TRADISIONAL VOLUME 10 ISSUE JULY2023 SBLM 1023 PENGHANTAR PENULISAN (D)- UUM M A J A L A H M A K A N A N KELANTAN 'SYURGA MAKANAN' PPeemmuuppuukkaann PPeerrppaadduuaann KKeelluuaarrggaa MMaallaayyssiiaa MMeellaalluuii KKeeppeellbbaaggaaiiaann MMaakkaannaann TTrraaddiissiioonnaall Makanan SELERO Ruangan Kreatif APA ITU NASI KERABU ? Berita Utama SELERA WARISAN SAJAK MAKANAN TRADISIONAL Sajian tradisi kian dilupakan Ruangan Iklan MENU SPECIAL IFTAR BAHULU WARISAN PAKEJ JIMAT AMBUYAT: FFaakkttaa DDaann PPaannttaanngg LLaarraanngg MMaakkaannaann TTrraaddiissii MMaassyyaarraakkaatt BBoorrnneeoo
Ahli Kumpulan NIK NURUL ANIS BINTI CHE DAUD 293489 AINA NAJIHAH BINTI SAFARUDDIN 293511 NURUL IDAYU SYAZWANI BINTI AMIR AMRAN 294071 NIK NORHAZIMAH BINTI MOHD NOOR 293941 ATHIRAH KAMALIA BINTI AZHA N 294067 IK NOR MAISARAH BINTI AB AZIZ 293895
Tinta Editor Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para editor kerana telah memberikan komitmen dan usaha yang jitu dalam menyiapkan tugasan e-majalah yang bertajuk SELERO ini dengan jayanya. Penghasilan e-majalah SELERO ini bertujuan untuk memberi pencerahan tentang isu makanan tradisi yang menjadi lambang sebagai warisan masyarakat melayu yang tidak akan dilupakan dan akan berterusan sehingga ke generasi yang akan datang. Disamping itu, terdapat juga tentang makanan tradisi bagi kaum lain seperti Cina, India dan sebagainya. Kami berharap agar terbitan ini mampu memberi kesedaran kepada semua individu tentang betapa pentingnya menjag warisan tradisi kita supaya tidak lapuk dek zaman. Sekian, Terima Kasih.
BERITA SAMPINGAN JULY 2023 | ISSUE 03 03 ISI KANDUNGAN SELERO MAKANAN TRADISIONAL BERITA UTAMA AMBUYAT : Apa itu Nasi Kerabu ? Menerangkan berkenaan asal usul nasi kerabu. Fakta dan Pantang Larang Makanan Tradisi Masyarakat Borneo 35 05 MAKANAN TRADISIONAL AHLI KUMPULAN Gambar ahli kumpulan berserta nama dan nombor matrik. Seramai 6 orang ahli. A story of a retired athlete on pursuing and finishing his ultimate race. He has been called the world's most marketable athlete of his time. Pantun: Selera Warisan Sajak ; Makanan Tradisional Pemupukan Perpaduan Keluarga Malaysia Melalui Kepelbagaian Makanan Tradisional Tempahan Bahulu Warisan 40 20 Pakej Jimat 10 13 40 EKSKLUSIF! MENU SPECIAL IFTAR RAMADAN 18 27 619 CEDAR LANE , WEST PALMER, NY 07093 +1-303-777-0202 [email protected] WWW.ELITERUNNER.COM Sajian tradisi kian dilupakan RUANGAN KREATIF RUANGAN IKLAN TINTA EDITOR
"Makanan klasik akan sentiasa mendapat tempat di hati para penikmatnya, tetapi dalam setiap tempoh akan sentiasa ada satu makanan yang menjadi trend." -Winda Krisnadefa
SSeennssaassiiddaanntteerrkkiinnii !! Berita Utama Oleh Nik Anis
