The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

17 - E-book Selamat Berangkat Duhai Ramadan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cyberokettechnology, 2023-04-07 08:13:46

Selamat Berangkat Duhai Ramadan

17 - E-book Selamat Berangkat Duhai Ramadan

Terbit edisi e-buku, Mei 2021 © Angkatan Belia Islam Malaysia Judul Asal: Al-Ṣawm: Tarbiyah wa Jihād Pengarang: Dr. Muḥammad ‘Abdullāh Dirāz raḥimahullāh Penterjemah dan Penyunting: Syah Nazrin Editor: Mohd Khairul Anwar Ismail Reka Bentuk Kulit: Ainatunnadiah Azizan Reka Letak Huruf: Muhammad Fateh ABIM PRESS PLT (LLP0012799-LGN) No. 6, Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang 53100 Kuala Lumpur MALAYSIA No. Telefon (P): +603-4108 4500 No. Telefon (HP/Whatsapp): +60133916299 No.Faks: +603-4108 2400 Emel: [email protected] Laman Sesawang: www.abimpress.com FB: www.facebook.com/abimpressmy Koleksi E-Buku ABIM PRESS boleh diakses dan dimuatturun secara percuma di pautan berikut: https://tinyurl.com/KoleksiEbukuABIMPRESS Atau boleh juga ikuti perkembangan E-buku terkini di halaman FB Abim Press: ABIM PRESS


3 MUQADDIMAH PENTERJEMAH َّ ِح ِيم ِ الر ن ٰ ـ َْ َّح ِ الر َّ ِم الل ْ ِس ب Segala puja dan puji hanya bagi Allāh ‘azza wa jalla, serta selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muḥammad ṣallallāhu ‘alayhi wasallam. Naskhah ini merupakan sambungan terjemahan dan bahagian ketiga daripada karya ‘Allāmah Dr. Muḥammad ‘Abdullāh Dirāz raḥimahullāh yang berjudul Al-Ṣawm: Tarbiyah wa Jihād. Bahagian pertama dan keduanya telah diterbitkan sebelum ini dengan judul Marḥaban Yā Ramaḍān, Maqāṣid Puasa Ramaḍān: Menyingkap Falsafah dan Hikmah Di Sebalik Pensyariatannya, dan Falsafah Lailatul Qadar. Pada bahagian keempat ini pula, ia membicarakan tentang muhasabah diri menjelang pemergian bulan Ramaḍān.


4 Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan sekalung penghargaan buat pihak ABIM Press atas kesudian untuk merekabentuk, menerbitkan dan mengedarkan buku ini. Moga usaha ini dapat memberi manfaat dan keberkatan buat diri saya sendiri khususnya, serta para pembaca dan umat manusia secara umum. Dengan segala kerendahan hati juga saya memohon maaf seandainya terdapat sebarang kekurangan atau kesilapan dalam terjemahan, di samping memohon agar para pembaca tidak lupa untuk menyelitkan doa kebaikan dunia dan akhirat buat diri ini. Bārakallāhu fīkum. Khuwaydim al-‘Ilm wal-‘Ulamā’, SYAH NAZRIN HASHIM Kuala Lumpur, 20 Ramaḍān 1442H / 1 Mei 2021


5 SELAMAT BERANGKAT DUHAI RAMAḌĀN.. Perlahan-lahan, duhai Ramaḍān.. Sungguh pantas dikau mahu berangkat meninggalkan kami, duhai tetamu kehormat yang dimuliakan! Alangkah baiknya andai dikau datang bertamu lagi kepada kami pada tahun mendatang, agar orang-orang yang cuai dapat menampung kembali kecuaian mereka, manakala orang-orang yang kuat beramal ibadah pula dapat memperbanyakkan lagi amal ibadah mereka. Maha suci Allāh! Alangkah pantasnya usia berlalu pergi! Alangkah cepatnya siang dan malam bersilih ganti!


