The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Muhammad Haziq Bin Haron<br>2021202340427

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 881-11-haziq, 2024-03-08 09:24:15

Sosiologi dalam Pendidikan

Muhammad Haziq Bin Haron<br>2021202340427

Keywords: budaya sekolah

SOSIOLOGI DALAM MARCH 2024 DISEDIAKAN OLEH MUHAMMAD HAZIQ HARON IPGMKPI PENDIDIKAN


1 PENTAKSIRAN BERTERUSAN SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN EDUP3143 Nama : MUHAMMAD HAZIQ BIN HARON Angka Giliran : 2021202340427 No Kad Pengenalan : 030926010913 Program : PISMP Ambilan : JUN 2022 Kumpulan/Unit : T2S2.06 Nama Pensyarah Kursus : DR. ROSNINAH BINTI GHANI Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar Markah Wajaran UJIAN 22/1/2024 31/1/2024 PENGHASILAN PRODUK (1600 PATAH PERKATAAN) 1/2/2024 5/3/2024 PERSEMBAHAN (INDIVIDU) 6/3/2024 15/3/2024 Jumlah Saya mengaku bahawa saya telah menerima maklum balas daripada pensyarah Tanda tangan Pelajar : HAZIQ Tarikh : 8.03.2024 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 100


1 HALAMAN PENGAKUAN “SAYA MENGAKU BAHAWA KERJA KURSUS INI ADALAH HASIL KERJA SAYA SENDIRI KECUALI NUKILAN DAN RINGKASAN YANG SETIAP SATUNYA SAYA JELASKAN SUMBERNYA” TANDA TANGAN : HAZIQ TARIKH : 8 MAC 2024


2 PENGHARGAAN Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan kekuatan, komitmen dan keikhlasan yang dipinjamkan, tugasan pentaksiran berterusan Sosiologi dalam Pendidikan terlaksana dan dihantar pada masa yang ditetapakan. Sekalung aspresiasi dan penghargaan tertinggi kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang menolong, saling membantu, serta memberikan idea-idea yang bernas kepada saya sedang menyiapkan tugasan ini. Tanpa mereka, saya sukar untuk menyiakan tugasan ini. Atas dorongan dan semangat yang diberikan oleh mereka, dapat saya menyiapkan serta menghantar tugasan kerja kursus ini pada yang ditetapkan. Tidak dilupakan juga kepada Dr. Rosninah Binti Ghani atas bantuan, bimbingan serta tunjuk ajar yang diberikan kepada saya agar saya dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di atas segala idea dan kepakaran serta bantuan yang diberikan. Semoga semuanya terus cemerlang, gemilang dan terbilang dalam mencapai prestasi yang tertinggi.


3 ISI KANDUNGAN BIL. TAJUK MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN ………………………………………………………. 4 2.0 BUDAYA SEKOLAH …………………………………………………. 2.1 DEFINISI DAN KONSEP BUDAYA SEKOLAH ………………. 2.2 MODEL BUDAYA SEKOLAH ………………………………….. 4 4 3.0 STRATIFIKASI SOSIAL …………………………………………….. 3.1 DEFINISI DAN KONSEP STRATIFIKASI SOSIAL ………….. 6 6 4.0 KESAN STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP BUDAYA SEKOLAH ……………………………………………………………. 6 5.0 MANIPULASI PERKARA-PERKARA KESAN STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP BUDAYA SEKOLAH ……………………….. 7 6.0 PENUTUP ……………………………………………………………. 9 RUJUKAN ……………………………………………………………. 10


