Tabarruj adalah menzahirkan kecantikan dan keindahan wajah
muka dan tubuh badan sebagaimana ucapan imam Bukhari RA
yang dinukilkan oleh Ni’mat Sarqa
Maksudnya;
Tabarruj itu , seorang wanita memperlihatkan
kecantikannya
sumber: Ni’mat Sarqa , al- Tabarruj, darul Ulum,Kaherah Mesir
1975/1512,
Secara fitrahnya, setiap wanita yang dilahirkan menyukai
keindahan dan kecantikan. Sesuai dengan era kemodenan
kini, cabaran terhadap wanita amat ketara lebih- lebih lagi
kemajuan dunia fesyen, kosmetik, barangan kecantikan,
perhiasan emas, intan berlian dan sebagainya
sememangnya semua itu menjadi tarikan yang sukar
diabaikan begitu sahaja oleh sesiapa pun
Kecenderungan wanita untuk berhias dan sentiasa
dipandang cantik serta menarik menuntut mereka supaya
memahami dan menghayati batas-batas keharusan dan
larangan bertabarruj dalam Islam.
Kegagalan untuk memahami konsep tabarruj yang benar
menurut Islam akan membawa kepada pelbagai implikasi
negatif merosakkan moral dan akhlak di kalangan
masyarakat keseluruhannya.
Tanpa memahami dan menghayatinya, kita tidak mampu
merealisasikan impian untuk melahirkan wanita-wanita
mukminah yang solehah sebagai benteng mendepani
cabaran arus kemodenan di akhir zaman ini.
Secara umumnya, jelaslah bahawa Allah SWT
mengharuskan perhiasan dan tidak melarang manusia untuk
berhias dan menjaga kecantikan. Ini bertepatan dengan
ajaran Islam yang menganjurkan wanita memakai pakaian
yang indah, berhias dengan kemas dan memakai wangi-
wangian yang sesuai.
Walaubagaimanapun, keharusan ini tertakluk kepada had
batasan dan larangan-larangan tertentu yang mesti dipatuhi
oleh setiap yang bernama wanita.
Memakai dan menampakkan perhiasan dibolehkan dalam
Islam tetapi dihadkan kepada perhiasan yang zahir sahaja
serta perhiasan khas untuk suami sahaja.
Perhiasan yang menghiasi tangan boleh dipakai, selagi ianya
biasa dipakai oleh orang ramai. Alat solek untuk kegunaan
wajah juga diperbolehkan dengan syarat tertentu seperti
untuk tatapan suami dan dapat dibersihkan dengan
sebaiknya ketika berwudhu’, tidak menghalang air sampai ke
anggota wajib wudhu’.
Wanita Islam juga diharuskan memakai emas dan sutera
kerana menjaga perasaan kaum wanita dan juga tuntutan
kewanitaannya. Ini bersesuaian dengan fitrah Wanita yang
mempunyai kecenderungan menghias diri.
Walau bagaimanapun , kecenderungan tersebut mestilah
dipastikan tidak sampai ke tahap menunjuk- nunjuk,
bermewah-mewah dan menggoda lelaki
Keharusan wanita memakai pakaian sutera dan perhiasan
emas dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya
صلى الله عليه- أن رسول الله: رضي الله عنه- وعن أَبي موسى الأ ْش َعري
.» َوأُ ِحل لإِ َنا ِث ِه ْم، « ُح ِّر َم لِ َبا ُس ال َح ِرير َوالذ َه ِب َعلَى ُذ ُكو ِر أُم ِتي: َقا َل- وسلم
.» «حديث حسن صحيح: وقال،رواه الترمذي
yang bermaksud :
“Diharamkan pakaian sutera dan emas bagi kaum lelaki bagi
kaumku dan dihalalkan bagi golongan wanita antara mereka”.
(imam Termizi, hadis Hasan sohih)
Dipakai secara sederhana, bukan untuk menunjuk- nunjuk.
Sumber: Hadiah buat muslimah,159
: وعن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما
: َقا َل، - صلى الله عليه وسلم- أن َر ُسول الله
)) َو َخي ُر َم َتا ِع َها ال َم ْرأَةُ الصالِ َح ُة، (( ال ُّد ْن َيا َم َتا ٌع
. رواه مسلم
Dari Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma
bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dunia ini adalah harta
benda dan sebaik-baik harta benda dunia itu ialah wanita yang
shalihah."
