ABIM Peringkat Negeri/ Wilayah Persekutuan
a) Setiausaha Kewangan ABIM Peringkat Negeri/ Wilayah Persekutuan adalah
bertanggungjawab terhadap semua hal kewangan ABIM peringkat Negeri/
Wilayah Persekutuan yang berkenaan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan
kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas
sebarang pembetulan ralat ke atasnya. Ia berhak untuk menandatangani cek
ABIM peringkat Negeri/ Wilayah Persekutuan yang berkenaan bersama-sama
dengan sama ada yang Dipertua atau Setiausaha (Dua daripada tiga). Dalam
masa yang sama, Yang Dipertua boleh bersama-sama Setiausaha
menandatangani cek tanpa perlu tandatangan Setiausaha Kewangan.
b) Semua wang dikutip di Ibu Pejabat dan di ABIM Peringkat Negeri/ Wilayah
Persekutuan akan menjadi kepunyaan bersama ABIM Peringkat Negeri/
Wilayah Persekutuan.
c) Majlis Belia Islam Tahunan ABIM Peringkat Negeri/Wilayah Persekutuan akan
menentukan dari semasa ke semasa berapa peratus (%) daripada yuran yang
akan disimpan di ABIM peringkat Negeri/Wilayah Persekutuan sebagai
kumpulan wang ABIM peringkat Negeri/Wilayah Persekutuan dan
menentapkan jenis-jenis Perbelanjaan yang akan menggunakan wang ABIM
peringkat Negeri/Wilayah Persekutuan.
d) Tiap-tiap Setiausaha Kewangan ABIM Peringkat Negeri/Wilayah Persekutuan
akan menyampaikan kepada Setiausaha Kewangan Pusat sebelum 15 haribulan
tiap-tiap bulan yuran-yuran yang lebih dari jumlah peratusan yang disimpan
sebagai kumpulan wang ABIM Peringkat Negeri/Wilayah Persekutuan.
23
e) Setiausaha Kewangan ABIM Peringkat Negeri/Wilayah Persekutuan akan juga
menyampaikan kepada Setiausaha Kewangan Pusat sebelum 15 haribulan tiap-
tiap suatu Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan ABIM Peringkat
Negeri/Wilayah Persekutuan bagi bulan lepas.
f) Semua wang ABIM Peringkat Negeri/ Wilayah Persekutuan hendaklah disimpan
di atas nama ABIM Peringkat Negeri/ Wilayah Persekutuan yang berkenaan di
dalam bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Kerja Pusat dan kira-kira wang
itu akan dikelolakan bersama oleh Yang Dipertua ABIM Peringkat Negeri/
Wilayah Persekutuan dan Setiausaha Kewangan ABIM Peringkat Negeri/
Wilayah Persekutuan yang berkenaan.
g) Setiausaha Kewangan ABIM Peringkat Negeri/ Wilayah Persekutuan dibenarkan
menyimpan wang di dalam tangan sebanyak tidak lebih daripada RM 5,000.00
pada sesuatu masa.
h) Semua wang, buku-buku dan lain-lain harta ABIM yang dipegang oleh mana-
mana ABIM Peringkat Negeri/Wilayah Persekutuan yang telah dibubarkan akan
diserahkan dengan segera oleh Setiausaha ABIM Peringkat Negeri/Wilayah
Persekutuan berkenaan kepada Setiausaha Agung.
5.5.3 Muktamar ABIM Negeri/ Wilayah Persekutuan
5.5.3.1 Tiap-tiap ABIM Negeri/Wilayah Persekutuan hendaklah mengadakan
Muktamar Tahunan ABIM Negeri/Wilayah Persekutuan pada tiap-tiap tahun,
pada masa-masa yang ditentukan oleh Jawatankuasa Kerja Pusat.
5.5.3.2 Muktamar ABIM Negeri/Wilayah Persekutuan akan dihadiri oleh wakil atau
wakil-wakil ABIM Pusat, Jawatankuasa ABIM Negeri/Wilayah Persekutuan
dan wakil ABIM Daerah.
5.5.3.3 Di dalam Muktamar ABIM Negeri/Wilayah Persekutuan ini, Presiden atau
Setiausaha Agung ABIM atau wakil-wakil lain dari Jawatankuasa Kerja Pusat
akan mengumumkan nama-nama ahli Jawatankuasa ABIM Negeri/Wilayah
Persekutuan yang baru, berdasarkan cadangan-cadangan daripada
Jawatankuasa ABIM Daerah dan penilaian Jawatankuasa Kerja Pusat.
5.5.3.4 Segala peruntukan mengenai peraturan Muktamar dan anggota perwakilan
seperti yang terkandung dalam BAB 5 ceraian 5.1 mengenai Muktamar Belia
Islam akan juga dipakai untuk Muktamar Negeri/Wilayah Persekutuan
dengan ubahsuai yang sewajarnya.
5.5.3.5 Di dalam Muktamar ABIM Negeri/Wilayah Persekutuan, Setiausaha ABIM
Negeri/Wilayah Persekutuan hendaklah membentangkan minit Muktamar
Negeri/Wilayah Persekutuan yang lalu, Laporan Tahunan pergerakan ABIM
Negeri/Wilayah Persekutuan serta Neraca Kewangannya untuk dibahasakan
dan dibincangkan serta diterima, atau ditolak oleh para perwakilan.
