Terbit edisi e-buku, Jun 2021 © Angkatan Belia Islam Malaysia Judul Asal: Petikan daripada mukadimah tafsir al-Istighnā’ fī ‘Ulūm al-Qur’ān Pengarang: Muḥammad al-Mutawallī al-Idfuwī raḥimahullāh (w. 388H) Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail Penyunting dan Transliterasi: Mohd Khairul Anwar Ismail Reka Bentuk Kulit: Ainatunnadiah Azizan Reka Letak Huruf: Muhammad Fateh ABIM PRESS PLT (LLP0012799-LGN) No. 6, Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang 53100 Kuala Lumpur MALAYSIA No. Telefon (P): +603-4108 4500 No. Telefon (HP/Whatsapp): +60133916299 No.Faks: +603-4108 2400 Emel: [email protected] Laman Sesawang: www.abimpress.com FB: www.facebook.com/abimpressmy Koleksi E-Buku ABIM PRESS boleh diakses dan dimuatturun secara percuma di pautan berikut: https://tinyurl.com/KoleksiEbukuABIMPRESS Atau boleh juga ikuti perkembangan E-buku terkini di halaman FB Abim Press: ABIM PRESS
3 MUQADDIMAH PENTERJEMAH Atas nama Yang Kasih, daku menulis. Selawat dan salam, buat kekasih. Gita puji sesempurnanya bagi Allāh, selama-lamanya, atas kurnia-Nya dan izin-Nya, sesuai ketetapan-Nya yang tersurat, kita selesai melaksanakan khidmat kepada turāth Imām Muḥammad al-Mutawallī al-Idfuwī ini, petikan daripada mukadimah tafsirnya al-Istighnā’ fī ‘Ulūm alQur’ān. Ia merupakan mukadimah yang kaya dengan bab-bab ‘Ulūm al-Qur’ān. Kita bahagikannya kepada beberapa fasal dan meletakkan tajuk yang bersesuaian dengannya, sebagai pencerahan. Sekadar makluman tambahan, mukadimah ini telah disyarahkan oleh Shaykh Musāʻid al-Ṭayyār ḥafiẓahullāh ta‘ālā.
4 Kita sertakan juga sedikit biografi pengenalan siapakah Muḥammad al-Mutawallī al-Idfuwī ini, memandangkan majoriti masyarakat kita kurang mengenali sosok ilmiah dan sejarah Muḥammad al-Mutawallī al-Idfuwī ini, serta sumbangannya dalam kesarjanaan Islam. Kita gembira sekali dapat berkhidmat kepada turāth ‘datuk’ kita pada nasab ini – al-Ḥasanī – semoga Allāh menempatkannya di syurganya yang terlapang, di sisi-Nya yang Maha Agung, āmīn. Terima kasih kita ucapkan buat pihak ABIM PRESS atas kesudian menerbitkan dan menyebarkannya secara gratis nan online. Tiada hakcipta yang kita tuntut di balik terbitan ini, ia bebas diulangcetak dan disebarkan oleh sesiapa saja, dan digunakan dalam kajian-kajian. Sesungguhnya tiada apa yang kita miliki melainkan kesalahan dan kesilapan. Sementara seluruh kebaikan itu hanyalah milik Allāh. Sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan kesilapan dalam terjemahan ini, mohon segera dimaklumkan agar segera diperbetulkan, kerana tiada kitab yang sempurna melainkan al-Qur’ān. Allāh Maha Mengetahui. Syafiq atTauhidi (Mohammad Syafiq Ismail) 18 Rabiul Awwal 1442H / 4 November 2020M Maktabah atTauhidi, negeri Sabah alMahmiyah billah.
5 BIOGRAFI MUḤAMMAD AL-MUTAWALLĪ AL-IDFUWĪ (Makam Imām Muḥammad al-Mutawallī al-Idfuwī raḥimahullāh, di Idfū) Beliau bernama Muḥammad bin ‘Alī al-Idrīsī al-Ḥasanī al-Idfuwī (nisbah kepada Idfū, Mesir), muqri’ naḥwī, muḥaddith, ālim ensiklopedik berketurunan Ahl Bait Nabi. Terkenal dengan laqab Muḥammad al-Mutawallī.
