LAMPIRAN BORANG SOAL SELIDIK TAHAP KESEDIAAN GURU PELATIH FAKULTI SAINS UPM TERHADAP PENEMPATAN DI SEKOLAH BUKAN PILIHAN Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Muszahran 'Aqil Bin Muszalizi, pelajar tahun akhir jurusan Bacelor Sains Matematik dengan Pendidikan (Kepujian) di Jabatan Matematik dan Statistik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia. Saya sedang menjalankan Disertasi Bacelor Projek Tahun Akhir yang bertajuk Tahap Kesediaan Guru Pelatih Fakulti Sains UPM Terhadap Penempatan di Sekolah Bukan Pilihan. Maklumat yang diterima melalui soal selidik ini adalah sulit dan dirahsiakan, hanya digunakan untuk tujuan kajian ini sahaja. Soal selidik ini mengandungi 4 bahagian iaitu: • Bahagian A: Maklumat latar belakang responden. • Bahagian B: Tahap kesediaan sikap dan minat guru pelatih Fakulti Sains UPM terhadap penempatan di sekolah bukan pilihan. • Bahagian C: Tahap kesediaan motivasi guru pelatih Fakulti Sains UPM dalam menyempurnakan proses PdP jika ditempatkan di sekolah bukan pilihan. • Bahagian D: Tahap kesediaan mengajar guru pelatih Fakulti Sains UPM jika ditempatkan berkhidmat di sekolah bukan pilihan. Segala kerjasama dan kejujuran dalam menjawab borang soal selidik ini amatlah saya hargai. Sebarang pertanyaan mengenai soal selidik ini boleh menghubungi saya melalui maklumat di bawah: Muszahran 'Aqil Bin Muszalizi [email protected] / 019 956 4482 Bacelor Sains Matematik dengan Pendidikan (Kepujian), Jabatan Matematik Dan Statistik, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Bahagian A : Maklumat Latar Belakang Responden 1. Jantina: Lelaki Perempuan 2. Kursus Pengajian: Bacelor Sains Matematik dengan Pendidikan (Kepujian) Bacelor Sains Statistik dengan Pendidikan (Kepujian) Bacelor Sains Fizik dengan Pendidikan (Kepujian) Bacelor Sains KImia dengan Pendidikan (Kepujian) Bacelor Sains Biologi dengan Pendidikan (Kepujian)
Bahagian B : Tahap kesediaan sikap dan minat guru pelatih Fakulti Sains UPM terhadap penempatan di sekolah bukan pilihan. Petunjuk No Item Skala 1 2 3 4 5 STS TS KS S SS 1 Saya berpendapat bahawa minat memainkan peranan yang penting dalam meneruskan kerjaya sebagai seorang guru. 2 Saya akan memberi masa dan berusaha untuk cuba menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling jika ditempatkan di sekolah bukan pilihan. 3 Saya akan sentiasa cuba untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan masyarakat setempat. 4 Saya bersedia untuk berjauhan dengan ahli keluarga jika ditempatkan berkhidmat di Sabah dan Sarawak. 5 Saya menerima dengan hati yang terbuka untuk berkhidmat di sekolah kawasan pedalaman atau di Sabah dan Sarawak. 6 Saya merasakan keputusan untuk menempatkan saya berkhidmat di sekolah pedalaman adalah adil.
7 Kekurangan atau kekangan dari segi kemudahan infrastruktur dan pengangkutan awam tidak menghalang saya untuk terus berkhidmat di sekolah kawasan pedalaman. 8 Status berkahwin / jika berkahwin kelak, tidak menghalang saya untuk menerima penempatan mengajar yang ditawarkan walaupun terpaksa berjauhan dengan pasangan.
Bahagian C : Tahap kesediaan motivasi guru pelatih Fakulti Sains UPM dalam menyempurnakan proses PdP jika ditempatkan di sekolah bukan pilihan. Petunjuk No Item Skala 1 2 3 4 5 STS TS KS S SS 1 Kualiti pengajaran saya tidak akan terjejas walaupun terpaksa mengajar di sekolah bukan pilihan. 2 Saya akan sentiasa terus bersemangat untuk meneruskan proses PdP harian walaupun ditempatkan di sekolah bukan pilihan. 3 Sekolah yang kekurangan atau kekangan dari segi kemudahan teknologi tidak menghalang saya untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran secara efektif dan berkesan. 4 Saya berasa yakin dengan kemahiran mengajar saya untuk melakukan proses PdP dengan baik di sekolah yang memiliki pencapaian akademik yang rendah. 5 Persekitaran, adat dan pegangan yang berlainan tidak menghalang saya untuk cuba mewujudkan komunikasi dua hala yang berkesan dengan murid, guru dan masyarakat di Sabah dan Sarawak.
6 Persekitaran, adat dan pegangan yang berlainan tidak menghalang saya untuk terus yakin dalam menyempurnakan proses PdP di Sabah dan Sarawak. 7 Saya berpendapat bahawa guru yang kekurangan motivasi dalam mendidik akan menjejaskan kualiti pengajaran yang mana dapat menjejaskan hasil pembelajaran murid. 8 Saya berasa teruja dan bersemangat untuk menjalankan tugas sebagai seorang pendidik walaupun ditempatkan berkhidmat di sekolah bukan pilihan.
Bahagian D : Tahap kesediaan mengajar guru pelatih Fakulti Sains UPM jika ditempatkan berkhidmat di sekolah bukan pilihan. Petunjuk No Item Skala 1 2 3 4 5 STS TS KS S SS 1 Saya akan melakukan ulangkaji mengenai subjek yang diberikan kepada saya sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran. 2 Saya akan mencari maklumat awal mengenai pencapaian setiap pelajar di sekolah saya ditempatkan mengajar bagi memudahkan saya merancang pengajaran. 3 Saya akan mengimplentasikan penggunaan KBAT ketika proses PdP sedang berjalan di dalam kelas. 4 Saya akan meninjau terlebih dahulu kemudahan ABM yang disediakan di sekolah tersebut bagi memudahkan saya merancang strategi pengajaran. 5 Saya akan cuba mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya dan dapat merangsang minat murid untuk belajar.
6 Saya akan sentiasa menilai keberkesanan pengajaran sendiri dengan mencuba pelbagai pendekatan dan teknik dalam penyampaian pengajaran yang berkesan dan menarik minat murid. 7 Saya akan menguruskan bilik darjah dan mencorakkan iklim bilik darjah supaya nampak lebih ceria bagi menggalakkan pembelajaran yang seronok dan tidak membosankan. 8 Saya akan sentiasa berhubung dengan guruguru di sekolah tersebut untuk mengetahui ketepatan isi pengajaran yang akan saya ajar. 9 Saya berpendapat bahawa gaya pengajaran seseorang guru dapat mempengaruhi minat serta prestasi murid di dalam kelas.