See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/283570889 Nilai dalam Pembelajaran Matematik Chapter · January 2015 DOI: 10.13140/RG.2.1.1249.4809 CITATIONS 0 READS 4,789 3 authors, including: Some of the authors of this publication are also working on these related projects: Create engineering mathematics teaching project View project Faculty of Education's Massive Open Online Courses View project Effandi Zakaria Universiti Kebangsaan Malaysia 166 PUBLICATIONS 2,438 CITATIONS SEE PROFILE All content following this page was uploaded by Effandi Zakaria on 09 November 2015. The user has requested enhancement of the downloaded file.
ISU DAN PENDIDIKAN -·-- E
ISU DAN CABARAN DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK EDITOR Effandi Zakaria Roslinda Rosli Siti Mistima Maat Dicetak di Malaysia oleh wal Hijrah Enterprise o. 12A, Jalan 3/69, Seksyen 3 3650 Bandar Baru Bangi, Selangor. el: 0133111844, Faks: 0389258780, E-mel: [email protected]
ii Hak Cipta Terpilihara Tidak dibenarkan ulang mana-mana bahagian ar+il_. ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa j dan dengan cara apa pun sama ada elektronik, mekanikal, rakaman atau lain-lain sebelum memsap• keizinan bertulis dari Fakulti Pendidikan UKM. Cetakan Pertama: 2015 Susun Atur Huruf: Huruf: Verdana 9, 10, 11, 12, 14, 16 Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-da Penerbitan Effandi Zakaria Isu dan Cabaran dalam Pendidikan Matematik/ Effandi Zakaria, Roslinda Rosli, Siti Mistima Maat. Mengandungi rujukan bibliografi ISBN: 978-983-2267-80-5 1. Mathematics-Study and teaching. 2. I.Effandi Zakaria II. Roslinda Rosli.III. Siti Mistima Maat IV. Judul 510.7 Diterbitkan di Malaysia Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bandar Baru Bangi Selangor. Tel: 03-89216236, Faks: 0389254372, E-mel: [email protected]
iii KANDUNGAN Prakata v Bab 1 Isu Pengajaran Dalam Kalangan 1-18 Guru Matematik Effandi Zakaria Norhidayah Addenan Bab 2 Kemah iran Abad Ke 21: Pendekatan 19-36 Pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Matematik Nooriza Kassim Noziati Borhan Bab 3 Isu Dan Cabaran Perlaksanaan KBAT 37-52 Dalam Pendidikan Matematik Siti Mistima Maat Bab 4 Nilai Dalam Pembelajaran Matematik 53-73 Norziah Othman Effandi Zakaria Zanaton Hj Iksan Bab 5 Pengintegrasian Teknologi Dalam Amalan 74-95 Pengajaran Dan Pembelajaran Bilik Darjah Noziati Borhan Nooriza Kassim Bab 6 Kefahaman Matematik Mela lui 96-113 Pembelajaran Berkomputer Tuan Salwani Awang @ Salleh Bab 7 Pemerkasaan Pengajaran dan 114-126 Pembelajaran Matematik Melal
iv Penggunaan Bahan Manipulatif Roslinda Ros/i
v PRAKATA Buku ‘Isu dan Cabaran dalam Pendidikan Matematik’ ini adalah merupakan kertas kerja yang dihasilkan oleh pensyarah dan guru pendidikan matematik. Kesemua bab ini sesuai untuk dijadikan bahan rujukan dalam bidang pendidikan matematik, mahupun bidang pendidikan amnya. Bab ini membincangkan isu-isu dan cabaran yang sering dihadapi oleh pendidik matematik. Buku ini sesuai dijadikan rujukan pendidik di peringkat sekolah mahupun institusi pengajian tinggi, termasuk guru pelatih di Institut Pendidikan Guru dan di Institusi Pengajian Tinggi. Buku ini juga sesuai dengan orang awam yang berminat dengan pendidikan matematik. Buku-buku ilmiah seperti ini masih kurang dihasilkan atau terdapat di pasaran khususnya dalam pendidikan Matematik. Buku ini mengandungi 7 bab yang merangkumi pelbagai aspek pendidikan matematik. Bab 1 membincangkan isu pengajaran dalam kalangan guru matematik yang memberi penekanan kepada pengajaran kefahaman konsep dan strategi peringkat aras tinggi. Bab 2 membincangkan berkaitan kemahiran abad ke 21 yang menjurus kepada pendekatan pengajaran kemahiran berfikir aras tinggi dalam matematik. Bab 3 membincangkan isu dan cabaran perlaksanaan KBAT dalam pendidikan matematik Bab 4 membincangkan tentang aspek nilai dalam pembelajaran matematik. Bab 5 menjelaskan tentang pengintegrasian teknologi dalam amalan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah
vi Bab 6 menjelaskan tentang menangani isu kefahaman matematik melalui pembelajaran berkomputer Bab 7 membincangkan tentang pemerkasaan pengajaran dan pembelajaran matematik melalui penggunaan bahan manipulatif. Akhir kata, penghasilan buku ini merupakan satu sumbangan kecil penulis kepada bidang pendidikan Matematik. Selain itu, kekuatan buku ini adalah juga terletak di atas kepakaran dan pengalaman penulis-penulis dalam bidang masing-masing. Buku ini ditulis oleh ahli akademik yang berwibawa dalam bidang pendidikan. Sekian, terima kasih. Wassalam. Sidang Penyunting: Prof. Madya Dr. Effandi Zakaria Dr Roslinda Rosli Dr Siti Mistima Maat Jabatan Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi Selangor. Telefon: 03-89216279 Faks: 03-89254372
Isu-Isu Pendidikan Matematik53 BAB4 NILAI DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK Norziah Othman Effandi Zakaria Zanaton Hj Iksan PENGENALAN Kita sering kali disajikan dengan kata-kata nasihat seperti ‘Budi Bahasa Budaya Kita’ dan ‘Amalkan Nilai-Nilai Murni dalam Kehidupan’ melalui pelbagai saluran di kaca televisyen. Nilai-nilai murni sewajarnya telah sebati dalam diri rakyat Malaysia yang tebal dengan adat dan tatasusila ketimuran. Prinsip-prinsip dalam Rukun negara seperti Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undangundang serta Kesopanan dan Kesusilaan menjelaskan pegangan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka yang menekankan betapa pentingnya kesepaduan insan. Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sistem pendidikan negara ternyata mengalami perkembangan yang amat pesat. Selari dengan faktor globalisasi yang diwarnai oleh sekularisme, proses pendidikan kini disulami dengan cabaran demi merealisasikan matlamat pendidikan negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) diwujudkan dengan matlamat yang jitu iaitu untuk melahirkan insan seimbang berteraskan kepercayaan kepada Tuhan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2006): “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