6 Ibarat dedaunan musim luruh yang mengering dan gugur ditiup angin! Seluruh kehidupan ini tidak lain hanyalah beberapa ketika dan hela nafas yang singkat sahaja. Kedatangannya menggembirakan manusia, namun saat nyawa dicabut, ia hanya tinggal sebagai sebuah impian yang tidak akan kembali lagi. Yang kekal abadi hanyalah Zat yang memiliki sifat kekal abadi. ۚ ُ ه َ ه ْ َج و َّ ِل ٌ إ َالِك َ ْ ٍء ه ش ُُّ ك “Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allāh.” (Sūrah al-Qaṣaṣ: 88) َ ِ ام ٢٧ ر ْ ِ ك ْ َال ِل و َ َل ْ ُو ال َ ذ ِك ّ ب َ ُ ر ه ْ َج ٰ و َ ْق ب َ ي َ و “Dan akan kekallah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.” (Sūrah al-Raḥmān: 27) Bulan Ramaḍān.. Di manakah bulan Ramaḍān..? Bukankah hanya baru beberapa ketika tadi ia ada bersama kita? Bukankah ia baru sahaja memenuhi segala pendengaran dan penglihatan kita? Bukankah ia baru sahaja memenuhi sekalian bicara di mimbar-mimbar kita, perhiasan indah di menara-menara


7 kita, barangan di pasar-pasar kita, makanan yang berada di dalam hidangan kita, bualan di malam hari kita, serta menjadi nyawa yang menghidupkan masjid-masjid kita? Di manakah ia sekarang ini? Ia masih ada di sini, sedang merentap simpulan ikatannya yang terakhir sebelum ia pergi jauh dari penglihatan kita. Ia masih ada sini, sedang bertarung menghembuskan nafas terakhirnya yang akan dilafazkan di hadapan mata kita. Lalu dengan sekelip mata sahaja musim ketaqwaan ini beransur tenang, dan suara gegak-gempitanya mula reda menyepi. Kepada Allāh-lah tempat kembali. Duhai bulan Ramaḍān.. Alangkah jauhnya beza di antara dua harimu, yakni hari ketibaanmu, dan hari keberangkatanmu. Hari ketibaanmu adalah hari yang membukakan mata dan hati kami, lalu kami menyambutmu sepenuh jiwa raga dengan penuh kegembiraan dan harapan. Kami bergembira dengan kembalinya penjelmaanmu yang suci, lalu ruh-ruh kami berenang padanya setelah sekian lama ia kegersangan dan tidur. Kami bergembira dengan saat perdamaian kami terhadap Tuhan kami setelah sekian lama kami menjauhi dan mengabaikan-Nya. Betapa kami sangat bercita-cita agar kami benar-benar dapat menunaikan hakmu. Betapa kami sangat berharap agar kami kuat dalam berbakti kepadamu.


8 Namun pada hari ini, kami akan mengucapkan selamat tinggal kepadamu dalam keadaan jiwa yang dipenuhi dengan rasa takut dan malu, gerun dan resah. Kami tidak tahu sejauh manakah kami berjaya menunaikan hakmu? Sejauh manakah kami berjaya mencapai harapan dan citacita kami dahulu? Aduhai diri, bagaimanakah dikau dapati prestasi kami? Apakah kenangan bersama kami yang dapat dikau bawa? Adakah dikau menerima alasan orang-orang yang banyak beralasan? Adakah dikau berpuas hati terhadap prestasi puasa orang-orang yang berpuasa? Adakah dikau gembira dengan prestasi qiyāmullail akan orang-orang yang mendirikannya? Alangkah ramainya orang yang beralasankan kesibukan dan kepenatan mereka. Alangkah ramainya orang yang beralasankan kelemahan dan kesakitan mereka. Demi Allāh, mereka bukanlah mempunyai kesakitan jasmani, tidak juga lemah anggota, akan tetapi mereka punyai hati yang sakit, jiwa yang kecil, dan kesungguhan yang sedikit. Mereka telah mengkhianati ‘kejantanan’ mereka, justeru mereka tidak mahu menempuh jalan yang mencabar dan sukar. Bahkan mereka lari dari medan perang sebelum bertempur. Mereka telah menilai dan menghukum diri mereka sendiri sebelum mencuba dan melaluinya terlebih dahulu. Maka, sekarang ini, biarkan mereka merasai kesakitan dan penyesalan, saat mereka mendapati saudara-saudara mereka yang telah menempuhi pengalaman berpuasa itu