4 1.0 PENGENALAN Menurut Tischler (2006), stratifikasi sosial menjadi asas kepda ketaksamaan sosial wujud dengan tiga unsur iaitu status sosial, kelas sosial dan kuasa. Unsur-unsur ini mempunyai ciri-ciri dan nilai tersendiri disamping memainkan peranan penting berdasarkan kepentingannya dalam sosial. Setiap unsur in ada yang bergantung antara satu sama lain dan ada juga yang bersaing antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, kesemua aspek ini masih mewujudkan ketaksamaan dalam kehidupan sosial. Institusi sosial merujuk kepada struktur, norma, nilai, dan peranan dalam masyarakat yang mengatur interaksi antara individu. Ia meliputi pelbagai entiti seperti keluarga, agama, pendidikan, ekonomi, politik, dan lain-lain. Tokoh sosiologi seperti Emile Durkheim, salah seorang tokoh utama dalam sosiologi, menggariskan pentingnya institusi sosial dalam memelihara kohesi sosial dalam masyarakat. Beliau berpendapat bahawa institusi-institusi seperti agama dan keluarga menyediakan landasan nilai bersama yang diperlukan untuk memelihara kestabilan sosial. Dengan merujuk kepada sumber-sumber ini, kita dapat memahami bahwa institusi sosial adalah struktur yang terorganisir dalam masyarakat yang memainkan peranan penting dalam membentuk perilaku, nilai, dan norma yang diikuti oleh individu-individu dalam masyarakat. 2.0 BUDAYA SEKOLAH 2.1 DEFINISI DAN KONSEP BUDAYA SEKOLAH Menurut Gary Phillips (1993), budaya sekolah sebagai kepercayaan, sikap, dan tingkah laku yang mencirikan sekolah dari segi bagaimana orang melayan antara satu sama lain serta sejauh manakah orang merasa dihargai; dan ritual dan tradisi yang mencerminkan kerjasama dan pergaulan. Budaya sekolah didefinasikan sebagai sebahagian budaya Masyarakat kerana sekolah diwujudkan daripada keperluan masyarakat. Sekolah merupakan satu organisasi formal yang mempunyai budaya yang tersendiri, iainya dibentuk berdasarkan interaksi antara warga sekolah seperti pihak pengurusan sekolah, guru, para staf, ibu bapa dan para pelajar. Budaya sekolah yang positif akan menghasilkan kesan positif kepada pencapaian sekolah. Sekolah yang cemerlang menggunakan banyak masa bagi membangunkan budaya sekolah kerana yakin sesuatu reformasi pendidikan tidak akan berjaya untuk meningkatkan pencapaian sekolah jika budaya sekolah tidak diberi penekanan (Cunningham & Greso, 1993; Piperato & Roy, 2002).


5 Konsep budaya sekolah merujuk kepada nilai-nilai, norma, dan amalan yang diterima dan diamalkan dalam persekitaran pendidikan. Menurut Ahmad & Aziz (2019), konsep budaya sekolah dilihat sebagai faktor penting dalam menentukan keberkesanan sebuah sekolah. Terdapat beberapa perkara penting bagi membentuk budaya sekolah yang dinamik. Antaranya ialah pemimpin sekolah memeainkan peranan penting untuk membentuk budaya sekolah. Disamping menjadi tauladan, mereka perlulah memperjuangkan nilai-nilai yang ditekankan di sekolah. Komunikasi yang terbuka dan berkesan antara pihak sekolah menjadi asas kepada pembentukan budaya sekolah yang positif. Selain itu, budaya sekolah yang dinamik memerlukan Kerjasama di antara semua pihak sekolah bagi mencapai matlamat pendidikan yang diingini (Ahmad & Aziz, 2019). 2.2 MODEL BUDAYA SEKOLAH Budaya sekolah pada abad ke-21 kini selaras dengan perkembangan masa kini. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2012), melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menyatakan budaya kecemerlangan berasaskan pemimpin rakan sekerja perlu diamalkan di sekolah. Di Malaysia terdapat pelbagai model budaya sekolah dikaji dan kebanyakannya menggunakan model Cavanagh (1997). Cavanagh (1997) mengaitkan sekolah sebagai sebuah komuniti pembelajaran (Learning Community). Beliau percaya bahawa model budaya sekolah beliau dijayakan dengan menghubungkan antara enam elemen budaya iaitu kepimpinan transformasi, perkongsian matlamat, nilai professional, penekanan terhadap pembelajaran, kesejawatan dan kolaboratif (Cavanagh, 1997). Terdapat juga model budaya sekolah yang lain yang dibincangkan. Antaranya ialah model budaya sekolah Edward (1996) yang membincangkan perkongsian kepercayaan (Shared Beliefs) iaitu bagaimana sekolah sepatutnya berfungsi dan perbuatan tingkah laku merupakan refleksi daripada persepsi guru melalui persekitaran sekolah. Menurut Edwards (1996), norma penting seperti kesejawatan, Impian tinggi, keyakinan dan kepercayaan, penghargaan, penglibatan dalam membuat keputusan, kejujuran dan komunikasi terbuka. Selain itu, model budaya sekolah Pang (1995) diambil sebagai model sampingan. Model ini memberi tumpuan dan proses menerusi penglibatan organisasi. Pang meyakini bahawa kakitangan akan lebih produktif jika mereka mendapat pemahaman yang jelas melalui matlamat organisasi dan nilai tersebut dikongsikan bersama antara satu sama lain (Pang, 1995).