54Isu-Isu Pendidikan Matematik untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2006) Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang agar kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara (Mohd Yunus, Zaitul Azma, Mohd Rohaizat & Mat Rofa, 2010). Sistem pendidikan yang holistik, berkualiti dan bersepadu dapat menghasilkan insan yang seimbang dan cemerlang. Berilmu dan berpendidikan seharusnya menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia justeru boleh menjadi ciri-ciri asas seorang individu unggul dalam keluarga dan masyarakat (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2006). Satu konsep asas tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat turut terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Konsep pendidikan bersepadu melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah membantu merealisasikan hasrat pendidikan negara. Menurut Sidek (2010), nilai ilmu terletak pada kebenaran isi kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk menerangkan kepada manusia tentang sesuatu perkara malah yang lebih penting ia mempengaruhi, mengubah dan membentuk akhlak diri serta masyarakat. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu perkara itu amat tinggi nilainya. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan memperkukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.
Isu-Isu Pendidikan Matematik55 Seorang penyair Arab pernah bermadah bahawa keunggulan tamadun sesuatu bangsa itu adalah terletak pada akhlak bangsa itu sendiri. Maka jika runtuh akhlaknya, maka runtuhlah tamadun serta negara tersebut. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menyatakan pendiriannya bahawa Malaysia boleh maju menjelang abad ke 21 jika warganegaranya bermoral dan beretika. Menurut Ab. Halim (2005), sesuatu bangsa yang maju perlu mempunyai nilai-nilai hidup yang positif, progresif dan dinamik. Oleh itu, pendidikan hari ini memerlukan satu perubahan dan integrasi ilmu yang bersepadu agar dapat melahirkan modal insan seperti yang dihasratkan. Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia hakikatnya mengandungi nilai-nilai yang mampu menjadi faktor penyumbang kepada kemajuan umatnya. Nilai-nilai Islam yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah Rasulullah S.A.W berupaya membimbing manusia menjadi insan yang soleh, beriman dan bertakwa. Pemupukan kebolehan manusia yang dianugerahkan Allah S.W.T menurut Abdul Rahim dan Azharul Nizam (2010) merupakan elemen yang diberikan penekanan dalam pendidikan Islam agar dapat menjadi umat yang menyumbang jasa kepada agama, bangsa dan negara secara beradab. Sistem pendidikan yang berkesan seharusnya menitikberatkan pembangunan insaniah (Siti Hajar 2007) di samping pembangunan aspek fizikal. Oleh itu pengembangan nilai dalam pembelajaran perlu dititikberatkan dalam pendidikan hari ini bagi melahirkan masyarakat yang seimbang jasmani mahupun rohani selari dengan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat melahirkan graduan yang berakhlak mulia sebenarnya bukan hanya menjadi tanggungjawab pendidik sahaja malah ia turut menjadi tanggungjawab bersama semua pihak (Zailan & Sh. Azad 2007). Hakikatnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan memerlukan pengembangan dan penghayatan nilai oleh semua pihak
56Isu-Isu Pendidikan Matematik bagi merealisasikan hasrat dan matlamat yang tersurat di dalamnya. Menurut Baharrudin dan Mat Rofa (2010) pengembangan nilai-nilai ini bukan sahaja boleh dilaksanakan melalui mata pelajaran Pengajian Islam atau Pendidikan Moral sahaja. Malah semua pendidik harus berganding bahu bersama membantu mengembangkan nilai-nilai ini melalui semua mata pelajaran yang diajar di dalam bilik darjah kerana realitinya pengembangan nilai boleh dilakukan dengan pelbagai cara (Ahmad 2001). Matematik misalnya sebagai ilmu yang sarat dengan nilai (Bishop 1988; 2008) dan bukannya bebas nilai seperti anggapan sesetengah pihak mampu menjadi alat yang berkesan dalam proses pembentukan akhlak (Nik Azis 2003). Matematik merupakan ilmu yang sepatutnya tidak boleh terpisah daripada agama oleh kerana melaluinya banyak masalah agama dapat diselesaikan (Mat Rofa 2004). Masalah faraid, zakat, penentuan arah kiblat, proses jual-beli dan sebagainya memerlukan ilmu matematik bagi menyelesaikannya. Di samping itu matematik juga boleh membantu pelajar memupuk nilainilai bekerjasama, jujur, menepati masa dan sebagainya sewaktu aktiviti pembelajaran bermakna seperti pembelajaran secara koperatif (Effandi & Zanaton 2007), inkuiri dan lain-lain. ISU DAN CABARAN Sejak kebelakangan ini kita sering dikejutkan dengan isu keruntuhan akhlak yang mengakibatkan masalah besar seperti pembuangan bayi, kecelaruan jantina yang mengundang kepada isu homoseksual, ‘black metal’, rasuah dan lain-lain gejala yang ternyata amat membimbangkan semua pihak. Isu memperdagangkan manusia misalnya berlaku akibat kerakusan sifat manusia yang tamak sehinggakan sanggup meminggirkan kepentingan sejagat demi mengejar kenikmatan dunia.
