The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amynadzirah09, 2021-12-14 05:19:24

HIKAYAT HANG TUAH

KETOKOHAN MELAYU MELAKA

Keywords: HANG TUAH

NAMA NO MATRIK
MOHAMAD ZULKIFFLI BIN D20211098490

MOHAMED D20211098512
NUR AMY NADZIRAH BINTI MAT
D20211098506
ZALI D20211098515
NUR ATHIRAH BINTI FIKRI D20211098519
MUHAMAD SAFIQ BIN SETOPAL
AHMAD FAQEH BIN ABIDIN

ISI KANDUNGAN M/S

TAJUK 1-2
3
PENDAHULUAN 4
LATAR BELAKANG 5
BAB 1-2 6
BAB 3-4 7
BAB 5-6 8
BAB 7-9 9
BAB 10-11 10
BAB 12 11-12
BAB 13-15 13
BAB 16-18 14
BAB 19-20 15
BAB 21-23 16
BAB 24-26
BAB 27-28

PENGENALAN

Epik bangsa melayu merupakan satu manuskrip tertua secara keseluruhannya dimana ia
menceritakan kehebatan dan kepahlawanan wira melayu pada masa tersebut. Muhammad Haji
Salleh (2013) menyatakan bahawa cerita kehebatan Hang Tuah ini memang terkenal dan menjadi
buah mulut dalam kalangan masyarakat di Selatan Asia Tenggara. Manuskrip ini telah disimpan
di Perpustakaan, Universiti Leiden, Cod. Or. 1758 dan merupakan sebuah manuskrip yang tertua
di perpustakaan berkenaan.Kassim Ahmad (1997) dalam bahagian pengenalan membahagikan
hikayat ini kepada dua bahagian utama iaitu bahagian perlawanan dan bahagian pengembaraan.
Hal ini memang jelas dilihat dalam hikayat ini kerana Hang Tuah itu sendiri memang seorang
laksama Melaka yang sangat hebat dalam bermain senjata dan sering menjadi utusan raja Melaka
pada masa itu.

Watak utama yang menjadi wira dalam hikayat ini ialah Hang Tuah. Hang Tuah diceritakan
sebagai seorang yang sangat setia kepada tuannya, iaitu raja Melaka dan sangat hebat dalam
pelbagai aspek. Kehebatan ini memang banyak ditonjolkan dalam hikayat ini selain menceritakan
gaya hidup masyarakat Melayu pada masa itu. Berdasarkan karya ini, Hang Tuah telah menjadi
seorang laksamana yang dikagumi serta digeruni dan menjadi lambang kekuasaan dan kebesaran
Melaka pada masa itu. Sehingga kini, masyarakat Melayu menganggap Hang Tuah sebagai tokoh
sejarah, pahlawan berani dan lambang kesetiaan kepada raja (Nurhayati Rahman, 1999).

Hikayat Hang Tuah merupakan sebuah epik kebangsaan. Epik ini telah mengemukakan watak
Hang Tuah sebagai tokoh agung bagi bangsa Melayu dan sebagai lambing kemegahan dan
kekuatan bangsa Melayu. Menurut Kassim Ahmad (1992: xvi) kebangunan, kebesaran dan
kejatuhan Melaka berhubung rapat dengan tokoh Hang Tuah. Ini bermaksud, apabila Hang Tuah
kecil Melaka baharu didirikan. Apabila Melaka besar dialah menjadi orang kanan bersama
Bendahara, di dalam urusan pentadbiran dan di dalam urusan keselamatan di dalam negeri
suaranya muktamad. Apabila ia jatuh sakit Melaka diancam oleh Portugis dan terus kalah apabila
ia berundur dari perkhidmatan negara. Tidak lain, Hang Tuah ialah lambang kekuasaan dan
kebesaran Melaka. Di dalam hidupnya tercatat riwayat Kerajaan Melayu Melaka dan bangsa
Melayu dalam zaman Feudel yang sudah lampau. Selain daripada itu, watak Hang Tuah sebagai

pahlawan yang taat setia kepada raja yang sanggup menyelami mahkota dan keris raja yang jatuh
ke dalam laut.