6 Diberi kuniah Abū Bakar. Ṣāḥib al-Istighnā’ fī ‘Ulūm alQur’ān. Melalui kajian nasabnya, kita dapati bahawa keturunan beliau berasal daripada Maghrib, pengasas Dinasti Idrisiyah. Sebab perpindahan keturunannya ke Mesir tidak diketahui, kemungkinan besar setelah kejatuhan Dinasti Idrisiyah ini di bawah pimpinan Dinasti Umawiyah pada tahun 183H. Tidak banyak yang diketahui mengenai kehidupan awalnya, bahkan biografi beliau secara amnya, hanyasanya para pengkaji biografi beliau menyatakan bahawa beliau membesar di Idfū, kemudian melanjutkan pengajiannya di Jāmi‘ ‘Amr bin al-‘Āṣ di Fustat, dan seterusnya di Jāmi‘ Aḥmad bin Ṭūlūn di Kaherah. Beliau memiliki kepakaran yang tinggi di dalam bidang bahasa Arab. Bagaimana tidak, beliaulah murid kanan kepada Abū Ja‘far al-Naḥḥas, pakar ilmu Naḥū di Mesir, dan beliaulah yang meriwayatkan kesemua buku al-Naḥḥas. Beliau mempelajari qirā’at Nāfi‘ dan tafsir alQur’ān daripada Abū Ghānim al-Muẓaffar bin Aḥmad. Abū ‘Amrū al-Dānī menyifatkan beliau, “Abū Bakar menjadi satu-satunya imām (yakni rujukan utama) pada zamannya dalam qirā’at Nāfi‘, ditambah lagi dengan ilmunya yang luas, kefahamannya yang cemerlang, kepetahan tutur katanya, serta kepakarannya dalam ilmu bahasa Arab, dan tilikannya yang halus mendalam akan makna-makna kalimat.”
7 Beliau dilantik sebagai shaykh (profesor) di Jāmi‘ Aḥmad bin Ṭūlūn, menjadi guru kepada alim-alim besar selepasnya. Di antara anak muridnya yang terbilang ialah Abū al-Ḥasan al-Hawfī, pengasas kepada bidang baru dalam kajian al-Qur’ān – ‘Ulūm al-Qur’ān, mengambil inspirasi daripada karya gurunya Muḥammad al-Mutawallī ini. Serta, Makkī bin Abī Ṭālib, muqri’ dan mufassir agung itu, yang banyak sekali meriwayatkan pendapat al-Naḥḥas di dalam penulisannya melalui gurunya Muḥammad alMutawallī ini. Beliau dikatakan menampung dirinya dengan menjadi pengutip dan penjual kayu, raḥimahullāh. Hal yang kita nilai, sebagai beramal dengan sabda datuknya ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam: ِدِه َ ِل ي َ َ ْ ع ْ ك َُ ِ من أ َ ي � ْ ن َ ْ أ ي� ًْ ِ ا من َ خ ُّ َط ً ا ق َ ام ع َ ٌ ط َد ح َ َ ك ََ أ َ ا أ م “Tiadalah benda terbaik yang dimakan oleh seseorang itu, berbanding daripada memakan hasil kerja tangannya sendiri.” (H.R. alBukhārī) Beliau wafat pada tahun 388H, dan dikebumikan di Idfū, raḥimahullāh. Beliau telah meninggalkan beberapa karya penulisan, yang terpenting antaranya ialah, Al-Istighnā’ fī ‘Ulūm al-Qur’ān; tafsir al-Qur’ān yang terbesar yang diketahui hingga ke hari ini, dikarang sebanyak 120 jilid. Namun kebanyakan tafsir ini telah hilang, dan hanya beberapa fragmen sahaja yang telah ditemui daripada karya agung
8 ini, yang telah ditaḥqīq sebagai tesis Sarjana Universiti Umm al-Qurā, Mekah. Semoga Allāh merahmati Imām Muḥammad alMutawallī al-Idfuwī raḥimahullāh. Sungguh, kita beruntung dapat mengkaji dan menyaksikan kehebatan yang pelbagai dalam peribadi beliau: kehebatan nasab, kehebatan ilmu, kehebatan amal, keberkatan hidup yang dibelanjakan di jalan Allāh. Dikatakan, Shaykh Mutawallī al-Sha‘rawī raḥimahullāh bila sampai di Idfū, lalu meniatkan untuk menziarahi makam Imām al-Mutawallī al-Idfuwī, beliau akan menanggalkan kasut beliau, dan berjalan kaki ke makam, sebagai tanda penghormatan kepada Imām. Untuk rujukan lanjut: • Ḥusn al-Muḥāḍarah, karangan al-Suyūtī. • Al-Qurrā’ al-Kibār, karangan al-Dhahabī. • Ṭabaqāt al-Mufassirīn, karangan al-Dāwūdī. • Al-A‘lām, karangan al-Ziriklī. • Mu‘jam Ḥuffāz al-Qur’ān ‘abr al-Tārīkh, karangan Muḥammad Sālim Muḥaysin.