Isu-Isu Pendidikan Matematik57 Malangnya ramai dalam kalangan mereka yang terlibat dengan masalah ini merupakan bekas graduan yang semestinya terdiri daripada mereka yang berpelajaran tinggi (Mohd Kamal 1988; Zakaria 1996; Harery 2007). Oleh itu, pendidikan tinggi kini tidak lagi menjamin ketinggian akhlak dan moral malah golongan ini dibimbangi pula bakal menyalahgunakan kuasa yang diamanahkan bagi melakukan kerosakan tanpa rasa bersalah. Masalah yang hampir sama turut berlaku di negara-negara Barat sebagai negara maju sejak beberapa abad dahulu lagi. Pihak kerajaan mahupun badan bukan kerajaan di Amerika Syarikat contohnya berusaha keras memikirkan acuan terbaik yang dapat mengatasi gejala sosial yang berlaku (Bishop & Seah, 2008). Menurut Kirschenbaum (2000), Amerika Syarikat sangat prihatin dan memandang serius masalah ini dan telah mengambil langkah drastik dengan melaksanakan pelbagai program pendidikan nilai di sekolah, kolej dan universiti. Bishop (2012) menyatakan bahawa pendidikan nilai yang berkesan merupakan penyelesaian terbaik bagi menangani krisis moral dan sosial dalam kalangan masyarakat. Dengan itu, perkembangan dan pemupukan nilai telah mulai diberi penekanan di Barat sejak awal abad ke 21 sebagai jalan penyelesaian (Cao, Bishop & Forgasz, 2007) kepada masalah keruntuhan akhlak dan moral yang semakin berleluasa. Menurut Syed Muhammad Naquib (1991) dan Wan Mohd Nor (2006), kehilangan adab sebenarnya merupakan punca yang mencetuskan pelbagai masalah dan krisis hidup. Malaysia telah mulai menitikberatkan isu nilai dalam pendidikan (Mohd. Khamdani, 2010) agar masalah keruntuhan akhlak ini dapat ditangani bersama. Pada tahun 2012, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan (Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia 2013) bagi menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Melalui kedua-dua kurikulum
58Isu-Isu Pendidikan Matematik baharu ini, Kementerian Pendidikan Malaysia berhasrat melakukan penambahbaikan terhadap kurikulum sedia ada bagi melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai. Kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang menjadi matlamat utama pelaksanaan KBSR sejak dilaksanakan pada tahun 1983 dipertingkatkan menjadi 4M apabila satu lagi aspek iaitu kemahiran menaakul ditambah. KSSR yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan diperkenalkan bagi mengambil kira cabaran abad ke 21 yang harus dilalui oleh sistem pendidikan hari ini. Empat tunggak yang menjadi asas kepada Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan (UNESCO) iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be) menjadi asas pelaksanaan KSSR (Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia 2013). Kelesuan pelajar, kesempitan pemikiran, kemunduran dalam kemahiran hidup, kebekuan pergaulan, kehilangan kepercayaan diri, kebuntuan idea, kelemahan bertutur, kehilangan pedoman hidup dan kehilangan maruah bangsa (Abdul Latif, 2003; Wan Mohd Nor, 2006; Abdul Razak, 2009) merupakan antara masalah-masalah yang sering wujud dalam kalangan pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi. Menurut Syed Muhammad Naquib (1995), usaha membebaskan kehidupan manusia daripada pengaruh agama dengan menafikan kawalan metafizik terhadap pemikiran dan bahasa yang digunakan adalah tidak produktif dan sewajarnya dielakkan. Ini adalah kerana usaha tersebut hanya mampu mencetuskan suasana yang bercelaru dan tidak beradab (Wan Mohd Nor, 2006).
Isu-Isu Pendidikan Matematik59 Malaysia merupakan sebuah negara yang menekankan kepentingan beragama, maka rakyatnya harus kembali kepada landasan asal yang berpaksikan kepada ketuhanan. Justeru pendidikan bersepadu yang menerapkan nilai amat diperlukan bagi melahirkan insan yang bertakwa dan bertanggungjawab kepada diri, masyarakat dan negara keseluruhannya. Menurut Mohammad Fazril (2012), pendidikan kita tidak seharusnya ditentukan secara mutlak oleh pasaran dan industri. Makna dan nilai pendidikan seharusnya difahami terlebih dahulu agar pendidikan bukan setakat sebagai alat memuaskan kehendak industri, malah mampu mengajar manusia untuk memahami erti kehidupan, mengenali hikmah perjalanan sejagat, mengetahui kehebatan Pencipta dan menghargai setiap detik dalam kehidupan. Oleh itu pendapat yang menyatakan bahawa belajar adalah untuk mendapatkan maklumat dan kemahiran semata-mata demi memenuhi kehendak majikan hendaklah dikikis daripada minda seseorang graduan. Sebaliknya pembangunan masyarakat yang berasaskan aspek kualitatif diri seorang insan (Wan Zah et al., 2007) perlu dititikberatkan dan menjadi fokus pembelajaran selain pengetahuan dan kemahiran. Menurut Wan Mohd Nor (2006), potensi seseorang manusia sepatutnya dikembangkan dan bukan dinyahmanusiakan. Akhlak yang mulia bagi seseorang insan terbentuk daripada cantuman disiplin yang tinggi, amalan yang soleh, sikap yang positif, watak yang baik, gaya hidup yang kemas dan bersih, pemikiran yang luas dan terbuka, emosi yang stabil, pegangan hidup yang penuh beriman, perilaku yang sopan dan pergaulan yang beradab. Menurut Al-Ghazali (1990), akhlak yang mulia hakikatnya merujuk kepada akhlak yang dibentuk berasaskan ketakwaan kepada Allah S.W.T Bagaimanapun masalah keruntuhan akhlak yang berleluasa berlaku kini adalah disebabkan oleh pelajar yang tidak memahami dan menghayati falsafah pendidikan dengan jelas (Wan Mohd Nor 2006).
