The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Meor Fez, 2023-10-30 04:52:43

Laporan Oktober 20232

Laporan Oktober 20232

2023 JAMEK executive Muhammad Hafiz bin Mohd Arif O K T O B E R Disediakan oleh : Ketua Unit Multimedia dan Penerbitan Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur


ISI KANDUNGAN Pekara Tajuk Halaman laporan aktiviti Artikel pilihan AYAT pilihan doa pilihan Medsos Sumbangan 1 3 5 2 4 6 12 14 16 1 13 15


2 oktober 2023 Pada 2 Oktober 2023 ( Isnin) telah berlangsung sesi temuduga bagi pemilihan calon imam yang terpilih untuk menjawat jawatan sebagai Imam bagi tugasan hujung minggu. Sebelum ini, pemohon telah melalui fasa pertama temu duga secara online bersama Imam Ratib Masjid. Mereka yang terbaik akan melalui fasa kedua iaitu temu duga secara fizikal. 4 oktober 2023 Pada jam 10.00 pagi, Naqib Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur, Y.Brs Ustaz Ahmad Rosidi bin Mohmad telah mengadakan kunjungan hormat dan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Ambank Islamic Berhad Kuala Lumpur. Tujuan kunjungan ini adalah untuk membincangkan isu semasa selain menyakatan hasrat masjid untuk bekerjasama bagi melaksanakan program bersama Ambank Islamic Berhad Kuala Lumpur. Lawatan kerja dan kunjungan hormat ke ibu pejabat ambank islamic berhad SeSi temuduga jawatan imam (petugas hujung minggu) Halaman : 1


4 oktober 2023 Bagi Program Sambutan Maulidur Rasul peringkat Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur pihak masjid telah menjemput Encik Ismahalil Hamzah sebagai moderator jemputan dalam program tersebut. Beliau telah diberi keterangan gerak kerja yang telah di susun oleh Naqib sendiri. Ia bertujuan adalah untuk memberi penerangan tentang gerak kerja yang akan berlangsung. 4 oktober 2023 Pada 4 Oktober 2023, sekitar jam 6.00 petang, pihak Zayan FM telah mengadakan Program Zayan Ngeteh bersempena ulang tahun Zayan ke- tahun. Program ini dimana para personaliti Zayan akan memberi teh percuma kepada masyarakat di perkarangan Masjid. Antara personaliti Zayan yang turut hadir adalah Mawi, Anas Tahir, Faizal Ismail (FBI) dan Lin Ariffin. Bukan sahaja edaran minuman percuma, senaskah buku yang bertajuk “Dosa-doa Besar yang Tidak Ditakuti” hasil penulisan Ustaz Dr. Ashraf Suarin al-Muqri turut diedarkan secara percuma kepada masyarakat. program ‘ngeteh’ bersama zayan fm Briefing bersama encik ismahalil hamzah Halaman : 2


5 oktober 2023 Pada bulan ini, tetamu kita yang dibawa khas oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) adalah Da’i Anas. Minggu pertama beliau membawa tajuk ‘Hasad’. Kita hendaklah menjauhkan diri dari sifat hasad dengan seseoran kerana, Nabi s.a.w telah bersabda dengan bermaksud:- “Hendaklah kalian menjauhi sifat hasad dengki, kerana ia menghapuskan kebaikan, sepertimana api menghanguskan kayu.” (Sunan Abi Daud : 4903) 6 oktober 2023 Pada Subuh 6 Oktober 2023, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur telah menerima rombongan dari Ikatan Persaudaraan Haji Indonesia. Rombongan ini yang berasal dari Bengkalis, Indonesia telah disambut oleh Ustaz Muhammad Adeeb Nasharuddin dan Ustaz Muhd Fitri Azim Zulkifli, Turut hadir bersama adalah Encik Mohd Hafiz selaku wakil dari Mosque Tour Guide, ABIM. menerima rombongan dari jemaah indonesia tazkirah online : hasad Halaman : 3