9 HATIKU TENANG DENGAN AL-QUR’ĀN: MUKADIMAH AL-ISTIGHNĀ’ FĪ ‘ULŪM AL-QUR’ĀN Oleh: Muḥammad al-Mutawallī al-Idfuwī raḥimahullāh (w. 388H) Atas nama Allāh, Yang Maha Kasih lagi Maha Sayang. Wahai Rabb, permudahkanlah, bantulah, dan khatamkanlah ia dengan sebaiknya, wahai Yang Maha Pemurah.... ***
10 [BERPEGANG TEGUH KEPADA ALQUR’ĀN DAN SUNNAH DAN BERAMAL DENGANNYA] Diriwayatkan daripada Nabi ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam, baginda bersabda: ْ ب � َ ما : كتاب ِ الهل ُ � ت ْ َّ ك َ َ س وا ما � ت ُّ ِضل َ ِ لن ت ي� ْ ن ْ رَ م َ ُ فيمك أ � ت كت ِ ِه ّ َ نبي ة َّ ُ ن وس “Daku telah tinggalkan dua perkara buat kalian. Kalian tidak akan sesat selama-lamanya, selama kalian berpegang teguh dengannya: Kitābullāh, dan Sunnah Nabi-Nya.”1 Diriwayatkan daripada baginda ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam, baginda bersabda kepada ‘Abdullāh bin Mas‘ūd: َ ِاحٍد َ ٍرف و َ ح َل َع ْ ب � ٍب ٍ واحد و ُ من ِل ْ ز َ� ن ْ ت َّ َ الكتب اكنت إن ِة ٍ أبواب وعىل ٍ سبعة ٍ أحرف َ َ من سبع ِل ْ ز � ن ُ َ أ َّ القرآن وإن ٌ ِه ٌَ ومتشاب ُب ٍ أمثال وحمك ٌ وآمرٌ وزاجرٌ ض و� ٌ وحرام حالل َ ََ اك َّا � ن َ ِه ع َ َ انت َ و َ رَ ك م َ َ ا أ َ ل م َ افع ُ و َ ه َ حرام ِم ُ وحرّ َ َّ حالل ِحل َ فأ ُل ك ٌُّ ِ م ِ ن عند ِ الهل وما َ ق ِ ِه و َ ْ ك ُ ح ْ ب � َل ُ وامع َ ْ أمثال ب� ِ َ ت ْ ُ واع َ نه ع َ ِ اب ب ْ ل أ َّ أولوا ال رُ إل َّ ك َّ يذ “Sesungguhnya kitab-kitab (samawi sebelumnya) diturunkan daripada satu pintu, 1 Hadis ini turut diriwayatkan Mālik di dalam al-Muwaṭṭā’.
11 dan dengan satu ḥarf (bacaan dan makna) pula. Adapun al-Qur’ān diturunkan daripada tujuh pintu, dan dengan tujuh aḥruf (bacaan dan makna, yakni): halal, haram, perintah, larangan, perumpamaan, muḥkam (yang jelas maknanya), dan mutashābih (yang samar maknanya). Halalkanlah (yakni iktiraflah kehalalan) sesuai dengan apa yang dinilainya sebagai halal. Haramkanlah (yakni iktiraflah keharaman) sesuai dengan apa yang dinilainya sebagai haram. Laksanakanlah apa yang diperintahkannya kepadamu. Berhentilah daripada melakukan apa yang ditegahnya ke atasmu. Ambillah iktibar daripada perumpamaan-perumpamaannya. Beramallah dengan (ayat-ayat) muḥkamnya. Katakanlah: Kesemua ini datang daripada sisi Allāh jua. Dan tiadalah yang benar-benar beringat, melainkan orang yang memiliki akal (yang baik).”2 Diriwayatkan daripada baginda ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam, baginda bersabda: َ ه، واقتدوا ِموا حرام َ رّ َ ، وح وا حالل ُّ َ ب لوا � ِ لقرآن ِ ، وأحل امع وه ُّ َ عليمك منه فرُ د َه ي ٍء منه، وما تشاب ُ ش روا ب� به، وال تكف ْ ِراة، َّو ِ ب� ب ومك، وآمنوا �لت ُ خ ِ ِ م ي ن بعدي، ك� ي � أول العمل إىل ي 2 Hadis ini turut diriwayatkan Ibn Ḥibbān dan al-Ḥakīm.