SAJIAN TRADISI KIAN DILUPAKAN Kuala Lumpur : Menurut Prof Madya Dr Shahrim Karim Pakar Makanan Warisan Negara, menegaskan bahawa sajian tradisi ini kian hilang gara-gara peribadi masyarakat sendiri. Hilang minat, tiada pendedahan awal mengenai makanan tradisional dan sikap lebih mengagungkan makanan luar dianggap penyumbang ke arah kepupusan sajian istimewa sempena Aidilfitri ini. Beliau mencadangkan agar dalam budaya makanan, kita harus mencontohi masyarakat Jepun yang tetap bangga dan memperkasakan sajian warisan mereka, walaupun sebagai negara maju. Menurut Dr Shahrim, sifat bakhil individu yang enggan berkongsi resipi tradisional untuk diwarisi orang lain turut menyumbang kepada kepupusan makanan warisan. “Tidak keterlaluan sekiranya saya melihat bahawa orang Melayu sendiri tidak berbangga dengan makanan warisan. Sebaiknya dalam budaya makanan, kita perlu mencontohi masyarakat Jepun yang sentiasa berbangga dan memperkasakan sajian warisan meskipun bergelar negara maju.Kita lebih mengagungkan makanan luar sehinggakan tidak mengetahui nama atau jenis makanan yang ada, sekali gus ia terus dilupakan." Katanya. Oleh Nik Anis Menurutnya, perkembangan dunia yang mendedahkan masyarakat kepada makanan luar membuatkan mereka lebih gemar mencuba biskut raya moden dari luar negara. Masyarakat lebih mengagungkan makanan luar sehingga mereka tidak mengetahui atau melupakan nama dan jenis makanan tradisional tempatan. Beliau melihat peranan penting ibu bapa dalam mendidik dan memperkenalkan makanan dan sajian tradisional Melayu kepada anak-anak, bukan hanya semasa perayaan tetapi juga dalam hidangan harian. Beliau juga mengemukakan keprihatinan tentang ketidakberbanggaan orang Melayu terhadap makanan warisan mereka sendiri Ada segelintir pewaris resipi yang bimbang resipi yang mereka kongsi akan dikomersialkan, padahal itu sebenarnya merupakan salah satu cara untuk memasarkan hidangan tersebut dan memastikan kelangsungannya. . Penghasilan kuih raya memerlukan adunan dan ukur yang tepat untuk menghasilkan kuih yang sempurna, dan faktor ini mungkin menjadi sebab mengapa masyarakat menganggap ia rumit untuk disediakan. July, 2023
Apa itu Na Oleh Nik A MAKANAN Sejarah Nasi Kerabu Pada abad ke-15, keluarga kaum peranakan menyatakan bahwa Nasi Kerabu berasal dari Kelantan. Peranakan Kelantan terdiri dari tiga budaya berbeda yaitu Melayu Kelantan, Thai, dan Cina. Nasi Kerabu Kaya adalah hidangan yang memiliki beragam rasa dan menyatukan masyarakat Melayu, Cina, dan Thai, serta melibatkan beberapa teori tentang asal usulnya. Meskipun asal usulnya tidak diketahui dengan jelas, ulam berfungsi sebagai makanan harian dalam masyarakat Melayu tradisional dan Siam. Nasi Kerabu juga dikenal sebagai "Khau Jam" di Thailand. Terdapat beberapa persamaan antara Nasi Kerabu dan Khau Jam, tetapi mereka berbeda dalam citarasa tumis dan bahan-bahan yang digunakan sebagai sos. Pada zaman sekarang, makanan tradisional memberi kesan yang besar kepada kesepaduan kaum di Malaysia. Sebagai contoh, makanan seperti roti canai, lontong dan tau fu fa bukan sahaja dimakan oleh kaum melayu, namun makanan ini dimakan oleh sesiapa sahaja yang sesuai dengan citarasanya. Makanan Tradisonal merupakan makanan yang mudah untuk didapati oleh masyarakat dan biasa dimakan oleh masyarakat negara kita. Bagi masyarakat Malaysia, makanan tradisional yang pelbagai jenis ini amat menepati citarasa masingmasing dan