Hang Tuah (Jawi: ‫ )هڠ تواه‬ialah seorang pahlawan legenda berbangsa Melayu pada masa
pemerintahan Kesultanan Melaka di abad ke-15 (Kesultanan Melayu Melaka) bermula pada 1400-
1511. [1] Menurut rekod sejarah, beliau lahir di Kampung Sungai Duyung, Melaka, kira-kira
dalam tahun 1444. Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu
Wati. Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana yang handal suatu ketika dulu, begitulah
juga ibunya yang merupakan keturunan dayang di istana. Hang Tuah ialah Laksamana yang
terkenal dengan kesetiaannya kepada Sultan dan merupakan petarung silat yang amat handal dan
tiada tolok bandingnya.

LATAR BELAKANG PENULIS

Nama sebenar beliau ialah Kassin bin Ahmad. Beliau merupakan anak sulung kepada guru
agama Ahmad bin Ishak dan surirumah Ummi Kalthom bt. Hj. Ahmad, lahir pada 9 September,
1933 di Bukit Pinang dalam daerah Kota Setar, di negeri utara Kedah, Malaysia. Beliau berasal
dari Hutang Kampung, Langgar, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu,
Bandar Baharu, Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar dan melanjutkan pengajian di Universiti
Malaya di Singapura. Beliau telah berkahwin dengan Sharifah Fawziah bt. Syed Yussoff yang
berasal dari Kulim, Kedah. Beliau juga pernah berkerja di Dewan Pustaka dan Pustaka sebagai
pegawai dan disitulah bermulanya penghasilan Hikayat Hang Tuah. Selepas itu beliau berkerja
sebagai pensyarah di School of Oriental and African Studies, Universiti London, London

BAB 1: ASAL USUL KERAJAAN BENTAN

Bab 1 menceritakan mengenai asal usul Kerajaan Bentan. Kisah bermula daripada anak raja besar
keinderaan bergelar Sang Sapurba yang berkahwin dengan Tuan Puteri Kemala Ratna Pelinggam,
juga anak raja keinderaan. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang putera bernama
Sang Sapurba. Sang Sapurba inilah apabila dewasa kelak akan dirajakan di Bukit Siguntang
Mahabiru. Pada suatu hari, ketika Sang Sapurba bersiar-siar di tasik yang terletak di kaki bukit,
dengan kebesaran Allah S.W.T, seekor lembu putih muntah di tepi tasik lalu menjelmalah seorang
puteri yang cantik jelita. Sang Sapurba membawa puteri itu ke istana baginda. Dengan perkenan
Sang Perta Dewa, Sang Sapurba dan puteri itu dikahwinkan. Hasil daripada perkawhinan itu, Sang
Sapurba berputerakan Sang Maniaka, Sang Jaya Nantaka, Sang Saniaka dan Sang Satiaka.
Beberapa lama berlalu, putera-putera Sang Sapurba semakin dewasa. Dikisahkan pula tentang
pembesar Singapura dan Bentan menghadap Sang Sapurba untuk melantik salah seorang putera
baginda menjadi raja Bentan. Dengan perkenan Sang Sapurba, maka Sang Maniaka dilantik
menjadi raja Bentan, bergelar Sultan Sang Maniaka. Dengan kebijaksanaan baginda, kerajaan
Bentan telah diwujudkan dengan tersusun, pembesar-pembesar dilantik, rakyatnya semakin ramai
dan masyhur sehingga ke negara-negara lain.

BAB 2: HANG TUAH MENJADI HAMBA RAJA

Penduduk dari pelbagai lapisan mula berhijrah ke bentan untuk mengubah nasib.Tertarik dengan
peluang ini, Hang Mahmud sekeluarga mengambil keputusan berpindah ke bentan dan berniaga
kecil-kecilan. Bermulalah kehidupan Hang Tuah di istana sebagai biduanda stelah Berjaya
memenangi hati Raja Bentan. Semuanya bermula daripada tindakan berani Hang tuah lima sahabat
menyelamatkan Bendagara Paduka Raja daripada dibunuh oleh orang mengamuk.