12 ْ مك َ ع َس ي ْ ِ م، ول َ ِ م ب ن ر� ّ ُّون ِي ب َّ َ الن ِي ُو� ت ِ ، وما أ َّ بور ج ِيل، والز ن إوال� ٌ ٌ ، وماحل ع َّ ٌ مشف َّه شافع ُ ِ وما فيه م ِ ن البيان؛ فإن القرآن ُ ي أعطيت َ إ� ن َ ِ القيامة و ٌ يوم ِ ٍ آية منه نور ّ ِلك َ ب َ و ل َ ٌ ، أ َّ ق مصد ُ ِ موىس وأعطيت َ من ألواح ن ُ ي طه والطواس� َ وأعطيت َّل و َ أ ال ُ ت ِت ِ العرش وأعطيت َ ِ البقرة من � َ ِ الكتاب ي وخوات� ت ة فا� ً لة ن ف � َ َّ ل املفص “Beramallah dengan al-Qur’ān. Halalkanlah (yakni iktiraflah kehalalan) sesuai dengan apa yang dinilainya sebagai halal. Haramkanlah (yakni iktiraflah keharaman) sesuai dengan apa yang dinilainya sebagai haram. Janganlah kalian ingkari satu apapun daripadanya (isi kandungan al-Qur’ān itu). Apa yang menjadi samar-samar pengetahuannya kepada kalian, maka kembalikanlah ia (rujuklah) kepada para ulama selepasku, agar mereka beritahu (penjelasannya) kepada kalian. Berimanlah dengan Taurāt, Injīl, Zabūr, dan seluruh (kitab serta ṣuḥuf) yang dikurniakan kepada para Nabi oleh Tuhan mereka. Memadailah alQur’ān buat kalian, serta al-Bayān (keterangan ayat dan kebijaksanaan makna) yang ada di dalamnya. Sesungguhnya, ia adalah pemberi syafaat, yang membawa3 dan yang dipercayai kebenarannya. 3 Yakni: Membawa orang yang mempercayainya dan beramal dengan isi kandungannya ke Syurga. Dan, membawa orang yang menafikan kebenarannya dan enggan beramal dengan isi kandungannya ke Neraka, na‘ūdhubillāh.
13 Sungguh! Setiap ayat itu memiliki nūr-nya di Hari Kiamat. Sungguh, daku telah dikurniakan al-Awwal (Sūrah al-Baqarah). Daku telah dikurniakan Ṭāha dan al-Ṭawāsīn4 daripada papan lauḥ Mūsā. Daku telah dikurniakan Fātiḥatul Kitāb (Sūrah al-Fātiḥah), dan ayat-ayat penutup Sūrah al-Baqarah, daripada bawah ‘Arash. Daku dikurniakan al-Mufaṣṣal5 sebagai tambahan.”6 Diriwayatkan daripada baginda ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam, baginda bersabda; ِ َ ماكن الز بور ي ُ املثا� ن ُعطيت َ ِ ماكن التوراة وأ ُ السبع ُعطيت أ ِل َّ َص ُ ف ُ ب �مل ِ لت ّ ُض ج ِيل وف ن ُ إ احلم ماكن ال� ُعطيت وأ “Daku dikurniakan dengan al-Sab‘7 ganti (yakni yang setanding) dengan Taurāt. Daku dikurniakan dengan al-Mathānī8 ganti (yakni yang setanding) dengan Zabūr. Daku 4 Al-Ṭawāsīn: 3 surah yang dimulakan dengan طمس atau طس yakni surah al-Shu‘arā’, al-Naml, dan al-Qaṣaṣ. 5 Al-Mufaṣṣal: Surah-surah ringkas, yang bermula daripada Surah Qaf hingga ke surah al-Nās. 6 Hadis ini turut diriwayatkan Ibn Ḥibbān. 7 Al-Sab‘: 7 surah terpanjang di dalam al-Qur’ān: al-Baqarah, Āli ‘Imrān, al-Nisā’, al-Mā’idah, al-An‘ām, al-A‘rāf, al-Anfāl dan al-Tawbah. Para sahabat mengira al-Anfāl dan al-Tawbah sebagai satu surah, di mana antara tandanya ialah al-Tawbah tidak dimulakan dengan bismillāh. 8 Al-Mathānī: Surah-surah yang bilangan ayatnya di bawah 100.