6 oktober 2023 Pada 6 Oktober 2023, jam 10.00 pagi. Unit Kebajikan Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur (MJSASKL) telah mengedarkan barang keperluan asas kepada 20 orang petugas pemandu bas Rapid KL. Pada 7 Oktober 2023 jam 8.30 pagi, Masjid 7 oktober 2023 Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur telah mengadakan Program Sambutan Maulidur Rasul peringkat masjid. Program dimulai dengan perarakan dari pelbagai kontinjen yang melibatkan laluan Jalan Tun Perak, Jalan Raja, Jalan Leboh Pasar Besar, Jalan Tun HS Lee, Jalan Tun Tan Siew Sin, Jalan Leboh Ampang dan berakhir semula di Jalan Tun Perak. Kemudian disusuli dengan tausiyah istimewa dari YB Dato Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad AlBakri, YBrs. Ustaz Roslan Mohammed dan di moderatorkan oleh Tuan Ismahalil Hamzah. Program berakhir pada jam 11.30 pagi dengan penyerahan hadiah kepada pasukan perarakan yang memiliki pemarkahan yang tinggi sambutan maulidur rasul peringkat masjid jamek sultan abdul samad kuala lumpur penyerahan sumbangan kepada petugas prasarana (rapid kl) Halaman : 4 Majlis simbolik itu telah disempurnakan oleh Naqib MJSASKL, Y.Brs Ustaz Ahmad Rosidi bin Mohmad. Turut hadir bersama adalah Ustaz Luqman Abd Majid selaku Ketua Unit Kebajikan MJSASKL dan Ustaz Azli Ibrahim, Pegawai Sumber Manusia MJSASKL.


9 oktober 2023 Pada 9 Oktober 2023, Naqib Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur (MJSASKL), YBrs Ustaz Ahmad Rosidi bin Mohmad telah mengadakan lawatan kerja dan kunjungan hormat ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tujuan lawatan ini adalah untuk membincangkan berkaitan isu pengemis yang berada di sekitar masjid. Mutakhir ini, pihak masjid mendapati semakin bertambah pengemis jalanan khususnya selepas Solat Jumaat yang menanti penderma di pintu utama Masjid. lawatan dari jabatan pertanian malaysia. lawatan kerja dan kunjugan hormat ke jabatan kebajikan masyarakat wilayah persekutuan kuala lumpur Halaman : 5 Pada 9 Oktober 2023, Jam 3.00 petang, Jabatan Pertanian Malaysia telah datang melawat dan memeriksa hasil pertanian yang dijalankan di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur. Ia bertujuan untuk memastikan bahan dan peralatan yang disediakan telah digunakan sebaiknya. 9 oktober 2023 Lawatan ini telah diambut Encik Muhd Aiman Nasharuddin selaku Pembantu Operasi MJSASKL. Selain dari itu terdapat dikalangan mereka untuk memaksa para jemaah memberi sumbangan derma kepada mereka. Disebabkan itu, pihak Masjid berhasrat untuk Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat memantau hal ini dan membuat tindakan yang sesuai mengikut undang-undang di negara kita.


Solat Hajat dan Qunut Nazilah telah dipimpin oleh Imam yang bertugas, YBrs Ustaz Muhammad Farhan bin Nasharuddin. 9 oktober 2023 Pada 9 Oktober 2023, selaras dengan saranan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur telah mengadakan Solat Hajat dan Qunut Nazilah bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan buat rakyat Palestin yang kini dalam situasi bahaya selepas diserang oleh pihak Israel. 10 oktober 2023 Pada 10 Oktober 2023, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur telah mengeluarkan makluman tawaran pekerjaan sebagai Pengawal Keselamatan kepada seluruh rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia berkelayakkan mengikut syarat yang telah ditetapkan boleh memohon kepada pihak masjid dengan menghantar resume kepada Ustaz Azli Ibrahim selaku Pegawai Sumber Manusia masjid. Tarikh tutup permohonan adalah 15 Disember 2023. Mereka yang mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut mahupun bekas anggota unit beruniform sangat diutamakan dalam permohonan ini. pengumuman jawatan kosong sebagai pengawal keselamatan solat hajat dan qunut nazilah bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat palestin Halaman : 6