BAB 3: KEDATANGAN PATIH KERMA WIJAYA&
PERPINDAHAN KE MELAKA.

Kemakmuran Bentan juga menarik perhatian pembesar-pembesar dari negara lain,contohnya Patih
Kerma Wijaya dan Raden Wira Nantanya. Patih Kerma Wijaya berkecil hati dengan tindakan Ratu
Lasem merampas anaknya, Ken Sumirat. Baginya, perbuatan Ratu Lasem seolah-olah tidak
menghargai jasanya. Beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Ratu Lasem. Kebetulan
Bentan semkain terkenal dengan raja yang pengasih dan bijaksana. Ratu Lasem mengambil
keputusan untuk menjadi hamba kepada Raja Bentan. Raden Wira Nantanja merantau mencari
saudaranya Raden Puspa Ningrat. Persinggahnnya ke Bnetan mungkin disebabkan anggapanya
bahawa Raden Puspa Ningrat mungkin semakin terkenal. Raja Bentan memerintahkan agar negeri
baharau dibuka yang kemudiannya dikenali sebagai Melaka.

BAB 4: RAJA MUDA

Seajak berpindah ke Melaka, Raja Melaka memerlukan bantuan adindanya untuk mentadbir
Bentan. Sang Jaya Nantaka lalu ditabalkan menjadi Raja Muda. Pentabalan ini tidak disenangi
oleh beberapa pembesar istana yang gilakan kuasa termasuk Patih Kerma Wijaya. Raja Muda lalu
difitnah ingin merebut kuasa. Raja Melaka yang murka terus hilang pertimbagan lalu menintahkan
Bentara Tun Tuah membunuh Raja Muda. Bendahara memujuk raja agar menarik balik hukuman
bunuh dan mencadangkan agar Sang Jaya Nantaka hanya diturunkan dari takhta Raja Muda. Sang
Jaya Nantaka kecewa dengan kejadian itu lalu berkelana memjadi nelayan, namun akhirnya
menjadi Raja Benua keeling, ditabalakn oleh Permadewan.

BAB 5: PERUTUSAN MEMINANG KE INDERAPURA DAN KE
MAJAPAHIT

Kemakmuran Melaka dan Bentan tidak sempurna tanpa kehadiran permaisuri. Raja Melaka
menghantar utusan perminangan ke Inderapura, namun ditolak oleh Tun Teja. Patih Kerma Wijaya
mengambil kesempatan atas kekecewaan Raja Melaka dengan mencalonkan Raden Galuh Emas
Ayu sebagai pengganti. Bendahara dan Bentara Tun Tuah mengetuai romdongan perminangan.
Dengan keberanian Hang Tuah, rombongan perminangan Berjaya mara ke balai pengahadapan
tanpa memperdulikan 60 penjurit yang diarahkan mengamuk oleh Betara Majapahit. Kagum
dengan kecekalan Bentara Tun tuah, Bentara Majapahit mengurniakannya gelaran Penggawa
Agung Majapahit. Pinangan juga disambut dengan baik dan diterima.

BAB 6: RAJA MELAKA BERANGKAT KE MAJAPAHIT

Pinangan Raja Melaka Berjaya. Tiba masanya, Raja Melaka berangkat keMajapahit. Bentara Tun
Tuah lima sahabat mengetuai rombongan. Kegagalan Bentara Tun Tuah tidak disenangi Patih
Gajah Mada dan Seri Betara Majapahit. Mereka mula merancang pelbagai cara untuk
menhapuskan Bentara Tun Tuah. Acara- Acara berjaga malam dan persiapan majlis perkahwinan
menjadi medan(peluang) untuk mereka melaksanakan niat membunuh Bentara Tun Tuah. Cuba-
cubaan membunuh ini dilakukan kerana Betara Majapahit tidak mahu Raja Melaka kembali ke
Melaka. Baginda mahu Raja Melaka kembali ke Melaka. Baginda mahu Raja Melaka menetap di
Majapahit dan menjadi pewaris takhta Majapahit. Namun, selagi Bentara Tun Tuah masih hidup,
harapan baginda pasti tidak kesampaian.

