Diadaptasi daripada Sejarah Melayu
Raja Pasai Ditawan dan Ditipu
Nur Iman Aufa
Disebuah kampung yang bernama Kampung
Selasih yang mempunyai kelebihan dalam
mencipta pelbagai mesin untuk becucuk
tanam.
Pada suatu hari, Awi Dicu yang merupakan
penduduk Kampung Bahagia ternampak
Kampung Selasih membuat pelancaran
mesin baharu. Lalu dia bergegas pulang ke
kampungnya dan ke rumah ketua
kampungnya, Tuan Shahrun.
Dewan Kampung
Selasih
“Kampung Selasih telah melancar satu mesin
yang baharu untuk bercucuk tanam” kata Awi
Dicu kepada Tuan Shahrun. Tuan Shahrun
membalas “Aku nak kau culik Malik malam ini”
Pada malam selepas hari pelancaran,
Tuan Malik singgah sebentar minum
kopi di warung. Apabila leka
bersembang dengan Pak Nawab. Awi
dicu ternampak, lalu memulakan
perancangannya untuk menculik Tuan
Malik.
Warung
Kopi
Apabila pagi, satu kampung kecoh akan kes penculikan Tuan
Malik. Penduduk kampung mula berfikir cara untuk
mendapatkan semula ketua kampung mereka. Setelah berfikir
mereka setuju untuk menghantar Sidi Ali oleh kerana dia pandai
menipu orang. “Tuan Malik diculik bolehkah kau membawa dia
kembali” kata Abang Rafi kepada Sidi Ali. “hmm baiklah” balas
Sidi Ali.
Setelah mencari dimerata tempat Sidi Ali pun terjumpa
Tuan Malik. Beliau dijadikan tukang pengutip teh di
Kampung Bahagia. Sidi Ali pun memberitahu kepada
Tuan Malik bahawa dia datang ke sini untuk
menyelamatkan Tuan Malik. Tuan Malik berasa syukur
kerana ada yang datang menyelamatkannya.
Keesokkan harinya, Sidi Ali ke rumah Tuan Shahrun
untuk memulakan tipu helahnya. Apabila Tuan
Shahrun terkena pukau yang dilakukan Sidi Ali.
“kembalikan semula Tuan Malik kepada kami” kata
Sidi Ali. “baiklah aku akan kembalikan dia kepada
kau” kata Tuan Shahrun kepada Sidi Ali yang dalam
keadaan separuh sedar.
Tuan Malik mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Sidi Ali kerana berani menyelamatkan
beliau. Akhir sekali, mereka bersama-sama
pulang ke Kampung Selasih dan Tuan Malik
berjanji akan memberinya hadiah oleh kerana dia
berani menyelamatkan Tuan Malik.
JABATAN PENGAJIAN BAHASA
PUSAT PENGAJIAN BAHASA, TAMADUN DAN FALSAFAH
SEMESTER PERTAMA SESI 2020/2021 (A201)
SBLM1013 KARYA KREATIF AGUNG
TUGASAN 1
TUGASAN INDIVIDU
E-BUKU KANAK-KANAK
TAJUK TUGASAN :
KEBIJAKSANAAN SIDI ALI
DISEDIAKAN OLEH:
NUR IMAN AUFA BINTI RIDUWAN
DISEDIAKAN UNTUK
DR. MELOR FAUZITA BINTI MD YUSOFF