24
5.5.4 Jawatankuasa Kerja Pusat boleh menggantungkan Jawatanakuasa Negeri/
Wilayah Persekutuan, Daerah, Unit atau berapa ahlinya sekiranya kegiatan-
kegiatan mereka didapati bertentangan dengan perlembagaan ABIM.
Jawatankuasa Kerja Pusat boleh melantik Jawatankuasa sementara untuk
mengendalikan ABIM Negeri/ Wilayah Persekutuan, Daerah atau unit
sehingga satu Muktamar diadakan atas arahan Jawatankuasa Kerja Pusat.
5.5.5 Peruntukan-peruntukan Umum mengenai ABIM Negeri/ Wilayah
Persekutuan
5.5.5.1 Di mana peruntukan khas tiada disebut di dalam Perlembagaan ini bagi
perkara-perkara berhubung dengan pentadbiran ABIM Negeri/ Wilayah
Persekutuan, undang-undang yang berkenaan mengenai pentadbiran ABIM
Peringkat Pusat akan diikuti sejauh mana yang sesuai.
5.5.5.2 Majlis Belia Islam ABIM Peringkat Negeri/Wilayah Persekutuan dan
Jawatankuasa Kerja Pusat akan memberi arahan-arahan kepada Muktamar
atau Mesyuarat Jawatankuasa ABIM Negeri/ Wilayah Persekutuan mengenai
pentadbirannya.
5.6 Jawatankuasa Daerah
5.6.1 Penubuhan dan Pembubaran
5.6.1.1 Jawatankuasa Jawatankuasa Kerja Pusat boleh membenarkan penubuhan
ABIM Peringkat Daerah di Kawasan yang mempunyai sekurang-kurangnya
tujuh (07) anggota pertubuhan.
5.6.1.2 Jawatankuasa Kerja Pusat boleh membubarkan cawangan:
5.6.1.2.1 Jika bilangan anggota di dalam masa enam (6) bulan berturut-turut kurang
daripada tujuh (07) orang; atau
5.6.1.2.2 Jika ABIM Peringkat Daerah tidak patuh kepada undang-undang atau
Jawatankuasa Kerja Pusat atau jika difikirkan bersalah oleh Jawantankuasa
Kerja Pusat kerana perbuatan merosakkan pertubuhan.
5.6.1.3 Keputusan membubarkan ABIM Peringkat Daerah hendaklah dengan undi
terbanyak di dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat dengan syarat
sebelum mengambil keputusan membubarkan ABIM Peringkat Daerah
dengan sebab yang disebutkan di dalam BAB 5 ceraian 5.6.1.2. Bhg. 2, ABIM
Peringkat Daerah yang berkenaan hendaklah diberi satu kenyataan tiga
puluh (30) hari terlebih dahulu dan diberi peluang untuk menjawab tuduhan-
tuduhan.
5.6.1.4 Perintah pembubaran hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha Agung.
ABIM Peringkat Daerah tidak boleh dijalankan mulai dari tarikh penerimaan
25
perintah kecuali kerana urusan berkenaan pembubaran. Sebarang ABIM
Peringkat Daerah yang musykil atas perintah pembubaran boleh, dengan
kenyataan bertulis kepada Setiausaha Agung di dalam tempoh tiga puluh
dua hari (32) daripada penerimaan perintah, membuat rayuan kepada
Muktamar Tahunan. Walaupun rayuan telah dibuat, namun perintah
pembubaran masih berjalan kuasanya sehingga dibatalkan, tetapi dalam
keadaan yang demikian Jawatankuasa Kerja Pusat boleh melantik satu
Jawatankuasa Pengurus daripada ahli-ahli untuk menguruskan hal-hal ABIM
Peringkat daerah itu sementara rayuan ditimbangkan.
5.6.1.5 Jika sesuatu ABIM Peringkat Daerah ditutup kerana sebab yang disebutkan
pada BAB 5 ceraian 5.6.1.2. dan 1 aturan ini, maka Jawatankuasa Kerja Pusat
hendaklah memindahkan anggota yang ada kepada ABIM Peringkat Daerah
yang hampir sekali, dan jika ABIM Peringkat Daerah ditutup kerana sebab di
dalam BAB 5 ceraian 5.6.1.2. bhg. 2 aturan ini, maka anggota Daerah
berkenaan akan terhenti daripada menjadi anggota pertubuhan.
5.6.1.6 Adalah menjadi tanggungan kepada Yang Dipertua, Setiausaha dan
Setiausaha Kewangan bagi ABIM Peringkat Daerah itu menyerahkan kepada
Setiausaha Agung segala buku, rekod, wang dan lain-lain harta yang dimiliki
oleh ABIM Peringkat Daerah berkenaan berserta dengan satu keterangan
kira-kira ABIM Peringkat Daerah mulai daripada tarikh akhir penyata itu
dihantar sehingga tarikh perintah penutupan.