BAB 7: PERKAHWINAN RAJA MELAKA

Pada masa yang sama, majlis berjaga-jaga juga dijadikan kesempatan oleh Penjurit Taming Sari
mengamukm kerana tidak suka dengan pemerintahan Majapahit. Peristiwa ini menjadi sebab
kepada kemasyhuran Bentara Tun Tuah apabila mula menyandang gelaran laksamana yang
pertama diterimanya daripada Betara Majapahit namun dengan restu Raja Melaka, keris Taming
Sari juga kini menjadi miliknya. Dengan kepimpinan Laksamana Tun Tuah, majlis pernikahan dan
persandingan Raja Melaka berjaya dilangsungkan.

BAB 8: PATIH GAJAH MADA DENGAN HANG TUAH

Dalam bab ini memaparkan usaha-usaha yang dilakukan oleh Patih Gajah Mada untuk membunuh
Hang Tuah di Majapahit. Tujuan pembunuhan Hang Tuah ini adalah untuk menguasai negeri
Melaka kerana Hang Tuah adalah tulang belakang kekuatan kerajaan Melaka. Namun demikian
segala usaha yang dilakukan oleh Patih Gajah Mada hanya sia-sia sahaja. Ternyata Laksamana
gagal. Akhirnya, rombongan Raja Melaka kembali ke Melaka membawa Permaisuri Raden Emas
Ayu.

BAB 9: HANG TUAH DALA BUANGAN DI INDERAPURA

Semenjak kembali dari Majapahit, Laksamana Tun Tuah semakin rapat dengan Raja Melaka.
Namun Patih Kerma Wijaya Bersama pembesar-pembesar lain akhirnya Berjaya mengelabui
fikiran Raja Melaka denga fitnah bahawa Laksamana telah melakukuan perbuatn maksiat dengan
dayang istana. Tuduhan ini membawa kepada hukuman bunuh. Namun, Bendahara Paduka Raja
Melaka memujuk Laksamana agar bersembunyi di Inderapura. Laksamana bersetuju untuk
bersembunyi di Inderapura, lebih-lebih lagi beliau sudah merancang untuk memujuk hati Raja
Melaka dengan mempersembahkan Tun Teja

BAB 10: HANG TUAH MELARIKAN TUN TEJA

Di Inderpura, Laksaman Tun Tuah berikhtiar untuk melarikann Tun Teja agar dapat kembali ke
Melaka. Penolakan Tun Teja pernah mengecewakan Raja Melaka dan Laksamana sangat marah
sehingga mencemuh kegagalan Tun Bija Sura dan Tun Utama. Peluang ini digunakan oleh
Laksamana dan akhirnya Berjaya melahirkan Tun Teja. Raja Melaka menerima kepulangan
Laksamana dan menganugerahkan gelaran Laksamana Melaka dan Jawatan Ketua Hulubalang.

BAB 11: MEGAT PANJI ALAM

Kejadian Tun Teja dilarikan Laksamana tersebar ke Terengganu dan sampai ke pengetahuan
Megat Panji Alam, tuning Tun Teja. Megat Panji Alam berangkat ke Inderapura dan bersiap-siap
untuk menyerang Melaka. Bendahara Paduka Raja memerintahkan Laksamana, Tun Jebat dan Tun
Kasturi di hadapan Raja Inderpura. Baginda murka lalu menitahkan hukuman bunuh kepada
mereka berdua. Namun titah dibatalkan apabila Laksamana mencabar titah baginda.