9 berjaya melaluinya dengan selamat tanpa mengurangkan sesuatu pun, bahkan semakin bertambah keimanan dan kekuatan mereka. Telah nyata juga bagi mereka bahawa segala ketakutan yang dimomokkan itu hanyalah sekadar sangkaan yang bukan hakiki serta tipu daya syaitan yang ditakut-takutkan kepada anak-anak kecil atau orang-orang dewasa yang berperangai keanak-anakan. Duhai bulan Ramaḍān.. Katakanlah kepada orang-orang yang terpedaya pada kali ini agar tidak lagi terpedaya sebegini lagi di masa akan datang. Katakanlah kepada mereka, saat dikau sudah berada di gerbang keberangkatan, sesiapa yang mempersia-siakan peluang kesempatan dalam hari-hariku, maka cari dan tampunglah ia pada hari-hari yang lain. Katakanlah kepada mereka, sesungguhnya pintu taubat masih terbuka seluas-luasnya. ِ ِد َ ََّ ي ِ الل ِر ف ْ غ َ ت ْ َس ي َّ م ُ ُ ث َه ْس ف َ ْ ن لِم ْ َظ ْ ي و َ ًا أ ُوء ْ س َل م ْ ع َ َن ي َم و ًا ١١٠ َّ ِحيم ًا ر ُور ف َ ََّ غ الل “Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada Allāh, nescaya ia akan mendapati Allāh Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Sūrah al-Nisā’: 110)


10 Duhai bulan Ramaḍān.. Sesungguhnya kami khuatir jika catatanmu tentang orangorang yang berpuasa itu lebih keras dan dahsyat berbanding orang-orang yang tidak berpuasa. Ibarat pepatah hikmah ilmuwan silam: ًّ ا و ُ ل ُ ْ ع َت َ ث ْ ر و َ ٍة أ َ َاع ي� ٌْ ِ من ط َ ً ا خ َ ار ِكس ْ َ ان و ًّ ل ُ ْ ذ َت َ ث ْ ر و َ َ ٍة أ ْ ِصي َ ع ُ َّب م ر ً ا َ ار ب ْ ِتك ْ َ اس و “Betapa suatu maksiat yang mendatangkan rasa hina diri itu lebih baik daripada suatu amal ketaatan yang diselaputi rasa sombong dan bongkak.” Orang-orang yang tidak berpuasa itu, apabila mereka mengakui kesalahan dan dosa mereka, dan memperkuatkan kembali keazaman mereka, sesungguhnya mereka sudah menjadi orang-orang yang bebas dengan taubat mereka kepada Allāh, lalu Allāh menerima taubat mereka. Adapun orang-orang yang berbangga bilamana mereka berjaya menahan diri dari makan dan minum, lalu menyangka mereka telah pun menunaikan segala hak dan kewajipan terhadapmu, sedang dalam puasa mereka itu mereka masih berterusan berbicara yang dusta serta melakukan pendustaan, mereka ini adalah orang-orang yang melakukan keburukan dan dosa meskipun mereka menyangka bahawa mereka telah melakukan kebaikan. Orang-orang seperti ini jauh sekali punya rasa ingin bertaubat, kerana mereka sendiri tidak merasakan mereka telah melakukan sebarang kesalahan.


11 Tidakkah mereka tahu bahawa apabila Allāh melarang anak-anak daripada mengucapkan walau sepatah huruf yang berunsur keluhan dan herdikan kepada orang tua mereka, ia bertujuan untuk mengangkat martabat mereka lebih tinggi dan jauh daripada segala jenis perbuatan yang menyakitkan dan permusuhan. Begitu jugalah tatkala Allāh melarang orang-orang yang berpuasa daripada menikmati makanan dan minuman yang halal di siang hari, ia bertujuan untuk mengangkat martabat mereka dalam mensucikan diri daripada terlajak melakukan hal-hal yang haram lagi berdosa. Adakah masuk akal jika Allāh melarang orang-orang yang berpuasa itu daripada membalas kata-kata kesat dan kejian, kemudian Dia membenarkan pula mereka untuk memulakan kata-kata keji dan kotor kepada orang lain? Bukankah ibadah puasa merupakan ibadah kemuncak bagi penyucian diri? Bagaimana mungkin seseorang itu menunaikan ibadah kemuncak namun mengabaikan ibadah yang permulaan? Bagaimana mungkin seseorang itu mengharapkan pahala daripada Allāh dengan melakukan amalan sunat namun dirinya mengabaikan ibadah rukun dan wajib? Wahai saudara-saudaraku yang berpuasa dan mendirikan malam.. Mahukah kalian duduk sebentar bersamaku untuk kita sama-sama bermuhasabah sebelum diri kita diperhitungkan?