14 dikurniakan al-Ḥāmim9 ganti (yakni yang setanding) dengan Injīl. Daku diistimewakan dengan al-Mufaṣṣal.”10 *** [KASIH SAYANG NABI ṢALLALLĀHU ‘ALAYHI WA SALLAM KEPADA KITA DAN 7 AḤRUF AL-QUR’ĀN SEBAGAI RUKHṢAH] Diriwayatkan daripada baginda ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam: : َ َقال ُ ، ف َ م َّ ل ُ عليه الس ِ يل ُ ِ جب� ْ َ ه ت ٍ ، فأ� َ ار َ ن� ِي ِ غف َ ِاة ب ض َ أ َ ب � َّه اكن أن َ صىل َقال َ ِاحٍد، ف َ رْ ٍف و َ ح َ عل رْ آن ُ َ الق رَ أ ْ ق َ ْ ت ن َ َ أ ُ رُ ك م ْ أ َ َ ي � َّ َّ الل إن َّ ذلك ليشق َاة الرمحة، وإن َ اف ُ ع َ امل َّ ُ الل ل َ ْ أ س َ الهل عليه وسمل: أ َ َّ َّ الل َ : إن َقال َ ، ف ة َ ِالث َّ ُ الث َ ه ت � َ َّ أ ُ ث ي و ال يستطعون، � َّت� م ُ عىل أ َ َّ ُ الل ل َ ْ أ س َ َ : أ َقال ْ رُ ٍف، ف ح َ ِة أ َ ث َ ل َ َ ث َ عل رْ آن ُ َ الق رَ أ ْ ق َ ْ ت ن َ َ أ ُ رُ ك م ْ أ َ ي� ي و ال يستطعون، َّت� م ُ َّ ذلك ليشق عىل أ َاة الرمحة، وإن َ اف ُ ع امل َ َ عل رْ آن ُ َ الق رَ أ ْ ق َ ْ ت ن َ َ أ ُ رُ ك م ْ أ َ َ ي � َّ َّ الل َ : إن َقال َ ، ف َ ة ِع ُ الرَّ اب َ ه ت � َ َّ أ ُ ث � َ اب ص َ ْ أ د َ َ رْ ٍف م� ن ا فق َرأ عىل ح ف ن ق ْ رُ ٍف، � ح َ ِة أ َ ْع َ ب س 9 Al-Ḥāmim: Surah-surah yang dimulakan dengan مح ,disusun secara tertib di dalam al-Qur’ān bermula daripada surah Ghāfir hingga surah alAḥqāf. 10 Hadis ini turut diriwayatkan al-Ṭabarī dalam tafsirnya.
15 “Baginda berada di kawasan rawa (yang menakungkan air bersih) Banī Ghifār. Jibrīl datang kepada baginda lalu berkata, “Allāh memerintahkanmu untuk membacakan alQur’ān menurut satu ḥuruf.” Baginda ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam bersabda, “Daku memohon keampunan dan rahmat Allāh. Sesungguhnya demikian itu sukar buat umatku dan mereka tidak mampu (melakukannya).” Kemudian, dia (Jibrīl) datang kepadanya buat kali ketiga, lalu berkata, “Allāh memerintahkanmu untuk membacakan alQur’ān menurut tiga ḥuruf.” Baginda menjawab,” Daku memohon keampunan dan rahmat Allāh. Sesungguhnya demikian itu sukar buat umatku dan mereka tidak mampu (melakukannya). Kemudian, dia (Jibrīl) datang kepadanya buat kali keempat, lalu berkata, “Allāh memerintahkanmu untuk membacakan al-Qur’ān menurut tujuh ḥuruf. Yang mana satupun dibaca mereka, maka dia telah benar (dalam bacaannya).”11 di dalam hadis lain: َّت� ِي ، م ُ أ ِفرْ ِ ل ْ َّ اغ ُم ه َّ ُ : الل ْت ل ُ ق َ َا ، ف ِني� ُ ل َ ْ أ س َ ٌ ت ة َ ل َ ْ أ َ س ٍة م َّ َ د ِ ر ُّ ِك َ ب َك ول َّ َ ل ُ ص ي� ِب� َْ ِاه َت� َّ إ ْ ، ح ُم ه ُُّ ُ ك ق ْ ل َ خ ْ َّ ال ي َ ِل َ ُب إ ْ ٍمي � َ ْغ َو ِ لي َ ة َ ِالث َّ ُ الث َّ رْ ت خ َ َ أ و َ َّ َ ل َ س ِه و ْ ي َ ل َ ُ ع َّ الل 11 Hadis ini turut diriwayatkan Muslim dalam Ṣaḥīḥnya, Ibn Ḥibbān dalam Ṣaḥīḥnya, dan al-Ṭabarī dalam tafsīrnya, dengan sedikit perbezaan lafaz.