60Isu-Isu Pendidikan Matematik Pada era globalisasi kini, pelajar seharusnya bukan sekadar dilengkapi dengan kemahiran teknologi di samping komunikasi berkesan, keupayaan berfikir secara kreatif dan kritis, mampu bertindak secara rasional dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, malah mereka juga perlu mempunyai nilai yang tinggi serta berupaya menjadi pemimpin yang berkesan kepada keluarga dan masyarakat (Norizan et al. 2007). Nilai-nilai dalam mata pelajaran itu sendiri harus disemai (Hamidah et al. 2010) dan diamalkan sebagai salah satu langkah penyelesaian demi memenuhi hasrat negara bagi melahirkan modal insan yang seimbang jasmani, emosi, rohani dan inteleknya. Oleh itu pendapat yang menyatakan bahawa belajar adalah untuk mendapatkan maklumat dan kemahiran semata-mata demi memenuhi kehendak majikan hendaklah dikikis daripada minda seseorang graduan. Sebaliknya pembangunan masyarakat yang berasaskan aspek kualitatif diri seorang insan (Wan Zah et al. 2007) perlu dititikberatkan dan menjadi fokus pembelajaran selain pengetahuan dan kemahiran. Menurut Wan Mohd Nor (2006), potensi seseorang manusia sepatutnya dikembangkan dan bukan dinyahmanusiakan. Akhlak yang mulia bagi seseorang insan terbentuk daripada cantuman disiplin yang tinggi, amalan yang soleh, sikap yang positif, watak yang baik, gaya hidup yang kemas dan bersih, pemikiran yang luas dan terbuka, emosi yang stabil, pegangan hidup yang penuh beriman, perilaku yang sopan dan pergaulan yang beradab. Menurut Al-Ghazali (1990), akhlak yang mulia hakikatnya merujuk kepada akhlak yang dibentuk berasaskan ketakwaan kepada Allah S.W.T Bagaimanapun masalah keruntuhan akhlak yang berleluasa berlaku kini adalah disebabkan oleh pelajar yang tidak memahami dan menghayati falsafah pendidikan dengan jelas (Wan Mohd Nor 2006). Transformasi individu perlu diberi tumpuan selain kemahiran insaniah terhadap budaya, nilai dan jati diri agar tidak bertentangan dengan norma kehidupan sedia
Isu-Isu Pendidikan Matematik61 ada (Kassim, 2011). Menurut Matthews et al. (2007) nilai yang diterapkan dalam masyarakat mengukuhkan lagi tuntutan dan komitmen ke arah melaksanakan pendidikan yang seimbang. Oleh itu kecemerlangan bukan hanya bertumpu kepada sistem pendidikan tetapi juga kepada hasil pembentukan insan yang menerima pendidikan agar mematuhi konsep kecemerlangan insan dan menepati Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum Matematik di Malaysia sendiri bermatlamat untuk memperkembangkan pemikiran mantik, analitis, bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah dalam diri pelajar agar dapat menjalani kehidupan dengan sempurna di samping menghargai kepentingan dan keindahan matematik. Pengetahuan dan pemahaman yang jelas tentang nilai dan kepentingannya mempengaruhi sikap dan cara pelajar bertindak terhadap matematik (Dede 2006). Ia turut membantu guru atau pensyarah mengetahui bagaimana cara mengatasi kelemahan pelajar dalam pembelajaran matematik. Menurut Bishop (2008), ramai pendidik tidak menyedari bahawa mereka telah atau sedang mengembangkan nilai dalam pengajaran matematik. Kebanyakan nilai diterapkan dan dikembangkan oleh pendidik adalah secara implisit atau tersirat (Clarkson et al. 2010) berbanding secara langsung atau eksplisit. Sedangkan menurut Shaharir dan Abdul Latif (1988) sesuatu perkara dan tindakan termasuk nilai perlu dirancang dan diterapkan secara eksplisit bagi menghasilkan pembelajaran yang bermakna dan berkesan. Pengembangan nilai oleh pelajar secara menyeluruh dalam pembelajaran matematik adalah selari dengan transformasi pendidikan negara melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi 2015-2025 yang menekankan kepada penghayatan nilai sebagai amalan kehidupan.
