The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alyaromzi712, 2022-11-30 06:42:37

pdf_20221130_193343_0000

pdf_20221130_193343_0000

PELAJARAN 23

Khauf dan Rajak

PRESENTED BY: ALYA, UMMU,
HASHA, SHAZ, WASILA.

Maksud Khauf dan Rajak

KHAUF takut kepada kemurkaan dan azab Allah SWT dengan
menjauhi segala larangannya.

RAJAK mengharapkan keredhaan Allah SWT dengan
melaksanakan segala perintahnya.

Cara mendapatkan Kauf : Spektrum Ilmu

- bergaul dengan ulamak dan para solihin

- sentiasa mengambil iktibar daripada kisah kaum terdahulu

- sentiasa bertaubat

- sentiasa mengingati mati

Cara mendapatkan Rajak :

- bermujahidah menentang hawa nafsu

- melaksanakan amal ibadat dengan penuh kesungguhan dan istiqomah

- tidak berputus asa dengan merayu dan merintih kepada Allah SWT

Contoh Khauf dan
Rajak yang Diamalkan
Oleh Rasulullah SAW

CONTOH 1 :
Rasulullah SAW mendirikan solat gerhana matahari dengan khusyuk. Pada
sujud terakhirnya, baginda menangis kerana takut Allah SWT menurunkan
azab. Lalu Rasulullah SAW merintih dengan bersabda: “Wahai tuhanku,
bukankah engkau telah berjanji kepadaku untuk tidak mengazab mereka
pada ketika aku ada bersama-sama mereka? Tuhanku bukankah engkau telah
berjanji kepadaku untuk tidak mengazab mereka apabila mereka memohon
ampun? Sekarang kami sedang memohon ampun kepadaMu.”

CONTOH 2 :
Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menziarahi seorang lelaki yang
sedang terlantar. Rasulullah SAW bertanya tentang perasaannya pada ketika
itu. Lelaki itu memberitahu Baginda bahawa dia sangat mengharapkan
rahmat Allah SWT dan berasa sangat takut akan dosa-dosa yang pernah
dilakukannya. Lalu Rasulullah SAW bersabda ;

MAKSUD : tidak berhimpun kedua-duanya dalam hati seseorang hamba
Allah pada ketika itu melainkan Allah SWT memberikan apa yang diharapkan
dan menyelamatkannya daripada apa-apa yang ditakutinya.

Konsep Khauf dan Rajak
yang Seimbang

Rasa takut kepada Allah hendaklah diiringi dengan tindakan yang selari dengan syarak
Seorang yang mengharapkan keredhaan Allah hendaklah melakukan amal ibadah dan
menjauhi perbuatan maksiat
Ganjaran syurga dapat menjadi motivasi untuk seseorang itu mendekatkan diri
kepada Allah
Perasaan khauf terhadap balasan neraka akan menjadi benteng daripada keinginan
melakukan maksiat
Perasaan rajak akan mendorong seseorang untuk berlumba- lumba melakukan ibadah
tanpa putus asa terhadap rahmat Allah
Khauf dan Rajak hendaklah berpaksikan husnuzon kepada Allah

Hikmah Khauf dan Rajak

Melahirkan insan yang sentiasa mengingati Allah SWT dalam
setiap keadaan.
Melahirkan insan yang bersungguh-sungguh dalam setiap
pekerjaan kerana yakin Allah SWT melihat dan menilai setiap
perbuatan.
Mendidik jiwa insan agar sentiasa menjauhi larangan Allah
SWT kerana takut akan kemurkaan.
Melahirkan insan yang sentiasa berasa gembira melakukan
kebaikan supaya mendapat kemanisan iman.
Melahirkan insan yang sentiasa bertawakal kepada Allah SWT
setelah berusaha bersunggguh - sungguh.

Spektrum Ilmu

MAKSUD : dan sesiapa yang taat kepada MAKSUD : sesungguhnya dalam
Allah SWT dan rasulNya serta takut kalangan kamu yg plg mulia disisi
(melanggar perintah) Allah serta Allah ialah orang yg plg bertaqwa.
bertaqwa kepadaNya, maka mereka sesungguhnya Allah maha
itulah orang yang mendapat pengetahui lagi maha mendalam
kemenangan. pengetahuanNya.

Terima
Kaaasssiiiihhh!!!!


Click to View FlipBook Version