11 oktober 2023 Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dua hala dan menyatakan hasrat masjid untuk bekerjasama dengan Public Islamic Bank Berhad 12 oktober 2023 Dalam episode kedua bersama Da’i Anas pada 12 Oktober 2023 menerusi Facebook Live, Penceramah telah menerangkan kepada penonton maksud Takabbur. Menurut penceramah, sifat sombong juga adalah salah satu perkara yang termasuk dalam dosa besar. Sombong telah dibahagi kepada beberapa bahagian iaitu sombong terhadap kebenaran, sombong terhadap makhluk. Para jemaah boleh mengikuti Tazkirah Online ini setiap hari Khamis jam 10.00 pagi di Facebook Radio JAWI dan Facebook Jamek FM. tazkirah online : takabbur lawatan kerja dan kunjungan hormat ke ibu pejabat public islamic bank berhad kuala lumpur Halaman : 7 Ustaz Ahmad Rosidi, Ustaz Fitri Azim dan Encik Adiman bersama anggota pegawai Public Islamic Bank Berhad. Pada 11 Oktober 2023, Naqib Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur, YBrs. Ustaz Ahmad Rosidi bin Mohmad telah mengadakan lawatan kerja dan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Public Islamic Bank Berhad Kuala Lumpur.


12 oktober 2023 Pada 12 Oktober 2023 jam 3.00 petang, Naqib Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur telah mengadakan lawatan kerja dan kunjungan hormat ke Amanah Raya Berhad W.P Kuala Lumpur. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kedua pihak selain ingin menyatakan hasrat untuk bekerjasama antara satu sama lain dalam menjayakan sesebuah program. Dalam lawatan ini turut hadir bersama adalah Encik Adiman Baharon, Ketua Unit Operasi dan Ustaz Muhd Fitri Azim bin Zulkifli, Ketua Unit Pelancongan MJSASKL. lawatan kerja dan kunjungan hormat ke amanah raya berhad w.p kuala lumpur Halaman : 8 12 oktober 2023 Lawatan kerja dan kunjungan hormat ke jabatan pengairan dan saliran w.p kuala lumpur Pada 12 Oktober 2023 jam 10.00 pagi, Naqib Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur telah mengadakan kunjungan hormat dan lawatan kerja ke Jabatan Pengairan dan Saliran W.P Kuala Lumpur. Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan isu projek yang akan dilaksanakan bagi menghalang… kemasukan limpahan air dari sungai Klang dan Sungai Gombak apabila hujan lebat. Dalam lawatan ini turut hadir bersama Encik Adiman bin Baharon, Ketua Unit Operasi Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur.


12 oktober 2023 Pada 12 Oktober 2023 selepas Solat Maghrib telah diadakan Solat Hajat untuk rakyat Palestin. Program ini anjuran stesen radio Zayan dan radio Era. Antara personaliti radio yang hadir adalah Mawi, Anas Tahir, Nabil Ahmad dan ramai lagi. Selesai solat hajat, sedikit tausiyah telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Nizzam Rasali dan pendedahan dari personaliti radio iaitu Mawi tentang bagaimana pengalaman mereka menjejakkan kaki ke bumi Palestin. Program berakhir dengan solat Isyak berjemaah. solat hajat untuk palestin Halaman : 9 17 oktober 2023 Pada 17 Oktober 2023 telah berlangsung satu mesyuarat yang dinamakan sebagai Mesyuarat Program Salam Lestari. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan gerak kerja yang bakal dilaksanakan bagi menjayakan program Salam Lestari MJSASJKL. Program ini yang dilaksanakan pada 25 November 2023. Program ini mendapat kerjasama dengan SustNET, Mygroceries, Zayan FM, DBKL Cawangan Bukit BIntang, KK MArt dan ramai lagi. Semoga apa yang dirancang akan berjalan dengan lancar. mesyuarat salam lestari