berkhasiat. Makanan tradisional kebiasaanya mempunyai bahan yang mempunyai vitamin ,zat tinggi , dan murah. Terdapat pelbagai variasi makanan tradisional di Malaysia serta mempunyai cara pembuatan yang berbeza seperti memanggang, pengkukusan, menggoreng dan menumis. Makanan tradisional ini kebiasaannya digabunggkan dalam konteks berbagai-bagai kaum di Malaysia. Terdapat juga makanan tradisional yang khusus dari daerah-daerah tertentu yang menjadi tanda bahawa makanan itu berasal dari negeri tersebut. B erit a U t a m a
TRADISIONAL Vintage to Modern Styles asi Kerabu ? Nasi kerabu merupakan hidangan tradisional yang unik dimana nasinya berwarna biru dan dimeriahkan dengan pelbagai sayur-sayuran segar yang dipanggil sebagai kerabu. Tambahan lagi, Nasi kerabu tidak lengkap tanpa sayur-sayuran yang dicincang seperti taugeh, kobis dan kacang panjang. Sayur-sayuran ini kebiasaanya dicampurkan Bersama serunding kelapa dan budu apabila dimakan. Tambahan pula, Nasi kerabu juga kebiasaanya dihidangkan bersama lauk pauk seperti ayam, daging, ikan celup tepung atau telur masin mengikut cita rasa masing-masing Malaysia mempunyai reputasi yang baik untuk menjadi sebuah negara yang dikenali sebagai 'syurga makanan' kerana ia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum. Tambahan pula, pengaruh warisan negara-negara jiran menambah perisa kepada budaya. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia kita perlulah berbanngga kerana mempunyai pelbagai makanan Tradisional yng menarik. Anis nyediaan Nasi Kerabu mengikut cara tradisional, ikan akan dipanggang terlebih dahulu kemudian dilumatkan sebelum digoreng bersama kelapa, halia dan bawang merah yang sudah ditumbuk. Setiap makanan tradisional semestinya mempunyai sejarah atau kisahnya tersendiri yang mana kita tidak ketahuai. Tahukah Anda? Terdapat beberapa jenis nasi kerabu antaranya nasi kerabu putih, nasi kerabu hitam, dan nasi kerabu biru adalah yang paling terkenal. Penggunaan bahan herba yang berlainan menjadikan nasi tersebut belainan warna. Dengan merendam beras menggunakan Bunga Telang , maka terhasil lah nasi yang berwarna biru. Selain itu, penggunaan daun atau herba "nadam" dalam bahasa Siam menyebabkan nasi tersebut berwarna hitam. Penggunaan pewarna kunyit pula menghasilkan nasi berwarna kuning. Sebaliknya, beras yang tidak dicampur dengan sebarang pewarna atau herba akan menjadi nasi putih seperti nasi biasa.
PEMUPUKAN PERPADUAN KELUARGA MALAYSIA MELALUI KEPELBAGAIAN MAKANAN TRADISIONAL Makanan tradisional yang beraneka ragam di Malaysia, yang berasal dari budaya Melayu, Cina, dan India, memainkan peranan penting dalam memperkuat ikatan perpaduan antara berbagai kaum di negara ini. Keseragaman kuliner ini mencerminkan kehidupan masyarakat Malaysia dan memberikan ruang bagi proses pengukuhan perpaduan kaum. Salah satu contohnya adalah Nasi Lemak, sebuah hidangan tradisional Melayu yang dinikmati oleh masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Nasi Lemak bukan hanya disukai oleh masyarakat Melayu, tetapi juga menjadi favorit bagi