62Isu-Isu Pendidikan Matematik Menurut Lim (2012), kurikulum matematik di negara-negara di Asia Tenggara seperti Singapura dan Indonesia amat menitikberatkan pendidikan nilai. Singaporean School Mathematics Curriculum contohnya menyatakan dua matlamat dalam pendidikan matematik di Singapura iaitu membentuk sikap yang positif seperti yakin, seronok dan tabah serta menghargai kepentingan dan keindahan matematik (Haris, 1991). Perkataan menghargai itu sendiri menggambarkan nilai yang perlu dikembangkan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. OECD (2011) pula melaporkan bahawa Kurikulum Singapura yang baharu (Portal Rasmi www.moe.gov.sg) amat menitikberatkan pendidikan yang menjadikan nilai sebagai asas atau akar umbi. Matlamat yang memerlukan kepada keseimbangan isi kandungan, kemahiran dan pembangunan perwatakan diyakini penting bagi mencapai pendidikan yang holistik. Swadener dan Soedjadi (1988) pula menjelaskan bahawa fenomena yang sama turut berlaku di Indonesia yang kekal setia dengan Matlamat Pendidikan Indonesia; "Pendidikan nasional berfungsi mengembangkan kemampuan dan membentuk watak serta peradaban bangsa yang bermartabat dalam rangka mencerdaskan kehidupan bangsa, bertujuan untuk berkembangnya potensi peserta didik agar menjadi manusia yang beriman dan bertakwa kepada Tuhan Yang Maha Esa, berakhlak mulia, sihat, berilmu, cakap, kreatif, mandiri, dan menjadi warga negara yang demokratis serta bertanggung jawab". (Undang-undang No. 20, Tahun 2003. Pasal 3 Jabaran UUD, 1945) Kedua-dua buah negara jiran kepada Malaysia ini nampaknya memandang serius kepada pendidikan nilai sebagai satu cara membentuk peribadi rakyatnya yang penuh dengan sifat seorang insan yang beradab. Di Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
Isu-Isu Pendidikan Matematik63 melaksanakan beberapa kali perubahan untuk meningkatkan kemampuan sistem pendidikan negara bagi memenuhi keperluan semasa demi mendepani cabaran masa hadapan (Nik Azis, 2007). Pembangunan insan menjadi fokus utama pendidikan negara seperti yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979): “Mereka bukan sahaja perlu cekap bahkan perlu boleh berfikir dan bertindak dengan baik secara sendiri mahu pun secara beramai-ramai dengan berpandukan punca-punca akhlak mulia. Tegasnya, individu yang dilahirkan dari sistem persekolahan negara perlu selaras dengan tujuan pembangunan kemanusiaan” (Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979) Ketiga-tiga contoh matlamat pendidikan mewakili tiga negara ASEAN termasuk Malaysia ini menunjukkan bahawa pendidikan nilai adalah menjadi keutamaan bagi melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab dan bersatu padu demi memelihara kesejahteraan negara. Oleh itu semua pihak yang melibatkan penggubal dasar dan kurikulum, pegawai di kementerian berkaitan, ibu bapa, pendidik mahupun pelajar harus memahami matlamat pendidikan sebenar dan bersama-sama memainkan peranan masing-masing bagi merealisasikannya. Pengembangan nilai merentasi kurikulum secara eksplisit berlaku melalui mata pelajaran Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral, dan secara implisit pula melalui strategi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kurikulum, kaedah pengajaran, budaya institusi pengajian dan aktiviti persatuan serta ko kurikulum. Namun menurut Norizan et al. (2014), mata pelajaran lain selain Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral harus bertindak sebagai medium atau alat dalam pendidikan nilai. Matematik contohnya merupakan subjek yang wajib dipelajari di sekolah dan menjadi pra syarat bagi
64Isu-Isu Pendidikan Matematik hampir semua jurusan atau bidang pengkhususan di institusi pengajian tinggi (T. Subahan, 1992; Ahmad Fauzi et al., 2005; Hamidah & Merza, 2002; Nik Azis, 2008). Namun ramai pelajar beranggapan bahawa matematik adalah subjek yang sukar, ‘kering’ malah membosankan (Wan Zah et al., 2005; 2009). Menurut May dan Stone (2010), masalah dalam matematik yang melibatkan banyak pengiraan menuntut komitmen yang tinggi serta ‘kerja keras’ menyebabkan pelajar menjadi keliru. Pelajar menjadi bertambah bosan apabila mendapati mereka tidak memahami isi kandungan pelajaran (Noraini, 2001; Aufschnaiter & Rogge, 2010). KESAN DAN IMPLIKASI Persepsi negatif pelajar terhadap subjek matematik telah menyebabkan penguasaan dan pencapaian yang lemah (Azar et al., 2010) dalam bidang ini dan seterusnya menjejaskan peluang mereka melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Sedangkan kursus Matematik seperti kalkulus, aljabar dan statistik menjadi kursus teras dalam beberapa program pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi. Menurut Ahmad Fauzi (2008) pelajar yang terlebih dahulu mendapat pendedahan di peringkat sekolah menengah atau matrikulasi masih menghadapi masalah mengikuti kursus matematik kalkulus di peringkat universiti dengan keputusan yang sering mengecewakan ditunjukkan saban tahun. Kebimbangan terhadap kemampuan dan kebolehan diri dalam pembelajaran matematik juga telah menyebabkan ramai pelajar tidak memilih jurusan sains (Norizan & Nuramirah, 2014) sebagai pilihan bidang pengajian ke tingkatan empat dan lima di sekolah menengah. Peratusan pelajar mengambil aliran sains dikatakan turun dengan mendadak sejak 2007 dan kini dianggap amat kritikal. Keadaan ini bakal memperlahankan sasaran bagi Pelan Hala Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi 2020 (Utusan Online bertarikh 28 Disember 2012). Kajian oleh Ahmad Fauzi (2008) mendapati pencapaian pelajar bagi Matematik Moden dan