16 (Jibrīl) berkata, “(Allāh berfirman): Bagi setiap jawapan (buatmu), ada satu permintaan yang dikau boleh minta daripadaKu.” Daku berdoa, “Wahai Allāh, ampunkanlah umatku.” Dan daku tangguhkan (permintaan) yang ketiga untuk Hari (Kiamat), di mana seluruh makhluk menginginkanku (syafaatku), hatta Ibrāhīm ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam.”12 ا َ َ : إذ َقال ْ ن� ِي ، ف ِ ّ َ ل ع َ ُ ، ف ي� َْ ه َ ُ غ ِسن ْ ح ُ ِ ما أ ّ َق َ ب �حل َك َ ث َع والذي ب رْ ِآن ُ َ الق َ ِ من َ َّ َس معك ي َ ْ ما ت رَ أ ْ َّ اق ُ ث � ، ْ ِ ب� ّ َ ك َ ِة ف َ َّ ل َ إىل الص ْ ت ُ ق � 12 Hadis ini diriwayatkan al-Idfuwī secara ringkas. Hadis ini turut diriwayatkan Muslim dalam Ṣaḥīḥnya, dengan lafaz: ْ ِ ن ّ َو ْ ه ن َ ِه أ ْ ي َ ُ إل ْت َد رَ د َ َ رْ ٍف، ف َ ح َ عل رْ آن ُ رَ ِأ الق ْ ِن اق َ َّ أ ي َ َ إل ِسل ْ ر ُ ُّ أ ي ب� َ ُ ل ي : � أ ِي َ َقال َ ف ْ عل ِ ن ّ َو ْ ه ن َ ِه أ ْ ي َ ُ إل ْت َد رَ د َ ِ ، ف ي� ْ ن َ َ رْ ف َ ح ُ عل ه ْ رَ أ ْ َ اق َة ِاني َّ َّ الث ي َ َّ إل رَ د َ َّت� ِي ، ف م ُ َ أ عل ٌ ة َ ل َ ْ أ َ س َ ا م َ ُك ت ْ َد َ د ٍة ر َّ َ د ِ ر ُّ َ بك َك ل َ ْ رُ ٍف، ف ح َ ِة أ َ ْع َ ب َ س ُ عل ه ْ رَ أ ْ َ اق ة َ ِالث َّ َّ الث ي َ َّ إل رَ د َ َّت� ِي ، ف م ُ أ َ ٍوم ِ لي َ ة َ ِالث َّ ُ الث َّ رْت خ َ َ أ َّت� ِي ، و م ُ أ ِفرْ ِ ل ْ َّ اغ ُم ه َّ َّت� ِي ، الل م ُ أ ِفرْ ِ ل ْ َّ اغ ُم ه َّ ُ : الل ُ لت ق َ َا، ف ِني� ُ ل َ ْ أ س َ ت َ َّ َ ل َ س ُ عليه و َّ َّ الل َ ل ُ ص ي� ْ ت ، ح� َّ ب إ� َْ ِاه ُم ه ُُّ ُ ك ق ْ ل َ َّ ا لخ ي َ َ ُب إل ي� َ ْغ “Wahai Ubayy, sesungguhnya telah diutuskan kepadaku, agar, bacakanlah al-Qur’ān menurut satu huruf. Daku menjawabnya, agar, permudahkanlah buat umatku. Dia kembali kepadaku buat kali kedua, agar, bacakanlah menurut dua huruf. Daku menjawabnya, agar, permudahkanlah buat umatku. Dia kembali kepadaku buat kali ketiga, agar, bacakanlah menurut tujuh huruf. Bagi setiap jawapan (buatmu), ada satu permintaan yang dikau boleh minta daripadaKu.” Daku berdoa, “Wahai Allāh, ampunkanlah umatku. Wahai Allāh, ampunkanlah umatku.” Dan daku tangguhkan (permintaan) yang ketiga untuk Hari (Kiamat), di mana seluruh makhluk menginginkanku (syafaatku), hatta Ibrāhīm ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam.”