orang Cina dan India. Hal ini terbukti dengan adanya penjualan Nasi Lemak di restoran-restoran Cina dan India, bukan hanya di restoran Melayu. Nasi Lemak biasanya disajikan sebagai hidangan sarapan, tetapi saat ini tidak mengherankan jika makanan ini dimakan pada berbagai waktu, termasuk siang, petang, dan malam. Lauk sampingan seperti ayam goreng berempah, paru goreng, rendang ayam atau daging, sambal sotong, udang, dan kerang menjadi pelengkap yang disukai banyak orang untuk dinikmati bersama nasi lemak. Selain itu, makanan tradisional Cina juga menarik minat masyarakat Melayu dan India. Beberapa hidangan Cina yang disukai oleh masyarakat Malaysia adalah dumpling, dimsum, yong tau foo, dan kue tiau. Yee Sang, yang merupakan hidangan kebudayaan Cina, juga dianggap sebagai simbol perpaduan dalam masyarakat majmuk di negara ini. Yee Sang menjadi hidangan yang dinikmati bersama oleh masyarakat berbilang kaum saat merayakan Tahun Baru Cina. Di samping itu, makanan India juga tidak diabaikan oleh rakyat Malaysia, bahkan menjadi sebahagian dari makanan seharian kita. Kedai mamak yang terdiri daripada pelanggan berbagai etnik terutama Melayu, selalu menjadi tempat popular untuk menikmati aneka hidangan India yang pelbagai. Misalnya, roti canai, tosai, roti nan, roti bom, dan nasi kandar adalah beberapa hidangan India yang disajikan di kedai mamak. Kedai mamak telah tersebar di seluruh negeri, menjadi tempat pertemuan antara berbagai etnis. Fenomena ini menggambarkan peribahasa Melayu yang berbunyi "Bagai Isi Dengan Kuku". Di kedai mamak, masyarakat dapat berinteraksi dan saling mengenali antara satu sama lain. Melalui interaksi ini, perpaduan, keakraban, dan sifat saling menghormati dapat diperkuat.
TRADISI KITA Secara keseluruhan, keseragaman makanan tradisional di Malaysia, yang mencakupi berbagai budaya dan etnis, menjadi saranan penting dalam memupuk perpaduan antara kelompok masyarakat. Masyarakat Malaysia menikmati dan menghargai hidangan dari berbagai budaya, seperti Nasi Lemak, makanan Cina, dan hidangan India yang disajikan di kedai mamak. Hal ini mencerminkan semangat saling menghormati, saling memahami, dan saling melengkapi dalam kehidupan sehari-hari di negara ini. Kepelbagaian makanan tradisi di Malaysia membantu memperkuat perpaduan masyarakat majmuk negara ini melalui kehadiran pelbagai hidangan kaum Melayu, Cina, dan India pada perayaan besar dan majlis rasmi. Ini tidak hanya merupakan aspek yang diabaikan oleh masyarakat, tetapi makanan tradisi berbilang kaum ini sebenarnya memainkan peranan penting dalam memupuk harmoni dan perpaduan di Malaysia. Kita harus memberi penekanan yang besar pada pembangunan perpaduan keluarga Malaysia untuk mencegah berulangnya peristiwa tragis 13 Mei 1969 yang melibatkan perpecahan antara kaum. Secara keseluruhannya, makanan tradisi dari setiap kaum mampu mempererat perpaduan dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Rakyat Malaysia dapat memahami dengan lebih mendalam tentang makanan tradisi yang terkenal di kalangan pelbagai kaum di negara ini.