Isu-Isu Pendidikan Matematik65 Matematik Tambahan pada peperiksaan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mempengaruhi pencapaian pelajar bagi kursus matematik Kalkulus di peringkat pengajian tinggi. Pelajar yang memperoleh gred pencapaian matematik yang baik di sekolah menengah pasti tidak menghadapi masalah dalam pembelajaran matematik ketika di universiti. Menurut Arsaythamby (2010) pengetahuan asas matematik yang baik menjamin keberkesanan proses pembelajarannya dan seterusnya tahap penguasaan terhadap konsep matematik yang dipelajari. Oleh itu kemampuan guru atau pensyarah dalam menyampaikan pengajaran matematik dengan berkesan pasti dapat membantu pelajar memahami matematik dengan lebih baik di samping menarik minat mereka untuk terus mendalami ilmu yang berguna ini. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan menurut Noraini (2001) amat penting bagi mengubah persepsi dan sikap pelajar terhadap matematik. Kebolehan afektif diyakini dapat membantu kebolehan kognitif pelajar dalam meningkatkan pencapaian matematik (Depaolo & Mclaren, 2006; Bishop, 2012), Oleh itu mencantumkan sesuatu yang menarik merupakan penyelesaiannya. Sesuatu yang menarik itu adalah unsur-unsur nilai yang perlu dikembangkan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik (Rokiah, 2012). Namun menurut Nik Azis (2009), bagaimana nilai itu dibina, difahami dan dikembangkan masih menjadi persoalan dan memerlukan kajian terperinci bagi menerokanya. Hakikatnya pelajar perlu dibimbing agar mampu mengembangkan nilai yang dimiliki dan mengamalkan ilmu matematik yang diperoleh agar dapat menyumbang kepada masyarakat. Matematik adalah subjek yang kaya dengan nilai yang tersirat mahupun yang tersirat kerana melaluinya nilai yang dimiliki oleh pelajar boleh dikembangkan. Sebaliknya apa yang berlaku ialah pengetahuan matematik yang diajar di sekolah mahupun di institusi
66Isu-Isu Pendidikan Matematik pengajian tinggi (Nik Azis 2014) kurang menyediakan pengalaman bermakna kepada pelajar dalam konteks kehidupan seharian sehinggakan ia dianggap sebagai sukar, ‘kering’ malah membosankan (Wan Zah et al. 2005; 2009). Menurut Bishop, FitzSimons, Seah dan Clarkson (1999), pemahaman yang terhad berkaitan nilai dan bagaimana ia boleh dikembangkan dengan berkesan oleh guru menyebabkan nilai hanya diterapkan secara implisit dalam pengajaran matematik. KESIMPULAN Pendidikan sebagai asas perpaduan menyediakan keperluan tenaga mahir sebagai asas pembangunan rakyat yang berdisiplin. Pendidik perlu berubah demi menyahut cabaran globalisasi dan pasca modenisme agar dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap tabii ilmu, peranan ilmu, sifat unggul manusia, makna manusia terdidik dan lain-lain. Mengutamakan kebendaan dan mengharapkan penghargaan daripada manusia kini bukan sahaja menghakis nilai-nilai murni kemanusiaan dan keagamaan malah telah menggugat nilai murni ilmu pengetahuan itu sendiri. Ilmu yang berguna kini sewenang-wenangnya dianggap sebagai komoditi yang boleh diperdagangkan dan menjanjikan pulangan yang lumayan. Allah S.W.T menjadikan alam ini dengan sempurna dan cukup indah. Oleh itu manusia memerlukan ilmu bagi menguruskan alam agar sumber kekayaan yang terdapat di dalam dan atas bumi ini dapat ditadbir sebaik-baiknya demi manfaat seluruh makhluknya. Manusia yang bijak dan adil mengetahui adab sesuatu perkara iaitu meletakkan sesuatu perkara pada kedudukannya yang sebenar (Syed Muhammad Naquib, 1995). Justeru menguasai ilmu termasuklah ilmu matematik adalah menjadi suatu kewajipan dan tuntutan bagi membangunkan tamadun buat umat Islam tanpa kongkongan dan penjajahan dari Barat. Modal insan yang dihasilkan adalah terbangun dengan faktor naqliah dan
Isu-Isu Pendidikan Matematik67 akliah iaitu cemerlang dalam aspek agama di samping memiliki kepakaran dalam bidang sains dan teknologi. Setiap graduan yang dihasilkan seharusnya mempunyai ilmu, akhlak, tingkah laku, set minda dan adab untuk menjadi insan mulia. Mereka bakal menjadi warga sejagat dengan jati diri Malaysia yang menyerlah, bersedia dan sanggup berkorban demi keharmonian dan kesejahteraan keluarga, masyarakat, negara dan sejagat. Graduan holistik dan seimbang adalah kesinambungan daripada sistem pendidikan asas untuk melahirkan warga Malaysia yang berjiwa mulia. Bagi mencapai hasrat ini, Kementerian Pendidikan Malaysia dan institusi pengajian tinggi tempatan perlu berganding bahu membangunkan kurikulum yang lebih holistik dan bersepadu, serta menambah baik ekosistem pembangunan pelajar. Inisiatif utama termasuklah meningkatkan pembelajaran berasaskan pengalaman bermakna dengan memanfaatkan penggunaan teknologi untuk meningkatkan pembelajaran yang bermakna bersesuaian dengan keperluan pelajar. Pelajar seharusnya mempunyai matlamat pembelajaran yang bukan sekadar mengetahui, mengaplikasikannya kepada kehidupan seharian malah mampu mengaitkannya dengan kebesaran Tuhan. Dengan itu pelajar berupaya mendalami ilmu matematik yang dipelajari dengan sepenuh jiwa dan secara tidak langsung turut menghayati tanggungjawab sebagai khalifah seperti mana yang diamanahkan oleh Allah S.W.T. RUJUKAN Ab. Halim Tamuri. (2005). Cabaran Pendidikan Nilai Dalam Pembangunan Insan di Malaysia. Seminar Pendidikan Serantau UKM-UNRI ke- 2 pada 4-5 Mac. Abdul Latif Samian. (2003). Mengatasi Kelayuan Mahasiswa. Pemikir Bil. 33 Julai-September, 75- 90.
68Isu-Isu Pendidikan Matematik Abdul Rahim Hamdan & Azharul Nizam Zahari.(2010). Konsep Pendidikan Bersepadu Serta Pengembangan Nilai-Nilai Murni Dalam Pengajaran Matematik Menengah Rendah. Jurnal Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia. Abdul Razak Salleh. (2009). Matematik Dalam Budaya Melayu Dipersembahkan Sebagai Syarahan Perdana Jawatan Profesor Universiti Kebangsaan Malaysia Di Ukm, Bangi, Selangor. Ahmad Fauzi Mohd Ayub. (2008). Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Kalkulus Menggunakan Model Pengajaran Terus Dan Model Pembelajaran Masteri: Pakej Temaccc. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia. Al-Ghazali. (1990). Ihya' Ulumiddin (Jilid 1). Kuala Lumpur: Asaya-Sayaifa' Darulfikir. Aufschnaiter, C. V. & Rogge, C. (2010). Misconceptions or Missing Conceptions? Eurasia Journal of Mathematics, Science & Technology Education 6(1), 3-18. Arsaythamby Veloo. (2010). Hubungan Di Antara Orientasi Pembelajaran Matematik (Opm) Dengan Pencapaian Matematik. Asia Pasific Journal of Educators and Education 25(33-52). Azar, H. K., Lavasani, M. G., Malahmadi, E. & Amani, J. (2010). The Role of Self- Efficacy, Task Value, and Achievement Goals in Predicting Learning Approaches and Mathematics Achievement. Procedia - Social and Behavioral Sciences 5(0), 942-947. Baharrudin Zainal & Mat Rofa Ismail. (2010). Trigonometric Solutions Using Sine Quadrant. Procedia - Social and Behavioral Sciences 8(0): 721-728. Bishop, A. J., Clarkson, P., Fitzsimons, G. & Seah, W. T. (1999). Values in Mathematics Education: Making Values Teaching Explicit in the Mathematics Classroom. Combined Annual Meeting of the Australian Association for Research in Education. Melbourne, Australia.
