The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DT50002 - TEKONOLOGI DIGITAL DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Avelim Mosikul, 2023-04-13 11:40:54

PSV TINGKATAN 3 SENI ANYAMAN

DT50002 - TEKONOLOGI DIGITAL DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN

Keywords: Seni anyaman,tingkatan 3 psv,Psv seni anyaman,Seni kraf seni anyaman,Pendidikan seni visual seni anyaman

SENI ANYAMAN Prepared by Avelim Mosikul (PP2212019T) PENDIDIKAN SENI VISUAL Tingkatan 3


Akhir pembelajaran ini, murid boleh; i) Menjelaskan sejarah dan prinsip asas seni anyaman. ii) Menyatakan jenis, alatan, bahan dan fungsi seni anyaman. iii) Menerangkan proses seni anyaman. iv) Membuat eksperimentasi dan penerokaan alatan, bahan, jenis dan proses berdasarkan kefahaman terhadap prinsip penghasilan seni anyaman. OBJEKTIF PEMBELAJARAN


PENGENALAN Seni anyaman merupakan satu seni warisan yang mempunyai nilai seninya yang tersendiri. Ia digunakan secara meluas sebagai produk gunaan harian masyarakat setempat. Kegiatan menganyam tidak dilakukan pada waktu tengah hari kerana daun mengkuang lebih mudah dianyam pada waktu pagi, petang dan malam.


PRINSIP ASAS SENI ANYAMAN Seni anyaman merupakan satu proses menjalin secara silangmenyilang helaian demi helaian daun mengkuang, pandan, rotan, buluh dan beberapa bahan lain. Sesebuah hasil seni anyaman dianggap sempurna apabila penganyam mementingkan ketegangan semasa menganyam. Pemilihan bahan asas seni anyaman menentukan hasil kekemasan sesebuah hasil seni anyaman.


JENIS-JENIS SENI ANYAMAN


Tidak mempunyai kelarai. Anyaman asas bagi anyaman mengkuang. Menggunakan teknik angkat satu dan turun satu. Biasanya digunakan sebagai tikar pelapik lantai. Anyaman Gadas Mempunyai corak atau motif yang berbentuk dam dan terhasil daripada proses menganyam. Anyaman yang menghasilkan satu gaya atau ragam hias yang menarik sebagai motif utama. Biasanya dirancang dan dilakukan serentak semasa proses anyaman. Anyaman Kelarai


Anyaman Sulaman Membuat bunga sulam pada rombong. Ragam jenis ini memerlukan alat penyisip untuk memasukkan helaian daun yang berlainan warna ke atas permukaan anyaman sulaman.


MOTIF SENI ANYAMAN KELARAI FLORA FAUNA SUMBER:https://www.scribd.com/doc/64890956/kraf-anyaman- contoh-kelarai


NAMA MANNUSIA ABSTRAK SUMBER:https://www.scribd.com/doc/64890956/kraf-anyaman- contoh-kelarai


ALATAN SENI ANYAMAN Parang Pelurut Jangka Digunakan untuk memotong dan menetak daun pokok mengkuang. Untuk melurut daun mengkuang. Untuk membelah daun mengkuang menjadi helaian yang lebih kecil mengikut lebar yang dikenhendaki.


ALATAN SENI ANYAMAN Pisau Belantan Penyisip Alat pemukul semasa proses menitik daun. Digunakan untuk menyelitkan daun mengkuang. (mudah disisip) Untuk membelah daun daripada mempulur (tulang belakang daun)dan bahagian tepi daun yang berduri.


BAHAN-BAHAN ANYAMAN Rotan Gulungan Surat Khabar Jut Reben StrapPlastik Straw


BAHAN-BAHAN ANYAMAN Kercut Ribu-ribu Pandan Mengkuang Buluh


FUNGSI SENI ANYAMAN Tudung Saji Lekar Bakul Berkat Raga


Fungsi Seni Anyaman Nyiru Beg Kipas Anyam Bakul Berkaki Bidai Tikar


PROSES PENYEDIAAN DAUN MENGKUANG 1. Menetak Daun 2. Melayur 3. Menjangka 4. Menitik Dilakukan waktu pagi/petang untuk mengelakkan daun layu. Daun mengkuang berusia 1 hingga 2 tahun dipotong sama panjang. Disusun mengikut rangkap (merepang). Daun dilayur di atas bara api sehingga kekuningan. (Untuk melembutkan daun agar lebih mudah dibelah dn dijangka. Buang duri dan tulang belakang menggunakan pisau. Daun dibelah menjadi helaian kecil dengan menggunakan jangka bersaiz 5 mm sehingga 10 mm. Daun dicucuk dan ditarik berlahanlahan. Menggunakan belantan untuk menitik daun (melembutkan daun). Ikatan daun dititik sambil memulasnya berulang kali. Proses penyediaan daun mengkuang: Sumber Youtube https://youtu.be/R1Ic_UHFvIk


5. Merendam 6. Menjemur 7. Melurut 8. Mewarna Daun diikat dan direndam selama 3 hari, 3 malam di dalam tempayan berisi air. (Untuk melunturkan warna hijau asli daun.) Daun yang direndam, dibilas dengan air bersih. Kenudian dijemur di bawah cahaya matahari. Proses melurut - menekan daun menggunakan jari dan pelurut dari pangkal sehingga hujung daun untuk melembutkannya. Dilipat sama panjang sebelum memulakan proses melagang. Air dimasak dalam periuk bersama pewarna (inci). Daun dimasukkan dalam periuk selama 10 minit. Asam keping dimasukkan untuk mematikan warna. Daun dicuci dan dibilas, kemudian dijemur di ampaian yang teduh.


PROSES MENGANYAM TIKAR 1.Lagang 2.Anyam 3.Pepeh Helaian dilipat 2 bahagian sama panjang dengan helaian mengkuang dibentuk seperti ā€œVā€. Proses menganyam dimula dari tengah. Bahagian permulaan helaian mengkuang dijalin secara berselangseli. Teknik melipat dan menganyam bahagian tepi anyaman untuk mematikannya.


PROSES MENGANYAM TIKAR 4.Sisip 5.Kerat Teknik menyambung helaian yang pendek dengan menyisip helaian tersebut padacelah mata anyaman supaya tidak terburai. Baki bilah anyaman dipotong menggunakan pisau supaya nampak kemas. RUPA BENTUK TIKAR Proses menganyam tikar mengkuang: Sumber Youtube (https://youtu.be/GkbiWOiGaVc)


Bahan: AKTIVITI Membuat eksperimentasi menggunakan bahan gantian. Gulungan Surat Khabar Cawan Kertas Reben


Contoh Hasil Aktiviti Murid: Bakul penyimpanan barang. Bekas untuk penyimpanan alat tulis. Ketupat reben untuk perhiasan.


Sekian Terima Kasih :) Avelim Mosikul (PP2212019T) DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH, UMS (2022/2023)


Click to View FlipBook Version