17 (Orang itu berkata) “Demi Dia yang telah mengutuskanmu dengan kebenaran, daku tidak tahu harus berbuat apa lagi selain ini. Ajarkanlah daku.” Baginda bersabda, “Sekiranya dikau berdiri untuk solat, bertakbirlah. Kemudian, bacalah apa yang mudah bagimu daripada al-Qur’ān itu yang ada bersamamu.”13 *** [TAFSIR DAN KEPENTINGANNYA] Diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbās, beliau berkata: “Tafsir al-Qur’ān itu ada empat awjuh (jenis); Tafsir yang diketahui oleh bangsa Arab. Tafsir yang diketahui para ulama. Tafsir yang tidak diterima uzur sesiapapun yang tidak mengetahuinya (yakni yang wajib diketahui) – Abū Bakar berkata: yakni berkenaan halal dan haram. Serta, tafsir yang takwilannya tidak diketahui (sesiapapun) melainkan Allāh, sesiapa mendakwa (memiliki) pengetahuannya, dia adalah seorang pendusta.”14 13 Hadis ini tidak dapat dikesan dalam taḥqīq M. Suat Mertoglu (2011), tapi dinyatakan dalam taḥqīq Muḥammad Yaḥyā Sa‘d (2015) ada dibawakan. Hadis ini popular dengan gelaran Hadis Musi’ al-Ṣalāt (Orang yang tidak pandai solat). 14 Athar ini diriwayatkan juga oleh al-Ṭabarī dalam tafsīrnya.
18 Diriwayatkan daripada Ibn Mas‘ūd raḥimahullāh, beliau berkata: “Perumpamaan al-Qur’ān ini, ialah: seperti seseorang yang berjalan di satu kawasan, di mana semua jenis tumbuhan ada di situ. Dia berasa takjub melihat cahaya yang ada pada tumbuhan-tumbuhan itu. Dia berkata, “Daku tak pernah melihat tumbuhan yang lebih indah seperti hari ini.” Ketikamana dia dalam keadaan sebegitu, dia melalui sebuah (kawasan yang dipenuhi) taman-taman yang indah, yang menjadikannya lupa tentang tumbuhan yang awal dahulu (yang pernah dilaluinya). Perumpamaan tumbuh-tumbuhan itu ialah umpama keagungan al-Qur’ān. Dan, perumpamaan taman-taman indah itu ialah umpama al-Hamim.” Diriwayatkan juga daripada beliau (Ibn Mas‘ūd), beliau berkata: “Sesungguhnya al-Qur’ān ini adalah ma’dubatullāh. (jemputan makan daripada Allāh) ‘azza wa jalla. Belajarlah daripada ma’dubat-Nya ini semampu kamu. Sesungguhnya al-Qur’ān inilah Ḥablullāh (tali Allāh), ia-lah al-Nūr al-Bayyin (cahaya
19 yang terang), ia-lah al-Shifā’ al-Nāfi‘ (Penawar yang memberi manfaat). Ia-lah ‘Iṣmah (perlindungan) bagi sesiapa yang berpegang teguh dengannya. Ia-lah al-Najāt (keselamatan) bagi sesiapa yang mengikutinya. Ia tidak bengkok hingga perlu diluruskan. Ia tidak terpesong hingga perlu dipujuk rayu (agar kembali ke jalan benar). Mengulangnya banyak kali tetaplah tidak membosankan. Keajaibankeajaibannya tidak pernah habis.”15 Diriwayatkan juga daripada beliau (Ibn Mas‘ūd), beliau berkata, “Setiap mu’addib (orang yang mengajar), patutlah dikaji kitabnya. Adabullāh (Kitab ajaran Allāh) ialah al-Qur’ān.”16 *** [PROSES PENURUNAN AL-QUR’ĀN] Diriwayatkan daripada Abū al-‘Āliyah, beliau berkata, “Ṣuḥuf diturunkan pada malam pertama Ramaḍān. Taurāt diturunkan pada (malam) keenam. Zabūr diturunkan 15 Athar ini turut diriwayatkan Ibn Abī Shaybah dalam Muṣannafnya. 16 Athar ini turut diriwayatkan al-Dārimī dalam Sunannya, dengan lafaz: ُ رْ آن ُ ق ْ ِ ال َّ َ َب الل د َ َّ أ ِن َ إ ُ ، و ُه ب َ د َ َ أ ْ � ت ُؤ ْ ي ن َ ِ ُّب أ ُ َ ي � ُو َه َّ و ِل ِ ٍب إ ّ د َ ُ ؤ ْ م ْ َس ِ من ي َ ل “Setiap mu’addib itu suka adabnya (yakni kitab ajarannya) dikaji. Adabullāh ialah al-Qur’ān.”