6 3.0 STRATIFIKASI SOSIAL 3.1 DEFINISI DAN KONSEP STRATIFIKASI SOSIAL Stratifikasi sosial adalah merupakan proses membezakan setiap individu dalam Masyarakat yang menyebabkan kemunculan satu hierarki yang teridiri daripada lapisan atau strata yang berbeza kedudukannya. Menurut Amir Hasan Dawi (2009), stratifikasi sosial ialah susun lapis secara hierarki struktur masyarakat yang menunjukkan perbezaan antara individu-individu atau Kumpulan-kumpulan. Stratifikasi sosial merupakan hasil daripada interaksi sosial dan merupakan suatu fenomena sosial yang agak meluas dalam semua masyarakat. Golongan dalam lapisan sosial yang berlainan mempunyai keistimewaan dan peluang hidup yang berlainan iaitu peluang untuk mencapai matlamat tertentu, peluang untuk menikmati kemudahan sosial dan sebagainya. Stratifikasi sosial adalah konsep penting dalam sosiologi yang membantu kita memahami bagaimana Masyarakat terstruktur dan bagaimana interaksi antara individu dan Kumpulan-kumpulan tersebut mempengaruhi peluang dan pengalaman hidup mereka. Konsep bagi stratifikasi sosial merujuk kepada pembahagian masyarakat ke dalam lapisan-lapisan sosial berdasarkan kepada beberapa faktor seperti pendapatan, pendidikan, pekerjaan, dan status sosial. Menurut Karl Marx (1867), Masyarakat terbahagi kepada dua kelas utama iaitu pemilik modal (kapitalis) dan pekerja (proletariat). Beliau percaya ketidakseimbangan kuasa antara dua kelas ini boleh menyebabkan konflik sosial dan eksploitasi. Di samping itu, Max Weber mengemukakan konsep stratifikasi sosial yang lebih kompleks. Beliau telah mengenal pasti tiga dimensi utama stratifikasi iaitu kelas, status dan kuasa. Stratifikasi sosial tidak hanya bergantung pada faktor ekonomi, tetapi termasuk juga status sosial dan kekuasaan politik (Max Weber, 1922). 4.0 KESAN STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP BUDAYA SEKOLAH Kesan stratifikasi sosial terhadap budaya sekolah dapat meliputi beberapa aspek, termasuk interaksi antara pelajar, hubungan guru-pelajar dan juga persepsi terhadap pendidikan. Aspek yang pertama ialah pengaruh terhadap hubungan guru dan juga pelajar. Kesan stratifikasi sosial dalam budaya sekolah akan mengundang sikap pilih kasih guru terhadap anak murid. Pelajar dari lapisan sosial yang lebih tinggi mungkin mendapat lebih banyak perhatian dan sokongan daripada guru, manakala pelajar dari lapisan sosial yang lebih rendah mungkin menghadapi diskriminasi dan