Isu-Isu Pendidikan Matematik69 Bishop, A. J. & Seah, W. T. (2008). Educating Values: Possibilities and Challenges through Mathematics Teaching. Dlm. Huat, C. M. & Kerry, T. (pnyt.). International Perspectives on Education, hlm. 118- 138. London UK: Continuum. Bishop, A. J. (2008). Values in Mathematics and Science Education: Similarities and Differences. The Montana Mathematics Enthusiast 5(1), 47-58. Bishop, A. J., (2012). From Culture to Well-Being: A Partial Story of Values in Mathematics Education. ZDM Mathematics Education 44(1), 3-8. Cao, Z., Bishop, A.J. & Forgasz, H. (2007). Perceived Parental Influence on Mathematics Learning: A Comparison among Students in China and Australia. Educational Studies in Mathematics 64(1), 85-106. Dede, Y. (2006). Mathematical Educational Values of College Students' Towards Function Concept. Eurasia Journal of Mathematics, Science & Technology Education 2(1), 82-102. Depaolo, C. & Mclaren, C. H. (2006). The Relationship between Attitudes and Performance in Business Calculus. INFORMS Transactions on Education 6(2), 8-22. Effandi Zakaria & Zanaton Iksan. (2007). Promoting Cooperative Learning in Science and Mathematics Education: A Malaysian Perspective. Eurasia Journal of Mathematics, Science & Technology Education, 2007, 3(1)(35-39). Harery Abu Saad. (2007). Perkaitan Penghayatan Akhlak, Sikap Terhadap Sains, Pencapaian Dan Pemilihan Kerjaya Di Kalangan Pelajar Dalam Konteks Pembangunan Modal Insan Bersepadu Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Di SMKA. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Haris Md. Jadi. (1991). Reformasi Kurikulum Di Malaysia:Satu Pandangan Ke Atas Proses Perancangan, Pembinaan Dan Perlaksanaannya Pendidik dan Pendidikan Jld. 11).
70Isu-Isu Pendidikan Matematik Kassim Ahmad. (2011). Masalah Kebenaran:Dari Paling Mudah Ke Paling Kompleks. Pemikir 66, 1-8. Kementerian Pelajaran Malaysia. 1979. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (Laporan Kabinet). Kirschenbaum, H. (2000). From Values Clarification to Character Education: A Personal Journey. Journal of Humanistic Counseling, Education & Development 39(1), 4-20. Lim Chap Sam. (2012). Moulding Positive Characters Via Inculcating Values in Mathematics. Seminar Nasional Matematika dan Pendidikan Matematika ”Kontribusi Pendidikan Matematika dan Matematika dalam Membangun Karakter Guru dan Siswa" Mat Rofa Ismail. (2004). Matematik Merentas Tamadun. 1st. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mat Rofa Ismail & Habsah Ismail. (2010). Exploring Malay-Islamic Ethnomathematics: Al-Khatib's Combinatoric Theory in ‘Alam Al-Hussab and Raudah Al-Hussab. Procedia - Social and Behavioral Sciences 8(0), 735-744. Matthews, B., Lietz, P. & Darmawan I G. N. (2007). Values and Learning Approaches of Students at an International University. Social Psychology of Education 10(2): 247-275. May, A. L. & Stone, C. A. (2010). Stereotypes of Individuals with Learning Disabilities: Views of Colllege Students with and without Learning Disabilities. Journal of Learning Disabilities 43(6), 483-499. Mohd. Kamal Hassan. (1988). Peranan Akhlak Dalam Pendidikan. Jurnal Pendidikan Islam 2(7), 1-12. Mohd. Khamdani Sairi. (2010). Pendekatan Pengembangan Nilai Murni Perkhidmatan Awam Oleh Pengetua Dalam Pengurusan Sekolah. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Yunus Sharum, Zaitul Azma Zainon Hamzah, Mohd Rohaizat Abd Wahab & Mat Rofa Ismail. (2010). Formal Properties and Characteristics of Malay
Isu-Isu Pendidikan Matematik71 Rhythmic Reduplication. Procedia - Social and Behavioral Sciences 8(0): 750-756. Nik Azis Nik Pa. (2007). Values Development in Mathematics Education: Challenges and Needs. International Seminar on Development of Values in Mathematics and Science Education. Anjuran University Malaya, Kuala Lumpur. Nik Azis Nik Pa. (2008). Isu-Isu Kritikal Dalam Pendidkan Matematik. 1st. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Nik Azis Nik Pa. (2009). Nilai Dan Etika Dalam Pendidkan Matematik. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Noraini Idris. (2001). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. 1st. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd. Norizan Abdul Razak & Nuramirah Zaini. (2014). Multiple Intelligence Scores of Science Stream Students and Their Relation with Reading Competency in Malaysia University English Test (Muet) English Language Teaching 63-72. Norizan Md Nor, Noriah Mohamed, Hasuria Che Omar & Ruslan Rainis (pnyt.). (2007). Hala Tuju Dan Masa Depan Pendidikan Tinggi Di Malaysia. 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi Di Malaysia (1957-2007). Malaysia: Universiti Sains Malaysia. OECD (2011). Chapter 7 Singapore: Rapid Improvement Followed by Strong Performance. Lessons from PISA for the United States, Strong Performers and Successful Reformers in Education, (pp. 159-176). OECD Publishing. http://dx.doi.org/10.1787/9789264096660-en Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, (2013). Kurikulum Standard Sekolah Rendah. http://www.moe.gov.my/. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2006). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Misi Dan Visi. Malaysia, K. P.: 3. Rokiah Embong.(2012) Nilai Ilmu Matematik dalam Pengajaran dan Pembelajaran Serta Hubungannya dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Proceedings of National Seminar on Philosophy