20 pada (malam) kedua belas. Injīl diturunkan pada (malam) ketujuh belas.”17 Diriwayatkan daripada Sa‘īd bin Jubayr, daripada Ibn ‘Abbās, berkenaan (tafsiran) firman-Nya jalla thanā’uhu, ِ َدر ِ الق ة َ يل َ ي ل ف � ُ َلناه � ن ز َ نّ أ �ِ إ” Sesungguhnya Kami turunkannya (alQur’ān) pada Laylatul Qadar.”, katanya: “(al-Qur’ān) Diberikan kepada Jibrīl pada Laylatul Qadar secara sekaligus. Lalu dibawa ke Bayt ‘Izzah. Kemudian mulalah ia diturunkan (kepada Rasūlullāh). Tempoh di antara permulaan (penurunan al-Qur’ān itu) dan penghujungnya ialah 23 tahun.”18 *** [TADABBUR AL-QUR’ĀN] Abū Bakar (al-Idfuwī) berkata: Wajiblah bagi ahli al-Qur’ān yang berakal, untuk membacanya dengan ḥaqqa tilāwatih (sebenar-benar bacaan). (Allāh berfirman): َ ُرآن َ الق ب� َّ ون َ َد ت َ َال ي ف َ أ “Kenapakah mereka tidak menghayati alQur’ān?” (Muḥammad, 24) Dikatakan (kepada Rasūlullāh), “Wahai Rasūlullāh, apa yang sudah jadi kepada kami, ketikamana membaca 17 Athar ini turut diriwayatkan al-Ṭabrānī dalam Mu‘jam Kabīr. 18 Athar ini diriwayatkan Ibn Abī Shaybah dalam Muṣannafnya.
21 al-Qur’ān, tidak sama seperti kami mendengarnya sendiri daripadamu?” Baginda bersabda: ٍ َ هر ِ لظ ُ ه َ ُ ون َقرَ ؤ َ ت ٍ و َ طن ُ ِ لب ه ُ قرَ أ َ ِي أ َ� نّ ِل “Kerana daku membacanya dengan batin (yakni menghayati maknanya), sementara kalian membacanya dengan zahir (tidak menghayati maknanya.”19 Al-Qāsim bin ‘Auf berkata, daku mendengar ‘Abdullāh bin ‘Umar berkata: “Kami telah hidup dalam satu tempoh, di mana, salah seorang daripada kami dikurniakan Iman sebelum al-Qur’ān. Lalu, satu surah diturunkan kepada Muḥammad ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam, kami pelajari (hukum-hakam) halal haramnya, perintah dan larangannya, serta (batas-batasnya) yang wajib dipatuhi, daripadanya (surah itu), sepertimana kalian pada hari ini mempelajari al-Qur’ān. Kemudian, pada hari ini, daku melihat ada beberapa orang yang dikurniakan al-Qur’ān sebelum Iman. Dia membaca di antara Fātiḥahnya hinggalah ke khātimahnya (yakni seluruh isi al-Qur’ān), dan 19 Hadis ini turut diriwayatkan al-Ḥakīm al-Tirmizī dalam Nawādirnya. Hadis ini mengandungi isyarat penting, bahawa, penghayatan pembaca memberi kesan kepada penghayatan pendengar. Renungkan.
22 dia tidak tahu perintah dan larangannya, dan tidak pula (mengetahui batas-batasnya) yang wajib dipatuhi. Dia menebarkannya umpama menebarkan buah kurma yang rosak (yakni membaca laju dan tanpa penghayatan).”20 *** Alḥamdulillāh, segala puji bagi Allāh, dahulu, kini dan selamanya, atas penyempurnaan terjemahan bagi karangan Sīdī Muḥammad al-Mutawallī al-Idfuwī ini, yang dijudulkan sebagai, Hatiku tenang dengan al-Qur’ān: Mukadimah al-Istighnā’ fī ‘Ulūm al-Qur’ān, pada sahur 18 Rabiul Awwal 1442H, bersamaan Rabu 4.11.2020M, di Maktabah atTauhidi, negeri Sabah alMahmiyah billah, di tangan empunya segala dosa dan kesilapan Syafiq atTauhidi. Semoga Allāh yang baik menerimanya dan mengumumkan manfaatnya kepada seluruh umat. 20 Athar ini turut diriwayatkan al-Ḥakīm dalam mustadraknya.