7 juga perspektif negatif. Pelajar yang banyak kebolehannya dari segi akademik ataupun sukan akan diberikan perhatian dan sokongan yang lebih berbanding murid yang lemah. Kesannya, pelajar daripada lapisan sosial yang rendah dan kurang bernasib baik akan hilang keyakinan diri, menggugat pencapaian mereka dalam pembelajaran dan memberi kesan psikososial seperti pengasingan diri daripada masyarakat. Pierre Bourdieu menyebutkan dalam karya-karyanya tentang konsep modal budaya, yang merujuk kepada kekayaan pengetahuan, keterampilan, dan pengalaman yang dimiliki oleh individu dan kelompok, yang mempengaruhi interaksi sosial dan kesempatan hidup mereka (Pierre Bourdieu, 1977). Kesan stratifikasi sosial terhadap budaya sekolah dipengaruhi daripada faktor pengelasan sosial. Faktor kelas sosial yang jelas mempengaruhi pencapaian akademik pelajar seperti tahap ekonomi di mana pelajar itu miskin atau pelajar itu berada. Pelajar yang berada tentunya menerima peluang pendidikan yang lebih baik daripada pelajar miskin. Selain itu, tahap pendidikan ibu bapa menjadi faktor pengelasan sosial. Menurut Saifuddin (1977) dalam kajiannya mendapati terdapat hubungan signifikan antara pencapaian akademik dengan pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa. Beliau mendapati kedua-dua hubungan berkait rapat iaitu semakin tinggi pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan mereka, semakin tingggi tahap pencapaian akademik anak-anak mereka. Kajian ini menunjukkan bahawa tahap pendidikan yang secukupnya perlu diberikan agar ekonomi mereka juga bertambah dengan baik. Akhir sekali, faktor sekolah dan guru. Pelajar yang dari keluarga yang berada mampu untuk masuk ke sekolah yang berkualiti di mana para gurunya lebih memberi perhatian dan sokongan terhadap pelajar dibandingkan dengan pelajar dari keluarga bawahan yang kurang mendapat perhatian daripada guru dan tidak mampu untuk masuk ke sekolah yang berkualiti. 5.0 MANIPULASI PERKARA-PERKARA KESAN STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP BUDAYA SEKOLAH Stratifikasi sosial dapat mempengaruhi interaksi sosial, hubungan guru-pelajar, dan persepsi terhadap pendidikan dalam budaya sekolah. Penting bagi pihak sekolah untuk mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan atau menghilangkan kesankesan negatif stratifikasi sosial tersebut. Bagi isu pilih kasih guru di sekolah, pihak sekolah perlulah berusaha bersama dari pihak pentadbir, guru dan Masyarakat. Antara cara yang dapat dialakukan ialah memberikan kesedaran kepada guru dan juga pentadbir sekolah tentang kesan negatif sikap pilih kasih terhadap perkembangan


8 pelajar. Menurut Nelson Mandela (1994), pendidikan merupakan senjata paling berkesan yang boleh kita gunakan bagi mengubah dunia. Dengan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya merangkul kepelbagaian dan menyokong semua pelajar tanpa mengira latar belakang, sikap pilih kasih dapat dikurangkan. Selain itu, guru perlulah memastikan bahawa penilaian terhadap pelajar adalah adil dan mempunyai objektif. Penilaian tersebut mestilah diambil tanpa mengambil kira faktorfaktor yang tidak berkaitan dengan prestasi akademik dan juga tingkah laku. Akhir sekali, penting untuk sekolah bagi mengiktiraf dan memberi sokongan kepada pelbagai bakat dan juga kebolehan pelajar. Guru perlu mengambil kira bakat dan minat pelajar yang pelbagai dan memberi peluang yang sama bagi mengambangkan prestasi dalam bidang masing-masing (Brown & Davis, 2019). Kewujudan sekolah kebangsaan boleh menjadi satu platform yang sesuai pada awal usia untuk mengajar kanak-kanak tentang perbezaan latar belakang yang terdapat pada diri mereka dan rakan-rakan berbanding dengan latar belakang yang sama. Namun masih terdapat sekolah-sekolah yang meletakkan syarat perkauman bagi pendaftaran aktiviti kokurikulum terutamanya sukan. Disebabkan itulah, sekolah seharusnya mengajar bagaimana mewujudkan keserasian dalam kalangan pelajar berbilang kaum dan latar belakang bagi sama-sama memahami dan menghormati perbezaan budaya, bahasa, agama dan latar belakang tanpa diskriminasi dalam apa jua aktiviti sekalipun seperti kokurikulum dan sukan. Peranan guru-guru akan dipersoalkan dan boleh hilang rasa hormat dalam diri pelajar apabila mereka dibezabezakan mengikur latar belakang anak didik mereka. Diskriminasi seperti ini tidak sepatutnya berlaku pada masa kini terutamanya Malaysia telah mengecapi kemerdekaan sejak tahun 1957 lagi. Menurut Candis (2003), ibu bapa merupakan role model kepada anak-anak. ibu bapa mempunyai peranan yang penting bagi mencorakkan keperibadian anak-anak menerusi didikan yang sempurna dalam suasana yang harmoni sejak di peringkat bayi lagi hingga ke alam universiti. Penglibatan ibu bapa dalam perbincangan, komunikasi dan penjagaan memberi impak positifkepada pencapaian akademik pelajar. Azizi Yahaya & Nalini (2006) menyatakan corak didikan ibu bapa adalah aspek utama yang memberi kesanmendalam terhadap perkembangan fizikal, mental dan sosial seseorang individu. Hal ini demikian kerana ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa perlu melengkapkan diri dalam bidang keibubapaan bagi membentuk diri, jiwa serta pendidikan yang baik.