19 oktober 2023 Dalam Tazkirah Online episode 3, Da’i Anas telah membawa tajuk berkaitan Riak dan Ujub. Da’i Anas telah menerangkan pengertian sebenar berkaitan dua topik yang berkaitan ini. Penceramah juga telah memberi contoh yang mudah kepada penonton agar kita dapat membezakan pengertian Riak dan Ujub. Semoga kita terhindar dari dua penyakit ini. TAzkirah online episode 3 Halaman : 10 Pada 25 Oktober 2023 jam 1.45 25 oktober 2023 petang telah diadakan sesi Penilaian Standart Penarifan Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur. Antara pegawai yang hadir bagi sesi tersebut adalah Y.Brs Ustaz Dr. Rohaily@Abd Rahman bin Abd Hamid, Ustaz Nur Helmy bin Mohammad Asmoi dan Ustaz Mohd Firdaus bin Zakaria. Kehadiran mereka telah disambut oleh Timbalan Naqib MJSASKL Ustaz Ahmad Nizzam Rasali. Secara keseluruhan tempat dan kemudahan masjid telah di semak oleh pegawai bertugas. Sesi Penilaian Standart Penarifan Masjid telah selesai pada jam 3.00 petang. sesi penilaian standart penarifan masjid di masjid jamek sultan abdul samad kuala lumpur


Halaman : 11 26 oktober 2023 Pada 26 Oktober 2023 jam 10.00 Pagi telah diadakan sesi Audit Kewangan Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur. Ustaz Ahmad Nizzam Rasali selaku Bendahari masjid telah menyediakan dokumen fail-fail yang berkaitan untuk di semak. Sesi Audit Kewangan Masjid telah berjalan dengan lancar dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. sesi audit kewangan masjid jamek sultan abdul samad kuala lumpur 26 oktober 2023 Tazkirah online episode 4 Tazkirah Online pada episode 4 Da’i Anas telah membicarakan satu topik berkaitan Cinta Dunia. Dalam topik kali ini, Da’i Anas telah menerangkan pengertian Cinta Dunia. Program ini berlangsung setiap hari Khamis pada jam 10.00 pagi menerusi Facebook Live di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Radio JAWI dan Jamek FM.


Halaman : 12 artikel pilihan BANTU MEMBANTU Alhamdulilah Hari Sabtu 7/10/2023 Jam 11 pagi kami telah menyantuni golongan Asnaf seramai 20 orang dan di wakilkan oleh Encik Haikal Daniel Bin Khairal Abidin (Penasihat Perhubungan Korporat Kumpulan Syarikat KK Group) dan Ustaz Ahmad Rosidi Bin Mohmad (Naqib Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur ). Sehubungan dengan ini, pihak Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur mengucapkan ribuan Terima Kasih tidak terhingga kepada semua sekali yang meraikan program ini. Akhir kata, semoga dipermudahkan segala urusan dunia mahupun akhirat, semoga diberikan kesihatan selalu dan dimurahkan rezeki Allahuma Aamin Gerobok muhibbah mjsaskl Gerobok muhibbah


Halaman : 13 ayat Pilihan


Halaman : 14 Doa pilihan


Halaman : 15 Medsos kami


Halaman : 16 Sumbangan Alamat : Lot 64, pejabat pentadbiran masjidjamek sultan abdul samad kuala lumpur jalan tun perak 50050. kuala lumpur no. Telefon : 03 - 2202 8228 email : [email protected]


2023 jamek executive Muhammad Hafiz bin Mohd Arif O K T O B E R Disediakan oleh : Ketua Unit Multimedia dan Penerbitan Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur


Click to View FlipBook Version