The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSS Darul Ma'arif SK Felda Jengka 8, 2022-07-27 22:40:50

ubqh

ubqh

SANG
HARIMAU
YANG GARANG

DAN
SINGA YANG

BAIK HATI

Ketika musim kemarau melanda di
kawasan tempat tinggal sang
Harimau,Sang Rimau yang garang telah
bersiar-siar mencari mangsa buruannya
untuk dijamah.

Pada kebiasaannya, sang rimau akan
berjalan dan menjejak buruannya
dengan sepantas yang boleh. Namun,
musim kemarau di gurun telah
mematahkan hasil buruannya kerana
ketiadaan mangsanya.

Siapa tidak kenal Raja Rimba?? Haih
tipulah tidak kenal kan. Semua
binatang dan haiwan yang kecil takut
dengan Sang Rimba ini.

Tiba-tiba Sang Rimau ternampak

sekumpulan binatang tengah minum

air di sekitar sungai gurun, mungkin

haiwan tersebut kelihatan kehausan

almaklumlah musim kemarau

melanda……….

Sang Rimau pun mendekat….Ternyata
benar… Ada sekumpulan haiwan
meminum air di sungai Gurun… Betapa
gembira Sang Rimau melihat… Kerana
dapat pemangsa yang boleh dijadikan
makanan…

Sang Rimau terus memerhati
dengan fokus dan cuba
mendekati haiwan tersebut.

Sang Rimau terus membaham dan
berjaya menerkam seekor keldai
dan membawanya lari lalu
menikmatinya tanpa belas kasihan.

Sang Rimau dengan kejam makan di depan
kawan-kawan keldai dan terus memakannya.

Aku tak peduli,aku lapar!! Dan
setelah habis, Sang Rimau mengejar
satu lagi keldai, namun gagal..

Tiba-tiba muncul Sang Singa yang
baik hati menghalang harimau
tersebut menangkap mangsanya
iaitu Si Keldai,’’Woi Rimau, kau
tak puas lagi memakan dan
membunuh keldai ni??

Sang Rimau dengan ego berkata, “Aku
lapar dan aku berkuasa di hutan ini!
Aku tidak kacau kau! Baik kau
berambus dari sini wahai Sang Singa’’

‘’Aku akan berambus kalau kau
tidak kacau keldai-keldai ini. Aku
tidak sanggup melihat mereka kau
makan depan kawan-kawan… Kau
langsung tidak berhati perut wahai
Sang Rimau yang kejam’’!!

‘’Baiklah kalau aku tidak berambus??
Apa yang kau akan buat Sang Singa??
’’Kalau macam tu… Aku akan membuat
kau berambus Sang Rimau…!! Mereka pu
bergaduh sesama sendiri …Sang Keldai
pun berlari meninggalkan mereka…

Akhirnya, Sang Rimau mengaku kalah
dan pergi meninggalkan Sang Singa.
Pada ketika itu, seekor kelda
menghampiri Sang Singa dan
mengucapkan terima kasih kerana
berjaya mengusir Sang Rimau dari
membaham mereka.

Sang Rimau telah balik ke rumah dan
terkejut kerana melihat ahli
keluarganya telah tiada dan terlihat
ibunya mati ditembak dan ini semuanya
angkara pemburu haram. Sang Rimau
menangis dan menyesali akan setiap
perbuatannya selama ini. Mungkin
kerana Sang Rimau menganggap ini
adalah balasan dari Tuhan.

Selepas kejadian itu, Sang Rimau telah
menyesali sikapnya dan berubah, Sang
Rimau tidak mengganggu haiwan lain
malah ingin berkawan dengan mereka.
Sang Singa sangat berbesar hati akan
perubahan Sang Rimau kerana tidak lagi
melakukan perbuatan kejam
terhadap haiwan di sekelilingnya…

Pengajaran yang boleh diambil dari
cerita Sang Harimau dan Sang Singa ini
adalah kita janganlah bersifat kejam
sesama kita yang hidup bersama di atas
muka bumi yang Tuhan ciptakan. Jika
kita membuat kebaikan, maka akan
dibalas dengan kebaikan. Sebaliknya,
jika kita berbuat kejahatan, maka akan
dibalas dengan kejahatan.


Click to View FlipBook Version