5.6.1.7 Jika ahli-ahli sesuatu ABIM Peringkat Daerah hendak keluar dari pertubuhan,
maka pegawai-pegawai ABIM Peringkat Daerah itu dengan serta-merta
mestilah menyerahkan kepada Setiausaha Agung seperti di dalam BAB 5
ceraian 5.6.1.6. di atas.
5.6.2 Mesyuarat Agung ABIM Peringkat Daerah
5.6.2.1 Tiap-tiap anggota ABIM Peringkat Daerah berhak menghadiri, bercakap dan
mengundi dalam sebarang Muktamar Tahunan ABIM Peringkat Daerah.
5.6.2.2 Muktamar ABIM Peringkat Daerah akan diadakan tidak lewat dari empat belas
(14) hari selepas menerima pemerintahan yang awal mengenai Muktamar
Tahunan supaya memberitahu mengenai masa, tarikh dan tempat akan
dikeluarkan dan salinan-salinan agenda dan Penyata Kira-kira akan diberi
kepada ahli-ahli tidak kurang dari empat belas (14) hari sebelum Muktamar
diadakan.
5.6.2.3 Kerja-kerja Muktamar Tahunan ABIM Peringkat Daerah untuk:
1. Membincang dan meluluskan minit Muktamar yang lalu
2. Membincang dan meluluskan laporan kegiatan dan neraca kewangan ABIM
tahun yang lalu.
3. Membincangkan program dan aktiviti ABIM secara keseluruhannya.
4. Membincang dan meluluskan usul-usul
26
5. Melantik ahli-ahli Jawatankuasa bagi tahun yang berkenaan seperti yang
diperuntukkan dalam BAB 5 ceraian 5.6.3.
5.6.2.4 Suatu Muktamar Khas ABIM Peringkat Daerah hendaklah diadakan:
1. Atas perintah Jawatankuasa Kerja Pusat; atau
2. Apabila Jawatankuasa ABIM Peringkat Daerah fikirkan mustahak; atau
3. Atas permintaan bertulis daripada tidak kurang dari sepuluh (10) anggota ABIM
Peringkat Daerah dengan menyatakan tujuan dan sebab diadakan muktamar
berkenaan.
5.6.2.5 Suatu Muktamar Khas ABIM Peringkat Daerah yang diadakan atas permintaan
anggota-anggota akan diadakan tidak lewat daripada lima belas (15) hari
selepas diterima permintaan tersebut.
5.6.2.6 Sekurang-kurangnya lima belas (15) orang daripada jumlah anggota ABIM
Peringkat Daerah mesti hadir di dalam sesuatu Muktamar Tahunan untuk
mengesahkan perjalanannya.
5.6.3 Jawatankuasa ABIM Daerah
5.6.3.1 Suatu Jawatankuasa seperti berikut yang akan dikenali sebagai Jawatankuasa
ABIM Daerah akan dipilih pada masa tiap-tiap Muktamar Tahunan ABIM
Peringkat Daerah:
1. Yang Dipertua
2. Timbalan Yang Dipertua
3. Setiausaha
4. Setiausaha Kewangan
5. Penolong Setiausaha
6. Ketua Biro Hal Ehwal Wanita (HELWA)
7. Ketua Biro Perhubungan
8. Ketua Biro Penerangan
9. Ketua Biro Pembangunan Sosial
10. Ketua Biro Da’wah
11. Ketua Biro Pendidikan dan Penyelidikan
12. Ketua Biro Ekonomi
a) Pihak Jawatankuasa ABIM Daerah berhak mengurangkan jumlah ahli-ahli
Jawatankuasa ABIM Daerah dan juga meniadakan mana-mana Jawatan Ketua
Biro yang disenaraikan di atas dan menggantikannya dengan Ketua Biro baru
mengikut budi-bicara Jawatankuasa ABIM Daerah, dengan persetujuan
bertulis Jawatankuasa Kerja Pusat.
b) Tugas-tugas ahli Jawatankuasa ABIM Daerah adalah diselaraskan sepertimana
tugas-tugas ahli Jawatankuasa Kerja Pusat dan Jawatankuasa ABIM Negeri/
Wilayah Persekutuan yang berkaitan iaitu dengan menerima-pakai peruntukan
tugas-tugas ahli Jawatankuasa Kerja Pusat dan Jawatankuasa ABIM Negeri/
27
Wilayah Persekutuan yang berkaitan tersebut dengan ubah-suai yang
sewajarnya mengikut keperluan ABIM Daerah.
5.6.3.2 Nama-nama untuk jawatan yang di atas hendaklah dicadang dan disokong
dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh anggota-anggota di
dalam Muktamar Tahunan ABIM Peringkat Daerah. Semua pegawai boleh
dilantik semula tiap-tiap tahun.
5.6.3.3 Tugas Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian
ABIM Peringkat Daerah mengikut Perlembagaan ABIM dan arahan-arahan
Jawatankuasa Kerja Pusat dan Muktamar Tahunan. Jawatankuasa ABIM
Peringkat Daerah hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam
tempoh tiga (3) bulan dan adalah cukup bilangan jika hadir satu per tiga (1/3)
daripada anggotanya. Setiausaha ABIM Peringkat Daerah akan memberi satu
salinan peringatan tiap-tiap mesyuarat kepada Setiausaha Agung tidak lewat
daripada empat belas (14) hari selepas mesyuarat itu diadakan.