9 6.0 PENUTUP Pendidikan di sekolah mempunyai peranan yang penting dalam menentukan pembentukan dan perkembangan individu. Persekitaran sekolah yang pelbagai kaum dan etnik menyediakan pengalaman terhadap kepelbagaian budaya kepada guru bagi mempelajari, merasai dan meraikan kepelbagaian budaya yang wujud dalam kalangan murid. Di sekolah, kelas sosial sangat mempengaruhi pencapaian akademik seseorang pelajar terutama sekali bagi kelas bawahan. Kelemahan pendidikan pelajar tidak sahaja bergantung kepada faktor sosio-ekonomi justeru institusi pendidikan juga memainkan peranan yang sangat penting. Kelemahan daan ketidaksedaran guru, latihan yang tidak setimpal serta sikap guru yang pasif menjejaskan prestasi akademik pelajar. Ibu bapa juga perlu membantu proses belajar anak-anak remaja di rumah dan melibatkan diri kepada pencapaian akademik pelajar. Bagi menghasilkan remaja yang mempunyai pencapaian yang tinggi, ibu bapa haruslah membina perbincangan, penjagaan dan komunikasi dengan anak-anak mereka di rumah.


10 RUJUKAN Daud, Y., & Don, Y. (2012, December 23). Budaya Sekolah, Kepemimpinan Transformasional dan Pencapaian Akademik Pelajar. ResearchGate; UUM Press, Universiti Utara Malaysia. https://www.researchgate.net/publication/343643885_Budaya_Sekolah_Kepem impinan_Transformasional_dan_Pencapaian_Akademik_Pelajar Mohd, Jamal Nordin Yunus, & Hamidah Yusof. (2016, November). MODEL PENGUKURAN BUDAYA SEKOLAH: KAJIAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN DI MALAYSIA. ResearchGate; unknown. https://www.researchgate.net/publication/308777748_MODEL_PENGUKURA N_BUDAYA_SEKOLAH_KAJIAN_DI_SEKOLAH_KEBANGSAAN_DI_M ALAYSIA Othman, J., Ahmad, A., Ismi Arif Ismail, & Zulkifli Abd Hamid. (2011). Hubungan ِAntara Penglibatan Ibubapa dan Pencapaian Akademik Pelajar Miskin di Negeri Selangor. ResearchGate; unknown. https://www.researchgate.net/publication/265511095_Hubungan_Antara_Pengl ibatan_Ibubapa_dan_Pencapaian_Akademik_Pelajar_Miskin_di_Negeri_Selan gor/link/54110d980cf2df04e75d6faf/download?_tp=eyJjb250ZXh0Ijp7ImZpcn N0UGFnZSI6Il9kaXJlY3QiLCJwYWdlIjoicHVibGljYXRpb24ifX0 Ismail, K. (2008, July 8). 4787134-pengelasan-sosial. ResearchGate; unknown. https://www.researchgate.net/publication/345038522_4787134-pengelasansosial


11 Ahmad, Y., & Mohd Yusof, N. (2015). KOMPETENSI KEPELBAGAIAN BUDAYA DALAM KALANGAN GURU PELBAGAI ETNIK DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI MALAYSIA. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 2(2), 13. http://ejournal.um.edu.my/publish/JuPiDi/ Abid, R. (2013). STRATIFIKASI SOSIAL DALAM AL-QUR’AN. Jurnal Sosiologi Islam, 3(1), 16. issn: 2089-0192


Click to View FlipBook Version