12 Adakah kita lupa bahawa kiraan timbangan amalan itu adalah suatu yang sangat terperinci dan pemerhati itu sangat teliti perhitungannya? Apakah jawapan kita kelak tatkala ditanyakan kepada kita, sesungguhnya kalian berpuasa dengan banyak kelalaian dan perbuatan dosa, dan kalian mendirikan malam dalam keadaan lalai dan leka. Siapakah di antara kita yang tidak lalai dan melakukan dosa saat sedang berpuasa? Siapakah di antara kita yang tidak leka dan lalai saat sedang mendirikan malam? Justeru, bagaimana kita mahu bergantung kepada amalan-amalan kita? Bagaimana kita mahu mengharapkan semata-mata kepada rahmat Allāh? Wahai saudara-saudaraku yang beriman.. Bolehkah daku tunjukkan kepada kalian akan suatu amalan penyucian diri yang dapat membersihkan kotoran dan keladak yang mencemari amal ibadat kalian? Rebutlah peluang kesempatan yang masih tersisa dalam detik-detik Ramaḍān yang masih berbaki ini. Basuhlah hati kalian dengan tangisan istighfar. Panjatkanlah doa dengan penuh khusyuk dan kesungguhan kepada Allāh yang Maha Penyayang lagi Maha Pengampun. Ucapkanlah bersamasamaku:


13 ُوا ْ ِ آمن ن َ َ ِ ان أ ِ يم ْ َادِي لِل ن ُ ًا ي َادِي ن ُ َا م ن ْ َ ِمع َا س ن َّ ِن َا إ ن َّ ب َّ ر َّا ن َ ْ ع ِر ّ ف َ َك َا و ن َ ُوب ن ُ َا ذ َ ْ ل ِر ف ْ َاغ َا ف ن َّ ب َ َّا ۚ ر ن َ َآم ْ ف ُ م ِك ّ ب َ ِر ب َا ن َّ َدت َع َا و َا م َآتِن َا و ن َّ ب َ ِ ١٩٣ ر َار ر ْ ب َْ َ ال َع َا م ن َّ ف َ و َ ت َ َا و َاتِن ِئ ّ ي َ س لِف ُ ْ ُ َ ت َ ل َّك ِن ةِ ۗ إ َ َام ِي ق ْ َ ال م ْ و َ َا ي ن ِ ز ْ ُ َ ت َل َ و ُلِك ُس ٰ ر ََ ع ١٩٤ َ َاد ِميع ْ ال “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ‘Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu,’ maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti; Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.” (Sūrah Āli ‘Imrān: 193- 194) Sebuah lagi amalan penyucian diri yang lebih agung dan bernilai adalah dengan kalian mengiringi keberangkatan tetamu kehormat ini, yakni bulan Ramaḍān, sebagaimana kalian mengiringi keberangkatan seseorang tetamu kehormat dalam kalangan kalian.


14 Sesungguhnya keberangkatan seorang tetamu kehormat tidak sekadar diiringi dengan kata-kata ucapan, bahkan dipersiapkan juga baginya hadiah pemberian kenangkenangan yang istimewa. Tahukah kalian apakah hadiah istimewa yang sesuai untuk tetamu kehormat kalian ini? Ia adalah zakat fitrah kalian, kerana sesungguhnya ia membersihkan ibadah puasa kalian, serta menyucikan jiwa kalian, dan memperelokkan urusan kalian. Moga Allāh menerima segala amal baik kita, dan merezekikan kita sifat jujur dan ikhlas dalam setiap keadaan kita. Ya Allāh, perkenankanlah. Dan penutup doa kita adalah Alḥamdulillāhi rabbil ‘ālamīn (segala puji bagi Allāh Tuhan sekalian alam).