5.6.4 Tugas Ahli Jawatankuasa (Tugas Pegawai Cawangan)
5.6.4.1 Yang Dipertua dalam masa jawatanya akan menjadi Pengerusi Muktamar
Tahunan dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan Bertanggungjawab atas
kesempurnaan perjalanan semua meyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan
akan menandatangani peringatan-peringatan mesyuarat bila diluluskan, ia
hendaklah menandatangani semua cek pertubuhan bersama-sama dengan
Setiausaha dan Setiausaha Kewangan.
5.6.4.2 Timbalan Yang Dipertua akan memangku jawatan Yang Dipertua semasa
ketiadaannya.
5.6.4.3 Setiausaha hendaklah menjalankan kerja-kerja pertubuhan mengikut undang-
undang dan hendaklah ia menjalankan perintah-perintah Muktamar Tahunan
dan mesyuarat Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab menguruskan hal-hal
surat-menyurat dan menyimpan semua buku, surat dan kertas kecuali kira-kira
dan buku-buku kewangan. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan
membuat catatan. Ia hendaklah menandatangani semua cek pertubuhan
bersama-sama dengan Yang Dipertua dan Setiausaha Kewangan.
5.6.4.4 Setiausaha Kewangan adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal
kewangan pertubuhan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira
berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas
kebetulannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek pertubuhan bersama-
sama dengan Yang Dipertua dan Setiausaha.
5.6.4.5 Ketua Biro Perhubungan bertugas menjalankan kerja-kerja perhubungan
antara Jawatankuasa ABIM Peringkat Daerah dengan anggota-anggota dan
orang ramai dalam kawasan tersebut, dan dengan Jawatankuasa ABIM
Peringkat Daerah yang lain.
28
5.6.4.6 Ketua Biro Kebajikan bertugas menguruskan kerja-kerja kebajikan yang
dijalankan oleh ABIM Peringkat Daerah
5.6.4.7 Ketua Da’wah bertugas menguruskan kerja-kerja dakwah yang dijalankan oleh
ABIM Peringkat Daerah
5.6.4.8 Ketua Biro Hal Ehwal Wanita (HELWA) bertugas menguruskan kerja-kerja yang
bersangkutan dengan hal ehwal wanita yang dijalankan oleh ABIM Peringkat
Daerah.
5.6.4.9 Penolong Setiausaha akan membantu Setiausaha dalam menjalankan tugas-
tugasnya, dan mengambil alih tugas-tugas Setiausaha semasa ketiadaannya.
5.6.4.10 Ketua Biro Pendidikan dan Penyelidikan akan menjalankan tugas-tugas
berhubung dengan pelajaran dan pendidikan kepada anggota-anggota dan
kaum muslimin seluruhnya.
5.6.4.11 Ketua Biro Ekonomi akan menjalankan usaha-usaha untuk mendapatkan atau
menambah punca kewangan bagi ABIM Daerah.
5.6.5 Kewangan ABIM Peringkat Daerah
5.6.5.1 Semua wang dikutip di Ibu Pejabat dan di ABIM Peringkat Daerah akan
menjadi kepunyaan bersama pertubuhan.
5.6.5.2 Muktamar Tahunan akan menentukan dari semasa ke semasa berapa peratus
(%) daripada yuran yang akan disimpan di ABIM Peringkat Daerah sebagai
kumpulan wang ABIM Peringkat Dearah dan akan menetapkan jenis-jenis
perbelanjaan yang akan menggunakan wang ABIM Peringkat Daerah.
5.6.5.3 Tiap-tiap Setiausaha Kewangan ABIM Peringkat Daerah akan menyampaikan
kepada Setiausaha Kewangan Pusat sebelum 15 haribulan tiap-tiap bulan
yuran-yuran yang lebih dari jumlah peratusan yang disimpan sebagai
kumpulan wang ABIM Peringkat Daerah.
5.6.5.4 Setiausaha kewangan ABIM Peringkat Daerah akan juga menyampaikan
kepada Setiausaha Kewangan Pusat sebelum 15 haribulan tiap-tiap suatu
Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan ABIM Peringkat Daerah bagi bulan
lepas.
5.6.5.5 Semua wang ABIM Peringkat Daerah hendaklah disimpan di atas nama ABIM
Peringkat Daerah di dalam bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Kerja
Pusat dan kira-kira wang itu akan dikelolakan bersama oleh Yang Dipertua
ABIM Peringkat Daerah dan Setiausaha Kewangan ABIM Peringkat Daerah.
Setiausaha Kewangan ABIM Peringkat Daerah dibenarkan menyimpan wang
di dalam tangan sebanyak tidak lebih dari RM 5,000.00 pada sesuatu masa.