BAB 12: LAKSAMANA DAN RAJA MELAKA

Bab 12 mengisahkan Laksamana Hang Tuah sangat dikasihi oleh Raja Melaka sehingga kata-kata
dialah dianggap sebagai “kata-kata raja”. Puteri Raden Galuh Emas Ayu hamil tujuh bulan dan
terlalu idamkan Nyiur Gading yang tumbuh tinggi melanggit dan tengah-tengah pohon tersebut
sudah reput dimakan anai. Raja Melaka menitahkan pembesar-pembesar istana untuk memajat
pohon niur gading itu namun tidak disanggupi oleh mereka kerana mereka yakin bahawa pohon
nyiur itu akan patah jika dipanjat. Maka, tiada sesiapa pun yang berani memanjat pokok Niyur
Gading ini kecuali Laksamana Hang Tuah. Setiba diatas, Laksamana Hang Tuah memarang
setandan kelapa gading. Sepeti yang diramal, pohon itu patah di tenagh lalu tumbang ke tanah.
Sejurus sebelum memecah ke tanah, Laksamana Hang Tuah melompat lalu berdiri terpacak di
tanah, sebelah tangan memegang parang manakala sebelah lagi memegang tandan nyiur. Semua
yang melihat berasa hairan dan, kagum dan tidak percaya. Kejayaan ini menambatkan lagi
perasaan keercayaan Raja Melaka terhadap Laksamana Hang Tuah.

Puteri Raden Galuh Emas Ayu selamat melahirkan seorang putera yang dinamakan Raden Bahar.
Berita kelahiran ini disampaikan kepada ayahanda Betara Majapahit. Lalu Betara Majapahit telah
menghadiakan kuda tezi kepada cucuanda baginda itu. Kuda tezi itu sangat liar dan garang. Semua
pembesar tidak berani menunggang kuda itu. Hanya Laksamana Hang Tuah yang dapat
menjinakkan kuda itu.

Ini menyebabakan hubungan antara Laksamana Hang Tuah dengan Raden Bahar adalah sangat
rapat apabila laksamana telah menunjukkan kehandalannnya menaiki kuda tersebut di hadapan
Raja Melaka dan Raden Bahar. Kemudian, Raden Galuh Emas Ayu melahirkan putera yang kedua
iaitu Raden Bajau.

Para pembesar istana cuba menaikkan kuda tezi itu yang jatuh kedalam telaga tahi. tapi tidak
Berjaya. Pada peristiwa ini, Laksamana Hang Tuah telah memperlihatkan kesetiaanya terhadap
Raja Melaka apabila Laksamana sanggup memasuki telaga tahi untuk menyelamatkan Kuda Tezi
iaitu kuda kesayangan kedua-dua putera baginda. Kejayaan ini telah menambahkan lagi kasih
baginda terhadap Laksamana tetapi menimbulkan perasaan dengki di kalangan pembesar-
pembesar istana negeri.

BAB 13: HANG TUAH DI MAJAPAHIT

Perkahwinan Raja Melaka dengan Tun Teja mengundang kemurkaan Betara
Majapahit.Laksamana Tun Tuah,Tun Jebat dan Tun Kasturi ke Majapahit.Peluang ini digunakan
lagi oleh Betara Majapahit dan Patih Gajah Muda untuk membunuh Laksamana. Namun segala
cobaan mereka dipatahkan Laksamana dengan mudah. Rombongan Laksamana Berjaya pulang ke
Melaka untuk menjemput Raja Melaka

BAB 14: MAJAPAHIT DENGAN RAJA MELAKA 1

Rombongan Raja Melaka berangkat ke Majapahit. Patih Gajah Mada terus berusaha membunuh
Laksamana. Kemudian datang pula utusan Melaka mengkhabarkan Raden Bahar jatuh sakit.
Rombongan Raja Melaka kembali ke Melaka. Patih Gajah Mada Berjaya memasukkan pembunuh
upahan ke kapal Raja Melaka yang menyamar menjadi anak kapal. Di Melaka, pembunuh upahan
Patih Gajah Mada menimbulkan kekacauan dengan mencuri dan memperkosa. Namun dengan
mudah saja Laksamana membunuh mereka.