15 PROFIL PENGARANG ‘Allāmah Dr. Muḥammad ‘Abdullāh Dirāz, seorang failasuf al-Qur’ān, dilahirkan pada 8 November 1894 di desa Maḥallat Diyāy, Mesir. Setelah mendapat pendidikan awal sehingga ke peringkat ijazah ‘ālamiyyah dari al Azhar, beliau kemudiannya meneruskan kembara ilmu beliau ke Universiti Sorbonne, Paris dan berjaya memperolehi ijazah licence dalam bidang falsafah, psikologi dan moral, sebelum menyempurnakan ijazah doktor falsafah dalam etika dan moral dalam al Qur’an. Kedua-dua kajian kedoktoran beliau yang bertajuk La Moralé du Koran (Dustūr al Akhlāq fī al-Qur’ān: Dirāsah Muqāranah li’lAkhlāq al-Nazhariyyah fī al Qur’ān) dan Initiation au Koran (Madkhal ilā al-Qur’ān al Karīm: ‘Arḍ Tārīkhī wa Taḥlīl Muqārin) merupakan adikarya beliau yang paling menonjol serta melonjakkan nama beliau di arena keilmuan Islam dan juga tamadun Barat. Antara karya unik beliau yang lain juga adalah Al-Naba’ al ‘Azhīm: Nazharāt


16 Jadīdah fī al-Qur’ān, Al-Dīn: Buḥūth Mumahhidah li Dirāsah Tārīkh al-Adyān, Al-Mīzān Bayna al-Sunnah wa’l-Bid‘ah dan Al-Ribā fī Nazhar al Qānūn al Islāmī. Meneliti kehebatan beliau ini, tidak hairanlah bilamana beliau digelar oleh al Qaraḍāwī sebagai, “Ibn Al-Azhar wa Ibn al-Sorbonne,” suatu gelaran yang menggambarkan ketokohan dan keilmuan beliau yang lahir dari relung tradisi kesarjanaan dari kedua dua universiti bertaraf dunia itu. Dari sudut kerjaya pula, beliau merupakan seorang profesor yang mengajar bidang sastera bahasa Arab dan falsafah moral di Universiti al-Azhar dan juga bidang Tafsir dan Perbandingan Agama di Universiti Kaherah, dalam masa yang sama. Beliau juga merupakan anggota Jamā‘ah Kibār ‘Ulamā’ al-Azhar, bahkan sewaktu ditawarkan jawatan Shaykhul Azhar oleh pimpinan revolusi tentera Mesir, beliau tidak teragak agak untuk menolak tawaran itu apabila tuntutan beliau supaya diberikan kuasa autonomi kepada alAzhar dan jawatan Shaykhul Azhar itu dari sebarang tekanan pemerintah tidak dilayan oleh mereka. Sebagai anggota ulama’ al-Azhar, beliau sering diberi kepercayaan oleh para ulama’ al-Azhar yang lain untuk mewakili al-Azhar ke pelbagai persidangan di peringkat antarabangsa. Antaranya Persidangan Undang-undang Antarabangsa di Paris (1951), Persidangan Perhubungan Antarabangsa, dan terakhir, Persidangan Perbandingan Agama di Lahore, Pakistan, pada 6 Januari 1958, dan di situlah beliau menghembuskan nafas beliau yang terakhir. Moga Allāh mencucuri rahmat keatas beliau.


17 PROFIL PENTERJEMAH Syah Nazrin Hashim merupakan anak kelahiran Kulai, Johor yang kini bertugas di Dubai Islamic Bank, UAE. Alumni Sekolah Islam Hidayah ini merupakan graduan Universiti Yarmouk, Jordan (B.A) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (M.A dan LL.M). Sehingga kini, beliau telah menerbitkan lebih daripada 20 buah karya penulisan. Sebahagian daripada karya-karya tersebut boleh dimuat turun secara percuma daripada pautan berikut, https:// tinyurl.com/ebooksyah.


Click to View FlipBook Version