29
5.6.5.6 Semua wang, buku-buku dan lain-lain harta ABIM yang dipegang oleh mana-
mana ABIM Peringkat Daerah yang telah dibubarkan akan dihantar dengan
segera oleh Setiausaha ABIM Peringkat Daerah berkenaan kepada Setiausaha
Agung, bersama-sama yang diterangkan di BAB 5 ceraian 5.6.1.6 dan 5.6.1.7.
5.6.6 Peruntukan-Peruntukan Umum Mengenai ABIM Peringkat Daerah
5.6.6.1 Di mana peruntukan khas tiada disebut di dalam Perlembagaan ini bagi
perkara-perkara berhubung dengan pentadbiran ABIM Peringkat Daerah,
undang-undang yang berkenaan mengenai pentadbiran Ibu Pejabat ABIM
akan diikuti sejauh mana yang sesuai.
5.6.6.2 Muktamar Tahunan dan Jawatankuasa Kerja Pusat akan memberi arahan-
arahan kepada Muktamar atau mesyuarat Jawatankuasa ABIM Peringkat
Daerah mengenai pentadbirannya.
5.6.7 Muktamar ABIM Peringkat Daerah
5.6.7.1 Tiap-tiap anggota ABIM Daerah berhak menghadiri, bercakap dan mengundi
dalam sebarang Muktamar ABIM Daerah.
5.6.7.2 Muktamar Tahunan ABIM Peringkat Daerah hendaklah diadakan tidak lewat
dari dua puluh satu (21) hari selepas menerima pemberitahuan awal
mengenai Muktamar Tahunan ABIM Pusat, supaya pemberitahuan mengenai
masa, tarikh dan tempat akan dikeluarkan dan salinan-salinan agenda dan
Penyata Kira-Kira diberi kepada anggota-anggota tidak kurang dari dua puluh
satu (21) hari sebelum Muktamar diadakan
5.6.7.3 Kerja-kerja Muktamar Tahunan ABIM Peringkat Daerah adalah untuk:
1. Menimbang dan meluluskan minit Muktamar yang lalu.
2. Membincang dan meluluskan laporan kegiatan dan neraca kewangan ABIM
tahun yang lalu.
3. Membincangkan program dan aktiviti ABIM secara keseluruhannya.
4. Membincangkan dan meluluskan usul-usul.
5. Melantik ahli-ahli Jawatankuasa Daerah bagi tahun yang berkenaan itu seperti
yang diperuntukkan dalam BAB 5 ceraian 5.6.3.
5.6.7.4 Suatu Muktamar Khas ABIM Peringkat Daerah yang diadakan atas permintaan
satu per tiga (1/3) jumlah anggota akan diterima tidak lewat daripada lima
belas (15) hari selepas diterima permintaan tersebut.
5.7 Jawatankuasa Unit
5.7.1 Mana-mana ABIM Peringkat Daerah boleh menubuhkan unit-unit ABIM di dalam
Daerah masing-masing apabila di satu-satu kawasan di mana unit ABIM yang
hendak ditubuhkan itu telah mempunyai anggota ABIM sekurang-kurangnya tiga
puluh (30) orang.
30
5.7.2 Semua peruntukan mengenai ahli-ahli Jawatankuasa, Muktamar Tahunan dan
Muktamar Khas, serta peruntukan-peruntukan lain untuk ABIM Peringkat Daerah
seperti yang terkandung dalam BAB 5 ceraian 5.6.1.,5.6.2., 5.6.3., 5.6.4., 5.6.5.,
5.6.6., dan 56.7. adalah juga terpakai untuk segala urusan berhubung dengan
ABIM Peringkat Unit ini, dengan perubahan-perubahan yang sesuai.
5.8 Sekretariat ABIM Luar Negara
5.8.1 Tujuan Sekretariat ABIM Luar Negara adalah untuk menjaga kebajikan ahli-ahli
ABIM di luar negara, mempormosi aktiviti-aktiviti ABIM dan menjalankan kegiatan
yang selari dengan objektif penubuhan ABIM.
5.8.2 Struktur, peranan, hak dan tanggungjawab Sekretariat ABIM Luar Negara
ditentukan oleh Jawatankuasa Kerja Pusat dari semasa ke semasa.
5.8.3 Anggota Sekretariat ABIM Luar Negara boleh menghadiri Muktamar sebagai
perwakilan khas bukan untuk tujuan bertanding jawatan dengan kebenaran
bertulis dari Jawatankuasa Kerja Pusat.
5.9 Majlis Perundingan Kebangsaan ABIM (MPKA)
5.9.1 Keanggotaan MPKA
Keanggotaan MPKA adalah terdiri dalam kalangan kesemua Yang Dipertua ABIM
Negeri, Ahli Lantikan yang diluluskan dalam Muktamar Belia Islam (MBI), dan Ahli
Jawatankuasa Kerja Pusat ABIM semasa.
5.9.2 Pelantikan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi MPKA
Pengerusi dan Timbalan Pengerusi MPKA adalah terdiri dalam kalangan ahli lantikan
yang diluluskan di dalam Muktamar Belia Islam (MBI).
5.9.3 Tempoh Keanggotaan
Tempoh keanggotaan MPKA adalah selama dua tahun, dan tahun pemilihannya adalah
pada tahun yang sama dengan pemilihan AJKP.