BAB 15: HANG TUAH KENA FITNAH

Bukan sahaja di Majapahit, musuh Laksamana juga berada di Melaka. Patih Kerma Wijaya dan
pembesar lain bersubahat menfitnah bahawa Laksamana sedang menjalinkan hubungan sulit
dengan gundik kesayangan Raja Melaka. Raja Melaka sangat murka sehinggan terus mempercayai
fitnah dan menitahkan hukuman bunuh. Bendahara memerintahkan Laksamana bersembunyi di
hulu Melaka. Raja Melaka menyerahkan keris Taming Sari kepada Tun Jebat dan
menganugerahkannya gelaran Paduka Raja. Paduka Raja Tun Jebat mula lupa diri sedangkan
sahabatnya Laksamana sudah berpesan agar tidak menerima gelaran Paduka Raja. Malahan dalam
hatinya, Tum Jebat ingin menjadi Laksamana.

BAB 16: HANG JEBAT MENDUDUKI ISTANA

Paduka Raja Tun Jebat semakin lupa diri dan berlagak seperti putera raja. Pembesar-pembesar
istana tidak dibenarkan menghadap raja. Mula terasa terancam, Raja Melaka lalu berundur ke
rumah Bendahara. Raja Melaka menyesal kerana menjatuhkan hukuman bunuh kepada
Laksamana. Kesempatan ini digunakan Bendahaara untuk berterus terang bahawa Laksamana
masih hidup

BAB 17: HANG TUAH BERTIKAM DENGAN HANG JEBAT

Dengan titah Raja Melaka, Laksamana Tun Tuah akhirnya kembali. Raja Melaka menitahkan agar
Laksamana membunuh Paduka Raja Tun Jebat. Puas bertempur dalam istana, akhirnya Laksamana
Berjaya merebut keris Taming Sari dan menikam Paduka Raja Tun Jebat. Paduka Raja Tun Jebat
membalut lukanya lalu keluar dari istana dan mengamuk ke serata Melaka, membunuh membabi
buta. Ramai penduduk mati ditikamnya. Setelah tiga hari, Laksamana memujuk Paduka Raja Tun
Jebat agar berhenti daripada membunuh rakyat jelata. Paduka Raja Tun Jebat Berjaya dipujuk dan
rebah di pangkuan Laksamana. Laksamana membuka balutan lalu darah membuak sehingga
Paduka Raja Tun Jebat meninggal dunia.

BAB 18: BETARA MAJAPAHIT DENGAN RAJA MELAKA
2

Pejurit Tujuh bersaudara mati dibunuh oleh laksamana lalu Patih Gajah Mada
mengarahkan Kartala Sari untuk membuat kekacauan di Melaka dan membunuh
Laksamana yang telah membunuh ayahnya. Semasa di Melaka, Kartala Seri telah
mencuri semua harta orang-orang kaya dengan menggunakan ilmu pukau dan
menyimpan harta tersebut di Bukit Cina. Berbagai-bagai cara telah dilakukan untuk
menangkap penjurit (Kartala Sari) itu tetapi semuanya gagal. Kemudian, laksamana

telah meminta keizinan daripada raja untuk membunuh penjurit itu (Kartala Sari).
Laksamana menyamarkan dirinya dan berbaring di tengah pasar. Setelah Kartala Sari
sampai lalu terpijak Laksamana. Laksamana pun bangun kemudian membunuh Kartala
Sari dan menghiris syahwatnya serta mengambil kerisnya untuk dijadikan bukti.
Setelah itu, semua harta yang dicuri oleh Kartala Sari dikembalikan kepada yang
emounya dengan syarat dibahagi kepada tiga bahagian, iaitu satu bahagian kepada
Laksamana dan dua bahagian kepada yang empunya harta. Walau bagaimanapun
semua bahagiannya itu telah diagihkannya kepada fakir miskin, pegawai yang tiada
kuasa dan semua orang bawahan Laksamana.