72Isu-Isu Pendidikan Matematik and Mathematics Education 2012. INSPEM, Universiti Putra Malaysia. Shaharir Mohamad Zain & Abdul Latif Samian. (1988). Pengislaman Sains Matematik. Jurnal Pendidikan Islam 2(7) 13-35. Sidek Baba. (2010). Tajdid Ilmu Dan Pendidikan. Pemikir Bil. 62(169-186). Siti Hajar Che Man. (2007). Melahirkan Modal Insan Kelas Pertama-Dilihat Dari Perspektif Kesusasteraan. Pemikir Bil. 49, 15-36. Singaporean Ministry of Education. (www.moe.gov.sg) Swadener, M., & Soedjadi, R. (1988). Values, mathematics education, and the task of developing pupils’ personalities: An Indonesian perspective. Educational Studies in Mathematics Vol. 19, 193- 208. Syed Muhammad Naquib Al-Attas. (1991). The Concept of Education in Islam. Kuala Lumpur: International Institute of Islamic Thought and Civilization. Syed Muhammad Naquib Al-Attas. (1995). Prolegomena to the Metaphysics of Islam. Kuala Lumpur: International Institute of Islamis Thought and Civilization. T. Subahan Mohd Meerah. (1992). Keperluan Asas Matematik Untuk Pelajar-Pelajar Baru Universiti. Jurnal Pendidikan 17, 53-64. Wan Mohd. Nor Wan Daud. (2006). Masyarakat Islam Hadhari. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wan Zah Wan Ali, Sharifah Kartini Said Husain, Habsah Ismail, Ramlah Hamzah, Mat Rofa Ismail, Mohd. Majid Konting & Rohani Ahmad Tarmizi. 2005. Kefahaman Guru Tentang Nilai Matematik. Jurnal Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia 43(E), 45- 62. Wan Zah Wan Ali, Sharifah Kartini Said Husain, Mat Rofa Ismail, Habsah Ismail, Rohani Ahmad Tarmizi, Ramlah Hamzah & Mohd. Majid Konting. 2009. Amalan Pengembangan Nilai Matematik Dalam Kelas. Dlm. Ahmad Fauzi Mohd Ayub & Aida Suraya Md. Yunus (pnyt.). Pendidikan Matematik
Isu-Isu Pendidikan Matematik73 & Aplikasi Teknologi, hlm. 33-66. Selangor, Malaysia: Universiti Putra Malaysia. Zailan Moris & Sh. Azad Sh. Attar. 2007. Falsafah Pendidikan Tinggi Di Malaysia Sejak Merdeka Hingga Hari Ini. Dlm. Zailan Moris (pnyt.). 50 Tahun Pembangunan Pendidikan Tinggi Di Malaysia (1957-2007), hlm. 27. Malaysia: Universiti Sains Malaysia.
Prof Madya Dr Effandl ~ a al di Sekolah Rendah Clifford, Kuala Lipis, a J tkan pelaj aran ke Sekolah Menengah Clifford, Kuala s, Pa ang dan Sekolah Menengah Sains Sultan Hj Ahmad Shah, Kuantan, Pahang. Beliau melanjutkan pelajarannya sehingga memperolehi Diploma Sains (ITM), ljazah Sarjana Muda Matematik (ISU-USA), Ijazah Sa rjana Pendidikan (ISU-USA) dan Ph.D dalam bidang pendidikan matematik di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman yang luas di bidang pendidikan. Beliau pernah mengajar di MRSM Taiping, Perak sebagai guru matematik selama 9 tahun dan di Pusat Matrikulasi UKM, Bangi selama 4 tahun. Mulai tahun 1999 hingga sekarang beliau berkhidmat di Jabatan Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pensyarah dalam bidang pendidikan matematik. Maklumat lanjut mengenai beliau boleh dicapai di http://www .effandi .my Dr Roslinda Rosli Beliau berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dari Texas A&M University, Amerika Syarikat dalam bidang Kurikulum dan Instruksi dengan pengkhususan Pendidikan Matematik. Telah mengajar di beberapa institusi pengajian tinggi swasta, UiTM dan terkini sebagai pensyarah kanan Jabatan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang kepakaran beliau termasuk penjanaan masalah, penyelesaian masalah, pengetahuan guru dan bahan manipulatif. Beliau juga aktif dalam geran projek penyelidikan, serta menulis dan menerbitkan kertas kerja, artikel jurnal, bab dalam buku di dalam dan di luar negara. Dr Siti Mistima Maat Beliau mendapat pendidikan peringkat menengah di Sekolah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah sebelum menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi MARA Kulim. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Matematik dari Universiti Pertanian Malaysia; Ijazah Sarjana dalam Matematik Tulin dari Universiti Putra Malaysia dan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pendidikan Matematik dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman selama 18 tahun dengan institusi pengajian tinggi swasta sebelum menyertai Universiti Kebangsaan Malaysia pada Januari 2015. Sebagai ahli akademik, beliau aktif dalam aktiviti penyelidikan, penulisan dan penyeliaan. Beliau tidak menghadkan penulisan kepada bidang akademik sahaja malahan turut prolifik menu lis di akhbar -akhbar tem patan. ISBN 978-983-2267-80-5 View publication stats