5.9.4 Tugas MPKA
Tugas MPKA adalah sebagai badan semak dan imbang keputusan dan pergerakan AJKP
ABIM serta membahaskan dan mengesahkan laporan dan keputusan-keputusan penting
ABIM secara keseluruhannya.
5.9.5 Persidangan MPKA
Persidangan MPKA hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya dua kali dalam tempoh
setahun.
31
BAB 6: KEWANGAN ABIM
6.1 Yuran Tahunan yang dibayar oleh anggota ABIM adalah sebanyak RM 5.00
(Ringgit Malaysia: Lima Sahaja) bagi tiap-tiap anggota bermula dari 1 Januari
tiap-tiap tahun dan RM 100.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Sahaja) bagi tiap-
tiap anggota seumur hidup yang dibayar semasa permohonan dibuat. Derma
iaitu sebanyak yang diberikan dengan sukarela oleh sebarang anggota.
Peratusan pembahagian yuran dan derma di antara Pusat, Negeri dan Daerah
akan diputuskan oleh muktamar.
6.2 Tahun Kewangan
6.2.1 Tahun Kewangan ABIM Pusat bermula pada 01 Julai hingga 30 Jun, tiap-tiap
tahun.
6.2.2 Tahun Kewangan bagi semua cawangan ABIM di Peringkat Negeri dan Daerah
bermula pada 01 Januari hingga 30 Disember, tiap-tiap tahun.
6.3 Kira-kira Akaun
6.3.1 Akaun Semasa
Kira-kira yang akan dimasuk ke dalam kumpulan ini ialah:
1. Semua yuran wajib dan sukarela yang diterima daripada anggota.
2. Semua jumlah wang telah diluluskan oleh ABIM.
6.3.2 Kumpulan Wang Cadangan Am
Kira-kira yang akan dimasukkan ke dalam kumpulan ini ialah:
1. Semua derma yang dipungut untuk tujuan ini.
2. Wang dari Kumpulan Wang Khas.
3. Semua jumlah wang yang telah diluluskan oleh MBI atau Jawatankuasa Kerja
Pusat.
6.3.3 Kumpulan Wang Khas
1. Kumpulan Wang Khas boleh diadakan dari semasa ke semasa oleh MBI atau
Jawatankuasa Kerja Pusat untuk tujuan tertentu.
2. Wang dari kumpulan ini hendaklah dimasukkan ke dalam Wang Kumpulan
Cadangan Am.
6.3.4 Simpanan Bank
Simpanan wang ABIM di bank hendaklah dibuat di dalam bentuk Akaun Semasa.
32
6.3.5 Pengeluaran Wang ABIM
6.3.5.1 Pengeluaran wang lebih daripada apa yang perlu untuk kegunaan biasa
hendaklah mendapat persetujuan dari Jawatankuasa Pusat, Negeri, daerah dan
Unit mengikut keadaan masing-masing.
6.3.5.2 Dua daripada tiga Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat iaitu Setiausaha Kewangan,
Presiden dan Setiausaha Agung adalah bersama-sama berhak mengeluarkan
wang (dua daripada tiga) untuk kegunaan ABIM tertakluk kepada peruntukan
6.3.5.1 di atas.
6.3.6 Kuasa Pengeluaran Wang ABIM
Dua daripada tiga Ahli Jawatankuasa Kerja Peringkat Negeri, Daerah dan Unit
iaitu Setiausaha Kewangan, Yang Dipertua dan Setiausaha masing-masing
bersama-sama berhak mengeluarkan wang untuk kegunaan ABIM tertakluk
kepada peruntukan 6.3.5.1 di atas.
6.3.7 Bantuan Tambahan dan Bantuan Khas
Sebarang permintaan untuk mendapatkan bantuan tambahan dan bantuan khas
dari semua Jawatankuasa hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Kerja
Pusat.
6.3.8 Tugas Pemeriksa Kira-kira
Pemeriksa Kira-kira bertugas menyemak dan mengesahkan kenyataan wang
masuk dan wang keluar tahunan.
BAB 7: PEMEGANG AMANAH
7.1 Tertakluk kepada peruntukan 7.2 dan 7.3. Perlembagaan ini, ABIM atau mana-
mana peringkat Cawangan ABIM boleh membeli atau memperolehi dan menjual,
menukar, mencagar, menggadai, menyewa, menyerah hak, memajak atau
mengurus apa jua jenis harta sama ada tidak boleh dialih atau yang boleh dialih
dengan apa-apa cara yang sah dan dianggapnya dapat memberi faedah kepada
pertubuhan.
7.2 Harta-harta pertubuhan hendaklah dikendalikan seperti berikut :
7.2.1 Tiap-tiap Tiap-tiap sesuatu harta yang tidak boleh dialih hendaklah didaftarkan di
bawah nama Angkatan Belia Islam Malaysia dan/ atau dikendalikan oleh Lembaga
Pemegang Amanah yang mana keahliannya akan dicadangkan oleh jawatankuasa
kerja peringkat yang berkenaan serta diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja Pusat
ABIM. tetapi jika sesuatu harta yang tidak boleh dialih akan dimiliki oleh ABIM di
peringkat pusat maka keahlian Lembaga Pemegang Amanah di peringkat
33
tersebut hendaklah dicadang dan diputuskan di dalam Mesyuarat Biasa
Jawatankuasa Kerja tersebut.