BAB 19: HANG TUAH KE BENUA KELING DAN KE CHINA

Bermula pada bab ini, kisah perlawanan Laksamana Tun Tuah mula reda. Cubaan Patih Gajah
Mada terhenti. Kisah dilanjutkan dengan pelayaran Laksamana ke beberapa buah negara yang
bermula dari Benua Keling. Dalam pelayaran,Laksamana berjmupa Nabi Khindir mengurniakan
biji buah kayu. Di Keling, Duli Kisna Rayan mula mengagumi Laksamana setelah Berjaya
menjinakkan kuda tezi, menyelesaikan masalah Nala Sang Guna dan menewaskan pendekar
Keling. Dengan kebijaksanaan Laksamana itu, Duli Kisna Rayan melantik Laksamana menjadi
utusan Benua Keling ke China. Maharaja Cina turut mengagumi kebijaksanaan Laksamana
sehingga baginda melarang pembesarnya memancung kepala Laksamana akibat melanggar adat,
iaitu melihat wajah Maharaja Cina ketika menghadap. Laksamana Berjaya melihat wajah
Maharaja Cina dengan berpura-pura makan kangkong yang panjang sehingga terpaksa mendongak
ke singgahsana yang terletak tinggi di atas.Akhirnya Laksamana dan rombongan Berjaya kembali
ke Melaka.

BAB 20: RADEN BAHAR DAN ADIPATI SOLOK

Betara Majapahit telah mangkat. Laksaman mengiringi Raden Bahar ke Majapahit untuk
ditabalkan menjadi Betara Majapahit. Sekembalinya dari Majapahit, Laksamana dihadang oleh
Adipati Solok(Sultan Bolkiah) di Tanjung Krawang. Laksamana hampir-hampir Berjaya
ditewaskan oleh Adipati Solok. Laksamana Berjaya melumpuhkan Meriam dan senjata Adipati

Solok dengan mrmbaca pustaka hikmat. Adipati solok akhirnya ditawan dan dibawa menghadap
Raja Melaka. Laksamana memuji keberanian Adipati Solok di hadapan Raja Melaka dan memenita
perkenan untuk menghantar Adipati Solok kembali ke Brunei. Tiba di Brunei, Laksamana
menceritakan segala yang berlaku kepada Adipati Agung (Sultan Sulaiman) dan memohon
keampunan bagi pihak pengawai-pengawai pengiring yang lari meninggalkan Adipati Solok.

BAB 21: HANG TUAH DIUTUS KE SIAM

Di samping mengisahkan kejayaan Laksamana Tun Tuah dan Maharaja Setia Tun Kasturi sebagai
utusan ke Siam, bab ini juga mengisahkan berkenaan putera dan puteri Raja Melaka. Raden Bajau
akan ditabalkan menjadi raja di Bukit Siguntang. Raden Emas Ayu selamat melahirkan Puteri
Gunung Ledang, Tun Teja melahirkan Sultan Mahmud. Kemudian lahir pula Sultan Ahmad.

BAB 22: RAJA CHULAN, SULTAN MAHMUD DAN SULTAN
AHMAD

Bab ini mengisahkan pertunangan Puteri Gunung Ledang dengan Raja Chulan yang suka
menggembara dan bersabung ayam.Ayam baginda Berjaya mengalahkan ayam Raja Terrengganu.
Bahtera Raja Chulan tenggelam sehingga Puteri Gunung Ledang bersedih. Raja Melaka
menitahkan Laksamana Tun Tuah menyerang Terrengganu. Laksamana Berjaya mengalahkan
Terrengganu dan menawan Megat Maksum serta Puteri Sekanda Jaya. Akhirnya, Sultan Mahmud
dikahwinkan dengan Puteri Sekanda Jaya, sedangkan Sultan Ahmad dikahwinkan dengan Megat
Maksum.

BAB 23: INDERAPURA TUNDUK KEPALA

Pelayaran Laksamana seterusnya menuju ke Inderapura. Pelayaran ini berlaku atas titah Raja
Melaka untuk menyerang Inderapura kerana kezaliman Raja Inderapura menghukum bunuh Hang
Kadim, anak kepada Allahyarham Paduka Raja Tun Jebat. Hukum bunuh dijatuhkan kerana Raja

Inderpura mempercayai fitnah Temenggung dan beberapa pembesar istana bahawa Hang
Kadim(Orang Kaya Sang Setu) telh menjalinkan hubungan sulit dengan Dang Setia, dayang istana.
Laksamana Berjaya menawan Inaderapura dan membawa 1608 tawanan ke Melaka.