(Riwayat Muslim)
Mukasurat 127,
Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi ,Wanita Dambaan Syurga
Abid din abd azizi bin Ubaid al Salami di dalam kitab karangannya
;al-Tabarruj wal al ihtisab alaihi ada menukil satu hadis Nabi SAW
َقا َل رسو ُل الله -صلى الله عليه وسلم:
« ِص ْن َفا ِن ِم ْن أ ْه ِل النا ِر لَ ْم أَ َر ُه َماَ :قو ٌم َم َع ُه ْم ِس َيا ٌط َكأ ْذ َنا ِب ال َب َق ِر
َيَعْدا ُِخر ْلَياَن ٌتال ُم َجِمني َةل،اَ ٌَتو َلَما ِئ َيلاَ ِج ْدٌت َ،ن ِب َكَهأَا ْساِنل َنما ِة َسالُ ،ب َْخو ِن ِتَسا ٌاءلم َكااِئلَ ِسِة َيا ٌلَت َي ْض ِر ُبو َن
ُر ُؤو ُس ُهن
ِري َح َها ،وإن ِري َح َها لَ ُيو َج ُد ِم ْن َم ِسي َر ِة َك َذا َوك َذا»
. .رواه مسلم.
Maksud hadis;
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada dua
golongan ahli neraka yang belum pernah saya melihat keduanya itu,
yaitu sekelompok kaum yang memegang cemeti sebagai ekor lembu,
mereka memukul para manusia dengan cemeti tadi dan beberapa
kaum wanita yang berpakaian tipis, telanjang sebagian tubuhnya,
berjalan dengan gaya kecongkaan dan memiringkan bahu-bahunya -
yakni jalannya diserupakan dengan kaum lelaki yang menunjukkan
kesombongannya-. Kepala kaum wanita ini adalah seperti unta gemuk
yang miring jalannya. Mereka itu tidak dapat masuk syurga dan tidak
dapat memperoleh bau harum syurga, padahal sesungguhnya bau
harum syurga itu dapat dicapai dari jarak perjalanan sejauh sekian dan
sekian -yakni amat jauh sekali-."
(Riwayat Muslim)
Maka dalam keghairahan mengejar kecantikan wanita muslim
hendaklah memastikan aturan dan lunas - lunas syarak di patuhi
sepenuhnya , berpedomankan firman Allah SWT dalam surah al-
Ahzab ayat ke 33
Yang bermaksud:
……Dan tetap tinggal di rumah- rumah kamu dan janganlah kamu
(wanita – wanita Islam) berhias dan
Bertingkah- laku (bertabarruj) seperti orang- orangj jahiliyyah duhulu
Wanita dambaan syurga , muka surat 148
Karangan Mohd Zuhdi B. Ahmad Khasasi
Sebagai ingatan akhir untuk semua, bala besar bermula dari
kesilapan yang kecil, seorang penyair mengungkapkan bait
syairnya
Bermula dari pandangan mata, senyum, ucapan salam,
sembang, janji dan akhirnya dating pertemuan .
sumber: Ni’mat Sarqa , al- Tabarruj
Sheikh Abd Azizi bin Abdullah bin Baz menyatakan,
1- Jikalau zaman sahabat dan ummahat mukminin berjaya
membersihkan hati- hati mereka dengan sebab hijab , maka bagi
orang selepas mereka seperti kita zaman sekarang ini ,amatlah
berhajat kepada nya untuk selamat dari fitnah – fitnah akhir zaman
2- tidak dapat dinafikan lagi bahwa Islam dating dengan menjaga
kehormatan wanita dan meletakkannya di kedudukan yang selayaknya
dan menggesa semua utk jauhkannya dari perkara yang
mencemarkan kehormatannya.
Sheikh Abd Azizi bin Abdullah bin Baz menyatakan,
3- Kerana itulah Islam haramkan wanita berkhalwat dengan
ajnabi, melarangnya bermusafir tanpa mahramnya dan melarangnya
bertabarruj secara tabarruj jahiliah yang menjadi penyebab kepada
fitnah dan zahirnya perkara- perkara keji.
1. Al-Quran al-Karim
2. Hadis Nabi SAW
3. Siti Nor Bahyah Mahamood dan Ida Ezyani Othman 2008, Hadiah Buat
Muslimah Panduan Asas Fiqah Wanita -Digitpress Sdn.Bhd,Selangor
4. Abu Mohd Jibril Abdur Rahman 1986, Wanita Sholihah Ciri- ciri dan
Fungsinya- Pustaka Syuhada,Kuala Lumpur
5. Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi 2013, Wanita Dambaan Syurga- NurPress
Sdn.Bhd,K.Lumpur
6. Abid din abd azizi bin Ubaid al Salami 1987/1407 , Al Tabarruj wal al
ihtisab alaihi - Maktabah al Haramain, Riyadh
7. Ni’mat Sarqa 1975/1215, al-Tabarruj- Darul ulum, Kaherah Mesir
8. Sheikh Abd Azizi bin Abdullah bin Baz 1992/ 1413, Al Tabarruj Wa
khotrahu - Riyadh Saudi Arabia