7.2.2 Tiap-tiap sesuatu harta yang boleh dialih, jika pendaftarannya dianggap perlu,
hendaklah didaftarkan di bawah nama Angkatan Belia Islam Malaysia yang mana
keahlian Lembaga Pemegang Amanahnya akan ditentukan menurut peraturan-
peraturan yang tersebut dalam peruntukan 7.2.1 di atas.
7.3 Pemegang amanah tidak boleh menjual, menarik balik atau menukar harta
kepunyaan pertubuhan dengan tidak ada persetujuan Jawatankuasa Kerja
peringkat yang berkenaan.
7.4 Seorang pemegang amanah boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh
Jawatankuasa Kerja Pusat sebab uzur, kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada
dalam negeri atau kerana lain sebab yang menyebabkan ia tidak boleh
menjalankan tugas atau pekerjaannya tidak memuaskan. Jika berlaku kekosongan
itu bolehlah dipenuhkan dengan Jawatankuasa Kerja peringkat yang berkenaan
dengan persetujuan Jawatankuasa Kerja Pusat.
7.5 Pemegang Amanah yang dilucutkan dari jawatannya mengikut Perlembagaan ini
berhak merayu kepada Muktamar Belia Islam yang berkuasa memberi keputusan
yang muktamad.
7.6 ABIM boleh menubuhkan atau mengamanahkan kepada entiti yang didaftarkan di
bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM),
atau apa-apa pentadbiran yang difikirkan sesuai untuk menjaga, mengurus, dan
membangun harta tidak alih ABIM atau memegang apa-apa syer atau
kepentingan ABIM dan entiti yang ditubuhkan atau diamanahkan hendaklah
mendapat persetujuan 2/3 perwakilan dalam Muktamar ABIM.
7.6.1 ABIM peringkat Negeri dan Wilayah Persekutuan boleh menubuhkan atau
mengamanahkan kepada entiti yang didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), atau apa-apa pentadbiran
yang difikirkan sesuai untuk menjaga, mengurus, dan membangun harta tidak alih
ABIM atau memegang apa-apa syer atau kepentingan ABIM dan entiti yang
ditubuhkan atau diamanahkan hendaklah mendapat persetujuan 2/3 perwakilan
dalam Muktamar ABIM Negeri dan perlu mendapat kebenaran bertulis dari
Jawatankuasa ABIM Pusat.
7.7 Setiap perkembangan berhubung harta tidak alih, syer atau kepentingan ABIM
yang diamanahkan kepada entiti yang ditubuhkan tersebut hendaklah dilaporkan
secara bertulis kepada Muktamar ABIM Pusat bagi tujuan semakan, pemantauan
dan keputusan dari semasa ke semasa oleh perwakilan.
BAB 8: TATATERTIB
34
8.1 Apabila Jawatankuasa Kerja Pusat mendapat aduan mengenai apa-apa kes
disiplin terhadap mana-mana ahli, maka Jawatnkuasa Kerja ABIM Pusat bolehlah
menubuhkan suatu Jawatankuasa Penyiasat untuk membuat siasatan awal
terhadap aduan demikian. Apabila Jawatankuasa Kerja Pusat berpuashati dengan
hasil siasatan Jawatankuasa Penyiasat, Jawatankuasa Kerja Pusat bolehlah
menubuhkan Jawatankuasa Tatatertib.
8.2 Jawatankuasa Tatatertib hendaklah terdiri dari Timbalan Presiden sebagai
Pengerusi dan dua (2) orang Yang Dipertua ABIM Negeri. Jika Timbalan Presiden
ada kaitan kepentingan atau dengan sesuatu sebab lain tidak membolehkan
beliau bertugas maka tempatnya sebagai Pengerusi Jawatankuasa ini hendaklah
diganti oleh salah seorang Naib Presiden. Tempoh Jawatankuasa Tatatertib ini
hendaklah selama kes itu dibicarakan.
8.3 Jawatankuasa Tatatertib hendaklah mengikut cara-cara yang biasa dilakukan
dalam membicarakan kes-kes disiplin dan ia mempunyai kuasa yang cukup untuk
mengambil mana-mana satu tindakan berikut apabila sabit kesalahan seseorang
ahli itu.
8.3.1 Memberi amaran tidak lebih dari dua (2) kali
8.3.2 Menggantung jawatan di dalam persatuan untuk selama tidak lebih dari setahun.
8.3.3 Menggantung keanggotaan untuk selama tidak lebih dari setahun.
8.3.4 Memecat Keanggotaan.
Jika seseorang itu digantung jawatannya selama masa yang pada fikiran
Jawaatankuasa Tatatertib memerlukan jawatannya diisi, maka Jawatankuasa
Tatatertib bolehlah menasihati Jawatankuasa Kerja Pusat supaya mengambil
langkah-langkah yang sewajarnya bagi mengisi jawatan tersebut.