BAB 24: HANG TUAH JATUH SAKIT

Dalam bab ini, Laksamana Tun Tuah dan Raja Melaka kurang sihat akibat Insiden yang berlaku
di Selat Singapura. Mahkota Raja Melaka jatuh ke laut ketika tunduk melihat ikan emas yang
berenang-renang di bawah kapal kenaikan. Laksamana hampir Berjaya mendapatkan mahkota
semula namun terlepas kembali ketika keris Taming Sari diragut buaya putih. Tidak berapa lama
kemudian, Melaka diserang Feringgi. Laksamana memaksa dirinya untuk menghadaoi Feringgi di
laut. Laksamana Berjaya membedil Kapitan Gabernador sehingga mati manakala Dong Suala sakit
tenat. Laksamana sendiri semakin sakit juga terkena bedil hingga jatuh ke laut.

BAB 25: HANG TUAH DIUTUS KE TURKI 1

Akibat serangan Feringgi ysng dahsyat itu, Raja Melaka menitahkan Laksamana Tun Tuah sebagai
utusan ke Turki untuk membeli Meriam besar, Sepanjang pelayaran, Laksamana singgah ke
beberpa buah negara seperti Acheh untuk berjumpa Sultan Salahuddin, ke Jeddah untuk
mengujungi makan Siti Hawa dan ke Mesir membeli beberapa ratus pucuk Meriam.

BAB 26: HANG TUAH DIUTUS KE TURKI 2

Rombongan Hang Tuah tiba di Rom dan disambut oeh Syahbandar Rom. Laksamana Hang Tuah
juga berkenalan dengan seorang saudagar Rom yang kaya, iaitu Ibrahim Kakan. Ibrahim Kakan
telah memperkenalkan banyak tempat yang menarik di Benua Rom kepada rombongan Melaka.
Akhirnya setelah melalui berbagai-bagai kesukaran, rombongan Melaka dibenarkan menghadap

Raja Benua Rom. Walau bagaimanapun, mereka tidak dapat melihat wajah Raja Rom dengan jelas
kerana baginda duduk di dalam kelambu jala-jala emas. Setelah berjaya membeli meriam dan
bedil, rombongan Melaka pun belayar pulang ke Melaka dengan selamatnya.

BAB 27: HANG TUAH BERSARA, RAJA MELAKA TURUN
TAKHTA

Setelah Melaka dilengkapi Meriam-meriam yang besar, Raja Melaka menabalkan Tuan Puteri
Gunung Ledang sebagai Raja Melaka. Laksamana Tun Tuah, Bendahara Paduka Raja dan
Temenguung Serwa Raja melepaskan jawatan masing-masing. Laksamana memencilkan diri di
Tanjung Jugara manakala Raja Melaka menggemabara sehingga ghaib tanpa berita.

BAB 28: KERAJAAN MELAKA JATUH

Dengan ketiadaan Laksamana dan Bendahara Paduka Raja, Kapitan Feringgi Berjaya
mendapatkan tanah yang luas dengan tipu muslihat. Kapitan Feringgi membangun markas tentera
dan menyerang Melaka dengan bantuan tentera dari markas mereka di Manila dan Portugal. Raja
Melaka (Puteri Gunung Ledang) berundur dan menjadi raja di Batak. Sultan Ahmad menitahkan
Laksamana (Hang Nadim) dan Bendahara (Tun Mamat) membuka negeri baharu, Johor Darul
Alam. Walaupun akhirnya Johor dengan bantuan Wolanda Berjaya merampas semula Melaka dari
tangan Feringgi, namun Melaka menjadi negeri naungan Wolanda. Berakhirlah kerajaan Melaka.

LAMPIRAN

Perigi Hang Tuah
Arca Lima Saudara

Hikayat Hang Tuah

Arca Hang Tuah
Muzium Hang Tuah
Makam Hang Tuah


Click to View FlipBook Version