Kelantan 'Syurga Makanan ' Oleh Athirah Kamalia July, 2023 TIDAK lengkap rasanya jika berkunjung ke negeri Cik Siti Wan Kembang tanpa mencuba keenakan pelbagai jenis makanan yang ada. Kelantan yang terkenal dengan budaya tradisi, pantai yang cantik dan banyak lokasi membelibelah, Tanah Serendah Sekebun Bunga itu juga diakui oleh orang ramai sebgai 'syurga makanan.' Faktor geografi yang terletak berhampiran dengan Thailand menyebabkan Kelantan memiliki banyak makanan menarik untuk dicuba. Jika anda berkunjung ke negeri ini, banyak tempat menarik untuk dicuba, antaranya Restoran Nasi Ulam Cikgu di Kampung Kraftangan, Kota Bharu. Restoran itu menyediakan hidangan tradisi masyarakat Kelantan iaitu nasi, ulam-ulaman, singgang ikan, budu dan banyak lagi sajian lain. Jika anda peminat teh tarik, jangan lupa mencuba teh tarik madu lazat di Warung Pak Mat Pulau Pisang, Medan Ikan Bakar Kedai Buloh, Kota Bharu. Kopitiam Kita yang terletak di Taman Desa Jaya, Jalan Pengkalan Chepa juga destinasi perlu dikunjung untuk menjamu selera. Keunikan kafe tersebut adalah mempunyai pelbagai jenis makanan popular dari seluruh negeri termasuklah kuih-muih tradisional, nasi berlauk pagi, nasi air dingin, nasi tumpang dan menu kegemaran ramai, roti titab. Jika teringin untuk menikmati hidangan ala Thai khususnya daging harimau menangis, Suwarin Jinda Cafe yang terletak di Jalan Kuala Besar, Kota Bharu paling tepat untuk dikunjungi. Selain menu istimewa tersebut, pengunjung juga boleh mencuba miang pla, perut bakar, perut air asam, somtam, mi celup, aneka kerabu dan sebagainya yang cukup lazat dan menyelerakan. Sementara itu, jika mahu mencuba kepelbagaian dan keenakan kuih-muih Kelantan, Pasar Siti Khadijah meyediakan segalanya. Anda boleh dapatkan kuih tradisional seperti akok, bunga tanjong, jala emas, tahi itik, belebat ubi, pulut dakap, pulut sekaya, kuih cucur, tepung gomak, jering rebus, sira pisang dan banyak lagi kuih-muih kesukaan ramai. Usah bimbang mengenai harga kerana makanan di Kelantan sememangnya murah dan berpatutan. Jadi, tunggu apa lagi, jika ada peluang dan kelapangan, jangan lupa kunjungi Kelantan dan nikmati keenakan makanan yang ada di sana.
Oleh Athirah Kamalia July, 2023 Ambuyat : Fakta dan Pantang Larang Makanan Tradisi Masyarakat Borneo Warna dan tekstur ambuyat penting untuk menimbulkan selera dan keterujaan seseorang untuk menjamah ambuyat. Bagi masyarakat Bisaya di Sabah, warna ambuyat tidak penting. Tekstur ambuyat tidak menarik, tetapi rasanya enak. Ambuyat berwarna putih cair dan teksturnya seperti gam. Merupakan hidangan wajib ketika hari perkahwinan dan hari keramaian penduduk Bisaya. Ambuyat juga dimakan bersama hidangan tengah hari dan boleh menggantikan nasi. FAKTA 1. 2. 3. 4. 5. 6. Mematuhi pantang larang menyediakan ambuyat bertujuan untuk mendisiplinkan diri supaya menjadi lebih baik. Dahulu, jika ada kematian, ahli keluarga si mati tidak dibenarkan untuk makan ambuyat ketika mayat masih berada di dalam rumah. Jika mereka berkeras hendak makan, jasad si mati akan menjadi sangat lembut dan melekit seperti ambuyat. Masyarakat Dalat mempunyai kepercayaan seperti tidak boleh ketawa besar dan bercakap kasar serta kotor ketika makan ambuyat. PANTANG LARANG 1. 2. 3. 4.