8.4 Seseorang anggota persatuan boleh diambil tindakan tatatertib terhadapnya
apabila ia didapati sabit melakukan mana-mana satu atau lebih perkara-perkara
berikut, dengan syarat tindakan tersebut mestilah munasabah dan setimpal:
8.4.1 Melakukan jenayah mengikut pandangan syara’.
8.4.2 Mengkhianati samada secara langsung atau tidak langsung, amanah persatuan
yang diserahkan kepadanya.
8.4.3 Mencuba dengan apa jua cara yang digunakan untuk menghalang atau
menggagalkan dasar, rancangan, program dan perencanaan yang telah
ditetapkan oleh persatuan.
8.4.4 Bertindak dengan apa jua yang digunakan dengan tujuan untuk memburukkan
nama baik persatuan.
35
8.4.5 Bertindak dengan apa jua cara yang digunakan untuk menimbulkan fitnah di
kalangan anggota dan di dalam persatuan.
8.4.6 Ingkar dengan sengaja arahan pimpinan.
8.4.7 Bersubahat dengan seseorang atau lebih atau mana-mana kumpulan dalam
mana-mana satu atau lebih perkara-perkara 8.4.1., 8.4.2., 8.4.3., 8.4.4, 8.4.5. dan
8.4.6. di atas.
8.5 Seseorang yang telah dibicarakan dan telah dijatuhkan ke atasnya mana-mana
satu tindakan tatatertib seperti dalam perkara 8.3. di atas, dan jika ia tidak
berpuashati dengan apa-apa jua yang berhubung dengan kes perbicaraannya itu
maka bolehlah dalam tempoh dua minggu selepas selesai perbicaraan, membuat
rayuan kepada Jawatankuasa Kerja Pusat yang akan meneliti rayuan itu dan
membuat keputusan yang muktamad mengenainya.
BAB 9: SYARAT-SYARAT AM
9.1 Peraturan Tetap dan Undang-undang Tambahan
Peraturan Tetap dan Undang-undang Tambahan akan digunakan dari semasa ke semasa
oleh MBI di dalam Muktamar Tahunan dan Peraturan Tetap akan dibaca dan akan
menjadi sebahagian daripada Perlembagaan Tetap.
9.2 Pindaan Perlembagaan
9.2.1 Pindaan Perlembagaan hanya akan dibincangkan di dalam Muktamar tahunan.
9.2.2 Semua pindaan yang dicadangkan hendaklah dibahagikan kepada semua
Jawatankuasa sekurang-kurangnya satu bulan sebelum diadakan Muktamar
Tahunan.
9.2.3 Salinan pindaan yang penuh yang telah dicadangkan itu hendaklah disertakan
dalam surat pekeliling memberi tarikh Muktamar Tahunan.
9.2.4 Sebarang pindaan pada Perlembagaan ini bolehlah dikemukakan dalam
Muktamar Tahunan dan pindaan ini hendaklah dipersetujui oleh dua per tiga (2/3)
daripada ahli-ahli yang hadir dan akan dikuatkuasakan setelah diluluskan oleh
Pendaftaran pertubuhan.
9.3 Salah Pengertian Tentang Pentafsiran Perkara Dalam Perlembagaan
Sekiranya berlaku salah pengertian tentang pentafsiran atau Perkara dalam
Perlembagaan maka keputusan MBI adalah muktamad.
9.4 Pembubaran ABIM
36
9.4.1 ABIM hanya boleh dibubarkan setelah mendapat persetujuan sekurang-
kurangnya oleh dua per tiga (2/3) daripada anggota ABIM.
9.4.2 Pembahagian wang ringgit dan harta benda kepunyaan ABIM setelah ditolak
segala hutang-piutang serta segala tanggungan akan diputuskan oleh MBI.
9.4.3 Jika sekiranya ada tanggungan lagi maka tertanggunglah kepada anggota-
anggota ABIM menurut beberapa banyak wakil mereka dalam ABIM.
9.5 Penggabungan Dengan Badan Luar Negara
Pertubuhan ini boleh mempunyai pergabungan dengan mana-mana pertubuhan yang
ditubuhkan di luar Persekutuan.
9.6 Takrif
9.6.1 ABIM bermakna Angkatan Belia Islam Malaysia yang didaftarkan di bawah
undang-undang di Malaysia dan tertakluk kepada perlembagaan ini.
9.6.2 MBI bermakna Muktamar Belia Islam di dalam Muktamar Tahunan dan Muktamar
Khas.
9.6.3 NEGERI bermakna semua negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan.
9.6.4 DAERAH bermakna semua daerah di Malaysia seperti mana yang ditetapkan oleh
MBI.
9.6.5 UNIT bermakna sesuatu Kawasan/ Bahagian di dalam sesuatu Daerah
sepertimana yang ditetapkan oleh MBI.
9.6.6 PERTUBUHAN ATAU PERSATUAN yang dirujuk di dalam Perlembagaan ABIM
bermakna ABIM .
9.6.7 PERSEKUTUAN bermakna Malaysia.
37
38