Put a r an duni a s emakin c epa t, Makluma t dit e r ima s eke lip ma t a ; Lemang , r endang , na s i himpit, ke tupa t, S e l e r a wa r i s an buda y a kit a . SSEELLEERRAA WWAARRIISSAANN R u a n g a n K r e a tif PANTUN: Daun ke l apa me l amba i-l amba i, Pohonny a r endang di t anah subur ; Makanan t r adi s i pe r lu di s ema i, S emo g a nanti tidak be rkubur . S e g akny a g adi s be rba ju keba y a , Sung guh ang gun j e l a s ke liha t an; Dodo l dan lont ong pembuka s e l e r a , Apa a g akny a ka t amu tuan? S eming gu s eka li pe r g i ke pekan, Pe r g i ke pekan mena iki ke r e t a ; Ra s any a l a z a t enak dimakan, Itul ah pukul an t empo y ak kit a . Kuih bangkit putih wa rnany a , Dihidang s ama kuih baulu; Ma r il ah cuba r e s epi l ama , Keka lkan wa r i s an o r ang dahulu. Ke Te luk Int an pe r g i be r s ant a i, Pe r g i be r s ama t eman dan r akan; Tempe y ek dan putu ke g ema r an r ama i. Menj adi hidang an s epanj ang z aman. Oleh Nik Hazimah
SAJAK MAKANAN TRADISIONAL Di negeri yang kaya rasa, Mengumpul makanan tradisional Malaysia yang mempesonakan. Di atas meja dihidangkan banyak makanan istimewa, Bau aroma menggoda dari dapur di seluruh pelusuk negeri. Rendang, oh rendang, raja di antara daging lembut, Diperasakan dengan rempah ratus, masakan yang sempurna. Masakan gulai yang digabungkan dengan lemak santan, Berselera, menggoda setiap lidah yang memakannya. Lontong, ketupat, nasi lemak tidak kurang hebatnya, Hidangan istimewa lazat tak terkata, Dihidang bersama sambal pedas panas, Memberi sensasi yang lazat dalam setiap gigitan. Sate terkenal dengan rasa dan aromanya,, Diolesi dengan kuah kacang, menggoda selera masyarakat. ada juga roti canai yang lembut dan sedap, Dimakan dengan kuah kari memang tiada tandingannya. Mee goreng mamak, hidangan terkenal di gerai, Mee kuning goreng rempah berapi. Dicampur dengan sayur-sayuran dan telur yang banyak, Menyentuh hati dan perut, menghangatkan jiwa. Manis tidak boleh dilupakan, Pisang lepat, onde-onde, dan kuih talam memikat. gula melaka manis, santan lembut, Penuhi hari-hari dengan kebahagiaan yang melimpah. Ini adalah makanan tradisional Malaysia yang menakjubkan, Warisan budaya yang harus dilindungi dan dihargai. Rasanya yang unik, aroma yang menggoda, Makanan Malaysia, kebanggaan bangsa yang berterusan. Dalam setiap gigitan, kami mengalu-alukan kepelbagaian, Makanan tradisional Malaysia, menyatukan semua rakyat. Jom nikmati juadah yang dihidangkan, Dan raikan keindahan warisan kulinari negara tercinta. Oleh Maisarah
DISEDIAKAN OLEH: IDAYU SYAZWANI Menu Special Cawangan Reatoran Baru “Anda lapar? Jangan lepaskan peluang untuk menikmati menu spesial hari ini di restoran kami. Dapatkan tawaran yang istimewa hanya dengan memesan makanan di talian yang kami sertakan sekarang!" BELI SATU DAPAT DUA PERCUMA IFTAR RAMADAN TAWARAN TERHAD POTONGAN 50% 123 Anywhere St., Any City, ST 12345 PESAN SEKARANG! www.reallygreatsite.com +123 456 7890 R u a n g a n Ikla n R u a n g a n Ikla n
BAHULU WARISAN TITISAN CITARASA TRADISIONAL TEMPAH SEKARANG DAPATKAN SEGERA SEMENTARA STOK MASIH ADA! Universiti Utara Malaysia +123-456-7890 @SEDAPDO'OH UNTUK MAKLUMAT LANJUT: NIKMATI KERANGUPAN DAN KELEMBUTAN DI SETIAP SUAPAN
P R O M I S I B E R M U L A 1 J A N U A R I 2 0 2 4 PAKEJ JIMAT PAKEJ 1 PAKEJ 2 PAKEJ 3 Healthy Salad Cream Mi Kari Udang Roasted Chicken BBQ RM10 RM10 RM10 Pesan Sekarang! +123-456-7890 www.reallygreatsite.com
PROMOSI KINI Mie Ayam PESAN MELALUI: 123-456-7890
SELERO